Upload
shima
View
32
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
Jenis – jenis kuasa dalam kepimpinan
Dalam sesebuah pucuk kepimpinan amat berkait rapat dengan kuasa seorang
pemimpin yang dianggap mempunyai kuasa selagi orang bawahan mahu. Menurut
Mescon et al., kuasa adalah sesuatu yang ‘diberi’ oleh orang bawahan kepada
seseorang pemimpin. Kuasa tersebut boleh dihapuskan, dikurangkan atau ditambah
bergantung kepada kemajuan matlamat ahli kumpulan (78).
Dari segi konsepnya juga, kuasa melibatkan bagaimana orang melihat
perhubungan antara satu sama lain. Kuasa bukannya datang apabila seseorang berada
di dalam hierarki tertentu di dalam organisasi. French dan Raven mengenalpasti lima
jenis sumber atau asas kuasa iaitu: (1) kuasa ganjaran (rewarding power); (2) kuasa
paksaan (coercive power); (3) kuasa sah (legitimate power); (4) kuasa pakar (expert
power); dan (5) kuasa rujukan atau petunjuk (referent power) (qtd. dalam Hoe Chee
Hee, et. al.151-174).
Di samping itu, bagi sumber- sumber kuasa menurut French dan Raven iaitu
pada tahun 1962, French dan Raven telah membahagikan sumber kuasa kepada lima
bahagian di mana sumber-sumber ini mempunyai perbezaan yang ketara dan
mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri dalam situasi-situasi tertentu.
Sumber-sumber kuasa yang dikemukakan French dan Raven ialah kuasa ganjaran,
kuasa paksaan, kuasa sah, kuasa rujukan, dan kuasa pakar (Campbell, 1988).kuasa
yang pertama ialah kuasa Ganjaran bermaksud seorang individu atau pentadbir yang
mempunyai kelebihan untuk memberi ganjaran atau hadiah kepada kakitangan yang
menurut arahannya.
Kuasa ganjaran ini dianggap sebagai satu kuasa yang positif yang boleh
menyebabkan perubahan dalam tingkahlaku dan perlakuan seseorang. Dengan kata
lain ia merupakan pengukuhan positif. Namun kuasa ini ada had dan batasannya untuk
membolehkan seseorang itu bertindakbalas darinya.
Ia juga kuasa yang dapat mengawal pekerja melalui hadiah ganjaran bonus atau
menjanjikan pelbagai bentuk insentif yang boleh membawa perubahan positif kepada
para pekerja atau ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Kadangkala berbentuk memberi
tugas dan cabaran baru kepada seseorang yang menunjukkan prestasi kerja yang
memuaskan dan baik di samping memberikan ganjaran atau hadiah sampingan.
Contohnya seorang pengetua boleh memberi kenaikan gaji kepada guru-guru
bawahannya sekiranya mereka berkhidmat dengan cemerlang. Selain itu, dia juga
dapat memberi beberapa keistimewaan tertentu kepada guru tersebut di sekolah.
Pemimpin seperti ini dapat memberikan pengukuhan yang positif kepada para
kakitangannya di mana mereka akan berusaha sebaik mungkin bukan sahaja
untuk memperoleh ganjaran atau habuan yang telah dijanjikan tetapi untuk mencapai
matlamat dan tanggungjawab seorang guru yang berdedikasi.
Sekiranya, ganjaran itu tidak diberi atau janji pemimpin itu tidak ditunaikan kuasa
pemimpin itu akan berkurang sedikit demi sedikit. Begitu juga rasa hormat pengikutnya
turut berkurang terhadap pemimpin yang tidak mengotakan janjinya itu.Kelemahan
kuasa ganjaran ialah ia tidak dapat meningkatkan prestasi kerja kakitangan dalam
situasi tertentu di mana mereka hanya bekerja dengan bersungguh-sungguh apabila
dijanjikan dengan ganjaran tambahan atau hadiah selain dari gajinya yang diterima
mereka pada setiap bulan.
Sistem pendidikan di Malaysia juga mengamalkan sistem dalam organisasi di
mana guru-guru yang cemerlang akan diberi anugerah dan diberi ganjaran sebanyak
RM1000. Hal ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat para guru untuk mendidik
dengan lebih cemerlang. Seterusnya, kuasa yang kedua ialah kuasa paksaan Juga
dikenali sebagai kuasa dendaan. Kuasa ini bersifat negatif kerana biasa perubahan
perlakuan seseorang itu bukan atas kehendaknya tetapi lebih kepada ancaman dan
dendaan yang akan diberikan oleh pihak atasan bila ianya tidak diikuti. Kuasa yang
wujud cara ini biasanya tidak akan kekal.
