Upload
hafizoro
View
448
Download
0
Tags:
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Ciri2 wacana
Citation preview
JBEA3111: ANALISIS WACANA BAHASA MELAYUHasil kerjasama:
Rafiqah Binte Sani (JEA080714)
Nur Ain Binte Mohamed Amin (JEA080712)
Nurdiyanah Binte Mohamed Zainal (JEA080720)
Firda Maisarah Binte Mohd Raffid (JEA080701)
Nurul Husna Bt Azmi (JEA080106)
KANDUNGAN
Definisi Wacana Tujuh ciri-ciri wacana Bahan Analisis Analisis Wacana Kesimpulan
KEDUDUKAN WACANA DALAM UNIT-UNIT BAHASA
WACANA
Tarigan (1995:36) Satuan bahasa yang terlengkap & tertinggi
atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi atau kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal & akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.
Kamus Linguistik (1997:223) Wacana (discourse) merupakan unit bahasa yang
lengkap & tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kalimat, sama ada dalam bentu lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik.
WACANA
Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris
Discourse menurut Kamus Webster (1983: 522) bererti: Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi
idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan
Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan
Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah
WACANA
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1793) Keseluruhan tutur yang merupakan suatu
kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan Kesatuan fikiran yang utuh, samada dalam
bentuk lisan (pidato, khutbah) atau tulisan (artikel, novel)
Lakoff (1970: 151). Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas
ayat
WACANA
Harimurti (1982:204) Wacana merupakan satuan bahasa yang
lengkap, iaitu dalam hierarki gramatikal. Wacana merupakan satuan gramatikal yang
tertinggi ataupun terbesar.
Antono M. Moellono (1995:407) Wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan
sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.
WACANA
Asmah Haji Omar (1980:11) Wacana ialah unit yang melebihi batas ayat.
Dengan itu wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, siri buku atau sebagainya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungan di antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya.
Tiap-tiap wacana mesti berlandaskan hubungan di antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan.
RUMUSAN MAKNA WACANA
Wacana dapat dirumuskan sebagai satu unit bahasa yang lengkap dan berada pada peringkat tertinggi dalam unit, merupakan kesatuan bahasa kerana terdapat pertautan fikiran dengan kata-kata, ide dan menjadi isu bahasan. Wacana disampaikan secara lisan berasaskan hubungan antara penutur dan pendengar serta secara tulisan, antara penulis dengan pembaca dan kedua-duanya menjadi bahan analisis dalam bidang linguistik.
CIRI-CIRI WACANA
Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:32), terdapat 7 ciri utama ketekstualan untuk menghasilkan sesebuah wacana iaitu; tautan runtutan tujuan khalayak maklumat keadaan interteks
BAHAN ANALISIS
Tajuk artikel Masa Depan Seni Lukis Negara
Penulis Muliyadi Mahamood
Sumber Majalah Dewan Budaya Terbitan bulan Mei tahun 2010 Jilid 32 Bilangan 05
Tema Perkembangan seni lukis di Malaysia
TAUTANAnalisis Wacana
TAUTAN
Werth, P. (1984:60) Tautan lazimnya dianggap sebagai suatu proses
sesuatu sintaksis yang menghubungkan ayat-ayat dalam sesuatu teks. Oleh yang demikian, kesan-kesan tautan dapat diperlihatkan melalui bentuk-bentuk linguistik pada ayat-ayat teks. Bentuk-bentuk linguistik itu membabitkan kata ganti nama, kata nama tentu, pengguguran dan penegasan
Halliday & Rogayah Hassan (1976:4-6) …ciri-ciri linguistik yang membantu
menghubungkan satu urutan ayat sehingga melahirkan sesuatu teks yang padu atau memperlihatkan tautannya
TAUTAN
Mohd Sidin (1999:132) sesebuah perenggan dikatakan berpaut apabila
ayat-ayat yang dibina dalamnya bergerak lancar dan orang dapat membacanya dengan mudah dari satu ayat ke satu ayat yang lain tanpa ada ruang kosong atau jurang fikiran atau idea yang tertinggal serta tidak dikemukakan
RUMUSAN MAKNA TAUTAN
Dapat disimpulkan bahawa, tautan merupakan proses penggabungan sintaksis atau ayat dalam sesuatu teks melibatkan Kata Ganti Nama, Kata Nama Tentu, pengguguran dan penegasan serta dapat melahirkan ayat-ayat yang beride mantap, bertautan antara satu sama lain dan mudah difahami oleh pembaca dan juga pendengar.
