Upload
eric-montgomery
View
226
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
panduan BIG Pkt 2
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berkuat kuasa mulai Oktober 2012
1
PENDAHULUAN
BIG PPG merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar
PPG. BIG PPG diperuntukan tiga kredit bersamaan 120 jam interaksi. Semua pelajar wajib lulus BIG PPG. Program
ini direalisasikan dalam 3 fasa yang dilaksanakan di tempat masing-masing sepanjang tempoh pengajian. Aktiviti-
aktiviti yang dirancang ini bertujuan membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti serta berketrampilan
melalui penampilan diri yang terpuji.
Pelaksanaan BIG PPG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan
guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang
dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang
diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang
tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus
globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru hendaklah
berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk
insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri
yang terpuji selaras dengan hasrat negara”. Semasa pelancaran Hari Guru 2006 YAB Dato Seri Abdullah Ahmad
Badawi menegaskan bahawa “… guru, sebagai barisan hadapan pelaksana agenda pendidikan negara, memainkan
peranan amat penting dalam melahirkan modal insan yang terbaik.
2
1.0 RASIONAL
Program Bina Insan Guru (BIG PPG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai
kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan
prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
2.0 OBJEKTIF KURIKULUM BIG PPG
Program BIG PPG ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar :
Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza.
Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti
Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap
kerjaya keguruan.
Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan
penampilan diri yang sesuai.
Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial.
Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara
berkumpulan.
Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta
mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.
3
4.0 OBJEKTIF BUKU PANDUAN
Penggubalan Buku Panduan dan Spesifikasi Pentaksiran BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
menjadi rujukan kepada penilai-penilai dalam melaksanakan pentaksiran pelajar dalam program BIG PPG.
menjadi rujukan kepada pelajar dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan lebih berkesan;
mendapatkan maklumat dan bukti-bukti yang jelas dan autentik mengenai penguasaan kemahiran,
perlakuan dan penghayatan pelajar terhadap ciri-ciri insan guru;
menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan sah dalam membuat pemerhatian dan pentaksiran
prestasi pelajar dalam aspek kognitif, emosi dan psikomotor; dan
mengekalkan kesetaraan pentaksiran bagi program BIG PPG antara IPG.
5. 0 PELAKSANAAN BIG PPG
Program BIG PPG mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG PPG bermula dengan Peringkat
1 ,iaitu Perkhemahan yang dilaksanakan pada awal semester kedua dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti lain yang
akan dilaksanakan secara berterusan di Peringkat 2,3 dan 4 . Aktiviti yang dijalankan ialah perkhemahan ,
ceramah, seminar, bengkel, lawatan ‘bench-marking” dan kembara sosial .
4
5.1 Struktur Pelaksanaan BIG PPG
Bil Performa BIG PISMP Sem.1 Sem.2 Sem.3 Sem.4 Sem.5 Sem.6Jumlah
Jam
1 Peringkat Pkt 1 Pkt 2 Pkt 3 Pkt 4
2 Tahun Pelaksanaan 2012 2013 2014 2015
3 PPG 45 10 10 35 10 10 120
5.2 Domain Kandungan Kurikulum BIG PPG
Pembangunan ciri-ciri dan kualiti insan guru melalui kursus Bina Insan Guru (BIG PPG) dilaksanakan
berasaskan kepada enam domain kandungan kurikulum kursus. Domain kandungan ini adalah sejajar
dengan matlamat melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti
profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG.
Domain kandungan kursus BIG PPG adalah seperti berikut:
A. Kerohanian dan Akhlak Keguruan
Mengamalkan tingkah laku terpuji.
Mempunyai kemantapan jati diri.
Menghayati disiplin diri yang tinggi.
Memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh.
B. Berilmu, Beramal dan Berbakti
Pembelajaran sepanjang hayat.
Mencintai ilmu, mencari, membina dan mengembangkan ilmu.5
Menggunakan ilmu dalam pemikiran, tindakan dan amalan (capacity building).
Memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan peribadi, masyarakat dan negara.
Pembinaan Pasukan.
Perkongsian misi dan visi.
Kejelikitan berpasukan secara strategik
Hidup Berbakti.
Kerja sebagai ibadat
Kesanggupan dan keikhlasan bekerja
Menggunakan ilmu dan kepakaran untuk kesejahteraan masyarakat
C. Berakauntabiliti dan Amanah
Akauntabiliti profesional - perundangan, mandat dan maklumat.
