50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    1/44

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA UJIAN, PENGUKURAN

    DAN PENILAIAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan definisi dan konsep ujian, pengukuran dan penilaian;

    2. Menghuraikan sejarah pendidikan jasmani di Malaysia;

    3. Menyatakan sejarah ujian, pengukuran dan penilaian;

    4. Menjelaskan tiga bidang utama ujian, pengukuran dan penilaian;

    5. Menjelaskan kepentingan ujian, pengukuran dan penilaian dalam

    pendidikan jasmani;

    6. Merumuskan keperluan pengukuran dalam proses penilaian; dan

    7. Mengenal pasti prinsip-prinsip ujian dan pengukuran dalam

    penilaian.

    PENGENALAN

    Cikgu Borhan sedang menjalankan ujian daya tenaga asas (UDTA) di sekolah

    beliau bagi menguji tahap kecergasan murid Tahun 6. Bagi menjalankan

    penilaian ini, beliau menggunakan beberapa ujian untuk mengukur tahap

    kelembutan, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kepantasan murid-

    murid beliau. Untuk membolehkan Cikgu Borhan menjalankan ujian di atas,

    beliau perlulah mempunyai pengetahuan khusus di dalam bidang ujian,

    pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani. Mengapakah beliau

    memerlukan pengetahuan tentang ujian, pengukuran dan penilaian ini? Sebelum

    kita membincangkan dengan lebih lanjut berhubung situasi ini, terlebih dahulu

    kita perlulah jelas akan maksud ujian, pengenalan dan penilaian dalam

    pendidikan jasmani.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    2/44

    Ujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani digubal untuk

    memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi

    membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Rajah 1.1

    memberi gambaran pendidikan jasmani di sekolah kepada kita. Pengajaran

    dalam pendidikan jasmani perlu dinilai untuk menentukan tahap kejayaannya. Ini

    bukan saja dapat menberi maklum balas terhadap pembelajaran murid tetapi ia

    juga dapat menentukan keberkesanan pengajaran guru pendidikan jasmani. Di

    dalam topik ini, perbincangan kita akan merangkumi tentang konsep asas

    kepada ujian, pengukuran dan penilaian dengan melihat pelbagai definisi yang

    dikemukakan. Selanjutnya, kita akan memberi tumpuan kepada latar belakangujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani di Malaysia. Kita juga

    akan melihat sejarah dalam ujian, pengukuran dan penilaian dan menjelaskan

    bagaimana ia mempengaruhi perkembangan pendidikan jasmani di negara kita.

    Bidangbidang Ujian, Pengukuran dan Penilaian

    Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, terdapat tiga bidang utama dalam ujian,

    pengukuran dan penilaian. Penilaian dalam Pendidikan Jasmani digambarkan dalam Rajah

    1.4 di bawah.

    Rajah 1.4: Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    3/44

    Penerangan untuk ujian psikomotor, kognitif dan afektif dijelaskan seperti berikut:

    a. Ujian Psikomotor

    Untuk ujian psikomotor, anda dikehendaki untuk menilai kebolehan dan kecekapan

    fizikal murid anda yang melibatkan kemahiran otot-otot kecil (bermain piano) dan

    otot-otot besar (lompat jauh). Jansma (1988) menerangkan dalam penyelidikan beliau,

    terdapat empat bahagian asas dalam ujian psikomotor. Ini digambarkan dalam Rajah

    1.5.

    Rajah 1.5: Bahagian asas ujian psikomotor

    b.

    Penerangan empat bahagian asas dalam ujian psikomotor adalah seperti berikut:

    Terdapat pelbagai ujian untuk mengukur komponen dalam psikomotor. Jadual 1.2

    menunjukkan komponen kecergasan fizikal yang boleh digunakan berpandukan

    kepada senarai ujian yang disediakan oleh pusat perkembangan kurikulum 1999.

    c. Jadual 1.2: Penilaian kecergasan fizikal yang di sediakan

    oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999

    d.

    Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    4/44

    Komponen kecergasan Ujian Kumpulan sasaran

    1. Daya tahan

    kardiovaskular

    Cooper

    (Larian/berjalan 12 minit)

    Tahun 1 hingga Tingkatan 5

    2. Kekuatan otot Bangkit tubi berperingkat Tingkatan 3 hingga 5

    3. Daya tahan otot a. Mendagu (lelaki)

    b. Mendagu dalam

    kedudukan condong

    (prempuan)

    Tahun 4 hingga Tingkatan 5

    4. Kelenturan Duduk jangkau Tahun 1 hingga Tingkatan 5

    5. Komposisi tubuh badan Ukuran lilitan badan Tahun 1 Tingkatan 5

    Kecergasan Fizikal Berasaskan Perlakuan Motor

    6. Kelajuan a. Lari pecut 30 meter

    b. Lari pecut 50 meter

    Tahun 3 hingga 6

    Tingkatan 1 hingga 5

    7. Imbangan Dirian bangau (Strok Stand) Tahun 4 hingga Tingkatan 5

    8. Ketangkasan a. Lompat kuadron

    b. Illinois

    Tahun 1 hingga Tingkatan 5

    Tahun 1 hingga Tingkatan 5

    9. Kuasa a. Lompat jauh berdiri

    b. Lontaran

    bolabaling/keranjang aras

    dada

    Tahun 1 hingga Tingkatan 5

    Tahun 1 hingga Tingkatan 5

    10

    .Masa tindak balas

    Nelson Choice-Response-

    Movement

    Tahun 4 hingga Tingkatan 5

    11

    .Kordinasi

    a. Mengelecek bola dengan

    tangan

    b. Mengelecek bola dengan

    kaki

    Tahun 1 hingga Tingkat 5

    Tahun 1 hingga Tingkat 5

    e.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    5/44

    f. Ujian Kognitif

    Seperti yang boleh anda lihat dalam jadual di atas, ujian kognitif adalah untuk

    mengukur pengetahuan dan kepintaran pelajar. Dalam ujian kognitif, anda akan dapati

    6 peringkat cara berfikir dalam Taxonomy Cognitive Bloom iaitu:

    i. Pengetahuan iaitu kebolehan mengingat (contohnya: nama ibu kota, nama

    negara).

    ii. Pemahaman iaitu kebolehan memahami (contohnya: membuat kesimpulan).

    iii. Aplikasi iaitu kemampuan penerapan (contohnya: menggunakan suatu

    pengetahuan yang diperolehnya untuk menyelesaikan masalah).iv. Analisis iaitu kemampuan menganalisis suatu maklumat yang luas

    dibahagikan menjadi bahagian-bahagian kecil (contohnya: menganalisis

    pengertian suatu puisi).

    v. Sintesis iaitu kemampuan menggabungkan beberapa maklumat menjadi suatu

    kesimpulan (contohnya: mengenalpasti jenis kategori binatang).

    vi. Penilaian iaitu kemampuan membuat pertimbangan sifat yang baik dan sifat

    yang buruk.

    g. Ujian Afektif

    Ujian afektif pula merangkumi penilaian dari segi perasaan, nilai-nilai dan emosi

    individu. Untuk makluman anda, ujian ini adalah berbentuk subjektif. Ujian ini

    dilakukan melalui pengawasan dan interaksi secara langsung dengan murid anda.

    Penilaian afektif dibahagi kepada ujian secara umum (menilai tingkah laku) danpenilaian afektif berbentuk akademik (peperiksaan).

    Kebanyakan guru pendidikan jasmani merasakan ujian ini tidak begitu sesuai

    digunakan kerana penilaiannya yang tidak jelas. Mereka lebih cenderong kepada ujian

    psikomotor dan kognitif. Tetapi ada juga yang berpendapat sebaliknya bagi ujian ini.

