48
1 ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan 2 2. Objektif kajian 3 3. Kajian Literature 4 4. Metodologi 7 5. Analisa dan Perbincangan 8 6. Kesimpulan 20 7. Senarai Rujukan 21 8. Lampiran 22

1 Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1 Malaysia

1

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan 2

2. Objektif kajian 3

3. Kajian Literature 4

4. Metodologi 7

5. Analisa dan Perbincangan 8

6. Kesimpulan 20

7. Senarai Rujukan 21

8. Lampiran 22

Page 2: 1 Malaysia

2

PENGENALAN

Satu Malaysia atau '1Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan

oleh Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009.

Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan

kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya

bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

PERMASALAHAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan konsep

1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kalangan

masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

Page 3: 1 Malaysia

3

OBJEKTIF KAJIAN

1.Untuk mengetahui sejauh mana pelbagai kaum dan etnik di Pulau Pinang

memahami konsep 1 Malaysia

2.Untuk mengkaji kecenderungan pelbagai kaum dan etnik di Pulau Pinang menerima

dan mengamalkan konsep 1 Malaysia

LOKASI KAJIAN

Kawasan sekitar Pulau Pinang

Page 4: 1 Malaysia

4

KAJIAN LITERATURE

Satu Malaysia atau '1Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang

diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2

April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik,

sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya.

Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi. Ia adalah

kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa

Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran

dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan

terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun

DrMahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

(LAMPIRAN 1).

1Malaysia bersandarkan tiga teras dalam memperkukuhkan perpaduan

nasional, iaitu Prinsip penerimaan,Prinsip kenegaraan dan Prinsip keadilan sosial.

Terdapat lapan nilai yang digarapkan dalam konsep 1Malaysia yang diharap dapat

menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada

negara: Budaya kecemerlangann, ketabahan, rendahhati, Penerimaan, Kesetiaan,

Meritokrasi, Pendidikan dan Integriti. (LAMPIRAN 2)

Konsep ini telah diperkenalkan dan dipromosikan secara besar-besaran

melalui pelbagai saluran dan media. Antaranya temasuklah Lagu 1Malaysia,

dokumentasi bertemakan 1Malaysia, Program Penghayatan 1Malaysia, pameran

Page 5: 1 Malaysia

5

1Malaysia dan sebagainya. program dan aktiviti untuk menyebarkan maklumat

tentang1Malaysia melibatkan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan

Komunikasi dan Kebudayaan(KPKK). (LAMPIRAN 3)

Usaha mempromosikan konsep 1Malaysia juga dapat dilihat dalam bajet 2010

yang dibentankan pada Oktober 2009. Kemudahan-kemudahan seperti Kad Diskaun

1Malaysia, klinik 1Malaysia, sukuk 1Malaysia dan lain-lain telah diperkenalkan bagi

membantu mempromosikan konsep 1Malaysia selain menjaga kebajikan rakyat

Malaysia. (LAMPIRAN 4)

Bagi memastikan konsep ini dapat difahami dan diterima oleh semua lapisan

masyarakat, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menggunakan internet untuk

mempromosikan konsep ini. Antaranya termasuklah laman web rasmi

(www.1malaysia.com.my), facebook (http://www.facebook.com/najibrazak), flickr

(http://flickr.com/photos/najibrazak), youtube (http://youtube.com/MohdNajibRazak)

dan sebagainya. (LAMPIRAN 5)

Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang mendakwa bahawa

Katanya, sehingga kini rakyat belum dapat memahami konsep tersebut secara

mendalam kerana matlamat dan gagasan 1Malaysia sering diputar belit pihak tertentu

untuk kepentingan sendiri. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan

mengeluarkan garis panduan mengenai konsep 1Malaysia sebagai panduan

kepimpinan Negara. (LAMPIRAN 6)

Ini adalah salah satu langkah bagi memastikan rakyat Malaysia memahami

dan mengamalkan knosep 1Malaysia dengan tepat dan tidak terbias dari tujuan

asalnya.

Page 6: 1 Malaysia

6

Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penerimaan konsep 1

Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kalangan

masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

Page 7: 1 Malaysia

7

METODOLOGI

1.Kajian perpustakaan

Kumpulan kita telah menjalankan kajian perpustakaan dengan mencari artikel-

artikel dan buku-buku rujukan yang berkaitan di perpustakaan di sekitar pulau pinang.

Selain itu, pencarian berita dan laporan mengenai 1Malaysia juga telah dijalankan.

