IRAMA, RUANG DAN WARNA

  • View
    1.430

  • Download
    3

Embed Size (px)

Text of IRAMA, RUANG DAN WARNA

  1. 1. KURSUS SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073 IRAMA (SENI VISUAL, SENI MUZIK DAN SENI PERGERAKAN) DG. NURSUHAIDATUL SALINA BINTI DATU MOHAMAD NABILAH NASRIYAH BINTI NASIR NUR FATIN SYAMIMIE BINTI MOHD ZAWAWI PISMP SEJARAH JUN 2014 EN. KAMARUDIN BIN KATON
  2. 2. DEFINISI IRAMA Irama merujuk kepada detik, durasi (panjang dan pendek) dan ulangan Wujud dalam lukisan, pergerakan, pertuturan harian dan muzik yang di perdengarkan Irama ialah kesan ilusi yang wujud daripda pengulangan, susunan satu atau lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan harmoni Irama dalam muzik merujuk kepada organisasi, muzik dan masa.
  3. 3. CIRI-CIRI Ulangan yang boleh disusun secara urutan untuk menghasilkan corak dan motif Boleh digunakan untuk menonjolkan sesuatu mood atau perasaan Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang wujudkan pergerakan
  4. 4. IRAMA DALAM SENI VISUAL Irama merupakan suatu prinsip reka bentuk. Irama akan menunjukan pergerakan apabila sesuatu elemen berulang.- Contonnya ulangan anak panah menimbulkan kesan pergerakan. Ia ditimbulkan melalui ulangan rupa anak panah yang berulang menurun ke arah bawah mewujudkan irama visual yang berlenggok ( irama aliran).
  5. 5. JENIS-JENIS IRAMA Irama visual yang berlainan wujud dengan susunan motif dan ruang yang berlainan.-Terdapat pelbagai cara untuk menyatukan motif dan ruang. Setiap cara memberi ciri yang berlainan kepada irama Irama rawak Motif yang diulang tanpa susunan seperti ruang yang tidak sama menimbulkan irama rawak.-Contohnya,corak pada badan zirafah dan rekahan pada kulit kayu
  6. 6. Irama biasa Irama biasa mempunyai motif yang serupa dan jarak ruang yang sama.- Irama biasa mempunyai rentak yang kosisten.-Contohnya susunan motif dengan bentuk dan ruang yang sama
  7. 7. Irama berselang-seli Irama ini wujud dalam keadaan motif atau kedudukan objek berselang- seli
  8. 8. Irama aliran Irama aliran terhasil daripada pemerhatian kesan garisan yang berulang-ulang-Ianya terbit dari penghujung objek yang membawa pandangan menyusur di sepanjang lengkungan yang akan mengubah arah tuu penglihatan.-Contohnya gunung-ganang dan ombak laut.
  9. 9. BAGAIMANA MENGGUNAKAN IRAMA DAN PERGERAKAN DALAM KARYA SENI VISUAL Pergerakan boleh dihasilkan dengan mengolah unsur seni seperti : Olahan unsur garisan
  10. 10. Olahan unsur warna Olahan unsur rupa
  11. 11. Olahan unsur jalinan
  12. 12. APLIKASI IRAMA DAN PERGERAKAN DALAM KARYA SENI VISUAL Seni Optik ialah stail lukisan abstrak tahun 1970-an yang menggabungkan reka bentuk geometri dengan kombinasi warna tertentu untuk menghasilkan ilusi gerak pada penglihatan.
  13. 13. IRAMA DALAM SENI MUZIK IRAMA Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa (duration) dan tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi. 1. Detik Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik. Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik seperti dalam carta 1, 2 dan 3. 2. Meter Secara konvensionalnya, detik dihimpukan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut:
  14. 14. Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar. Angka di sebelah bawah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver(8) dan sebagainya. Meter diklasifikasikan meter lazim dan meter tak lazim (a) Meter lazim 2 3 4 6 3 2 4 4 4 4 8 8 2 2
  15. 15. (b) Meter Tak Lazim 3.Tekanan Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali Terdapat detik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol ( ^ dan > ) digunakan sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan.
  16. 16. 4.Tempo Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah lagu boleh dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk digit mengikut sukatan metronome dan ditulis seperti berikut: 5.Corak Irama Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata. Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agas menepati bilangan detik yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan.
  17. 17. ( a ) Corak Irama Rentak Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi lagu. Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Inang, Masri, Asli, Sumazau dan Joget. Beberapa contoh corak irama rentak tersebut adalah seperti berikut :
  18. 18. ( b ) Corak Irama Ostinato Satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental, berulang-ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai iringan dan harmoni. 6. Tempoh Masa Dan Nilai Not Panjang atau pendek bunyi dilambangkan dengan not dalam pelbagai bentuk seperti . Masa senyap ( period of silence ) dilambangkan dengan tanda rehat pelbagai bentuk seperti
  19. 19. IRAMA DALAM SENI PERGERAKAN Merujuk kebolehan membuat pelbagai corak pergerakan mengikut irama yang diberi Menunjukkan kreativiti seorang individu atau berkumpulan dalam mereka cipta dan melakukan pergerakan berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik Menghasilkan rentak serta aliran dari satu tempat ke tempat lain menggunakan ruang diri ataupun ruang am
  20. 20. Video
  21. 21. AKTIVITI 1 1. Guru meminta murid bangun dan menjarakkan kedudukan antara murid dengan murid. 2. Guru meminta murid mengikut pergerakan yang ditunjukkan oleh guru sambil mendengar arahan guru 3. Guru memperdengarkan muzik berlatarbelakangkan suasana di tepi pantai 4. Guru meminta murid untuk membayangkan mereka berada ditepi pantai 5. Guru menunjukkan pergerakan sambil diikuti oleh murid
  22. 22. AKTIVITI 2 1. Guru mengedar kertas A4 2. Murid diminta berimaginasi dan melukiskan suasana di tepi pantai berdasarkan pergerakan yang dilakukan tadi