    Berpandukan kepada kenyataan di atas, sesetengah guru pendidikan jasmani

    merasakan yang ujian afektif ini tidak sesuai digunakan kerana:

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    6/44

    i. Perubahan sikap berlaku secara berperingkat-peringkat. Pengetahuan dan

    kemahiran boleh berubah dalam masa yang singkat, tetapi sikap dan nilai-nilai

    memerlukan masa yang panjang untuk berubah.

    ii. Sukar untuk mengenalpasti penilaian yang dibuat terhadap minat, sikap, dan

    nilai. Secara umum, tidak terdapat satu garis panduan atau kaedah yang jelas

    untuk menilai faktor-faktor ini.

    iii. Hasil daripada penyelidikan yang dibuat menunjukkan guru pendidikan

    jasmani mempunyai masa yang terhad untuk menilai ujian fizikal, kemahiran

    pengetahuan dan afektif murid secara serentak dan kerap (Philips dan Hornak

    1979; Mood 1982). Kekangan ini membataskan ketepatan penilaian yang

    dibuat.

    Keperluan Pengukuran dalam Proses

    Penilaian

    Setelah kita membincangkan definisi dan sejarah ujian, pengukuran dan penilaian, seterusnya

    kita akan melihat keperluan pengukuran dalam proses penilaian. Keperluan pengukuran ini

    adalah pelbagai dan meliputi beberapa aspek. Di antara aspek-aspek tersebut adalah seperti

    yang dinyatakan dalam Rajah 1.6 berikut.

    Rajah 1.6: Keperluan pengukuran dalam proses penilaian

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    7/44

    Di bawah adalah penerangan lanjut tentang aspek-aspek keperluan pengukuran dalam proses

    penilaian:

    Klik pada aspek-aspek berikut untuk melihat keterangan lanjut.

    a. Motivasi Papar

    b. Diagnosis (pengenalpastian) Papar

    c. Klasifikasi Papar

    d. Pencapaian Papar

    e. Penilaian pengajaran dan program Papar

    f. Ramalan Papar

    g. Penyelidikan Papar

    PRINSIP-PRINSIP UJIAN DAN

    PENGUKURAN DALAM PENILAIAN

    Terdapat tiga prinsip ujian dan pergerakan dalam penilaian, iaitu:

    i. sebagai alat untuk mengukur keberkesanan program;

    ii. untuk memenuhi objektif dan keperluan; dan

    iii. untuk menentukan kaedah penilaian.

    iv. Sebagai Alat untuk Mengukur

    Keberkesanan Program

    v. Apabila prinsip-prinsip ujian dan pengukuran digunakan dalam penilaian, ia boleh

    mengenalpasti keberkesanan sesuatu program, sama ada ianya berjaya atau tidak.

    Sesebuah program yang didapati berkesan akan terus digunakan untuk masa hadapan

    sebagai bahan rujukan. Jika didapati ia tidak berkesan, penggubahsuaian terpaksa

    dilakukan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sesuatu

    program. Ia mestilah berdasarkan pelbagai jenis prosedur (soalan pilihan objektif,

    soalan subjektif, essei, projek, teknik pemerhatian dan teknik laporan kendiri).

    vi. Memenuhi Objektif dan Keperluan

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    8/44

    Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif dan keperluan

    program pendidikan jasmani. Penilaian ini memberi maklum balas sama ada

    program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada pihak tertentu untuk

    mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang dirangkakan

    tercapai. Keperluan sesetengah pihak juga harus dipertimbangkan bagi

    menjayakan sesuatu program. Ia juga dapat mengelakkan dari berlakunya bias.

    Menentukan Kaedah Penilaian

    i. Penilaian dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan

    cara. Segala prosedur penilaian mestilah sesuai dengan prestasi yang

    akan diukur (prosedur yang betul, objektif, ketepatan dan menyakinkan).

    Ia juga mestilah berdasarkan persekitaran dan keluasan pembelajaran dan

    pembangunan seseorang pelajar.

    KRITERIA PEMILIHAN UJIAN DALAM

    PENILAIAN

    Kriteria-kritera pemilihan ujian dalam penilaian kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti

    hendaklah diambil kira apabila memilih atau membentuk ujian. Jika dua ujian bersamaan

    dengan kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti, kriteria di bawah boleh menolong anda

    mengenalpasti ujian mana yang boleh dipilih. Sila rujuk Rajah 3.3.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    9/44

    Rajah 3.3: Kriteria pemilihan ujian dalam penilaian

    Penerangan bagi kriteria-kriteria tersebut:

    Klik pada kriteria-kriteria berikut untuk melihat keterangan lanjut.

    a. Mudah ditadbir Papar

    b. Kos pentadbiran ujian Paparc. Sumber manusia dan peralatan Papar

    d. Memenuhi objektif Papar

    e. Mencabar dan bermakna Papar

    Persediaan Pra-ujian

    Anda merancang sebelum memberi ujian untuk memastikan persediaan yang anda lakukan

    adalah memadai dan pentadbiran tersebut akan berjalan dengan lancar. Persediaan pra-ujian

    adalah merangkumi kesemua persediaan yang wujud sebelum pentadbiran ujian tersebut. Ia

    termasuklah beberapa tugasan iaitu memahami ujian tersebut, memajukan prosedur ujian,

    memajukan arahan, pra-perancangan terhadap individu yang hendak dilakukan ujian,

    merancangkan ujian percubaan dan pemanasan, menyediakan peralatan dan kemudahan

    untuk ujian tersebut, membuat kertas permarkahan, menganggarkan masa ujian yang

    diperlukan, dan memberi ujian. Ini dijelaskan dengan terperinci di bawah:

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    10/44

    a. Memahami ujian

    Apabila anda melakukan perancangan dalam pentadbiran ujian untuk pertama kali,

    baca arahan atau manual ujian beberapa kali, fikirkan tentang ujian yang kamu baca.

    Ini adalah cara untuk menghindarkan terlepas pandang segelintir prosedur , dimensi

    dan bentuk ujian tersebut.

    b. Memajukan prosedur ujian

    Apabila anda dah mahir dengan ujian yang dilakukan, mulakan dengan memajukan

    prosedur untuk pentadbiran tersebut. Ini termasuklah pemilihan prosedur penilaian

    yang berkesan, memutuskan sama ada untuk melakukan ujian secara serentakterhadap semua individu atau dalam berkumpulan dan memastikan sama ada seorang

    sahaja melakukan ujian tersebut atau secara berpasangan melakukan ujian sesama

    sendiri.

    Jika anda merancang untuk mentadbir beberapa ujian dalam hari yang sama, maka

    kepenatan mereka akan membataskan. Jangan beri ujian yang melibatkan kumpulan

    otot yang sama. Juga, jangan rancang untuk mentadbir acara yang memenatkan,

    seperti marathon atau ujian kesungguhan yang maksimum. Langkah yang seterusnya

    adalah mengenal pasti keperluan markah dan unit pengukur. Sebagai contoh, dalam

    ujian curl-up, anda mungkin memerlukan individu tersebut memulakan dalam

    keadaan telentang, dengan keadaan bahu rapat dengan lantai dan lutut lurus.

    Kemudian, dengan lengan bersilang dan tangan diletakkan dalam keadaan

    bertentangan untuk bangkit sampai kedua-dua siku menyentuh peha, dan akhir sekali,

    balik kepada keadaan permulaan. Semua dikira satu jika ia dilakukan dengan betul.

    Di sini juga, apabila diperlukan, anda hendaklah memilih unit dalam pengukuran

    bagaimana anda hendak masukkan markah. Sebagai contoh, adakah anda hendak

    mengira jarak dalam kaki atau inci atau kedua-duanya sekali; masa dalam minit atau

    saat atau kedua-duanya sekali? Untuk memastikan markah boleh dianalisa dengan

    cepat dalam matematiknya, anda hendaklah menggunakan salah satu unit pengukuran

    dan selalunya dalam ukuran kecil.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    11/44

    Di tahap ini juga, anda haruslah memutuskan apa yang hendak dilakukan sekiranya

    individu tersebut melakukan kesilapan semasa ujian dilakukan. Sama ada anda

    mengabaikan kesalahan tersebut, memberi amaran dan terus mengira ujian tersebut,

    atau memberi potongan markah, anda perlulah pastikan ia dilakukan terhadap semua

    individu.