Laporan dan iklan yang dijumpai adalah seperti di lampiran 3 dan lampiran 6.

Di samping itu, pelbagai rujukan daripada internet pun dijalankan bagi

memperoleh lebih maklumat berkaitan kajian kumpulan kita. Hasilnya adalah seperti

di lampiran dan rujukan.

2. Kerja lapangan/survey

Bagi meneruskan soal selidik, kumpulan kita telah membuat boring soal

selidik untuk dijawab oleh orang awam Pulau Pinang. Dua kaedah edaran telah

dilakukan iaitu soal selidik dalam talian http://freeonlinesurveys.com/ (LAMPIRAN

7) dan borang soal selidik manual (LAMPIRAN 8) diedar kepada penduduk sekitar

Pulau Pinang. Gambar turut diambil semasa soal selidik manual dijalankan.

(LAMPIRAN 9)

Page 8: 1 Malaysia

8

ANALISA DAN PERBINCANGAN

Konsep 1 malaysia

Kajian telah dijalankan di kawasan kepala batas, pulau pinang untuk mengetahui sejauh

manakah masyarakat di sini memahami konsep 1 malaysia. Kajian, soal selidik, dan temu

ramah telah dijalankan di sekitar kawasan kepala batas untuk megetahui pemahaman dan

aplikasi konsep 1 Malaysia. Proses ini merangkumi semua kaum di kepala batas iaitu kaum

utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Satu Malaysia atau '1Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh

Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea

satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Aspek utama ialah

sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat

majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi

jangka masa panjang.] Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik

sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-

anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.

Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu

keluarga besar.

Page 9: 1 Malaysia

9

Bagi mencapai objektif kajian, beberapa soalan telah direka. Soalan 1, 3 dan 6 adalah

untuk objektif pertama, iaitu untuk mengetahui sejauh mana pelbagai kaum dan etnik

di Pulau Pinang memahami konsep 1 Malaysia. Soalan 2, 4 dan 5 adalah untuk

objektif kedua, iaitu untuk mengkaji kecenderungan pelbagai kaum dan etnik di Pulau

Pinang menerima dan mengamalkan konsep 1 Malaysia.

Untuk permulaan, konsep 1 malaysia harus diketahui sejauh manakah konsep pemahamannya

dalam kalangan masyarakat kepala batas, pulau pinang. Untuk mengetahui ini, soalan –soalan

berikut telah dikemukakan kepada 25 orang. 10 melayu, 8 cina dan7 india :

1) Siapakah peneraju konsep 1Malaysia?

2) Setakat manakah anda setuju tentang konsep 1Malaysia?

3) Setakat manakah anda faham tentang konsep 1Malaysia?

4) Setakat manakah anda mengaplikasikan konsep 1Malaysia dalam kehidupan anda?

5) Setakat manakah anda rasa konsep 1Malaysia diterima oleh masyarakat?

6) Setakat manakah anda rasa konsep 1Malaysia mencapai objektifnya?

1 2 3 4 5

Q6 Semua tahu

Q7 1 3 6 5 10

Q8 3 3 15 2 2

Q9 5 10 7 3 0

Q10 0 3 9 8 5

Q11 1 8 9 5 2

Soalan-soalan ini diedarkan dalam bentuk boring soal selidik dan mereka diberi masa tertentu

untuk menjawab nya dalam bentuk ratings.

1 – tidak setuju 3 – tidak pasti 5 – sangat setuju

2 – kurang setuju 4 – setuju

Page 10: 1 Malaysia

10

Selain itu, satu soal selidik yang serupa turut diadakan dalam talian(rujuk bahagian

metodologi). Sebanyak 79 responden yang berasal dari merata tempat telah memberi balas.

Walaubagaimanapun, hanya 15 responden adalah berasal dari Pulau Pinang telah memberi

balas. Keputusan bagi 15 responden tersebut adalah seperti berikut:

1 2 3 4 5

Q6 Semua tahu

Q7 0 1 4 3 7

Q8 1 1 10 1 2

Q9 2 8 4 1 0

Q10 0 2 5 4 4

Q11 0 5 5 4 1

1 – tidak setuju 3 – tidak pasti 5 – sangat setuju

2 – kurang setuju 4 – setuju

Page 11: 1 Malaysia

11

Soalan 1 Siapakah peneraju konsep 1Malaysia?

