15
213 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI SUBSEKTOR PERTANIAN TERPILIH KE ARAH PERTANIAN MODEN: AYAM KAMPUNG NOR AMNA A’LIAH MOHAMMAD NOR 11.1 PENDAHULUAN Industri ternakan penting dalam memastikan jaminan bekalan makanan negara malahan ia merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk luar bandar di Malaysia. Pada tahun 2016, industri penternakan yang terdiri daripada subsektor ruminan dan bukan ruminan telah menyumbang sebanyak 8.9% (RM 94.1 bilion) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016) berbanding 10.4% (RM 6,945 juta) pada tahun 2013 (Perbadanan Produktiviti Malaysia, 2015). Nilai tambah dalam subsektor ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam itik (poultry) dan telur bagi memenuhi peningkatan permintaan di dalam dan luar negara. Sektor ini turut memberi peluang pekerjaan kepada 34,805 orang dengan bayaran gaji dan upah berjumlah RM726.2 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017). 11.2 LATAR BELAKANG Industri penternakan ayam merupakan industri utama dalam subsektor ternakan dengan penglibatan sebanyak 662 pertubuhan (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017). Ia merupakan penyumbang ekonomi terbesar kepada industri ternakan di Malaysia. Sumbangan output kasar meningkat 18.6% setahun daripada RM3,854.2 juta pada 2010 kepada RM9,058.0 juta pada tahun 2015. Manakala nilai ditambah industri ini adalah RM2,135.3 juta. Pengambilan daging ayam terus meningkat kerana orang ramai mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi (Mohamed, 2014). Sebagai contoh, penggunaan per kapita ayam telah meningkat sebanyak 28.06 kg (1993) hingga 53.35 kg (2013). Secara umumnya, pengeluaran daging ayam negara telah mencapai tahap sara diri (SSL) sejak awal tahun 1960-an lagi dan menjadi pengeksport semenjak tahun 1983 (Syauqi dll,2016). Pada tahun 1994, SSL negara bagi pengeluaran ayam itik (poultry) adalah pada 112.86% dan menurun kepada 104.87% pada tahun 2014. Industri ini boleh terjejas kesan daripada kenaikan harga pasaran bahan makanan ternakan seperti jagung dan mil kacang soya (Mohammad dll, 2012). Di Malaysia, pengeluaran daging ayam ini dimonopoli oleh pengeluaran ayam pedaging dan hanya sebilangan kecil tertumpu kepada pengeluaran ayam kampung. Menurut Engku Azahan et al. (2008), ayam kampung menyumbang lebih daripada 5% jumlah keseluruhan pasaran ayam pedaging. Walaupun peratusannya nampak kecil, ternakan ini mula menunjukkan peningkatan di

11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

213

11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI SUBSEKTOR

PERTANIAN TERPILIH KE ARAH PERTANIAN MODEN: AYAM KAMPUNG

NOR AMNA A’LIAH MOHAMMAD NOR

11.1 PENDAHULUAN

Industri ternakan penting dalam memastikan jaminan bekalan makanan negara

malahan ia merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk luar

bandar di Malaysia. Pada tahun 2016, industri penternakan yang terdiri daripada

subsektor ruminan dan bukan ruminan telah menyumbang sebanyak 8.9% (RM

94.1 bilion) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (Jabatan

Perangkaan Malaysia, 2016) berbanding 10.4% (RM 6,945 juta) pada tahun 2013

(Perbadanan Produktiviti Malaysia, 2015). Nilai tambah dalam subsektor

ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam itik (poultry)

dan telur bagi memenuhi peningkatan permintaan di dalam dan luar negara.

Sektor ini turut memberi peluang pekerjaan kepada 34,805 orang dengan

bayaran gaji dan upah berjumlah RM726.2 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia,

2017).

11.2 LATAR BELAKANG

Industri penternakan ayam merupakan industri utama dalam subsektor

ternakan dengan penglibatan sebanyak 662 pertubuhan (Jabatan Perangkaan

Malaysia, 2017). Ia merupakan penyumbang ekonomi terbesar kepada industri

ternakan di Malaysia. Sumbangan output kasar meningkat 18.6% setahun

daripada RM3,854.2 juta pada 2010 kepada RM9,058.0 juta pada tahun 2015.

