9 Elemen Warna, Ruang Dan Irama Dalam Pengajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

9 elemen

Citation preview

  • 1

    ELEMEN WARNA, RUANG DAN IRAMA DALAM PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARANPENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN GURU

    PELATIH SEMESTER 5 IPG, KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

    Zulina bt Ahmad Zawawi

    (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral)

    [email protected]

    Ramlah Hj Mohd Dom

    (Jabatan Sains Sosial)

    [email protected]

    Abstrak

    Pendekatan dalam pengajaran merupakan salah satu aspek penting dalam

    menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks

    Pendidikan Islam,pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk mencapai tujuan

    tersebut. Antaranya adalah pendekatan bersepadu. Pendekatan bersepadu dalam

    Pendidikan Islam dilakukan dengan memasukkan elemen-elemen luar seperti nilai,

    seni,bahasa mahupun kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran

    Pendidikan Islam.Kajian ini merupakan satu analisis konten berkaitanpendekatan

    bersepadu antara Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni yang dilakukan oleh guru-

    guru pelatih Semester 5 pengkhususan Pendidikan Islamyang menjalani praktikum

    Fasa 1. Skop analisis hanya melibatkan penggunaan elemen warna, ruang dan irama

    serta kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.Kajian

    dijalankan dengan menganalisis dokumen Rancangan Pengajaran Harian dan

    pemerhatian terhadap sesiP&P guru-guru pelatih Semester 5 pengkhususan

    Pendidikan Islam.Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru pelatih

    pengkhususan Pendidikan Islam meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka

    dengan menggunakan pendekatan bersepadu antara Pendidikan Islam dan

    Pendidikan Seni.

    Kata kunci : Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, pendekatan bersepadu,

    elemen warna, ruang dan irama

  • 2

    Pendahuluan

    Pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan satu proses yang melibatkan peranan

    guru, pelajar, kurikulum dan persekitaran bilik darjah. Proses pengajaran dan

    pembelajaran harus diberipenekanan yang sewajarnya dalam pendidikan formal. Ia

    memerlukan suatuusaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif

    dan efektif terhadap segalaisi pelajaran yang disampaikan. Olehitu, proses ini perlu

    diberi sentuhan yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap isipelajaran yang

    disampaikan memberi input yang maksima.

    Menurut Russel (1968), matlamat proses P & P ialah untuk membentuk kanak-kanak

    dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk,

    tekstura dan irama yang membolehkan peningkatan daya estetika. Sehubungan itu,

    guru perlu kreatif dalam pengajaran supaya dapat menarik minat murid terhadap

    proses pembelajaran. Leonard M.S et al (1996,) menyatakan bahawa, kreativiti dalam

    bilik darjah boleh dan seharusnya dapat memimpin murid-murid supaya lebih

    berminat dan mengambil bahagian untuk mendapatkan pengalaman semasa proses P

    & P dijalankan.

    Dalam konteks Pendidikan Islam, proses pengajaran dan pembelajaran lebih menjurus

    kepada proses pemindahan ilmu, kemahiran, nilai, amalan dan penghayatan. Hassan

    Langgulung (1981) mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

    sebagai satu proses memindahkan nilai-nilai yang bersumberkan al-Quran,as-

    Sunnah,qias,kemaslahatan umum dan ijmak bagi tujuan memelihara keutuhan dan

    kesatuan masyarakat.

  • 3

    Proses pengajaran dan pembelajaranPendidikan Islam perlu sentiasa kompetetif dan

    relevan dengan kehendak dan situasi semasa. Roh Pendidikan Islam perlu sampai

    kepada maduagar mereka dapat mendepani cabaran era globalisasi dengan

    menjadikan Pendidikan Islam sebagai asas dan benteng dalam diri mereka. Justeru

    para murabbi dan daiehari ini perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai ilmu dan

    kemahiran untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran yang datang.

    Bagi mencapai matlamat tersebut, salah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ialah pendekatan bersepadu.

    Melalui pendekatan bersepadu, Pendidikan Islam boleh diintegrasikan dengan

    elemen-elemen lain yang sesuai, tidak menyalahi syarak dan mampu menjadikan

    proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan mencapai objektif

    pembelajaran.

    Objektif Kajian

    1. Mengenalpasti elemen warna, irama dan ruang dalam Rancangan Pengajaran

    Harian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

    2. Membincangkan perlaksanaan elemen warna, irama dan ruang dalam proses

    pembelajaran dan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

    Metodologi Kajian

    Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah analisis dokumen dan

    kaedah pemerhatian. Melalui kaedah analisis dokumen, pengkaji akan menganalisis

    dokumen Rancangan Pengajaran Harian(RPH) dalam buku Rekod Persediaan

    Mengajar guru pelatih Pendidikan Islam. Dokumen RPH ini digunakan untuk

    mengenalpasti penggunaan elemen warna, irama dan ruang dalam aktiviti

  • 4

    Pembelajaran dan pengajaran. Manakala kaedah pemerhatian dijalankan semasa

    pengkaji menyelia guru-guru yang menjalani latihan praktikum di sekolah. Pengkaji

    akan memerhati guru yang diselia melalui kaedah pemerhatian dengan menggunakan

    borang Bimbingan Praktikum PR1 untuk menilai perlaksanaan P & P.

