Upload
hazmir-a-hamid
View
33
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
tugasan
Citation preview
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN
( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN
PELAPORAN PRAKTIKUM
AKTIVITI 3 ( T1A3 )
HBEF 3603
PUSAT PEMBELAJARAN :
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
BATU PAHAT, JOHOR.
1
AKTIVITI 3 ( T1A3 )
PELAPORAN PRAKTIKUM
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras dalam pendidikan di
Malaysia.Ia perludikuasai oleh setiap murid dalam ujian supaya setiap sijil yang dikeluarkan akan
diiktiraf lulus. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu dilaksanakan bagi
membantu meningkatkan penguasaan ilmu kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran ini
dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik agar ia lebih menarik ,mudah
difahami serta murid tidak berasa bosan dan jemu.
Selepas melaksanakan dua kali praktikum pelbagai perkara yang boleh dikongsi dan
dibincangkan bersama sama ada guru, murid , isi kandungan pelajaran dan persekitaran.
Semasa menjalankan pemerhatian, temu bual ,Ujian pra dan ujian post dijalankan, masih
terdapat beberapa murid tahun 2 Azam yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca Semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran, murid juga sering tidak dapat menyebut perkataan dan ayat dengan
betul . Sekiranya ini tidak diatasi kemungkinan ia akan mengalami masalah kelancaran dalam
membaca seterusnya akan gagal dalam ujian dan kehidupan seharian.
Oleh yang demikian kajian ini dibuat untuk menghuraikan mengapa pelajar tersebut gagal
menguasai kemahiran membaca.Kegagalan ini kemungkinan disebabkan beberapa faktor yang
mempengaruhinya.. Antaranya:
1.1. Murid
Latar belakang murid itu sendiri yang menyebabkan mereka gagal. Semasa sesi temu
bual responden kurang membaca, malah banyak bermain, pengaruh rakan sebaya dan
menonton televisyen. Responden juga kurang mendapat perhatian dari kalangan keluarga.
Responden takut kepada guru selepas ditegur kerana melakukan kesalahan.Semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan didapati murid-murid pada awalnya kurang
memberi kerjasama, merasa malu, takut dan sebagainya. Mereka agak berasa takut untuk
menjawab,ia lebih suka mendiamkan diri atau menggelengkan kepala apabila diajukan
soalan-soalan oleh guru.Keadaan ini berlaku semasa praktikum pertama,api berlaku
perubahan yang positif semasa sesi praktikum ke dua selepas murid diberi motivasi mengapa
mereka perlu belajar dan sama-sama berkongsi jawapan .
2
Melalui penerapan kaedah motivasi yang dijalankan telah dapat meningkatkan
kembali semangat dan penglibatan murid secara aktif untuk mengikuti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Murid berlumba-lumba untuk menjawab setiap soalan yang
dikemukakan walaupun kadang-kadang jawapan yang diberikan kurang tepat. Lebih 80%
penglibatan mereka secara aktif termasuklah responden kajian. Begitu juga didapati murid-
murid dapat melaksana dan menyiapkan kerja-kerja yang diberikan dengan cepat. Hadiah
motivasi yang berbentuk kata-kata pujian atau barangan dapat membantu murid menguasai
ilmu dan objektif pembelajaran pada hari tersebut tercapai.
1.2.Guru
Sebagai seorang guru, kita harus sedar akan tahap kebolehan murid di dalam kelas.
Tahap kebolehan mereka adalah berbeza dan tidak sama.Guru perlu mengambil berat akan
hal ini kerana ia boleh mempengaruhi objektif dan hasil pembelajaran. Selepas
melakasanakan beberapa penilaian melalui pemerhatian , temu bual , ujian pra dan ujian post
didapati responden memang mengalami masalah dalam pembelajaran. Penguasaan mereka
dalam bacaan amat kecil .Ini yang menyebabkan mereka agak ketinggalan. Oleh yang
demikian melalui kaedah motivasi yang dilakukan telah dapat meningkatkan keyakinan
murid terutama responden kajian.
Guru harus menerapkan kaedah motivasi kepada murid agar mereka menyemai
minat untuk mengikuti pengajaran yang akan disampaikan oleh gurunya. Sebelum
menerapkan kaedah motivasi didapati murid kurang berminat , tidak memberi tumpuan
sepenuhnya dan ada yang mengganggu rakan.