Manakala nilai ditambah industri ini adalah RM2,135.3 juta. Pengambilan daging

ayam terus meningkat kerana orang ramai mempunyai kuasa beli yang lebih

tinggi (Mohamed, 2014). Sebagai contoh, penggunaan per kapita ayam telah

meningkat sebanyak 28.06 kg (1993) hingga 53.35 kg (2013). Secara umumnya,

pengeluaran daging ayam negara telah mencapai tahap sara diri (SSL) sejak awal

tahun 1960-an lagi dan menjadi pengeksport semenjak tahun 1983 (Syauqi

dll,2016). Pada tahun 1994, SSL negara bagi pengeluaran ayam itik (poultry)

adalah pada 112.86% dan menurun kepada 104.87% pada tahun 2014. Industri

ini boleh terjejas kesan daripada kenaikan harga pasaran bahan makanan

ternakan seperti jagung dan mil kacang soya (Mohammad dll, 2012). Di Malaysia,

pengeluaran daging ayam ini dimonopoli oleh pengeluaran ayam pedaging dan

hanya sebilangan kecil tertumpu kepada pengeluaran ayam kampung.

Menurut Engku Azahan et al. (2008), ayam kampung menyumbang lebih

daripada 5% jumlah keseluruhan pasaran ayam pedaging. Walaupun

peratusannya nampak kecil, ternakan ini mula menunjukkan peningkatan di

Page 2: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

214

mana ia mula mendapat tempat di kalangan penternak. Kebanyakan

perusahaan penternakan ayam kampung dilakukan secara kecil-kecilan di

negara ini. Terdapat beberapa jenis baka ayam kampung yang terdapat di

Malaysia. Antaranya ialah red jungle fowl, Kabir, SASSO dan Hubbard-ISA.

Menurut buku manual teknologi penternakan ayam kampung pedaging MARDI

(2008), baka-baka ayam kampung terdiri daripada:

1) Ayam kampung asli atau nama saintifiknya red jungle fowl

2) Ayam kampung kacukan

3) Ayam kampung terpilih dan

4) Ayam kampung pedaging berbulu perang

Antara baka-baka ayam kampung ini, ayam kampung kacukan dan terpilih

merupakan baka yang paling banyak diternak diikuti ayam berbulu perang.

Ayam kampung asli mempunyai bilangan yang terkecil dan menyumbang

kurang 1% daripada jumlah keseluruhan ayam kampung di pasaran. Bagi

penduduk setempat, mereka mengenali ayam kampung sebagai baka ayam

tempatan yang berwarna perang dan mempunyai balung merah, berbadan

tegap dan dibiarkan berkeliaran atau lepas bebas. Berbanding ayam pedaging

dan penelur komersial, ayam kampung tidak menjalani proses pembiakbakaan

yang sistematik walaupun berasal daripada ayam hutan merah. Proses

pembiakbakaan yang tidak terkawal serta sistematik telah menghasilkan ayam

kampung pada hari ini yang mempunyai pelbagai ciri fizikal yang berbeza

walaupun dalam kelompok reban yang sama. Prestasi pertumbuhan ayam

kampung agak perlahan dengan berat pasaran kira-kira 1.5 kg pada usia 12

hingga 16 minggu, berbanding ayam pedaging yang boleh mencapai 2.5 kg

dalam masa 5 minggu.

Walau terdapat perbezaan yang ketara dari segi sifat fizikal pada baka-

baka ayam kampung ini, kaedah penternakannya adalah serupa. Sistem

pemeliharaan ayam kampung di Malaysia terbahagi kepada tiga kategori iaitu

intensif (reban terbuka), separa intensif dan integrasi atau turut dikenali

sebagai lepas bebas (range). Kebanyakan ayam kampung diternak secara lepas

bebas dan juga separa intensif. Ketiga-tiga sistem ini melibatkan penggunaan

teknologi yang berbeza.

Teknologi secara amnya memainkan peranan penting terhadap

kecekapan dan juga produktiviti bagi setiap komoditi pertanian dan sekali gus

dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. Berdasarkan kajian yang

dilakukan oleh Raziah et. al. (2010), ayam kampung berada pada tahap

kecekapan melepasi keanjalan 1 (ε>1). Ini menunjukkan komoditi ini

mengalami pulangan bertambah mengikut skala (increasing return to scale)di

mana teknologi sedia ada sedang mencapai tahap matang dan pengenalan

kepada teknologi baru perlu pada masa hadapan.

