Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    1/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 1

    Melaka Learning Centre, Open University Malaysia,

    No. 2.2-1, 2-2, Jalan KPA A3, Kompleks Perniagaan al Azim,

    75150 Bandar Bukit Baru, Melaka, Malaysia.

    MASTER OF ISLAMIC STUDIES 2013

    ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN TAFSIR

    AMST5103

    PUSPA BINTI ADAM

    [email protected]

    012-6936320

    NAMA PENSYARAH

    EN. ABD. AZIZ BIN ABDULLAH

    TAJUK :

    ANALI SA GOLONGAN TI DAK MENYERTAI PEPERANGAN DI DALAM SURAH

    TAUBAH

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    2/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 2

    PENGHARGAAN

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

    Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan

    hidayah dalam menyiapkan tugasan bertajuk Analisa golongan tidak menyertai peperangan di

    dalam Surah Taubah pada kali ini.

    Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami

    serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan

    dan pembelajaran saya di OUM Melaka ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM

    semester Mei 2013 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang

    baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.

    Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada

    pensyarah yang di hormati, En. Abd. Aziz bin Abdullah kerana telah memberi panduan dan

    tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa

    tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini.

    Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.

    Wallahu a'lam.

    Sekian , terima kasih.

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    3/23

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    4/23

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    5/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 5

    Farwah bin Amru Al-Jazami merupakan salah seorang ketua yang dilantik oleh Rom bagi

    kawasan Maan telah dibunuh dengan disalib di dalam air apabila Rom mengetahui dia telah

    memeluk agama Islam dan merupakan wakil kepada Muhammad S.A.W di dalam mengerjakan

    dakwah Islamiah di sana. Apabila Rasulullah S.A.W mengetahui tentang pembunuhan yang

    kejam ini maka baginda tanpa bertangguh terus mengumpul bala tentera untuk keluar berperang

    di Tabuk ( Ar Raheeq al Makhtum,2009 ).

    Tentera Rom telah menjadikan Balqa kubu bagi menahan kemaraan Islam dan

    dakwahnya yang suci. Apabila mengetahui tentera Islam akan menyerang mereka maka di bawah

    pimpinan panglima tenteranya iaituHarcules telah mengumpulkan tentera Rom di Tabuk. Rom

    agak risau dengan kemaraan itu terutamanya selepas mereka tewas dalam peperangan Mutah.

    Mereka melihat kemaraan ini akan menyebabkan tanah jajahan dan kawasan yang telah dikuasaioleh mereka akan tergugat, begitu juga dengan pekerja, perniagaan serta penyebaran agama

    Kristian akan terbantut. Memang benarlah janji Allah yang manaNurullah akan terus terang dan

    akan menghilangkan segala jahiliah dan kekufuran yang melata sebelum datangnya Islam.

    Panggilan jihad kali ini agak berlainan dengan peperangan sebelum ini kerana Rasulullah

    S.A.W. telah mengerahkan para tentera Islam untuk keluar berjihad dalam meninggikan

    Kalamullah yang suci dengan menjelaskan kepada tentera tujuan tersebut secara terang-terangan.

    Penjelasan ini adalah disebabkab keadaan pada masa itu agak panas dan banyakmasyaqqah yang

    berlaku. Rasulullah S.A.W telah mengarahkan agar tentera Islam bersiap sedia dengan segala

    kelengkapan yang ada. Rasulullah S.A.W juga mengarahkan agar para muslimin yang

    mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan harta mereka untuk tujuan berjihad di jalan Allah

    agar bersedekah sekadar yang termampu. Antara para sahabat yang menyahut seruan itu ialah

    Abu Bakar yang memberi kesemua harta beliau, Umar yang memberi setengah daripada harta

    beliau, begitu juga dengan Uthman dan Abdul Rahman Al-Auf serta ramai lagi sahabat yang

    lain yang turut berbuat demikian.

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    6/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 6

    2.2 SUASANA PERANG TABUK

    Kedudukan Tabuk yang berada di utara madinah serta kepanasan yang mengancam pada

    bulan tersebut menyebabkan sahabat yang lemah imannya merasa susah untuk berperang.

