51
ADOBE PHOTOSHOP CS 5 (photoshop editing)

ADOBE PHOTOSHOP CS 5 (photoshop editing)myweb.utem.edu.my/myweb/rafidahk/notes/Bengkel Photoshop.pdf · Berikut adalah langkah kerjanya: 1. ... Pilih sahaja warna RGB Color untuk

Embed Size (px)

Citation preview

ADOBE PHOTOSHOP CS 5

(photoshop editing)

Pengenalan

Photoshop merupakan salah satu perisian grafik yang begitu popular di kalangan pereka grafik dan

pembangun perisian multimedia bahkan pelajar kini juga berminat untuk menguasai perisian yang

mempunyai kepelbagaian fungsi ini. Perisian Adobe Photoshop direka bentuk bertujuan untuk

membolehkan sesuatu imej dan gambar diubahsuai mengikut kreativiti mereka.

Photoshop bukan hanya merupakan satu perisian untuk mengubahsuai imej jenis raster tetapi juga

boleh digunakan untuk melukis dan mengubahsuai imej jenis vektor.

Mengenali Antaramuka Photoshop CS5

Di dalam modul ini, terdapat beberapa ciri utama antaramuka Adobe Photoshop CS5 yang akan

diperkenalkan. Antaranya adalah Bar Menu (Menu Bar), Bar Tajuk (Tittle Bar), Bar Pilihan (Option Bar),

Alatan (Toolbox) dan banyak lagi.

Bagi memulakan kerja‐kerja pengubahsuaian pada gambar, kita perlu membuka perisian Adobe

Photoshop terlebih dahulu. Berikut adalah langkah kerjanya:

1. Klik pada Butang Start

2. Pilih All Program

3. Pilih Adobe Master Collection CS5 ( bergantung kepada versi perisian yang di gunakan)

4. Pilih Adobe Photoshop CS5

Setelah membuka perisian tersebut pengguna akan dipaparkan dengan antaramuka utama

Photoshop CS5 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2 di bawah.

Toolbox

Tetingkap

Pallet

Tool Bar/

Bar

Peralatan

Bar Menu Bar Pilihan

Art Board/

Kanvas

Alatan khas dalam Photoshop

Berikut adalah penerangan bagi setiap alatan yang ditunjukkan di atas.

1. Pelaras Toolbox

• Pengguna boleh melaraskan paparan toolbox ini sama ada secara 1 lajur atau 2

2. Versi Photoshop

• Memaparkan logo bagi versi yang sedang digunakan dan berbeza bagi setiap

versi.

3. Marquee Tool

• Adalah alatan yang membenarkan pengguna untuk memilih sebahagian daripada

gambar untuk diletakkan ke tempat lain atau dicantumkan dengan gambar yang lain.

• Mengandungi 4 pilihan alatan lain yang boleh dipilih dan digunakan. (Klik kanan

pada ikon)

• Kekunci Pintas : M

4. Lasso Tool

• Alatan ini berfungsi sama seperti Marquee tool iaitu untuk menghasilkan pilihan

(selection). Pengguna boleh memilih lebih banyak bahagian yang kompleks

menggunakan lasso tool dan membuat pilihan bagi bentuk yang dikehendaki.

• Terdapat 3 jenis Lasso Tools lain yang boleh dipilih. (klik kanan pada ikon)

• Kekunci Pintas : L

5. Crop Tool

• Sangat berguna untuk mengubah saiz bagi imej. Hanya bahagian imej yang

dikehendaki sahaja di pillih. Imej akan di potong apabila pengguna menekan

kekunci Enter

• Kekunci Pintas : C

6. Healing Brush Tool

• Digunakan untuk membetulkan ketidak sempurnaan pada imej.

• Kekunci Pintas : J

7. Clone Stamp Tool

• Digunakan untuk menyalin satu bahagian yang diperlukan dan digunakan pada

bahagian yang lain

• Kekunci Pintas: S

8. Eraser Tool

• Berfungsi seperti pemadam yang digunakan untuk menghapuskan bahagian yang

tidak dikehendaki.

• Kekunci Pintas : E

9. Blur Tool

• Digunakan untuk mengaburkan imej apabila diperlukan.

• Kekunci Pintas : R

10. Pen Tool

• Digunakan untuk membuat bentuk yang kompleks (sukar). Sukar untuk di

kendalikan. Pengguna perlukan lebih banyak latihan dalam penggunaannya.