Page 3: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

215

Sektor ini dilihat semakin berkembang dari segi permintaan namun

penawaran yang terhad menyumbang kepada harga yang lebih tinggi jika

dibandingkan dengan harga ayam komersil. Ini mendorong lebih ramai

penternak untuk melibatkan diri dalam penternakan ayam kampung

walaubagaimanapun masalah bekalan anak ayam kampung tempatan menjadi

salah faktor yang mengurangkan usaha-usaha ternakan ayam kampung. Institut

Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengambil

inisiatif menjalankan penyelidikan penambahbaikan pada pembiakbakaan

(untuk peningkatan populasi) dan pembaikbakaan (meningkatkan kualiti baka)

ayam kampung. Usaha menambak baik baka ayam kampung telah dimulakan

seawal tahun 2000.

Kini, MARDI mempunyai 4 baka ayam kampung dengan 2 baka yang

berpotensi baik untuk pertumbuhan manakala dua lagi untuk baka penelur

(Affendee, 2015). Berat ayam kampung MARDI yang diternak dengan

pengurusan yang betul mampu mencapai 1.5 kilogram (kg) bagi jantan dan 1.3

kg bagi ayam betina pada umur 12 minggu dan telurnya menetas selepas 21

hari.

Terdapat kepelbagaian dalam mengusahakan ternakan ayam kampung

hasil daripada inisiatif penternak dalam memajukan perusahaan mereka.

Kajian ini dilakukan untuk melihat apakah tahap penggunaan teknologi yang

diguna pakai oleh petani dengan objektif 1) untuk menilai penggunaan

teknologi di kalangan penternak dan 2) untuk mengenal pasti hubungan antara

faktor-faktor sosioekonomi dengan tahap penggunaan teknologi.

11.3 METODOLOGI KAJIAN

11.3.1 Pengumpulan data

Kajian ini di jalankan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan

Veterinar (JPV) ke atas 52 orang pengusaha ayam kampung yang

meliputi seluruh kawasan di semenanjung Malaysia (Jadual 11.1).

JPV membantu menjalankan survei ke atas responden

berdasarkan kepada empat skala kapasiti bilangan ayam kampung

seperti dalam Jadual 11.2. Skala ini digunakan sebagai panduan

kerana dalam perusahaan ayam kampung tidak terdapat skala

yang ditetapkan seperti mana ayam pedaging kerana industri

ayam kampung masih dikira industri kecil dan sederhana.

Page 4: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

216

Jadual 11.1: Bilangan responden mengikut negeri Bil. Negeri Jumlah responden yang diperoleh

1. Pulau Pinang 13

2. Kedah 9

3. Johor 5

4. Perak 7

5. Pahang 7

6. Terengganu 4

7. Selangor 3

8. Kelantan 2

9. Melaka 1

10. Negeri Sembilan 1

Jumlah 52

Jadual 11.2: Skala pensampelan Skala pensampelan Bilangan ayam kampung

1 500 – 10,000

2 10,000 – 50,000

3 50,000 – 100,000

4 > 100,000

11.3.2 Analisis data

Analisis model logik kabur digunakan bagi menilai jurang

penggunaan teknologi di kalangan pengusaha berdasarkan kepada

tujuh parameter (Jadual 11.3). Selanjutnya, analisis korelasi dan

regresi di antara nilai model logik kabur dengan analisis faktor

masalah pengusaha dan latar belakang responden dilakukan.

Untuk itu, beberapa analisis berkaitan faktor-faktor sosioekonomi

dilakukan untuk menyokong tahap penggunaan teknologi

pengusaha. Faktor-faktor sosioekonomi yang di gunakan akan

dianalisis lanjut dengan melakukan korelasi dan regresi berbilang

untuk perkara-perkara berikut iaitu jantina, umur, pendidikan,

persatuan, pengalaman, entiti, status, kursus, pekerja dan masalah

bagi mendapatkan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap

penggunaan teknologi di kalangan pengusaha ayam kampung.