    Tindakan para sahabat yang lemah imannya itu telah diberi peringatan keras oleh Allah :

    Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu,

    Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di

    tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?

    Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah

    sedikit.Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa

    yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi

    kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

    ( at Taubah 9 : 3839 )

    Terdapat sebahagian sahabat yang lemah imannya, lebih-lebih lagi keadaan ketika itu

    sangat panas untuk berperang. Namun keadaan itu tidak mengkafirkan mereka kerana Allah

    S.W.T. sendiri telah memanggil pada awalnya dengan Hai orang-orang yang beriman.

    Kemudian terbukti akhirnya mereka turut serta bersama-sama nabi ke medan Tabuk dan Allah

    telah mengampunkan mereka. Bahkan Allah S.W.T. telah mengampunkan mereka semua dengan

    firmanNya :

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    7/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 7

    Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang muhajirin dan

    orang-orang ansar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari

    mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah

    Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka.

    ( at Taubah 9 : 117 )

    3.0 GOLONGAN YANG TIDAK MENYERTAI PERANG TABUK

    Sebelum keluar ke medan Tabuk Rasululllah S.A.W. telah berhadapan dengan beberapa

    golongan iaitu :

    3.1 Al Bakaun

    Golongan yang menangis kerana tiada kelengkapan terutama tunggangan untuk turut

    sama ke Tabuk. Mereka terdiri daripada tujuh orang daripada golongan ansar dan Bani Amru

    bin Auf. Diriwayatkan melalui Jarar al Aufi dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah S.A.W.

    memerintahkan orang-orang untuk berangkat berperang bersama baginda. Lalu datanglah

    sejumlah sahabat antaranya Abdullah bin Maqil al Mazani yang berkata wahai Rasulullah ,

    bawalah kami , Baginda menjawab : Demi Allah , aku tidak mempunyai binatang tunggangan

    untuk membawa kalian. Mereka pun terpaksa pergi sambil menangis. Mereka berduka kerana

    tidak boleh ikut berjihad kerana tidak punya bekalan dan kenderaan. Nama nama mereka

    disebut dalam al Mubhamaat (Jalaluddin As-Sayuthi, 2011). Allah berfirman :

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    8/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 8

    Maksudnya : Dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang

    kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: "Aku tidak

    memperoleh kenderaan untuk membawamu." lalu mereka kembali, sedang mata mereka

    bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akanmereka nafkahkan.

    3.2 Golongan yang uzur

    Golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah S.A.W daripada turut serta dalam

    peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah S.W.T kerana mereka cukup dengan

    kelengkapan tetapi takut dan malas untuk berbuat demikian demi kepentingan peribadi. Mereka

    terdiri daripada 82 orang dari Bani Ghafar. Sikap mereka dinukilkan di dalam al Quran melalui

    ayat 90 surah at Taubah yang mana Allah berfirman :

    Maksudnya :Dan datang (kepada Nabi) orang-orang yang mengemukakan 'uzur, yaitu orang-

    orang Arab Badwi agar diberi izin bagi mereka (untuk tidak berjihad), sedang orang-orang

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    9/23

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    10/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 10

    Maksudnya : Dan jika mereka mau berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk

    keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, Maka Allah melemahkan

    keinginan mereka. dan dikatakan kepada mereka: "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang

    tinggal itu.

    ( al Taubah 9 : 46 )

    Maksudnya : Orang-orang yang ditinggalkan (Tidak ikut perang) itu, merasa gembira dengan

    tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan

    jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: "Janganlah kamu berangkat (pergiberperang) dalam panas terik ini". Katakanlah: "Api neraka Jahannam itu lebih sangat

    panas(nya)" jika mereka Mengetahui.

    ( al Taubah 9 : 81 )

    Golongan kedua pula akan memecahkan kesatuan di dalam tentera Islam yang bertujuan

    mengkhianati Rasulullah S.A.W. Perancangan jahat mereka di rakam di dalam al Quran ,

    firmanNya :

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    11/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 11

    Maksudnya : Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang

    mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya

    mereka Telah kafir kepada Allah dan rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.