    Akhir sekali, prosedur keselamatan amat penting. Selalulah rancang untuk menggunakan

    tindakan yang segera dalam ujian di mana individu boleh mendapat kecederaan atau semasa

    melakukan ujian kepada individu yang berumur. Jika anda tidak pernah melakukan ujian-

    ujian yang tertentu sebelum ini, cubalah satu atau dua percubaan pentadbiran sebelum ujian

    yang sebenar. Ini adalah ujian yang terbaik, bukan sahaja dalam perubahan dan penambahan

    dalam prosedur yang hendak dilakukan, tetapi juga untuk melatih pentadbiran secara

    peribadi.

    c. Memajukan arahan

    Selepas anda mengenal pasti prosedur, anda hendaklah memajukan tujuan. Ia

    bertepatan penerimaan untuk membaca arahan kepada kumpulan sebelum melakukan

    ujian tersebut terhadap mereka. Arahan tersebut hendaklah mudah untuk difahami dan

    mestilah diikuti dengan perkara-perkara berikut:

    Prosedur pentadbiran;

    Arahan terhadap persembahan;

    Prosedur permarkahan dan polisi terhadap persembahan yang salah; dan

    Isyarat terhadap teknik untuk meningkatkan markah.

    d. Menyediakan pelajar atau prosedur program

    Memberitahu ujian yang akan dilakukan, maka mereka boleh berlatih. Ia akan

    meningkatkan markah mereka. Bila kelas atau kumpulan tersebut tidak biasa dengan

    ujian yang diberikan, lebihkan masa kepada mereka untuk menerangkan, sehari

    sebelum ujian tersebut dilakukan. Ini termasuklah teknik-teknik untuk meningkatkan

    markah ujian, dan memerhati latihan pra ujian tersebut.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    12/44

    Walaupun seseorang itu telah didedahkan terhadap ujian tersebut, mereka juga

    memerlukan masa untuk mengingati teknik-teknik yang diperlukan. Dengan

    tanggapan beberapa pengkaji keadaan, individu tersebut haruslah di beritahu ujian apa

    yang akan dilakukan dan apa yang terlibat. Ini membolehkan mereka bersedia

    daripada segi fizikal dan minda.

    e. Merancangkan ujian percubaan dan pemanasan

    Sebelum ini, anda mempelajari bahawa kebolehpercayaan meningkatkan pemanasan

    pra ujian. Sifat terhadap pemanasan hendaklah dirancang. Pemanasan hendaklahdilakukan secara terperinci terhadap kemahiran yang hendak dilakukan.

    f. Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian

    Anda hendaklah mempunyai semua peralatan yang diperlukan dan persediaan

    kemudahan tempat sehari sebelum ujian dilakukan. Mempunyai kesemua peralatan

    yang diperlukan, membuat garisan halangan, menanda tempat yang betul apabila para

    pengambil ujian sampai pada waktunya dan menghindarkan masalah yang akan

    timbul apabila para pengambil ujian menunggu giliran mereka.

    g. Membuat kertas permarkahan

    Menyediakan kertas permarkahan sebelum ujian untuk kesemua ahli kumpulan atau

    individu kad permarkahan. Masukkan kesemua nama peserta dalam kertas atau kad

    permarkahan sebelum ujian dilakukan. Terdapat banyak kelebihan menggunakan

    kertas permarkahan. Kad permarkahan membolehkan peserta untuk bergilir ketika

    melakukan ujian di stesen-stesen dan memudahkan mengisi markah dengan cepat

    selepas melakukan ujian tersebut. Apabila seseorang melakukan ujian sambil

    merekodkan permarkahan untuk setiap kumpulan, masa boleh dijimatkan.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    13/44

    h. Menganggarkan masa ujian yang diperlukan

    Apabila ujian tidak mengambil keseluruhan kelas atau waktu program atau apabila

    setengah kumpulan sedang mengambil ujian dalam hari tertentu, anda haruslah

    merancangkan beberapa aktiviti untuk mengisi masa yang terluang. Jika ujian

    program kecergasan dilakukan terhadap agensi atau syarikat, perancangan yang sama

    diperlukan. Menganggarkan masa yang diperlukan dalam mentadbir ujian boleh

    minimumkan kekeliruan dan maksimumkan penggunaan masa yang ada.

    Pelaksanaan Ujian

    Jika anda merancang dengan teliti, penilaian yang dilakukan akan berjalan dengan lancar.Walaupun anda mengambil berat sewaktu hari ujian itu dilaksanakan, anda juga haruslah

    lengkap dengan persediaan para pengambil ujian, motivasi dan keselamatan. Ini dapat kita

    lihat dalam Rajah 3.4 yang berikut.

    Rajah 3.4: Pelaksanaan ujian

    Sila baca penerangan berikut untuk memahami perlaksanaan ujian dengan lebih jelas:

    Klik pada pelaksanaan ujian berikut untuk melihat keterangan lanjut.

    a. Persediaan Papar

    b. Motivasi Papar

    c. Keselamatan Papar

    Penilaian dan Pelaporan

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    14/44

    Rasionalnya melakukan penilaian adalah untuk mengumpul maklumat para peserta dan hal

    yang berkaitan dengan program pengajaran. Informasi ini hanya boleh digunakan selepas

    ujian itu dilakukan. Keputusan ujian hendaklah dipulangkan kepada para peserta kerana ia

    akan lebih bermakna untuk mereka dalam proses penilaian. Penilaian dan pelaporan termasuk

    dalam prosedur selepas ujian. Menilai markah ujian dan menyimpan serta melaporkan

    keputusan ujian diterangkan seperti berikut:

    ii. Menilai markah ujian

    Selepas ujian dilakukan, markah ujian perlulah dinilai menggunakan teknik-teknik

    yang tertentu. Ini memerlukan memasukkan data dalam komputer untuk dinilai,

    menyimpan rekod, dan/atau penerimaan data. Analisis adalah untuk mendedahkan

    ciri-ciri yang boleh mempengaruhi proses pengajaran atau melaksanakan program dan

    memberi maklumat terhadap kumpulan pengambil ujian dan menyediakan data untuk

    permarkahan atau tujuan yang lain. Sesetengah individu tertarik dengan markah

    mereka sendiri. Pelaporan keputusan ujian kepada peserta adalah cara motivasi yang

    berkesan.

    iii. Menyimpan dan melaporkan keputusan ujian

    Menyimpan keputusan ujian selalunya digunakan untuk menempatkan kertas

    permarkahan dan menganalisis mereka dalam fail yang tertentu. Maklumat yang

    dibuat boleh memberikan perbezaan di antara kelas dan kumpulan di antara tahun,

    program penilaian setiap tahun, dan pembangunan norma-norma. Untuk pengetahuan

    bahawa kumpulan atau taraf kelas, selalunya berdasarkan keputusan ujain dan analisis

    anda. Walaupun tidak penting untuk mengenalpasti markah, selalunya dalam situasi di

    mana rekod kad yang tetap untuk setiap pelajar atau pengambil ujian itu disimpan. Ia

    melalui kad yang disimpan, di mana mengikuti perkembangan para pelajar daripada

    satu tahap ke satu tahap dan para peserta dari tahun ke tahun, di mana anda boleh

    mengenalpasti peningkatan dari masa ke semasa.

