Upload
zarascha-hemoi-hemoy
View
243
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/22/2019 177087723 Sejarah Kewujudan Proton Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/177087723-sejarah-kewujudan-proton-malaysia 1/5
SEJARAH KEWUJUDAN PROTON MALAYSIA PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang
ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta
ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia.
Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana
Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arahperindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat
Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.
Pemegang saham terdiri daripada: 1. Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%) 2. Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
3. Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)
Kilang PROTON terletak di: Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam,
Selangor.
Tanjung Malim, Perak
Sejarah Asal-Usul PROTON Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir
bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasalawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981.
7/22/2019 177087723 Sejarah Kewujudan Proton Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/177087723-sejarah-kewujudan-proton-malaysia 2/5
Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di
Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuatpenyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.
Krisis dalam Syarikat PROTON
7/22/2019 177087723 Sejarah Kewujudan Proton Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/177087723-sejarah-kewujudan-proton-malaysia 3/5
Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff
Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff telah ditamatkan kontraknya pada25 Julai 2005, tidak lama selepas beliau menimbulkan isu AP yang
dikeluarkan sehingga menjejaskan pasaran kereta tempatan. Di bawahpengurusan Tengku Mahaleel selama tujuh tahun, Proton telah mampu
menambah kapasiti pengeluaran, mengeluar kereta sendiri dan mengumpulkeuntungan tunai berjumlah lebih RM4 bilion. Sebanyak RM1.7 bilion
daripada jumlah tersebut digunakan untuk membina kilang Proton di
Tanjong Malim.
Dalam tempoh empat bulan sahaja selepas penamatan kontrak Tengku
Mahaleel, kedengaran ura-ura penutupan Proton. Ini adalah sesuatu yangmemeranjatkan kerana aset Proton termasuk harta tanah di Batu 3, ShahAlam bernilai berbilion, tidak termasuk aliran tunai RM4 bilion pastinya lebihdaripada mencukupi bagi menampung kos operasi.
Pada 2006, Proton Holding telah mengumumkan subsidarinya Proton CapitalSdn Bhd telah menandatangani penjualan saham 57.75% dalam MV Agusta
yang telah dibeli pada 2004 dengan harga € 1 (RM4.50). Pembelian MVAgusta dilakukan dengan mengetahui bahawa ia mempunyai hutang
sebanyak € 230 juta yang ditangguh selama 3 tahun.
Penjualan itu menimbulkan reaksi balas daripada Tun Dr Mahathir
Mohammad dan bekas pengarah urusan Proton, Tengku Tan Sri MahaleelTengku Ariff yang mempersoalkan samada ia dijual secara terbuka yang
memungkinkan harga yang lebih mahal didapati.
Selain itu Proton turut dilapurkan mengalami kerugian akibat menjual kereta
pada harga potongan yang dianggarkan sekitar RM108 juta. (Berdasarkan
7/22/2019 177087723 Sejarah Kewujudan Proton Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/177087723-sejarah-kewujudan-proton-malaysia 4/5
54,000 buah kereta selama 3 bulan X potongan RM2,000 sebuah), yang
disifatkan oleh Tengku Mahaleel sebagai kesilapan strategi Proton.
Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON: 1. Proton Arena: Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai
Proton Jumbuck di UK dan Australia). 2. Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya
(termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untukProton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.
3. Proton Iswara: Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga;
dilancarkan pada 1992. 4. Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan
Mitsubishi Town Box.
5. Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan
menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk
hatchback. Ia juga mengekalkan enjin 82kW Campro. 6. Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk
pasaran kereta mewah pada 1994. 7. Proton Perdana V6: Versi V6 untuk Proton Perdana dengan
pengubahsuaian kit. 8. Proton PERT: Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer
Evolution III. Model ini hanya digunakan pada Kejohanan Rali AsiaPasifik (APRC).
9. Proton Putra: Sport Coupe 2 pintu berpandukan MitsubishiMirage/Asti.
10. Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan modelMitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah
Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telahdikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga
dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan
Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L. 11. Proton Satria: Hatchback 3 pintu berpandukan Mitsubishi
Mirage/Colt. 12.
Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaanProton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchbackberkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikutyang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.
13. Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk
Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumikerangka chasis ringan dan enjin ubahan.
7/22/2019 177087723 Sejarah Kewujudan Proton Malaysia
http://slidepdf.com/reader/full/177087723-sejarah-kewujudan-proton-malaysia 5/5
14. Proton Satria Neo: Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ia
dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3Ldengan enjin Campro. Ia dijangka mengambil kembali pasaran jualan
kereta Proton sebanyak 40%. 15. Proton Savvy: Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta
kompak 5 pintu dengan 1,200 cc, model gantian untuk Proton Tiara.Tetapan standard kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-
otomatik dari Renault. 16. Proton Tiara: Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX,
direka dibawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000. 17. Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan
kereta Proton yang pertama direka sendiri. Tetapi, chasis kereta
diambil dan direka berpandukan chasis dari Mitsubishi dan Volvo S40generasi pertama (melainkan varian 1,800 cc, dimana dibangunkandengan menggunakan enjin Renault). Asalnya model Proton Waja 1.6
menggunakan enjin 4G18 yang turut digunakan oleh Mitsubishi Lancer
model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjinCampro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada
Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh larasCampro CPS.
18. Proton Wira: Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapapasaran luar negara, ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan
Mitsubishi Lancer/Colt. Telah terjual sebanyak 220,000 unit diantara1996 dan 1998. Versi ini amat popular di Malaysia.
19. Proton Exora: MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 15 April2009. Ia menggunakan enjin Campro CPS 1.6L yang menghasilkan
125 kuasa kuda/6750rpm dan 150Nm of tork/4000rpm, memberikankelajuan maksimum 165 km/j dan penggunaan bahan api 7.2 L/100
km. Exora dianugerahkan 4 bintang dalam penarafan EuroNCAPselepas 32 buah Exora dihantar menjalani ujian perlanggaran di pusat
ujian perlanggaran Applus+ IDIADA di Sepanyol. Selain itu, Exora
turut dianugerahkan penarafan 4 bintang oleh program penilaianMyVAP. Salah satu daripada ciri utama yang membolehkan penarafantersebut dicapai ialah melalui penggunaan keluli tegangan bagikerangka badan, memberikan kestabilan yang lebih baik serta
penyerapan kesan perlanggaran yang lebih baik semasa kemalangan.
Bar impak tepi juga dipasang bagi mengukuhkan kerangka pintu sertabagi menyerap kesan perlanggaran dari arah tepi. 20. Proton Preve - (lihat video pelancara rasmi dan spesifikasi Proton
Preve di sini)