    ( al Taubah 9 : 84 )

    Golongan ketiga pula mereka yang menunggu Rasulullah S.A.W. untuk merasmikan

    masjid yang dikenali Masjid Dhirar yang mana bertujuan untuk bermegah-megah,

    memecahbelahkan para muslimin. Asas yang membawa kepada kekufuran dan pengkhianatan

    kepada Islam. Rasulullah S.A.W. pada mulanya ingin solat di masjid ini tetapi setelah turunnya

    wahyu agar Rasulullah S.A.W menghancurkan dan merobohkan masjid ini sebagaimana

    firmanNya :

    Maksudnya : Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. sesungguh-

    nya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih

    patut kamu solat di dalamnya. di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin

    membersihkan diri. dan Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.

    ( al Taubah 9 : 108 )

    Peristiwa ini memberi peringatan dan amaran agar tidak menggunakan nama Islam untuk

    mengaburi kesesatan yang dilakukan. Jika masjid yang merupakan kesatuan dan kehebatan Islam

    dirobohkan kerana tidak didirikan atas asas taqwa maka kesatuan atau sistem yang bersembunyi

    atas nama Islam lebih layak ditentang.

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    12/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 12

    3.4 3 orang sahabat daripada kalangan ansar.

    Golongan mukhallafun iaitu golongan yang berkhilaf dengan Rasulullah SAW, iaitu

    golongan yang mencicirkan diri dengan sengaja tidak menyertai peperangan Tabuk bersama-

    sama baginda. Tiga orang sahabat tersebut adalah Kaab bin Malik , Murarah bin Ar Rabi dan

    Hilal bin Umaiyah. Kisah tiga orang yang tidak pergi berjihad kerana mengutamakan kerehatan,

    tidak mahu berpanas dan lebih suka tinggal di rumah, padahal mereka adalah orang-orang

    mukmin yang jujur.

    4.0 ANALISA SEBAB-SEBAB TIDAK MENYERTAI PEPERANGAN

    Peperangan Tabuk ini memaparkan satu suasana yang istimewa yang merupakan ujian

    yang pahit daripada Allah S.W.T. hingga dengannya menunjukkan perbezaan yang ketara di

    antara golongan mukminun dan yang lain. FirmanNya:

    Maksudnya: Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang yang beriman dalam keadaan yang

    kamu ada sekarang (bercampur aduk mu min dan munafik, bahkan la tetap menguji kamu)

    sehingga la memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman).

    (al-Imran 3 : 179)

    Kesemua orang Islam yang benar-benar mengakui dirinya sebagai individu mukmin yang

    sejati, telah segera keluar menyertai saf tentera Islam, malah orang yang menarik diri telah

    dianggap sebagai tanda nifaq dan taqiyyah. Sesiapa yang menarik diri kemudian dilaporkan

    kepada Rasulullah S.a.W. maka Baginda berkata: Biarkan dia, sekiranya pada beliau itu masih

    terdapat kebaikan insyaAllah beliau akan menyertai kita nanti, dan sekiranya tidak, maka Allah

    telah menjauhkan mereka daripada kita, tidak akan menarik diri kecuali orang yang

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    13/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 13

    berkeuzuran, atau orang yang mendustai Allah dan RasulNya, mereka itu dari golongan

    munafiqin, mereka itu telah menarik diri setelah memberi alasan palsu untuk membolehkan

    mereka tidak turut serta, atau pun mereka itu ialah golongan yang menarik diri tanpa membuat

    sebarang permintaanpun.

    Sekembalinya Rasulullah ke Madinah, baginda terus memasuki masjid, baginda

    bersembahyang dua rakaat, setelah itu baginda duduk menghadapi orang ramai. Adapun

    golongan al-Munafiqin seramai lebih daripada 80 orang, telah datang menemui Rasulullah

    S.A.W., baginda pun menerima pengakuan zahir mereka itu, menerima baiah mereka,

    memaafkan mereka dan seterusnya baginda menyerah urusan hati dalaman mereka kepada Allah

    ( Nik Abdul Aziz Nik Mat, 2009 ).

