24
Soalan 1 1.1 PENGENALAN Sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik, dengan penggunaan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan eleman teknologi berbantukan komputer, pastinya mampu menarik minat murid untuk memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru. Apatah lagi dengan situasi sekarang, dimana murid-murid lebih senang sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan komputer. Tambahan pula, murid-murid pada masa ini sudah terdedah dengan penggunaan komputer serta perisiannya. Dengan kecanggihan serta kepelbagaian kaedah yang terdapat di dalam program tersebut seperti microsoft power point, maka seharusnya guru perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih efisien. Namun, penerapan terhadap penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer ini perlu sesuai mengikut kehendak huraian sukatan pelajaran, topik yang ingin diajar dan keperluan guru dan murid itu sendiri, terutamanya jika guru ingin menggunakan laman web dari internet dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya, maka bahan tersebut perlu bersesuaian. Dewasa ini pelbagai laman web telah menyediakan pelbagai bahan-bahan yang boleh dimuat turun untuk dijadikan sebagai bahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih serta keperluan

Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Soalan 1

1.1 PENGENALAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik, dengan penggunaan pelbagai bahan

pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan eleman teknologi berbantukan komputer,

pastinya mampu menarik minat murid untuk memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang

diajar oleh guru. Apatah lagi dengan situasi sekarang, dimana murid-murid lebih senang

sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan komputer.

Tambahan pula, murid-murid pada masa ini sudah terdedah dengan penggunaan komputer serta

perisiannya.

Dengan kecanggihan serta kepelbagaian kaedah yang terdapat di dalam program tersebut

seperti microsoft power point, maka seharusnya guru perlu memanfaatkan peluang tersebut

untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih efisien. Namun, penerapan terhadap

penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer ini perlu sesuai mengikut

kehendak huraian sukatan pelajaran, topik yang ingin diajar dan keperluan guru dan murid itu

sendiri, terutamanya jika guru ingin menggunakan laman web dari internet dalam sesi pengajaran

dan pembelajarannya, maka bahan tersebut perlu bersesuaian.

Dewasa ini pelbagai laman web telah menyediakan pelbagai bahan-bahan yang boleh

dimuat turun untuk dijadikan sebagai bahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini

selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih serta keperluan murid-murid

serta guru-guru. Justeru, penggunaan buku kerja, lembaran kerja dan buku teks bukan lagi antara

pilihan sepenuhnya. Apa yang paling penting, prinsip-prinsip reka bentuk visual yang digunakan

itu perlu sesuai dan bertepatan dari segi simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi dan

keharmonian. Dengan merujuk prinsip-prinsip reka bentuk visual tersebut samaada bersesuaian

atau tidak dan menarik atau tidak, maka bahan tersebut akan mampu mempengaruhi sejauh mana

murid-murid dapat memberikan fokus sepenuhnya di dalam kelas untuk mengikuti sesi

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

Page 2: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

1.1.1 Simplisiti

Simplisiti atau kesederhanaan merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak

terlalu berat komposisinya. Ianya juga adalah merupakan sesuatu rekaan grafik yang mudah dan

senang difahami untuk menjelaskan makna yang ingin disampaikan atau diterangkan.

Contoh gambar yang menerapkan elemen simplisiti

http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/8_9/circuits_conductors.shtml

Rajah yang digunakan di dalam gambar tersebut senang difahami dan diketahui bentuknya

kerana adanya elemen simplisiti yang ringkas dan mudah, membolehkan murid mengetahui

nama bahan yang digunakan. Setiap bahan yang digunakan pada rajah tersebut digambarkan

dengan jelas bagi memudahkan serta mempercepatkan murid membuat andaian awal tentang

sifat bahan itu Warna pada setiap bahan tersebut juga berlawanan dengan warna latar dan garisan

rajah.

Garisan pada rajah tersebut pula menggunakan garisan tebal berwarna putih serta latar berwarna

hijau muda yang membantu rajah tersebut timbul dan terang. Penggunaan gambar tersebut

memudahkan murid melihat dan senang untuk guru menyampaikan isi pelajaran yang ingin

disampaikan.