    Batasan Kajian

    Kajian ini adalah berkaitan konsep penyepaduan elemen Seni Dalam Pendidikan

    dalam Pendidikan Islam. Elemen seni yang dikaji hanya melibatkan elemen warna

    (seni visual), ruang (pergerakan) dan irama (muzik).Kajian ini melibatkan empat

    orang guru pelatih Semester 5 pengkhususan Pendidikan Islam yang telah menjalani

    praktikum Fasa 1 selama empat minggu. Skop kajian melibatkan bidang Tilawah al-

    Quran dan Ulum Syariah. Dalam bidang Tilawah al-Quran pengkaji hanya

    menganalisis dokumen RPH komponen ayat bacaan sahaja. Manakala dalam bidang

    Ulum Syariah, pengkaji hanya menganalisis dokumen RPH komponen Sirah

    Nabawiyah, Adab dan Akhlak Islamiyah serta Akidah.

    Seni Dalam Pendidikan

    Seni Dalam Pendidikan (SDP) memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka

    pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap

    aktiviti pembelajaran. Selain dari belajar membaca, menulis, dan mengira murid juga

    digalakkan memberi pelbagai pandangan untuk mereka berfikir secara kreatif,

    imaginatif, kritis, inovatif dan inventif . Namun yang paling utama ialah SDP

    mampu memberikan murid-murid keseronokan dan kegirangan di dalam bilik darjah.

    Seni Dalam Pendidikan secara umumnya melibatkan tiga komponen asas iaitu seni

    visual, seni muzik dan pergerakan. Melalui tiga komponen tersebut, proses

  • 5

    P&Pdalam bilik darjah dapat dipelbagaikan mengikut kesesuaian keadaan untuk

    menjadikan proses P&P lebih berkesan dan mencapai objektif yang disasarkan.

    Penerapan elemen Seni Dalam Pendidikan amat penting untuk mendorong dan

    membantu perkembangan minda kanak-kanak secara menyeluruh serta seimbang dari

    segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falasafah Pendidikan

    Kebangsaan.

    Elemen Warna, Irama dan Ruang serta KepentingannyaDalam Proses P & P

    Seni Dalam Pendidikan mempunyai tiga elemen yang penting iaitu elemen warna,

    irama dan ruang. Elemen warna dikaitkan dengan seni visual, elemen irama dalam

    seni muzik dan elemen ruang menjadi keperluan untuk memenuhi tuntutan dalam seni

    pergerakan. Elemen-elemen ini dapat memudahkan guru mencapai objektif dan

    matlamat dalam proses P&P. Hal ini kerana intergrasi warna, irama dan ruang dalam

    P & P dapat menghubungkaitkan semua benda alam dan mengaktifkan prosesnya

    secara tidak langsung. Ia juga dapat membantu mengimbangkan perkembangan proses

    otak kanan dan otak kiri seperti yang dibuktikan dalam Quadrant Conceptoleh

    Hermann(1991) .Ini jelas menunjukkan bahawa seni membantu pemikiran yang

    rasional dan intuitif dalam diri seseorang.

    Elemen Warna Dalam Pendidikan

    Elemen warna dalam konteks Seni Dalam Pendidikan dikenali sebagai seni visual. Ia

    merupakan elemen yang penting dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, alam sekitar

    yang sangat menarik dan indah dipenuhi objek-objek semulajadi yang berwarna-

    warni. Tanpa warna kehidupan akan menjadi bosan dan tidak bermakna. Warna

    merupakan unsur yang sangat penting dalam karya seni kerana dapat

    menggambarkan emosi, kebudayaan, personaliti dan maksud pada sesebuah karya

  • 6

    selain warna juga digunakan untuk menarik perhatian dengan menjadikan komunikasi

    visual lebih menarik, berkesan dan ekspresi.

    Visual pula adalah media berbentuk paparan interaktif samada visual tayangan atau

    visual bukan tayangan. Visual tayangan seperti transparensi dan OHP, projektor slaid,

    kamera video serta video dan televisyen. Manakala visual bukan tayangan ialah carta,

    poster, papan tulis dan model. Namun kedua-duanya membolehkan proses P & P

    dijalankan dengan lebih berkesan. Menurut Muhamad Hasan A.Rahman (2000),

    berdasarkan piramid kadar perolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan

    mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, hidu dan

    pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan pemerolehan maklumat

    berjalan dengan berkesan.

