Upload
rosnani-hassan
View
78
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
SEMESTER 7 / 2013
HBML2203PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
BAHASA MELAYUJANUARI 2013
PELAJAR : ROSNANI BT HASSAN
NAMA TUTOR : DR NATHESAN A/L SELLAPAN
NO MATRIKULASI : 720424085518001
NO KAD PENGENALAN : 720424085518
NO TELEFON : 0197312429
E-MAIL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : Batu Pahat
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Nathesan b Sellapan kerana tidak
pernah jemu memberi tunjuk ajar dan bimbingan dengan penuh dedikasi dan nasihat yang
baik dan bernas, menyumbang idea yang pelbagai dan meluas, menjana buah fikiran ,
membina dan memotivasikan serta menjadi perangsang dan penyokong moral kepada saya
dalam menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru besar Sk Seri Yong Peng,Sk Yong Peng
Sk Seri Kota, SK Seri Telok dan Sk Pasir Putih yang telah memberi kerja sama dan
kebenaran kepada saya untuk mengutip data di sekolah mereka. Terima kasih yang
tidak terhingga juga saya ucapkan kepada guru –guru di sekolah berkenaan yang sudi
memberikan kerjasama menjawab soal selidik saya.
Setinggi-tinggi terima kasih saya merakamkan kepada suami saya Mohamad Sham b
Bunawan dan tiga orang anak kesayangan saya yang sentiasa memahami kesibukan saya
semasa menghabiskan penulisan ini. Walaupun pada ketika itu saya tidak berkesempatan
menghabiskan masa bersama-sama mereka ,tetapi mereka tidak pernah merungut.
Akhir sekali, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya memberikan
idea dan ilham untuk menyudahkan tugasan ini serta memberikan ketabahan
yang tidak terkira sehingga berjaya menyelesaikan tugasan ini.
SUSUNAN KANDUNGAN
PENGHARGAAN
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif penulisan/penyelidikan
3.0 Definisi konsep
4.0 Perbincangan /hasilan penyelidikan
4.1 Kefahaman tentang konsep Sekolah Bestari
4.2 Objektif ,peranan ,dan fungsi Sekolah Bestari
4.3 Pedagogi di Sekolah Bestari
4.4 Kemahiran di Sekolah Bestari
4.5 Hasilan guna tenaga yang diharapkan melalui Sekolah Bestari acuan Malaysia
4.6 Cadangan
5.0 Kesimpulan
RUJUKAN
1.0 Pengenalan
Negara berhasrat untuk mencapai matlamat wawasan 2020 , selaras dengan itu kerajaan
Malaysia berusaha mengubah sistem pendidikan di Negara ini. Sistem pendidikan sedia ada
perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT). Oleh itu kerajaan merancang perubahan dalam pendidikan dengan melaksanakan
Sekolah Bestari. Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Bestari mengandungi empat
komponen utama, iaitu kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan bahan pengajaran-
pembelajaran.
Tujuannya pelaksanaan Sekolah Bestari untuk meningkatkan pertumbuhan produktiviti yang
dimiliki melalui kepakaran dalam bidang teknologi,tenaga kerja yang kritis dan kreatif
mampu bersaing dari segi ekonomi dan sebagainya.Justeru itu , pembentukan Sekolah Bestari
yang lengkap dengan teknologi terkini disediakan bagi memantapkan pendidikan dan
menyediakan tenaga kerja alaf baru.
2.0 Objektif penulisan/penyelidikan
Fokus kajian saya kali lebih menjurus kepada persepsi guru-guru di kawasan saya terhadap
konsep sekolah bestari sama ada guru-guru tersebut memahami atau tidak Konsep Sekolah
Bestari. Kajian ini akan mengkaji tahap pengetahuan guru-guru terhadap konsep Sekolah
Bestari. Kajian juga akan membincangkan sejauh mana guru-guru tahu peranan mereka di
Sekolah Bestari serta menilai pengetahuan guru terhadap pedagogi bestari. Pada akhir
tugasan ini saya , terdapat cadangan untuk menerapkan konsep sekolah bestari kepada guru-
guru terutamanya di kawasan luar Bandar.
3.0 Definisi dan konsep Sekolah Bestari
Sekolah Bestari didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran
dan pembelajaran lebih ke arah intelek pelajar dengan menggunakan teknologi sebagai modul
penggerak utama. Oleh yang demikian penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Proses pembelajaran dan pengajaran iaitu
proses berkaitan dengan pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran dan pedagogi dapat
membantu proses pengajaran dengan lebih berkesan dan efektif dengan adanya bantuan ICT.