Ini adalah soalan pertama yang dikemukakan kepada 25 orang responden. Soalan ini

adalah untuk menguji sama ada masyarakat pelbagai kaum di kepala batas sedar atau

tidak akan kewujudan konsep 1 Malaysia. Semua 25 orang yang di temu ramah

mengetahui peneraju utama konsep 1 Malaysia iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keputusan soal selidik dalam talian menunjukkan semua 15 responden mengetahui siapa

peneraju konsep 1Malaysia. Daripada Ini menunjukkan usaha yang diletakkan bagi

menyebarkan pegetahuan tentang konsep 1 Malaysia telah berjaya di kawasan kepala

batas. Masyarakat di sini memang tahu akan kewujudan konsep 1 Malaysia. Namun

sedemikian, soalan-soalan berikutnya akan menunjukkan keberkesanan konsep 1Malaysia.

Page 12: 1 Malaysia

12

YAB Datuk SeriNajib TunRazak

Carta menunjukkan jawapan responden kepada soalan siapakah peneraju konsep

1Malaysia.

Page 13: 1 Malaysia

13

Soalan 2 Setakat manakah anda setuju tentang konsep 1Malaysia?

Soalan ini diajukan kepada penduduk-penduduk di kepalabatas untuk melihat sejauh

manakah konsep 1Malaysia ini diterima dalam kalangan masyarakat mereka yang

berbilang kaum.

Daripada 25 orang yang di soal selidik, majoriti sebanyak 10 orang mengatakan

mereka sangat setuju dengan memberikan rating 5, manakala hanya 1 orang memberi

rating 1 iaitu tidak setuju.

Selebihnya, 3 orang memberikan rating 2 iaitu kurang setuju, 6 0rang memberikan

rating 3 iaitu tidak pasti dan 5 orang memberikan rating 4 iaitu hanya setuju.

Keputusan soal selidik dalam talian menunjukkan seorang memberi rating 2, 4 orang

memberi rating 3, 3 orang memberi rating 4 dan 7 orang memberi rating 5.

Daripada soalan ini, kita dapat lihat bahawa masyarakat di kepala batas majoritinya

setuju dengan kempen ini walaupun ada sebilangan kecil yang tidak begitu setuju. Ini

menunjukkan potensi untuk kempen 1Malaysia ini untuk berjaya menambat hati

penduduk-penduduk kepala batas.

Walau bagaimanapun, kempen ini masih perlu diusahakan lagi bagi meyakinkan

masyarakat di kepala batas kerana hasil daripada soal selidik ini menunjukkan 6 orang masih

tidak pasti dengan konsep ini.

ini

Page 14: 1 Malaysia

14

Tidaksetuju

Kurangsetuju

tidakpasti

setuju

sangatsetuju

Carta menunjukkan jawapan responden kepada soalan setakat manakah anda setuju

tentang konsep 1Malaysia

Page 15: 1 Malaysia

15

Soalan 3 Setakat manakah anda faham tentang konsep 1Malaysia?

Soalan ini menjadi penunjuk kepada kita sejauh manakah konsep 1Malaysia telah

difahami oleh penduduk-penduduk di kepala batas.

Daripada 25 orang, sebilangan besar iaitu 15 orang telah memberikan rating 3, iaitu

tidak pasti. Hanya 2 orang sahaja yg sangat memahami dengan memberikan rating 5.

Keputusan soal selidik dalam talian menunjukkan seorang memberi rating 1, seorang

memberi rating 2, 10 orang memberi rating 3, 1 orang memberi rating 4 dan 2 orang

memberi rating 5.

Jumlah yang signifikan menunjukkan bahawa walaupun konsep 1malaysia ni

diketahui secara amnya, namun masyarakat berbilang kaum di Kepala Batas masih tidak

memahami konteks sebenar konsep 1 Malaysia.

Page 16: 1 Malaysia

16

tidaksetuju

Kurangsetuju

tidakpasti

setuju

Sangatsetuju

Carta menunjukkan jawapan responden kepada soalan setakat manakah anda

faham tentang konsep 1Malaysia

Page 17: 1 Malaysia

17

Soalan 4 Setakat manakah anda mengaplikasikan konsep 1Malaysia dalam

kehidupan anda?

Soalan ini menguji tentang pengaplikasian konsep 1Malaysia dalam kehidupan seharian

penduduk Kepala Batas. Ini menjadi factor yang penting untuk melihat sama ada adakah

konsep 1Malaysia diamalkan dalam kalangan penduduk kepala batas atau hanya menjadi

suatu omong kosong.