Page 5: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

217

Jadual 11.3: Parameter tahap penggunaan teknologi Parameter Subparameter

1. Akreditasi 1. Penerimaan akreditasi:

a) Halal

b) MyGAP

c) GAHP

d) VHM

e) HACCP

f) GMP

g) QAP

2. Teknologi perumahan 1. Sistem Penternakan

2. Jenis Dinding

3. Jenis Lantai

4. Jenis Sarap Lantai

5. Bekalan Elektrik

6. Sumber Air

7. Peralatan Makanan

8. Peralatan Minuman

9. Set drug/vaccine dispenser

10. Alat penimbang

3. Teknologi pengurusan ternakan 1. Sistem Perinduk

2. Alat Perinduk

3. Pemotongan Paruh

4. Tempoh Penggunaan Makanan :

a) Starter

b) Grower

c) Breeder

4. Pengurusan rekod 1. Rekod Program

2. Kaedah Rekod

3. Sistem Back-up

5. Teknologi pengurusan kesihatan dan

biosekuriti ladang

1. Vaksin

2. Bimbingan dan khidmat nasihat kesihatan

3. Bilik Khas Menyimpan:

a) Ubatan

b) Vaksin

4. Rekod Penggunaan Ubat dan Vaksin

5. E-permit pindah dan sijil kesihatan:

a) sebelum masuk ladang

b) utk jualan ayam

6. Kaedah Disinfeksi:

a) Kenderaan

b) Pekerja

7. Pengurusan pakaian ladang

8. Pengurusan Kenderaan

6. Teknologi pengurusan sisa ladang 1. Menjalankan rawatan tinja

2. Teknologi pelupusan

7. Teknologi kawalan serangga 1. Kesempurnaan pagar perimeter

2. Program Kawalan:

a) Perosak

b) Pencemaran

Page 6: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

218

11.4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

11.4.1 Profil responden

Jadual 11.4 menunjukkan bahawa 84.6% merupakan pengusaha

lelaki dan 15.4% adalah wanita dengan had umur melebihi 50

tahun (40.8%) merupakan responden yang paling tinggi, diikuti

41-50 tahun (32.7%), 31-40 tahun (18.4%) dan bawah 30 tahun

(8.2%). Majoriti pengusaha(54%) mempunyai tahap pendidikan

menengah, 22% diploma dan setara dan 14% mempunyai ijazah

dan ke atas.

Jadual 11.4: Profil responden N %

Jantina

Perempuan 8 15.4

Lelaki 44 84.6

Tahap pendidikan

Sekolah Rendah 5 9.6

Sekolah Menengah (PMR) 27 51.9

Diploma/STPM/Sijil 11 21.2

Ijazah Ke Atas 7 13.5

Tidak Menyatakan 2 3.8

Umur pengusaha

< 30 Tahun 4 7.7

31-40 Tahun 9 17.3

41-50 Tahun 16 30.8

> 50tahun 20 38.5

Tidak Menyatakan 3 5.8

40.4% pengusaha ayam kampung mempunyai pengalaman

kurang dari 5 tahun diikuti pengalaman melebihi 20 tahun

sebanyak 26.9%. Ini menunjukkan bahawa industri ayam

kampung merupakan industri yang bertahan dan berkembang

dalam jangka masa panjang dengan penglibatan baru oleh generasi

muda dan pengekalan generasi lama (Jadual 11.5).

Jadual 11.5: Pengalaman dalam perusahaan

Pengalaman dalam perusahaan N %

< 5 tahun 21 40.4

6-10 tahun 7 13.5

11-15 tahun 3 5.8

16-20 tahun 5 9.6

> 20 tahun 14 26.9

Tidak Menyatakan 2 3.8

Page 7: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

219

Pengusahaan ayam kampung ini terbahagi kepada 2

kategori iaitu perusahaan secara individu dan ladang kontrak.

Dapatan menunjukkan 92.3% daripada mereka mengusahakan

sendiri ladang mereka dan hanya 7.7% merupakan ladang kontrak.

Majoriti (75%) daripada pengusaha ayam kampung mendaftarkan

perusahaan dan 25% tidak mendaftarkan perusahaan mereka. Ini

menunjukkan bahawa kalangan pengusaha ayam kampung ini

merupakan perusahaan yang merancang untuk mengusahakan

secara serius dan bukanya sekadar ternakan sampingan di

samping memudahkan proses mendapatkan insentif daripada

pihak berkaitan. Namun begitu, kebanyakan pengusaha ayam

kampung ini masih berada di skala mikro (67.3%) dan kecil

(21.2%) berbanding 3.8% yang mengusahakannya secara berskala

besar (Jadual 11.6).

