kaedah abjad

Embed Size (px)

Citation preview

3.2

KAEDAH ABJAD 3.2.1 Definisi Kaedah Abjad Kaedah abjad merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan. Kaedah ini berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Oleh sebab usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C hingga Z. Selain itu, kaedah ini juga disebut sebagai kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan asas dalam bahasa Melayu sejak sekian lama, iaitu lebih kurang tujuh abad lamanya dengan menggunakan tulisan Jawi dan lebih kurang seabad pula lamanya dengan menggunakan tulisan Rumi. Jadi, dari segi kekerapan penggunaan, kaedah ini merupakan kaedah yang terunggul dan telah terbukti berjasa mencelikhurufkan jutaan manusia di negara kita dan yang sebahagiannya kini bergelar cendekiawan dan profesor. Secara umum, susunan pelaksanaan kaedah ini bersifat binaan.

3.2.2 Prosedur Pelaksanaan Kaedah Abjad Bagi melaksanakan kaedah abjad ini, terdapat beberapa prosedur yang harus diikuti dan difahami. Untuk langkah pertama, guru akan

memperkenalkan kesemua 26 huruf yang terdapat dalam abjad daripada a hingga z. Kemudian, murid-murid diarahkan menghafal setiap lambang abjad. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala, menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Walau

bagaimanapun, di sekolah kebiasaannya guru memperkenalkan murid dengan huruf kecil terlebih dahulu sebelum memperkenalkan huruf besar. Hal ini kerana huruf kecil kerap digunakan dalam sesuatu perkataan atau ayat tambahan pula huruf kecil sukar dibentuk dan diingati oleh murid. Setelah huruf kecil diperkenalkan, barulah huruf besar pula didedahkan kepada murid. Kebijaksanaan guru untuk menjelaskan murid tentang perbezaan huruf kecil dan besar adalah amat diperlukan agar murid dapat mengingatinya. Sesudah murid mengenal kumpulan abjad a hingga z, guru seterusnya akan menarik keluar bunyi-bunyi vokal daripada kumpulan ini. Kemudiannya, guru akan mengajar membina suku kata menerusi proses penggabungan bunyi-bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan, contohnya ba, ju, ka, ki, bo, la, sa, ya dan sebagainya. Seterusnya murid-murid akan diajar pula kemahiran mengeja perkatanperkataan mudah, contohnya, kaki, baju, bola, saya, dan perkataanperkataan lain yang mudah. Kaedah ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Oleh yang demikian, untuk membolehkan muridmurid membaca perkataan-perkataan, mereka perlu diperkenalkan kepada huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan. Dengan kata lain, murid-murid mesti menghafal nama-nama huruf sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkatan-perkataan mudah. Oleh itu, secara umum, susunan pelaksanaan kaedah ini bersifat binaan. Berikut merupakan rajah binaan pelaksanaan kaedah ini :

Abjad

Suku Kata

Perkataan

Rajah 9 : Rajah Binaan Pelaksanaan Kaedah Abjad

Bagi memahami prosedur pelaksanaan kaedah abjad, satu contoh teknik pengajaran yang mengaplikasikan kaedah ini disediakan. Berikut

merupakan penerangan terhadap pengajaran tersebut :

1. Guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. Contoh kad :

amurid

bmenyebut abjad-abjad yang

2. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad tersebut dan meminta untuk mengenal pasti dan

ditunjukkan dengan bantuan guru.

3. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. 4. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. 5. Seterusnya guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitan. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad-kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru. 6. Selepas itu, murid dimita membuat latihan bertulis dalam buku masingmasing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