Hasilnya, 10 orang memberikan rating 2 sebagai kurang setuju, 5 orang memberikan 1 untuk

tidak setuju, 7 orang tidak pasti dan hanya 3 sahaja yang bersetuju dengan memberikan rating

4.

Keputusan soal selidik dalam talian menunjukkan 2 orang memberi rating 1, 8 orang memberi

rating 2, 4 orang memberi rating 3 serta 1 orang memberi rating 4.

Keputusan ini dijangkakan kerana masih ramai orang di bahagian kepala batas tidak

memahami konsep 1 Malaysia dan walaupun mereka tahu secara amnya, mereka tidak dapat

mengaplikasikanya

Page 18: 1 Malaysia

18

Tidaksetuju

Kurangsetuju

tidakpasti

setuju

Carta menunjukkan jawapan responden kepada soalan setakat manakah anda

mengaplikasikan konsep 1Malaysia dalam kehidupan anda.

Page 19: 1 Malaysia

19

Soalan 5 Setakat manakah anda rasa konsep 1Malaysia diterima oleh masyakat?

Soalan ini menguji tentang penerimaan konsep 1Malaysia dalam kehidupan seharian

penduduk Kepala Batas. Ini menjadi faktor yang penting untuk melihat sama ada adakah

konsep 1Malaysia diterima dalam kalangan penduduk kepala batas.

Hasilnya, 3 orang memberikan rating 2 sebagai kurang setuju, tidak ada orang memberikan 1

untuk tidak setuju, 9 orang tidak pasti dan hanya 8 sahaja yang bersetuju dengan memberikan

rating 4. Baki 5 orang sangat bersetuju dengan konsep ini.

Keputusan soal selidik dalam talian menunjukkan 2 orang memberi rating 2, 5 orang memberi

rating 3, 4 orang memberi rating 4 dan 4 orang memberi rating 5.

Keputusan ini menunjukkan ramai penduduk dapat menerima konsep ini. Perkara ini secara

langsung menunjukkan bahawa konsep ini mendapat sambutan kebanyakkan rakyat Malaysia.

Page 20: 1 Malaysia

20

Tidaksetuju

Kurangsetuju

tidakpasti

setuju

Carta menunjukkan jawapan responden kepada soalan setakat manakah anda rasa

konsep 1Malaysia diterima oleh masyakat

Page 21: 1 Malaysia

21

Soalan 6 Setakat manakah anda rasa konsep 1Malaysia mencapai objektifnya?

Soalan ini menguji tentang pendapat masyarakat tentang pencapaian objektif konsep

1Malaysia. Ini menjadi factor yang penting untuk melihat sama ada adakah konsep 1Malaysia

mencapai objektifnya.

Hasilnya, 8 orang memberikan rating 2 sebagai kurang setuju, 1 orang memberikan 1 untuk

tidak setuju, 9 orang tidak pasti dan hanya 5 sahaja yang bersetuju dengan memberikan rating

4 dan 2 orang sangat bersetuju dengan memberikan rating 5.

Keputusan soal selidik dalam talian menunjukkan 5 orang memberi rating 2, 5 orang memberi

rating 3, 4 orang memberi rating 4 dan 1 orang memberi rating 5.

Keputusan ini dijangkakan kerana masih ramai orang di bahagian kepala batas tidak pasti

sama ada konsep ini mencapai objektifnya atau tidak. Ini mungkin kerana kesan konsep ini

masih belum ketara.

Page 22: 1 Malaysia

22

0

2

4

6

8

10

12

14

Tidak

Setuju

Kurang

setuju

Tidak

pasti

Setuju Sangat

Setuju

Carta menunjukkan jawapan responden kepada soalan setakat manakah anda

rasa konsep 1Malaysia mencapai objektifnya.

(Responden yang ditunjuk adalah jumlah borang selidik dan dalam talian)

Page 23: 1 Malaysia

23

KESIMPULAN

Secara konklusinya,

1. Mengikut kajian yang dilakukan, semua responden mengetahui siapa peneraju konsep

1Malaysia. Majoriti setuju dengan konsep 1Malaysia. Pemahaman responden

terhadap konsep ini masihlah terhad. Kebanyakan responden turut berasa objektif

1Malaysia belum tercapai lagi. Maka, pelbagai kaum dan etnik di Pulau Pinang

masih kurang memahami konsep 1 Malaysia.

2. Mengikut keputusan, kebanyakan sangat setuju dengan konsep 1 Malaysia.

Walaubagaimanapun, responden masih kurang mengamalkan konsep ini dalam

kehidupan mereka.Mereka turut setuju bahawa konsep 1 Malaysia diterima

masyarakat setempat. Maka, kecenderungan pelbagai kaum dan etnik di Pulau

Pinang menerima dan mengamalkan konsep 1 Malaysia masihlah kurang

memuaskan.