Ia dikatakan sebagai kuasa kerana ia dapat mengawal pekerja melalui paksaan,
dendaan, ancaman dan mungkin juga berbentuk ugutan. Antara bentuk dendaan dan
hukuman yang dipraktikkan ialah seperti tidak memberi kenaikan pangkat, menahan
kenaikan gaji, menamatkan tugas atau pemberhentian dengan laporan yang negatif.
Pemimpin yang menggunakan kuasa paksaan selalunya bergantung kepada
kekuatan fizikal dan mental yang ada padanya, dan pemimpin yang mengamalkan
kuasa ini tidak menghargai keupayaan sebenar yang ada pada kakitangannya. Secara
amnya, subordinat akan mengikut arahan pemimpin semata-mata untuk
mengelak daripada didenda oleh ketuanya. Maka segala kemahuan ketua akan dituruti.
Walau bagaimanapun kuasa paksaan mendatangkan rasa tidak puas hati serta
menimbulkan kemarahan para pekerja jika didenda dengan sebab yang tidak sepadan
atau munasabah dan akhirnya akan menimbulkan konflik dalam organisasi. Seterusnya
ia mampu memecahbelahkan organisasi di mana para pekerja dan pemimpin tidak
sehaluan.
Motivasi dan komitmen subordinat juga menurun jika kuasa paksaan dipraktikkan
di dalam organisasi sebagai kuasa utama. Oleh kerana kuasa paksaan memberi
pengukuhan negatif kepada orang bawahan, maka kuasa paksaan merupakan kuasa
yang paling lemah untuk membuat kakitangan menurut perintah dan mempunyai
hubungan negatif dengan keberkesanan. Seterusnya ialah kuasa yang ketiga iaitu
kuasa yang sah timbul dari persepsi individu terhadap sesuatu arahan yang diberikan.
Adakah arahan itu boleh diberikan oleh seseorang itu kepada orang bawahannya? Jika
ianya dapat diterima maka kuasa ini menjadi satu kuasa yang sah dan tidak akan timbul
masalah untuk mereka yang menerimanya melakukan arahan dan tugas yang diberikan
itu. Ia terhasil akibat pelantikan seseorang dalam sesebuah organisasi.
Kuasa yang ada pada seorang itu pula bergantung kepada kedudukannya dalam
organisasi tersebut. Kuasa sah yang dimaksudkan di sini ialah kuasa rasmi yang
diperoleh seseorang daripada autoriti pihak atasan melalui penyerahan kuasa yang
memberikan ia sesuatu kedudukan dalam organisasi . Ia mendapat restu orang yang
dipimpin bahawa ketua itu mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhi mereka.
Keadaan ini timbul dari nilai-nilai budaya, struktur sosial, ataupun kedudukan ketua
Misalnya seorang pengurus akan mempunyai kuasa yang lebih dari seorang
pegawai eksekutifnya yang juga mempunyai kuasa melebihi seorang penyelia syarikat.
Kuasa seperti ini membolehkan seorang pengurus itu menggunakannya untuk
merancang strategi, mereka bentuk dan mengawal sistem maklumat dan seterusnya
merangka polisi dan peraturan organisasi.. Contoh kedua ialah guru besar di mana
beliau dilantik oleh kementerian pelajaran maka beliau mempunyai kuasa sah untuk
mentadbir sekolah yang diberikan kepadanya dan para kakitangan di sekolah itu perlu
patuh kepadanya kerana kedudukannya ialah di atas mereka dan dia dilantik dengan
sah oleh pihak kementerian.
Kuasa sah dari segi budaya ialah pengiktirafan daripada pengikut disebabkan
oleh pemimpin itu lebih veteran dan berkedudukan daripada pengikut dan mempunyai
banyak pengalaman dalam aspek struktur sosial dari segi kesetiaannya terhadap
organisasi itu. Kuasa sah merupakan asas yang penting untuk mendapatkan kepatuhan
daripada kakitangan kerana pemimpin diiktiraf oleh kuasa yang lebih tinggi tetapi ini
tidak menjanjikan keberkesanan organisasi. Diikuti pula dengan kuasa yang seterusnya
iaitu kuasa pakar yang timbul apabila A mempunyai sumber dari segi kepakaran,
kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dari pandangan B.
Maka apa yang diberikan dan diharapkan oleh A ke atas B akan dituruti dengan
mudahnya. Kuasa pakar di peroleh oleh mereka yang mempunyai pengetahuan atau
kemahiran dalam bidang-bidang tertentu contohnya guru matematik mahir dalam
bidangnya dan kemungkinan besar tidak mahir dalam bidang lain seperti mata
pelajaran geografi. Seseorang mungkin dikatakan mempunyai kuasa pakar apabila dia
mengetahui secara mendalam tentang sesuatu perkara atau bidang yang diceburi dan
amat sukar ditandingi oleh orang lain. Kebiasaannya pendapat mereka ini didengar
dalam satu tindakan yang berkaitan dengan bidang yang memang merupakan
kepakarannya.