Selepas kaedah motivasi diguna pakai berlaku perubahan dalam sesi praktikum ke
dua, Murid mula memberi kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran. Motivasi
berbentuk puji-pujian seperti tahniah, baik, bagus,tahniah dan cemerlang, motivasi berbentuk
hadiah seperti belon, gula-gula, pensel perlu diterapkan agar murid dapat memberi kerjasama
, aktif serta sentiasa bersedia dalam pembelajarannya. Tindak balas dari murid adalah
diperlukan supaya pembelajaran dua hala berlaku, guru dan murid, murid dengan murid.
Guru membantu dan memberi bimbingan supaya murid dapat meningkatkan kualiti dan
kelancaran bacaan.Tindak balas ini yang dapat meningkatkan kefahaman dan kecemerlangan
murid.
1.3.Isi kandungan pelajaran
3
Apabila seseorang guru hendak melaksanakan pengajaran perkara utama yang perlu
difikirkan ialah isi kandungan pelajaran. Isi kandungan pelajaran ini yang akan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan baik. Apabila ada isi kandungan
pelajaran yang dipilih oleh seseorang guru itu dapat diolah dengan baik ,ini akan membantu
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, menarik,
menyeronokkan ,penglibatan murid yang aktif dan suasana pembelajaran yang positif.
Isi kandungan pelajaran juga perlu bertautan atau berkaitan antara satu sama lain.
Kesinambungan isi kandungan juga dapat menarik minat murid untuk mengetahui kesudahan
atau jawapannya.Murid akan terus aktif mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan.
1.4.Persekitaran
Persekitaran juga harus diambil kira. Ramai jiran yang tinggal berhampiran kurang
membaca, Kurang bahan bacaan dan leka menonton televisyen selalu keluar rumah dan
berkumpul atau melepak. Pesekitaran dalam kelas itu juga menyebabkan responden kurang
kemahiran membaca. Persekitaran yang kondusif dapat meningkatkan motivasi murid untuk
belajar. Sekiranya pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas, guru perlu
pastikan suasana kelas itu menarik, ceria, pencahayaan yang terang , bersih, susun atur kerusi
dan meja menarik dan sebagainya. Apabila ini dapat dilakukan oleh guru dengan kerjasama
murid ia akan membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran seterusnya objektif
pembelajaran tercapai.
Guru juga boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran di luar kelas bagi
mengelakkan kebosanan murid-murid. Guru boleh membawa murid belajar di taman sains,
pondok bacaan, pondok basikal , makmal computer dan lain-lain. Cara ini juga dapat
meningkatkan motivasi murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
2. ISU / FOKUS KAJIAN
2.1. Tema / Isu keperihatian kajian / Masalah
4
Kajian yang dijalankan bertemakan penguasaan kemahiran membaca. Dalam
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tiga kemahiran harus dikuasai oleh seseorang
murid iaitu
a. Kemahiran lisan
b. Kemahiran bacaan
c. Kemahiran tulisan.
Ketiga-tiga kemahiran ini perlu disampaikan dan dicapai oleh setiap murid. Jika
sebaliknya berlaku ini akan menjadikan murid tersebut gagal dan pengajaran guru juga
kurang baik. Guru perlu menggunakan kaedah dan teknik yang lain supaya kegagalan
tersebut dapat diatasi.
Ketiga-tiga kemahiran ini adalah berkaitan dan bergabung . Apabila murid dapat
menguasainya sudah pasti ianya merupakan salah seorang murid yang cemerlang.
Isu keperhatinan dalan kajian ialah masalah kemahiran membaca. Kemahiran
membaca tidak akan dapat dikuasai sekiranya murid belum menguasai kemahiran lisan .
Penguasaan kemahiran lisan seperti membunyikan huruf, suku kata ( baca , mata , kuku ,
sakit ) , perkataan, frasa atau ayat perlu diutamakan . Dengan ini barulah murid boleh
menguasai kemahiran bacaan.
Melalui pengalaman selepas menjalankan praktikum dikelas 2 azam didapati ada
murid yang masih lemah dalam kemahiran lisan, bacaan dan tulisan.Mereka ini juga terdiri
daripada kalangan murid-murid pemulihan.Melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan didapai murid tersebut
a. kurang memberi perhatian atau tumpuan terhadap penerangan yang dijalankan oleh
guru.
b.Masalah tulisan yang tidak kemas
c. Ada kesalahan ejaan.
d. Semasa membaca ayat mereka mengalami masalah membunyikan perkataan yang
mengandungi tiga atau empat suku kata seperti menembak, mengendong,
menjinjing atau menebas.