Page 24: 1 Malaysia

24

SENARAI RUJUKAN

Rujukan

1. Modul Hubungan Etnik, Shamsul Amri Baharuddin, ISBN 978-967-305-017-8

2. Utusan Malaysia, muka surat 16, 11 November 2009, Rencana iklan

3. Ucapan Bajet Tahun 2010 Oleh YAB Dato‟ Sri Mohd. Najib Tun Razak Perdana

Menteri Dan Menteri Kewangan Ketika Membentang Rang Undang-undang

Perbekalan(2010) Di Dewan Rakyat Pada 23 Oktober 2009.

Laman web:

1. 1Malaysia-Wikipedia bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

http://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia

2. 1Malaysia- ensiklopedia Malaysia

http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/1Malaysia

3. Bahan Maklumat- Jabatan Penerangan Malaysia

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=36

33:konsep-1-malaysia&catid=361:

4. Bernama-Jakim Akan Keluarkan Garis Panduan Konsep 1Malaysia - Jamil Khir

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=408872

Page 25: 1 Malaysia

25

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1: http://ms.wikipedia.org/wiki/1Malaysia

1Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Satu Malaysia atau '1Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan

oleh Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009.

Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan

kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya

bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam

membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula

pentadbiran dalam proses negara menujuWawasan 2020 serta menjadi cemerlang,

gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan

kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.[1]

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara

satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'.

Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.[2]

Tiada perbezaan antara

bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak

mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu

mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula

dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak

berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari

1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.[3]

Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.[4]

Rujukan

1. ↑ Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu

2. ↑ [Elak diperdaya blog kelirukan konsep Satu Malaysia - Sapawi]

3. ↑ 1Malaysia sediakan garis permulaan yang adil

4. ↑ Satu Malaysia bukan retorik politik - PM

Page 26: 1 Malaysia

26

BAHAN MAKLUMAT - KONSEP 1 MALAYSIA ( PENJELASAN

MENGENAI LAPAN NILAI)

‘1 MALAYSIA’

(Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara)

1. PENGENALAN

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri

mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu

matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini

perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju,

selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita

rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan

rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu

diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati,

keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. „1 Malaysia‟ juga akan

mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan

keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu „Rakyat

didahulukan, Pencapaian diutamakan‟.

„1 Malaysia‟ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur,

berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk

melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang

diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang

tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam

memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau

senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat

yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan

penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban

masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara

Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan

mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Page 27: 1 Malaysia

27

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara

mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara

untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman

politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di

mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana

tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada

menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat

membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di

kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian

nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu

budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi,

pendidikan dan integiti.

2. DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato‟ Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan

kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik

dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum

Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi

pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu

pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak

sekian lama”.

2.1 Huraian

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan

peranan masing.

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.

One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi

sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang

melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop

bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan

mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka

sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan

perkara yang sama.

Page 28: 1 Malaysia

28

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua

kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan

kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan

memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam

negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara

ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani

kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat

bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka

kepada kaum-kaum lain.

3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP

MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia

memiliki kelainan seperti berikut:

3.1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus

asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil

secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi

total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam

ruang lingkup yang berbeza”.

3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga

menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan

Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil

kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

4. KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya

Konsep 1 Malaysia „Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan‟ lebih merupakan

satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin

Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi

kepentingan rakyat.

5. HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR

KERAJAAN TERDAHULU

Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan

sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat

Page 29: 1 Malaysia

29

Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep

yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.

Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama

diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara

sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-

Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri,

namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6. MATLAMAT

„1 Malaysia‟ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam

kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan

kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang

cabaran.

„1 Malaysia‟ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian

berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato‟ Sri

Najib Tun Razak iaitu „Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan‟.

7. NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato‟ Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak dalam konsep „1 Malaysia‟. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu

padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu

matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan

2. Ketabahan

3. Rendah hati

4. Penerimaan

5. Kesetiaan

6. Meritokrasi

7. Pendidikan

8. Integriti

7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta

pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara

bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan

prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

Page 30: 1 Malaysia

30

7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan

menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang

lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.

7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat

bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan

kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia

yang berteraskan eksport.

7.2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan

mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat

memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan

diri dan Negara.