Ini diperjelaskan dengan kata-kata Tun Mahathir Mohamed dipetik daripada Multimedia
Super Corridor (1 August 1996),”Teachers will need to change their role in the electronic
classroom from being information providers to counselors to help students develop know
how and judgment to select information sources.Key to success in the Information Age will
be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our
education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing
education throughout their lives”.
Pembestarian dari kaca mata Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, dipetik daripada
Multimedia Super Corridor (M.S.C.), 3 Julai 2004 “The smart school program will be re-
modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost
to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet
program, which is already at an advanced stage of implementation.Advanced teaching and
learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for
teaching, while the Smart School Management System will be used to improve
administration processes`.
Manakala Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005. ”
… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan
moden mengikut arus pembangunan semasa.Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran
kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid
dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari
segi kos”.
Nur Azimah bt Zaini et:al (2011) dalam Information and communication technology in
chemistry mendefinisikan Sekolah Bestari sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses
pengajaran dan pembelajaran lebih ke arah intelek pelajar dengan menggunakan teknologi
sebagai modul penggerak utama. Oleh yang demikian penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Proses pembelajaran dan
pengajaran iaitu proses berkaitan dengan pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran dan
pedagogi dapat membantu proses pengajaran dengan lebih berkesan dan efektif dengan
adanya bantuan ICT.
Di dalam Buku Panduan Pembestarian Sekolah (2004), menjelasksn mengikut Rangka
Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010), setiap tenaga kerja di negara ini perlu celik
teknologi maklumat, berkemahiran mempunyai kualiti berikut:
• berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi;
• berkemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta
menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan; dan
• mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi, kepelbagaian kemahiran
dan pengetahuan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta nilai dan
etika kerja yang positif.
Konsep Sekolah Bestari di Malaysia bertujuan untuk memenuhi keperluan berikut:
a) Menyediakan pelajar keluar sekolah menghadapi zaman maklumat
b) Melakukan perubahan sistematik dalam system pendidikan , daripada sekolah yang
berorientasikan peperiksaan kepada sekolah yang berbudaya maklumat,inovatif dan
kreatif.
c) Memberi penekanan semua terhadap sains dan teknologi dengan tumpuan kepada
kreativiti dan inovasi.
d) Melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknologi maklumat.
e) Menyemai budaya penyayang di kalangan pelajar dan melahirkan warga yang
mencintai keamanan serta menghargai persekitaran yang sihat.
(Kementerian Pendidikan.1999,http//www.ppk.kpm.my/ppk/)
Sebagaimana yang kita ketahui, Sekolah Bestari ialah sekolah yang dibentuk semula secara
menyeluruh meliputi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi
menyediakan murid yang mampu berdaya saing dalam zaman yang semakin
mencabar.Sekolah Bestari bukan bermakna menggunakan kemudahan teknologi semata-mata
tetapi jauh lebih menjurus ke arah pembentukan insaniah membangunkan
jasmani,emosi,rohani dan intelek serta mendemokrasikan pendidikan.
4.0 Perbincangan /hasilan penyelidikan
Berdasarkan soal selidik yang saya jalankan kepada 4 orang guru daripada 5 buah sekolah
yang berbeza 2 buah sekolah luar Bandar iaitu Sk Seri Yong Peng muridnya seramai 300
orang dan SK Pasir Putih sebuah sekolah SKM(kurang murid) dan 3 buah sekolah Bandar.
SK Seri Telok jumlah muridnya hampir 700 orang ,SK Yong Peng muridnya lebih kurang
300 orang dan SK Seri Kota muridnya 200 lebih.
Respondan soal selidik ini terdiri daripada 8 orang guru lelaki dan 12 orang guru wanita , 5
orang berumur 24 hingga 35 tahun, 10 orang berumur 36 hingga 45 tahun , manakala
selebihnya berumur 46-56 tahun. 17 orang respondan berbangsa Melayu , seorang
berketurunan India dan 2 orang berbangsa Cina.
Walaupun berbeza latar belakang budaya dan bangsa, dan berbeza sekolah sekolah ,hasil
dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan kefahaman guru terhadap sekolah bestari
hampir sama.Namun demikian perbezaan umur , banyak mempengaruhi pemahaman mereka
terhadap sekolah bestari.