5
Masalah yang dihadapi oleh murid ini perlu di atasi. Selepas dikenalpasti masalah
yang dihadapi, murid tersebut telah diberi bimbingan, lebih perhatian dan diberi motivasi
serta kata-kata semangat kepadanya beberapa orang murid telah boleh membaca perkataan
dengan agak baik semasa sesi praktikum ke-dua berbanding praktikum yang pertama.
Apabila dilihat peningkat yang dicapai didapati kecemerlangan sememangnya
memerlukan motivasi yang tinggi.Murid tersebut sudah tentu memerlukan perhatian ,
motivasi dalaman yang lebih supaya mencapai kemajuan diri. Ditambah pula dengan kaedah
dan strategi pengajaran yang diselaraskan berkualiti oleh guru. Elemen ini akan dapat
memberi kesan yang begitu mendalam kepada pelajar. Rujuk dalam lampiran 1
Dalam jadual tersebut menjelaskan hasil perolehan dan dapatan ujian sebelum
responden diberi rangsangan dan motivasi semasa sesi praktikum pertama dijalankan ke atas
responden yang dikaji. Mereka diberi bahan dan diminta terus membaca bahan bacaan
tersebut. Didapati ramai dari kalangan responden yang masih belum menguasai kemahiran
membaca.
Selepas diberi motivasi , bimbingan dan perhatian yang lebih terhadap responden
didapati berlaku sedikit perubahan dari segi penguasaan pencapaian mereka seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 2 ujian pos di atas.Ini menunjukkan bahawa pelajar memerlukan
suntikan semangat dan motivasi sama ada dalam bentuk puji-pujian , belaian , kata-kata
semangat atau berbentuk ganjaran supaya mereka akan meningkatkan kemajuan pencapaian
dalam pelajaran dan sahsiah diri. Elemen ini akan dapat memberi kesan yang begitu
mendalam kepada pelajar. Rujuk dalam lampiran 2.
3. BILANGAN MURID YANG DIKAJI
Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, Kelas 2 Azam SK Seri Pasir seramai 25
orang adalah sasaran kajian. Sebelum menjalankan kajian tindakan pengkaji telah
memaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah tentang cadangan kajian ini.Di samping itu
segala maklumat pelajar akan dirahsiakan bagi member keselesaan kepada pelajar. Semasa
kajian dijalankan didapati seramai 8 orang murid gagal menguasai kemahiran membaca.
Mereka terdiri daripada 4 orang responden lelaki C,E,G dan H ( ditulis “ L” pada ruangan
jantina ) dan 4 orang responden perempuan A, B, D dan F ( ditulis “ P ” pada ruangan
jantina ) .
BIL RESPONDEN JANTINA ( L / P )
6
1 A P
2 B P
3 C L
4 D P
5 E L
6 F P
7 G L
8 H L
Melalui soal selidik yang dijalankan didapati responden kajian adalah dari kalangan
mereka yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza.Walaupun responden terdiri dari
kalangan bangsa melayu dan umur yang sama tetapi latar belakang diri, keluarga, tahap
kekuatan minda,kemahiran dan sosio ekonomi keluarga juga berlainan di antara mereka. Ini
didapati selepas soal selidik yang dijalankan terhadap responden seperti dalam jadual .
Rujuk lampiran 3
4. INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kajian yang dihasilkan memerlukan dapatan yang diperolehi melalui soal selidik yang
diberikan kepada sampel kajian iaitu murid tahun 2 Azam SK Seri Pasir. Semua responden yang
dipilih berumur 8 tahun . Kebenaran dari guru besar telah diberikan untuk menjalankan kajian
ini.Semua responden yang dipilih berumur 8 tahun dan telah dipilih secara rawak di setiap kelas.
Pengkaji telah berjumpa dengan Guru Besar tersebut untuk meminta kebenaran bagi menjalankan
kajian ini serta komitmen dari guru-guru juga baik.
Kaedah Motivasi yang dijalankan merupakan salah satu kaedah yang boleh
merangsangkan kehendak seseorang melakukan sesuatu untuk menguasai sesuatu kemahiran
dan seterusnya mencapai kejayaan yang dicita-citakan.
Kaedah motivasi boleh dilaksanakan melalui teknik soal selidik, pemerhatian, temu
bual, ujian pra dn ujian pos.