Memahami realiti persekitaran - peka dan responsif kepada realiti persekitaran.
Komitmen - optimis dan beriltizam tinggi kepada profesion dan perkhidmatan pendidikan.
Kemahiran sosial (termasuk unsur Kecekapan Kecerdasan Emosi (KKE))
Tanggungjawab sosial & perkhidmatan komuniti.
D. Berdaya Tahan Yang Tinggi
Ketahanan fizikal - kecergasan, ketahanan diri, keseronokan.
Ketahanan mental - berfikiran positif, terbuka, dan melihat konflik dan cabaran sebagai peluang.
Ketahanan emosi - memahami dan mengawal emosi
6
Ketahanan spritual - kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah
E. Berjiwa Merdeka dan Perkasa
Pengurusan diri - pembinaan disiplin kendiri, berdikari, penampilan & keterampilan
Perubahan sikap - terbuka kepada tingkah laku baru dan keadaan luar jangka
Bijak membuat keputusan - cepat bertindak, tepat dan bijaksana.
Bijak menyelesaikan masalah
Pengurusan perubahan - menerima dan mengurus perubahan
F. Kreatif dan Inovatif
Kesediaan menerima idea dan teknologi baru
Berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan
kecemerlangan.
Dapat berfikir secara kritis, analitis, luas, luwes dan global.
Berkemahiran berfikir secara futuristik dan strategik.
Berupaya berfikir secara reflektif ke arah perkembangan dan peningkatan diri.
7
6.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
Objektif pentaksiran
Menilai pemikiran kreatif dan analitis pelajar di dalam penyelesaian masalah
Menilai keupayaan pelajar membuat penilaian kendiri dan mencadangkan penambahbaikan
Menilai komitmen pelajar di dalam aktiviti-aktiviti BIG PPG yang dilaksanakan
Menilai amalan nilai – nilai keguruan di kalangan pelajar
Menilai kesesuaian kerjaya perguruan dengan perkembangan personaliti pelajar melalui pra dan post
ujian personaliti
Menilai kemahiran merancang aktiviti menggunakan dapatan daripada pengalaman sedia ada
Bentuk pentaksiran
Rujukan Kriteria
Penilaian berterusan secara formatif untuk membolehkan Mentor mengambil tindakan susulan
berdasarkan maklumat yang diperoleh.
Penilaian sumatif untuk mengukur pencapaian pelajar setelah mengikuti BIG PPG.
8
Instrumen pentaksiran
Pentaksiran kursus BIGPPG adalah berdasarkan kepada komponen-komponen yang merangkumi laporan,
portfolio, rakaman dan sahsiah. Cadangan wajaran adalah seperti dalam jadual berikut:
Komponen Pentaksiran Wajaran
Laporan 30%
Portfolio 30%
Rakaman 30%
Sahsiah 10%
Jumlah 100%
Penulisan reflektif adalah komponen wajib dalam laporan, portfolio dan rakaman
Portfolio
Mengandungi:
Laporan Reflektif
Maklum balas pelajar (Refleksi Kendiri)
Folio individu
Kertas Cadangan/Kertas Kerja
7.0 KRITERIA PENTAKSIRAN9
dilaksanakan melalui penilaian formatif
kedudukan pencapaian dinyatakan dalam bentuk gred
bukti-bukti pembelajaran dan perkembangan pelajar dinilai berasaskan hasil:
Portfolio
Laporan
Rakaman
Penilaian pihak sekolah
8.0 PROSEDUR PENTAKSIRAN
8.1 Menyediakan folio ( Individu )
8.1.1 Format folio semina r / bengkel / ceramah adalah seperti berikut:
Pengenalan
Objektif
Kandungan ( menggunakan pengurusan grafik dan gambar, rajah dan lain-lain bentuk ilustrasi
yang sesuai )
Refleksi kendiri ( kepentingan kepada diri, kerjaya, organisasi dan komuniti )
Penutup
8.2 Portfolio
10
8.2.1 Spesifikasi Penulisan Portfolio
Penyediaan portfolio mengikut format yang ditetapkan
Disiapkan dalam masa seminggu selepas aktiviti berlangsung
Diserahkan kepada Mentor masing-masing untuk tujuan pemarkahan
8.2.2 Format Portfolio
Muka depan diisikan dengan maklumat berikut:
Nama Institut
Bilangan siri dan tarikh program BIG PPG
Lokasi pelaksanaan
Nama pelajar dan ahli kumpulan
Gambar pelajar dan ahli kumpulan
Nama Mentor
Laporan Reflektif (program)
- Laporan dilaksanakan secara individu
- pelajar membuat ulasan apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program
- memberikan cadangan penambahbaikan program untuk masa hadapan
- ditulis menggunakan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman)
- diserahkan kepada Mentor masing-masing seminggu selepas tamat progran BIG PPG
Maklum Balas Pelajar PPG (Penilaian Kendiri)
11
- menyatakan manfaat yang diperolehi oleh pelajar hasil daripada program BIG PPG yang telah
dilaksanakan dan memberi cadangan penambahbaikan.