3.2.3 Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Abjad Walaupun kaedah abjad ini merupakan kaedah yang sering dipraktikkan oleh guru di sekolah, namun, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang boleh didapati melalui penggunaan kaedah ini. Antara kekuatannya, murid-murid dapat membaca apa-apa sahaja bahan khususnya perkataan yang dijumpai kerana mereka sudah mengenal semua huruf. Selain itu, penekanan terhadap nama abjad sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja. Kaedah abjad juga memberi asas yang kukuh dalam membaca. Asas yang kukuh bererti, murid telah menghafal dan mengetahui kesemua huruf-huruf. Maka, memberi keringanan kepada mereka untuk mengeja dan membaca. Namun demikian, antara kelemahan kaedah abjad ialah, muridmurid terpaksa menghafal huruf-huruf yang agak abstrak. Hal ini kerana mereka terpaksa menghafal kesemua huruf yang tidak mempunyai makna. Maka, jelas menunjukkan kaedah ini menekankan teknik penghafalan semata tanpa menitikberatkan makna disebaliknya. Selain itu juga, kaedah menghafal huruf bercanggah dengan prinsip pendidikan iaitu murid perlu belajar sesuatu yang lebih konkkrit terlebih dahulu. Hal ini kerana kaedah menghafal huruf merupakan sesuatu yang abstrak kepada murid akibat tiada makna disebaliknya. Ini menyukarkan murid untuk memahami sesuatu isi pelajaran. Di samping itu, murid-murid lebih terdorong untuk membaca dengan mengeja satu demi satu perkataan. Menyebabkan bacaan mereka kurang lancar sebaliknya terhenti-henti atau tersekat-sekat kerana tumpuan diberikan kepada penyebutan huruf dan suku kata bukan kepada maksud yang dibaca. Walau bagaimanapun, ini hanya bermula pada peringkat permulaan sahaja. Apabila mereka sudah menguasai kemahiran ini dengan baik, masalah kekeliruan antara nama dengan bunyi huruf tidak akan berlaku.

3.3

Kaedah Seluruh 3.3.1 Definisi Kaedah Seluruh Kaedah ini tergolong dalam kaedah yang disebut sebagai kaedah pandang dan sebut. Mengikut kaedah ini, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu demi satu tetapi murid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataaan dan disertai dengan gambar. Misalnya disertai dengan rumah, bunga, bola, meja, pen dan sebagainyadan gambar-gambar itu dilabelkan. Murid-murid kemudian disuruh menyebut perkataan-perkataan itu dengan mengenali gambarnya sekali. Setelah mereka mengenalinya dan boleh

menyebutnya, barulah diajarkan nama-nama huruf atau abjad yang membentuk perkataan-perkataan itu.

Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh akar-pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperoleh manusia, 75% adalah diperoleh melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa dan 3% daripada deria bau. Kaedah ini kebiasaannya daripada kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad dengan betul. Selain itu, ia juga meminta murid manghafal pola-pola suku kata yang menggunakan dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola suku katanya jelas serta terang dan pola-pola suku kata yang menggunakan dalam bahasa Malaysia mempunyai lebih daripada 1000 pola untuk dihafal. Mengiku kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima untuk dihafal oleh kanak-kanak. Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca dalam bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai suku kata yang jelas.

Jadi, dalam kaedah ini, murid-murid cuba mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk dapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya. Oleh sebab, murid-murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka pengajaran prabacaan hendaklah bermula dengan pengalaman murid. Mengecam huruf dan menghafal bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai sejumlah perkataan. Menurut Goodman; pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka.

3.3.2 Cara Pelaksanaan Kaedah Seluruh Jadi, mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang-lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambanglambang yang membentuk perkataan dan untuk boleh membaca sebuah ayat yang pendek, mereka perlu mengenali berpuluh-puluh lambang. Hanya setelah mereka boleh menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat, barulah mereka mengenali satu demi satu akan abjad-abjad yang membentuk perkataan-perkataan itu. Berikut merupakan carta alir kaedah seluruh (pandang sebut) :

Menyebut Perkataan

Mencerakinkan perkataan kata

Membina dan membaca ayat

Rajah 10: Turutan Pelaksanaan Kaedah (Seluruh) Pandang Sebut

Berdasarkan carta alir di atas, dapat difahami bahawa terdapat tiga peringkat cara pelaksanaan kaedah ini iaitu menyebut perkataan, mencerakinkan perkataan kata serta membina dan membaca ayat.

1. Peringkat menyebut perkataan Kaedah ini dikenali sebagai kaedah perkataan. Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah perkataan dicam, perkataan tersebut tidak dibunyikan dan dieja tetapi terus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar.

Contoh : Gambar mata

mata

Perkataan mata

2. Peringkat mencerakinkan perkataan menjadi suku kata Kaedah ini dikenali sebagai kaedah rangkai kata. Cara ini adalah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara menyebut perkataan. Selain itu cara ini berdasarkan prinsip analisa atau cerakin atau perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian kecil.

Contoh :

mata ma + ta

Mencerakinkan perkataan menjadi suku kata.

3. Peringkat membina dan menyebut ayat Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah ayat. Kanak-kanak diperkenalkan dengan ayat-ayat yang pendek dan mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya. Kemudian, mereka diminta mengecam terus dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, kanak-kanak diminta terus membaca.pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

Contoh :

mata ma + ta Ini mata saya.

Ayat mudah yang menggunakan peerkataan mata.