Page 3: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Contoh gambar yang menerapkan elemen simplisiti

http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/8_9/moving_growing.shtml

Rajah yang digunakan di dalam gambar, walaupun tidak menggunakan objek sebenar, tetapi

dapat ditafsirkan oleh murid dengan mudah sebagai objek yang hidup. Elemen simplisiti dalam

objek tersebut membantu murid meneka gaya pergerakan setiap objek yang dipaparkan. Bagi

memudahkan pemahamam murid, rajah dipaparkan bukan sahaja secara audio visual, malah

setiap pergerakan objek ditunjukkan dengan jelas dan gambar yang bersesuiaan dengan tahap

pembelajaan. Penggunaan warna latar belakang yang kontra dengan objek dapat dilihat dengan

jelas. Elemen simplisiti yang terdapat pada gambar di atas telah membantu sesi pengajaran dan

pembelajaran guru dalam pengajaran mata pelajaran sains samada guru itu guru matapelajaran

atau guru lain

.1.1.2 Dominan

Dominan merupakan salah satu prinsip yang selalu digunakan dalam penghasilan reka bentuk

grafik. Misalnya penggunaan warna yang dominan dalam reka bentuk kad jemputan dan juga

papan iklan. Dominan berasal dari perkataan Dominance yang bermaksud keunggulan. Sifat

unggul dan istimewa ini menjadikan sesuatu unsure seni tersebut sebagai penarik dan menjadi

pusat perhatian. Dominan mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian, menhilangkan

Page 4: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

kebosanan dan member titik focus pada sesuatu karya yang dihasilkan. Objek atau item utama

yang ingin disampaikan perlu ditonjolkan.

Contoh gambar yang menerapkan elemen dominan

http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/6_7/forces_movement.shtml

Gambar yang dipaparkan mengandungi elemen dominan kerana tumpuan lebih tertumpu pada

sudut atas sebelah kiri gambar tersebut, berbanding pada sudut-sudut lain. Berdasarkan Peraturan

Satu Pertiga (Rule of Three), perhatian penglihatan adalah lebih tertumpu di sudut atas sebelah

kiri, berbanding daripada tempat-tempat lain. Penumpuan penglihatan tersebut adalah

disebabkan oleh keinginan untuk mengetahui apakah objek sebenar yang dipaparkan di dalam

gambar tersebut. Malahan, penggunaan warna yang berbeza dan berlawanan, serta bentuk yang

yang terdapat di dalam gambar tersebut juga berlawanan bagi mendapatkan impak yang dilihat

dan lebih menonjolkan perbezaan.

Page 5: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Contoh gambar yang menerapkan elemen dominan

http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/5_6/pushes_pulls.shtml

Elemen dominan di dalam gambar ini terletak pada penggunaan warna dan juga saiz objek

tersebut, iaitu kontra. penumpuan penglihatan adalah sama, berdasarkan Peraturan Satu Pertiga

(Rule of Three), iaitu pada sebelah kiri di bahagian atas, berbanding pada bahagian-bahagian

lain. Secara tidak langsung, pemerhati gambar tersebut boleh membuat andaian di manakah

objek akan berhenti dari bergerak. Saiz objek juga lebih besar dari bahan yang diujikan, ini

membolehkan setiap pergerakan menjadi lebih mudah untuk diperhati. Ini kerana titik tumpuan

berada pada sebelah kiri, menyebabkan tumpuan penglihatannya lebih tertumpu di sebelah kiri.

1.1.3 Pola

Susunan yang menarik penglihatan ke arah item yang utama. Mengerakkan penglihatan mata

kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul serta dapat mengekalkan penglihatan mata dan

mengikut aliran persembahan. untuk mengekalkan perhatian serta mencari maksud di sebalik

objek yang dipaparkan.