    Manakala tiga orang mukmin yang sejati yang tidak menyertai peperangan, iaitu Kaab

    bin Malik, Mararah bin al-Rabi dan Hilal bin Umaiyah bertegas menyatakan hakikat yang

    sebenarnya. Mereka mengakui kesilapan itu dengan tidak mengemukakan apa-apa alasan apabila

    disoal oleh Rasul sekembalinya tentera dari kempen itu dan hanya mengaku bersalah dengan

    jujur . Rasulullah S.A.W. telah memerintah semua para sahabat supaya tidak bertegur sapa

    dengan mereka bertiga dan berlakulah satu pemulauan yang hebat terhadap tiga orang sahabat

    ini.

    Dalam tempoh pemulauan yang tidak diketahui hujungnya itu, Kaab dan dua orang

    sahabat lagi menanggung beban dugaan yang sungguh besar. Antaranya:

    Orang-orang mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dengan mereka, hattamenjawab salam sekalipun.

    Isteri-isteri mereka diasingkan daripada mereka bermula malam yang ke-40. Raja Ghassan cuba untuk menghasut Kaab menyertai mereka serta dijanjikan dengan

    habuan jika meninggalkan barisan saf muslim.

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    14/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 14

    Cubaan untuk kekal dalam iman walaupun dihukum untuk tempoh yang tidak pasti(boleh jadi dipulau sehingga akhir hayat mereka)

    Semua kaum muslimin menunjukkan perubahan sikap yang mendadak, terasa bagi

    mereka bagaikan bumi ini menolak kehadiran mereka, bumi yang luas ini terasa sempit, nafas

    mereka pun terasa sesak, suasana lebih memuncak lagi setelah berlalunya empat puluh hari.

    Mereka diperintah supaya mengasingkan diri daripada isteri-isteri mereka, hingga apabila Allah

    S.W.T. menurunkan firmanNya:

    Maksudnya : Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan penerimaan taubat. Hingga

    apabila bumi menjadi sempit bagi mereka, pada hal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah

    sempit pula terasa oleh mereka. Dan mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari

    dari siksaan Allah, melainkan kepadaNya sahaja, kemudian Allah menerima taubat mereka agar

    mereka tetap dalam taubatnya, sesungguhnya Allahlah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha

    Penyayang.

    (al-Taubah 9 : 118)

    Dengan itu maka seluruh kaum muslimin bergembira dan yang paling bergembira ialah

    tiga orang yang dihukumkan oleh Allah dan RasulNya itu, kegembiraan yang tidak terperi,

    masing-masing mengucap tahniah dan mengucap selamat berbahagia, masing-masing memberi

    hadiah dan bersedekah, hari itu adalah saat yang paling berbahagia di dalam hayat mereka.

    Adapun golongan yang berkeuzuran yang terpaksa duduk di Madinah telah disebut oleh

    Allah di dalam firmanNya:

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    15/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 15

    Maksudnya: Tiada dosa ke atas orang-orang yang lemah, atas orang-orang yang sakit dan

    atas orang yang tidak memperolehi sesuatu yang akan mereka belanjakan, apabila mereka

    berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya .

    (al-Taubah 9 : 91 )

    Kepada mereka ini Rasulullah S.A.W menyifatkan mereka sebagai berkata:

    Sesungguhnya terdapat di Madinah sebilangan lelaki yang tetap berserta kamu di mana-mana

    perjalanan dan di mana-mana lembah yang kamu rentasi, mereka di penjara oleh keuzuran

    namun mereka tetap dianggap bersama-sama kamu Tanya para sahabat: Wahai Rasulullah,

    apakah mereka yang dimaksudkan sedang berada di Madinah?. Jawab Baginda: Ya mereka

    berada diMadinah.

