4
USM PULAU PINANG, 12 Oktober 2016 – Ilmu, perancangan dan strategi yang mantap sangat penting untuk menjayakan agenda besar Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melonjakkannya sebagai sebuah universiti APEX dan Universiti Penyelidikan yang tersohor melalui kecemerlangan melalui acuan atau excellent by design. Demikian jelas Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dalam ucapannya merasmikan Sambutan Maal Hijrah 1438H peringkat USM di sini, hari ini. Katanya, peristiwa hijrah mengajar bahawa kejayaan bergantung pada perancangan yang rapi yang bermakna kita perlu lakukannya mengikut acuan sendiri untuk melahirkan umat yang berpegang teguh kepada Islam, nilai-nilai hidup, dan penuh kebijaksanaan yang tinggi dan tidak hanya menyerahkan segalanya kepada takdir. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... ILMU, PERANCANGAN DAN STRATEGI PENTING MENJAYAKAN AGENDA USM – NC 12 OCT

12 · Hijrah pada tahun i ni bertepatan dalam memperkasakan ukhuwah Islamiah berdasarkan kemelut perpecahan yang melanda sebahagian besar masyar akat Islam kini. “Dalam menangani

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 12 · Hijrah pada tahun i ni bertepatan dalam memperkasakan ukhuwah Islamiah berdasarkan kemelut perpecahan yang melanda sebahagian besar masyar akat Islam kini. “Dalam menangani

USM PULAU PINANG, 12 Oktober 2016 – Ilmu, perancangan dan strategi yang mantap sangat pentinguntuk menjayakan agenda besar Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melonjakkannya sebagaisebuah universiti APEX dan Universiti Penyelidikan yang tersohor melalui kecemerlangan melaluiacuan atau excellent by design. 

Demikian jelas Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dalam ucapannya merasmikanSambutan Maal Hijrah 1438H peringkat USM di sini, hari ini.

Katanya, peristiwa hijrah mengajar bahawa kejayaan bergantung pada perancangan yang rapi yangbermakna kita perlu lakukannya mengikut acuan sendiri untuk melahirkan umat yang berpegangteguh kepada Islam, nilai-nilai hidup, dan penuh kebijaksanaan yang tinggi dan tidak hanyamenyerahkan segalanya kepada takdir.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

ILMU, PERANCANGAN DAN STRATEGI PENTINGMENJAYAKAN AGENDA USM – NC12

OCT

Page 2: 12 · Hijrah pada tahun i ni bertepatan dalam memperkasakan ukhuwah Islamiah berdasarkan kemelut perpecahan yang melanda sebahagian besar masyar akat Islam kini. “Dalam menangani

“Kejayaan untuk mencapai apa jua perancangan yang dibuat bergantung kepada kekukuhanpersaudaraan seperti yang ditunjukkan oleh generasi pertama hijrah yang mengorbankan apa sahajademi  Islam yang merentasi kaum dan kumpulan,” jelasnya.

Asma turut menyeru supaya warga USM mengambil semangat dari peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.Wdalam mengukuhkan semangat ukhuwah yang ada untuk meneruskan usaha memajukan USM.

Page 3: 12 · Hijrah pada tahun i ni bertepatan dalam memperkasakan ukhuwah Islamiah berdasarkan kemelut perpecahan yang melanda sebahagian besar masyar akat Islam kini. “Dalam menangani

“Marilah kita bekerja bersama-sama dan menghijrahkan diri kepada kekuatan ilmu pengetahuan yangada untuk benar-benar melahirkan pemimpin dalam moto Kami Memimpin,” tambahnya.

Pengarah Pusat Islam USM, Dato’ Profesor Muhammad Idiris Salleh berkata, pemilihan tema MaalHijrah pada tahun ini bertepatan dalam memperkasakan ukhuwah Islamiah berdasarkan kemelutperpecahan yang melanda sebahagian besar masyarakat Islam kini.

“Dalam menangani masalah tersebut, Pusat Islam mengambil inisiatif untuk menganjurkan wacanaterbuka kepada para pelajar ini dalam menangani permasalahan tentang pendekatan wasatiah,”katanya.

Pada majlis yang sama, Naib Canselor turut menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1438Hkepada pakar ubat-ubatan herba dari Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Profesor Dr. Zhari Ismail.

Zhari menerima wang tunai bernilai RM5,000.00 beserta trofi, seutas jam tangan dan sijilpenghargaan.

Seramai 11 orang turut menerima Anugerah Kecemerlangan Maal Hijrah dalam tiga kategori iaituAkademik, Pengurusan dan Profesional dan Sokongan. Antara penerima anugerah ini PenasihatUndang-undang USM, Dr Khairul Anuar Che Azmi.

Selain itu,  penghargaan khas Pusat Islam diberikan kepada 10 orang staf dan ahli qaryah yangbanyak membantu pengurusan aktiviti Pusat Islam antaranya staf dari Jabatan Keselamatan,Ramachandran Subramanian.

Penerima Anugerah Kecemerlangan diberikan seutas jam tangan, sijil penghargaan dan wang tunaiRM2,000.00 manakala Penghargaan Khas Pusat Islam menerima seutas jam tangan, sijil penghargaandan wang tunai RM500.00.

Yang hadir sama dalam majlis ini, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) ProfesorDato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar danAlumni, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein dan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan

Page 4: 12 · Hijrah pada tahun i ni bertepatan dalam memperkasakan ukhuwah Islamiah berdasarkan kemelut perpecahan yang melanda sebahagian besar masyar akat Islam kini. “Dalam menangani

Masyarakat Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Teks: Syuhada Abd Aziz / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015