4.1.Soal selidik
Ujian pra dan ujian pos telah dijalankan . Selepas itu pengkaji mengedarkan borang
soal selidik kepada responden dengan bimbingan dan bantuan guru kelas. Kaedah ini
dilaksanakan bagi melihat jika terdapat pengaruh dan faktor lain yang membantu
7
meningkatkan kemahiran dan minat membaca dikalangan mereka.Responden hanya perlu
menjawab “ YA ” atau “ TIDAK ” dalam borang setelah guru menyoalnya. Jawapan tersebut
akan dianalisis dalam bentuk peratus bagi mengukuhkan lagi persoalan kajian.
Dapatan analisis penguasaan kemahiran membaca dapat membantu mengukuhkan
persoalan kedua “ adakah kaedah motivasi boleh membantu pelajar meningkatkan kemahiran
membaca ”. Ini menunjukkan bahawa selain gambarajah, visual tayangan slaid daripada
komputer dan lain-lain dapat menarik minat responden membaca perlu digunakan semasa
mengajar dan disokong dengan bimbingan dan perhatian secara berterusan.Rujuk Lampiran 4
4.2. Kaedah pemerhatian
Pemerhatian juga merupakan antara kaedah yang boleh digunapakai untuk
mendapatkan maklumat responden. Melalui pemerhatian pengkaji akan dapat memilih
strategi dan teknik pengajaran untuk membantu meningkatkan perubahan tingkahlaku
responden dan seterusnya mengambil bahagian semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Rujuk Lampiran 5
5.KEBAIKAN DAN KEKURANGAN INOVASI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
5.1. Kebaikan
Semasa inovasi pengajaran dijalankan terdapat pelbagai gangguan proses pengajaran
dan pembelajaran yang dilakukan oleh murid.Namun demikian ia dapat dikawal apabila
pengkaji menyelami masalah, latar belakang murid dan memberi motivasi kepada murid-
murid tersebut terutamanya responden yang dikaji.
Pengajaran yang berkesan juga memerlukan beberapa kemahiran yang harus dikuasai
oleh seseorang guru sebelum da semasa menjalankan pengajaran. Kemahiran pengajaran
yang harus dikuasai, seperti kemahiran merancang pengajaran, mengendalikan pengajaran
dan perbincangan,menyoal dan lain-lain.
Disamping mempunyai pelbagai kemahiran dalam pengajaran guru harus memberi
motivasi sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang murid dan dapat mengurangkan
kegagalan. Selain itu ia akan melahirkan murid yang bermotivasi dan bersemangat untuk
8
mengikuti pengajaran seterusnya meningkatkan daya pemahaman terhadap sesuatu topik
pengajaran.
Menurut Kamarudin Hj. Husin ( 1993 ), semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting dan membolehkan murid-murid
melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung
dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan.
Semasa pengajaran dijalankan dan apabila guru mengambil berat terhadap diri dan
masalah mereka, ini akan membuatkan pelajar akan memberi tindakbalas yang
positif.Memahami masalah mereka adalah lebih baik daripada menghukum. Dengan cara ini
wujud kemesraan antara guru dan murid seterusnya saling berangungjawab.
Semasa inovasi pengajaran dan pembelajaran dijalankan pengajaran apabila murid
mempunyai motivasi yang tinggi akan mewujudkan keghairahan untuk belajar dan tidak
bergantung kepada pengajaran guru tetapi berusaha menambah pengetahuan sedia ada.
Selain itu, terdapat juga kebaikan yang wujud iaitu melahirkan semangat kerjasama
antara murid semasa melakukan aktiviti berkumpulan dijalankan.Mereka akan meluahkan
idea dan pendapat bagi menjayakan projek yang dijalankan.
5.2. Kekurangan
Walaubagaimanapun terdapat juga kekurangan semasa inovasi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.antaranya ialah pada mulanya agak sukar untuk mengawal kelas
kerana murid di dalam kelas tersebut mempunyai pelbagai masalah dan latar belakang.
Pengkaji perlu mengambil masa untuk membuat penyelidikan tentang masalah, latar
belakang murid sebelum merancang kaedah yang perlu diteapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Pada mulanya, agar sukar untuk mengawal kelas kerana murid lebih banyak bermain,
bising , kurang memberikan tumpuan dan tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru
terutama guru perempuan.Ini memjadikan pengkaji perlu mendampingi mereka dan memberi
bimbingan bagi menyelesaikan tugasannya.