3.3.3 Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Seluruh Kaedah ini timbul sebagai reaksi kepada kelemahan kaedah abjad, yang dianggap tidak bermakna kerana menekankan penghafalan huruf-huruf dan suku kata pada peringkat awal pembelajaran. Antara kekuatan pada kaedah ini ialah kaedah ini dikatakan lebih bermakna kerana perkataan yang diperkenalkan itu secara tersendiri memang bermakna. Dengan kata lain, murid-murid memahami apa yang mereka baca dan ini dapat mengelakkan mereka daripada merasa bosan. Selain itu, gambar yang diberikan akan membuatkan murid termotivasi untuk belajar di samping rasa seronok untuk terus mengikuti proses pembelajaran. Pemilihan warna yang menarik terutama jika gambar tersebut adalah kartun akan membuatkan murid tertarik untuk mengetahui dan mempelajarinya. Maka, sekaligus kaedah ini memberi peluang kepada guru menyampaikan ilmu dengan lebih mendalam lagi. Walau bagaimanapun, kaedah ini ada juga kelemahannya. Kemahiran mengenal lambang-lambang yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat. Kanak-kanak membaca bukan berdasarkan kepada gambar. Jadi, mereka sebenarnya menyebut nama gambar kerana mengenali benda dalam gambar bukan membaca apa yang tertulis tentang gambar tersebut. Malahan menjadi kekeliruan kepada mereka apabila gambar itu tidak begitu jelas. Gambar yang menunjukkan matahari ataupun waktu pagi dan sebagainya. Kaedah ini sebenarnya lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan sistem ejaan yang bersifat logografik dalam mana sesuatu benda, idea atau konsep dilambangkan sesuatu lambang yang khusus. Bagi bahasa Malaysia, yang mempunyai sistem ejaan yang bersifat fonemik, iaitu satu bunyi diwakili oleh satu lambang, kaedah ini mungkin kurang sesuai.

3.4

Kaedah Suku Kata 3.1.4 Definisi Kaedah Suku kata .Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya ba + ju = baju. Proses mengeja suku kata ini dimulakan daripada yang mudah iaitu dua suku kata (KVKV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KVKVKV) dan seterusnya empat suku kata (KVKVKVKV) dan penggunaan diftong (VV) serta konsonan berganding (KK).

Ramai guru yang beranggapan bahawa kaedah suku kata ini sesuai digunakan untuk mengajar membaca peringkat permulaan bagi bahasa Melayu yang bersifat fonemik. Di samping itu, cara pembentukan suku katanya mudah dan teratur. Setiap suku kata boleh terdiri sama ada daripada satu vokal, satu vokal dan satu konsonan atau satu vokal dan dua konsonan. Di samping itu pula, tidak ada gugus konsonan dalam pembinaan suku kata Melayu asli. Sebagai contoh, perkataan-perkataan Melayu asli boleh terbina daripada pola-pola yang berikut; VKV, VKVK, VKKVK, KVV, KVKV, KVKVK, KVKVKV dan KVKKVK.

Berdasarkan pada kaedah ini, pengajaran akan bermula dengan memperkenalkan murid kepada perkataan-perkataan yang mudah yang terdiri daripada dua suku kata. Daripada segi bahan, ia mengiut prinsip daripada yang mudah kepada yang sukar. Othman Zakariah (1985: 5) mencadangkan langkah-langkah seperti berikut :

2 suku kata tebuka yang bermula dengan vokal ibu 2 suku kata tertutp sam pah 2 suku kata terbuka ke ru si 2 suku kata terbuka ba ju 2 suku kata ; Terbuka + Tertutup bu lan Tertutup + Terbuka lam pu 2 suku kata ; Terbuka yang menggunakan sy, ng, ny, gh, kh nya nyi Terbuka + tertutup kha mis 2 suku kata yang bermula dengan vokal in tan, em pat Suku kata campuran ber la ri, me lu kis, mem ba ca 2 vokal berganding termsuk diftong main ,kain, taat

3.4.2 Cara pelaksanaan Kaedah Suku Kata Bagi melaksanakan kaedah suku kata ini, terdapat beberapa langkah yang harus diikuti. Antara langkah-langkah utama mengajar kaedah suku kata ini ialah dimulakan dengan guru perkenalkan bentuk dan bunyi huruf vokal mudah a, i, u dan satu konsonan seperti b. Kemudian, bina dan sebut suku kata terbuka ba, bi, bu; bu, bi, ba. Setelah itu guru boleh membina perkataan dan baca perkataan diikuti dengan buat frasa dan ayat kemudian bacanya. Berdasarkan apa yang dibaca, kemudian perlulah ditulis dan disalin. Akhir sekali buat latihan pengayaan contohnya permainan sama ada secara berpasangan atau kumpulan kecil. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, satu contoh kaedah pengajaran iaitu kaedah suku kata (KV) dihuraikan: 1. Guru memperkenalkan murid dengan membunyikan huruf vokal mudah iaitu a, i, dan u.

