Upload
onemahmud
View
224
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/14/2019 Aspek Dan Falsafah Sejarah Dunia Barat
1/6
8/14/2019 Aspek Dan Falsafah Sejarah Dunia Barat
2/6
1
ZAMAN KLASIK
Keadaan yang Tandus
Dikatakan bahawa setiap tahap dalam penzamanan sejarah
Eropah wujud bentuk atau gagasan yang dikenali sebagai fal-safah sejarah sama ada dan sudut spekulatif yang umum
mahupun yang analitikal. Walau bagaimanapun pengertian
serta tahap kesedaran terhadapnya, iaitu yang digambarkan
melalui pengertian dan kesedaran terhadap sejarah adalahberbeza. Sesungguhnya pengertian dan tahap kesedaran itu-
lab yang menjadi ukuran bagi kewujudan sesuatu bentuk fal-
safah sejarah. Maksudnya, jika sesebuah masyarakat ataupun
peradapan tidak mempunyai kesedaran dan kefahaman yang
sepenuhnya terhadap pengertian dan kepentingan sejarahyang sewajarnya, bagaimanakah kita dapat mengatakan
masyarakat atau peradapan berkenaan telah mempunyai fal-
safah sejarahnya? Hakikat atau ukuran seperti m i haruslah juga dikenakan kepada seseorang sejarawan dan karyanya.Demikianlahpada zaman-zaman gemilang Zaman Kiasik orang
Barat, iaitu Zaman Yunani-Rumawi (kira-kira antara 400
S.M. 40 0 T.M.) memang wujud bentuk-bentuk yang menye-rupai falsafab sejarah tetapi pengertian dan tahap kesedaran
mereka terhadapnya tidak tinggi dan mendalam, iaitu sepenti
yang muncul sejak abad kelapan belas. Ringkasnya, mereka
sendini tidak menyedani dan tidak mengira bahawa spekulasiterhadap sejarah yang mereka kemukakan merupakan suatu
8/14/2019 Aspek Dan Falsafah Sejarah Dunia Barat
3/6
ASPEK DAN PERKEMBANGAN FALSAFAH SEJARAH
bentuk falsafah sejarah. Ia hanyalab merupakan idea-idea; bagi
ahli falsafah seperti Plato dan Aristotle misalnya, ia merupa-
kan idea-idea falsafah, dan bagi sejarawan seperti Herodotusdan Polybius ia merupakan idea-idea sejarah. Tidak terdapat
hubungan yang jelas dan yang padu antara kedua-duanya, iaitu
antara falsafah dan sejarah ataupun sebaliknya, walaupun
hubungan dan pengaruh-mempengaruhi tetap ada. Memangbenar bahawa falsafah, sebagai sains tentang alamyang nyata
dan abstnak, dan juga kesusasteraan memang mempunyai
tempat istimewa sejak awal lagi, tetapi taraf sejarah tidak
demikian. Malah pada peringkat awal, khasnya sebelum abad
kelima S.M., iaitu sebelum kemunculan Herodotus, sejarahdianggap belum lagi wujud. Yang ada hanyalah cenita-cerita,
atau kesusasteraan nakyat yang dipenuhi dengan dongeng-dongeng kembana, mitos dan legenda. Falsafah menjadi asas
serta mempengaruhi semua bidang ilmu yang ada pada ketika
itu. Sejarah menjadi tenlindung akibat kehebatan falsafah.
Dalam keadaan yang demikian, Meyerhoff membuat kesim-pulan bahawa tidak adaapa-apa yang berupa falsafah sejarah
dalam peradaban silam itu sama ada dalam bentuk yang
spekulatif seperti yang terdapat dalam falsafah alam, manusiadan masyarakat; atau dalam bentuk yang analitikal seperti
yang dapat dilihat dalam penyiasatan yang lojik terhadaphakikat ilmu pengetahuan dalam sains, etika, politik ataupun
sastera.1 Nyatalah bahawa dan segi falsafah sejarah, dalam
pengertiannya yang moden, keadaan Zaman Kiasik Eropab
sungguh tandus. m i bermakna tidak adabentuk penulisan yanglengkap dan khusus boleh dianggap sebagai falsafah sejarah;misalnya suatu sistem pemikiran yang berdasarkan kepada
pengamatan ataupun analisis mereka terhadap perkembangansejarah memang tidak ada. Mereka tidak membina sistem-
sistem pemikiran yang berlandaskan kepada pola-pola
pergerakan sejarah. Mereka tidak melihat sejarah dan sudut
pengertian sejarah ataupun pemikiran sejarah.
