31
Analisa Sahsiah Para Sahabat Khadijah Binti Khuwailid Siti Aisyah Binti Abu Bakar

Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Analisa Sahsiah Para Sahabat

• Khadijah Binti Khuwailid•Siti Aisyah Binti Abu Bakar

Page 2: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Latar Belakang Peribadi

Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha.

Khadijah adalah wanita yang hidup dan besar di lingkungan Suku Quraisy dan lahir dari keluarga terhormat pada lima belas tahun sebelum Tahun Gajah, sehingga banyak pemuda Quraisv yang ingin mempersuntingnya.

Sebelum menikah dengan Rasulullah, Khadijah pernah dua kali menikah.

Suami pertama Khadijah adalah Abu Halah at-Tamimi, yang wafat dengan meninggalkan kekayaan yang banyak, juga jaringan perniagaan yang luas dan berkembang.

Pernikahan kedua Khadijah adalah dengan Atiq bin Aidz bin Makhzum, yang juga wafat dengan meninggalkan harta dan perniagaan.

Dengan demikian, Khadijah menjadi orang terkaya di kalangan suku Quraisy.

Page 3: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Pertama

Khadijah sangat cerdas.

Buktinya: Terbukti sejak mendengar berita mengenai Rasulullah, Khadijah cuba mendekati Rasulullah mengikuti perjalanan hidupnya dan selalu berusaha mencari pertautan dengan rasulullah.

Page 4: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Kedua

Para penulis sirah dan ahli-ahli sejarah bersepakat Khadijah adalah manusia pertama yang beriman kepada risalah yang dibawa oleh Rasulullah.

Hebatnya keimanan Khadijah ini bukan keimanan yang sekadarnya, namun benar-benar merupakan keimanan yang muncul daripada pandangan yang tajam, keyakinan, kepercayaan dan penyucian yang ditempuh bagi mencapai keimanan.

Page 5: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Pemahaman mendalam yang dimiliki oleh Khadijah tampak pada peranannya semasa Rasulullah menerima wahyu yang pertama.

Itulah cara Khadijah menenangkan hati Rasulullah dan menguatkan pendirianya.

Semua itu tentu muncul daripada keimanan yang dalam, pemikiran yang cermat serta pemahaman yang baik pada hakikatnya adalah suatu masalah.

Page 6: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Ketiga

Pemahaman mendalam yang dimiliki oleh Khadijah juga nampak jelas pada saat Rasulullah berkata kepadanya, “Wahai Khadijah, sesungguhnya datang “dia yang datang” (malaikat jibrail) kepadaku. Kerana Khadijah ingin mengetahui hakikat wahyu, maka Khadijah pun berkata kepada Rasulullah, “Wahai suamiku, beritahu aku jika nanti dia yang mendatangimu (jibril) kembali mendatangimu”

Page 7: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Keempat

Khadijah pergi membawa Rasulullah berjumpa dengan sepupunya yang bernama Waraqah bin Naufal kerana Khadijah mengetahui ilmu dan dan ketaatan yang dimiliki oleh Waraqah.

Page 8: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Khadijah dikenal dengan gelaran wanita suci (Ath-Thahirah) sejak perkawinannya dengan Abu Halah dan Atiq bin Aidz kerana keutamaan akhlak dan sifat terpujinya.

Khadijah sangat ikhlas dengan segala sesuatu yang dilakukan suaminya dan tidak khuwatir selama ditinggal suaminya. Bahkan dia menjenguk serta menyiapkan makanan dan minuman selama beliau di dalam gua, kerana dia yakin bahwa apa pun yang dilakukan suaminya merupakan masalah penting yang akan mengubah dunia

Page 9: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

“Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Page 10: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Khadijah mendengarkan cerita suaminya dengan penuh minat dan mempercayai semuanya, sehingga Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam. merasa bahwa istrinya pun menduga akan terjadinya hal-hal seperti itu.

Khadijah meyakini seruan suaminya dan menganut agama yang dibawanya sebelum diumumkan kepada masyarakat.

Page 11: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Khadijah tampil mendampingi Rasulullah dengan penuh kasih sayang, cinta, dan kelembutan. Wajahnya senantiasa membiaskan keceriaan, dan bibirnya meluncur kata-kata jujur.