7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi

segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi

memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan

yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.

7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis

jika ingin maju dan berjaya

7.2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif

perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan

7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai

kejayaan diri, masyarakat dan negara.

7.3 RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah

hati dikatakan Tawaduk‟. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam

begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang

yang merendah diri.

7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah

dengan orang lain.

7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan

dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

Page 31: 1 Malaysia

31

7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri

tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu

prinsip.

7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di

mana kita berada.

7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap

merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan

kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan

penindasan.

7.4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada

ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang

positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada

unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau

secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada

pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan

mendapat persetujuan secara bersama.

7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi

membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum

Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan

daripada masyarakat negara ini.

7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan

secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan

masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan

agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan „1 Malaysia‟.

7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik

sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

7.5 KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan

Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat

negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan

kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras

kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.

Page 32: 1 Malaysia

32

7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana

organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami

kehancuran.

7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara

dua pihak.

7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan

jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau

pemimpin.

7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi

menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau

kekurangan adalah lambang setia kawan.

7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan

dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk

kebaikan bersama.

7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak

mahu ditegur atau dikritik.

7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan

cemerlang.

7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan,

pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan

adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu

dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

7.6 MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi

bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk

memacu pembangunan negara.

7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik

atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-

estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk

membantu golongan tersebut..

7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria

yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak

dipilih.

7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan

budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

Page 33: 1 Malaysia

33

7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan

kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi

kriteria-kriteria yang ditetapkan.

7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan

sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada

setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing

dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan

hasil yang dijanjikan.

7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi

cabaran globalisasi/liberalisasi.

7.7 PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara

mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat

yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan

pengetahuan dari segala-galanya.

7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang

mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah

vernakular.

7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India

hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti

bersama.

7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan

nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

7.8 INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan

rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini

perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat

tanpa mengira kedudukan.

7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar

diterima.

Page 34: 1 Malaysia

34

7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau

salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam.

Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini

sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan

iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan

7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan

atau melalui saluran tidak sah.

7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan

perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan

lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

8. KESIMPULAN

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan

kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih

erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan

dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling

mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala

tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana

segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak

ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan

dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran

dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep

„1 Malaysia‟ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana

kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang

mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah

amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara

bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,

budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa

bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1

Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi

menjayakan konsep ini.

Page 35: 1 Malaysia

35

Sumber:

1. www.1Malaysia.com.my

2. Akhbar-akhbar tempatan

3. Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Page 36: 1 Malaysia

36

LAMPIRAN 2: http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/1Malaysia

1Malaysia dengan slogan, "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", ialah

konsep yang diperkenalkan olehPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16

April 2009 untuk menyeru kabinet, agensi kerajaan, dan kakitangan kerajaan supaya

menekankan keharmonian etnik, perpaduan negara, dan penguasaan yang cekap.

Mengikut Najib: [1]

"Di bawah konsep ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan

bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan

berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara."

Namun dengan ungkapan itu, 1Malaysia jelas akan gagal dengan begitu teruk

kerana kehendak semua kumpulan etnik dalam negara masih

bercanggah,[1]

dengan kaum Melayu tertakrif perlembagaan ingin menjadi tuan

negaramanakala kaum yang lain tidak hendak diperlakukan sebagai rakyat kelas

kedua. Dalam mana-mana satu keluarga, tidak pernah adanya sebarang

perpaduan dan kebahagiaan apabila anak sulung menuntut hak keutamaan atas

alasan bahawa dia dilahirkan lebih dahulu.

Justera, perlu ditegaskan bahawa walaupun bunyi 1Malaysia seolah-olah

"Malaysia untuk rakyat Malaysia" (Malaysian Malaysia) yang diperjuangkan

oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP), ia tidak bermaksud "Malaysia untuk

rakyat Malaysia",[1]

iaitu kesamaan untuk semua rakyat Malaysia. Mengikut

Najib lagi, 1Malaysia "bukan bererti bahawa kerajaan akan mengetepikan dasar

afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera yang layak mendapat sesuatu

pertimbangan daripada kerajaan".[1]

Namun, apakah 1Malaysia sebenarnya kalau dasarnya sama sahaja dengan

pemimpin-pemimpin terdahulu? Mungkin Najib sendiri juga tidak tahu

sehinggalah masih belum terdapat sebarang peta jalan yang konkrit untuk

merealisasikan konsep tersebut, selain daripada merakamkan sebilangan prinsip

dan nilai yang agak umum serta mengadakan Pertandingan Lagu 1Malaysia Kita,

antara sebilangan perkara remeh-temeh yang lain.