    5.0 PENGAJARAN

    Pengajaran dan pedoman yang boleh diambil daripada sikap golongan yang tidak

    menyertai peperangan di dalam surah at Taubah ini ialah:

    Pertama:

    Seruan Rasulullah S.A.W. agar bersiap sedia untuk berperang dibuat ketika waktu susah,

    panas dan musim buah-buahan dipetik. Orang-orang beriman yang jujur dan segera menyahut

    seruan Rasulullah S.A.W tersebut tanpa mempedulikan kesusahan mahupun kemiskinan. Orang-

    orang munafik pula menarik diri. Mereka mengemukakan pelbagai alasan. Demikianlah, hakikat

    orang-orang yang ikhlas dan orang-orang munafik akan jelas terserlah pada waktu-waktu

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    16/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 16

    genting. Mereka yang berlagak akan terbongkar pekungnya pada waktu dugaan. Allah Taala

    telah berfirman:

    Maksudnya : Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan

    dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,

    maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang

    sebenarsebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orangorang yang

    berdusta.

    (Al-Ankabut 29 : 1-3)

    Dakwah dan bangsa hanya tertegak dan bangkit melalui pembersihan saf-safnya daripada

    golongan munafik dan penipu. Hanya orang yang mempunyai keazaman yang benar, niat yang

    ikhlas dan prinsip yang kukuh akan tetap teguh menghadapi kesusahan. Terdapat ramai orang

    yang lemah iman dan para penipu menghalang perjalanan dakwah islah dalam umat. Mereka

    berusaha menyekat Islam daripada meraih atau melambatkan kemenangan walau seketika.

    Angkatan tentera Islam dalam perang Tabuk telah menyingkirkan mereka yang seumpama ini.

    Pekung mereka terbongkar. kelemahan iman dan kerapuhan azam mereka terserlah. Satu

    angkatan tentera yang mempunyai saf yang tersusun, bersatu padu, iman yang kukuh dan setia

    kepada janji lebih berfaedah kepada umat walaupun bilangan mereka kecil. Mereka lebih hampir

    kepada kemenangan berbanding dengan tentera yang bilangannya besar tetapi berbeza gagasan,

    kemampuan dan keteguhan. Firman Allah S.W.T. :

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    17/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 17

    Maksudnya : Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya

    menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama

    orang-orang yang sabar.

    (Al-Baqarah 2 : 249)

    Kedua :

    Terdapat mereka yang datang menemui Rasulullah S.A.W., meminta keizinan Baginda

    untuk berperang tetapi terpaksa ditolak kerana Baginda tidak memperolehi tunggangan yang

    boleh membawa mereka. Mereka telah beredar dengan linangan air mata kerana sedih

    disebabkan terhalang daripada memperolehi kemuliaan berjihad bersama Rasulullah S.A.W.

    Peristiwa yang diceritakan oleh Allah S.W.T. dalam kitab-Nya ini merupakan contoh paling

    indah tentang kehebatan iman mencipta perkara yang luar biasa. Kebiasaan manusia akangembira apabila dia terselamat daripada bahaya dan jauh daripada peperangan.

    Namun orang-orang mukmin yang jujur ini menangis. Mereka menganggap diri mereka

    telah terlepas daripada memperolehi habuan pahala Allah yang besar dan peluang mencapai mati

    syahid di jalan-Nya.

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    18/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 18

    Ketiga :

    Kisah tiga orang yang tidak pergi berjihad kerana mengutamakan kerehatan, tidak mahu

    berpanas dan lebih suka tinggal di rumah, padahal mereka adalah orang-orang mukmin yang

    jujur, mengandungi pengajaran yang banyak. Selepas beberapa ketika, iman dalam jiwa mereka

    tersedar. Lantas mereka mengetahui bahawa mereka telah melakukan dosa yang besar kerana

    tidak turut serta bersama Rasulullah S.A.W. dan orang-orang mukmin. Namun begitu, keinsafan

    ini tidak menyebabkan mereka terlepas daripada hukuman. Hukuman mereka cukup keras dan

    membuatkan mereka serik. Seluruh masyarakat memboikot mereka. Orang ramai hinggakan

    isteri-isteri mereka dilarang bercakap dan berbicara dengan mereka. Setelah terbukti kejujuran

    taubat, penyesalan, kesedihan dan dukacita mereka, Allah S.W.T. mengurniakan keampunan

    kepada mereka. Apabila mereka diberitahu tentang dikhabar berita tersebut, mereka gembira

    tidak terhingga. Sesetengah mereka menyedekahkan harta dan pakaian mereka sebagai tanda

    kesyukuran kepada Allah S.W.T. di atas nikmat keredhaan dan keampunan-Nya.