Hans Meyerhoff (ed), The Philosophy ofHistory, Introduction, him. I.
2
8/14/2019 Aspek Dan Falsafah Sejarah Dunia Barat
4/6
ZAMAN KLASIK
Kesedaran yang Belum Ketara
Sebenannya kesedanan mereka terhadap kepentingan
pembinaan yang demikian belum lagi ketara. m i berpuncadaripada kesedanan mereka terhadap pengentian sej arah itu
sendini belum wujud dengan jelas. Herodotus, tokoh yangdigelar oleh Cicero sebagai bapa sejarah tidak mengemuka-
kan takrifyang mendalam tentang sejarah. Bagi beliau historiaadalah penyiasatan terhadap peristiwa yangtelah berlaku; dan
beliau telah melakukan penyiasatan tentang Perang Parsi,
iaitu suatu pepenangan berlanjutan yang benlaku antara Parsidan Yunani. Begitujuga halnya dengan Thucydides, sejarawan
unggul yang muncul selepas Herodotus dan merupakan Se-
onang yang sangat knitis dan tajam pandangannya terhadap
penyelidikan sejarah. Dalam karya beliau yang berjudulPerang Peloponesia itu dikatakan tidak ada satu ayat pundimuatkan yang menupakan penerangan yang jelas tentang
pemikiran beliau tentang sejarah, mengapakah sejanah yangtepat bagi perang tersebut perlu dituliskan atau mengapakah
sejanah dianggapnya sebagai khazanah yang kekal sepan-
jang zaman.
2
Selain itu terdapat beberapa orang lagi sejarawan padaZaman KiasikBarat yangjuga menghasilkan karya yang boleh
dianggap sebagai karya pensejarahan. Tetapi, secara amnya,
kebanyakan mereka menj adi pengikut salah seorang daripadadua sejarawan agung Yunani yang awal; iaitu Herodotus dan
Thucydides. Dengan perkataan lain, ketokohan kedua-dua
sejarawan tensebut dalam bidang pensejarahan memang sukar
ditandingi pada zaman tersebut. Sungguhpun kedua-duanya
menghasilkan karya tentang peperangan, namun terdapat
beberapa banyak perbezaan antara keduanya. Penbezaan
tersebut dapat kita lihat misalnya dan sudut teknik
persembahan, motif penulisan, bahasa, pendekatan, malah
2M.I. Finley, Aspects of Antiquity: Discoveries and Controversies(London:
Chatto and Windus, 1968), him. 4 6 4 7 . Lihatjuga Thucydides, The History ofthe Peloponnesian War, reprint. Edited in trans. by Sir Richard Livingstone
(London: Oxford University Press, 1972), him. 4345 bagi kaedah dan motifpenuiisan sejarahnya.
3
8/14/2019 Aspek Dan Falsafah Sejarah Dunia Barat
5/6
ASPEK DAN PERKEMBANGAN FALSAFAH SEJARAH
keluasan bidang penulisan masing-masing. Dan segi kese-
luruhannya, keluasan penulisan Herodotus telab menyebab-kan beliau dianggap sebagaisejarawan kebudayaan. Manakala
Thucydides pula kerana penumpuannya kepada unsur-unsurpolitik telah dianggap sebagai sejarawan politik.
3 Kegemilang-
an pencapaian mereka menyebabkan mereka dijadikan lam-
bang bagi pensejarahan Zaman Kiasik. Pensejarahan zamantersebut dikatakan tidak lengkap jika sekiranya tidak disen-
tuh kedua-dua tokoh in m i kerana sejarawan Zaman Kiasikyang lain tidak berupaya untuk mengatasi pencapaian kedua-
dua tokoh tersebut. Oleh kerana itu kecenderungan mereka
ialah meniru aliran pensejarahan salah seorang tokoh tersebut.