Jadual 11.6: Status, entiti dan skala perusahaan

N %

Status Perusahaan

Kontrak 4 7.7

Sendiri 48 92.3

Entiti Perniagaan

Tiada 13 25.0

Ada 39 75.0

Skala Perusahaan*

Mikro 35 67.3

Kecil 11 21.2

Besar 2 3.8

Tidak Menyatakan 4 7.7

*Penskalaan yang berasaskan kepada skala yang dikeluarkan oleh SMIDEC untuk industri pertanian

berdasarkan kategori pekerja bekerja sepenuh masa.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hanya 46.2%

pengusaha ayam kampung menghadiri kursus-kursus yang

berkaitan (Jadual 11.7). Ini adalah kerana kebanyakan kursus-

kursus yang ditawarkan khusus bagi ayam kampung adalah agak

kurang jika dibandingkan dengan kursus- ayam pedaging.

Jadual 11.7: Menghadiri kursus berkaitan perusahaan

Menghadiri kursus berkaitan perusahaan N %

Tidak 28 53.8

Ya 24 46.2

Page 8: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

220

11.4.2 Jurang teknologi (Indeks Fuzzy) di kalangan pengusaha

Model analisis logik kabur mendapati bahawa tahap penggunaan

teknologi yang paling tinggi adalah teknologi kawalan serangga

perosak dan bau dan teknologi pengurusan sisa ladang. Manakala

tahap penggunaan teknologi yang paling rendah adalah akreditasi

teknologi perumahan dan teknologi pengurusan ternakan (Rajah

11.1).

Rajah 11.1: Indeks logik kabur bagi setiap parameter teknologi

Penilaian terhadap jurang adalah berdasarkan kepada

indeks seperti Jadual 11.8 Maklum balas daripada responden

diplotkan untuk menunjukkan taburan tahap penggunaan

teknologi bagi setiap pengusaha bagi menggambarkan tahap

penggunaan teknologi di kalangan mereka (Rajah 11.2). Didapati

majoriti berada di tahap sederhana iaitu di antara indeks 0.3-0.6

iaitu 65% dan 34% berada di tahap rendah. Tiada pengusaha ayam

kampung yang berada di tahap penggunaan teknologi yang terbaik

(Rajah 11.3).

Jadual 11.8: Indikator tahap penggunaan teknologi Tahap penggunaan teknologi Nilai indeks

Terbaik ≥ 0.6

Sederhana 0.31 - 0.59

Rendah ≤ 0.3

Page 9: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

221

Rajah 11.2: Plot tahap penggunaan teknologi mengikut responden

Rajah 11.3: Peratusan tahap penggunaan teknologi

Rajah 11.4 menunjukkan jurang teknologi di kalangan

pengusaha ayam kampung adalah kecil dan ini menggambarkan

bahawa tahap penggunaan teknologi di kalangan pengusaha ayam

kampung adalah hampir serupa. Kewujudan jurang-jurang ini

adalah mewakili kepelbagaian akses kepada pengetahuan

terhadap teknologi dan kemampuan modal yang berbeza di

kalangan pengusaha dalam melaksanakan perusahaan mereka.

Berdasarkan analisis ini juga, di dapati jurang yang terkecil adalah

parameter akreditasi dan parameter yang mempunyai jurang

terbesar adalah parameter teknologi kawalan serangga, perosak

dan bau.

Page 10: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

222

Label Parameter Min. Mak. Jurang

Teknologi

A Akreditasi 0.00 0.19 0.19

B Teknologi perumahan 0.11 0.47 0.36

C Teknologi pengurusan penternakan 0.06 0.54 0.49

D Pengurusan rekod 0.00 0.54 0.54

E Teknologi pengurusan kesihatan dan

biosekuriti ladang

0.05 0.65 0.59

F Teknologi pengurusan sisa ladang 0.03 0.68 0.65

G Teknologi kawalan serangga perosak dan

bau

0.04 0.83 0.79

Rajah 11.4: Jurang penggunaan teknologi di kalangan pengusaha bagi setiap parameter

Parameter akreditasi menunjukkan jurang yang paling kecil

kerana dengan memiliki sijil-sijil tersebut barulah sesebuah

perusahaan mencapai tahap pengiktirafan yang mematuhi

piawaian yang ditetapkan. Parameter teknologi perumahan juga

menunjukkan jurang yang kecil dan ini menunjukkan bahawa

sistem perumahan yang digunakan adalah hampir sama bagi

setiap pengusaha.

