ALATAN TANGAN.doc

Embed Size (px)

Citation preview

ALATAN TANGAN

ALATAN TANGAN

Kikir Rata

1.Kegunaan kikir rata ialah :

a) menipis atau melicinkan benda kerja

b) membuang bahagian logam yang berlebihan

2.Kikir rata dibuat dari keluli keras atau keluli tuang.

3.Saiz kikir ditentukan oleh panjang kikir iaitu dari hujung ke tumit.

4.Berus kikir digunakan untuk membuat serpihan-serpihan logam yang tersangkut antara gigi-gigi kikir.

5.Untuk mengikir dengan tekanan kuat, tangan kanan memegang hulu kikir manakala tangan kiri menekan dan menolak bahagian mata kikir.

Kikir Kayu (Parut) Separuh Bulat

1.Saiz yang biasa digunakan ialah 20 cm.

2.Kegunaan :

a) untuk membesarkan lubang

b) untuk mengikir kayu dengan cepat

3.Cara menggunakannya dengan betul :

a) Apitkan benda kerja pada ragum meja atau dengan apit G.

b) Pegang hulu kiri dengan tangan kanan dan hujungnya dengan tangan kiri.

c) Guna tekanan semasa mengukir ke depan.