    Crose dan Collingwood (Syed Ahmad Jamal, 1994) berpendapat bahawa, karya seni

    itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal

    melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati dan

    berpendapat bahawa seni visual adalah pernyataan rasa yang imaginatif.

    Dalam proses aktiviti pembelajaran dan pengajaran, elemen warna boleh digunakan

    sebagai salah satu alat, bahan dan sumber bantu belajar bagi menarik perhatian murid-

    murid di dalam kelas. Ia sesuai bagi membantu perkembangan murid-murid dalam

    proses menerima pelajaran di samping keseronokan dalam belajar.Seni mewujudkan

    suasana gembira, suka, riang, minat untuk belajar dan memajukan diri.

    Elemen Irama Dalam Pendidikan

    Elemen irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat

    dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Irama yang menarik akan

  • 7

    mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik itu berulang kali. Dalam kehidupan

    seharian tanpa disedari setiap masa kita akan menemui pelbagai irama seperti bunyi

    tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya.

    Menurut Noraini (2003), iringan irama dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya

    ingatan kerana di samping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan

    minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Ab. Fatah

    (1990) yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan

    emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat tidak

    menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada individu itu, semakin mudah

    maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah

    pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Ini menunjukkan

    pengabungjalinan antara otak kanan dan otak kiri berlaku membolehkan penghasilan

    suatu pembelajaran yang bermakna.

    Selaras dengan kenyataan ini, Abd Fatah (1994) mengutarakan bahawa jika seseorang

    pelajar itu mengintergrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar

    akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah

    kuat, penggambaran car dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan

    masalah dan pemikiran akan menjadi lebih aktif. Kenyataan Routier (2003)

    berkenaan dengan kesan muzik Mozart terhadap kanak-kanak pula menyatakan

    bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik dengan membaca, menulis, kebolehan

    menghafal dan kemahiran matematik. Kesimpulan awalnya ialah elemen irama dapat

    memberikan kesan yang positif dalam proses P & P.

  • 8

    Elemen Ruang Dalam Pendidikan

    Elemen ruang melibatkan pergerakan dalam proses P & P. Pergerakan di peringkat

    sekolah rendah melibatkan permainan berunsur pendidikan, pergerakan berunsurkan

    pendidikan, sukan dan atletik dan kecerdasan jasmani. Pergerakan-pergerakan ini

    membolehkan murid untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-

    teknik menyelesaikan masalah dengan menekankan kebebasan ekspresi yang

    berteraskan kegiatan-kegiatan seperti penerokaan, penemuan dan kreativiti.

    Pergerakan juga ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk

    belajar.

    Ruang juga dapat didefinasikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu

    objek atau jarak antara dua objek. Ruang diperlukan untuk bergerak dan melakukan

    aktiviti untuk mendapatkan keselesaan dan keselamatan. Menurut Dauer dan

    Pangrazi (1983), kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan

    sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan kerana mereka gemar bergerak bebas.

    Pergerakan ini melibatkan pelbagai domain iaitu psikomotor, kognirif dan afektif.

    Secara tidak langsung mereka akan dapat mempelajari tentang dirinya sendiri dari

    segi kemampuan, kawalan diri dengan alam sekeliling, kesesuaian diri dan dapat

    melahirkan perasaan dan idea. Dalam hal ini, pengurusan bilik darjah perlulah diberi

    bimbingan dan perhatian agar perkembangan fisiologi dan intelektual kanak-kanak

    tidak terbantut.

    Kesimpulannya, elemen-elemen warna, irama dan ruang saling memerlukan dalam

    proses P & P kerana dapat memupuk minat murid dan menjadikan aktiviti

    menyeronokkan dan tidak membosankan. Selain itu, elemen-elemen ini perlu

    diaplikasikan dalam pengajaran untuk memastikan pengajaran dapat merangsang ke

  • 9

    arah pembelajaran yang berkesan di samping menggalakkan murid bergerak aktif

    ketika proses P & P berlangsung. dengan menggunakan pelbagai pendekatan

    pengajaran. Gardner (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan

    digunakan dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang

    disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dalam keadaan

    berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dan bersepadu terhadap pelbagai jenis elemen

    memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada lebih kreatif.

    Kesepaduan Ilmu Dalam Pendidikan Islam

    Islam memandang serius tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu merupakan

    asas kepada pembinaan insan dan peradaban manusia. Menurut al-Attas (1979) , ilmu

    terbahagi kepada dua peringkat iaitu ilmu yang diberi oleh Allah (ilmu wahyu) dan

    ilmu yang diperolehi oleh manusia berdasarkan usaha aqliahnya sendiri (ilmu bukan

    wahyu). Namun kedua-dua cabang ilmu ini sangat penting dan saling berkait antara

    satu sama lain.

