Upload
safikrazak
View
162
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
1
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Bola tampar ialah satu permainan berpasukan. Permainan ini dimainkan oleh dua
pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada enam pemain dan enam orang pemain
simpanan. Objektif permainan bola tampar ialah mendapatkan mata yang diperolehi
apabila meletakkan bola di kawasan lawan. Oleh itu, kemahiran-kemahiran asas
perlu dikuasai oleh pemain bagi mencapai objektif permainan. Antara kemahiran-
kemahiran asas yang terdapat dalam permainan Bola Tampar ialah kemahiran
servis, menyangga, merejam, menghadang dan mengumpan. Dalam banyak-banyak
kemahiran yang dinyatakan kemahiran servis merupakan kemahiran yang paling
awal perlu dikuasai oleh sesorang pemain sebelum menguasai kemahiran
seterusnya. Kemahiran servis terbahagi kepada dua iaitu servis atas dan servis
bawah. Namun begitu, di peringkat sekolah rendah kemahiran servis atas jarang
digunakan berbanding servis bawah yang lebih mudah dilakukan.
Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat
sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran
guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak
beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer (PBK) telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat
dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai.
Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar
dalam merubahkan cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara
menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan
pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran
dan pelajar pula diberi peluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian
dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing
serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber
maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks semata-mata tetapi luas
dari itu. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet, menambahkan lagi
kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai
bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah.
2
Perkembangan era globalisasi masa kini memberi impak dalam dunia
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sektor-sektor awam, swasta serta badan-
badan berkanun dituntut untuk mengaplikasi dan mempraktikkan ICT dalam bidang
pekerjaan kerana ternyata mempercepat dan memudahkan proses pengurusan di
pelbagai peringkat. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyahut cabaran ini
sebagai usaha untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
di dalam kelas ini dapat dibuktikan lagi di mana Tindakan kerajaan meluluskan pakej
rangsangan bernilai RM 4.3 billion termasuk RM 300 juta bagi pembinaan makmal-
makmal komputer di 2000 sekolah merupakan tindakan susulan yang
memperlihatkan pembagunan positif ke arah peralihan Malaysia kepada ekonomi
berasaskan pengetahuan . (Utusan Malaysia, 27 September 2001)
Guru-guru disaran untuk menggunakan strategi ICT dalam sesi pembelajaran
agar murid-murid berminat mengikuti sesi tersebut dan mendapat input yang
maksima terhadap tajuk yang dipelajari. Kelebihan multimedia selain dari
pemudahcara ia juga adalah sebagai pengganti atau menyokong kepada pengajaran
dan pembelajaran serta sesi latihan yang dikendalikan oleh guru atau jurulatih dalam
menyampaikan maklumat kepada para pelajar (Heinich et al, 2002). Multimedia juga
dikatakan mampu menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif kerana
melaluinya teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu
dipaparkan di dalam sebuah skrin pada suatu masa yang sama. Di samping itu juga,
penggunaan media interaktif juga ternyata mampu menarik perhatian serta mudah
untuk difahami berbanding penggunaan bahan-bahan yang statik dan bisu
(Vaughan,1998).
Bidang sukan juga tidak terkecuali menggunakan teknologi tersebut untuk
menyampaikan sesuatu kemahiran, teknik dan taktikal kepada para pemain. Salah
satu perkembangan dunia ICT yang sering kali digunakan oleh seseorang jurulatih
atau guru dalam memberi input kepada para pemain ialah penggunaan multimedia
dalam sukan. Sukan bola tampar merupakan permainan yang bersesuaian untuk
diaplikasi menggunakan multimedia memandangkan permainan ini dimainkan dalam
dewan. Peralatan seperti penggunaan laptop, LCD, speaker, skrin amat mudah
disediakan di dalam dewan kerana keadaannya agak tertutup. Nabel (2002)
menyatakan kaedah latihan menggunakan multimedia lebih cepat dikuasai oleh
seseorang yang menggunakannya berbanding dengan kaedah lama yang digunakan
yakni kaedah tradisional.
3
Penggunaan multimedia dalam latihan mampu meningkatkan penguasaan
kemahiran dalam permainan bola tampar dengan lebih efisien. Hasil daripada kajian
lampau menunjukkan bahawa terdapat beberapa kajian telah terbukti keberkesanan
penggunaan multimedia dalam latihan.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani kelas 6
Berlian. Kelas ini merupakan kelas nombor satu dari 6 kelas bagi tahun 6. Saya
melihat kepada fizikal murid-murid di mana rata-rata mempunyai ketinggian dan saiz
badan yang agak sama. Melihat kepada ciri fizikal murid-murid tersebut, saya mula
berfikir mungkin mereka ini sesuai untuk bermain bola tampar dan itu adalah
pandangan pertama saya terhadap murid-murid tersebut.
Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, saya telah diamanahkan oleh
guru Pendidikan Jasmani sekolah untuk menjadi jurulatih sementara pasukan bola
tampar sekolah tersebut dan hampir kesemua ahli pasukan tersebut adalah murid
dari kelas yang saya mengajar iaitu 6 Berlian. Oleh itu bagi melatih sebuah pasukan
bola tampar, saya telah melakukan sesi pemilihan untuk mengenalpasti murid yang
layak untuk mnjadi pasukan utama dan juga pasukan simpanan. Dalam sesi
pemilihan pemain, perkara yang akan dinilaikan bagi memberikan kelayakan untuk
mewakili pasukan bola tampar adalah melalui servis. Sewaktu sesi pemilihan
dilakukan, saya dapati sebahagian besar murid mampu melakukan servis atas tetapi
terdapat beberapa hal yang perlu diperbaiki seperti cara lambungan, postur badan
dan tempoh masa sentuhan bola dengan tangan semasa bola diudara.