    Pengajaran sebegini menghalang mukmin yang jujur keimanannya daripada cuai dalam

    kerja-kerja yang wajib. Dia tidak akan rela berehat sedangkan orang ramai berpenat lelah.

    Apatah lagi bersenang lenang sedangkan orang ramai bersusah payah. Inilah tabiat iman; kamu

    sentiasa merasakan bahawa kamu merupakan ahli dalam satu kumpulan atau sebahagian

    daripada keseluruhan bahagian. la juga menyebabkan kamu merasakan apa yang menimpa

    kumpulan turut menimpa kamu. Begitu juga, apa yang berfaedah kepada mereka, turut

    berfaedah kepada kamu. Kesenangan tiada erti jika umat dalam kesusahan dan penderitaan.

    Rehat tiada lazatnya sekiranya orang lain penat dan letih. Kamu juga merasakan sikap

    meninggalkan kewajipan merupakan satu tanda kekurangan iman dan kecacatan agama.

    Kisah ini juga memberi pengajaran kepada kita, bahawa akidah mengatasi hubungan

    kerabat. Begitu juga, perlaksanaan sistem yang diakui syarak didahulukan daripada mematuhi

    hawa nafsu dan emosi. Hubungan kerabat pula tidak dapat membantu apa-apa di hadapan

    kemarahan dan kemurkaan Allah S.W.T. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari

    perintahnya beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab

    seksa yang tidak terperi sakitnya.

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    19/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 19

    Keempat :

    Beberapa sifat yang boleh dijadikan pengajaran, antaranya ;

    Bertangguh itu bahayaJangan amalkan sikap bertangguh, kerana itulah kesilapan Kaab dan 2 orang sahabat.

    Mereka berkemampuan tetapi sentiasa bertangguh untuk bersiap hingga semuanya sudah

    terlambat. Usahakan untuk terus lakukan perkara yang mampu dilakukan terutamanya

    dalam bidang dakwah seperti berjumpa madu, menyiapkan bahan atau merencana

    program.

    Berwaspada dengan kecenderungan memberi alasanAllah telah membuka pekung para munafiqin yang memberi alasan untuk tidak menyertai

    perang Tabuk walaupun mereka sangka telah terlepas apabila Rasulullah S.A.W.

    menerima alasan-alasan itu. Para duat hendaklah mempunyai azam kuat dan kukuh

    untuk bertahan walaupun membuat silap. Kesilapan berlaku sesekali dan jalan keluar

    ialah dengan bertaubat, bukan dengan memberi alasan.

    Kepentingan berkata benar

    Ditekankan juga tentang kepentingan berkata benar kepada diri sendiri dan kepada

    pemimpin. Jawab Rasulullah S.A.W. setelah Kaab dan 2 sahabat mengakui kesilapan

    mereka tanpa cuba memberi alasan: Inilah dia orang yang jujur. Secara tidak langsung

    Rasul menempelak para munafiqin yang cuba membodohkan Rasululullah S.A.W.

    dengan alasan mereka. Implikasi apabila tidak berkata benar itu sentiasa ada.

    Pertimbangan emosi dalam menerima hukuman

    Hendaklah cuba sedaya untuk menerima hukuman dan ujian Allah dengan redha dan

    jauhi pengaruh emosi yang berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    20/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 20

    untuk salah ketika dikuasai perasaan. Dan jangan terlalu tenggelam melayan perasaan

    sedih dalam tempoh itu. Kaab contoh keteguhan peribadi ketika menjalani hukuman

    walaupun cubaannya begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh para mukminin

    termasuk sahabat paling rapat dengannya. Pemulauan mutlak oleh Nabi S.A.W. dan para

    sahabat.

    Iltizam sepenuhnya walaupun dalam menjalani hukuman dan bersabar.