Lampiran
- Bahan-bahan bukti seperti:
o brosur
o salinan surat
o rakaman
o gambar-gambar
o dan bahan-bahan lain yang berkaitan
8.3 Kertas Kerja
- Disediakan oleh pelajar PPG
- Menggunakan 4W1H (apa, bila, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana)
8.5 Unjuran Pelaksanaan Pentaksiran BIG PPG
12
FASA PROGRAM / AKTIVITI INSTRUMEN MARKAH JUMLAH WAJARAN
1. Perkhemahan
Portfolio
Laporan
Rakaman
Penilaian
pihak sekolah
30 %
30 %
30 %
10 %
100 % 37.5 %
2.Kursus / bengkel / seminar / kajian kes
Laporan
Rakaman
Penilaian pihak sekolah
50 %
40 %
10 %
100 % 25 %
3.
Aktiviti Kemasyarakatan / Kembara Sosial Laporan
Rakaman
Penilaian pihak sekolah
50 %
40 %
10 %100 % 37.5 %
Lawatan “bench-marking”
JUMLAH PERATUS WAJARAN 100 %
13
8.6 Tindakan Susulan
Perkembangan pelajar seterusnya dimantapkan lagi oleh personel-personel berikut:
Menggunakan khidmat bimbingan rakan sebaya – membantu dari segi perkongsian maklumat diri
Kaunselor – mengendalikan kes-kes kecelaruan personaliti dan bimbingan
Mentor – memantau perkembangan secara berterusan dan membimbing
Pensyarah-pensyarah – mengikut keperluan.
9.0 SPESIFIKASI PENTAKSIRAN BIG PPG FASA 1
9.1 Spesifikasi Penyemakan Portfolio Aktiviti Ceramah / Bengkel dan Kem II
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
1. Kandungan Portfolio
Perancangan
(Sebelum aktiviti )
Menyusun maklumat mengikut format yang telah ditetapkan
menguasai kemahiran membuat pengurusan secara strategik (strategic planning management)
mengaplikasikan analisis 4W1H untuk menjana strategi.
Melatih diri membuat rundingcara secara profesional
menguasai kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah
Kandungan portfolio ditulis bertepatan dengan format yang ditetapkan
Menyediakan kertas cadangan (4W1H)- Nama aktiviti- Bila, di mana, siapa yang terlibat
dan bagaimana dilaksanakan- Bentuk JK Kerja dan spesifikasi
tugas.- Memberi penjelasan, kefahaman
tentang objektif program.- Membina plan kerja.
Menentukan lokasi program
- Mendapatkan mandat / maklumat program dari pihak-pihak berkaitan.
Pihak atau agensi yang berkaitan dengan program.
Menyediakan kertas cadangan yang
Penulisan portfolio
Kandungan
Pra perancangan
- JK pelaksana - Peranan JK - Objektif - Latar belakang
pelajar - Demografi
pelajar
Kertas cadangan
- 4W1H- Jadual kerja- Kewangan
Laporan reflektif - Analisis SWOT Maklum balas
pelajar ( Penilaian kendiri )
60
14
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
Semasa Program dilaksanakan
Selepas program
Catatan:
Kandungan (60)
Semua JK Kerja bertindak dan melaksanakan tanggungjawab mengikut bidang dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan
mengetahui sistem sosial masyarakat
menguasi kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah.
membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan.
Membuat penilaian program dan membuat refleksi.
Dapat membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan.
lengkap Mengadakan mesyuarat JK Kerja dan
agihan kerja. Menyediakan jadual program yang
lengkap untuk edaran semua JK dan pihak-pihak yang terlibat.
Melaksanakan taklimat awal program kepada semua ahli yang terlibat.
Menyatakan tarikh dan masa pergerakan ke lokasi program.
Melaksanakan semua tugasan dalam bidang kuasa yang telah ditetapkan.