TAUTAN
Contoh: Dania, Rina dan Qaisyah ke perpustakaan.
Mereka ke sana untuk meminjam buku.
Contoh bagi penggantian KGN Diri:Dania, Rina dan Qaisyah dalam ayat 1
bertaut dengan perkataan mereka dalam ayat 2.
Contoh bagi penggantian KGN Tunjuk:Perkataan perpustakaan dalam ayat 1 bertautdengan perkataan ke sana dalam ayat 2.
CIRI TAUTAN DALAM TEKS Sekiranya murid-murid di sekolah rendah
sudah diperkenalkan kepada nama dan karya besar pelukis tanah air seperti Syed Ahmad Jamal, Abdul Latiff Mohidin ataupun Ibrahim Hussein, sebagaimana kanak-kanak sekolah di Barat mengenali Picasso, Van Gogh dan Gauguin, pastinya mereka akan teruja untuk pergi dan menghayati seni di museum dan galeri seni. Dalam jangka masa yang panjang, mereka membentuk masyarakat yang celik seni, dan ini amat penting kerana masyarakat berilmu adalah masyarakat berbudaya yang memahami tamadun kesenian bangsanya. (m/s 15, perenggan 5, ayat 4 & 5)
HURAIAN
Penggantian Kata Nama Diri Frasa ‘murid-murid di sekolah rendah’ telah
digantikan dengan kata ganti nama diri orang ketiga iaitu ‘mereka’.
CIRI TAUTAN DALAM TEKS
Hal ini dapat dihayati melalui karya Ladang Kelapa (1948) oleh Abdullah Ariff dan Fishing Nets (1941) oleh Yong Mun Sen. Bermula daripada pelukis perintis ini, kepentingan landskap sebagai tema seni lukis moden merentasi jarak waktu yang panjang, daripada pengolahan bersifat naturalisme pada dekad 1930 an hingga dekad 1950 an, hinggalah berubah kepada gaya yang lebih abstrak pada era pascamerdeka. (m/s 13, perenggan 6, ayat 2 & 3)
HURAIAN
Penggantian frasa Kata nama khas ‘Abdullah Ariff’ dan ‘Yong
Mun Sen’ telah digantikan dengan frasa ‘pelukis perintis ini’.
CIRI TAUTAN DALAM TEKS
Antara peristiwa seni yang paling penting dan bersejarah pada era pascamerdeka sudah semestinya pembukaan Balai Seni Lukis Negara oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, pada 20 Ogos 1958. Hal ini menunjukkan sokongan kuat kerajaan terhadap perkembangan seni lukis negara. (m/s 14, perenggan 5, ayat 3 & 4)
HURAIAN
Penggatian Klausa Terdapat penggantian klausa yang berlaku. ‘Hal
ini’ merupakan frasa yang mewakili klausa ‘pembukaan Balai Seni Lukis Negara’.
RUNTUTANAnalisis Wacana
RUNTUTAN
Menurut Khatijah Abdul Hamid (1997:49) Kewujudan kohesi yang betul, tepat dan boleh
diterima, dalam sesuatu teks bahasa penulisan khususnya, akan menjadikan teks itu kohesif, dan kewujudan kohesi yang sesuai, tepat, betul dan boleh diterima bagi proses gramatis sesuatu bahasa itu akan membantu menjadikan teks penulisan itu koheren
koheren adalah fungsian teks yang ditentukan melalui interpretasi pendengar atau pembacanya
sebuah teks yang hendak ditulis dengan baik seharusnya mempunyai koheren secara semantik dan mempunyai kohesi yang mencukupi untuk membolehkan pembaca melihat kekoheranan teks itu.