Pentadbir mempunyai kuasa kepakaran apabila mereka faham bagaimana
hendak mengajar tau bagaimana untuk mengendalikan masalah-masalah yang
dihadapi oleh guru-guru. Seorang pentadbir atau pemimpin yang tidak memahami dan
menggunakan bentuk-bentuk kuasa ini dan juga kuasa pejabat sah akan hanya
menikmati kawasan pengaruh yang terhad.
Kuasa kepakaran ini wujud dalam dua keadaan mengikut tugas rasmi yang
dijalankan oleh seorang itu. Ia menjadi kuasa pakar seorang pengurus yang dapat
menggunakan minda, idea, pengetahuan dan kemahirannya dalam memastikan setiap
subordinatnya mengikuti dan melaksanakan tugas- tugas yang telah
dipertanggungjawabkan kepadanya. Kuasa yang sama juga boleh didapati pada
subordinat yang tanpanya boleh menjejaskan perjalanan dan operasi pengeluaran
organisasi secara umumnya. Seseorang pemimpin yang memiliki kuasa pakar yang
tinggi dalam sesuatu bidang dijangka akan memudahkan pekerjaan orang lain kerana
dia mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang itu. Oleh itu, para pengikut
mudah untuk memberikan kerjasama dengannya dan meminta pendapatnya dalam
pekerjaan mereka.
Selain itu, suasana kerja yang sihat dapat diwujudkan melalui kuasa ini kerana
pengikut mengiktiraf pemimpin kerana kelebihan yang ada padanya dan menjadikan
pemimpinnya sebagai rujukan utama. Kuasa yang terakhir ialah kuasa rujukan adalah
sama dengan karisma di mana ia merujuk kepada kebolehan seseorang ketua untuk
menggalakkan penggabungan atau penglibatan daripada pengikut-pengikutnya dan
lebih kepada kebolehan untuk mempengaruhi orang lain melalui ciri-ciri perlakuan yang
ada padanya. Sikap dan kebolehan ini boleh menghasilkan pelbagai tanggapan dan
juga dalam kebanyakan hal menyelesaikan masalah. Kuasa ini datang dari perasaan
dan keinginan pengikut mengenal pasti orang yang lebih berkuasa tanpa mengira
kesan positif atau negatif.
Karisma pemimpin menjadi asas kepada kuasa sah dan kuasa rujukan. Namun
ia bergantung kepada ahli kumpulan yang sanggup menerima, mengenal pasti dan
setuju kepada ciri-ciri yang ditunjukkan.Pemimpin dijadikan sebagai rujukan atau contoh
kepada pengikut kerana mempunyai kualiti, karisma dan reputasi yang baik. Apabila
dikaitkan dengan karisma, Weber menyatakan ia bukannya bersifat ketuhanan tetapi
kualiti luar biasa pada sifatnya yang dipenuhi dengan tenaga, keyakinan, wawasan
masyarakat akan datang.
Justeru itu, ada lelaki yang seakan-akan memiliki kuasa tuhan berkata-kata
dengan kepetahan lidah, wawasan yang tinggi dan aura yang menebal dan lelaki itu
berdiri seperti seorang Tuhan. Apabila nabi-nabi diturunkan oleh Tuhan untuk kaum-
kaumnya, mereka dianggap sebagai orang yang berkarisma. Kuasa rujukan Jesus
Chris jelas lebih tersohor kerana beliau bukan sahaja menyeru kepada satu-satu
bangsa, tetapi seluruh himpunan manusia. Hal ini kerana beliau mempunyai karisma.
Oleh itu, karisma memang penuh dengan misteri atas dua sebab. Pertama, sifat misteri
itu dipanggil karisma dan kedua orang yang memiliki karisma sengaja menjadikannya
misteri.
Benarlah satu pepatah Arab, âApabila diketahui sebab-sebabnya, maka��
terbatallah keajaibanâ. Dalam konteks ini, pengikut sentiasa ingin mengaitkan dirinya��
kepada pemimpinnya kerana dia amat menghormati pemimpin itu. Oleh itu, kuasa
rujukan merupakan kuasa kedua terpenting bersama-sama kuasa ganjaran untuk
pengikut patuh pada arahan seseorang pemimpin.Kuasa rujukan wajar dipraktikkan di
sekolah-sekolah di Malaysia kerana suasana kerja yang sihat akan terhasil dengan
menggunakan kuasa ini. Parakakitangan akan mencontohi pemimpin mereka
contohnya seorang pengetua itu selalu datang awal ke sekolah maka guru-guru akan
mencontohinya untuk datang awal ke sekolah. Dalam kata lain ketua mereka
merupakan idola dan role model kepada mereka. Maka mereka akan menghormati
ketua mereka. Namun amat jarang kita menemui pemimpin yang mempunyai kuasa ini.