Sejarawan Xenophon (lk.430 3 5 4 S.M.) yang telah menghasil-kan beberapa karya berbentuk pensejarahan seperti Anabasis,
Hellenica, Ways and Means dan riwayat hidup Agesilaus
merupakan sejarawan yang mengagumi dan menggunakan
kaedah Thucydides yang kritis.4 Begitulahjuga halnya dengan
Polybius (198 117 S.M.), iaitu sejarawan terpenting yangterakhin bagi peradaban Yunani. Beliau telah menghasilkan
kira-kira empat puluh buah buku tentang pengeluasan dan
penkembangan Perlembagaan Empayar Rumawi dan awalhinggalah tahun 146 S.M.5 Sungguhpun jumlah hasil karyabeliau melebihi hasil karya Thucydides, beliau tetap terpenga-
rub dengan sikap dan tatacara pensejarahan Thucydides.
Sejarawan yang lain ialah seperti Dionysius dan Halicar-
nassus yang menulis Sejarah Awal Rumawi yang diterbitkan
pada abad ketujuh masihi, Titus Livius atau Livy (59 S.M. 1 7
T.M.) yang menulis sejarah Rumawi dengan tujuan meng-
3Lihat misalnya, Werner Jaeger, Paiedeia: The Ideals of Greek Culture,reprint; translated from the 2nd German edition by Gilbert Highet (Oxford:Basii Biackweli, 1965), him. 383 386. Lihat jugs F. Scheville, SixHistorians,2nd imp. (Chicago: The University of Chicago Press, 1966), him. 13 yangmenganggapnya sebagaibapa kaedah pensejarahan. Lihat juga H.E. Barnes,A History of Historical Writing, him. 3 0 yang menganggapnya sebagaipengasas sejarah yang saintifik dan kritis. Lihatjuga R.G. Coliingwood,IdeaSejarah, him. 22, yang hanya menganggapnya sebagai bapa sejarahpsikologi.
4H.E. Barnes, AHistory ofHistorical Writing, him. 34.5lbid., him. 32.
4
8/14/2019 Aspek Dan Falsafah Sejarah Dunia Barat
6/6
ZAMAN KLASIK
agungkanempayar tersebut dan Tacitus (1k. 55120 T.M.) yang
juga menulis sejarah Rumawi tetapi dengan pandangan yang
lebih kritis berbanding dengan tulisan Livy. Junilah merekamemanglah ramai, tetapi pengaruh Herodotus dan Thucydides
tetap wujud sama ada terhadap sejarawan Yunani mahupun
terhadap sejarawan Empayar Rumawi, iaitu peradaban yang
muncul menggantikan penadaban Yunani.6 Namun demikian
setakat yang diketahui, tidak terdapat di kalangan sejarawan
tersebut yang menghasilkan penulisan yang membicarakan
sejarah dan sudut pengentiannya ataupun dan sudut falsafah
sejarah. Mengapa?
Salah satu sebabnya ialah kerana ketiadaan kesedaran
sejarah yang sebenar dan sepenuhnya di kalangan mereka.Memang benar mereka menyedari tentang kepentingan seja-
nab, tetapi itu hanya dalam bentuk yang terbatas. Sejarah Se-
bagai lintasan ataupun laluan waktu memang perlu dicatatkanterutamanya untuk iktibar ataupun pengajaran. Hakikat m imemang mereka fahami. Mereka sebenarnya bersikap realistik
dan pragmatik. Mereka melihat sejarah itu sebagai sesuatu
yang mempunyai fungsi yang realistik dan pragmatik. Dalam
hal m i sedikit sebanyaknya merekajuga telah dipengaruhi olehahli falsafah alamiah dan daerah Jonia yang telah mula meng-
gunakan kaedah yang kritis dan saintifik sejakabad keenam
S.M. dalam kajian-kajian mereka tentang alam dan manusia.Mereka cuba menerangkan sesuatu gej ala ataupun kejadian
alam mengikut hakikatnya yang nyata dan saintifik padaketika itu. Misalnya, apabila mereka menggambarkan tentangkejadian alam dan perkara yang berkait dengannya, mereka
tidak membicarakan tindakan-tindakan ketuhanan, tetapi
mereka mengemukakan spekulasi yang berdasarkan kuasasemula jadi.7 Bermula dengan Thales dan Miletus yang
menganggap bahawa alamm i bukanlah suatu hemisfere tetapiadalah suatu sfera atau cakrawala yang lengkap dengan bumi
sebagai pusatnya dan matahari, bulan dan bintang-bintang
6Lihat misainya Ibid., him. 2740 bagi penghuraian yang agak baik
tentang karya dan ketokohan sejarawan dunia kiasik Barat.7Trygve R. Thoifsen, Historical Thinking, him. 19.
5