• Kekunci Pintas : P

11. Path Selection Tool

• Digunakan untuk memilih path yang telah dihasilkan menggunakan pen tool.

Pengguna boleh mengubah bentuk yang dihasilkan dengan menggunakan

Direct selection tool.

• Kekunci Pintas : A

12. Notes Tool

• Digunakan untuk menambah nota atau audio pada bahagian‐bahagian imej

sebagai rujukan. Sangat berguna apabila anda bercadang untuk menggunakan

kembali imej tersebut.

• Kekunci Pintas: N

13. Hand Tool

• Boleh digunakan untuk menggerakkan kedudukan imej dalam keadaan zoom

• Kekunci Pintas: H

14. Color Picker

• Digunakan untuk memilih warna bagi latar dan hadapan.

• Warna hadapan digunakan pada berus dan pensil untuk mengisi paint bucket

tool.

• Warna latar pula digunakan sebagai warna kedua (sekunder) yang akan

digunakan apabila pengguna menghapuskan sesuatu pada layer background

• Warna latar dan hadapan akan digabungkan bersama dalam gradient

menggunakan gradient tool.

• Kekunci Pintas:

o X (menukarkan warna hadapan dan latar)

o D (Reset warna hadapan dan latar kepada hitam dan putih)

15. Mode

• Standard mode secara umumnya digunakan sebagai default

• Quick mask mode lebih digunakan secara visual dalam menghasilkan pilihan, dan menambahkan

efek kepadanya.

• Kekunci Pintas: Q

16. Screen Mode

• Digunakan untuk menukar paparakn bagi workspace

• Kekunci Pintas : F

17. Move Tool

• Digunakan untuk menggerakkan pilihan bagi imej, teks, sebahagian objek atau

grafik yang dihasilkan pada sesuatu layer.

• Kekunci pintas : V

18. Magic Wand Tool

• Alatan ini digunakan untuk membenarkan pengguna memilih piksel ganjil dalam imej

berdasarkan kepada kesamaan warnanya.

• Kekunci Pintas: W

19. Slice Tool

• Digunakan untuk memotong / membahagikan imej kepada beberapa bahagian.

Pengguna booleh menyimpan (save) bahagian tersebut sebagai halaman web

walaupun tidak mempunyai pengetahuan dalam menggunakan HTML.

• Kekunci Pintas: K

20. Brush / Pencil Tool

• Digunakan untuk melukis dan melakar.

• Terdapat beberapa pilihan yang berbeza bagi brushes yang boleh digunakan.

Kesan brush ini biasanya digunakan untuk efek latar belakang .

• Kekunci Pintas: B

21. History Brush Tool

• Membenarkan pengguna kembali kepada bahagian imej yang sebelumnya.

Fungsinya sama seperti menggunakan undo yang terdapat pada menu Edit.

• Kekunci Pintas: Y

22. Paint Bucket / Gradient Tool

• Paint Bucket digunakan untuk mengisi warna atau corak pada kawasan yang luas

bagi sesuatu imej.

• Gradient tool pula digunakan untuk menaplikasikan gradient pada imej.

• Kekunci Pintas: G

23. Dodge / Burn / Sponge Tool

• Digunakan untuk menampakkan ton bagi imej.

• Dodge akan mencerahkan imej

• Burn akan menggelapkan imej

• Sponge akan desaturates imej

• Kekunci Pintas: O

24. Text Tool

• Digunakan untuk menambahkan teks pada imej.

• Terdapat 4 jenis tool yang boleh dipilih. (Klik kanan pada ikon)

• Kekunci Pintas: T

25. Rectangle / Line/ Shape Tool

• Digunakan untuk melukis bentuk yang dipilih sama anda line, rectangle , ellipse ,

polygon dan sebagainya.

• Kekunci Pintas: U

26. Eyedropper Tool

• Digunakan untuk memilih warna yang seakan sama dengan imej yang dalam

ruangan kerja (workspace)

• Kekunci Pintas : I

27. Zoom Tool

• Digunakan untuk mendapatkan gambaran lengkap bagi sesuatu imej secara

membesarkan dan mengecilkan gambar tersebut

• Kekunci Pintas: Z

Pengendalian Fail dalam Photoshop

Sebagai pengguna baru, pengetahuan dalam pengendalian fail dalam photoshop amat penting

kerana akan memudahkan pengguna sama ada untuk membuka, menyimpan fail pelbagai format,

menggabungkanbeberapa fail.