Setelah pemerhatian dan temu bual yang dijalankan, dapat disimpulkan rata-
rata murid mampu melakukan servis atas dalam permainan bola tampar tetapi tidak
mengetahui teknik yang betul kerana tidak pernah didedahkan oleh jurulatih mereka
merangkap guru Pendidikan Jasmani sekolah tersebut. Oleh yang demikian, murid
hanya melakukan teknik servis atas dengan cara sendiri dan tidak kisah sekiranya
teknik yang digunakan salah asalkan bola yang diservis sampai dan masuk ke
gelanggang lawan. Hal ini sebenarnya tidak konsisten kerana ada kemungkinan bola
yang diservis akan terpesong ke tempat lain sekiranya teknik yang salah digunakan
untuk servis atas dan hanya terpulang kepada nasib untuk servis tersebut berjaya
masuk ke gelanggang lawan.
4
Oleh itu, murid berada dalam zon yang tidak selamat sekiranya terus
menggunakan cara tersebut kerana kebarangkalian servis tidak masuk adalah tinggi
dan ini akan menjadikan mereka mudah memberikan mata kepada pihak lawan..
Sekiranya murid-murid didedahkan dengan cara latihan dan mekanisma yang betul
dalam melakukan kemahiran servis atas selain daripada menguasai servis bawah,
tidak mustahil murid-murid yang mewakili bola tampar sekolah akan menjuarai
pertandignan yang diadakan. Kenapa saya memberikan penekanan terhadap servis
atas dalam kajian ini kerana, servis atas banyak memberikan kelebihan dalam
sesebuah permainan dan juga pasukan bola tampar. Misalnya, sevis atas mampu
memberikan satu momentum yang tinggi ketika servis dilakukan berbanding servis
bawah. Selain daripada itu juga, servis atas mampu memberikan mata yang mudah
kepada sesebuah pasukan kerana disebabkan servis yang menjunam akan
memberikan kelebihan apabila pihak lawan mempunyai kemahiran menyangga yang
lemah ketika menerima bola.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk membantu murid-murid
menguasai kemahiran asas dalam servis atas dalam permaianan bola tampar.
Walaupun pasukan yang pengkaji latih ini sudah mampu melakukan servis atas,
akan tetapi melalui kaedah yang pengkaji usulkan ini, semoga dapat meningkatkan
kemahiran mereka. Bagi memudahkan penguasaan murid-murid dalam servis atas
saya telah menggunakan multimedia (video dan powerpoint) dalam sesi latihan
permainan bola tampar kepada murid-murid yang mungkin dapat membantu murid
dalam menyelesaikan masalah dalam membuat servis atas.
5
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku, atau kebolehan seseorang yang
dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses
pertumbuhan. Menurut Shahabuddin dan Rohizani (2004), gaya pembelajaran pula
merujuk pada seseorang itu belajar atau menyimpan maklumat. Gaya belajar yang
diamalkan oleh seseorang individu adalah untuk memproses maklumat
danmenyelesaikan masalah yang timbul (Entwistle, 1981). Menurut Gregorc (1982)
yang dipetik oleh Cynthia (1996), menyatakan bahawa setiap individu mempunyai
gaya pembelajaran tersendiri. Beliau mencipta suatu model yang menekankan
tentang cara kita berfikir dan memahami sesuatu informasi.Satu kajian telah
dijalankan oleh Gardner (1983) yang dipetik oleh Maznah dan Ahmad (2001),
mengenai teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan model
kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner (1983), kecerdasan
seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kesembilan kecerdasan
tersebut ialah:
i. Kecerdasan verbal-linguistik
ii. Kecerdasan logik- matematik
iii. Kecerdasan ruang-visual
iv. Kecerdasan kinestetik
v. Kecerdasan interpersonal
vi. Kecerdasan intrapersonal
vii. Kecerdasan naturalis
viii. Kecerdasan beretika
viv. Kecerdasan muzikal
6
Jadi di sini pengkaji telah membuat keputusan untuk memilih satu antara
sembilan teori kecerdasan pelbagai yang ada iaitu dengan memilih teori kecerdasan
ruang-visual. Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang
individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai
kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu
mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain.
Mereka mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh
mencipta cerita yang baik serta boleh menyatakan segala kebimbangannya dengan
jelas dan yakin. Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau hipotesis
mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. Individu ini sering
memberi pandangan mengenai dunia, alam semesta dan persekitaran. Golongan ini
sering memberi persepsi yang unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara.
Seringkali, apa yang dilihat oleh mereka, berbeza dari pandangan individu normal
seperti kita. Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan pandangan
orang lain terhadap sesuatu perkara. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat
peka akan terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat
disekeliling mereka. Disamping itu, individu yang memiliki kecerdasan ini juga
mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran
dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan
dan sebagainya. kebolehan pelajar untuk menghubungkan konsep yang dipelajari
dengan menggunakan peta minda, graf dan bentuk grafik yang lain memudahkan
seseorang pelajar itu belajar mengenalpasti dan menghubungkait konsep. Kerjaya
yang sesuai kepada individu yang memiliki kecerdasan ruang visual adalah seperti
pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, pereka landskap, juruseni dan
sebagainya. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan
utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional.