    Kepentingan Penggredan

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    15/44

    i. Dalam bidang perguruan, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk

    memberi laporan tentang gred yang dicapai oleh pelajar. Ini memberi

    infomasi kepada beberapa kumpulan seperti pelajar, guru, pentadbir dan

    ibubapa. Mari kita lihat dengan lebih lanjut kegunaan gred kepada

    kumpulan yang disebutkan berikut:

    Kepentingan Penggredan

    i. Dalam bidang perguruan, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk

    memberi laporan tentang gred yang dicapai oleh pelajar. Ini memberi

    infomasi kepada beberapa kumpulan seperti pelajar, guru, pentadbir dan

    ibubapa. Mari kita lihat dengan lebih lanjut kegunaan gred kepada

    kumpulan yang disebutkan berikut:

    Prinsip-prinsip Penggredan dalam

    Pendidikan Jasmani

    Prinsip-prinsip penggredan dalam Pendidikan Jasmani adalah seperti berikut:

    ii. Penggredan boleh digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dan memberi

    maklumat tentang pencapaian seseorang pelajar kepada ibubapa, guru, pentadbir dan

    pelajar itu sendiri. Ia dikenali sebagai satu proses penilaian yang mudah difahami oleh

    semua orang. Seperti yang kita maklum, setiap orang pelajar adalah unik. Hasil

    penggredan ini dapat memberi maklumat dengan lebih lanjut tentang kelebihan dan

    kelemahan seseorang murid.

    iii. Gred adalah penilaian berterusan di mana ia boleh dijadikan sebagai panduan

    pendidik untuk menunjukkan pencapaian pelajar. Penggredan juga digunakan untuk

    menentukan status semasa murid. Seperti yang diperkatakan oleh Kirkendal, Grubel

    dan Johnson (1987), penentuan status semasa murid ini merangkumi pemberian gred

    dan memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    16/44

    iv. Dengan menggunakan gred, matapelajaran Pendidikan Jasmani akan dapat

    mengekalkan status quo di dalam persekitaran sekolah. Dengan menggunakan gred

    secara berterusan, ia menjadi penyebut kepada pecahan untuk semua kelas.

    v. Menjadi kelaziman untuk ukuran/kriteria rujukan kepada ujian, yang mana gred

    menentukan prestasi secara tepat dan khusus. Seorang murid lebih suka menunjukkan

    skil dan kecekapan daripada memilih satu jawapan daripada beberapa soalan dalam

    ujian bertulis. Jenis penilaian ini boleh menyebabkan diskriminasi di antara murid dan

    peluang untuk menentukan gred sewajarnya.

    vi. Sejarah menunjukkan bahawa Pendidikan Jasmani telah dikritik kerana tidak

    menghiraukan cara, bahasa dan ujian yang dijalankan. Ujian yang digunakan sering

    kali tidak tepat, kurang matlamat dan tiada piawaian yang diperlukan untuk mencari

    ketepatan dalam pengukuran. Dengan menggunakan gred kritikan ini, ia dapat ditepis

    dan telah berjaya menyakinkan orang ramai.

    vii. Melalui gred juga, para guru boleh menggunakan maklumat bagi memilih pelajar

    yang terbaik untuk mewakili sekolah. Dengan menggunakan kriteria-kriteria tertentu,

    gred dapat menunjukkan sama ada pelajar dapat bersaing dengan lebih baik dan

    proses pemilihan dapat dilaksanakan dengan lebih saksama tanpa unsur biasa.

    PENENTUAN GRED DALAM

    PENDIDIKAN JASMANI

    Guru Pendidikan Jasmani seharusnya dapat menentukan cara yang hendak digunakan untuk

    menentukan gred di dalam Pendidikan Jasmani. Di bawah adalah senarai asas penggredan

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    17/44

    dalam Pendidikan Jasmani. Gred mestilah berdasarkan faktor pengukuran yang dapat

    menunjukkan pencapaian murid dalam tiga domain pembelajaran. Menjadi tanggungjawab

    guru untuk mereka bentuk teknik ujian yang bersesuaian bagi menentukan perkembangan

    murid dalam psikomotor, kognitif dan afektif domain. Banyak faktor digunakan oleh guru

    Pendidikan Jasmani dalam pemilihan gred. Ia selalunya berdasarkan tiga domain; iaitu faktor

    psikomotor, faktor kognitif dan faktor afektif seperti yang diterangkan seterusnya. Lihat

    Rajah 4.1.

    Rajah 4.1: Faktor dalam pemilihan gred Pendidikan Jasmani

    Faktor Psikomotor

    Faktor psikomotor banyak digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi menilai kebolehan

    dan kecekapan fizikal murid. Ia melibatkan kemahiran otot-otot kecil dan otot-otot besar.

    Antara aktiviti yang digunakan untuk penggredan ialah kemahiran dalam aktiviti, kecergasan

    dan prestasi dalam permainan. Mari kita lihat Jadual 4.1 untuk mengetahui bagaimana gred

    digunakan untuk menilai aktiviti.

    Jadual 4.1: Penggunaan gred dalam menilai aktiviti

    i. JENIS-JENIS GRED

    ii. Gred terbahagi kepada tiga jenis, iaitu sistem gred tradisional, sistem lulusgagal dan

    sistem pemerian atau gambaran. Ketiga-tiga sistem gred ini digunakan secara meluas

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    18/44

    di mana-mana sistem pendidikan di dunia. Mari kita lihat jenis gred yang digunakan

    dengan lebih lanjut. Sila rujuk Rajah 4.2.

    Rajah 4.2: Jenis-jenis gred

    Kriteria pemilihan gred mestilah berdasarkan beberapa faktor, sebelum menilai murid.

    Barrow dan McGee (1979) telah menyenaraikan beberapa faktor kriteria untuk pemilihan

    gred bagi mendapat gred yang adil dan saksama di kalangan pelajar. Mari kita lihat kriteria-

    kriteria yang disenaraikan:

    iii. Gred mestilah berkait rapat dengan objektif pembelajaran. Jika faktor ini tidak

    dimasukkan dalam objektif pengajaran, gred tidak boleh digunakan.

    iv. Gred mestilah mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti. Sistem gred

    yang digunakan hendaklah konsisten dan harus menunjukkan faktor pencapaian yang

    telah murid lakukan.

    v. Pemberat (peratusan jumlah gred) yang menentukan gred terakhir mestilah difahami

    oleh murid dan ibubapa. Teknik untuk menentukan gred juga tidak harus dirahsiakan

    dikalangan murid dan ibubapa dan tidak terlalu sukar sehingga kurang difahami oleh

    mereka.

    vi. Jika gred adalah rujukan norma atau rujukan kriteria, guru haruslah mendiskriminasi

    antara pelajar yang baik dan pelajar yang lemah. Pelajar yang beraksi dengan tahap

    yang lebih tinggi mestilah mendapat gred yang terbaik daripada pelajar yang beraksi

    pada tahap yang buruk.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    19/44

    vii. Gred mestilah ditadbir secara ekonomi. Sistem yang digunakan hendaklah

    dilaksanakan secara berkesan, terutama yang melibatkan masa, kos dan personal.

    Dalam era ini, penggunaan komputer dilihat lebih berkesan dan memberi guru lebih

    masa untuk persediaan di dalam kelas.

    PENGGREDAN MUTLAK

    i. Ada satu pendekatan yang berhubung antara satu sama lain. Rujukan

    norma ialah satu cara untuk membentuk kriteria, di mana guru dapat

    mengasingkan kelas kepada beberapa kumpulan berdasarkan

    kemampuan mereka. Kaedah ini sesuai untuk guru yang baru mula

    mengajar dan guru yang masih kurang pengalaman dalam kaedah rujukan

    kriteria bagi menilai skil, tahap kecergasan kesihatan, tingkah laku atau

    kognitif.