Mengikut Datuk A. Samad Said, sasterawan negara, slogan-slogan 1Malaysia

lebih menimbulkan kekeliruan daripada keterangan (lihat video di sebelah

kanan). Tetapi apa yang jelas sekali adalah bahawa 1Malaysia tidak melebihi

suatu kempen politik yang direka bentuk, ekoran keputusan Barisan

Nasional yang begitu teruk dalamPilihan Raya Umum Malaysia 2008, untuk

memikat pengundi bukan bumiputera pada Pilihan Raya Umum Ke-13yang akan

datang.

Page 37: 1 Malaysia

37

Namun, sehingga 1 Januari 2010, sebagaimana dengan konsep "Cemerlang,

Gemilang dan Terbilang" yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad

Badawi untuk kempen Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, 1Malaysia

masih tidak melebihi suatu retorik politik, tanpa sebarang pencapaian

untuk ditunjukkan.[1][1]

Teras 1Malaysia [1]

1Malaysia bersandarkan tiga (3) teras dalam memperkukuhkan perpaduan

nasional:

1. Prinsip penerimaan: Ini bererti bahawa walaupun rakyat Malaysia

terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai cara hidup, amalan, dan

kebudayaan yang berbeza, setiap rakyat perlu menerima antara satu sama

lain sebagai rakan setia.

2. Prinsip kenegaraan: Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan

cintakan negara.

3. Prinsip keadilan sosial: Setiap kaum di negara, tanpa mengira latar

belakang atau agama, diberi keadilan yang sebaik mungkin daripada segi

kebajikan dan aspek sosial yang penting.[1]

Melalui konsep 1Malaysia,

setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing

dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Namun begitu,

Konsep 1Malaysia mempunyai prinsip keadilan sosial, bukanlah

platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang

keterlaluan dan bukan-bukan.

Nilai 1Malaysia [1]

Terdapat lapan (8) nilai yang digarapkan dalam konsep 1Malaysia yang diharap

dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang

menjurus kepada satu matlamat, iaitu untuk negara:

1. Budaya kecemerlangan: Budaya ini perlu dilaksanakan secara

berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap

pencapaian atau kemajuan.

2. Ketabahan: Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan

tanggungjawab menjadi asas atau senjata yang paling ampuh dalam

mencapai sesuatu kejayaan.

Page 38: 1 Malaysia

38

3. Rendah hati: Sifat rendah hati dan merendah diri bererti berhemah dan

berbudi bahasa, bukanlah bahawa rakyat tunduk atau mengalah dengan

orang lain.

4. Penerimaan: Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik

amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa.

5. Kesetiaan: Rakyat Malaysia perlu mengutamakan kesetiaan dan

kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan

kelompok sendiri. Kesetiaan yang wujud antara satu sama lain akan

membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan yang erat antara rakyat

berbilang kaum di negara ini.

6. Meritokrasi: Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan

berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan

potensi Malaysia dalam semua bidang.

7. Pendidikan: Pendidikan dan ilmu pengetahuan adalah asas kekuatan dan

ketahanan masyarakat dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara maju dan terus bersaing di peringkat global.

8. Integriti: Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin

sehingga peringkat akar umbi tanpa mengira kedudukan demi mendapat

kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepentingan negara perlu diletakkan

paling atas mengatasi segala kepentingan lain.

Page 39: 1 Malaysia

39

Page 40: 1 Malaysia

40

LAMPIRAN 4: Petikan Ucapan Bajet Tahun 2010 Oleh YAB Dato‟ Sri Mohd. Najib

Tun Razak Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan Ketika Membentang Rang

Undang-undang Perbekalan(2010) Di Dewan Rakyat Pada 23 Oktober 2009.

Page 41: 1 Malaysia

41

LAMPIRAN 5: Laman-laman web

Page 42: 1 Malaysia

42

LAMPIRAN 6: Laporan Bernama

JAKIM AKAN KELUARKAN GARIS PANDUAN KONSEP 1MALAYSIA –

JAMIL KHIR

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

akan mengeluarkan garis panduan mengenai konsep 1Malaysia sebagai panduan

kepimpinan negara, ketika berucap pada satu-satu majlis, bagi mengelak salah tafsiran

dan tanggapan negatif masyarakat mengenainya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom

berkata, kepimpinan negara memerlukan garis panduan khusus mengenai konsep itu

supaya apa yang diucapkan dapat difahami rakyat.