Setiap kerisauan yang Rasulullah lontarkan atas perlakuan orang-orang Quraisy selalu didengari oleh Khadijah dengan penuh perhatian dan kemudian dia memotivasi dan menguatkan semangat Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam.

Bersama Rasulullah, Khadijah turut menanggung kesulitan dan kesedihan, sehingga selalu dia memendamkan perasaan agar tidak terpamer pada muka khadijah dan mengganggu perasaan suaminya. Yang keluar adalah tutur kata yang lemah lembut sebagai penyejuk dan penawar hati.

Page 12: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Ketika kaum Quraisy memutuskan untuk memboikot dan mengepung kaum muslimin, Khadijah rela didera rasa haus dan lapar dalam mendampingi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam. dan kaum muslimin. Dia sangat yakin bahwa tidak lama lagi pertolongan Allah akan datang.

Pada tahun yang sama, Saidatina Khadijah sakit kuat akibat beberapa tahun menderita kelaparan dan kehausan karena pemboikotan itu, Dalam sakit yang tidak terlalu lama, dalam usia enam puluh lima tahun, Khadijah meninggal, menyusul Abu Thalib. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam sendiri yang mengurus jenazah isterinya, dan kalimat terakhir yang beliau ucapkan ketika melepas kepergiannya adalah “Sebaik-baik wanita penghuni surga adalah Maryam binti Imran dan Khadijah binti Khuwailid.”

Page 13: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Khadijah yang membantu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama.

Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Page 14: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”.

Page 15: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah  membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Page 16: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Aisyah Binti Abu Bakar

Aisyah adalah putri Abdullah bin Quhafah bin Amir bin Amr bin Ka’ab bin Sa’ad bin Tamim bin Marrah bin Ka’ab bin Luay, yang lebih dikenal dengan nama Abu Bakar ash-Shiddiq dan berasal dari suku Quraisy at-Taimiyah al-Makkiyah.

Ayahnya adalah ash-Shiddiq dan orang pertama yang mempercayai Rasulullah ketika terjadi Isra’ Mi’raj, saat orang-orang tidak mempercayainya.

Page 17: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Pengantar

Aisyah mempunyai tahap pemikiran yang tinggi berbanding daripada kaum wanita yang lain.

Beliau mampu memahami kalimat dan maksud yang sukar difahami.

Page 18: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Pengetahuan Aisyah Tentang Al-Quran

Menurut catatan Bukhori, Aisyah pernah berkata “Semasa saya masih kecil dan suka bermain-main, Nabi Muhammad menerima ayat 46 daripada surah Al-Qamar semasa di mekah.

Page 19: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Kedudukan Aisyah Sebagai Perawi hadith

Aisyah berada di tangga yang keempat Selepas Abu Hurairah(5364 Hadith), Abdullah Bin Umar(2630 Hadith), Anas Bin Malik(2286 Hadith).

Aisyah meriwayatkan hadith sebanyak 2210 Hadith.

Aisyah satu-satunya wanita yang meriwayatkan hadith yang terbanyak.

Page 20: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Urwah Bin Zubair

Sekiranya Aisyah meninggal hari ini, saya tidak akan rasa terkilan kerana tiada satu pun hadith yang pernah diceritakannya tidak saya ketahui.

Page 21: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Amrah Binti Abdurrahman

Ibnu Hibban berkata” Amrah adalah antara mereka yang mempunyai pengetahuan luas berkenaan hadith yang dikisahkan Aisyah.

Page 22: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Shafiyyah Binti Syaibah

Muhammad Bin Ubaid berkata, “Saya pernah melakukan perjalanan bersama Adi Bin Adi Al-Khindi. Setibanya kami di Mekah, Adi menyuruh saya pergi menemui Shafiyyah Binti Syaibah, wanita yang menghafal banyak hadith daripada Aisyah.

Page 23: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Mu’adzah Binti Talhah

Beliau digelar Ummu Shahba’ Al-Bashiriyah dan menjadi salah seorang murid Aisyah paling terkemuka.

Beliau mengisahkan sebahagian besar hadith daripada Aisyah.

Page 24: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Aisyah sangat memperhatikan sesuatu yang menjadikan Rasulullah rela. Dia menjaga agar jangan sampai beliau menemukan sesuatu yang tidak menyenangkan darinya. Kerana itu, salah satunya, dia senantiasa mengenakan pakaian yang bagus dan selalu berhias untuk Rasulullah.