Tahap penggunaan teknologi pengurusan penternakan,

pengurusan rekod dan teknologi pengurusan kesihatan dan

biosekuriti ladang menunjukkan jurang yang sederhana.

Contohnya, teknologi pengurusan ternakan mempunyai pelbagai

sistem yang meliputi sistem perinduk, alat perinduk, teknik

pemotongan paruh dan tempoh penggunaan makanan namun

menghasilkan output yang sama. Begitu juga dengan kaedah

pengurusan rekod dan teknologi pengurusan kesihatan dan

biosekuriti ladang yang pelbagai.

Page 11: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

223

Dua parameter yang menunjukkan jurang terbesar adalah

teknologi pengurusan sisa ladang dan teknologi kawalan serangga

perosak dan bau. Ini menunjukkan bahawa kaedah yang

digunakan oleh pengusaha bergantung kepada teknologi yang

sangat maju seperti penggunaan incinerator bagi pengurusan sisa

ladang dan effective microorganism (EM) bagi kawalan serangga

perosak dan bau dan teknologi yang sangat rendah/mudah seperti

menanam sisa ladang dan menggunakan pelekat lalat bagi kawalan

serangga perosak dan bau.

11.4.3 Hubung kait faktor-faktor sosioekonomi dan indeks teknologi

Analisis korelasi, faktor dan regresi akan mengambil kira beberapa

faktor sosioekonomi seperti jantina, umur, pendidikan, persatuan,

pengalaman, entiti, status, kursus, pekerja dan masalah. Analisis

faktor dilakukan untuk mendapatkan faktor-faktor yang

merupakan masalah utama berkaitan dengan perusahaan ayam

kampung. Ujian realibility dijalankan ke atas 39 item dan selepas

analisis, 16 item dibuang dan hanya 23 item sahaja yang di

gunakan dengan nilai Cronbach's Alpha adalah 0.864. Analisis ini

dijalankan dengan membuang item yang tidak signifikan dan

mengulangi ujian sehingga nilai Cronbach's Alpha menjadi tetap.

Kemudian, item-item tinggal digunakan untuk analisis Faktor

dengan menggunakan varimax rotation.

Ujian KMO yang dilakukan dalam analisis faktor

menunjukkan bacaan sebanyak 0.629 yang mana melebihi 0.5 iaitu

nilai signifikan dalam ujian KMO dan ujian Barlett’s juga

menunjukkan ia signifikan yang membenarkan item-item

pemboleh ubah sesuai dilakukan analisis faktor (Jadual 11.9).

Jadual 11.9: Ujian KMO and Bartlett's

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy .629

Bartlett's Test of Sphericity Approx. Chi-Square 860.639

df 253

Sig. .000

Nota: Ujian Bartlett’s tahap signifikan p <0.000 dan Kaiser-Meyer-Olkin ukuran kecukupan pensampelan

>0.60

Terdapat empat faktor-faktor masalah yang mempengaruhi

perusahaan ayam kampung iaitu masalah modal, masalah pasaran,

masalah teknologi dan masalah sikap dengan nilai varians

sebanyak 62.06% (Jadual 11.10). Masalah modal merupakan

Page 12: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

224

faktor utama yang mempengaruhi pengusaha ayam kampung ini.

Masalah modal mempunyai empat item iaitu 1) syarat pinjaman

ketat, 2) pinjaman sukar diperoleh, 3) permohonan pinjaman

lambat proses dan 4) syarat kelulusan pinjaman ketat. Faktor

kedua ialah masalah pasaran di mana pengusaha mendapati agak

sukar untuk mendapatkan maklumat pasaran dan cara untuk

menyalurkan pasaran. Faktor ketiga ialah masalah teknologi di

mana pengusaha sukar untuk mendapatkan teknologi yang

bersesuaian dalam membantu mengurus tadbir urusan mereka.