Membuka fail baru

Berikut adalah langkah kerja untuk membuka fail baru dalam Photoshop:

1. Di bahagian menu bar klik File > New

2. Satu kotak dialog akan dipaparkan untuk meminta pengguna memasukkan maklumat

berkaitan fail baru yang ingin di bina (kanvas)

3. Masukkan maklumat yang penting seperti nama

4. Saiz bagi kanvas/ fail baru dan resolusi. Pengguna boleh memilih saiz tinggi dan lebar

kanvas yang hendak dihasilkan dalam pelbagai format sama ada piksel, cm, percentage dan

sebagainya. Resolusi pula adalah ketajaman gambar yang akan dihasilkan. Jika pengguna

mahu mencetak gambar tersebut, dicadangkan menggunakan resolusi yang lebih tinggi

iaitu 300 dpi (dot per inch). Hasil gambar akan lebih menarik. Jika gambar‐ gambar biasa 72

dpi sudah memadai.

5. Pengguna perlu juga menentukan Color Mode yang akan digunakan. Mode warna ini

akan menentukan pilihan palette warna yang akan dihasilkan dan boleh digunakan dalam

fail tersebut dan bit warna yang tertentu. Pilih sahaja warna RGB Color untuk

penggunaan yang menyeluruh.

6. Seterusnya pilih Background Contents. Pengguna mempunyai 3 pilihan iaitu :

• White ‐ untuk warna latar belakang putih

• Background Color – untuk warna latar yang berwarna

• Transparent – untuk kandungan yang tiada warna latar belakang.

7. Hasil kanvas yang terhasil berdasarkan pilihan pengguna.

Nama fail

Pada bahagian layer 1

Format RGB / 8 bit

Latar Transparent

Menyimpan Fail

Setelah sesuatu fail siap di ubahsuai atau di hasilkan, pengguna boleh menyimpan fail tersebut untuk

kegunaan apabila diperlukan. Terdapat 2 jenis fail yang boleh di simpan iaitu format gambar dan

format photoshop (psd).

Fail format gambar adalah fail akhir yang boleh disimpan dalam pelbagai format seperti .jpg,

.g if,.tiff dan banyak lagi. Pengguna hanya boleh melihat sahaja gambar yang dihasilkan tanpa

boleh mengeditnya. Fail dengan format photoshop masih boleh diubahsuai lagi jika perlu. Oleh itu

dicadangkan kepada pengguna untuk menyimpan kedua‐dua jenis fail ini untuk kegunaan akan

datang jika perlu.

Berikut adalah cara menyimpan fail dalam photoshop:

1. Pada bar menu klik File > Save As

2. Tuliskan nama fail dan pilih format fail yang ingin di simpan. Tekan Save

3. Klik OK

Penggunaan Layer dan Filter

Pemahaman dalam penggunaan layer adalah sangat penting kerana setiap imej atau teks yang

diubahsuai perlu berada pada layer tertentu. Berikut adalah langkah kerja penggunaan layer:

1. Klik File > Open – Buka fail Tutorial1.jpg

2. Pastikan layers palette terbuka dan berada pada kedudukan yang selesa bagi pengguna.

Klik Window > Layer

3. Salah satu palette yang penting juga di sini adalah history palette. Palette ini berguna untuk

kembali kepada langkah sebelumnya. Pengguna boleh klik Window > History

4. Lihat di bahagian layer secara automatik akan terhasil 1 layer mewakili gambar yang

telah dibuka tadi. Secara default nama bagi layer tersebut adalah background.

Layer Mode

Indicates layer

visibility

Menunjukkan

kecerahan objek

pada layer

Pada asasnya, layer

background akan

berada pada lock mode

Menghasilkan layer baru , menghapus layer dan duplicate layers

1. Klik ikon pada layers palette. Satu layer baru akan terhasil di atas

layer background tadi.

2. Klik sekali pada layer untuk mengaktifkan layer tersebut.

3. Klik dua kali pada layer tersebut untuk menukarkan nama layer.

4. Untuk menghapuskan layer yang telah dibuat, pada layers palette klik dan serat layer

yang hendak dibuang kepada ikon .