Pengkaji juga perlu memikirkan pelbagai teknik dan kemahiran pengajaran bagi
meningkatkan kefahaman murid terutama responden. Guru perlu menerap dan mengulang
9
semula teknik mengenal, mengeja dan membunyikan suku kata , frasa , perkataan dan
seterusnya ayat pendek.
Pengkaji perlu mempunyai sifat sabar dan tidak beremosi semasa menjalankan
tugasan bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara buruk yang tidak diinginkan. antara
Pengkaji perlu mempunyai kemahiran menyoal dan tujuan menyoal dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah untuk mencungkil idea, membina kemahiran berfikir, menarik perhatian murid
dan juga untuk menilai kefahaman murid.Sebelum itu, Namun sebelum menyoal , guru juga harus
memahami konsep penyoalan yang dapat menarik minat murid mengikutnya.
Motivasi luaran ( ekstrinsik ) seperti memberi ganjaran yang jelas dan nyata berbentuk
markah, gred , agregat, penghargaan , pujian persaingan dan sebagainya menjadi kurang berkesan
apabila matlamat penggunaannya mungkin disalah tafsir oleh pelajar.
6.RUMUSAN
Secara keseluruhannya, saya berpendapat, pengajaran dan pembelajaran ini
berjaya.Apa yang menarik perhatian saya ialah, berjaya mengaitkan langkah pengajaran
dengan berkesan. Sebagai kesimpulannya, kaedah motivasi merupakan medan yang terbaik
untuk setiap pelajar mendisiplinkan diri dan menjadi insan yang cemerlang. Bermula dengan
pengenalan menayangkan gambar, benda sedia ada dalam kelas dan luar kelas. Meminta
murid menyebut benda-benda tersebut. Seterusnya meminta murid-murid menulis perkataan
di kertas yang disediakan dan menunjukkan hasil tulisan masing-masing. Murid yang berjaya
diberi pujian manakala murid yang kurang berjaya dan melakukan kesilapan diberi
rangsangan, dorongan bimbingan dan motivasi supaya mereka tidak rasa tersisih. Bimbingan
dari guru amat dititikberatkan supaya murid akan terus memberi kerjasama dan akhirnya akan
dapat menguasai kemahiran yang disampaikan dalam pengajaran tersebut Bagaimanapun
motivasi ektrinsik yang berbentuk sederhana seperti memberi pujian dan penghargaan tetap
berkesan kerana ianya boleh memberi dorongan dan peneguhan positif yang
memberangsangkan pelajar.
7. RUJUKAN
Mok Song Sang. (2011). Nota Intisari Pendidikan Psikologi Pendidikan. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
10
Murugiah Velayutham.(1996). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan.
Kumpulan BudimanSdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Dr. David, L et. al. (2011). OUMM2503: Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan.
Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
http://noormalashahar.com/kepentingan-motivasi/
http://khirkassim.blogspot.com/2013/11/penulisan-esei-tidak-berformat-isu.html
LAMPIRAN AKTIVITI
Lampiran 1
Jadual Ujian Pos 1 Yang Dijalankan.
Bil Perkataan Senarai nama murid
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8
1 Bola / / / / / / / /
2 Makan / / / x / / / /
3 Pelamin x / x x / x / x
4 Menembak x x x x x / x x
5 Mengendong x x x x x x x x
6 Kereta sorong / / / / x x / /
11
7 Jambatan gantung x x x x x x / x
8 Harimau menerkam
kerbau
x x / x x x x x
9 Salmah menjinjing bag
sekolah
/ x x x x x x x
10 Harun menebas rumput di
belakang rumahnya
x / x x x / x x
Jumlah perkataan yang
boleh dibaca mengikut
kebolehan
4 5 4 2 3 4 5 3
( Di berikan kepada pelajar yang berjaya )
Petunjuk : ( / ) boleh membaca -
( X ) tidak boleh membaca , kesalahan bunyi atau lain-lain.
Lampiran 2
Jadual 2. Ujian Pos 2 Yang Dijalankan.