    Dalam konteks Pendidikan Islam, ilmu wahyu dan ilmu bukan wahyu boleh

    disepadukanuntuk membentuk keperibadian dan sahsiah individusehingga mampu

    melahirkan insan kamil. Selari dengan matlamat Pendidikan Islam di Malaysia iaitu

    melahirkan muslim yang berilmu,beriman, berketerampilan, beramal soleh dan

    berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah supaya menjadi hamba dan

    khlifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun

    bangsa dan negara.

    Terdapat beberapa istilah lain yang memberi maksud yang hampir sama dengan

    pendekatan bersepadu seperti islamisasi ilmu dan integrasi ilmu. Istilah-istilah ini

    memberi maksud proses penyebatian antara ilmu wahyu dan bukan wahyu. Ini

  • 10

    menunjukkan bahawa tiada pemisahan antara ilmu agama dan bukan agama. Kedua-

    dua ilmu ini saling berkait antara satu sama lain.(Hamizul,2006)

    Al-Attas (1979) menyatakan kedua-dua ilmu wahyu dan bukan wahyu adalah

    bersepadu kerana ilmu wahyu menunjukkan tujuannya kepada roh dan diri insan

    dalam kehidupan sehari-hari serta menetapkan nilai hidup supaya kehidupan

    terpimpin ke arah jalan yang benar. Ilmu wahyu menjadi ilmu asasi yang menjadi

    dasar kepada ilmu bukan wahyu. Jika tiada kesepaduan ,maka ilmu bukan wahyu

    tidak dapat memandu dan membimbing insan dalam kehidupan.

    Menurut Tajul Ariffin&Noraini (2002), konsep pendidikan bersepadu merupakan

    penyepaduan ilmu wahyu dengan ilmu akal dalam pendidikan yang memetingkan

    akhlak manusia. Ia bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai sahsiah

    seimbang dari segi intelek,emosi,jasmani dan rohani. Usaha untuk mencapai matlamat

    ini dibuat melalui penyepaduan ilmu pengetahuan,nilai murni dan akhlak, strategi

    pengajaran dan pembelajaran bersepadu yang merangkumi aspek

    kemahiran,bahasa,ko kurikulm dan budaya sekolah.

    Elemen Seni Dalam Pendidikan Islam

    Antara elemen yang boleh disepadukan dalam Pendidikan Islam ialah Pendidikan

    Seni. al-Qardhawi (1999) menyatakan kesenian merupakan satu tuntutan naluri dan

    perasaan . Tuntutan tersebut adalah sama penting seperti ibadat yang merupakan

    tuntutan rohani dan ilmu yangmerupakan tuntutan akal fikiran.Justeru elemen seni

    yang boleh diintegrasikan dengan Pendiidkan Islam adalah seni yang bernilai yang

    dapat meningkatkan kemanusiaan dan bukan kesenian yang boleh meruntuhkan nilai-

    nilai kemanusiaan.

  • 11

    Elemen seni tidak boleh diabaikan dalam kehidupan.Al-Quran memberi perhatian

    kepada unsur keindahan dan kecantikan yang dicipta oleh Allah SWT di samping

    unsur manfaat dan faedah yang terdapat padanya. Di samping mengambil manfaat,al-

    Quran membenarkan manusia menikmati kecantikan dan perhiasan yang terdapat

    padanya.(an-Nahl : 5,an-Nahl : 8,an-Nahl : 14,al-Anam : 141)

    Al-Qardhawi (1999) menyatakan mengambil perhiasan merupakan satu keperluan

    naluri.Firman Allah SWT yang bermaksud

    Wahai anak Adam, pakailah perhiasan kamu setiap kali kamu memasuki masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tidak

    menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.Katakanlah: "Siapakah yang

    mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-

    Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik?" Katakanlah:

    "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia,

    khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat.Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat

    itu bagi orang-orang yang Mengetahui. (Surah al-Aaraf ; 31-32)

    Perhiasan Allah dalam ayat tersebut digambarkan sebagai unsur keindahan yang

    disediakan Allah SWT kepada hamba-hambanya di samping unsur manfaat yang

    terdapat pada rezeki yang baik. Perkataan tersebut juga menunjukkan bahawa dalam

    perhiasan tersebut terkandung kemuliaan dan kehormatan.

    .

    Pandangan ini menjelaskan bahawa seni dan alam sangat berkait rapat dalam

    membentuk kesedaran jiwa manusia.Alam semulajadi merupakan ciptaan Allah dan

    melalui ciptaan inilah wujudnya hasil kesenian manusia. Contohnya warna laut yang

    kebiru-biruan, nilai estetika pada penciptaan anggota badan (seni visual), irama

    kicauan burung berzikir (muzik) dan keluasan ruang bumi yang membolehkan

    manusia bebas bergerak (pergerakan).