Klik dan seret

untuk

hapuskan layer

5. Untuk menukarkan stail bagi layer pengguna boleh klik pada layer mode dan terdapat

banyak pilihan mode seperti rajah di bawah

Layer Mode

Klik untuk

hasilkanlayer

baru

6. Berbeza dengan membina layer baru, fungsi duplicate adalah menyalin kandungan satu

layer kepada layer yang lain. Sebagai contoh gunakan fail Tutorial1.jpg

7. Klik kanan pada layer asal yang hendak di salin dan pilih Duplicate Layer

8. Tuliskan nama layer sebagai Layer1. Lakukan proses yang sama langkah 7 dan 8 sebanyak enam

kali lagi atau tekan [Ctrl]+ J. Ini bermakna terdapat lapan layer kesemuanya termasuk Layer

background. Kita akan gunakan layer ini untuk membezakan kesan bagi penggunaan filter

9. Berikut adalah paparan bagi langkah 8 iaitu terdapat lapan layer dengan setiap satu mempunyai

nama yang telah ditetapkan oleh pengguna. Penggunaan nama bagi layer adalah sangat

penting untuk memudahkan proses pengeditan imej selepas ini.

Menyusun Layer

Susunan layer bagi sesuatu imej yang disusun dipanggil sebagai stacking order. Stacking order bagi

layer menentukan bagaimana imej itu kelihatan. Pengguna boleh mengubah susunan untuk

menjadikan sesetengah bahagian imej muncul di hadapan atau di belakang.

1. Tentukan imej manakah yang akan diletakkan dibahagian hadapan dan belakang .

2. Klik pada layer tersebut dan seret ke kedudukan yang sepatutnya.

Page 19

Penggunaan Filter

Kemudahan filter yang terdapat dalam Photoshop membolehkan semua peringkat pengguna boleh

mengaplikasikannya dengan mudah. Filter di bina ke dalam perisian ini dan pengguna boleh

mempelbagaikan taknik artistik untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik.

Bagi pereka grafik yang professional sebolehnya mereka akan mengelakkan menggunakan

kemudahan filter ini kerana dianggap klise lebih‐lebih lagi apabila menggunakannya tanpa kawalan.

Namun begitu tiada siapa yang menafikan kesan yang terhasil dari teknik ini adalah diluar jangkaan.

Dengan menggunakan layer yang dihasilkan sebelum ini, kita akan menghasilkan tujuk kesan gambar

yang berbeza menggunakan pelbagai jenis filter.

1. Klik Layer1 untuk mengaktifkannya.

• Klik Filter > Artisctic > Plastic Wrap

• Pengguna boleh mengubahsuai setting yang ada dan tekan OK

Page 20

2. Klik Layer2 untuk mengaktifkannya.

• Klik Filter> Blur > Gausion Blur

• Tentukan radius piksel yang dikehendaki dan tekan OK

3. Klik Layer3 untuk mengaktifkannya

• Klik Filter > Texture > Texturize

• Pengguna masih boleh menentukan jenis Texture, Scaling, Relief dan Light bagi

Filter jenis ini.

Page 21

4. Klik Layer4 untuk mengaktifkannya

• Klik Filter > Render > Lens Flare

• Pengguna boleh memplotkan kawasan yang hendak diletakkan efek lensa

tersebut.

• Pengguna juga boleh memilih kecerahan dan juga pilihan jenis lensa bagi

memperolehi efek yang lebih menyakinkan.

Klik Layer5 untuk mengaktifkannya

• Klik Filter > Render > Lighting Effects

• Pengguna boleh memilih efek cahaya yang diperlukan.

5. Untuk Layer6 dan Layer7, pilih filter berdasarkan kreativiti anda sebagai latihan.

Sebelum itu jangan lupa aktifkan layer yang hendak diubahsuai.

Latihan Latihan 1 : Effect Blur

Latihan 2 : Content Aware Feature

Latihan 3 : Tukar gambar latarbelakang

Latihan 4 : Text Effect

Latihan 5: Puppet Wrap

Latihan 6 : Menghilangkan Kecelaan Pada Gambar

LATIHAN 1 : Effect Blur

Buka foto pilihan anda di dalam Photoshop.

Duplicate layer Background, tekan Ctrl + J

Applykan filter Radial Blur ke atas layer yang baru

diduplicate tadi.

Klik menu Filter > Blur > Radial Blur. Pilih Blur

Method: Zoom dan setkan nilai Amount yang

sesuai. Untuk contoh ini saya setkan pada 71.

Sekiranya, kesan Zoom Blur terlalu kasar anda boleh

menggunakan Filter > Noise > Despeckle untuk

mengurangkan kesan ini. Applykan beberapa kali

sehingga berpuas hati

Kemudian, klik

pada ikon add

layer mask di

bahagian bawah

panel layer.

Tujuan menambah

layer mask adalah

untuk

‘menghilangkan’

bahagian layer 1

supaya subjek

menjadi lebih fokus

(jelas).