RUNTUTAN
Johnson (1992: 1-17) kekoheranan karangan boleh dilihat dari segi isi
kandungan karangan, organisasi dan gaya persembahan karangan.
Merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.
RUNTUTAN
Contoh: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS
bukalah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama wujud di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju tetapi masalah ini tidak dapat diatasi Penyakit, Aids, gejala dan masalah ini
menunjukkan kesinambungan idea dan menjadikan teks ini bermakna
CIRI RUNTUTAN DALAM TEKS
Isu kritikal berkaitan perkembangan sosiobudaya masyarakat seperti fahaman politik, perbezaan etnik, masalah sosial, isu alam sekitar dan keamanan dunia digarap pelukis melalui pelbagai bentuk dan gaya seni. (m/s 15, perenggan 3, ayat 2)
Huraian: fahaman politik, perbezaan etnik, masalah
sosial, isu alam sekitar dan keamanan dunia merupakan isu kritikal yang berkaitan dengan perkembangan dunia.
CIRI RUNTUTAN DALAM TEKS
Institusi Pengajian Tinggi seperti UITM dan USM juga memiliki galeri seni masing-masing yang bukan sahaja memperagakan hasil kerja pelajar dan graduan, malahan pameran berkala pelukis tempatan dan antarabangsa. (m/s 16, perenggan 2, ayat 1)
Huraian: galeri seni memang berperanan untuk
memperagakan hasil kerja pelajar dan graduan dan juga menganjurkan pameran berkala pelukis tempatan dan antarabangsa.
CIRI RUNTUTAN DALAM TEKS
Liputan luas dalam media cetak dan elektronik seperti perbincangan di televisyen, akhbar dan majalah berupaya menarik minat, penglibatan dan mencetus kesedaran khalayak terhadap kepentingan seni tersebut. (m/s 16, perenggan 6, ayat 3)
Huraian: televisyen, akhbar dan majalah merupakan
media cetak yang berliputan luas.
TUJUANAnalisis Wacana
TUJUAN
Ditentukan oleh penulis ataupun pembicaranya
Tujuan menentukan jenis wacana yang digunakan
Sesuatu wacana yang diucapkan itu mestilah mempunyai tujuan tertentu samada wacana tersebut berbentuk tulisan mahupun bentuk lisan
CIRI TUJUAN DALAM WACANA
Berbentuk tulisan Sebuah rencana daripada Dewan Budaya
terbitan bulan Mei 2010 Berbentuk prosa Penulis mengambil masa yang panjang untuk
menghasilkan wacana tersebut Dikaitkan dengan monolog non-interaktif
Monolog bersifat satu hala
Ditentukan oleh penulis Untuk mendedahkan kepada pembaca perihal
masa depan seni lukis negara
CIRI TUJUAN DALAM WACANA
Penulis menyampaikan maklumat dan saranan Sejarah seni lukis di Malaysia
“Sejak era kolonial, seni lukis di Malaysia telah melalui perkembangan yang dinamik dari segi bentuk dan makna.” (m/s 12, perenggan 1, ayat 1)
Perkembangan seni lukis “Perkembangan seni lukis di Malaysia dalam konteks
penulisan merujuk tradisi seni halus yang merangkumi…” (m/s 12, perenggan 4, ayat 1)
Saranan untuk memasyarakatkan seni lukis negara “Di samping penganjuran pameran, pengiktirafan dan
proses penganugerahan kepada pelukis juga merupakan usaha memasyarakatkan seni lukis…” (m/s 16, perenggan 27, ayat 1)
PENERIMA / KHALAYAKAnalisis Wacana