Faktor yang terakhir ialah masalah sikap pengusaha yang sukar

untuk mempelajari teknologi baru dan tidak berani untuk

mengambil risiko berkaitan perubahan dalam perusahaan mereka.

Jadual 11.10: Komponen matriks berdasarkan faktor

Komponen

Modal Pasaran Teknologi Sikap

X1= Syarat pinjaman ketat .946

X2= Pinjaman sukar diperoleh .893

X3= Permohonan pinjaman lambat proses .858

X4= Syarat kelulusan pinjaman ketat .812

X5= Sukar peroleh maklumat pasaran

.920

X6= Tidak banyak saluran pasaran

.785

X7= Teknologi sukar diperoleh

.805

X8= Teknologi kurang sesuai

.758

X9= Manual merumitkan

.882

X10= Tidak berani ambil risiko

.826

Nilai Eigenvalues 6.120 4.394 2.214 1.547

Peratus Eigenvalues 26.607 19.103 9.624 6.725

Peratus kumulatif Eigenvalues (%) 26.607 45.711 55.335 62.060

Nota: Faktor loading >0.70, nilai eigen >1 dan jumlah varians menerangkan >60%

Ujian korelasi kemudian dilakukan untuk melihat hubungan

di antara nilai model logik kabur dengan faktor-faktor

sosioekonomi (pendidikan, pengalaman, entiti, bilangan pekerja,

kursus yang dihadiri, masalah pasaran dan masalah sikap

pengusaha). Faktor pendidikan, pengalaman, entiti, bilangan

pekerja dan kursus yang dihadiri menunjukkan terdapat hubungan

positif dan signifikan pada p<0.05 dan hubungan negatif pada

untuk masalah pasaran (p<0.01) dan masalah sikap pengusaha

(p<0.05).

Page 13: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

225

Jadual 11.11: Korelasi di antara nilai model logik kabur dan faktor-faktor sosioekonomi Jantina Umur Pendidikan Persatuan Pengalaman

Pearson

Correlation -.233 -.054 .327* -.001 .323*

Sig. (2-tailed) .097 .711 .020 .994 .022

N 52 49 50 52 50

Entiti Status Bil. Pekerja Kursus

Pearson

Correlation .289* -.261 .286* .286*

Sig. (2-tailed) .038 .062 .049 .040

N 52 52 48 52

Masalah Modal Masalah Pasaran Masalah Teknologi Masalah Sikap

Pearson

Correlation .069 -.385** -.022 -.312*

Sig. (2-tailed) .632 .005 .877 .026

N 51 51 51 51

*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed)

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

Seterusnya ujian regresi berbilang dijalankan dengan

mengambil kira nilai korelasi yang mempunyai parameter yang

signifikan dengan nilai model logik kabur. Dapatan menunjukkan

bahawa hanya faktor pengalaman dan faktor menghadiri kursus

berkaitan pengurusan ayam kampung yang mempengaruhi

penggunaan teknologi di kalangan para pengusaha ayam kampung.

Melalui pengalaman yang diperoleh oleh mereka dan pengetahuan

baru daripada kursus-kursus yang berkaitan, maka pengusaha-

pengusaha ini mahu untuk menggunakan teknologi terkini. Namun

dapatan kajian menunjukkan jurang teknologi hanya

mempengaruhi sebanyak 28% daripada keseluruhan kejayaan

perusahaan ayam kampung ini.

Page 14: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

226

Jadual 11.12: Regresi di antara nilai logik kabur dan faktor-faktor sosioekonomi

Unstandardized Coefficients

Standardized

Coefficients t Sig.

B Std. Error Beta

(Constant) .051 .106

.477 .636

Pendidikan .018 .014 .206 1.282 .208

Pengalaman .005 .002 .574 2.954 .006

Entiti .008 .035 .032 .218 .828

Pekerja tempatan .000 .001 -.032 -.189 .851

Kursus .100 .035 .502 2.820 .008

Masalah Pasaran .008 .023 .065 .358 .722

Masalah Sikap -.014 .018 -.133 -.802 .428

R-squared .404

Adjusted R-squared .285

F-statistics 3.386

Prob (F-statistics) .007

11.5 SARANAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan tahap teknologi bagi

perusahaan ayam kampung masih lagi di tahap yang sederhana. Walaupun pada

asalnya industri ini dianggap sebagai pasaran niche namun ianya dilihat telah

berkembang dan dijangka akan meningkatkan tahap penggunaan teknologi.

Kajian ini mencadangkan supaya pengusaha ayam kampung dapat meningkatkan

lagi tahap penggunaan teknologi sedia ada bagi memastikan industri ini lebih

berdaya saing terutama bagi teknologi perumahan dan pengurusan ternakan.

Asalnya ternakan ayam kampung adalah berasaskan konsep lepas bebas dan

konsep ini perlu diteruskan tetapi dengan sistem yang lebih baik dan praktikal

untuk memastikan ayam kampung berupaya dikomersialkan. Selain itu,

teknologi kawalan serangga perosak dan bau serta teknologi pemprosesan sisa

ladang dipertingkatkan untuk memastikan kesihatan dan persekitaran kawasan

ladang dan juga ayam-ayam kampung tersebut di tahap yang terbaik.

Penggunaan teknologi dalam akreditasi buat masa ini tidak ditekankan kerana

pasaran pula tidak ditekankan kerana dalam perusahaan ayam kampung lebih

tertumpu untuk pasaran tempatan, namun perlu dipertingkatkan untuk

meneroka pasaran baru terutamanya untuk pasaran eksport .

11.6 RUMUSAN

Secara keseluruhan, tahap penggunaan teknologi bagi perusahaan ayam

kampung berada pada tahap sederhana berdasarkan kepada keperluan yang

tidak terlalu mendesak untuk mereka berubah kepada tahap penggunaan

teknologi yang tinggi. Namun begitu, penekanan perlu diberikan kepada

teknologi kawalan serangga perosak dan bau serta teknologi pengurusan sisa

Page 15: 11.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 11-Nor Amna et al.pdf · ternakan berkembang disebabkan peningkatan pengeluaran ayam

227

ladang agar kebersihan dan keselamatan ayam kampung lebih terjamin dengan

pemuliharaan alam sekitar yang lestari.

Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi indeks penggunaan tahap

teknologi ialah pengalaman dan menghadiri kursus-kursus yang berkaitan

dengan ternakan ayam kampung. Faktor-faktor ini menyumbang dalam

membantu meningkatkan lagi kesedaran pengusaha terhadap kepentingan

penggunaan teknologi dalam perusahaan mereka. Penekanan terhadap kursus-

kursus yang berkaitan teknologi baru mungkin boleh diperkenalkan pada masa

hadapan dalam membantu pengusaha ini untuk lebih maju ke hadapan. Walau

bagaimanapun, faktor-faktor lain selain daripada teknologi juga perlu diberikan

penekanan dalam memastikan kejayaan dan kemajuan pengusaha ayam

kampung ini.

11.7 RUJUKAN

Engku Azahan, E. A. (1994). The red and black-red native chickens of Malaysia.

MARDI Res. J. 22(1): 73–78

Engku Azahan, E. A., Abd. Khalid M. S. dan Noraziah M. (2008). Manual Teknologi

Penternakan Ayam Kampung Pedaging. Institut Penyelidikan dan

kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kuala Lumpur: Malaysia

Raziah, M. L., Tapsir, S., Rashilah, M., Syahrin, S., Engku Elini, E. A., Fadhilah A. H.

H. Dan Rosnani, H. (2010). Produktiviti dan Kecekapan Sekotr Pertanian

dan Industri pemprosesan Makanan Terpilih (2009/2010). Institut

Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kuala Lumpur:

Malaysia

Mohd Syauqi, N. (2016). Kajian Penandaarasan dan Memprospek Teknologi

Pengeluaran Ayam Pedaging di dalam Laporan Kajian Sosioekonomi

2015 Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial MARDI (191-205).

Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kuala

Lumpur: Malaysia

Jabatan Perangkaan Malaysia (2017). Banci Ekonomi 2016 - Ternakan.

Putrajaya: Malaysia

Jabatan Perangkaan Malaysia (2016). Indikator Pertanian Terpilih Malaysia.

Putrajaya: Malaysia

Mohammad, M., Mokhtar, N. dan Kum, W. H. (2012). Mil daun dan batang keledek

sebagai makanan ayam penelur. Buletin Teknologi MARDI, Bil. 2(2012):

17–23