Bil Perkataan Senarai nama murid
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8
1 Bola / / / / / / / /
2 Makan / / / / / / / /
3 Pelamin / / / / / / / /
4 Menembak / / x / / / / /
5 Mengendong x x x x x x x x
6 Kereta sorong / / / / / x / /
7 Jambatan gantung / / x / x / / x
12
8 Harimau menerkam
kerbau
x x / x x / x x
9 Salmah menjinjing bag
sekolah
/ x / / x / x x
10 Harun menebas rumput di
belakang rumahnya
x / x / x / x x
Jumlah perkataan yang
boleh dibaca mengikut
kebolehan
7 7 6 8 5 8 6 5
( Di berikan kepada pelajar yang berjaya )
Petunjuk : ( / ) boleh membaca -
( X ) tidak boleh membaca , kesalahan bunyi atau lain-lain.
Lampiran 3
Jadual 3. Dapatan Soal Selidik Responden
Bil Item Soal selidik dan jumlah
1 Umur 7 tahun 8 tahun 8 9 tahun
2 Jantina Lelaki 4 Perempua
n
4
3 Bangsa Melayu 8 Cina India Lain
4 Bil adik-beradik Kurang
3
3 Lebih 3
orang
5
5 Tempat tinggal Luar
bandar
8 Bandar
6 Kenderaan ke
sekolah
Basikal 1 Motosikal 4 Kereta 3 Lain
13
7 Jarak ke sekolah Kurang 1
km
Lebih 1
km
8
8 Ayah bekerja Ya 8 Tidak
9 Ibu bekerja Ya 5 Tidak 3
10 Jenis kerja Sendiri 4 Kerajaan Swasta 4
11 Pendapatan RM300 RM500 RM700 3 Lebih
RM
1000
5
12 Tinggal bersama
ibubapa
“ Ya ” 8 “ Tidak ”
13 Tinggal di
rumah
sendiri 6 Sewa 2
Jadual 1.3. Borang soal selidik
Nama : Pelajar A / B / C / D / E / F / G / H
Tandakan / pada kenyataan yang sesuai
1. Umur - 7 tahun 8 tahun 9 tahun
2. Jantina - Lelaki Perempuan
3. Bangsa - Melayu Cina India Lain-lain
4. Bilangan adik beradik - kurang 3 orang lebih 3 orang
5. Tempat tinggal - Luar bandar bandar
6. Kenderaan ke sekolah - basikal motosikal kereta
7. Jarak ke sekolah - kurang 1 km lebih 1 km
14
8. Ayah bekerja - ya tidak
9. Ibu bekerja - ya tidak
10. Pekerjaan ibu / bapa / penjaga - kerajaan swasta sendiri
11. Pendapatan ibu / bapa / penjaga - kurang RM300 kurang RM500
kurang RM700 kurang RM1000
12. Tinggal bersama keluarga - Ya Tidak
13. Tinggal di rumah - sendiri sewa
Lampiran 4
Jadual Soal Selidik Kaedah Motivasi Dalam Kemahiran Membaca
“ Ya ” atau “ TIDAK”
Bil Item
Soal
selidik
Hasil Pemerhatian Tehadap Responden
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8
1 Boleh mengeja
dengan tepat /
betul perkataan
yang ditunjuk
guru
YA / / / / / /
TIDAK X X
2 Boleh membaca
rangkai kata /ayat
YA / / /
15
pendek tanpa
bimbingan guru
TIDAK X X X X X
3 Boleh membaca
rangkai kata / ayat
yang dipaparkan
YA / / /
TIDAK X X X X X
X Boleh membaca
jika dibantu
dengan ABM
YA / / /
TIDAK X X X X X
5 Guru pamer hasil
kerja murid yang
menunjukkan
penguasaan
kemahiran saya
YA
/ / / / / / / /
TIDAK
Lampiran 5
Jadual Pemerhatian Responden
Bil Item
Hasil
Pemerhatian
Hasil Pemerhatian Tehadap Responden
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8
1
Reaksi
Semasa guru
masuk
Senyap / / /
Berbual / /
Bising / /
Kacau kawan
/berjalan
/
2
Tingkahlaku
semasa guru
Bising / / / / /
Diam /
16
mengajar Bermain / /
3
Tumpuan
semasa
Pengajaran dan
pengajaran
Tidak beri
tumpuan
/ /
Kurang beri
tumpuan
/ / /
Beri tumpuan / / /
4
Reaksi apabila
diminta
membaca
Suara
perlahan
/ / /
Tidak mahu
membaca
/ /
Mencuba / / /
5
Reaksi bila
dipuji
Tiaa respon / /
Suka /gembira / / / / / /
17