Sekarang, setkan

warna hitam

sebagai

Foreground Color.

Tekan huruf ‘D’

dan kemudiannya

huruf ‘X’.

Dengan

menggunakan

Brush Tool,

sapukan warna

hitam ke atas layer

mask di bahagian

tengah imej iaitu

pada bahagian yang anda ingin dapatkan fokusnya kembali. Sapukan sehingga anda berpuas hati

dengan hasilnya.

-Selesai

Latihan 2 : Content Aware Feature

Gunakan Pen Tool..

Klik kanan

tekan ok

Shift F5

Tekan ok

Selesai.

Latihan 3 : Tukar gambar latarbelakang

Latihan 4 : Text Effect

Create a new document (Ctrl+N) in Adobe Photoshop with the size 1920px by 1200px (RGB color mode) at a resolution of 72 pixels/inch. Select then the Paint Bucket Tool (G) to fill the new background layer with#353430 color.

Then create a new layer and fill this layer with #959595 color using Paint Bucket Tool (G).

Set Opacity to 41% for this layer and click to Add a layer style icon from bottom part of the Layers paneland select Pattern Overlay. Go to Pattern Picker, and additional Spiderman Pattern can be added by loading them from the Picker’s submenu.

We’ve got the next fiber background:

Click on the same layer on the bottom part of the layers’ panel on Add a Mask icon and choose a Gradient)

Click the Horizontal Type tool (T). Select a font, size and color in the Character panel.

Click in the image and type PERSADA. Press Enter to apply the text.

Click on Add a layer style icon from bottom part of the Layers panel and select Drop Shadow:

Also set the Gradient Overlay

Click in the color bar to open the Gradient Editor and set the color stops as shown. Click OK to close theGradient Editor dialog box.

Using the Free Transform (Ctrl+T), we can incline the text a little to give it the same look as on the next picture:

The final result!

Latihan 5 : Puppet Wrap Step 1

First, let’s load our image. I have selected this stock image.

Step 2

Create a selection around the object. The selection needs to be fairly accurate but we will use the refine

edge tool to fix the selection just in case, later on. So using the Pen Tool (P) trace the path around the object

as best as you can, making sure you finish where you started creating a single loop.

Step 3

With the pen tool still selected, right click the path and click "Make Selection". This will now load the path as

a selection. Enter the value 0 for feather radius and select ok.

Step 4

With the selection still active, click on the Marquee Tool (M) and under the options for the tool, click the

button for "Refine Edge". This tool allows us to refine and fix the selection as best as possible. Feel free to

experiment with the settings to find the best selection for the object if needed. Once you have made your

selection, change the output from "Selection" to "New Layer with Mask".

Step 5

We now have two separate layers, one with just the flower and the original. We now need to delete the

flower from the original background image. To do this, load the original selection again (Cmd/Ctrl + Click

Masked Layer icon) and use CS5′s new content aware fill to delete the area. For best results, expand the

selection by going to Selection > Modify > Expand, Expand by 10px and click ok. Now press Delete on the

original layer and select content Aware Fill.

Step 6

Sometimes Photoshop won’t get it right the first time and may leave some contrasting lines. To fix this, we

can use the Spot Healing Brush Tool (J) using some content aware settings and simply paint over the lines

to blend them in.

Step 7

We can now very easily apply the puppet warp tool without destroying or distorting the background. With

our masked layer selected, go to Edit > Puppet Warp. This will open the tool and allow us to manipulate

and warp the object. Placing points systematically around the displayed mesh will create bending/warping

points. Place them on your object in the best arrangement to create joints to bend as shown below.

Step 8

Dragging or rotating these points (Alt + Click and move over point) will warp the object in the desired

direction. Using this we can drag the stem of the flower to come from the side, while still allowing the

flower to stay upright.

Final Image

And that’s how you use the Puppet Warp Tool. I hope you enjoyed this tutorial!

Latihan 6 : Menghilangkan Kecelaan Pada Gambar

1. Buka gambar yang hendak di edit

2. Sekiranya gambar kecil, klik toll zoom untuk besarkan paparan

3. Klik pada spot healing brush tool

4. Ubah saiz diameter berus mengikut luas imej yang hendak dipadamkan. Ubah

hardness menjadi 85%

1

2

5. Gerakkan tetikus pada bahagian yang hendak diperbaiki, klik.

6. Hasilnya, gambar yang bebas daripada kecelaan akan terhasil

SEBELUM SELEPAS