Berhubung dengan pihak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu masalah .
Menyelaras semua kerja mengikut keperluan semasa.
Membantu JK-JK lain melicinkan program.
Melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancangkan mengikut jadual.
Mesyuarat akhir / post mortem. Menyediakan laporan reflektif untuk
dihantar kepada Mentor. Mengembalikan semua barang dan
peralatan pinjaman. Menghantar surat penghargaan
terima kasih kepada agensi luar yang terlibat.
Surat memohon kebenaran melalui KJ HEP
Surat kebenaran daripada agensi berkaitan
Jadual kerja
Laporan reflektif
Salinan surat dilampirkan
Sisipkan lampiran berkaitan
15
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
2. Kreativiti ( 20 )
Penyampaian / persembahan menarik dan kreatif
Persembahan menarik dan menunjukkan kreativiti ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan
Penulisan portfolio dan lampiran- Bahan-bahan
bukti 20
3. Kekemasan ( 20 )
Portfolio tersusun kemas mengikut format
Penulisan portfolio tersusun dengan kemas mengikut format
Penulisan portfolio dan lampiran
20
Wajaran Portfolio : 30%
9.2 Spesifikasi Laporan Aktiviti Ceramah / Bengkel
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
Laporan Reflektif
Catatan:
Aktiviti Perkhemahan (60)
Kebolehan pelajar PPG menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru
Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman
Membuat refleksi kendiri sebagai wahana pembangunan diri dan profesionalisme keguruan
Ulasan kendiri menunjukkan pemikiran reflektif, matang dan mendalam dengan memasukkan analisis SWOT
Ulasan dapat menjelaskan pemikiran reflektif yang terhasil daripada program BIG PPG
Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan reflektif berkaitan ceramah/bengkel/seminar yang dilaksanakan. Panjang laporan adalah antara 1000 – 1500 patah perkataan
Penulisan portfolio Analisis SWOT:
- kekuatan- kelemahan- peluang- ancaman
60
5. Penilaian Kendiri
Catatan:
Aktiviti Perkhemahan (40)
Kesan pengalaman baru terhadap perlakuan / perkembangan diri
Kesedaran tentang kekuatan dan kelemahan diri
Kesedaran tentang manfaat yang diperolehi daripada penyertaan dalam program BIG
Ulasan dapat menunjukkan peningkatan nilai dan kemahiran diri sebagai seorang insan guru daripada keseluruhan aktiviti BIG PPG
Sesi refleksi Penulisan Portfolio
40
16
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
PPG
Wajaran Laporan : 30%
9.3 Spesifikasi Rakaman Aktiviti Ceramah / Bengkel
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
Audio Kebolehan pelajar PPG menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru
Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman
.
Penggunaan audio yang sesuai ( lagu, kesan bunyi dan rakaman suara ).
Kesan bunyi yang digunakan sesuai Muzik latar tidak menghilangkan
fokus persembahan Skrip persembahan sesuai dan
bertepatan dengan video/gambar yang dipaparkan
Penerbitan CD / DVD
Penggunaan fail-fail MP3,MP4, FLV, WMP dan sebagainya dalam penerbitan.
10
Video Kebolehan pelajar PPG menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru
Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman
Kualiti video yang digunakan sesuai, jelas dan tidak kabur
Penggunaan sudut penggambaran sesuai dengan fokus utama.
Pemilihan warna yang kontras dan sesuai. (Contrast).
Susunletak Grafik (Alignment). Persembahan yang harmonis
(Simplicity). Penjajaran (Proximity). Penekanan fokus (Emphasis). Ketekalan warna, font,
latarbelakang, dsb (Repetition).
Penerbitan CD / DVD
Penggunaan fail-fail MP3,MP4, FLV, WMP dan sebagainya dalam penerbitan.
20
Wajaran Rakaman : 30%
9.4 Spesifikasi Penilaian Pihak Sekolah
17
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
Perancangan
(Sebelum aktiviti )
Semasa Program dilaksanakan
Kebolehan pelajar PPG merancang dan menguasai kemahiran membuat pengurusan secara strategik (strategic planning management)
mengaplikasikan analisis 4W1H untuk menjana strategi.