  • 12

    Rasulullah s.a.w juga menggunakan elemen seni iaitu melukis dan melakar sesuatu

    bagi menerangkan perkara yang ingin disampaikan. Contohnya dalam satu peristiwa

    yang dirakamkan dalam sebuah hadis yang bermaksud,

    Diriwayatkan oleh Jabir r.a : Ketika kami sedang duduk bersama dengan Nabi, baginda membuat satu garisan di atas tanah dengan menggunakan tangan baginda,

    seraya baginda berkata, inilah jalan Allah Azza Wajalla. Kemudia baginda membuat

    dua garisan lagi di sebelah kiri,stelah itu baginda bersabda, inilah jalan-jalan

    syaitan. Kemudian baginda meletakkan tangan yang mulia di garisan tengah lalu

    membaca ayat : Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus maka

    ikutilah,janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain (surah al-An,am ;153) (al-Halabi,2002)

    Selain daripada itu, banyak syair-syair, qasidah dan lagu-lagu taranum al-Quran yang

    dicipta oleh para ilmuan Islam sebagai salah satu teknik penyerapan dan penyuburan

    sikap cintakan ilmu pengetahuan. Ini menunjukkan bahawa seni visual, irama dan

    pergerakan (ruang)tidak menyimpang dari ajaran Islam,malahia turut menyumbang

    kepada keberkesanan proses P & P Pendidikan Islam.

    Analisis Elemen Warna, Ruangdan Irama dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Pendidikan Islam

    RPH 1

    Tajuk : Perjanjian Hudaibiah (Tahun 6)

    Bidang : Sirah Nabawiyah

    Warna : Paparan peta Semenanjung Arab dan paparan slaid

    menunjukkkan isi perjanjian, kesan perjanjiandan kuiz

    interaktif

    Ruang : Aktiviti menulis perjanjian dan mengklik jawapan bagi

    soalan interaktif

    Irama : Tiada

  • 13

    Dalam P&P ini guru memberi fokus kepada penggunaan warna sebagai unsur

    kesepaduan antara Penddikan Islam dan Pendidikan Seni. Penggunaan warna dilihat

    dengan jelas pada paparan peta Semenajun Arab dalam Langkah 1.Penggunaan peta

    yang berwarna digunakan untuk memberi gambaran yang jelas kepada pelajar-pelajar

    kedudukan tempat (Hudaibiah) perjanjian diadakan. Guru berjaya menerangkan

    konsep tajuk dengan jelas dalam Langkah 1 dengan menyepadukan tajuk dengan

    elemen warna pada paparan peta.

    Penggunaan ruang dalam P&P ini sangat minimum. Guru memilih untuk

    menyepadukan tajuk dengan penggunaan ruang melalui aktiviti menulis perjanjian

    dengan ibu bapa,guru dan rakan dalam Set Induksi dan mengklik jawapan bagi soalan

    iteraktif dalam Langkah 2 . Penyepaduan tajuk dengan irama tidak dilakukan dalam

    P&P ini.

    RPH 2

    Tajuk : Surah al-Buruj ayat 1-25 (Tahun 6)

    Bidang : Tilawah al-Quran

    Warna : Video cakerawaladan paparan slaid mengandungi

    potongan ayat

    Ruang :Permainan Alhamdulillah Saya Terpilih

    Irama : Video cakerawala berlatarbelangkan audio

    Dalam P&P Tilawah al-Quran ini, guru telah menyepadukan ketiga-tiga elemen

    dalam tajuk Surah al-Buruj.Elemen warna jelas disepadukan dalam Set Induksi

    melalui penggunaan video yang menunjukkan alam cakerawala sebagai bukti

    kebesaran Allah. Video ini juga mengandungi elemen irama(audio) yang sangat

    mengesankan pendengar.Penggunanan audio dan video ini berkesan untuk mengajak

    murid berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT sebelum guru mengaitkan

  • 14

    dengan surah yang akan dibaca iaitu Surah al-Buruj yang bermaksud bintang-

    bintang.

    Elemen warna disepadukan dengan dalam Langkah 1 dan Langkah 2 apabila guru

    menayangkan paparan slaid mengandungi potongan ayat al-Quran yang berwarna..

    Dalam paparan slaid ini ,guru menunjukkan perbezaan huruf ha dan kha.Perbezaan

    tesebut ditunjukan dengan penggunaan warna yang berbeza. Penggunaan ruang

    disepadukan dalam Langkah 3 semasa aktiviti permainan dijalankan. Permainan

    tersebut dikenali sebagai permainan Alhamdulillah,Saya Terpilih. Permainan yang

    dikendalikan oleh guru bertujuan memberi peluang kepada semua murid untuk

    membaca ayat al-Quran yang telah diajar oleh guru.