Katanya, sehingga kini rakyat belum dapat memahami konsep tersebut secara

mendalam kerana matlamat dan gagasan 1Malaysia sering diputar belit pihak tertentu

untuk kepentingan sendiri.

"Sebelum konsep ini dipolemikkan dengan lebih parah oleh pihak-pihak

berkepentingan, kita perlu menyediakan panduan supaya gagasan ini dapat

diperjelaskan dengan lebih terperinci agar ia berupaya membangunkan agama, bangsa

dan negara," katanya selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat mengenai Konsep

1Malaysia di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.

Jamil Khir berkata, garis panduan itu akan dirangka berdasarkan resolusi yang akan

dihasilkan semasa persidangan meja bulat tersebut.

Jamil Khir berkata, garis panduan itu akan terkandung dalam buku kecil yang akan

disebarkan ke seluruh negara agar semua pihak memahami hasrat baru kepimpinan

negara.

Beliau menyarankan pihak media turut memainkan peranan mereka dengan

menyebarkan resolusi itu.

"Kita mahu konsep, falsafah dan hala tuju gagasan 1Malaysia yang diketengahkan

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dapat diselami dan difahami

secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat, katanya.

Persidangan sehari itu dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh

Abdul Aziz, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin,

bekas penasihat Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman dan pensyarah Universiti Islam

Antarabangsa (UIA) Dr Muhammad Uthman Al-Muhammady.

-- BERNAMA

Sumber : Bernama

Page 43: 1 Malaysia

43

LAMPIRAN 7

Page 44: 1 Malaysia

44

Lampiran 8.

SOALAN SOAL SELIDIK/TEMUBUAL

Ini adalah satu kajian mengenai konsep 1Malaysia yang dijalankan oleh pelajar tahun

1 jurusan perubatan ACMS, kepala Batas, SPU, Pulau Penang. Kajian ini adalah bagi

memenuhi syarat kursus yang sedang dibelajari. Terima kasih kerana meluangkan

masa anda untuk menjawab soalan berikut. Sila jawab dengan seikhlas yang boleh.

Jawapan anda amatlah dihargai dan penting bagi menyempurnakan kajian yang

dijalankan. Semua jawapan akanlah dirahsiakan sepenuhnya dan digunakan untuk

tujuan kajian sahaja. Anda tidak perlu menulis sebarang nama atau identiti anda. Sila

kemukan sebarang pertanyaan jika mempunyai sebarang kemusyilan.

Untuk soalan 1,4 dan 6, sila tuliskan jawapan anda.

Untuk soalan 2,3 dan 5, sila bulatkan jawapan yang betul.

Untuk soalan 7 ke 11, sila menulis jawapan anda dalam bentuk 1 ke 5 dengan

merujuk ke nota di bawah.

Anda boleh memilih untuk tidak menjawab soalan 6 ke 11 sekiranya anda

menjawab tidak untuk soalan 5.

1.Umur:

2.Jantina: L/P

3.Bangsa: Cina/Melayu/India/Lain-lain

4.Tempat Asal:

5.Pernahkah anda dengar tentang konsep1 Malaysia? Ya/Tidak

6. Siapakah peneraju konsep 1Malaysia?

7. Setakat manakah anda setuju tentang konsep 1Malaysia? (1-5)

8. Setakat manakah anda faham tentang konsep 1Malaysia? (1-5)

Page 45: 1 Malaysia

45

9. Setakat manakah anda mengaplikasikan kosnep 1Malaysia dalam kehidupan anda?

(1-5)

10. Setakat manakah anda rasa konsep 1Malaysia diterima oleh masyarakat? (1-5)

11. Setakat manakah anda rasa konsep 1Malaysia mencapai objektifnya? (1-5)

Nota: 1-Tidak Pasti

2-Tidak setuju

3-Kurang setuju

4-Setuju

5-Sangat setuju

-TAMAT SOAL SELIDIK-

Page 46: 1 Malaysia

46

LAMPIRAN 9: Gambar yang diambil apabila responden sedang menjawab

borang soal selidik.

Page 47: 1 Malaysia

47

LAMPIRAN 9: Gambar yang diambil apabila responden sedang menjawab

borang soal selidik.

Page 48: 1 Malaysia

48

LAMPIRAN 9: Gambar yang diambil apabila responden sedang menjawab

borang soal selidik.