    Rujukan kriteria boleh digunakan untuk menilai prestasi atau tingkah laku

    dalam kesihatan yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, psikomotor,

    afektif dan kognitif. Pendekatan ini digunakan sebagai penilaian kepada

    pengukuran yang dibandingkan dengan piawaian yang ditetapkan sebagai

    contoh markah, percubaaan yang berjaya dilengkapkan dan percubaan

    yang berjaya dan tidak berjaya. Kadangkala, ia juga boleh dirujuk sebagai

    gred penguasaan. Berjaya atau tidak pendekatan ini bergantung kepada

    kebolehan guru untuk menyediakan piawaian yang bersesuaian. Ia banyak

    digunakan sebagai min bagi penilaian dan pengukuran. Kelebihan rujukan

    kriteria ialah gred tidak dipengaruhi oleh tahap kemahiran murid, samaada ia tinggi atau rendah.

    ii. PENGUKURAN KARDIOVASKULAR

    iii. Dalam subtopik ini kita akan melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan pengukuran

    kardiovaskular termasuklah latar belakangnya, fungsi dan prosedur ujian yang

    digunakan.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    20/44

    Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian dan

    Pengukuran Kardiovaskular

    Carrol (1994) menyatakan bahawa kecergasan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan

    seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang.

    Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, iaitu keupayaan sistem peredaran dan respiratori

    untuk penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan laju,

    berbasikal, berenang dan sebagainya (Nieman, 2003).

    Matlamat ujian dan pengukuran kardiovaskular ialah seseorang itu boleh meningkatkan tahap

    kecergasan kardiovaskular dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung,

    diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang tertentu. Pate (1991) melaporkan terdapat

    hubungan yang konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan

    penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh

    mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular seseorang dan mencadangkan latihan yang

    sesuai bagi mereka. Ia juga boleh dijadikan motivasi untuk peningkatan prestasi, atau

    meneruskan gaya hidup sihat, dan juga sebagai langkah awal untuk pengesanan penyakit.

    Menurut Franks dan Howley (1998), kecergasan kardiovaskular dikaitkan dengan keupayaan

    pengambilan isipadu maksima oksigen (VO2 max). Pengambilan isipadu maksima oksigen

    ialah jumlah isipadu maksima gas oksigen yang digunakan oleh seseorang sewaktu

    melakukan aktiviti yang meletihkan. American College of Sports Medicine (ACSM, 1999)

    menjelaskan bahawa VO2 max adalah merupakan penunjuk yang paling baik untuk

    menentukan tahap kecergasan kardiovaskular seseorang. Semakin tinggi nilai VO2 max,semakin tinggilah tahap kecergasan kardiovaskular seseorang itu. Bagi ahli fisiologi senam,

    pengukuran secara terus terhadap pengambilan maksima isipadu oksigen adalah merupakan

    pengukuran yang mempunyai kesahan yang paling tinggi dalam mengukur keupayaan sistem

    kardiovaskular (Heyward, 1998).

    Mari kita lihat objektif ujian dan pengukuran kardiovaskular.

    a. Ke arah kecergasan seumur hidup;

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    21/44

    b. Memahami cara-cara mengukur komponen kecergasan diri; dan

    c. Melahirkan minat terhadap kecergasan diri yang optima.

    Fungsi Ujian dan Pengukuran

    Kardiovaskular

    Fungsi ujian dan pengukuran kardiovaskular diberikan di bawah:

    a. Menaikkan kapasiti fizikal untuk berkerja pada semua peringkat umur;

    b. Menurunkan kadar obesiti dan masalah yang berkaitan dengan obesiti;

    c. Mengurangkan risiko penyakit coroneri arteri dan stroke;

    d. Mengurangkan risiko menghidap diebetes;

    e. Dapat membantu di dalam pengurusan stres dan kemurungan;

    f. Dapat memberi persediaan daripada segi fizikal dan mental.

    Bateri dan Prosedur Ujian dan

    Pengukuran Kardiovascular

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    22/44

    Skor kecergasan kardiovaskular menggambarkan betapa cekap atau tidaknya jantung dan

    paru-paru anda bekerja untuk menghantar oksigen ke tisu-tisu dan organ-organ dalam badan

    bagi menjalankan fungsi masing-masing. Sistem kardiovaskular yang sihat dapat

    membekalkan darah dan oksigen yang diperlukan dengan mudah, tetapi sistem

    kardiovaskular yang lemah terpaksa bekerja lebih keras membekalkan jumlah darah dan

    oksigen yang diperlukan.

    Klik pada ujian larian berikut untuk melihat keterangan lanjut.

    a. Ujian Larian 1 batu dan 1.5 batu Papar

    b. 12 minit dan 9 minit larian (AAHPERD 1980) Papar

    c. 3 batu berjalan kaki (tanpa larian) (Cooper 1982) Papar

    d. 12 minit ujian berenang (Cooper 1982) Papar

    PENGUKURAN IMBANGAN

    Sekarang kita akan melihat pula latar

    belakang pengukuran imbangan,

    fungsinya dan prosedur yang digunakan.

    Konsep, Matlamat, dan Objektif Ujian

    dan Pengukuran Imbangan

    i. Berikut adalah konsep, matlamat dan objektif ujian dan pengukuran

    imbangan.

    Klik pada konsep, matlamat dan objektif berikut untuk melihat keterangan

    lanjut.

    ii. Imbangan adalah kebolehan untuk mengekalkan equalibrium menentang daya

    graviti. Pusat imbangan (saluran semicircular) terdapat dalam bahagian dalam

    telinga, deria kinestetik di otot dan sendi (rasa terhadap aktiviti), dan gambarantanggapan terhadap imbangan. Dalam sesetengah kedudukan, imbangan juga

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    23/44

    mempengaruhi kekuatan. Jika penahan otot tidak boleh menampung berat badan,

    bahagian badan, atau berat kepadatan dalam kedudukan luaran, imbangan adalah

    terhad. Bagi sesetengah individu, peningkatan kekuatan disebabkan imbanganya

    meningkat.

    Secara asasnya, terdapat dua jenis imbangan: statikdan dinamik. Imbangan statik

    adalah kebolehan untuk mengekalkan equilibrium. Apabila tidak bergerak, ia

    selalunya dianggap sebagai kestabilan. Untuk mengekalkan keseimbangan statik, ia

    memerlukan pusat tengah seseorang melebihi asas penampungan. Contohnya,

    menganggap dalam kedudukan untuk menembak, melihat melalui mikroskop dan

    membuat gaya ketika bergambar adalah keseimbangan statik.

    Keseimbangan dinamik adalah kebolehan untuk mengekalkan equilibrium sementara

    dalam gerakan atau menggerakkan badan atau bahagian badan dari satu tempat ke

    satu tempat yang lain. Menari, berjalan, memukul bola golf dan bowling adalah

    contoh keseimbangan dinamik. Keseimbangan dinamik dan statik diperlukan untuk

    melakukan persembahan dalam aktiviti fizikal. Namun, kebolehan untuk

    memulihkan keseimbangan juga diperlukan dalam kebanyakan aktiviti. Berlari,

    menyepak, meloncat, melakukan aktiviti dengan peralatan gimnastik, melakukan

    senaman lantai gimnastik dan bergusti adalah contoh salah satu aktiviti tersebut.