4.1 Kefahaman tentang konsep Sekolah Bestari
Hasil soal selidik menunjukkan 80% responden yang berumur 24-35 tahun memahami
konsep Sekolah Bestari ,diikuti oleh mereka yang berumur 36-45 sebanyak 70% manakala
kalangan guru berumur 46-56 tahun hanya 40% mengetahui konsep sekolah
Bestari.Berdasarkan dapatan ini jelaslah menunjukkan guru muda lebih memahami konsep
Sekolah Bestari ini kerana kebanyakan guru muda memiliki kemahiran ICT yang tinggi
justeru itu ,perubahan pendidikan semakin mudah mereka diterima melalui teknologi terkini .
65% guru perempuan lebih memahami konsep Sekolah Bestari berbanding guru lelaki hanya
40% mengetahui konsep ini. Dapatan kajian menunjukkan guru wanita lebih rajin dan
berminat membuat kajian atau gemar mengadakan perbincangan sesama sendiri mengenai
konsep ,matlamat dan objektif Sekolah Bestari berbanding guru lelaki.
Satu hasil dapatan kajian yang hampir menyamai dapatan saya disediakan oleh Mohd Izham
Bin Mohd Hamzah dan Norzaini Azman yang bertajuk Pandangan Pentadbir terhadap
Implementasi Proses Perubahan Terancang pada Sekolah Bestari di Malaysia dalam
izan.norzaini.ukm.pdf , iaitu golongan pentakbir biasanya dalam lingkungan 45 hingga 56
tahun tidak jelas tentang konsep Sekolah Bestari.
Di dalam kajian beliau ada menyatakan , para pentadbir di sekolah bestari mempunyai
pandangan yang positif terhadap kewujudan sekolah bestari, tetapi mereka merasakan
perubahan yang diperkenalkan datang secara bertimpa-timpa dan bukan setakat pembestarian
sahaja yang diperkenalkan. Malah mereka menyatakan banyak perubahan-perubahan lain
yang diperkenalkan di sekolah serentak dengan perubahan yang berkaitan dengan sekolah
bestari. Oleh kerana itu berlaku kekeliruan dan hilang fokus terhadap perubahan yang
manakah yang perlu diberi perhatian.
Ini sebagaimana dinyatakan oleh GPK KOKU yang juga merupakan guru subjek Bahasa
Melayu sebuah sekolah bestari ini. ”Belum habis lagi perubahan tentang bestari
diperkenalkan, kemudian datang pula perubahan baru lain yang diperkenalkan pula. Jadi,
saya rasa perubahan yang diperkenalkan itu datang secara mendadak. Saya berasa bestari
belumlah lagi dapat dijalankan sepenuhnya kemudian diperkenalkan pula KOMSAS dalam
BM. Setelah KOMSAS baru diperkenalkan, maka datang pula Etems. Jadi, saya rasa
perubahan yang diperkenalkan di sekolah bestari ini terlalu banyak dan bertimpa-timpa”.
Jelas di sini guru dalam kalangan pentakbiran iaitu guru senior sukar untuk memahami
konsep Sekolah Bestari. Oleh kerana itulah hasil dapatan saya menunjukkan guru senior
ramai tidak memahami konsep Sekolah Bestari. Kebanyakkan guru senior sudah berada di
zon selesa , mereka kurang tekanan bekerja oleh itu mereka kurang memberi penekanan
terhadap perubahan-perubahan terkini. Apatah lagi mereka yang sudah berada di peringkat
umur hampir bersara mereka merasakan tidak perlu lagi memahami konsep Sekolah Bestari
kerana mereka tidak akan melaksanakannya.
4.2 Objektif ,peranan ,dan fungsi Sekolah Bestari
Tahap Guru24-35th
% Guru36-45th
% Guru46-56th
%
Kurang setuju 1 10 2 40
Tidak pasti 3 30 2 40
Setuju 4 80 4 40 1 20
Sangat Setuju 1 20 2 20
% mengetahui 5 100 6 60 1 20
Jadual di atas menunjukkan hasil kajiselidik untuk melihat tahap pemahaman guru tentang
objektif ,peranan dan fungsi Sekolah Bestari.Dapatan kajian ini menunjukkan guru muda
yang berumur dalam lingkungan 24-35 tahun lebih mengetahui tentang konsep, peranan dan
fungsi Sekolah Bestari. Peringkat umur pertengahan pula hampir 60% memahami konsep
sekolah bestari.Manakala guru peringkat umur 45-56 tahun hanya 20% yang memahami
objektif,peranan dan fungsi Sekolah Bestari .
Faktor ini berlaku kerana kebanyakkan guru diperingkat umur ini mempunyai pengetahuan
ICT yang terhad. Oleh kerana itu , mereka juga kurang diberi pendedahan tentang
pembestarian sekolah. Pihak pentakbiran menghantar guru-guru muda ke kursus-kursus
pembestarian sekolah yang kebanyakkannya memerlukan guru-guru mahir ICT. Kurangnya
pendedahan menjadikan mereka kurang mengetahui konsep,peranan dan fungsi Sekolah
Bestari.
4.3 Pedagogi di Sekolah Bestari
Berdasarkan Buku Panduan Pembestarian Sekolah (2004),pedagogi sekolah bestari meliputi
perkara-perkara berikut,antaranya ialah :
Pengintegrasian elemen-elemen bestari dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran sekolah.Elemen ini meliputi gaya pembelajaran,kecerdasan
pelbagai,pendekatan pengajaran,strategi pengajaran dan pembelajaran dan
kemahiran generik.
Pengurusan kurikulum – Guru perlu memastikan spesifikasi kurikulum mata
pelajaran yang hendak diajar.Guru perlu merancang aktiviti pemelajaran
jangka panjang dan jangka pendek dengan berkesan.Pelajar perlu diberi ruang
belajar sendiri,guru hanya sebagai pemudahcara.
Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran – Menggunakan pelbagai
sumber media elektronik dan bukan elektronik. Antara media elektronik yang
boleh digunakan seperti seperti perisian multimedia,VCD,CD audio,internet
dan CDRI.
Kajiselidik yang dijalankan menunjukkan 60% guru faham pedagogi yang diamalkan di
Sekolah Bestari namun demikian 40% guru masih belum faham tentang pedagogi Sekolah
Bestari. Kebanyakkan guru beranggapan bahawa Sekolah Bestari bererti penggunaan ICT
sepenuhnya dalam pendidikan . Oleh itu mereka beranggapan sekolah luar Bandar yang tidak
mempunyai kemudahan ICT tidak boleh menjalanan program Sekolah Bestari.
Di dalam tesis sarjana yang ditulis oleh Ahmad Hanizar b Abdul Halim(2007) belau
memberikan perbezaan Pembelajaran Tradisional / Pembelajaran secara bersemuka
(PSB)dengan Pembelajaran Berbantukan Komputer(PBK):
Menurut beliau Pembelajaran Tradisional /pembelajaran secara Bersemuka (PSB) ialah suatu
situasi pembelajaran yang tipikal di dalam kelas yang berpusatkan guru di mana buku teks
menjadi teras bacaan dan alatan bantu mengajar lain, kecuali komputer, diguna untuk
membantu proses P&P, dan waktu kelas digunakan untuk menyampaikan maklumat dan
menjawab soalan pelajar.
Manakala Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)pula, ialah pendekatan berpusatkan
pelajar yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di mana
pendekatan ini boleh jadi berbentuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah, atau
secara penemuan untuk meneroka maklumat melalui komputer (Baharudin et al., 2002)
Komputer akan digunakan secara meluas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
penilaian serta pentadbiran sekolah-sekolah bestari. Empat subjek utama dalam kurikulum
pendidikan Sekolah Bestari iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang
akan digunakan di dalam bilik daijah selaras dengan amalan pedagogi yang telah digariskan
dalam perancangannya. Bahanbahan tersebut akan memiliki sistem penilaiannya yang
tersendiri dan ia digunakan untuk membantu proses pembelajaran dengan cara yang
bersesuaian dengan tahap dan gaya pembelajaran seseorang pelajar.
(Asmelinda bt Ismail et:al 2001)
Berdasarkan kenyataan kajian di atas jelaslah bahawa perbezaan pedagogi bestari dengan
pedagogi sekolah tradisional. Dalam pedagogi bestari ,pembelajaran menjadi lebih menarik
kerana adanya bahan bantu seperti komputer dan perisiannya. Pembelajaran berpusatkan
murid dan media guru hanya bertindak sebagai pemudah cara. Murid boleh belajar mengikut
kemampuan kendiri.
4.4 Kemahiran di Sekolah Bestari
Tahap Pengintegrasian ICTDalam konteks kajian ini, pengintegrasian ICT merujuk kepada kekerapan guru menggunakan aplikasiICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru(n=186, 94.4%) menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya sekali dalamseminggu bagi penyediaan dokumen seperti kertas ujian dan peperiksaan serta lembaran kerja.Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap tinggi (M=2.8, SP=.59). Aplikasi hamparan elektronikturut digunakan oleh majoriti guru (n=136, 69.1%) sekurang-kurangya sekali dalam seminggu untuktujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.86,SP=.90). Selain itu, majoriti guru (n=125, 63.4%) turut didapati mengguna aplikasi persembahanelektronik dalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya untukmenghasilkan slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.75,SP=.95). Kebanyakan guru (n=118, 59.9%) juga mengintegrasi penggunaan CD koswer dalam pengajarandan pembelajaran di bilik darjah. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.67,SP=1.02). Namun begitu, guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoritiguru (n=120, 60.9%) didapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut. Justeru,pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah (M=0.57, SP=.79). Majoriti guru (n=136, 69%)didapati merujuk kepada World Wide Web untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan pelajaran yangdiajar. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.92, SP=1.0). Daripada segi
Tahap Guru % Guru % Guru %
24-35th 36-45th 46-56thKurang setuju 1 10 2 40
Tidak pasti 3 30 2 40
Setuju 4 80 4 40 1 20
Sangat Setuju 1 20 2 20
% mengetahui 5 100 6 60 1 20
4.5 Hasilan guna tenaga yang diharapkan melalui Sekolah Bestari acuan Malaysia
4.6 Cadangan
http://www.kedah.edu.my/sahc/esei_karya/Microsoft%20Word%20-%20PENGURUSAN
%20PEMBELAJARAN%20BESTARI.pdfSobariyah bt. Razak
sanakan, maka masalah ketiadaan juruteknik untuk Makmal Komputer sudah pasti dapat
diatasi.
Cadangan Pendekatan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek
Adalah dirasakan pembelajaran berasaskan projek bukan sahaja mampu menjadikan alam
pendidikan menjadi lebih berkesan tetapi juga lebih selesa, menarik dan berkualiti serta dapat
menonjolkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia di rantau ini.
Sekiranya
pembaharuan ini dapat dilaksanakan, sudah pasti KSAH mampu mendepani sekolah-sekolah
dalam
program pembestarian sekolah.
Dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek, pelajar-pelajar akan diberi tugasan
tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar.
Pelajar
kemudiannya akan akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk
menyiapkannya.
Laman web guru mata pelajaran atau laman web panitia Mata Pelajaran bolehlah digunakan
untuk
membantu para pelajar mendapatkan bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan
guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara
yang perlu
diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang
masa dan
secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah
diakses oleh
para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut, penggunaan e-mel boleh
dimaksimumkan.
Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berasaskan projek ialah pembentangan hasil
tugasan. Komputer hendaklah digunakan sebagai salah satu alat untuk pembentangan.
Semasa
7.0 Kebaikan Dan Kelemahan Sekolah Bestari
7.1 Kebaikan Sekolah Bestari
Seperti yang kita ketahui, Sekolah Bestari ini merupakan institusi pembelajaran yang
diubahsuai oleh Kementerian Pelajaran dengan menggunakan sistem pengajaran-
pembelajaran berasaskan atau berpandukan ICT. Dengan penggunaan ICT pada masa kini
amatlah diperlukan kerana dunia semakin maju dan moden. Di sini terdapat beberapa
kebaikan yang diperoleh dalam melaksanakan program Sekolah Bestari di Malaysia iaitu :
7.1.1 Melahirkan masyarakat yang celik IT pada masa hadapan.
Malaysia merupakan salah satu negara yang sedang membangun di dunia ini. Oleh itu,
sekolah bestari ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak kerajaan iaitu
Kementerian Pelajaran untuk mencapai Wawasan 2020 yang sering kita dengarkan demi
memajukan negara kita. Melahirkan masyarakat yang celik IT merupakan salah satu
matlamat yang hendak dicapai dalam Wawasan 2020. Oleh itu, memang wajarlah pihak
kerajaan melaksanakan Sekolah Bestari ini yang berlandaskan IT. Untuk melahirkan
masyarakat yang celik IT pada masa hadapan kita perlukan mulai dari sekarang bak kata
pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya
menerapkan atau mendidik masyarakat supaya kenal dan tahu cara menggunakan IT ini.
Dengan wujudnya Sekolah Bestari ini iaitu sistem pendidikan yang berpandukan teknologi
dapat menjadikan sistem pembelajaran hari ini semakin maju dan dapat menggalakkan lagi
penggunaan teknologi-teknologi moden yang ada. Sebagai contohnya, penggunaan LCD dan
komputer riba dalam proses pembelajaran dapat memberi impak yang besar kepada
masyarakat kita. Bukan itu sahaja, malah guru-guru juga akan dihantar untuk pergi ke kursus-
kursus mengenai ICT untuk membolehkan atau menjayakan konsep Sekolah Bestari ini.
Bukan itu sahaja, kita juga boleh merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar yang
sering dipinggirkan. Hal ini jelas membuktikan dengan wujudnya sistem Sekolah Bestari ini
dapat melahirkan masyarakat celik IT walaupun tidak sepenuhnya lagi.
7.1.2 Menarik minat pelajar untuk menerokai lebih banyak pengetahuan.
Dengan prasarana dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran di sekolah-
sekolah bestari ini dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu.
Pada dunia yang tanpa sempadan ini, para pelajar dan masyarakat boleh mencari pelbagai
maklumat di hujung jari sahaja. Hal ini memperlihatkan begitu mudah pada masa kini para
pelajar untuk mencari sebarang maklumat menggunakan teknologi yang ada tanpa perlu
beratur panjang. Berbeza dengan sistem lama yang hanya menggunakan papan hitam sebagai
tempat atau platform dalam menyebarkan ilmu.
Dengan adanya Sekolah Bestari, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
membolehkan para pelajar mencari maklumat untuk menajamkan pemikiran mereka serta
dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan-bahan cetak yang
lain. Selain itu, pembelajaran akan menjadi lebih menarik, motivasi, merangsangkan dan
bermakna. Dalam proses P&P di sekolah-sekolah bestari ini, elemen yang dititikberatkan
adalah akal, rohani, dan jasmani pelajar yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Para pelajar dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif malah
disemai dengan nilai dan menggalakkan peningkatan dalam kelancaran penggunaan bahasa.
Dengan cara ini kita dapat mengetahui kebolehan, minat, dan keperluan pelajar dipelbagaikan
mengikut keperluan dan individu.
7.1.3 Memudahkan urusan pelbagai pihak.
Selain dari menarik minat pelajar untuk menerokai pelbagai ilmu baru, Sekolah Bestari juga
dapat memudahkan pelbagai pihak. Sebagai contohnya, para guru dapat mencari pelbagai
bahan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan tugasan yang tersusun dan
sistematik. Tugasan yang tersusun yang diberikan kepada para guru akan menjadikan guru
mudah dan dapat memfokuskan proses P&P. Hal ini kerana tugas atau kerja yang
membebankan guru akan memberi kesan kepada had tugasan guru. Dengan ini, para pelajar
juga akan mudah menerima masuk input-input daripada guru dengan berkesan. Bukan itu
sahaja, malah kebanyakan bahan audio visual boleh dapat melalui internet. Bahan-bahan ini
boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Sebagai contoh, bahan bercetak sukar
dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pengajaran dan
pembelajaran mengambil masa yang lama. Bahan yang berasaskan komputer atau teknologi
maklumat boleh dikemaskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh itu, disyorkan
supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasakan komputer. Bukan itu sahaja,
penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi keberkesanan dan
pembelajaran seseorang guru.
7.1.4 Meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia .
Bagaimana konsep sekolah bestari ini boleh meningkatkan taraf pendidikan negara? Seperti
yang kita ketahui, dengan wujudnya Sekolah Bestari ini, Kementerian Pelajaran telah
menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses P&P
berjalan lancar. Secara tidak langsung, cara ini dapat meningkatkan taraf pendidikan kita.
Sebagai contohnya, pada zaman dahulu para guru mengajar di sekolah menggunakan papan
hitam sahaja. Dengan cara pengajaran seperti ini sangat lambat dan mengambil masa yang
lama dan tidak semua maklumat dapat disampaikan kepada para pelajar. Dengan adanya ICT
ini, pelbagai jenis maklumat boleh didapati dengan mudah, cepat dan padat. Tambahan pula,
dengan wujudnya sistem pembelajaran dan pengajaran seperti ini dapat menjadikan Malaysia
setaraf dengan negara-negara yang membangun. Oleh itu, hal ini dapat melahirkan
masyarakat yang celik IT di samping memajukan negara kita.
7.2 Kelemahan Sekolah Bestari
Setiap apa yang diciptakan ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Oleh itu, terdapat
beberapa kelemahan yang diperoleh dari wujudnya konsep Sekolah Bestari ini. Antaranya
adalah pihak Kementerian Pelajaran terpaksa mengeluarkan kos yang begitu besar untuk
menjayakan program Sekolah Bestari ini. Selain itu, setiap sekolah hanya diperuntukkan
sedikit sahaja komputer sebagai permulaan. Hal ini menyebabkan para pelajar terpaksa
bergilir-gilir menggunakan komputer tersebut.
Tambahan pula, mereka terpaksa menggunakan komputer seminggu sekali dan masa yang
diberikan tidak lama dalam anggaran 30 atau 40 minit sahaja dalam satu mata pelajaran. Hal
ini kerana, terdapat banyak kelas yang hendak menggunakan komputer tersebut. Bukan itu
sahaja, malahan jika komputer itu rosak ini akan mengganggu masa P&P di dalam kelas dan
para guru terpaksa mengajar pelajar secara normal menggunakan papan hitam. Tambahan
lagi, sumber pembelajaran berasakan komputer selalunya terdedah kepada kerosakan hard
disk, cakera padat, disket atau diserang virus. Hal ini kerana, pihak sekolah mengambil masa
yang lama untuk membaiki komputer tersebut untuk diguna kembali. Ini akan mengganggu
proses pembelajaran di sekolah.
8.0 Cabaran Sekolah Bestari
Bagi melaksanakan program Sekolah Bestari ini, penumpuan utama perlu diberikan kepada
aspek memantapkan kebijaksanaan sekolah dalam menguruskan sekolah dan sumber bagi
membina prasarana. Ini kerana Sekolah Bestari adalah pelaksanaan rancangan Kementerian
Pendidikan dalam merealisasikan perubahan kandungan dan cara penyampaian pendidikan
kepada pelajar di sekolah. Ia juga memantapkan lagi sistem pengurusan dan pentadbiran
sekolah bagi menyokong penyampaian pendidikan kepada pelajar dengan lebih
berkesan.Untuk itu, tanggungjawab dalam perubahan dan pembaharuan ini menjadi amanah
dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh pengetua-pengetua di sekolah bagi memastikan
pelaksanaan pendekatan bestari di sekolah berjaya. Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan
ini, sudah pasti wujud masalah-masalah yang dapat dilihat sebagai cabaran-cabaran sekolah
bestari.
8.1 Cabaran Kepada Pengetua Sekolah
Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh kepimpinan
pengetua yang berkesan. Ini bermakna, pengetua yang dapat menggerakkan sekolah itu maju
ke hadapan bagi mencapai kecemerlangan atau sebaliknya terpulang kepada pentadbiran
sesebuah sekolah tersebut.
8.1.1 Membina infrastruktur
Sekolah bestari adalah strategi pengkomputeran. Untuk itu, penyediaan infrastruktur
teknologi memerlukan fokus dan komitmen yang tinggi oleh pengetua. Pengetua perlu bijak
memainkan peranan sebagai pihak bertanggungjawab sekolah untuk mencari bilik darjah
yang mampu memuatkan alat-alat kelengkapan IT seperti komputer dan bahan-bahan media
yang lain. Dalam erti kata lain, pengetua perlu mencari tempat untuk diubahsuai dijadikan
makmal komputer. Tugas ini memerlukan masa dan penglibatan pengetua bagi memastikan
segala proses mengikut prosedur yang ditetapkan.
8.1.2 Bahan pembelajaran dan pengajaran (P&P)
Pengetua perlulah menyediakan bahan-bahan yang berkualiti dan relevan bagi kelas-kelas
bestari. Hal ini kerana, proses P&P bagi Sekolah Bestari ini agak berbeza berbanding dengan
sekolah biasa. Sekolah Bestari ini lebih banyak penggunaan ICT. Oleh itu, bahan-bahan yang
berasakan komputer amat diperlukan seperti mengajar melalui power point dan sebagainya.
Pengetua sekolah hendaklah menyediakan alatan mengajar mengikut kehendak dan
kesesuaian pelajar.
8.1.3 Menanam keyakinan kepada ibu Bapa
Selaras dengan matlamat Sekolah Bestari iaitu melahirkan pelajar yang celik IT, sebaik-
baiknya pengetua hendaklah memperlengkapkan diri dengan kemahiran IT. Sekolah Bestari
perlu menyediakan pelan teknologi maklumat, pelan pengurusan dan pelan kakitangan
maklumat untuk mengatasi masalah pengetua yang buta IT. Maka, ibu bapa akan lebih yakin
untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Bestari apabila melihat kesungguhan
pengetua di sana memperlengkapkan diri dengan kemahiran IT.
8.2 Cabaran Guru-Guru Sekolah Bestari
Selain daripada pengetua, guru-guru juga menerima cabaran. Cabaran-cabaran ini perlu
diterima dengan fikiran terbuka dan matang bagi memastikan Sekolah Bestari dapat
dijalankan dengan sempurna.
8.2.1 Tingkatkan pengetahuan dan kecekapan IT.
Guru adalah orang yang bertanggungjawab dalam mencurahkan ilmu kepada para pelajar.