Melatih diri membuat rundingcara secara profesional
menguasai kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah
Semua JK Kerja bertindak dan melaksanakan tanggungjawab mengikut bidang dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan
mengetahui sistem sosial masyarakat
Menyediakan kertas cadangan yang lengkap
Kandungan kertas cadangan ditulis bertepatan dengan format yang ditetapkan
Menyediakan kertas cadangan (4W1H)- Nama aktiviti- Bila, di mana, siapa yang terlibat
dan bagaimana dilaksanakan- Bentuk JK Kerja dan spesifikasi
tugas.- Memberi penjelasan, kefahaman
tentang objektif program.- Membina plan kerja.
Menentukan lokasi program
- Mendapatkan mandat / maklumat program dari pihak-pihak berkaitan.
Mengadakan mesyuarat JK Kerja dan agihan kerja.
Menyediakan jadual program yang lengkap untuk edaran semua JK dan pihak-pihak yang terlibat.
Melaksanakan taklimat awal program kepada semua ahli yang terlibat.
Melaksanakan semua tugasan dalam bidang kuasa yang telah ditetapkan.
Berhubung dengan pihak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu masalah .
Menyelaras semua kerja mengikut keperluan semasa.
Membantu JK-JK lain melicinkan program.
Melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancangkan mengikut jadual.
Penulisan portfolio
Kandungan
Pra perancangan
- JK pelaksana - Peranan JK - Objektif - Latar belakang
pelajar - Demografi
pelajar
Kertas cadangan
- 4W1H- Jadual kerja- Kewangan
Laporan reflektif - Analisis SWOT Maklum balas
pelajar ( Penilaian kendiri )
Surat memohon kebenaran melalui KJ HEP
Surat kebenaran daripada agensi berkaitan
Jadual kerja
100%
18
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH
Selepas program
menguasi kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah.
membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan.
Membuat penilaian program dan membuat refleksi.
Dapat membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan.
Mesyuarat akhir / post mortem. Menyediakan laporan reflektif untuk
dihantar kepada Mentor. Mengembalikan semua barang dan
peralatan pinjaman. Menghantar surat penghargaan
terima kasih kepada agensi luar yang terlibat.
Laporan reflektif
Salinan surat dilampirkan
Sisipkan lampiran berkaitan
Wajaran Penilaian Pihak Sekolah : 10%
1.1. Rubrik Laporan
19
ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
LAPORAN REFLEKTIF
( 60 )
41 - 60 Markah 21 - 40 Markah 1 - 20 Markah
Berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif
Kurang berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif
Tidak berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif
PENILAIAN KENDIRI
( 40 )
INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
28 - 40 markah
Berjaya menyatakan manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG PPG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penembahbaikan
15 - 27 markah
Kurang berjaya menyatakan manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG PPG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penembahbaikan
1 - 14 markah
Tidak berjaya menyatakan manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG PPG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penembahbaikan
20
1.2. Rubrik Rakaman
ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
Audio ( 40 ) 26 - 40 Markah 16 - 25 Markah 1 – 15 Markah
Dapat menggunakan elemen audio dalam persembahan dengan baik sesuai dengan gambar dalam skrip persembahan
Pemilihan audio / muzik latar yang tepat dan sesuai
Skrip sesuai dan bertepatan
Audio yang digunakan kurang tepat dan mengganggu persembahan
Audio terlalu kuat / terlalu perlahan dan menjejaskan persembahan
Skrip baik tetapi kurang tepat.
Pemilihan audio / muzik latar yang tidak bersesuaian dengan persembahan
Audio telah menghilangkan fokus persembahan
Skrip persembahan tidak kemas dan tidak bertepatan dengan video atau gambar
Video ( 60 ) INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
41 - 60 Markah 21 - 40 Markah 1 – 20 Markah
Menggunakan elemen CASPER sepenuhnya dalam penerbitan
Video terang dan jelas. Muzik latar dan suara latar
sesuai dengan persembahan. Tiada gangguan penerbitan Objektif dan fokus penerbitan
baik tidak menggangu persembahan.
Ada subtitile / keterangan video yang jelas bagi setiap scene.
Video yang digunakan kabur dan urutan story board tidak menentu.
Muzik latar dan suara latar kurang sesuai dengan persembahan
Unsur kesinambungan video kurang diberi perhatian.
Penggunaan subtitile / penerangan yang sesuai.
Video kabur dan muzik latar yang tidak menentu.
Gagal mengekalkan maklumat dan fokus penerbitan
Skrip dan muzik latar mengganggu persembahan .