    Sebagai fakta, semua pergerakan manusia terjadi disebabkan gangguan dalam

    keseimbangan badan.

    iii. Keseimbangan amat diperlukan, bukan sahaja dalam sukan dan berkaitan

    dengan aktiviti fizikal tetapi juga dalam kita melakukan aktiviti seharian. Individu

    yang mempunyai keseimbangan yang teruk adalah kerana kurang melakukan aktivitifizikal dengan berkesan. Juga, individu tersebut akan mudah untuk jatuh dan cedera

    semasa melakukan aktiviti fizikal. Faktor baka atau keturunan juga mempengaruhi

    kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan tetapi keseimbangan boleh

    ditingkatkan melalui latihan aktiviti fizikal yang sesuai. Sebagai cadangan jika

    mengajar Pendidikan Jasmani, peningkatan yang tertumpu dalam imbangan tidak

    boleh digunakan dalam menilai gred pelajar. Jika imbangan adalah komponen yang

    penting dalam aktiviti fizikal, persembahan pelajar dalam aktiviti tersebut akan

    mempengaruhi tahap imbangan tersebut.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    24/44

    Fungsi Ujian dan Pengukuran

    Keseimbangan

    Ujian keseimbangan diklasifikasikan dalam

    statik atau dinamik. Rumusan ujian

    tersebut adalah praktikal, tidak mahal

    untuk dilakukan dan memuaskan kedua-

    dua jenis jantina yang melakukannya.

    Koefisien kebolehpercayaan dan

    objektiviti tidak didapati dalam kesemua

    ujian dan yang dikesalkan, penerbitan

    norma-norma hanyalah untuk individu

    dalam umur kolej. Ia amat diperlukan

    dalam meningkatkan norma-norma bagi

    penduduk dengan setiap pekerjaan yang

    anda lakukan. Ia dicadangkan bahawa

    norma-norma ujian keseimbangan

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    25/44

    digunakan dalam bentuk yang sama

    sebagai norma-norma ketangkasan untuk

    meningkatkan tahap berkaitan norma-

    norma. Walaupun tidak kesemua faktor

    dalam ujian keseimbangan, keletihan

    mungkin mempengaruhi persembahan

    terhadap sesetengah individu. Bagi

    tujuan ini, ia akan lebih bagus jika tidak

    melakukan ujian keseimbangan setelah

    melakukan aktiviti yang berat. Jadi

    pengambil ujian akan lebih biasa dengan

    ujian tersebut dan membenarkan mereka

    lakukan latihan sebelum ujian. Latihanmembolehkan ramai individu mendapat

    markah yang lebih baik.

    Bateri dan Prosedur Ujian dan

    Pengukuran Imbangan

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    26/44

    a. Ujian Imbangan Statik (Johnson dan Nelson 1986)

    Objektif ujian: Untuk mengukur keseimbangan yang tidak bergerak sambil berat

    badan ditampung atas tapak kaki yang dominan.

    Had umur: 10 tahun hingga umur kolej.

    Peralatan: Jam randik.

    Kesahan: Kesahan paras.

    Kebolehpercayaan : Koefisien di antara .85 dan .87 telah dilaporkan menggunakan

    kaedah ujian semula.

    Objektiviti: Johnson dan Nelson (1986) melaporkan daripada pembelajaran yang

    dijumpai adalah koefisien objektif .99.

    Pentadbiran dan arahan: Individu mungkin akan dinilai dengan pasangan.

    Pengambil ujian akan berdiri di atas tapak kaki dominan, letakkan kaki yang sebelah

    lagi ke dalam di mana lutut menampung dan letakkan tangan di pinggang seperti

    dalam Rajah 7.3. Pengambil ujian akan mengangkat tumit kaki dominan dari lantai

    dan cuba untuk mengekalkan imbangan selama yang boleh. Pentadbir ujian haruslah

    mengira dengan kuat dalam saat. Pasangan pengambil ujian akan merekodkan

    bilangan saat pengambil ujian selama mana pengambil ujian boleh melakukan

    keseimbangan. Ujian tersebut akan tamat setelah tangan bergerak dari pinggang,

    apabila kaki dominan bergerak dari keadaan asal atau apabila tumit menyentuh lantai.

    Percubaan sebanyak tiga kali dilakukan.

    Permarkahan: Masa terbaik dalam saat, daripada tiga percubaan adalah markah yang

    dikira. Oleh kerana tiada masa yang ditetapkan, dan sesetengah individu mungkin

    boleh untuk melakukan keseimbangan dalam masa yang lama, mungkin anda memilih

    untuk memberhentikan ujian tersebut, di mana melebihi norma yang purata.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    27/44

    Rajah 7.3: Ujian Imbangan Statik (Johnson dan Nelson 1986)

    b.

    c. Ujian Kayu Bass (Kaedah Kepanjangan) (Bass, 1939)

    Objektif ujian: Untuk mengukur keseimbangan apabila berat badan ditampung di

    atas kaki.

    Had umur: 10 tahun hingga umur kolej.

    Peralatan: Kayu 1 x 1 x 12, jam randik dan pita pelekat.

    Kesahan: Paras kesahan diterima.

    Kebolehpercayaan : .90

    Pentadbiran dan arahan: Semua kayu hendaklah dilekatkan di atas lantai. Individu

    mungkin akan diukur secara berpasangan. Pengambil ujian hendaklah meletakkan

    kaki berpanjangan di atas kayu (kaki dan tumit hendaklah bersentuhan dengan kayu).

    Pengambil ujian akan mengangkat kaki yang berlainan dari lantai, angkat sedikit

    tumit kaki dominan dari kayu dan cuba menahan kedudukan ini maksimum 60 saat(lihat Rajah 7.4). Pentadbir ujian akan mengira dengan kuat dalam saat sementara

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    28/44

    pasangan pengambil ujian akan merekodkan bilangan dalam saat pengambil ujian

    mengekalkan imbangan. Ujian akan berakhir apabila mana-mana bahagian kaki

    bersentuhan lantai. Tiga percubaan akan dilakukan bagi setiap kaki. Jika pengambil

    ujian hilang keseimbangan di antara tiga saat terawal, percubaan tersebut tidak dikira.

    Permarkahan: Markah adalah jumlah masa dalam saat untuk semua enam

    percubaan, tiga bagi setiap kaki.

    Rajah 7.4: Ujian Kayu Bass (kaedah kepanjangan). (Bass 1939)

    d.

    e. Ujian Kayu Bass (Kaedah Silang) (Bass 1939)

    Ujian kaedah kayu silangan adalah sama dengan ujian kaedah kepanjangan kecuali

    kaki yang menampung berat diletakkan bersilang atas kayu. Anda akan dapati ujian

    keseimbangan statik berhubung-kait dengan persembahan gimnastik dalam

    pengukuran buku teks. Imbangan kepala, tangan dan lengan adalah contoh ujian yang

    diberikan.

    f. Ujian Keseimbangan Dinamik

    Objektif ujian: Untuk mengukur kebolehan mengekalkan keseimbangan semasa

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    29/44

    pergerakan dan semasa mendarat dari lompatan.

    Had umur: Sekolah menengah hingga kolej.

    Peralatan: Jam randik, pita pengukur dan pita lantai.

    Kesahan: Kesahan paras; .46 apabila berkait dengan ujian Bass terhadap imbangan

    dinamik.

    Kebolehpercayaan : .75 menggunakan ujian semula.

    Objektiviti: .97

    Pentadbiran dan arahan: Sebelas keping pita (1 x ) diletakkan seperti dalam

    Rajah 7.5. Pengambil ujian (1) berdiri dengan kaki kanan diletakkan di penanda

    permulaan; (2) lompat ke penanda pita pertama, mendarat dengan kaki kiri dan cuba

    untuk bertahan selama lima saat; (3) lompat ke penanda pita kedua, mendarat

    menggunakan kaki kanan dan cuba bertahan selama lima saat; dan (4) sambung ke

    penanda yang berkutnya, kaki berlainan dan cuba bertahan selama lima saat dengan

    stabil. Kaki yang mendarat haruslah menutup kesemua pita. Pentadbir ujian hendaklah

    mengira dalam saat setiap imbangan.

    Permarkahan: Markah diberikan seperti berikut:

    Lima markah bagi setiap pendaratan yang berjaya di atas penanda pita (pita

    ditutup sepenuhnya).

    Satu markah (melebihi lima saat) untuk setiap saat bertahan dalam kedudukan

    stabil di atas penanda pita.