PENERIMA / KHALAYAK
Perlu mempunyai pembaca atau pendengar kerana pembaca atau pendengar merupakan golongan penerima atau khalayak sesuatu wacana
Wacana jenis tulisan Hubungan antara penulis dan pembaca
Wacana jenis lisan Hubungan antara pembicara dan pendengar
Seseorang penulis mesti tahu sasaran khalayak Menggunakan laras yang berlainan atau sesuai
berdasarkan khalayak yang ditujukan wacana tersebut
CIRI PENERIMA / KHALAYAK DALAM WACANA
Melibatkan khalayak pembaca Terdapat hubungan antara penulis dengan
pembaca hubungan yang rasmi -> tidak mesra
Penulis tahu sasaran khalayak yang hendak ditujukan wacana tersebut Umum Budayawan, penggiat seni, ahli akademik,
pelajar, dan sesiapa yang berminat dalam bidang budaya
tahap penerimaan tinggi jika pembaca memahami apa yang hendak disampaikan
CIRI PENERIMA / KHALAYAK DALAM WACANA
Menggunakan laras bahasa akademik Sesuai dengan khalayak pembaca Meliputi bidang yang terletak dalam ruang
lingkup pendidikan (kesenian) Bersifat teknikal Menggunakan istilah-istilah yang khusus kepada
bidang (seni visual, grafik, Impresionisme, Ekspresionisme dan lain-lain lagi)
Bersifat formal Menepati format dan ciri-ciri kertas akademik Tiada penggunaan perkataan yang dieja secara singkat
MAKLUMATAnalisis Wacana
MAKLUMAT
Boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu maklumat lama dan maklumat baru
Maklumat lama Maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat
awal, dan diulang-ulang dalam konteks yang berikutnya
Maklumat baru Maklumat yang baru sahaja dinyatakan oleh
penulis atau pembicara kerana khalayak tidak mengetahui maklumat tersebut sebelum ini
MAKLUMAT
Sesuatu maklumat yang dinyatakan terdahulu tidak boleh bertentangan dengan maklumat yang dinyatakan kemudiannya
Perlu logik dan dapat diterima akal Analisis maklumat dalam wacana ini hanya
berdasarkan contoh-contoh yang diberi sahaja
CIRI MAKLUMAT DALAM WACANA
Maklumat Maklumat Lama Maklumat Baru
Seni visual Seni visual dalam media cetak lazimnya dikategorikan sebagai seni grafik memiliki tradisi dan sejarahnya yang tersendiri, serta memerlukan penelitian lain yang khusus. (m/s 13, perenggan 4, ayat 2)
Pemodenan adalah salah satu isu terpenting yang merentasi perkembangan kebudayaan Malaysia, termasuklah seni visual dan kesusasteraan. (m/s 13, perenggan 5, ayat 4)
Maklumat lama seni visual diberikan keterangan lanjut iaitu proses pemodenan negara memainkan peranan dalam perkembangan seni visual.
CIRI MAKLUMAT DALAM WACANA
Maklumat Maklumat Lama Maklumat Baru
Seni lukis moden Kemunculan seni lukis moden negara boleh dilihat sebagai suatu penerokaan baharu bukan sahaja dari sudut bentuk, tetapi ikonografi. (m/s 13, perenggan 6, ayat 3)
Dalam hal ini, seni lukis moden di Malaysia dilihat lahir menerusi eksplorasi untuk mencari pendekatan baharu dalam menggambarkan alam sejagat. (m/s 13, perenggan 7, ayat 1)
Maklumat lama seni lukis moden telah diberi keterangan lanjut dengan menambahkan cara kelahiran cabang seni tersebut iaitu melalui teknik eksplorasi.