Oleh sebab itu, guru-guru yang terbabit atau terlibat dengan pendidikan bestari ini perlu
melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran IT yang baik. Guru-guru juga perlu mampu
berfikiran kritis dan cekap serta mahir dalam ekspresi idea, pengalaman, konsep, dan bahasa
komunikasi. Guru-guru juga perlu menggunakan komputer secara insentif untuk kajian,
komunikasi, persembahan, menambah nilai ilmu dan maklumat bagi mempelbagaikan
penggunaan dan kegunaan IT. Secara tidak langsung, ia mewujudkan suasana yang dapat
menarik minat pelajar di dalam kelas.
8.2.2 Penyelenggaraan
Kemudahan IT dalam pendidikan Sekolah Bestari digunakan secara insentif dalam proses
pengajaran guru. Namun begitu, berlaku masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan seperti
kerosakan komputer dan peralatan-peralatan yang menyebabkan proses pengajaran
terganggu. Bagi mengelakkan ketinggalan, masalah-masalah ini perlu di atasi segera tetapi ini
juga melibatkan kos-kos penyelenggaraan yang tinggi. Ini menyebabkan masalah-masalah
yang berkaitan terpaksa ditangguhkan dan mengambil masa yang lama untuk mengatasinya.
8.2.3 Melahirkan para pelajar yang celik IT.
Pelaksanaan Sekolah Bestari adalah langkah yang tepat dan sesuai dengan kehendak dan
keperluan global yang menekankan penggunaan IT. Bagi memenuhi kehendak dan keperluan
ini, persediaan dan keperluan perlu dibuat pada peringkat awal lagi.Untuk itu ,guru-guru
perlu memainkan peranan dalam mendidik para pelajar menjadi pelajar yang celik IT.
Perkara utama yang perlu ditekankan adalah memastikan para pelajar berminat dan bersedia
menghadapi pembelajaran. Untuk itu, guru-guru perlu menimbulkan perasaan minat dan
seronok di dalam para pelajar supaya lebih mudah menyampaikan ilmu kepada mereka.
8.3 Cabaran Kepada Para Pelajar.
Dalam membentuk Sekolah Bestari, para pelajar juga tidak terkecuali dalam menerima
perubahan di mana mereka lebih perlu sedia untuk berubah.
8.3.1 Menerima perubahan dalam proses P&P
Para pelajar perlu bersedia dalam menghadapi perubahan yang dilakukan dalam proses
pembelajaran demi kebaikan. Untuk itu, mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal
supaya dapat menerima segala perubahan dan menjadikannya sebagai inisiatif bagi
meningkatkan kemahiran diri. Pendekatan IT yang perlu dipelajari adalah perkara asing bagi
pelajar. Ini mungkin menimbulkan perasaan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk
mempelajarinya. Sebaik-baiknya pendedahan yang diberikan oleh guru dapat membantu dan
meningkatkan minat belajar yang tinggi dalam diri pelajar.
8.3.2 Menguasai ilmu IT
Para pelajar seharusnya memastikan apa yang dipelajari dari guru dalam menggunakan
pendekatan IT adalah perkara yang berguna. Untuk itu, para pelajar harus berusaha
menguasai ilmu yang diberikan. Bagi merealisasikan perkara itu, para pelajar perlu sentiasa
bersedia dan memahami perkara yang ingin disampaikan oleh guru. Para pelajar perlu
sentiasa membuat latihan dan ulang kaji yang berterusan dalam usaha menguasai ilmu.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010. Kuala Lumpur:
Kerajaan Malaysia
http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1461
http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=1489
http://web1.fp.utm.my/seminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%205.pdf
http://infobestari.blogspot.com/2009/05/program-sekolah-bestari-luar-bandar-kpm.html
http://www.tutor.com.my/tutor/fokus/4_c.htm
http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=3057
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htmantu proses pengajaran dengan lebih berkesan dan efektif dengan adanya bantuan ICT.
http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2012/V28_2_73-94.pdf
eprints.usm.my/.../KESAN_PEMBELAJAR
Kesan pembelajaran menggunakan perisian ssms sekolah
Bestari berbanding pengajaran dan pembelajaran secara
Tradisional dalam fizik
Ahmad hanizar bin abdul halim
Oktober 2007
Pelaksanaan sistem penilaian bestari
Satu tinjauan ke atas sekolah menengah kebangsaan
Perempuan temenggung ibrahim, batu pahat, johor
Dan sekolah menengah kebangsaan dato' penggawa barat
Pontian, johor.
Asmelinda binti ismail
Bahariatulaini binti badri
Faizatul amla binti abd. Hamid
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
Syarat penganugerahan ijazah saijana pendidikan (teknik
• http://www.mdc.com.my
• http://www.moe.edu.my