    Maksimum 10 markah diberikan bagi setiap penanda pita dan 100 markah untuk keseluruhan

    ujian ini. Pengambil ujian akan didenda lima markah bagi setiap kesalahan di bawah:

    Gagal berhenti ketika mendarat.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    30/44

    Bahagian badan yang lain menyentuh lantai selain kaki yang digunakan untuk

    mendarat.

    Gagal untuk menutup penanda pita dengan keseluruhan kaki.

    Jika pengambil ujian membuat pendaratan yang salah dan kedudukan imbangan yang betul

    dengan menganggap dan melakukan maksimum lima saat. Jika pengambil ujian mendarat

    dengan betul di atas penanda pita tetapi melakukan salah satu kesalahan sebelum

    melengkapkan bilangan lima saat, denda satu markah akan ditolak:

    a. Salah satu bahagian badan menyentuh lantai selain kaki yang digunakan untuk

    mendarat.

    b. Gagal untuk menahan kaki mendarat dengan stabil dalam keadaan stabil.

    PENGUKURAN KETANGKASAN

    Subtopik ini pula akan membincangkan

    latar belakang pengukuran ketangkasan,

    fungsi ujian dan prosedur yang

    digunakan.

    Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian

    dan Pengukuran Ketangkasan

    i. Berikut adalah konsep, matlamat dan objektif ujian dan pengukuran

    ketangkasan.

    a. Konsep Tutup

    Ketangkasan, merujuk kepada kebolehan manoeuvre badan, adalah kebolehan untuk kerap-

    kali bertukar kedudukan dan arah badan atau bahagian badan. Bakat atau baka adalah faktor

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    31/44

    utama bagi tahap ketangkasan sesetengah individu, tetapi ketangkasan juga bergantung

    kepada kekuatan, kelajuan, koordinasi dan imbangan dinamik. Ramai individu boleh

    meningkatkan ketangkasan melalui meningkatkan ketangkasan dengan pelbagai cara.

    Ketangkasan juga boleh ditingkatkan melalui tunjukan secara langsung, latihan, dan membuat

    latihan ketangkasan.

    Ketangkasan amat penting dalam semua aktiviti dan sukan. Individu dan sukan berpasukan

    melibatkan permulaan dan berhenti yang pantas, kerap menukar arah, gerak kaki yang

    berkesan, dan cepat menyesuaikan badan dan bahagian badan. Individu dengan ketangkasan

    yang bagus mempunyai peluang untuk berjaya dalam aktiviti fizikal daripada individu yang

    mempunyai ketangkasan yang kurang bagus. Ujian ketangkasan selalunya ada tiga jenis,

    iaitu:

    i. Larian menukar arah;

    ii. Menukar kedudukan badan; dan

    iii. Menukar arah bahagian badan.

    Contoh bagi tiga jenis ujian ini adalah larian berhalangan (larian menukar arah) dan menepis,

    squat thrust(menukar kedudukan badan) dan ujian yang memerlukan menukar kedudukan

    tangan atau kaki (menukar arah bahagian badan). Ujian ketangkasan hanya memerlukan

    pergerakan tangan atau kaki yang selalu digunakan dalam pendidikan jasmani. Ketangkasan

    mungkin hanya bertumpu kepada aktiviti dan sukan. Anda mungkin tidak menjangkakannya.

    Kerana itu, setiap individu melakukan dalam bentuk yang sama dan bagus dalam semua ujian

    ketangkasan. Ujian ketangkasan yang sah disediakan untuk mengenalpasti individu yang

    mempunyai ketangkasan yang kurang bagus.

    Fungsi Ujian dan Pengukuran

    Ketangkasanan

    i. Ujian penilaian dibuat untuk ulasan praktikal, tidak mahal untuk dilakukan

    dan memuaskan untuk kedua-dua jantina yang melakukan ujian tersebut.

    Koefisien objektiviti dan norma-norma tidak dilaporkan bagi kesemuaujian. Norma-norma boleh ditingkatkan untuk mencapai keperluan anda

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    32/44

    yang lebih spesifik. Anda mungkin hendak meningkatkan norma-norma

    tempatan untuk ujian di mana norma-norma tersebut dilaporkan. Tujuan

    dasar anda dalam membangunkan norma-norma haruslah kukuh dengan

    tahap berkaitan kriteria untuk ujian yang anda pilih.

    Untuk memperolehi keputusan yang konsisten dan tidak berbeza-beza,

    ujian ketangkasan hendaklah dilakukan di atas permukaan yang tidak licin

    dan kesemua individu hendaklah memakai kasut yang sesuai. Sebagai

    tambahan, setiap individu haruslah melakukan latihan ujian ketangkasan

    dan haruslah bersesuaian dengan kehendak persembahan tersebut.

    Bateri dan Prosedur Ujian dan Pengukuran

    Ketangkasan

    a. Larian Boomerang Kekanan atau Right-Boomerang Run(Gates

    dan Sheffield 1940)

    Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan berlari.

    Had umur: 10 tahun hingga peringkat kolej.

    Peralatan: Jam randik, pita pengukur, kerusi atau objek yang sesuai

    untuk pusat tengah dan empat penanda kon untuk penanda luar.

    Kesahan: Dengan jumlah markah-T bagi lima belas benda dalam bateriketangkasan sebagai kriteria ujian, koefisien kesahan adalah .72 telah

    dilaporkan bagi perempuan. Sama dengan enam belas benda dalam

    bateri, jarak koefisien adalah di antara .78 hingga .87 telah dilaporkan

    untuk pelajar sekolah menengah.

    Kebolehpercayaan: .93 untuk perempuan dan .92 bagi lelaki.

    Pentadbiran dan arahan: Kerusi diletakkan 17 kaki dari garisan

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    33/44

    permulaan, dan penanda kon diletakkan 15 kaki setiap tepi dari pusat

    tengah. Pelajar akan berlari ke pusat tengah dan kembali ke tengah, buat

    suku pusingan, dan selesaikan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.

    Pelajar hendaklah diarahkan berlari sepantas yang boleh melalui kursus ini

    dan bukan menyentuh kerusi atau kon.

    Permarkahan: Markah dalam ujian ini adalah masa yang paling hampir

    1/10 dari saat untuk menyempurnakan kursus ini. Denda dari 1/10 akan

    ditolak daripada markah bagi setiap masa di mana kerusi atau penanda

    kon disentuh.

    Rajah 7.1: Litar Larian Boomerang Kekanan atau RightBoomerang Run

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    34/44

    Video berikut memaparkan contoh bagaimana permainan boomerang

    dimainkan.

    Klik butang 'play' untuk menonton video (Masa: 3:01)

    Sumber:http://www.youtube.com/watch?v=LQ5dW5pHPYk

    b. Langkah Kesisi atau Sidestepping (North Carolina Motor fitness

    Battery 1971)

    Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan, ketahanan dan kelajuan

    terhadap pergerakan bahagian sisi.

    Had umur: 9 hingga 17 tahun.

    Peralatan: Jam randik, pita pengukur dan pita penanda.

    Kesahan: Paras kesahan.

    Kebolehpercayaan: Tidak dilaporkan.

    Pentadbiran dan arahan: Dua garisan selari diletakkan di atas lantai 12

    kaki yang terpisah sebagai pengukuran dari dalam garisan. Pengambil

    http://www.youtube.com/watch?v=LQ5dW5pHPYkhttp://www.youtube.com/watch?v=LQ5dW5pHPYk
  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    35/44

    ujian menganggap bahagian permulaan di dalam garisan, dengan sebelah

    kaki menyentuh garisan. Pengambil ujian (1) bergerak ke arah sisi dengan

    pergerakan bahagian sisi, mendahului dengan kaki yang berhampiran

    garisan untuk perhatian; (2) ulangi pergerakan bahagian sisi sehingga kaki

    menyentuh atau hilang melewati garisan; dan (3) bergerak ke garisan

    berikutnya dengan pergerakan yang sama. Pengambil ujian haruslah

    menghadap pada arah yang sama setiap masa, tidak boleh melintasi kaki

    dan haruslah melompat.

