4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    1/13

    Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan PrasekolahMariani Md Nor, PhDFakulti PendidikanUniversiti Malaya

    Pengenalan

    Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yangmemberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkanapakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana inginakan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagikanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuantertentu.Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi

    kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah,tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidakwujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanakkanak.

    Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak keranamain menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masingmasing(Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberipeluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanakkanakyang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami

    pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadapadik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewatersebut.

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    2/13

    Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepadakanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapatmembantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990).

    Main Dalam Kurikulum

    Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulumyang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektifkurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi mainyang mempunyai unsur seperti:

    i. main yang terancangii. main yang berstrukturiii. main yang fleksibel

    iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektifUntuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakanperkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah,khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermaknatanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samadabahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduankepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yangmenyatakan

    Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them toappreciate the fact that problems may have multiple solutions.

    Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah:

    i. mengalakkan imaginasiii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    3/13

    iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosialiv. membina keyakinan diriv. berorientasikan proses bukan hasil,

    dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan

    kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiridan bahan semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejakdaridahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satudarikaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

    Trend Ikutan Abad ke 21

    Mengikut trend terkini dalam sistem pendidikan prasekolah, kanak-kanak telah menjadi

    topik perbualan penting terutama jika isu pendidikan ditimbulkan. Isu kanak-kanak telahmenjadi fokus utama untuk segala pelakuan pihak-pihak yang tertentu baik ibu bapamaupun pembuat dasar polisi, individu perseorangan dan badan tertentu. Trend sebeginitelah membawa kepada kedinamikan perancangan dan pengurusan bilik darjah prasekolah,khususnya dalam konteks di Malaysia.

    Kurikulum Kebangsaan Prasekolah sering dijadikan sebagai panduan untuk prosespengajaran dan pembelajaran prasekolah. Malangnya kurikulum yang menjadi garispanduan unuk proses pembelajaran kanak-kanak tidak begitu nampak ketara

    penggunaannya di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali di prasekolah Annex.Ini lahyang menjadi isu kepada ketidakseragaman amalan pengajaran pembelajaran dankurikulum yang dipelajari oleh kanak-kanak di mana-mana prasekolah yang wujud. Maupunwujud perbezaan ini, aktiviti bermain sentiasa dianggap sesuatu yang perlu wujudtidakmengambil kira jenis tadika, bilangan guru berkelayakan dan lain-lain.

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    4/13

    Dalam konteks di Malaysia, program pendidikan prasekolah merupakan programtidak formal untuk murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bertujuan untuk menyediakanmurid dengan kehidupan seharian dan juga persediaan menghadapi pendidikan formalsekolah rendah. Kurikulum Prasekolah ini dilaksanakan dengan menggunakan pelbaga

    ipendekatan terutama bermain sambil belajar di samping pendekatan bersepadu danbertema serta ICT. Garis panduan yang sedemikian di dalam kurikulum prasekolahkebangsaan menampilkan satu persamaan iaitu penglibatan aktiviti menyeronokkan.Jelassekali pendekatan yang digunapakai menunjukkan keseriusan aktiviti bermain digunakanoleh guru yang kadang kala dianggap sebagai aktiviti yang dianggap banyak membuangmasa kanak-kanak oleh sesetengah pihak.

    Kepentingan bermain dalam dunia pendidikan kanak-kanak khususnya di

    prasekolah memerlukan orang dewasa sebagai individu yang bertanggungjawab dalamkehidupan belajar kanak-kanak. Salah satu peranan penting ialah mewujudkan persekitaranyang penuh kasih sayang dan merangsang minda serta fizikal kanak-kanak. Oleh itu, adalahpenting bagi kita menggunakan kemahiran yang boleh membantu kanak-kanak untukmelaksanakan tanggungjawab kita dengan lebih baik.

    Seseorang kanak-kanak itu mula menyerap maklumat sejak dia dilahirkan (MariaMontessori). Maklumat-maklumat ini sebahagian besarnya diperolehi daripada ibu bapa.Oleh itu, ibu bapa bertanggunagjawab sepenuhnya dalam pembelajaran awal anak-anak

    mereka, dan peranan mereka sebagai guru adalah penting. Penglibatan ibu bapa dalamaktiviti bermain kanak-kanak boleh dihubungkaitkan dengan perkembangan intelek danemosi kanak-kanak ( Singer, 1973; Dun and Wooding, 1977). Suatu kajian berskalakecil(Manaf, Norimah, Sharifah, Wong, 2007) yang telah dilakukan oleh sekumpulan pelajarSarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah penyeliaan penulis telah membuktikanbahawa penglibatan positif ibu bapa dapat meningkatkan tahap kekreatifan minda kanak

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    5/13

    kanak. Begitu juga dalam kajian oleh Swadener and Hohnson (1989) yang telahmembuktikan pendapat yang sama.

    Kepentingan Main Dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

    Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap

    pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja.

    Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yangboleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon danbercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main.Drama yangdigunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri yangpositif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdap

    atjawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000).

    Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiencesthat have no right or wrong answers

    Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak danekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan pembelajaransecara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour(1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi abstra

    kyang bermakna.

    Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu aktiviti bermain yangbanyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawahKomponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting.Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yangbanyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    6/13

    serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disampingmemupuk nilai estetika.

    Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim

    dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasibermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikutWilhelm & Edminston (1998)

    In creative drama, children act as if their imagined world were an actual world andrepresent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing ascript for an audience.

    Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanaktadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost,Wortham, &2001). Kajian mereka menyatakan

    play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures,and ameans by which all children practice skills they will need in later life.

    Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanakyang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan mener

    angkanpentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan perkembangan yang tertentu.

    Perkembangan fizikal.

    Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat denganperkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedarantentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktifmenggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Inimembolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasalebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    7/13

    menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidangamat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune&Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).

    Perkembangan sosial dan emosi

    Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepadapembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contohkanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalamkebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998)menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanakuntuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapatmereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untukmeningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan oran

    g lain,mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.

    Perkembangan Kognitif

    Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajarankanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpastikemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001:Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ;Holmes &Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,19

    79);memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa prosespembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitifsepertiGagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.

    Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa.Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alatpembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    8/13

    pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberipanduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optimakepada kanak-kanak.

    Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main

    Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan dipusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk menciptapersekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak.

    Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal,untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlumenyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti :

    Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dankemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untukmelakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiaphari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepadaperubahan.Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidaklangsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan

    kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakangpendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asasmereka.

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    9/13

    Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kalamempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubunganinterpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi mindaterhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.

    Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecualiguru itu seorang yang belajar sepanjang hayat, di mana sentiasa mengambil beratterhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang modelpelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat launakan berkurangan.Hala Tuju Main dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    Main seperti yang telah dibincangkan di atas mempunyai peranan penting dalamperkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 3M tetapi juga dari aspek sahsiah dantingkahlaku seseorang individu kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan khus

    usnyasentiasa menggalakkan komunikasi dan imaginasi serta permainan yang dapat dan bolehmenarik minat dan menggembirakan kanak-kanak. Bagaimanapun apa yang berlaku ialahwalaupun kurikulum prasekolah kebangsaan sendiri mengalakkan permainan, kadangkadangterdapat tadika yang kurang memberi perhatian terhadap main.

    Persoalannya adakah main tidak digunakan kerana ia membebankan kanak-kanakdan guru? Atau adakah main yang digunakan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak selepaspenat membuat aktiviti akademik lain di bilik darjah? Atau adakah main digunakan

    sebaikmungkin di bilik darjah kerana mereka yang mengajar seharusnya peka kepada maksudkaedah main sambil belajar? Adakah main hanya sebagai mitos teori idealist atauyangmemang sepatutnya digunapakai? Kesimpulannya tepuk dada tanya minda khususnyauntuk kesinambungan generasi celik akal baik di sekolah maupun di tempat lain.

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    10/13

    Rujukan

    Berk.L.E.& Winster, A. Eds (1995); Scaffolding Childrens Learning, Vygotskyand EarlyWashington

    George S. Morrison,(2001): Early Childhood Education Today 8th., new Jersey, MerillPrentice Hall.

    McCaslin, N (2000). Creative Drama in the classroom and Beyond. New York, Longman.

    Garis Panduan KurikulumPendidikan Prasekolah Malaysia (1993) Kementerian PendidikanMalaysia, Kuala Lumpur.

    Isenberg, J.P., & Jalongo, M. R. (2000). Creative expression and play in early c

    hildren (3rded.) Upper Saddle River, NJ: Merrill/Prentice Hall.

    Hughes, F.P., Noppe, L.D., Noppe, I.C. (1988). I.C. Child Development. St. Paul,MN: WestPublishing Company.

    Fromberg, D. P. (2002). Play and meaning in early childhood education. Boston: Allyn &Bacon.

    Kraus, R. (1990). Recreation and Leisure in Modern Society, Fourth Edition. NewYork, NY:

    HarperCollins College.

    Hughes, F. (1999). Children, play, and development (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon.

    National Association for the Education of Young Children. "Guidelines for AppropriateCurriculum Content and Assessment in Programmes Serving Children," YoungChildren, March, 1991: 21-37.

    Swadener, E.B. & Jonson, J.E. 91989). Play in diverse social contexts:Parent andteacherroles. In M. Bloch &A. Pellegrini (Eds). Ecological contexts of childrens play. NewCork. Ablex

    Wilhelm, J., & Edminston, B. (1998). Imagining to learn: Inquiry, ethics, and integrationthrough drama. Portsmouth, NH: Heinemann.

    Kumar, S., & Harizuka, S. (1998). Cooperative learning-based approach and development oflearning awareness and achievement in mathematics in elementary schools.Psychological Reports, 82, 587-591. Langstaff, N., & Sproul, A. (1979). Exploring

    with clay. Olney, MD: Association for Childhood Education International.

    Lieberman, J. N. (1977). Playfulness: Its relationship to imagination and creati

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    11/13

    vity. New York:Academic Press.

    Shore, R. (1997) Rethinking the Brain: New Insights into Early Development Summary fromConference: Brain Development in Young Children: New Frontiers for Research,Policy and Practice. Families and Work Institute, New York

    Sylva, K., Bruner, J. S., & Genova, P. (1976). The role of play in the problem-solving ofchildren 3-5 years old. In J. Bruner, A. Jolly, & K. Sylva (Eds.), PlayIts role indevelopment and evolution. New York: Basic Books

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    12/13

    Rubin, K. H., & Howe, N. (1986). Social play and perspective-taking. In G. Fein& M. Rivkin(Eds.), The young child at play: Reviews of research (Vol. 4, pp. 113-125).Washington, DC: National Association for the Education of Young Children.

  • 8/8/2019 4007899 Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

    13/13