7
2.0 Fokus Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada penggunaan multimedia
dalam sesi latihan bola tampar. Kajian ini penting kerana penggunaan multimedia
mampu membantu murid dalam menguasai kemahiran permainan bola tampar
terutama sekali dalam servis atas dan mampu membuat servis yang kuat dan
melepasi jaring dengan mudah. Selain daripada itu melalui multimedia murid dapat
melihat terus atau menyaksikan perkara yang sebenar dan tepat. Dalam multimedia
ini, murid-murid akan ditunjukkan cara pergerakan dan perlakuan dengan
mekanisma yang betul satu persatu dengan jelas dan ini akan menyebabkan murid
akan lebih mudah memahami dan seterusnya dapat diaplikasikan dalam latihan
seterusnya mampu menguasai kemahiran asas servis atas bola tampar dengan
mudah. Murid perlu menjalani aktiviti yang dirancang bagi melihat sama ada murid-
murid dapat meningkatkan tahap penguasan dalam servis atas hasil dari gabungan
latihan menggunakan multimedia. Jika murid-murid tidak mengambil berat mengenai
kajian ini, kesannya mereka mungkin tidak akan mampu untuk melakukan servis atas
dengan menggunakan teknik yang betul dan akan terus pada takuk yang lama.
2.1 Isu Kajian
Hasil pemerhatian pengkaji menunjukkan hampir kesemua murid Tahun 6 Berlian
menguasai kemahiran servis atas dalam permainan bola tampar yang mana menjadi
salah satu cabang kemahiran dalam permainan bola tampar tetapi tidak
menggunakan cara dan teknik yang betul. Mereka cenderung menggunakan
kemahiran servis atas dengan lakuan dan teknik tersendiri contohnya memukul bola
dengan menggunakan pergelangan tangan dan melalui temu bual, pengkaji
mengesahkan bahawa mereka ini tidak diberikan pendedahan oleh guru Pendidikan
Jasmani mereka semasa mempelajari subjek bola tampar di bawah kemahiran servis
atas ini sebaliknya hanya menumpukan perhatian kepada kemahiran servis bawah
sahaja. Kesilapan kecil seperti ini tidak seharusnya berlaku dan pengkaji
menganggap ini adalah satu kerugian yang amat besar kerana pada usia seperti
inilah murid perlu memperbetulkan pergerakan motor kasar mereka dengan
sebaiknya supaya tiada masalah yang akan timbul pada masa hadapan seperti
contoh terdekat, apabila mereka melangkah ke sekolah menengah dan amat
8
merugikan dan tidak efisyen kerana menggunakan servis atas dengan cara yang
salah dan sekadar mengambilkira sekiranya servis itu masuk ke gelanggang lawan
sahaja.. Justeru itu pengkaji memutuskan untuk menyimpulkan isu kajian ini bahawa
murid mahir menggunakan kemahiran servis atas dalam permainan bola tampar
tetapi tidak menggunakan cara yang betul adalah disebabkan oleh pendekatan guru
Pendidikan Jasmani yang digunakan tidak berapa berkesan kerana hanya mengajar
sekadar yang perlu sahaja.
2.1.1 Tinjauan Awal
Melalui pendekatan kaedah tinjauan awal, saya mendapati bahawa murid-murid
kurang mahir menggunakan teknik servis atas dalam permainan bola tampar
sebaliknya hanya menggunakan teknik servis bawah sahaja. Permasalahan ini dapat
diperhatikan semasa pengkaji melakukan saringan untuk pemilihan ahli pasukan
bola tampar sekolah lagi kerana hampir kesemua daripada mereka menggunakan
kaedah servis bawah sahaja dan tindakan tersebut hanya akan memberikan peluang
mudah kepada pihak lawan untuk membalas hantaran. Pengkaji hanya melihat
beberapa orang responden sahaja yang mampu melakukan servis atas dan
sekaligus memberikan kelebihan kepada mereka kerana servis atas kepala agak laju
dan menjunam dan menyukarkan pihak lawan untuk menerima servis tersebut.
Pengkaji telah menjalankan satu ujian pra yang merujuk kepada ujian AAHPER
Volleyball Serving Test untuk menentukan tahap kemahiran servis atas responden.
Ujian tersebut memerlukan responden melakukan servis atas sebanyak 5 kali
percubaan dan memberikan sasaran untuk bola melepasi jaring.
2.1.2 Analisis Tinjauan Awal
Menerusi tinjauan awal yang telah dilakukan, pengkaji membuat satu pemerhatian
berkenaan dengan permasalahan murid yang telah dipamerkan. Sebelum
mengenalpasti masalah, pengkaji sebagai guru Pendidikan Jasmani perlulah
mengetahui dan mendalami kesemua teknik yang betul dalam melakukan servis atas
sebelum memperbaiki orang lain. Oleh yang demikian, pengkaji telah merujuk
kepada Guru Pembimbing yang juga seorang guru major Pendidikan Jasmani di
sekolah tersebut. Selepas itu pengkaji telah melakukan satu temubual bersama
responden yang menjadi subjek kajian dan melontarkan soalan agar mereka dapat
9
menyuarakan apakah sebenarnya masalah yang dihadapi semasa melakukan servis
atas. Antara sebab yang diberikan adalah tidak mengetahui teknik yang betul
semasa melakukan servis atas dan juga pukulan yang tidak kuat. Jadi pengkaji telah
mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah pendedahan multimedia agar
responden dapat melihat cara dan teknik yang betul dalam melakukan servis atas.
Kaedah pendedahan multimedia ini pula hanya baerfokus kepada tayangan video
dan slaid bergambar menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai di bawah
Kecerdasan Ruang dan Visual dan akan dilakukan dalam masa dua minggu.
Harapan pengkaji adalah kaedah yang dipilih ini dapat meningkatkan kemahiran
servis atas dalam permainan bola tampar dalam kalangan murid 6 Berlian dan juga
pasukan bola tampar sekolah serta murid-murid lain kelak.
2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
I. Kebolehtadbiran
Bagi pengkaji, kajian tindakan ini mampu ditadbirkan kerana melalui kaedah
penggunaan multimedia yang merangkumi tayangan video dan slaid bergambar
yang dirancang mudah dilaksanakan oleh responden yang cuma perlu menonton
dan mengingati kaedah dan teknik yang ditunjukkan secara tepat. Pemilihan tempat
pula adalah mudah untuk untuk ditentukan yang mana pengkaji telah memilih Bilik
Media yang mempunya segala kelengkapan multimedia pengkaji perlukan untuk
menayangkan video dan slaid. Kawasan padang yang bersesuaian pula telah
memudahkan pengkaji untuk menjalankan intervensi kajian secara selamat dimana
adanya gelanggang bola tampar.
II. Kepentingan
Pengkaji memutuskan untuk memilih isu ini sebagai kajian tindakan kerana
memikirkan kepentingannya terhadap menguasaan murid dalam melakukan servis
atas semasa bermain bola tampar dan dari skop pasukan bola tampar sekolah pula,
ini akan memberikan satu kelebihan kepada mereka kerana sentiasa berjaya
mendapat mata semasa melakukan servis atas dan juga akan sentiasa mendahului
pihak lawan dengan kelebihan seperti ini.
10
III. Kebolehgunaan
Permainan-permainan lain yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran
Tahunan sekolah seperti bola baling, besbol, bola jaring, bola sepak dan hoki juga
boleh diadaptasikan melalui kaedah multimedia yang berfokus kepada video dan
slaid bergambar ini. Ini akan mengukuhkan penguasaan kemahiran-kemahiran lain
juga seperti contohnya kemahiran menggelecek dalam permainan hoki bagi murid
tahun empat dan juga kemahiran menjaring bola baling. Kemudahan seperti ini boleh
dicuba oleh guru Pendidikan Jasmani dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
murid dalam mana-mana permainan dan juga kaedah multimedia ini bersifat sejagat
dan juga boleh diaplikasikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam
olahraga.
IV. Kawalan
Kawalan amat penting sepanjang pelaksanaan oleh kerana ingin memastikan
responden melakukan latihan yang diberikan dengan betul dan juga menonton video
dan slaid bergambar dengan tekun dan menumpukan perhatian dengan penuh
fokus. Aspek kawalan ditegaskan supaya responden tidak leka semasa menonton
video dan cenderung melakukan hal-hal lain semasa proses tayangan multimedia
yang boleh menghilangkan tumpuan responden. Bagi aspek ujian yang dilakukan
iaitu AAHPER Volleyball Serving Test pula pengkaji memastikan turutan giliran ujian
berjalan dengan lancar dan bagi pengkaji ianya tiada masalah kerana responden
hanya terdiri daripada 10 orang.
11
V. Kolaborasi
Kajian pengkaji ini melibatkan kolaborasi antara beberapa pihak seperti pihak
pengkaji dengan sekolah, responden, ibu bapa, guru pembimbing, Guru Penolong
Kanan Ko-Kurikulum, rakan praktikum dan juga pensyarah pembimbing. Pihak
sekolah membantu dalam kolaborasi berkenaan penyediaan tempat serta
permohonan kebenaran menjalankan intervensi pada waktu pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani. Pihak sekolah banyak membantu dan
memberikan sokongan dan tidak lupa kepada ibu bapa subjek yang memberikan
kerjasama.
VI. Kerelevenan
Berdasarkan kertas cadangan ini, kajian ini adalah dikelaskan sebagai releven
kerana pengkaji sedikit sebanyak dapat membantu murid tahun enam menguasai
kemahiran servis atas dalam permainan bola tampar dengan baik dan dapat
mempraktikkannya semasa bermain dan juga membantu pasukan bola tampar
sekolah meningkatkan mutu permainan. Tambahan pula servis atas ini bukan semua
murid dapat menterjemahkannya secara zahir kerana kebiasaannya mereka hanya
menggunakan servis atas dengan teknik tersendiri sahaja. Sekiranya mereka
menggunakan servis dengan lakuan dan teknik yang betul, permainan akan lebih
seronok dan mencabar kerana bola servis atas adalah laju dan menjunam yang
mana akan memberikan kesusahan kepada pihak lawan untuk menerima bola
tersebut. Hal ini akan membangkitkan semangat kesukanan yang berasakan
tercabar dengan servis atas oleh pihak lawan.
12
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian
Terdapat banyak pengkaji yang telah menjalankan kajian mengenai
peningkatan sesuatu kemahiran melalui multimedia dalam latihan. Antaranya, kajian
yang dilakukan oleh Abang Ismail, Mohd. Taib ( 2007 ). Mereka menjalankan kajian
tentang keberkesanan penggunaan multimedia terhadap penguasaan kemahiran
sukan bola baling yang memberi fokus terhadap kemahiran permainan bola baling.
Kajian ini bertujuan untuk melihat implikasi penggunaan multimedia dalam sukan
bola baling. Mereka menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen dalam
melaksanakan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa multimedia mampu
mengubah gaya pengajaran seseorang jurulatih dalam meningkatkan lagi kemahiran
permainan bola baling. Implikasi daripada kajian ini juga mendapati bahawa
penggunaan multimedia memberikan satu peningkatan yang lebih tinggi berbanding
dengan cara tradisional sebelum ini.
Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy ( 2002 ) dalam kajian Abang Ismail, Mohd. Taib (
2007). Mereka menjalankan kajian tentang implikasi teknologi maklumat dan
komunikasi ke atas gaya pengajaran Pendidikan Jasmani yang memberi fokus
terhadap kemahiran permainan bola tampar. Kajian ini bertujuan untuk melihat
implikasi penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Jasmani bagi
kemahiran bola tampar. Mereka menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen
dalam melaksanakan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa multimedia
mampu mengubah gaya pengajaran seseorang guru Pendidikan Jasmani dalam
meningkatkan lagi kemahiran permainan bola tampar.
Nur Syaziah Binti Hanafi ( 2004 ) dalam kajian yang sama, beliau menjalakan
kajian mengenai rekabentuk perisian multimedia ( PBK ) dalam matapelajaran
pendidikan jasmani dan kesihatan (permainan bola jaring). Tujuan kajian beliau
adalah untuk membandingkan pembelajaran menggunakan PBK lebih berkesan
berbanding pembelajaran secara konvensional.
Kajian yang dilakukan oleh Mohd. Jasmy, Mohd. Arif, Hamdan Mohd. Ali dan
Subahan M. Meeran (2002) berkaitan dengan meningkatkan penguasaan kemahiran
permainan bola tampar melalui penggunaan multimedia jelas menunjukkan bahawa
pembelajaran menggunakan multimedia adalah lebih berkesan berbanding
13
pembelajaran yang menggunakan sepenuhnya teknologi terkini seperti penggunaan
lama web tertentu, web televisyen dan sebagainya. Manakala pembelajaran secara
tradisional pula merupakan pembelajaran yang hanya berfokus kepada guru sahaja.
Hasil kajian mendapati penggunaan multimedia sangat sesuai digunakan dalam
pengajaran sesuatu permainan, malahan setiap perisian yang terdapat pada
multimedia juga menarik dan jelas.
Arfan (2001) dalam kajian yang sama, telah menjalankan kajian tentang
penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
dan (sukan gelanggang). Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa penerimaan
responden terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran sukan gelanggang khasnya di kalangan pelajar adalah positif.
Sungguhpun begitu, nilai peratusan yang sederhana 42.53% tetapi ia cukup untuk
membuktikan bahawa responden menyambut baik inovasi dan reformasi dalam
Pendidikan Jasmani.
Berdasarkan dapatan dari kajian-kajian lepas, ternyata penggunaan
multimedia mendapat tempat di kalangan penyelidik untuk menyelami dan menguji
keberkesanannya dalam meningkatkan sesi pengajaran-pembelajaran dan memberi
persembahan yang memberangsangkan dalam sistem latihan sukan. Kajian-kajian
tersebut juga menjelaskan penggunaan multimedia bukan sahaja bersesuaian dalam
bidang pendidikan malahan menepati sasaran juga dalam melaksanakan sistem
latihan sukan dan permainan. Walaupun begitu, penggunaan multimedia dalam
bidang sukan juga amat dituntut. Penyelidik telah menjalankan kajian ini dengan
lebih berkesan agar ia dapat digunakan dalam merencanakan program latihan sukan
khususnya permainan bola tampar yang meningkat maju sekarang ini.
2.3 Istilah Kajian
a) Multimedia :
Multimedia diambil dari kata multi dan media. Multi berarti banyak dan media
berarti media atau perantara. Multimedia adalah gabungan dari beberapa
unsur yaitu teks, grafik, suara, video dan animasi yang menghasilkan
presentasi yang menakjubkan. Multimedia juga mempunyai komunikasi
interaktif yang tinggi. Bagi pengguna komputer multimedia dapat diartikan
14
sebagai informasi komputer yang dapat disajikan melalui audio atau video,
teks, grafik dan animasi.
b) Servis Atas :
Melambung bola tampar ke udara dan memukul bola denganbahagian tapak
tangan dengan melakukan perlakuan seperti membaling bola. Boleh dilakukan
dalam keadaan statik atau servis melompat.
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas
servis atas dalam permainan bola tampar.
3.2 Objektif Khusus
i. Membantu murid membuat servis atas melepasi jaring dengan
menggunakan teknik dan lakuan yang betul.
ii. Membantu murid-murid melakukan servis atas mengikut prosedur yang
betul.
3.3 Persoalan kajian
Persoalan yang terdapat dalam kajian yang dijalankan adalah :
i) Apakah latihan yang dijalankan sesuai dan berkesan dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran asas servis atas dalam permainan bola tampar.
ii) Apakah latihan yang dijalankan dapat melakukan servis atas melepasi
jaring?
15
4.0 Kumpulan Sasaran
Dalam kajian ini melibatkan ahli pasukan bola tampar sekolah (lelaki) yang
mana juga murid tahun 6 Berlian iaitu kelas yang pengkaji kendalikan. Saya
mengambil keputusan untuk memilih seramai 10 orang pelajar lelaki sepanjang
kajian ini dijalankan. Ini pemilihan dilakukan berdasarkan gender, dimana kita ketahui
bahawa penguasaan lelaki dan perempuan dalam sesuatu kemahiran adalah
berbeza dan kenyataan ini dikuatkan lagi oleh Mynard (2008) menyatakan pelajar
lelaki dan perempuan adalah berbeza dari aspek sosial, emosi, intelek dan fizikal.
Oleh itu hanya pelajar lelaki menjadi kumpulan sasaran bagi kajian ini
5.0 Pelaksanaan Kajian
Dalam menjalankan kajian, saya telah mengenalpasti terlebih dahulu
mengenai latar belakang permasalahan yang dihadapi murid. Kajian yang akan
dijalankan adalah dengan menggunakan multimedia dalam latihan bagi mengatasi
masalah tersebut. Sebelum menjalankan latihan, saya telah menggunakan ujian
membuat servis atas melepasi jaring sebagai ujian pra. Ujian ini akan dijalankan
secara spontan ke atas murid yang terlibat dalam kajian ini. Hal ini adalah untuk
mendapatkan maklumat awal serta mengenalpasti tahap kemampuan yang boleh
dilakukan oleh murid. Melalui data yang diperoleh melalui pra ujian yang telah saya
lakukan, ia akan memudahkan saya dalam mengumpul data-data penting mengenai
perkaitan sebelum, semasa dan selepas menjalankan kajian ini, seterusnya ia akan
memudahkan saya untuk mengetahui tahap awal murid sebelum latihan
menggunakan multimedia diberikan kepada murid-murid.
Semasa melaksanakan kajian, saya menggunakan multimedia dalam latihan
bagi meninggkatkan kemahiran servis atas ke tahap yang tinggi. Tempoh masa
selama dua minggu amatlah singkat untuk mendapatkan prestasi servis yang baik.
Oleh yang demikian, setelah mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber
rujukan, saya telah pun mengenalpasti bahawa penggunaan multimedia dalam
latihan kemahiran ini mempunyai tahap kebolehpercayaan serta kesahan yang agak
tinggi apabila aktiviti ini dilakukan dalam tempoh masa yang agak singkat. Tempoh
latihan ini dijalankan selama dua minggu di mana latihan dijalankan 3 hari dalam hari
persekolahan. Tujuan saya membuat latihan setiap hari kerana latihan yang saya
berikan ini tidaklah meletihkan responden ini kerana saya hanya menumpukan
kepada satu kemahiran sahaja dalam permainan bola tampar iaitu membuat servis
16
menggunakan kemahiran asas servis atas. Oleh itu, tidak mengapalah jika latihan
saya dilakukan setiap hari persekolahan.
Selepas sahaja tamat menjalankan program latihan selama 2 minggu, saya
akan membuat ujian servis atas melepasi jaring sekali lagi untuk mendapatkan impak
serta kesan daripada latihan yang telah dijalankan ke atas murid. Servis melepasi
jaring akan dijadikan sebagai ujian pos. Seterusnya, saya akan mengumpul data
mengenai keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan sebelum, semasa dan selepas
kajian untuk menilai semula keseluruhan keberkesanan terhadap ujian yang
dijalankan. Seterusnya, melalui data yang telah didapati itu, saya juga akan
melakukan analisis dengan teliti dan terperinci bagi mengesahkan data yang telah
diperoleh. Berikut adalah pelan pelaksanaan awal prosedur perancangan tindakan.
Ujian Pra
Merekod data (perbandingan)
Kaedah Multimedia
Merekod Pemerhatian dan
Data (perbandingan)
Ujian Pos Merekod Data (perbandingan)
Hasil dapatan (perbandingan)
Rajah 1: Pelan Perancangan Tindakan
17
5.1 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian
Jadual 1 : Jadual Perlaksanaan Kajian Tindakan
BIL
TINDAKAN
TARIKH
TEMPOH
TUJUAN
1. Mengadakan ujian pra
1 jam Saya menjalankan ujian pra kepada 10 orang murid yang dijadikan sebagai sasaran kajian iaitu melalui ujian membuat servis atas melepasi jaring sebanyak 5 percubaan. Tujuan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam membuat servis atas.
2. Mengadakan temubual bersama 10 orang murid
30 minit Mengenal apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh murid dalam permaianan bola tampar
3 Mengadakan sesi multimedia dan latihan bola tampar
2 minggu 1 minggu 5 kali 1 jam setiap sesi 30 minit – sesi multimedia 30 minit – praktikal
Saya mengadakan persembahan multimedia mengenai bola tampar. Kemudian selepas itu, murid-murid akan dibawa ke gelanggang untuk mempraktikkan apa yang diperolehi dari persembahan multimedia itu.
4 Mengadakan Ujian Post 1jam Menguji peningkatan kemahiran selepas diberikan latihan menggunakan multimedia.
18
Jadual 2 : Jadual Program Multimedia Dalam Latihan
Minggu
Hari
Latihan
Masa
Tempat
1 Isnin
Rabu
Jumaat
1. Menonton bahan
multimedia kemahiran servis atas
2. Membuat latihan servis atas.
3. Menonton bahan multimedia kemahiran servis atas
4. Membuat latihan servis atas.
5. Menonton bahan multimedia kemahiran servis atas
6. Membuat latihan servis atas.
30 minit
30 minit
30 minit
30 minit
30 minit
30 minit
Makmal komputer
Gelanggang bola tampar Makmal komputer
Gelanggang bola tampar Makmal komputer
Gelanggang bola tampar
19
Minggu
Hari
Latihan
Masa
Tempat
2 Isnin
Rabu
Jumaat
1. Menonton bahan
multimedia kemahiran servis atas
2. Membuat latihan servis atas.
3. Menonton bahan multimedia kemahiran servis atas
4. Membuat latihan servis atas.
5. Menonton bahan multimedia kemahiran servis atas
6. Membuat latihan servis atas.
30 minit
30 minit
30minit
30 minit
30 minit
30 minit
Makmal komputer
Gelanggang bola tampar Makmal komputer
Gelanggang bola tampar Makmal komputer
Gelanggang bola tampar
20
5.1.1 Perlaksanaan Aktiviti 1
Jadual 3 : Kaedah mengutip data
Langkah
dan tarikh
Cara penilaian
Kumpulan sasaran
TUJUAN
Langkah 1
Mengadakan ujian pra
10 orang murid
lelaki 6 Berlian
Saya menjalankan ujian pra kepada 10 orang murid yang dijadikan sebagai sasaran kajian iaitu melalui ujian membuat servis atas melepasi jaring sebanyak 5 percubaan. Tujuan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam membuat servis atas.