    Permarkahan: Satu markah dikira bagi setiap kaki menyentuh atau

    mencapai garisan sisi. Markah akhir adalah bilangan masa garisan

    disentuh dalam 30 saat.

    c. Larian Zigzag Barrow (Barrow dan McGee 1979)

    Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan semasa berlari dan

    mengubah arah.

    Had umur: Umur pelajar sekolah menengah rendah hingga peringkat

    kolej.

    Peralatan: Jam randik dan lima tahap yang digunakan untuk lompat jauh,

    bola tampar atau badminton. Kon juga digunakan.

    Kesahan: .74 dengan jumlah markah untuk 29 benda ujian diukur bagi

    lapan faktor.

    Kesahan: .80

    Objektiviti: .99

    Pentadbiran dan arahan: Akiviti ini dilakukan seperti dalam Rajah 7.2.

    Pengambil ujian berlari sepantas yang boleh dan ujian ini berbentuk 8

    untuk 3 pusingan lengkap. Jika kesalahan dilakukan atau pelajar tidakmelakukan larian dengan betul, pelajar dikehendaki berlari semula.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    36/44

    (kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut akan dipengaruhi jika anda

    meminta pelajar berlari dua pusingan).

    Permarkahan: Markah diberikan dengan masa yang hampir 1/10 saat

    diperlukan untuk larian yang lengkap tiga pusingan.

    Bateri dan Prosedur Ujian dan Pengukuran

    Ketangkasan

    a. Larian Boomerang Kekanan atau Right-Boomerang Run(Gates

    dan Sheffield 1940)

    Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan berlari.

    Had umur: 10 tahun hingga peringkat kolej.

    Peralatan: Jam randik, pita pengukur, kerusi atau objek yang sesuai

    untuk pusat tengah dan empat penanda kon untuk penanda luar.

    Kesahan: Dengan jumlah markah-T bagi lima belas benda dalam bateri

    ketangkasan sebagai kriteria ujian, koefisien kesahan adalah .72 telah

    dilaporkan bagi perempuan. Sama dengan enam belas benda dalam

    bateri, jarak koefisien adalah di antara .78 hingga .87 telah dilaporkan

    untuk pelajar sekolah menengah.

    Kebolehpercayaan: .93 untuk perempuan dan .92 bagi lelaki.

    Pentadbiran dan arahan: Kerusi diletakkan 17 kaki dari garisan

    permulaan, dan penanda kon diletakkan 15 kaki setiap tepi dari pusat

    tengah. Pelajar akan berlari ke pusat tengah dan kembali ke tengah, buat

    suku pusingan, dan selesaikan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.

    Pelajar hendaklah diarahkan berlari sepantas yang boleh melalui kursus ini

    dan bukan menyentuh kerusi atau kon.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    37/44

    Permarkahan: Markah dalam ujian ini adalah masa yang paling hampir

    1/10 dari saat untuk menyempurnakan kursus ini. Denda dari 1/10 akan

    ditolak daripada markah bagi setiap masa di mana kerusi atau penanda

    kon disentuh.

    Rajah 7.1: Litar Larian Boomerang Kekanan atau RightBoomerang Run

    Video berikut memaparkan contoh bagaimana permainan boomerang

    dimainkan.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    38/44

    Klik butang 'play' untuk menonton video (Masa: 3:01)

    Sumber:http://www.youtube.com/watch?v=LQ5dW5pHPYk

    b. Langkah Kesisi atau Sidestepping (North Carolina Motor fitness

    Battery 1971)

    Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan, ketahanan dan kelajuan

    terhadap pergerakan bahagian sisi.

    Had umur: 9 hingga 17 tahun.

    Peralatan: Jam randik, pita pengukur dan pita penanda.

    Kesahan: Paras kesahan.

    Kebolehpercayaan: Tidak dilaporkan.

    Pentadbiran dan arahan: Dua garisan selari diletakkan di atas lantai 12

    kaki yang terpisah sebagai pengukuran dari dalam garisan. Pengambil

    ujian menganggap bahagian permulaan di dalam garisan, dengan sebelah

    kaki menyentuh garisan. Pengambil ujian (1) bergerak ke arah sisi dengan

    pergerakan bahagian sisi, mendahului dengan kaki yang berhampiran

    http://www.youtube.com/watch?v=LQ5dW5pHPYkhttp://www.youtube.com/watch?v=LQ5dW5pHPYk
  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    39/44

    garisan untuk perhatian; (2) ulangi pergerakan bahagian sisi sehingga kaki

    menyentuh atau hilang melewati garisan; dan (3) bergerak ke garisan

    berikutnya dengan pergerakan yang sama. Pengambil ujian haruslah

    menghadap pada arah yang sama setiap masa, tidak boleh melintasi kaki

    dan haruslah melompat.

    Permarkahan: Satu markah dikira bagi setiap kaki menyentuh atau

    mencapai garisan sisi. Markah akhir adalah bilangan masa garisan

    disentuh dalam 30 saat.

    c. Larian Zigzag Barrow (Barrow dan McGee 1979)

    Objektif ujian: Untuk mengukur ketangkasan semasa berlari dan

    mengubah arah.

    Had umur: Umur pelajar sekolah menengah rendah hingga peringkat

    kolej.

    Peralatan: Jam randik dan lima tahap yang digunakan untuk lompat jauh,

    bola tampar atau badminton. Kon juga digunakan.

    Kesahan: .74 dengan jumlah markah untuk 29 benda ujian diukur bagi

    lapan faktor.

    Kesahan: .80

    Objektiviti: .99

    Pentadbiran dan arahan: Akiviti ini dilakukan seperti dalam Rajah 7.2.

    Pengambil ujian berlari sepantas yang boleh dan ujian ini berbentuk 8

    untuk 3 pusingan lengkap. Jika kesalahan dilakukan atau pelajar tidak

    melakukan larian dengan betul, pelajar dikehendaki berlari semula.

    (kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut akan dipengaruhi jika anda

    meminta pelajar berlari dua pusingan).

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    40/44

    Permarkahan: Markah diberikan dengan masa yang hampir 1/10 saat

    diperlukan untuk larian yang lengkap tiga pusingan.

    ii.

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    41/44

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    42/44

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    43/44

    DEFINISI UJIAN, PENGUKURAN DAN

    PENILAIAN

    Rajah 1.2: Ujian di peringkat sekolah

    Kita boleh mendefinisikan ujian sebagai satu instrumen atau alat yang digunakan

    untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Ia boleh

    mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal,

    pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotel. Ujian di peringkat

    sekolah dapat kita lihat dalam Rajah 1.2.

    Pengukuranpula boleh kita definisikan sebagai menentukan bilangan pemarkahan

    keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu. Ini

    adalah satu proses mengutip maklumat berangka tahap ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh

    seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrif sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai

    kepada ujian.

    Manakala penilaian pula boleh anda definisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul,

    menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul. Kaedah ini meliputi ujian dan

    pengukuran. Dalam pendidikan, ia adalah proses di mana pendidik menggunakan timbal

    balas pelajar sebagai stimuli yang terjadi secara semulajadi untuk membuat kesimpulan

    tentang pengetahuan, kemahiran atau emosi pelajar. Dalam erti kata lain, penilaian adalahproses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian

  • 8/2/2019 50577413 Topik 1 Pen Gen Alan Kepada Ujian

    44/44

    merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara

    berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat

    sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara

    pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian akan digunakan untuk tindakan susulan

    bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu

    dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru

    lain.

    Tujuan penilaian ialah untuk: