Upload
ahmad-suhaimi-termizi
View
333
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK
SATU ANALISIS DAN SINTAKSIS
1.0 PENGENALAN
Pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah proses yang berlangsung di dalam otak
kanak-kanak ketika memperolah bahasa pertamanya atau bahasa ibunya.
Pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah merupakan satu kajian yang amat bermakna
dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik linguistik.
Bagaimana manusia memperolehai bahasa bermula dari sejak kelahiran.
Mengikut kajian penyelidik, bagaimana proses pemerolehan bahasa berlaku di
kalangan kanak-kanak. Hasil daripada kajian, saya mendapati pemerolehan bahasa di
kalangan kanak-kanak tidak teratur dan terhad, kerana bahasa yang diperolehi oleh
kanak-kanak tersebut hasil daripada pertuturan disekeliling kanak-kanak tersebut. Ibu
memainkan peranan penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak.
Bahasa yang diterima oleh kanak-kanak itu tidak terhad dan teratur, kerana
kanak-kanak tersebut memperolehi bahasa daripada ibunya, namun kanak-kanak
tersebut berupaya memahami sistem-sistem linguistik pertama sebelum mencapai usia
lima tahun. Fenomena yang kelihatan menakjubkan ini telah berlaku dan terus berlaku
dalam kalangan masyarakat dan budaya pada setiap masa.
Mengikut kajian penyelidik secara emprikal, terdapat dua teori utama yang
membincangkan bagaimana manusia memperolehi bahasa. Teori pertama
mempertahankan bahasa diperoleh manusia secara alamiah atau dinuranikan. Teori ini
dikenali sebagai hipotesis nurani dalam linguistik. Teori yang kedua mempertahankan
bahawa bahasa diperoleh manusia secara dipelajari.
Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembanan bahasa manusia.
Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa
1
kanak-kanak. Manakala pemerolehan bahasa yang kedua tertupu kepada bahasa
orang dewasa
. Pertumbuhan bahasa kanak-kanak meliputi tiga komponen iaitu sintaksis,
fonologi dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini tumbuh secara bersama-sama.
Walaubagaimanapun, perbincangannya selalu dipisah-pisahkan untuk
memudahkanpemahamannya. Pertumbuhan sintaksis bermula pada waktu seseorang
kanak-kanak mulai menerbitkan ayat-ayat yang terdiri daripada dua kata atau lebih.
Pada umumnya kanak-kanak mulai menggabungkan dua kata pada umur menjelang
dua tahun. Peringkat fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi bahasa yang
bermakna kepada kanak-kanak.
Dengan berinteraksi dengan kedua ibu bapanya melalui bunyi-bunyi
tertentu(cooing) dan membabel, seseorang bayi itu sebenarnya sudah mula mencipta
bahasa untuk berkomunikasi pada usia akhir satu tahun (Mei-Yu 2000). Manakala
peringkat semantik pula ialah peringkat di mana kanak-kanak mula memahami maksud
ayat ujarannya atau ayat-ayat yang diterimanya.
Pada permulaan usia dua tahun, perkataan pertama bagi kanak-kanak akan
muncul. Peringkat ini dipanggil peringkat “holofrasa” kerana perkataan yang
dikeluarkanoleh kanak-kanak biasanya terdiri daripada satu atau dua patah perkataan
mudah dalam satu masa. Bagi mereka ujaran satu perkataan tersebut seolah-olah
mewakili makna keseluruhan ayat yang lengkap (Shaffer 1999). Perkataan pertama
kanak-kanak biasanya sangat berbeza daripada sebutan perkataan orang dewasa, dan
perkataan-perkataan awal tersebut kebanyakannya kerap kali tidak jelas dan hanya
terhad kepada nama-nama objek, orang atau perkara-perkara tertentu sahaja (Bukatko
& Daehler 1995).
Jelasnya, perkataan awal kanak-kanak lebih berbentuk kontekstual. Kanak-
kanak akan menggunakan perkataan tunggal untuk membezakan seseorang atau
sesuatu benda dalam keadaan yang berbeza (misalnya memanggil “ma” apabila
melihat ibunya masuk ke bilik), kemudian melabelkan objek dengan 2 menghubungkan
2
kepada seseorang (misalnya menyebut “ma” apabila melihat gincu bibir ibunya atau tas
tangan kepunyaan ibunya), atau bagi menggambarkan kehendak (menyebut “ma”
sambil menghulurkan kedua-dua belah tangan supaya didokong oleh ibunya).
Mengikut Barret (1985) pada kebiasaannya pada tahap ini kanak-kanak lambat
menghasilkan perkataan. Tetapi apabila mereka memperoleh lebih daripada sepuluh
patah perkataan, kanak-kanak tersebut mula menambah perkataan baru dengan kadar
yang cepat atau dipanggil “ledakan perbendaharaan kata” (vocabulary spurt). Pada usia
dua tahun kanak-kanak mula menggabungkan perkataan untuk menghasilkan ayat
(Bukatko & Daehler 1995).
Pada kebiasaannya ayat pertama yang mereka gunakan terdiri daripada dua
patah perkataan dan sekali-sekala lebih panjang sedikit. Pada peringkat ini disebut juga
sebagai ‘ucapan telegram” (telegraphic speech) kerana pembentukan ayatnya seperti
ayat-ayat yang digunakan dalam telegram. Mengikut Berk (2000) ayat-ayat awal
kanak-kanak mempunyai perkataan-perkataan asas seperti yang digunakan dalam
telegram, iaitu hanya menggunakan kata nama dan kata kerja dengan mengabaikan
kata fungsi, kata penentu, kata gantinama diri, kata gantinama penunjuk dan kata kerja
bantu.
Meskipun ayat pertama kanak-kanak tidak mempunyai tatabahasa sebagaimana
pertuturan orang dewasa, tetapi mereka jauh lebih banyak menggabungkan rangkaian
perkataan biasa. Mengikut Braine (1976) ujaran mereka mempunyai struktur ayat yang
tersendiri iaitu terdiri daripada beberapa perkataan yang digelar “kata paksi” yang
digunakan dalam posisi tetap, dan digabungkan dengan perkataan yang jarang
digunakan yang dirujuk sebagai “kata bebas” dan mudah digantikan dengan perkataan-
perkataan lain. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menggunakan perkataan satu
perkataan sebagai kata paksi, dan menjadikan ayat sebagai “nak nasi”, “nak air”, ”,
“nak ikut” atau “banyak biskut”, “banyak kereta”, “banyak epal” dan sebagainya. Selain
itu kreativiti juga memainkan peranan penting pada peringkat awal pertuturan kanak-
kanak. Ayat-ayat yang diujarkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini biasanya tidak
terdapat dalam ujaran orang dewasa.
3
2.0 PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK
Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat
nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah
kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yan bersifat umum inilah digunakan
untuk menguasai seala-galanya termasuklah bahasa.
Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language
Acquisition Davice (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh
Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity For Language”. LAD dikatakan
telah dimiliki oleh setiap anak secara semulajadi dan dengan alat nurani ini akan
membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah
dan cepat.
Kajian-kajian terkini oleh Bates, Snow dan Tomasello telah mengemukakan
hipotesis bahawa pemebelajaran bahasa adalah hasil daripada kebolehan kognisi
umum manusia dan interaksinya dengan masyarakat sekitarnya. Salah satu alat terkini
yang digunakan untuk mengkaji kebolehan bahasa ialah CHILDES (Child Language
Data Exchange System) oleh Brian MacWhinney dan Catherine Snow.
Bayi-bayi yang baru lahir sudah mula mengecam bunyi-bunyi yang terdapat
disekitarnya. Mengikut Brookes (dlm. Abdullah Yuoff dan Che Rabiah Mohamed,
1995:456), kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana
bagi setiap bayi bermula pada waktu bayi itu berumur lebih kurang lapan belas bulan
dan mencapai bentuk yang hamper sempurna ketika berumur lebih kurang empat
tahun.
Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa
disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal
untuk mempelajarinya., sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh
ahli masyarakat disekitarnya. Pemerolehan bahasa sangat penting terutamanya dalam
4
bidang pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukup tentang proses dan hakikat
pemerolehan bahasa boleh membantu bahkan menentukan kejayaan dalam bidang
pengajaran bahasa.
Transkripsi Perbualan
Nama : Nur Qistina Syifa’ bt Ahmad Suhaimi
Umur : 4 tahun
Tarikh Lahir : 15 Mei 2008
Bil. Adik Beradik : 5 Orang
Nama Bapa : Ahmad Suhaimi b Ahmad Suhaimi
Pekerjaan : Guru
Nama Ibu : Che Nirwana bt Mohd Rafaie
Pekerjaan : Guru
Hobi : Melukis, menulis dan bersembang
Analisis data
Transkirp A
Transkrip asal perbualan antara subjek kajian dengan ibu.
Subjek kajian - S
Ibu - I
S : Hai, saya Qistina. Ini ibu saya. Saya nak baca orang bedoa,
5
I : Mari kita mula.
S : Mari kita mula.
I : Ok. Ini cerita apa adik ?
S : Ini ceta orang baca doa.Selepas makan, selepas, selepas dia makan, dia nak
Tidor, dia pun maca doa.
I : Baca doa, baca doa tidor?
S : Ha.. ( angguk )
I : Kalau tak baca doa ?
S : Nanti syaitan masuk badan.
I : Ooo.. takutnya. Adik tidor baca doa ?
S : baca (angguk)
I : Ooo.. Ini gambar apa?
S : Ini gambar.. dia..dia..Lelaki tu maca doa selepas makan. Syaitan tu pun panas.
I : Ooo syaitan panas. Kalau kita tak baca doa ?
S : Aaa.. Syaitanpun ikut kita makan.
I : Ooo.. Nanti syaitan jadi gemuk.
S : Ha ah.
I : macam mana gemuk ?
S : Gemuk macam ni (mimik muka – mulut ditutup dan pipi dikembongkan)
I : Ini gambar orang buat apa ?
S : Orang gosok gigi. Dia pun baca doa, syaitan pun panas.
I : Ooo.. Syaitan tak suka orang kotor-kotor ?
S : (geleng kepala)
I : Ok.. ni gambar apa?
S : Orang Solat.
6
I : Ooo .. orang solat, Adik solat ?
S : Solat ( angguk )
I : Kalau solat ?
S : Kalau solat jadi orang Islam.
I : Syaitannya ?
S : Syaitannya pun kebakar.
I : Ooo.. tebakar,.. padan muka. Ni gambar apa ?
S : Ini gambar kakak mengaji. Syaitan itu pun panas.
I : Panas ye ? Syaitan pergi mana ?
S : Syaitan itu pun lari.
I : Lari? Ini gambar apa ?
S : Ini gambar aa…aa.. kakak tengah sapu daun.
I : Allah suka orang bersih ?
S : Allah suka orang yang bersih.
I : Ok. Habis dah ok.by kawan-kawan.
S : Ok. By kawan-kawan. Jumpa lagi
I : Assalamualaikum..
S : Assalamualaikum.
7
Analisis data
Transkirpsi B
Transkrip perbualan antara subjek kajian dengan ibu.
Subjek kajian - S
Ibu - I
S : Hai, saya Qistina. Ini ibu saya. Saya nak baca cerita orang berdoa,
I : Mari kita mula.
S : Mari kita mula.
I : Ok. Ini cerita apa adik ?
S : Ini cerita orang membaca doa.selepas makan, selepas, selepas dia makan,
dia nak tidor, dia pun membaca doa.
I : Baca doa, baca doa tidur?
S : Ha.. ( angguk )
I : Kalau tak baca doa ?
S : Nanti syaitan masuk badan.
I : Ooo.. takutnya. Adik tidur baca doa ?
S : baca (angguk)
I : Ooo.. Ini gambar apa?
S : Ini gambar.. dia..dia..lelaki tu baca doa selepas makan. Syaitan tu pun panas.
I : Ooo syaitan panas. Kalau kita tak baca doa ?
S : Aaa.. Syaitanpun ikut kita makan.
I : Ooo.. Nanti syaitan jadi gemuk.
S : Ha ah.
8
I : macam mana gemuk ?
S : Gemuk macam ni (mimik muka – mulut ditutup dan pipi dikembongkan)
I : Ini gambar orang buat apa ?
S : Orang gosok gigi. Sebelum gosok gigi dia pun membaca doa, syaitan
pun panas.
I : Ooo.. Syaitan tak suka orang kotor-kotor ?
S : (geleng kepala)
I : Ok.. ni gambar apa?
S : Orang Solat.
I : Ooo .. orang solat, Adik solat ?
S : Solat ( angguk )
I : Kalau solat ?
S : Kalau solat jadi orang Islam.
I : Syaitannya ?
S : Syaitannya pun terbakar.
I : Ooo.. terbakar,.. padan muka. Ni gambar apa ?
S : Ini gambar kakak mengaji. Syaitan itu pun panas.
I : Panas ye ? syaitan pergi mana ?
S : Syaitan itu pun lari.
I : Lari? Ini gambar apa ?
S : Ini gambar aa…aa.. kakak tengah menyapu daun.
I : Allah suka orang bersih ?
S : Allah suka orang yang bersih.
I : Ok. Habis dah ok.by kawan-kawan.
S : Ok. By kawan-kawan. Jumpa lagi
9
I : Assalamualaikum..
S : Assalamualaikum.
1.0 ULASAN TENTANG KAJIAN PERBUALAN
Transkripsi kajian perbualan dengan kanak-kanak ini dilakukan di rumah mereka
iaitu No 3, Desa Nelayan Pasir Panjang, Sekinchan Selangor. Perbualan ini dirakamkan
di ruang tamu rumah pada waktu malam.
Perbualan berlaku antara anak yang bernama Nur Qistina Syifa’ dengan ibunya
yang bernama Che Nirwana bt Muhd Rafaie. Perbualan dirakam oleh saya yang
merupakan bapa kepada kanak-kanak tersebut.
5.0 ANALISIS TENTANG ASPEK-ASPEK LINGUISTIK YANG
TERDAPAT DALAM PERBUALAN
5.1 ASPEK FONOLOGI
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai
kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang
pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.
Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.
Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Fonologi atau Fonemik ialah mengkaji bunyi bahasa sebagai fonem dan sistem
fonem sesuatu bahasa yang digunakan. Dalam perbualan yang dirakamkan, terdapat
10
beberapa contoh pertuturan yang ditemui tidak selaras dengan penggunakan bahasa
standart. Kebanyakan penggunaan kata yang dibualkan antara ank dan ibunya ialah
penggunaan vocal, konsonan dan semi vokal. Penggunaan vokal datap dikenal pasti
apabila terjadinya tiada halangan pada alat artikulasi. Vokal merupakan bunyi yang
bersuara. Contoh penggunaan dalam dialog ialah :-
i. Apa
ii. Kita
iii. Suka
iv. Nama
v. Ibu
vi. Baca
Penggunaan konsonan pula terjadi apabila arus udara dihalang atau
dihambat pada sebahagian alat artikulasi. Proses hambatan pada arus udara
dapat disertai dengan bergetarnya pita suara.
Kebiasaannya penggunaan konsonan bersuara akan melibatkan
penggunaan huruf b, d. g, v, z, l. Pengunaan konsonan tidak bersuara pula
melibatkan penggunaan huruf p, t, k , f, s dan seumpamanya. Contoh yang
terdapat dalam teks perbualan tersebut ialah :
i. mari
ii. Baca
iii. syaitan
iv. Pandai
v. badan
vi. panas
vii. solat
viii. Sapu
11
Aspek fonologi dan fonetik yang seterusnya dikenal pasti ialah penggunaan
nasal dan oral. Bunyi bahasa yang dapat dibezakan sebagai bunyi nasal ( sengau ) dan
oral. Perbezaan ini didasarkan kepada keluarnya atau disertainya udara melalui rongga
hidung. Biasanya penggunaan bunyi nasal dan oral ini melibatkan penggunaan huruf
ng, ny, g, p , k, t, d. Contoh yang diperoleh dalam perbualan yang dirakamkan ialah :-
i. Gemuk
ii. Orang
iii. Mengaji
iv. Syaitannya
v. Tengah
5.2 ASPEK MORFOLOGI
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Sesuatu perkataan yang dibentuk . Aspek ini juga melibatkan jenis-
jenis ayat yang digunakan untuk membentuk pertuturan. Dalam penggunaan bahasa
Melayu , terdapat beberapa jenis ayat iaitu:-
i. Ayat Tanya
ii. Ayat seru
iii. Ayat penyata
iv. Ayat perintah
Morfologi juga bermaksud kajian tentang kata dan pembentukan kata , kelas kata
dan imbuhan. Dalam morfologi, unit yang terkecil yang mempunyai makna dan tugas
nahu ialah morfem. Dalam perbualan yang dirakamkan, jenis ayat yang digunakan
ialah:-
12
i. Ayat Tanya
Ayat Tanya merupakan sejenis pola ayat yang biasanya dihujung ayat
mengandungi perkataan ‘kah’. Namun begitu pola ayat sedemikian tidak
terdapat dalam transkripsi ini.
ii. Ayat Penyata
a. Ini ibu saya.
b. Saya nak baca orang berdoa
c. Lelaki itu baca doa selepas makan
d. Kalau solat jadi orang Islam
e. Ini gambar kakak mengaji
Jawapan yang dikemukan dalam perbualan merupakan penggunaan perkataan
yang agak ringkas namun maksud yang ingin disampaikan amat jelas. Pemilihan kata
yang digunakan memberikan maksud yang lengkap bagi setiap soalan-soalan yang
dikemukakan.
iii. Penggunaan imbuhan.
Dalam sesi perbualan, penggunaan imbuhan yang sesuai bagi perkataan tidak
digunakan . Ini mungkin berpunca daripada sesi perbualan yang tidak formal. Di
samping itu, kanak-kanak yang dijadikan sampel ini merupakan kanak-kanak berumur 4
tahun. Kosa kata dan penggunaan ayatnya belum berkembang dengan
sempurna.Contoh pengunaan kata adalah seperti berikut :-
a. Hai, saya Qistina. Ini ibu saya, Saya nak baca orang bedoa .
Sepatutnya ayat di atas perlu menggunakan imbuhan yang sesuai bagi
menjadikan ayat itu lebih gramatis. Imbuhan perlu diletakkan pada perkataan
baca ( membaca ). Pada perkataan ‘bedoa’, imbuhan ‘ber’ wujud tetapi tidak
lengkap. Sepatutnya ia disebut berdoa.
13
5.3 ASPEK SINTAKSIS ( golongan kata )
Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan
binaan ayat.Sintaksis mengkaji morfem dan hubungan morfem-morfem menjadi frasa
atau gatra dan ayat. Dalam sintaksis, terdapat beberapa golongan kata yang digunakan
dalam perbualan. Antara golongan kata yang diguna pakai semasa perbualan tersebut
ialah :-
a. Kata Nama – ibu, syaitan, lelaki, kakak.daun
b. Kata ganti diri – dia
c. Kata Kerja – baca,berdoa,makan,tidur,mengaji
d. Kata Adjektif – gemuk,panas
e. Kata hubung relatif - yang
f. Kata Ganti Nama - kita
5.4 ASPEK SEMANTIK
Bahasa pada lahirnya merupakan ucapan yang terdiri daripada gelombang suara
dan dari suara dan dari segi tulisan merupakan coretan dakwat, cat dan sebagainya.
Semantik sebenarnya mempunyai dua pengertian:
i) Bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna
Ungkapan dan juga struktur makna sesuatu pertuturan.
ii) Satu sistem dan penyelidikan makna sesuatu bahasa
Sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji makna, semantik boleh dilihat dari
sudut erti yang luas dan sempit. Semantik dalam erti kata yang sempit meliputi
maklumat linguistik sahaja. Bagaimanapun dalam erti kata yang luas, semantic juga
meliputi sintaksis, malah pragmatik.
14
Sejauh ini kita telah mendapat penjelasan bahawa semantic itu merupakan
kajian tentang makna dalam bahasa. Makna-makna itu boleh ditinjau daripada pelbagai
peringkat bahasa, fonem, morfem, perkataan dan juga ayat. Malah, semantik juga
mangkaji hal tentang hubungan antara unsur-unsur tersebut antara satu sama lain.