Aisyah sangat berhati-hati kepada kesalahan yang dilakukan dan bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan.

Page 25: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

“Aku tidak pernah melihat pembuat makanan seperti Shafiyyah. Dia selalu menghadiahi makanan kepada Rasulullah. Tanpa sedar aku pernah memecahkan tempat makanan yang dibawa Shafiyyah. Aku bertanya kepada Rasulullah apa yang dapat dijadikan sebagai tempat yang pecah itu. Rasulullab menjawab, ‘Tempat diganti dengan tempat dan makanan diganti dengan makanan.“

(HR. Bukhari)

Page 26: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Seperti manusia biasa, aisyah juga mempunyai sifat cemburu.

Buktinya:

“Halah binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah, meminta izin kepada Rasulullah. Ketika itu Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. merasa bahwa cara Halah meminta izin sama dengan cara Khadijah meminta izin, dan beliau merasa senang atas semua itu. Lalu beliau berkata, ‘Ya Allah, inilah Halah binti Khuwailid.’ Aku berkata, ‘Apa yang engkau sebut itu adalab seorang nenek dari nenek-nenek kaum Quraisy, yang kedua sudut mulutnya merah.

Page 27: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Dia telah tua renta ditelan masa. Semoga Allah memberi untukmu pengganti yang lebih baik daripada dia.‘ Mendengar itu Rasulullah menjawab, ‘Allah tidak akan memberikan pengganti yang lebib baik darpada Khadijah. Dia telah beriman kepadaku ketika orang lain mengingkariku. Dia telah mempercayaiku ketika orang lain mendustakanku. Dia telah mendermakan harta bendanya untuk perjuanganku ketika orang lain menolak memberikan harta mereka. Allah telah memberkahiku dengan putra-putri lewat Khadijah ketika yang lain tidak memberiku anak.”

(HR. Ahmad dan Muslim)

Page 28: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Ilmu Aisyah mulai tampak pada masa kekhalifahan Umar, sehingga para sahabat besar senantiasa merujuk pendapat Aisyah jika mereka dihadapkan pada permasalahan- permasalahan yang berkenaan dengan kaum muslimin. Di dalam Thabaqat, dari Mahmud bin Luhaid, lbnu Saad berkata, “Para istri Nabi banyak menghafal hadits Nabi, namun hafalan Aisyah dan Ummu Salamah tidak ada yang dapat menandingi.

Page 29: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Aisyah merupakan seorang sangat pemurah dan juga dermawan.

Buktinya:“Mu’awiyah memberikan wang sebanyak

seratus ribu dirham kepada Aisyah. Demi Allah, sebelum matahari terbenam,

Aisyah sudah membagi-bagikan semuanya. Budaknya berkata, ‘Seandainya engkau

belikan daging untuk kami dengan wang satu dirham.’

Aisyah menjawab, ‘Seandainya engkau katakan hal itu sebelum aku membagikan seluruh wang itu, niscaya akan aku lakukan hal itu untukmu.”

Page 30: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Aisyah juga seorang wanita yang menjaga kesuciannya.

Buktinya:Seperti kisah beliau sepulang dari perang Hunain, yang dikenal dengan haditsul ifqi. Ketika mendekati kota Madinah, beliau kehilangan perhiasan yang dipinjam dari Asma. Lalu dia turun untuk mencari perhiasan itu. Rombongan Rasulullah dan para sahabatnya berangkat tanpa menyadari bahwa Aisyah tertinggal. Aisyah menanti jemputan, dan tiba-tiba datanglah Sufyan bin Muathal seorang tentara penyapu ranjau.

Page 31: Analisa Sahsiah Para Sahabat 2

Melihat demikian, Sufyan menyebut Asma Allah lalu Sufyan turun dan mendudukkan kenderaanya tanpa sepatah katapun keluar dari mulutnya kemudian Aisyah naik kendaraan tersebut dan Sufyan menuntun kenderaan tersebut dengan berjalan kaki.

Dari kejadian ini, orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya menyebarkan kabar bohong untuk memfitnah ummul Mukminin Aisyah radhiyallahu ‘anha.

Fitnah ini menimbulkan goncangan dalam rumah tangga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tapi Allah yang Maha Tahu berkehendak menyingkap berita bohong tersebut serta mensucikan beliau dalam Al-Qur’anul Karim dalam surat An-Nur ayat 11-23.