    RPH 3

    Tajuk : Allah Bersifat Wahdaniyah (Tahun 4)

    Bidang : Ulum Syariah

    Warna : Paparan kad manila mengandungi erti Allah Bersifat

    Wahdaniyah dan Dalil

    Ruang :Aktiviti perbincangan kumpulan berkaitan Kesan

    Beriman dengan Sifat Wahdaniyah dan Akibat Tidak

    Beriman Dengan Sifat Wahdaniyah

    Irama : Tiada

    Dalam tajuk ini, guru hanya memilih elemen warna dan ruang untuk disepadukan

    dalam pengajaran. Elemen warna digunakan dalam Langkah 1 dan Langkah 2 semasa

    guru menerangkan maksud dan dalil Wahdaniah. Manakala elemen ruang pula

    disepadukan dalam Langkah 3 melalui aktiviti perbincangan kumpulan berkaitan

    Kesan Beriman dengan Sifat Wahdaniyah dan Akibat Tidak Beriman Dengan Sifat

    Wahdaniyah.

  • 15

    RPH 4

    Tajuk : Adab Bertanya (Tahun 4)

    Bidang : Adab dan Akhlak Islamiyah

    Warna : Paparan kad manila berkaitan Faedah Adab Bertanya

    dan Akibat Tidak Beradab

    Ruang : Lakonan pendek

    Irama : Lagu Lirik ::

    Adab pertama memberi salam

    Kedua pula tanya dengan ikhlas

    Adab ketiga guna bahasa dengan baik

    Adab terakhir ucap terima kasih

    Mari belajar kawan-kawan

    Mari belajar adab bertanya

    (diiringi kompang)

    Dalam tajuk Adab Bertanya ini, guru telah menyepadukan ketiga-tiga elemen dalam

    pengajaran. Elemen warna disepadukan secara mimima pada paparan kad manila

    yang mengandungi faedah bertanya dan akibat tidak beradab dalam Langkah 3. Guru

    hanya menggunakan warna yang sama pada tulisan pada kedua-dua paparan.

    Bagi elemen ruang,guru memasukkan elemen ini dalam Langkah 2 iaitu dengan

    menggunakan kaedah lakonan. Dalam langkah 2 ini,guru memberi beberapa situasi

    berkaitan tajuk dan murid melakonkan situasi tersebut. Di akhir aktiviti ini, guru dan

    murid berbincang dan mengaitkannya dengan tajuk.

    Elemen irama pula dimasukkan dalam Langkah 1. Guru telah mencipta lagu dan lirik

    sendiri berkaitan tajuk. Murid diperdengarkan terlebih dahulu lagu tersebut dan

    kemudian mengajak murid menyanyi bersama-sama dengan diiringi paluan kompang

  • 16

    oleh guru. Melalui lirik lagu yang dinyanyikan murid mudah mengingat isi pelajaran

    iaitu adab-adab ketika bertanya,

    RPH 5

    Bidang : Akidah

    Tajuk : Allah bersifat Wahdahniah

    Kelas : Tahun 4

    Warna :Menggunakan keratan ayat tentang kesan beriman dengan

    sifat Wahdahniah

    Irama : Murid mendengar lagu nasyid sifat-sifat Allah

    Ruang : Murid di bahagi kepada empat kumpulan untuk melakukan

    aktiviti iaitu memilih jawapan yang tepat tentang kesan

    beriman dengan sifat Wahdahniah yang diberi oleh guru

    Dalam tajuk ini, guru memilih elemen warna dan irama dalam aktiviti untuk

    disepadukan dalam pengajaran. Elemen irama digunakan dalam Langkah 1 semasa set

    induksi dijalankan untuk menarik minat murid serta penumpuan murid untuk berlajar

    iaitu dengan mempendengarkan nasyid. Langkah seterusnya guru menggunakan

    elemen warna iaitu seni visual dengan mengedarkan keratan ayat yang di lukis kepada

    murid untuk di tampal ke hadapan. Manakala elemen ruang pula disepadukan dalam

    Langkah 3 melalui aktiviti perbincangan kumpulan berkaitan kesan beriman dengan

    sifat Wahdaniyah dan Akibat tidak beriman dengan sifat Wahdaniyah.

    RPH 6

    Bidang : Tilawah Al Quran

    Tajuk : Ayat Bacaan

    Kelas : Tahun 4

    Warna : Menggunakan kad imbasan dan mempamerkan kalimah

    Surah Yusuf menggunakan slaid

    Irama : Menggunakan ICT untuk memperdengarkan lagu nasyid

  • 17

    Ruang : Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk melakukan

    aktiviti

    Dalam tajuk ini, guru memilih semua elemen-elemen seperti elemen irama, warna dan

    ruang untuk disepadukan dalam pengajaran. Elemen irama digunakan dalam Langkah

    1 semasa set induksi dijalankan iaitu diperdengarkan nasyid yang berkaitan dengan

    mata pelajaran. Langkah seterusnya guru menggunakan elemen warna dengan

    memaparkan kalimah surah Yusuf dengan menggunakan slide. Manakala elemen

    ruang pula disepadukan dalam Langkah 3 iaitu melalui aktiviti perbincangan

    kumpulan.