Malah ilmu semantik member banyak kebaikan kepada para pengkajinya, antaranya
seperti yang dikemukakan oleh Walpole (1941: 28-31):
i) Pengkaji akan lebih memahami perkara yang didengar dan dibaca.
ii) Pengkaji akan bertutur dan menulis dengan lebih berkesan.
Pengkaji akan dapat berfikir dengan lebih berhati-hati. Kata “semantik” ini,
sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa
makna ‘penting’ atau ‘bererti’.
Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang
mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada
umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut.
Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek
seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa
Penggunaan semantik dalam perbualan ialah :-
a. Nanti syaitan masuk badan - bermaksud syaitan akan menguasai tubuh badan
orang yang tidak berdoa
b. Ha (sambil mengangguk) - bermaksud ya
c. Lelaki itu maca doa selepas makan, syaitan tu pun panas – bermaksud
‘orang lelaki itu membaca doa selepas makan, syaitan itu pun kepanasan’,
d. Kalau solat jadi orang Islam- Sepatutnya, Orang Islam mesti mengerjakan
Solat
15
5.5 PENGARUH PERSEKITARAN
Pengaruh persekitaran sangat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak ini. Lokasi
kampong tempat tinggal kanak-kanak yang telah dirakamkan merupakan sebuah
kawasan pinggir bandar.Ibu bapa kanak-kanak ini adalah guru.
Kanak-kanak ini gemar menonton televisyen. Ini mungkin menyebabkannya
cepat matang dalam berbahasa.Berdasarkan transkrip,tidak terdapat penggunaan logat
kedaerahan dalam pengucapan kanak-kanak ini.
6.0 LAPORAN KESELURUHAN PERBUALAN
Berdasarkan kajian terhadap perbualan yang telah dirakamkan, pelbagai aspek
yang dapat dikaji dan diteliti sama ada aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik. Kanak-kanak yang ditemu bual merupakan kanak-kanak yang mempunyai
persekitaran kehidupan yang kondusif. Ini bermakna , penggunakan katanya agak luas
dan baik. Tiada pengaruh dialek tempatan dan penggunaan Bahasa Melayu Standard
dalam perbualan sama ada oleh kanak-kanak tersebut dan ibunya. Perbualan juga
Nampak santai dan tidak mengongkong, dengan plot diatur untuk kanak-kanak itu
bercerita Perbualan menjadi lancar dan ramah kerana kanak-kanak ini berbual dengan
ibunya. Ini mungkin terjadi bagi mewujudkan suasana yang selesa untuk merakamkan
perbualan. .
Kesimpulannya, pemerolehan bahasa adalah proses yang berlangsung di
dalam otak kanak-kanak ketika memperolehi bahasa pertamanya atau bahasa ibunya.
Bentuk interaksi rakaman ini terdiri daripada interaksi separa terancang, dimana kanak-
kanak itu tahu perbualannya dirakam.
16
Oleh itu, melalui rakaman ini saya mendapati kanak-kanak tersebut merupakan
seorang kanak-kanak yang matang berbanding usianya 4 tahun. Mungkin factor
persekitaran dan latar belakang keluarga yang menjadikan kanak-kanak tersebut
seorang kanak-kanak yang cerdas, yakin dan ceria.
17
BIBLIOGRAFI
Ahmad Mahmood Musanif Semantik. BBM 3206 (Unit 1-8/8).
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Che Ibrahim Salleh .Pengantar Linguistik Am. BBM 3201 (Unit 1 – 14/14) Program
Bacelor.. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Prof. Dr. Abd. Hamid Mahmood.Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. BBM 3202
(Unit 1-8/8). Program Bacelor Pendidikan. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Siti Hajar Abdul Aziz Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1. Edisi Kedua.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T).
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmooh. Tatabahasa
Dewan. Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka 1994.
. Sharifah Nor Syed Abd.Rahman,Nornajmah Najmuddin,Rosdah Omar,2007. Bahasa
Melayu STPM kertas 1& 2.Selangor : Arah Pendidikan Sdn Bhd.
Nik Sarifah Karim,1998 Sosiolinguistik bahasa Melayu:Fajar Bakti Sdn Bhd.
5.Mangantar Simanjentan,1982 Aspek Bahasa Dan Pengajaran :
Sarjana.
18