Contohnya :

a i u

bunyinya aaa

bunyinya iii

bunyinya uuu

2. Kemudian, guru memilih satu konsonan mudah seperti b 3. Guru membunyikan huruf b beberapa kali Contohnya :

b

bunyinya /b/

4. Setelah itu, suku kata dibina kemudian diulang.

Contohnya :

b

ba, bi, bu

5. Seterusnya, bina dan baca perkataan ba ba, bi bi, bu bu, dan u bi, i bu dan a bu.

Contonya :

b

ba ba, bi bi, bu bu dan u bi, i bu dan a bu.

6. Murid dikehendaki membaca ayat ibu Abu bubu baba ubi ibu

7. Akhir sekali murid diminta menulis huruf, suku kata dan perkataan.

3.4.3 Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Suku Kata Berdasarkan langkah pelaksanaan kaedah suku kata tersebut, boleh didapati terdapat beberapa kekuatan yang boleh didapati dalam kaedah suku kata ini. Anataranya kaedah suku kata mengamalkan kaedah yang mudah kepada sukar. Kebiasaannya murid lebih cenderung menguasai KV kerana mudah diingati dan difahami. Selain itu, kaedah suku kata memberi asas kepada murid untuk mengeja membentuk perkataan.

Namun, di sebalik kekuatan yang terdapat pada kaedah ini, terdapat juga kelemahan yang ada dalam kaedah ini. Misalnya, kaedah suku kata ini mendedahkan murid dengan menunjukkan suku kata yang tidak bermakna. Contohnya suku kata ba, ju, ka, ki dan sebaginya. Selain itu, murid terpaksa mempelajari banyak suku kata yang harus dingati bagi menghasilkan perkataan yang bermakna. Ha ini

menyebabkan murid menguasai kemahiran membaca dalam tempoh masa yang panjang sekaligus akan merugikan masa.

3.5

Kaedah Pelbagai Deria

3.5.1 Definisi Kaedah Pelbagai Deria Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia, kanak-kanak pemulihan, dan kanak-kanak berkeperluan khas (PKBP). Antara kaedah bacaan yang akan

dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti Kaedah Pelbagai Deria. Kaedah ini ialah satu kaedah yang mengaplikasikan penggunaan pelbagai deria iaitu deria bau, rasa, sentuh, lihat dan dengar dalam mempelajari kemahiran membaca. Kaedah tersebut termasuklah kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham (Margaret, Lynne, Janet, 1989).

3.5.1.1

Kaedah VAK

Kaedah ini menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Cara Pelaksanaan Kaedah VAK: i. Memerhati perkataan yang hendak dipelajari ii. Menyebut perkataan itu iii.Cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan iv.Membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkataan dapat ditulis betul.

3.5.1.2

Kaedah VAKT

Kaedah kedua ialah kaedah VAKT (Multisensory Reading Method) yang bermaksud;

V - visual (penglihatan) A - audio (pendengaran) K - kinesthetik ( pergerakan ) T - taktil ( sentuhan) Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran.

Cara pelaksanaan Kaedah VAKT: -Kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan. -Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 ( menggunakan krayon ) -Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu -Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam

berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain. -Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah; i. Lihat huruf (V) ii. Dengar guru sebut huruf (A) iii.Menyebut huruf (A) iv. Dengar huruf yang disebut (A) v. Rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K) vi. Rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T) vii.Lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) viii.Dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

3.5.1.3 Kaedah Fernald Kaedah seterusnya iailah kaedah Fernald. Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.

Cara Pelaksanaan Kaedah Fernald Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:

i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi, ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi, iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.

Bagi peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut: Peringkat 1: - Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas. - Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A). -Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan (V) .

-Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.

-Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat 2: -Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut. -Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

Peringkat 3: -Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks). -Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku.

Peringkat 4: -Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari. -Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.

Kesimpulannya,

kaedah

Fernald

menggunakan

pengalaman

bahasa pelajar dan kaedah VAKT. Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu: i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar

dapat ditingkatkan atau dikekalkan, ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut

urutan,dan iii. diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan

yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan PKBP.

3.5.1.4

Kaedah Gillingham

Akhir sekali ialah Kaedah Gillingham. Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 an difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum).

Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya.

Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf huruf. Enam kesatuan asas itu adalah: i. V-A (Visual-Auditory).

Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan dengan bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.

ii.

A-V (Auditory-Visual).

Bunuyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja. A-K (Auditory Kinesthetic).

iii.

Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.

iv.

K-A (Kinesthetic Auditory). menulis bentuk

Tangan murid didibantu untuk menyurih atau

huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut. V-K (Visual Kinesthetic).

v.

Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis.

vi.

K-V (Kinesthetic- Visual).

Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentukvisual huruf-huruf.

Cara Pelaksanaan Kaedah Gillingham Langkah 1: Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid. Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya Soalan guru , Apakah bunyi huruf ini?

Langkah 2: - Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf. - Soalan guru, Berikan nama huruf yang bunyinya [ ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan

Langkah 3: - Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya. - Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu. - Guru mula memperkenalkan tulisan sambung. - Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf-huruf menjadi perkataan.

3.5.2 Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Pelbagai Deria Terdapat banyak kelebihan menggunakan kaedah pelbagai deria. Kaedah ini dapat membantu guru menyesuaikan gaya pembelajaran murid. Hasil kajian beberapa orang penyelidik mendapati ramai murid memiliki gaya pembelajaran mereka sendiri. Jika mereka diajar dengan menggunakan teknik yang konsisten dengan cara dan gaya pembelajaran mereka, maka persepsi dan pemprosesan rangsangan akan jadi lebih mantap dan berkesan. Justeru, mereka dapat belajar dengan lebih mudah, pantas dan boleh mengaplikasikan konsep bahasa untuk pembelajaran yang

seterusnya. Kaedah pelbagai deria juga dapat merangsang pembelajaran secara visual. Bahan visual yang mengandungi animasi yang menarik dan juga berwarna warni membolehkan murid memperolehi daya imaginasi yang tinggi sehingga dapat menggambarkan bahan tersebut secara maujud. Contoh penggunaan bahan maujud seperti poster dan lain-lain. Teknik penggunaan bunyi (auditory techniques) yang terdapat di dalam kaedah pelbagai deria juga dapat merangsang verbal reasoning. Contoh penggunaan bahan audio adalah pembaca teks berkomputer

(computerized text readers), video, filem, muzik, lagu dan lain-lain bahan audio yang sesuai. Selain daripada teknik yang disebut di atas, terdapat satu lagi teknik yang melibatkan deria sentuhan yang dinamakan tactile method.

Dalam kaedah ini guru boleh menggunakan objek-objek kecil seperti batu, pasir, tanah liat dan sebagainya untuk menambah kepekaan murid terhadap deria rasanya. Kaedah pelbagai deria yang menggunakan pergerakan badan yang dinamakan kaedah kinestetik (kinesthetic method). Ia merupakan kebolehan yang dimiliki oleh murid-murid umumnya, ini kerana minat yang mendalam mempengaruhi kecerdasan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Ia merupakan kebolehan anggota badan dalam melakukan gerak hasil penyampaian idea, perasaan serta mencari keputusan kepada masalah. Sebagai contoh, permainan yang melibatkan aktiviti meniru gaya seperti main peranan sangat sesuai bagi memberi peluang kepada murid mendapat pengalaman langsung tanpa merasa mereka dipaksa belajar.

Di sebalik kekuatan yang terdapat dalam kaedah pelbagai deria ini, terdapat beberapa kelemahan yang boleh didapati. Seperti yang kita ketahui, penyediaan bahan yang melibatkan kemahiran pelbagai deria ini memerlukan kos wang ringgit yang banyak. Misalnya, penghasilan kadkad imbasan yang menggunakan pasir, batu, kekacang bagi

mengaplikasikan kaedah taktil, maka kesemuanya memerlukan kos yang tinggi. Selain itu juga, untuk menghasilkan bahan tersebut penggunaan tenaga dan masa yang banyak juga amat diperlukan. Hal ini menyukarkn kepada guru untuk meluangkan masa menyediakan bahan seperti itu. Namun, masalah ini boleh diatasi dengan syarat mendapat kerjasama antara guru dengan murid. Selain itu, pengajaran kemahiran membaca menggunakan kaedah ini adalah terhad kepada beberapa orang murid disebabkan bilangan bahan tersebut juga terhad. Kelemahan lain pada kaedah ini adalah isi pelajarannya adalah terhad disebabkan bahan yang dihasilkan hanya boleh digunakan dalam sesuatu isi pelajaran sahaja. Akhir sekali ialah kaedah ini hanya bergantung kepada bahan bantu mengajar (ABM) semata dan menjadi sukar kepada guru dan murid untuk melaksanakan proses P&P.