2. Rakaman video
10 orang murid
lelaki 6 Berlian
Melihat pergerakan badan murid ketika membuat servis atas dalam permaianan bola tampar dan akan dikenal pasti perkara yang menjadi masalah kepada muri-murid dalam membuat servis atas.
3 Mengadakan temubual
10 orang murid
lelaki 6 Berlian
Mengenal pasti apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh murid dalam permaianan bola tampar
4 Pemerhatian 10 orang murid
lelaki 6 Berlian
Melihat teknik yang digunakan ketika membuat servis atas.
21
5.1.2 Bahan latihan multimedia
Video latihan kemahiran asas servis atas dan powerpoint akan digunakan
kepada murid-murid untuk setiap kali latihan dijalankan. Murid-murid akan diberi
masa 30 minit untuk sesi multimedia di dalam makmal komputer dan diselangi
dengan demonstrasi dan percubaan lakuan teknik semasa tayangan direhatkan.
Dalam tayangan video tersebut mengadungi fasa-fasa latihan membuat servis atas
menggunakan teknik yang betul. Murid-murid akan diberi penjelasan terperinci
berdasarkan video yang ditayangkan. Dengan cara tersebut murid-murid dapat
meingati fasa-fasa membuat servis atas dan diaplikasikan dalam latihan.
5.1.3 Prosedur latihan
Murid diberikan ujian pra sebelum mereka memulakan program latihan yang
diberi. Data yang diperolehi disimpan sehingga ujian pos dilakukan. Data yang
diperolehi dalam ujian pra dan pos digunakan untuk menilai sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan antara kedua-dua ujian atau pun tidak. Program latihan
yang diberikan adalah selama 2 minggu dan ujian yang sama akan digunakan sama
seperti ujian pra iaitu membuat servis atas bola tampar melepasi jaring. Latihan
diadakan setiap hari persekolahan.
Gambarajah 1 : Video latihan Gambarajah 2 : Slideshow.
22
5.1.4 American Alliance for Health, Physical Education and Recreation
(AAHPER) Volleyvall Serving Test
Ketinggian jaring mengikut spesifikasi yang ditetapkan untuk sekolah rendah
iaitu 2.10 meter. Skor akan diambil dan dikira berapa kali ia mampu membuat servis
melepasi jaring. Pemain diberikan peluang sebanyak 5 percubaan setiap seorang.
Gambarajah 3 : Ukuran ketinggian jaring Bola Tampar sekolah rendah.
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data
5.2.1 Ujian Pra
Ujian pra akan diberikan kepada kumpulan kajian setelah membuat
pemerhatian terhadap murid. Ujian pra diberikan untuk mengukur perbezaan jumlah
ketepatan ketepatan murid dalam melakukan hantaran bola aras dada dan aras bahu
kepada rakan. Setiap murid akan diberikan lima (5) kali percubaan dan pengkaji
akan merekod data dalam sebuah borang. Data yang diperolehi akan digunakan
untuk membuat perbandingan di dalam ujian pos nanti. Perbandingan data akan
dikeluarkan dalam bentuk graf bagi memudahkan proses intrepretasi data.
23
5.2.2 Ujian Pos
Ujian pos dijalankan selepas pengajaran menggunakan kaedah multimedia
diberikan kepada kumpulan kajian setelah mereka berlatih mengikut jadual yang
telah ditetapkan oleh pengkaji. Prosedur ujian adalah sama seperti ujian pra, iaitu
kesemua peserta diberikan lima (5) kali percubaan. Percubaan yang berjaya dan
poin ketepatan direkodkan. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada
terdapat perubahan dari segi ketepatan dan pencapaian. Kemudian pengkaji akan
membuat perbandingan antara ujian pra dan pos kumpulan kajian. Data yang
diperolehi akan dikeluarkan dalam bentuk graf bagi memudahkan proses
perbandingan dan interpretasi data.
5.2.3 Soal Selidik
Soal selidik ialah sesuatu alat atau instrumen pengumpulan data yang tidak
memerlukan penyelidik bersoal jawab dengan responden. Soal selidik dibuat bagi
mengetahui minat murid terhadap kaedah multimedia yang digunakan dalam
melakukan kemahiran servis atas bola tampar. Hanya 2 skala yang terlibat dalam
soal selidik ini, iaitu Ya dan Tidak. Borang soal selidik ini hanya mempunyai 8 soalan
berkaitan minat dan kefahaman murid tentang kaedah multimedia yang digunakan.
Borang soal selidik akan diedar setelah tamat sesi P&P dalam kitaran pertama
kajian. Masa yang diperuntukkan adalah selama 15 minit. Sebelum menjawab soalan
dalam borang soal selidik, penerangan tentang cara menjawab dan penerangan bagi
setiap item diberikan kepada murid. Hal ini adalah bagi memastikan murid faham dan
dapat menjawab soalan dengan betul.
24
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Kajian ini adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan ujian pra dan pos.
Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis bagi mendapatkan nilai min dengan
menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Seterusnya hasil analisis akan
dikeluarkan dalam bentuk jadual dan juga graf bar bagi memudahkan proses
intrepretasi data.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 3 Februari 2012
2. Mencari bahan kajian di perpustakaan dan
internet
9 Februari 2012
3. Penulisan Proposal Kajian
4. Perjumpaan bersama Penyelia
5. Pelaksanaa Ujian Pra
6. Latihan Kemahiran Hantaran
7. Ujian Pos
8. Analisis Data dan Perbincangan
9. Penulisan Kajian Tindakan
10. Perjumpaan bersama Penyelia
Jadual 2: Jadual Pelaksanaan
25
5.5 Analisis Tinjauan Masalah
Jadual 4: Analisis tinjauan masalah
Langkah
dan tarikh
Cara penilaian
Kumpulan sasaran
Masalah telah dikenalpasti
Langkah 1
Mengadakan ujian pra
10 orang murid
lelaki 6 Berlian
Murid-murid ini mempunyai masalah dalam membuat servis atas, ini dapat dibuktikan lagi apabila sebahagian besar daripada murid-murid tidak dapat membuat servis atas dengan baik dan rata hanya mampu membuat 1 daripada 5 percubaan melepasi jaring.
2. Rakaman video
10 orang murid
lelaki 6 Berlian
Melalui rakaman video yang dilakukan masalah- masalah yang dapat dilihat disenaraikan disini adalah seperti berikut: i. Tidak tahu teknik
yang betul dalam buat servis atas
ii. Kurang kekuatan iii. Lambungan bola
terlalu tinggi iv. Koordinasi mata dan
tangan lemah. v. Fasa pergerakan
yang kurang betul.
3 Mengadakan temubual
10 orang murid
lelaki 6 Berlian
i. Kesemua 10 orang yang saya temubual dan dapati kesemua responden meminati permainan bola tampar ini
ii. Tidak didedahkan cara yang betul untuk membuat servis atas.
26
iii. Tidak diberi peluang
untuk bermain bola tampar ketika waktu Pendidikan Jasmani.
iv. Guru tidak pernah mengajar cara membuat servis atas yang betul.
Pemerhatian 10 orang murid
lelaki 6 Berlian
Didapati bahawa murid tidak mengikut prosedur pergerakan ketika membuat servis atas antaranya:- i. Lambungan bola
terlalu tinggi. ii. Tiada koordinasi
tangan dan mata
5.6 Perbelanjaan Kajian
Bilangan Peralatan Bilangan Harga
1 Bola Tampar 12 Sumbangan Sekolah
2 Jaring 1 Sumbangan Sekolah
3 Komputer Riba 1 Persendirian
4 LCD 1 Sumbangan Sekolah
5 Kertas A4 1 Rim RM8.00
6 Alat Tulis 12 Pensel RM5.00
7 Makanan 12 Set RM36.00
8 Minuman 12 Set RM12.00
JUMLAH RM61.00
27
Sumber Rujukan
Abang Ismail bin Abang Haji Julhi dan Mohd. Taib bin Harun. (2007). Keberkesanan
Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola
Baling. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang
Tahun 2007.
Anil Taneja. (2009) World of Sport Outdoor. India : Kalpaz Publication.
Bobbie Kalman. (2000). Volleyball in Action. Canada : Crabtree Publishing Company.
Choong Lean Keow. (2008) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Chow Fook Meng&Jaizah Mahamud(2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan
dalam Pengajaran.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
Ee Ah Meng. (2001) Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Penerbitan
Fajar Bakti
Hopper, T., & Bell, R. (1999). A ‘T.A.C.T.I.C.’ Approach to Teaching Net/Wall
Games. Teaching strategic understanding and tactical awareness.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan. PTS
Publications. Bentong
Kamarudddin Wan Hassan. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn Bhd. Selangor.
Kirkendall, D.R., Grubber J.J. & Johnson R.E. (1987). Measurement and Evaluation
For Physical Education Second Edition. Human Kinetics Publishers, Inc.
Mohd. Taib Harun dan Norlena Salamuddin. (2006). Bola Jaring:Siri Meniti Tangga
Kejayaan.Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang (2008). Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan
Nurul Fatiha Che Jamin (2008). Ciri- ciri Video Pembelajaran Yang Berkesan Serta
Peranannya Dalam Pendidikan. Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Putra
Malaysia.
28
Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan. Kaedah dan Penulisan. Free
Horizons Sdn.Bhd
Asian Volleyball Confederation, (2011).
Diperoleh pada Februari 2, 2012 dari
http://www.asianvolleyball.org/
http://olahraga2u.wordpress.com/category/bola-tampar/
Dilayari pada Februari 8, 2012
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/08/04/bola-tampar-siri-2/
Dilayari pada Februari 8, 2012
http://kemahiranasas.blogspot.com/2009/08/kemahiran-asas-bola-tampar.html
Dilayari pada Februari 12, 2012
http://fanboxblogs.fanbox.com/SinglePost.aspx?pbid=250898&post=234201&
mode=&link=6&page=10&dt=010108&mlid=-1&vet=-1&src=2&bts=8&fs=-
1&apid=-1
Dilayari pada Februari 14, 2012
http://www.youtube.com/watch?v=_27kV4l3UYk
Dilayari pada Februari 14, 2012
http://www.youtube.com/watch?v=GmXc6qvdMG8
Dilayari pada Februari 14, 2012
http://www.youtube.com/watch?v=G8n-t32q7l4
Dilayari pada Februari 14, 2012