Upload
hoangduong
View
238
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
Gaya Bahasa
Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali
dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’.
Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa
gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata
dalam menyampaikan fikiran dan perasaan.
Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata
sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk
menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan
tujuannya.
Slametmuljana (1969: 27) pula menyatakan gaya
bahasa adalah ekspresi individual yang
berlandaskan bahasa sebagai sistem. Oleh itu,
gaya bahasa dapat dirumuskan sebagai cara
penggunaan bahasa untuk menyampaikan
fikiran dan perasaan melalui cara yang
memperlihatkan ciri-ciri individu penulisanya.
MINGGU 11
2
Ciri-ciri Gaya Bahasa
Sesuatu gaya bahasa yang baik mengandungi
tiga unsur, iaitu:
• Kejujuran
• Kesantunan
• Menarik
Kejujuran bermaksud:
• Sanggup melakukan pengorbanan demi
menyatakan sesuatu secara ikhlas dan jujur.
• Mematuhi peraturan dan kaedah yang betul
dalam berbahasa.
• Menggunakan bahasa yang jelas dan
mengelakkan kekaburan.
• Menyatakan sesuatu dengan tepat.
3
Kesantunan
Dari segi gaya bahasa, kesantunan bermaksud:
• Memberi penghargaan atau menghormati pihak yang terlibat, misalnya pendengar dan pembaca.
• Mewujudkan rasa nikmat melalui penggunaan kata-kata.
• Menyampaikan sesuatu dengan jelas dari segi:
Kejelasan:
- ketatabahasaan
- hubungan dengan fakta yang diungkapkan
- urutan idea secara logis
- penggunaan kiasan dan perbandingan
Kesingkatan:
- menggunakan kata secara efisien.
- mengelakkan penggunaan kata yang sinonim.
- menghindari tautologi.
4
Menarik
Sesuatu gaya bahasa yang dikatakan menarik
itu dapat diukur dari segi kewujudan unsur-
unsur yang berikut:
1. Bervariasi
2. Mengandungi humor yang sihat
3. Mempunyai pengertian yang baik
4. Mempunyai kekuatan (vitalitas)
5. Penuh dengan daya khayal atau imaginasi
5
Jenis-jenis Gaya Bahasa
Gaya bahasa boleh dibahagikan kepada:
1. Gaya bahasa berdasarkan acuan bukan
bahasa.
2. Gaya bahasa berdasarkan acuan bahasa.
3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat.
4. Gaya bahasa retorik.
5. Gaya bahasa kiasan.
6
Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bukan Bahasa
1. Berdasarkan pengarang
2 Berdasarkan masa
3. Berdasarkan medium atau wahana
4. Berdasarkan subjek atau perkara
5. Berdasarkan tempat
6. Berdasarkan khalayak
7. Berdasarkan tujuan
7
Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bahasa
1. Gaya bahasa berdasarkan pilihan kata
2. Gaya bahasa berdasarkan nada
3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat
4. Gaya bahasa berdasarkan makna (langsung
atau tidak langsung)
Gaya Bahasa Berdasarkan Pilihan Kata
1. Gaya bahasa rasmi
2. Gaya bahasa tidak rasmi
3. Gaya bahasa percakapan atau lisan
8
Gaya Bahasa Berdasarkan Nada
1. Gaya yang sederhana
2. Gaya mulia dan bertenaga
3. Gaya menengah
9
Gaya Bahasa Berdasarkan Struktur Kalimat
1. Klimaks
2. Antiklimaks
3. Paralelisme
4. Antitesis
5. Repitisi (perulangan): epizeuksis, tautotes,
anafora, epistrofa, simplok, mesodiplosis,
epanalepsis, dan anadiplosis.
10
Gaya Bahasa Klimaks
Gaya bahasa yang mengandungi urutan idea
atau fikiran yang semakin penting dan
meningkat jika dibandingkan dengan gagasan
sebelumnya. Contohnya:
1. Kita berdoa agar pada suatu waktu mereka
dapat berdiri sendiri yang bukan bermakna
mereka tidak akur dengan perjuangan kita
tetapi justeru inilah keadilan sosial yang selam
ini kita perjuangkan.
2. Kesengsaraan membuahkan kesabaran,
kesabaran pengalaman, dan pengalaman
harapan.
11
Gaya Bahasa Antiklimaks
Dihasilkan melalui penggunaan ayat yang
berstruktur mengendur. Gagasan yang penting diolah kepada yang kurang penting secara berurutan. Gaya ini kurang efektif kerana gagasan yang penting ditempatkan pada awal kalimat sehingga pembaca atau pendengar tidak lagi memberi perhatian kepada bahagian-bahagian lain atau yang berikutnya dalam ayat:
Contohnya:
Dalam dunia pendidikan tinggi yang dicengkam rasa takut dan rendah diri, pembaharuan, kebanggaan terhadap hasil pemikiran yang objektif atau keharusan mengungkapkan pendapat secara bebas tidak mungkin wujud.
12
Gaya Bahasa Paralelisme
Gaya bahasa yang berorientasikan kesejajaran
dalam penggunaan kata atau frasa yang
mempunyai fungsi yang sama dalam bentuk
gramatikal yang sama. Kesejajaran boleh juga
wujud dalam bentuk anak ayat yang terhasil
daripada induk ayat, contohnya:
1. Bukan sahaja perbuatannya itu harus
dikutuk tetapi juga harus dibanteras.
2. Baik golongan kaya mahupun golongan
miskin, harus dihukum jika bersalah.
13
Gaya Bahasa Antitesis
Gaya yang mengandungi gagasan yang
bertentangan dengan menggunakan kata atau
golongan kata yang berlawanan, contohnya:
1. Kaya-miskin, tua-muda, besar-kecil semuanya
mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan
keamanan dan kemajuan negara.
2. Manusia merancang, tuhan yang menentukan.
14
Gaya Bahasa Perulangan
Epizeuksis
Perulangan yang bersifat langsung, iaitu kata yang dipentingkan diulang beberapa kali secara berturut-turut, contohnya:
1. Kita harus belajar, belajar dan terus belajar untuk mencapai kejayaan.
2. Sesuatu yang baru biasanya mencerminkan keharuan, dan keharuan pula selalunya pula memercikkan inspirasi, dan tidakkah itu akan memercikkan pula berbagai bahan, fikirnya. Tidaklah memadai dengan hanya menyatakan keharuan kerana melihat laut dan nelayan.
15
Gaya Bahasa Tautotes (Tautologi)
Perulangan pengucapan kata yang sama
secara berulang-ulang dalam susunan biasa
(konstruksi) tanpa menjejaskan maknanya.
Yang diulang ialah idea tanpa sebarang
penekanan atau penjelasan terhadap
pengucapan itu, contohnya:
1. Ia termenung, termenung mengenangkan
orang yang jauh.
2. Dia menulis sebuah autobiografi tentang
sejarah hidupnya.
16
Gaya Bahasa Anafora
Anafora ialah perulangan perkataan pada awal
baris atau kalimat, contohnya:
1. Kalau tidak Johar, Johari
Kalau tidak Johari, Hamid
Kalau tidak, Badariah dan Khamsiah
2. Senang-senang pinjam
Senang-senang kata hutang
Senang-senang pula serah pada orang
17
Gaya Bahasa Epistrofa (Epipora)
Perulangan kata atau frasa pada akhir baris
atau ayat secara berurutan, contohnya:
1. bumi yang kaudiami, itulah kediaman
udara yang kauhirup, itulah kehidupan
kasih yang kausirami, itulah kehidupan
2. Ketuaan emak
keuzuran emak
keletihan emak
18
Gaya Bahasa Simplok
Perulangan pada awal dan akhir beberapa
baris atau kalimat secara berturut-turut,
contohnya:
1. saya tidak pandai menyanyi
sebarang nyanyi saya nyanyikan
saya tidak pandai menari
sebarang tari saya tarikan
2. bukan hidup tanpa cubaan
bukan dunia tanpa penderitaan
19
Gaya Bahasa Epanalepsis
Perulangan pada kata terakhir daripada baris,
klausa, dan ayat dengan ulangan kata pertama,
contohnya:
Kita gunakan fikiran dan perasaan kita
berceritalah padaku, berceritalah
kuberikan semuanya apa yang harus kuberikan
20
Gaya Bahasa Mesodiplosis
Perulangan di tengah baris atau beberapa ayat
secara berturutan, contohnya:
buruh kontrak jangan mencuri masa
pegawai tinggi jangan mencuri masa
21
Gaya Bahasa Anadiplosis
Perulangan kata atau frasa terakhir dalam
klausa atau ayat menjadi kata atau frasa
pertama dalam klausa ayat yang berikutnya,
contohnya:
1. dalam air ada wajah
dalam wajah ada kenangan
dalam kenangan ada @@.
2. dalam syair ada kata
dalam kata ada makna
dalam makna ada @@@@..
22
Gaya Bahasa Retorik
Gaya bahasa yang menggunakan bahasa yang
jelas dan padat. Maknanya diwujudkan secara
tersurat bukan tersirat, iaitu secara langsung
berdasarkan lapisan luar makna bahasa. Gaya
bahasa retorik boleh dibahagikan kepada:
1. Aliterasi
2. Asonansi
3. Susunan songsang
4. Elipsis
5. Eufimisme
6. Litotes
23
Aliterasi
Gaya yang menggunakan kata-kata yang
dimulai dengan perulangan bunyi konsonan
awal secara berturut-turut dalam rentetan kata
atau suku kata. Unsur ini sering terdapat pada
puisi, contohnya:
1. kan kubenamkan dadaku
kaki kananku ke bulan
kaki kiriku ke matahari
kan kuhanyutkan hatiku
2. dalam memberi dan menerima
momen semanis semulia ini
24
Asonansi
Gaya bahasa yang menggunakan perulangan
bunyi vokal yang sama. Unsur ini sering juga
terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang
dalam prosa, contohnya:
1. Melangkah gadis menahan denyutan
pandangan terakhir terlempar ke nisan
setangkai kemboja gugur perlahan
merangkaklah senja menutup pandangan
2. Dari darah, dari nanah yang punah di tanah
rangka manusia kehilangan nyawa disambar
senjata
hasil manusia gila perang membunuh mesra
bunga merah berkembang indah minta
disembah
25
Susunan Songsang (inversi)
Susunan songsang atau inversi ialah gaya
bahasa yang terhasil daripada pembalikan ayat
atau rangkai kata dengan tujuan untuk
menimbulkan kesan tertentu. Dari segi
susunan ayat, susunan songsang ialah gaya
yang menterbalikkan susunan biasa ayat, iaitu
S + P kepada P + S, contohnya:
1. Seakan-akan halilintar, suara itu berdengung di
telingaku.
2. Sesudah dibelek beberapa kali, dia
menyarungkan kembali parang itu.
3. Terkenang dia akan mimpi semalam.
26
Elipsis
Terdapat penghilangan satu kata atau lebih
dalam ayat yang lengkap. Namun, melalui
intuisi, orang dapat mengisi tempat yang
dikosongkan itu dengan maklumat atau
pengertian yang tepat dengan mudah,
contohnya:
1. Siakap senohong, gelama ikan duri
@@@@@@@@@@@@@@@
2. Pinggan tak retak, nasi tak dingin
@@@@@@@@@@@@@@@
3. Ada ubi, ada batas
@@@@@@@@.
27
Litotes
Gaya yang digunakan untuk menyatakan
sesuatu dengan tujuan untuk merendahkan diri,
contohnya:
1. Teratak inilah yang mampu kami peroleh
bertahun-tahun lamanya.
2. Apalah ada padaku, harta tiada, budi pun
kurang.
3. Kedudukan saya ini tiada ertinya sama sekali
28
Eufimisme
Sejenis gaya kiasan halus yang biasanya
berbentuk ungkapan atau simpulan bahasa
yang mengandungi isi atau pengertian yang
kurang menyenangkan. Dengan cara ini,
pendengar tidak rasa tersinggung atau kecil
hati, contohnya:
1. Mati : meninggal dunia atau
menghembuskan nafas
yang akhir.
2. Bini : isteri atau orang rumah
3. Berak : ke sungai besar
4. Bunting : berbadan dua, hamil
5. Haid : datang bulan, uzur
29
Gaya Bahasa Kiasan
Sejenis gaya bahasa perbandingan. Gaya
bahasa ini dibentuk berdasarkan perbandingan
atau persamaan. Maksudnya dilihat dari segi
yang tersirat bukan yang tersurat. Jenis-jenis
gaya bahasa kiasan ialah seperti simile, metafora,
personifikasi, hiperbola, paradoks, dan kiasan
berpindah.
30
Simile
Sejenis gaya bahasa perbandingan peringkat
termudah, iaitu perbandingan antara satu objek
atau konsep lain secara langsung.
Perbandingan ini bersifat imaginatif dan
eksplisit. Kata-kata perbandingan yang
digunakan ialah seperti, umpama, bagai,
macam, bak, ibarat, laksana, dan lain-lain,
contohnya:
1. Beningnya laksana bulan di langit.
2. Seminggu tinggal di rumah mentua bagaikan
mimpi ngeri kepada Fatin.
3. Mukanya merah seperti udang kena bakar.
31
Metafora
Sejenis bahasa figuratif, iaitu bentuk kiasan
atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi
sesuatu yang lain. Gaya bahasa ini juga
dianggap paling singkat, padat, dan tersusun.
Metafora biasanya dihasilkan daripada imej dan
idea tanpa kata perbandingan secara langsung
seperti dalam simile, contohnya:
1. Matahari yang beransur turun di ufuk kelihatan
indah merah merona. Ia sebagai tanda layar
malam akan dilepaskan tak lama lagi@..
2. Kata-kata bapa memukul habis kelakianku
sebagai anaknya.
3. Jauh di lubuk hatinya, terpendam satu harapan
menggunung.