Page 6: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Contoh gambar yang menerapkan elemen pola

http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/5_6/growing_plants.shtml

Susunan objek pada gambar diatas mengandungi elemen pola kerana ia disusun dengan kemas

dan samarata serta menarik perhatian. Susunan pada objek yang terdapat di dalam gambar sangat

penting kerana ia berupaya menarik penglihatan mata ke arah objek utama. Penggunaan gambar

bentuk asal di dalam paparan gambar tersebut yang seakan betul serta penyusunan objek yang

teratur juga membolehkan mata akan tertumpu pada item utama gambar di atas, iaitu pokok

membesar.

Contoh gambar yang menerapkan elemen pola

http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/5_6/sorting_using_mate.shtml

Page 7: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Susunan warna yang terdapat pada gambar di atas sudah mampu menarik perhatian. Elemen pola

yang wujud di dalam gambar tersebut mampu menggerakkan penglihatan kepada keseluruhan

gambar mengikut turutan yang betul. Penglihatan akan bergerak dari mula bahan tersebut diuji

sehinggalah ke akhir ujian. Warna yang menarik pada gambar tersebut turut menarik perhatian

dan membuatkan pemerhatinya berfikir apakan yang bakal terjadi di dalam visual tersebut.

Secara tidak langsung juga, ianya membantu murid berfikir secara kritis dan kreatif untuk

menguji keupayaan sesuatu bahan tersebut.

1.1.4 Seimbang

Seimbang terbahagi kepada 2 unsur. Pertama Seimbang formal (bisymmetrical). Iaitu

pembahagian yang sama bahagi antara dua bahagian visual, sama ada bahagian kiri dengan

kanan atau bahagian atas dengan bawah. Manakala yang kedua ialah Seimbang tidak formal

(asymmetrical). Seimbang tidak formal ialah pembahagian tidak sama rata antara item kiri dan

kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan, namun kedua-duanya berbeza pada bentuk

kandungannya.

Contoh gambar yang menerapkan elemen seimbang formal (bisymmetrical).

http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/8_9/keeping_warm.shtml

Page 8: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Objek yang terdapat di dalam gambar di atas telah dibahagikan sama rata dari semua sudut.

Walaupun penggunaan warna yang pelbagai, namun kesamaan pada taburan dan susunan warna

pada objek tersebut di setiap sudut samaada atas, bawah, kiri dan kanan adalah samarata. Ini

menunjukkan bahawa wujud prinsip seimbang di dalam gambar tersebut.

Contoh gambar yang menerapkan elemen seimbang formal (asymmetrical).

http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/10_11/see_things.shtml

Walaupun objek-objek yang terdapat di dalam gambar di atas tidak tersusun dari segi saiz dan

bentuk, namun secara amnya elemen seimbang tetap ada, kerana elemen seimbang yang terdapat

di dalam gambar tersebut adalah seimbang tidak formal. Penggunaan garisan yang berwarna

cerah dan terang pada setiap objek menyerlahkan lagi bentuk rajah tersebut. Susunan pelbagai

bentuk rajah-rajah tersebut juga teratur dan seimbang. Walaupun objeknya tidak diwarnakan

dengan warna yang terang agar lebih menyerlahkan lagi bentuknya, namun garisan berwarna

yang digunakan sangat sesuai dan menonjolkan bentuk objek tersebut. Murid juga akan dapat

meneka apa yang mungkin terjadi di dalam gambar tersebut.

1.1.5 Variasi

Menggunakan variasi (pelbagai elemen grafik) sebagai penguat dan penyokong pada pola dalam

penghasilan visual agar kelihatan hidup, meningkatkan tarikan dan minat terhadap persembahan.

Page 9: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Contoh gambar yang menerapkan elemen variasi

http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/10_11/interdependence.shtml

Elemen variasi yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui susunan dan

penggunaan pelbagai haiwan sebagai objek. Urutan kepelbagaian haiwan akan membuatkan

pemerhatinya tidak merasa bosan. Dari segi saiz dan tekstur setiap haiwan juga turut berbeza.

Setiap rajah juga mempunyai elemen simplisiti. Selain itu, terdapat juga nilai kontras dan

dimensi.