    RPH 7

    Bidang : Akhlak

    Tajuk : Adap menolong ibu bapa

    Kelas : Tahun 5 Cerdas

    Warna : Tayangan slaid tentang bentuk pertolongan kepada ibu bapa

    Irama : Murid diperdengarkan lagu berirama perlahan

    sambil guru berpuisi dalam intonasi yang lembut tentang

    kesedaran betapa bertuahnya kepada murid yang masih

    mempunyai ibu bapa.

    Ruang :Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk

    melakukan aktiviti perbincangan tentang adab menolong ibu

    bapa)

    Dalam tajuk Adab Menolong Ibu Bapa, guru telah menyepadukan ketiga-tiga elemen

    dalam pengajaran. Elemen warna disepadukan secara baik pada paparan slaid yang

    mengandungi bentuk pertologan kepada ibu bapa.

  • 18

    Bagi elemen ruang, guru memasukkan elemen ini dalam Langkah 3 iaitu

    membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti perbincangan yang

    akan diekspres di hadapan kelas

    RPH 8

    Bidang : Tilawah

    Tajuk : Surah Ar Rum ayat 24

    Kelas : 5 Cerdas

    Warna : Menyusun huruf jawi (ejaan surah Ar Rum)

    Memaparkan potongan ayat yang bertanda hukum tajwid

    Irama : Mendengar bacaan potongan ayat oleh guru dan rakan-rakan

    lain

    Ruang : Tiada

    Dalam tajuk ini, guru memilih elemen irama dan warna sahaja untuk disepadukan

    dalam pengajaran. Elemen warna digunakan dalam Langkah 1 semasa set induksi

    dijalankan iaitu dengan menyusun huruf-huruf untuk membentuk satu perkataan iaitu

    Ar Rum. Langkah seterusnya guru masih menggunakan elemen warna dengan

    memaparkan slaid potongan ayat yang bertanda hukum tajwid dan

    berwarnaManakala elemen irama pula disepadukan dalam Langkah 3 iaitu melalui

    aktiviti membaca bacaan Al Quran secara berkumpulan dan individu. Elemen runag

    tidak dimasukkan kerana tidak begitu berkaitan dengan mata pelajaran hari tersebut.

    Ulasan dan Perbincangan

    Berdasarkan penelitian dokumen RPH dan pemerhatian semasa penyeliaan

    praktikum,perkara-perkara berikut telah diperolehi :

  • 19

    1. Penggunaan elemen warna Pelatih mengggunakan elemen warna secara maksima

    dan berkesan dalam proses P&P melalui paparan slaid mahu pun kad.Kebanyakan

    elemen warna digunakan untuk memberi fokus kepada isi-isi penting. Elemen warna

    juga digunakan untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada pelajar seperti

    paparan peta dalam P&P Sirah Nabawiyah (RPH1).Di samping itu,penggunaan warna

    juga digunakan untuk menunjukkan maksud yang berbeza. Contohnya dalam RPH2

    pelatih menggunakan warna yang berbeza untuk membezakan huruf ha dan kha

    dalam P&P Tilawah al-Quran.. Dalam RPH 8 pula perbezaan warna digunakan untuk

    membezakan hukum tajwid. Dalam hal ini warna memainkan peranan yang sangat

    penting untuk memberi kefahman yang lebih jelas kepada murid.

    2. Penggunaa elemen irama Pelatih berjaya mengaplikasikan elemen irama dalam

    P&P dan memanfaatkannya untuk menarik perhatian dan menimbulkan keseronokan

    belajar. Kebanyakan elemen irama digunakan sebagai set induksi dalam P&P.(Rujuk

    RPH2, RPH5 dan RPH6). Dalam RPH4 pelatih mencipta lagu dan lirik sendiri dalam

    P&P Adab dan Akhlak Islamiyah untuk memudahkan pelajar mengingati isi-isi

    penting. Elemen irama juga mampu mengajak pelajar menghayati dan berfikir tentang

    kebesaran dan kekuasaan Allah. Contohnya dalam RPH2 pelatih menggunakan video

    yang menunjukkan alam cakerawala dalam P&P Tilawah al-Quran . Video tersebut

    mengandungi elemen irama(audio) yang sangat mengesankan.Gabungan audio dan

    video ini sangat efektif digunakan dalam set induksi untuk menarik perhatian murid di

    samping mengajak murid berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

    Dalam RPH7 pula, pelatih memasukkan elemen irama untuk menimbulkan kesedaran

    dan motivasi.