CIRI MAKLUMAT DALAM WACANAMaklumat Maklumat Lama Maklumat Baru
Kemerdekaan negara
Hal ini ada kaitan dengan pelbagai faktor penting yang mempengaruhi seni sejak penjajahan Inggeris, seperti pendidikan luar negara yang diikuti pelukis tempatan, kemerdekaan negara, kemunculan kumpulan-kumpulan pelukis, penubuhan Balai Seni Lukis Negara, kelahiran pelbagai institusi pengajian tinggi yang memberikan tumpuan kepada bidang seni lukis dan seni reka, serta sokongan kerajaan dan badan-badan korporat terhadap kegiatan seni visual, sama ada dari aspek penaungan karya dan penubuhan galeri ataupun penajaan pelbagai pertandingan dan pameran seni…. (m/s 12, perenggan 1, ayat 1)
Kemerdekaan negara pada tahun 1957 memberikan nafas baharu kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat negara ini, termasuklah dunia seni lukis. (m/s 14, perenggan 13, ayat 2)
Maklumat lama kemerdekaan negara diberi keterangan lanjut. Pada m/s 14, perenggan 13, ayat 2, penulis menerangkan masa terjadinya peristiwa itu,iaitu pada tahun 1957 dan juga kesannya pada negara Malaysia.
CIRI MAKLUMAT DALAM WACANA
Maklumat Maklumat Lama Maklumat Baru
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)
Dalam konteks negara kita, banyak institusi pengajian tinggi menawarkan bidang pengajian seni lukis dan seni reka, antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institusi Seni Lukis Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi antara perintis utama. (m/s 15, perenggan 20, ayat 1)
Institusi Pengajian Tinggi seperti UiTM dan USM juga memiliki galeri seni masing-masing yang… (m/s 16, perenggan 23, ayat 1)
Maklumat Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) diberi keterangan lanjut iaitu perihal kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut memiliki galeri seni.
KEADAANAnalisis Wacana
KEADAAN
Berkaitan dengan faktor untuk menjadikan sesuatu wacana itu relevan dengan situasi sesuatu ujaran itu
Wacana perlu sesuai dengan keadaan dan khalayak
Untuk menjadikan wacana itu sesuai dengan keadaan, pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting
Perlu wujud hubungan secara tidak langsung di antara penulis dengan pembaca
CIRI KEADAAN DALAM WACANA
Penulis tidak mempunyai konteks langsung dengan pembaca dari segi; Tempat Masa Latar
CIRI KEADAAN DALAM WACANA Artikel disesuaikan dengan keadaan melalui
penggunaan; Ayat-ayat yang panjang yang mungkin tidak dapat difahami
oleh seseorang pendengar dalam keadaan penutur-pendengar
Sebaliknya, dalam keadaan penulis-pembaca, seseorang pembaca boleh membaca wacana berulang kali sehingga dapat difahami
Cth: “Hal ini ada kaitan dengan pelbagai faktor penting yang mempengaruhi seni sejak penjajahan Inggeris, seperti pendidikan luar negara yang diikuti pelukis tempatan, kemerdekaan negara, kemunculan kumpulan-kumpulan pelukis, penubuhan Balai Seni Lukis Negara, kelahiran pelbagai institusi pengajian tinggi yang memberikan tumpuan kepada bidang seni lukis dan seni reka, serta sokongan kerajaan dan badan-badan korporat terhadap kegiatan seni visual, sama ada daripada aspek penaungan karya dan penbuhan galeri ataupun penajaan pelbagai pertandingan dan pameran seni.” (m/s 12, perenggan 1, ayat 2)
CIRI KEADAAN DALAM WACANA
Sesuatu wacana perlu berlandaskan hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak
Hubungan antara pembaca dan penulis dalam wacana ini adalah tidak langsung Penulis dan pembaca saling tidak mengenali
INTERTEKSAnalisis Wacana
INTERTEKS
Bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain yang memainkan peranan penting bagi membantu seseorang itu memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarnya
Kefahaman seseorang itu terhadap wacana banyak bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau yang didengarnya
KESIMPULAN
Setelah menganalisis kumpulan kami mendapati tujuh ciri wacana yang telah kami pelajari tidak kesemuanya terdapat dalam wacana yang dipilih dan hanya enam ciri sahaja yang diteliti.
Bahan kajian yang dipilih boleh dikatakan sebuah wacana yang mengandungi kesatuan fikiran yang utuh kerana terdapat enam ciri wacana sahaja yang terkandung di dalamnya melainkan ciri interteks.
SEKIAN.