Contoh gambar yang menerapkan elemen variasi

http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ages/6_7/plants_animals_env.shtml

Page 10: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Gambar yang menggunakan objek seolah-olah bergerak dan hidup akan menimbulkan minat

pemerhati untuk melihat gambar tersebut. Walaupun penggunaan haiwan adalah sama, namun

gambar tersebut dari segi dimensi dan susunannya adalah menepati konsep variasi. Malah,

gambar tersebut juga seolah-olah bergerak dan hidup apabila diperhatikan.

1.1.6 Harmoni

Penggunaan elemen grafik yang berkesinambungan antara satu dengan lain membolehkan mata

dan fikiran penonton mengikuti perkembangan keseluruhan visual. Ada hubungan antara

elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Konsep visual harmoni

ini juga mampu menimbulkan rasa keyakinan dan menarik minat penonton untuk melihat.

Contoh gambar yang menerapkan elemen harmoni

http://www.bbc.co.uk/digger/5_7entry/9.shtml

Keharmonian pada gambar di atas adalah melalui adunan kekemasan dan simplisitinya.

Walaupun ringkas, namun ia mampu menarik perhatian. Penggunaan warna latar yang kontras

dengan warna objek mampu menonjolkan suasana. Pemilihan haiwan yang pelbagai warna

telah menjadikan setiap objek kelihatan sungguh nyata dan mudah untuk dikenalipasti malah

warna yang digunakan juga terang, berlawanan dengan warna latar.

Page 11: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Contoh gambar yang menerapkan elemen harmoni

http://www.bbc.co.uk/bitesize/ks1/science/properties_of_materials/play/popup.shtml

Pantai dengan berlatarbelakangkan laut serta kapal karam yang sungguh menarik. Dari segi

simplisiti, objek yang digunakan adalah berlawanan warnanya dengan warna latar menyebabkan

objek tersebut lebih terang dan mudah dikenali. Penggunaan objek yang besar juga dapat

menonjolkan objek tersebut serta mampu dilihat dari jarak yang agak jauh.

Penggunaan bahan berbantukan komputer di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pasti akan

lebih menarik sekiranya prinsip-prinsip reka bentuk visual itu wujud di dalam bahan pengajaran

dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Hal ini kerana, prinsip-prinsip reka bentuk visual

akan mampu menarik perhatian murid untuk lebih fokus di dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Page 12: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Soalan 2

2.1 PENGENALAN

Amalan pendidikan tradisional tidak lagi dapat membekalkan murid dengan semua

pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing dalam senario

pekerjaan masa kini. Untuk terus bersaing, mereka perlu mengaplikasi strategi penyelesaian

masalah, menggunakan alat yang sesuai, serta bertindak secara kolaboratif dan berkomunikasi

untuk belajar. Oleh itu persekitaran pembelajaran masa kini perlu melibatkan pelbagai strategi-

strategi, media, perisian dan alat yang berkaitan TMK khususnya yang bakal menyediakan murid

untuk masa depan mereka.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan perkembangan daya

intelek individu agar diberi keutamaan berserta dengan perkembangan rohani, emosi dan

jasmani, maka penting bagi setiap guru merangsang daya pemikiran murid dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran. Hal ini kerana, kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada elemen

utama di dalam kurikulum sekolah. Melalui kemahiran berfikir yang diselitkan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat mewujudkan daya berfikir yang baik dan

berkesan selain dapat mengelak daripada melakukan kesilapan di dalam berfikir. Secara amnya,

kemahiran berfikir terdiri daripada dua iaitu, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

(KBKK). Dalam kemajuan penggunaan teknologi media massa ketika ini, bidang pendidikan

tidak ketinggalan untuk turut sama dalam memanfaatkan kecanggihan pelbagai gajet dan saluran

yang tersedia bagi menyediakan dan melengkapkan murid-murid dengan arus globalisasi yang

semakin hebat gelombangnya.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer, guru perlu bijak

mencari laman web yang mampu merangsang minda murid-murid agar mereka didedahkan

dengan kemahiran berfikir secara langsung ataupun tidak langsung. Pemilihan laman web yang

bersesuaian dengan aras dan objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dititikberatkan agar sesi

pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dapat mencapai objektif serta mudah diikuti oleh

murid-murid. Saya telah memilih laman web http://www.bbc.co.uk/scienceclips/ sebagai

medium tambahan dalam mengajar matapelajaran sains, yang berbantukan komputer. Laman

web tersebut juga menepati kehendak saya sebagai guru matapelajaran sains kerana terdapat

Page 13: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

beberapa ciri-ciri reka bentuknya yang mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid

seperti pelbagai soalan yang disediakan dan permainan yang diwujudkan mampu merangsang

kemahiran berfikir murid-murid.