    3. Penggunaan elemen ruang Pelatih kurang menyepadukan elemen ruang dalam

    P&P. Ini mungkin disebabkan pelatih tidak dapat menghubungkaitkan elemen ruang

  • 20

    dengan isi pelajaran. Namun begitu , elemen irama sememangnya kurang sesuai

    disepadukan dalam P&P Tilawah al-Quran kerana P&P Tilawah al-Quran lebih

    memberi fokus kepada kemahiran membaca ayat-ayat al-Quran. Walaupun demikian,

    pelatih masih boleh memasukkan elemen ruang secara minimum dalam P&P Tilawah

    al-Quran seperti mengadakan aktiviti permainan ringkas.(Rujuk RPH2) Dalam

    komponen Ulum Syariah, elemen ruang sangat sesuai disepadukan dalam P&P Adab

    dan Akhlak Islamiyah melalui aktiviti simulasi,demonstrasi dan lakonan.(Rujuk

    RPH4). Namun dalam RPH7, pelatih tidak memanfaatkan elemen ruang untuk

    membantu keberkesanan proses P&P Adab dan Akhlak Islamiyah. Dalam P&P

    tesebut adalah lebih baik jika pelatih menyepadukan elemen ruang melalui aktiviti

    simulasi atau lakonan yang berkaitan dengan tajuk. Dalam P&P Akidah pula, pelatih

    hanya memasukkan elemen ruang melalui aktiviti perbincangan kumpulan.(RPH3 dan

    RPH5)

    Kesimpulan

    Pendekatan bersepadu dalam proses P&P Pendidikan Islam mampu menimbulkan

    suasana positif dalam bilik darjah. Penyepaduan elemen Seni dalam Pendidikan Islam

    menjadi contoh kepada pelaksanaan pendekatan bersepadu dalam P&P Pendidikan

    Islam. Pelatih yang telah diberi pendedahan berkaitan Seni Dalam Pendidikan semasa

    Semester 4 ternyata dapat mengaplikasikan teori yang telah dipelajari semasa

    menjalani latihan praktikum. Mereka dapat memasukkan elemen-elemen seni iaitu

    warna,ruang dan irama dalam komponen Tilawah al-Quran dan Ulum Syariah.

    Namun penambahbaikan harus dilakukan bagi memaksimumkan penyepaduan

    elemen-elemen tersebut dalam komponen-kmponen yang telah dibincangkan dan

    komponen lain seperti Ibadah dan Pelajaran Jawi.

  • 21

    Rujukan

    Al-Quran al-Karim

    Abdul Fatah Abu Ghuddah al-Halabi.(2009). Rasululullah Pendidik Terulung (Terj.

    Shuhadak Mahmud). Negeri Sembilan : Al-Azhar Media

    Abd Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd Aziz & Abdul Rashid Mohamed, (2007).

    Humor dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: PTS profesional Publishing Sdn. Bhd.

    Brualdi, Amy C. (1996) Multiple Intelligences : Gardners Theory. (ONLINE) :

    Available: http://www.teachersrock.net/Edigest_2.htm

    Hamizul Mahmud. (2006). Penyepaduan Ilmu Wahyu dan Ilmu Bukan Wahyu.

    http://www.gemaislam.com

    Gagne,R.(1985), Conditions of learning. New York:Holt,Rinehart and Winston.

    Iberahim Hassan & Jamilah Omar, (2004) Pendidikan Seni dan Muzik: Metodologi

    Pendidikan Seni Visual, Tanjung Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Lim HUEY Khing Etc, (2003) Modul Pengajian Asas Seni Dalam Pendidikan

    (Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan). Bahagian Pendidikan Guru

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Mohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis. Skudai :

    Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

  • 22

    Mohd Johari Ab. Hamid (2004), Pendidikan Seni Visual dan Muzik, Penerbitan

    Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim

    Mohd Johari Ab. Hamid (2006), Asas Seni Visual, Penerbitan Universiti Pendidikan

    Sultan Idris, Tanjong Malim

    Modul Seni Dalam Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran

    Malaysia, 2003

    Salmah Ayob (1992) Pergerakan kreatif dan Pendidikan, Flo Enterprise Sdn. Bhd.

    Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2004), Psikologi

    Pendidikan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka

    Syed Muhammad Naquib al-Attas.(1979). Aims and Objectives Of Islamic Education.

    Jeddah : King Abdulaziz University

    Tajul Ariffin Nordin & Nor Aini Dan. (2001). Pendidikan dan Pembangunan Manusia

    : Pendidikan Bersepadu. Selangor : As-Syabab Media

    Yusuf al-Qardhawi. (1999). Seni Dalam Islam.(Terj. Mohd Nazri Dollah). Kuala

    Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/04kecerdasan_pelbagai.pdf