Tidak ada subtitile / penerangan
1.3. Rubrik Penilaian Pihak Sekolah
21
ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang Sederhana Lemah
71 - 100 Markah 36 - 70 Markah 1 – 35 Markah
Berjaya merancang dan melaksanakan aktiviti dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Berjaya menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang diperuntukan.
Mempunyai hubungan kerja yang mantap dengan pihak-pihak yang terlibat.
Mempunyai gaya kepimpinan dan sikap cakna dengan semua pihak.
Kurang berjaya merancang dan melaksanakan aktiviti dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Kurang cakna dengan kehendak dan keperluan semasa dalam melaksanakan tugasan ini.
Tidak berjaya merancang dan melaksanakan aktiviti dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Mempunyai gaya kepimpinan yang tidak memuaskan dalam melaksanakan tugasan ini.
Agihan Markah :
Portfolio - 30%
Laporan - 30%
Rakaman - 30%
Penilaian pihak sekolah - 10%
Jumlah Markah Keseluruhan : Penyemakan Portfolio + Laporan + Rakaman + Penilaian Pihak Sekolah
30% + 30% + 30% + 10% = 100%
22
PELAN KONTIGENSI
Jabatan HEP perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan luar jangka.
2. SYARAT LULUS / GAGAL / ULANG / TANGGUH
Semua pelajar Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PPG ) wajib mengikuti Program BIG
PPG sebagai satu syarat bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Malaysia.
Pelajar yang gagal / tidak menyertai program sepenuhnya dikehendaki mengulangi BIG PPG.
Pelajar yang didapati TIDAK dapat menyertai program BIG PPG atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh
pihak institut, akan diberikan tugasan yang berpadanan mengikut budi bicara Ketua Jabatan HEP.
2.1. Pelajar Gagal:
Pelajar dianggap gagal:
Tidak menyertai dan mengikuti setiap program/aktiviti BIG PPG
Tidak mencapai purata markah sekurang-kurangnya 40 peratus
2.2. Pelajar Mengulang / tangguh:
Pelajar yang tidak menyertai keseluruhan / sebahagian program/aktiviti BIG PPG
Kehadiran 100% dan menyertai semua aktiviti BIG PPG
Mencapai markah keseluruhan bagi program BIG PPG sekurang-kurangnya 40 peratus.
Keputusan akhir BIG PPG ialah mengikut gred
23
12. 0 KAWALAN MUTU DAN KESELAMATAN
Untuk memantapkan proses pentaksiran BIG PPG, taklimat penyelarasan dilaksanakan dalam dua
peringkat iaitu peringkat pusat dan peringkat institut sebelum program dimulakan.
Penyelarasan di peringkat institut hendaklah dijalankan setiap kali sebelum Progran BIG PPG
dilaksanakan.
Pentaksiran BIG PPG hendaklah menggunakan instrumen yang telah disediakan.
Pemantauan akan dibuat oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari masa ke semasa untuk
mendapat maklum balas berkaitan pentaksiran BIG PPG.
Instrumen pentaksiran BIG PPG yang telah digunakan oleh pensyarah adalah dokumen terhad.
Markah pentaksiran BIG PPG bagi pelajar yang berpindah ke IPG lain hendaklah dikirimkan sebagai
dokumen sulit kepada institut barunya.
Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG
Pemarkahan perlu dibuat secara berterusan sepanjang program BIG PPG dilaksanakan.
Mentor hendaklah menyerahkan markah BIG PPG kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Keputusan pentaksiran BIG PPG akan dicatatkan dalam transkrip akhir dalam bentuk lulus atau gagal
13.0 BORANG PENTAKSIRAN BIG PPG
Lampiran A ( Borang Individu - Pemerhatian aktiviti, Pembinaan Fortfolio dan Kertas Cadangan )
Lampiran B ( Borang Markah Kelompok )
Lampiran C ( Borang Laporan Sahsiah oleh Guru Besar/Pentadbir )
24
SENARAI PANEL PENGGUBAL BINA INSAN GURU (BIG PPG) PERINGKAT 2
1. Pn Hjh Dr Noriati bt Abd Rashid - Pengarah Pusat Perkembangan Akademik IPGM
2. Tn. Hj. Mohamad Noor bin Awang - IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan
3. En. Mohamad Hafedz bin Salleh - IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman
4. En.Hishamuddin bin Hassan - IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
5. Hj Ruslan bin Saad - IPG Kampus Sultan Abdul Halim,Kedah Darul Aman
6. En.Baharuddin bin Abd. Latif ( Penyelaras ) - Pusat Perkembangan Akademik Ipgm
25