    Walaupun dalam tempoh hukuman, Kaab tidak mengeluh atau cuba untuk berunding

    meringankan hukumannya. Sebaliknya, beliau cuba untuk memastikan beliau mematuhi

    perintah hukuman dengan sepenuhnya. Contohnya, apabila diberitahu beliau perlu

    diasingkan daripada isterinya bermula malam ke-40, Kaab bertanya sama ada arahan itu

    memerlukannya menceraikan isteri atau hanya diasingkan (akan diceraikan jika perlu).

    Isterinya menawarkan diri untuk datang sesekali menguruskan makan pakainya dalam

    tempoh pengasingan itu tetapi disuruh oleh Kaab supaya jauhkan diri sehingga perintah

    mengatakan sebaliknya.

    Ukhuwwah yang agung

    Ukhuwwah yang menjamin perpaduan sesama mukmin dan menghindarkan keretakan saf

    barisan orang-orang yang beriman. Para sahabat yang lain berkongsi kegusaran dalam

    menunggu tamatnya hukuman ke atas Kaab dan 2 sahabat lagi dan nyata apabila

    diangkat hukuman itu seluruh sahabat bergembira dan berebut-rebut menemui Kaab

    untuk memberitahunya. Kaab tidak lupa kepada sahabatnya Talhah yang berkejaran

    menemuinya lalu memeluknya dan mengumumkan berita itu dengan gembira. Rasulullah

    S.A.W. turut gembira dengan penerimaan taubat tersebut, Bergembiralah dengan hari

    yang paling baik pernah kau lalui.

    Kelima :

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    21/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 21

    Para sahabat yang kaya segera menyumbang derma antaranya Abu Bakar, Umar, Othman

    dan lain-lain. Ini menjadi bukti terhadap tindak-tanduk keimanan dalam jiwa orang-orang

    mukmin. Iman mendorong mereka untuk segera melakukan kebaikan, juga melawan hawa nafsu

    dan naluri diri. Iman ini diperlukan oleh setiap umat dan setiap dakwah untuk menjamin

    kemenangan ke atas musuh dan menjamin kewujudan sumber-sumber yang mereka perlukan.

    Kita dapati umat kita pada hari ini amat memerlukan keimanan sebegini. kerana kita berdepan

    dengan pelbagai musuh, bebanan berat, pertempuran dahsyat, kekuatan dan kelicikan musuh.

    Oleh itu, kita tidak dapat menewaskannya melainkan dengan menggandakan pengorbanan harta,

    jiwa, hawa nafsu dan syahwat. Ini hanya dapat dicapai oleh agama yang mempunyai kefahaman

    sahih tentang hakikat keimanan. Agama ini mendidik jiwa-jiwa untuk ikhlas menyumbang dan

    berpenat lelah untuk umat mereka. Mereka melakukannya sebagai satu jihad yang diberi

    ganjaran oleh Allah, sebagaimana Dia memberi ganjaran kepada mujahidin di medan

    perjuangan.

    Usaha terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh para pengislah dan pemimpin kebangkitan

    ialah menyemai agama dalam jiwa-jiwa manusia dengan baik. Setiap penentangan kepada

    agama, seruan untuk membebaskan diri daripadanya atau reaksi mempersendakan agama

    merupakan jenayah nasional yang boleh mengakibatkan natijah paling buruk dan kesan paling

    bahaya. Demikianlah yang diajarkan oleh Allah kepada kita. la disahkan oleh sejarah lalu dan

    dibuktikan oleh pengalaman masa kini. Penafian tentang hakikat ini merupakan kesilapan yang

    hanya dilakukan oleh mereka yang jiwanya tidak ikhlas kepada kebenaran, hatinya tidak terbuka

    kepada kebaikan dan peribadinya tidak dihiasi sifat-sifat ketinggian mahupun kemuliaan.

