Upload
joan-ng
View
71
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Literasi Bahasa
Citation preview
Asas Membaca Dengan Menggunakan Kaedah Abjad
Kaedah Abjad
• Kaedah ini telah lama diamalkan oleh guru-guru bahasa.
• Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah huruf atau mengeja.
• Kaedah abjad ialah kaedah yang memberi tumpuan pada penghafalan abjad,pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja.
• Usaha menhafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan,maka kaedah ini juga dinamakan Kaedah Mengeja.
• Dalam kaedah ini,nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan.
• Seterusnya,diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan,huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.
• Menurut Abdul Aziz Abdul Talib,biasanya huruf besar diperkenalkan dahulu sebelum huruf kecil diajarkan.
• Walau bagaimanapun,menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam,kedua-dua bentuk huruf boleh didedahkan serentak.
• Setelah murid-murid menghafal semua nama huruf,pengajaran difukuskan pada nama dan bunyi vokal a,e,I,o,u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa.
• Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu.
• Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinnya,pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan.
• Daripada suku kata ini,dibentuk perkataan dan seterusnya diikuti dengan latih tubi mengeja perkataan.
• Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.
• Aktiviti yang berikut perlu dilaksanakan untuk memahami kaedah abjad ini.
• Lazimnya,pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.
• Aktiviti yang berikut perlu dilaksanakan untuk memahami kaedah abjad ini.
Kekuatan Kaedah Abjad
• Murid-murid dapat membaca apa-apa sahaja bahan terutamanya perkataan yang baru dijumpainya kerana dia sudah kenal semua huruf dan dapat mengeja semua perkataan.
• Kaedah ini sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang mengeja perkataan mengikut bunyi.
• Cara mengeja suku katanya tetap.
• Kaedah ini juga memberi asas yang kukuh dalam membaca.
Kekurangan Kaedah Abjad
• Murid-murid terpaksa menghafal huruf-huruf yang agak abstrak kepada kebanyakan kanak-kanak yang belum pernah didedahkan kepada huruf.
• Penghafalan huruf-huruf yang abstrak ini agak bercanggah dengan prinsip pendidikan,iaitu sepatutnya murid-murid mempelajari sesuatu yang konkrit terlebih dahulu.
• Selain itu,menggunakan kaedah ini murid-murid terlalu bergantung kepada proses mengeja.
• Ini akan menyebabkan mereka tidak lancar atau tersangkut-sangkut apabila membaca.
Proses Menghasilkan Alat Bantu Mengajar
Proses menghasilkan bahan bantu mengajar Menyediakan bahan- bahan keperluan BBM
Menggunting suku kata dan frasa melekat di atas polystryrene
Menggunakan pemotong polystryrene memotong suku kata
bahan-bahan siap dipotong
Melekat suku kata dan frasa di atas
Selepas mencetak huruf, mengguntingkannya menjadi huruf kecil
Menggunakan pelekat plastik melekat di belakang papan
Melukis garisan sebelum menggunting
Melekatkan huruf atas manila kad
Hasilan Bahan Membantu Mengajar