    Keenam :

    Peperangan Tabuk yang berlaku pada 9 Hijrah telah menyaksikan bagaimana tentera

    Islam yang keluar ke medan perang tidak menerima tentangan daripada pihak musuh bahkantiada darah yang tumpah kerana pertempuran tidak berlaku apabila tentera Rom sendiri tidak

    menghantar tentera bagi menyekat kemaraan tentera Islam. Baginda S.A.W. berada di Tabuk

    sekitar sepuluh malam dan telah berjaya membuat perjanjian bagi meluaskan lagi pengaruh Islam

    di kawasan itu melului beberapa perjanjian yang berjaya dibuat oleh Rasulullah S.A.W dengan

    raja-raja mereka. Peperangan ini merupakan pembuka jalan ke arah penyebaran dan perluasan

    kuasa Islam ke atas kawasan yang mana selama ini dicengkam oleh kuasa Rom. Ini membuka

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    22/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsiral Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 22

    mata kita tentang penyebaran Islam bukanlah melalui peperangan sahaja malah jalan untuk

    dakwah Islamiyah merupakan suatu yang fleksibel.

    PENUTUP

    Surah at-Taubah pada kebanyakan ayatnya menceritakan mengenai peperangan Tabuk dan

    ia juga memaparkan bagaimana Allah S.W.T. begitu murka kepada mereka yang mengkhianati

    Rasulullah S.A.W dan Islam. Oleh itu apabila kita membaca surah ini kita ditegah membaca

    Bismillahirrahmanirrahim. Kisah golongan al Mukhallafun ini hendaklah dibaca untuk kita

    mengambil iktibar yang sepatutnya bukan sekadar untuk tahu dan menganggap ia sebagaimana

    sejarah-sejarah yang lain. Kisah pengampunan Allah S.W.T dan bagaimana hebatnya taubat

    Kaab bin Malik , Murarah bin ArRabi dan Hilal bin Umaiyah ini perlu di war-warkan kepada

    seluruh umat Islam sebagaimana hebatnya kisah Ashabul kahfi. Kisah al Mukhallafun ini banyak

    terdapat pengajaran dan strategi di dalam menjalankan dakwah dan paling penting dalam

    meningkatkan keimanan dan meninggikan syiar Islam.

    BIBLIOGRAFI

    Abdullah Basmeih. (1995). Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian al Quran . (Terj).Percetakan Nasioanal Malaysia Berhad. 461462

    Abdul Malik Abdul karim . (1989). Tafsir al Azhar (juzuk 10) . Pustaka Nasional Pte Ltd.

    Singapura . 28982899.

    Hasbi Ash Shiddieqy . (1996). Tafsir al Bayan . Sakun Book Servise . Singapura . 589

    Jalaluddin As-Sayuthi. (2011).Asbabun Nuzul. (Tim abdul Hayyie,Terj) . Kuala Lumpur:

    Victory Agencie.275

    Mohd Puzhi bin Usop et.al. (2012) .An Nur Terjemahan al hidayah al Quran al Karim . al

    Hidayah House of Quran sdn Bhd. 187 , 193 , 206

  • 7/28/2019 Al Mukhallafun Dalam Surah at Taubah

    23/23

    AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 23

    Nik Abdul Aziz Nik Mat . (2009) .Muhammad S.A.W. Jejak Junjungan Mulia . Kemilau

    Publika. 240

    Al-Raheeq al-Makhtum . (2012). Seerah Nabawiyyah . India .

    http://muzir.files.wordpress.com/2009/11/49725895-ar-raheeq-al-makhtum-melayu.pdf.Retrieved 19.6.2013

    Tiada pengarang. (2012). Perang Tabuk.http://dakwah.info/seerah/perang-tabuk/ Retrieved

    19.6.2013

    Surah.my. Tafsir al Quran bahasa Melayu . http://www.surah.my/9. Retrieved 20.6.2013

    http://muzir.files.wordpress.com/2009/11/49725895-ar-raheeq-al-makhtum-melayu.pdfhttp://dakwah.info/seerah/perang-tabuk/http://dakwah.info/seerah/perang-tabuk/http://www.surah.my/9http://www.surah.my/9http://dakwah.info/seerah/perang-tabuk/http://muzir.files.wordpress.com/2009/11/49725895-ar-raheeq-al-makhtum-melayu.pdf