2.2 Ciri-ciri reka bentuk yang dapat meningkatkan Kemahiran Berfikir

Ciri yang pertama dan paling utama ialah, mempunyai permainan. Permainan yang

disediakan di dalam laman web tersebut, bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga berkaitan

dengan topik yang terdapat di dalam buku teks KSSR maupun KBSR. Permainan yang

diwujudkan juga mampu merangsang kemahiran berfikir murid dalam menjawab soalan-soalan

yang disediakan. Di dalam kemahiran berfikir, terdapat dua bahagian utama yang perlu

didedahkan kepada murid, iaitu secara kritis dan secara kreatif. Melalui permainan matematik

yang terdapat di dalam laman web http://www.bbc.co.uk/ ini, murid dapat mengaplikasikan

pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir yang dirangsang melalui permainan yang

diwujudkan secara lebih praktik lagi, malah permainan-permainan yang ada juga dapat

meningkatkan kualiti pemikiran murid. Sebagai contoh, dalam salah satu permainan dalam

laman web tersebut berkaitan dengan topik sifat bahan. Murid diminta mencari bahan yang

mempunyai sifat bahan yang diarahkan. kemudian murid hanya perlu klik pada bahan itu

sekiranya betul jawapan itu kedengaran bunyi klik. Sekiranya jawapan salah sesuatu objek akan

jatuh dan menimpa kepala.

. Gambar di bawah adalah contoh permainan tersebut.

Page 14: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Ciri yang kedua ialah, laman web ini tidak hanya tertumpu kepada satu jenis mata pelajaran

sahaja. Di dalam laman web http://www.bbc.co.uk/ ini juga terdapat mata pelajaran lain seperti

matematik, sastera inggeris dan muzak. Dengan adanya mata pelajaran lain, maka kemahiran

berfikir murid dapat dikembangkan melalui kepelbagaian kecerdasan. Adakalanya sesuatu soalan

itu dibuat berdasarkan sesuatu fakta seperti berdasarkan fakta sains. Oleh kerana laman web ini

mempunyai pautan dengan mata pelajaran lain, maka mudahlah bagi murid untuk mengakses

masuk ke pautan yang disediakan, sebagai contoh di dalam mata pelajaran matematik

bagi mencari maklumat serta mengesahkan maklumat yang diberi atau dicari adalah betul.

Dengan cara itu, maka kemahiran berfikir murid dapat ditingkatkan kerana murid akan

dirangsang berfikir melalui fakta yang terdapat pada soalan yang ingin dijawab, serta mencari

maklumat pada pautan yang disediakan, bagi mengesahkan sumber maklumat yang ada. Maka

dengan itu, murid telah membuat analisis untuk membuat keputusan sebelum menyelesaikan

masalah pada soalan yang berkaitan.

Gambar di bawah adalah contoh permainan tersebut.

Ciri yang ketiga ialah, laman web ini mengandungi pelbagai isi kandungan yang mampu

merangsang dan meningkatkan kemahiran berfikir murid. Kepelbagaian lembaran kerja yang

boleh dicetak, fakta-fakta yang berkaitan dengan topik-topik yang berkaitan malah dalam mata

pelajaran matematik pula disediakan paparan video untuk menyelesaikan sesuatu soalan seperti

operasi asas tolak, tambah, bahagi dan darab serta pecahan. Dengan adanya perisian dan

Page 15: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

kandungan-kandungan tersebut, tugas guru untuk meningkatkan lagi kemahiran berfikir murid

menjadi lebih mudah dengan bantuan laman web ini. Malah, murid lebih mudah menggunakan

kemahiran berfikir serta menggabungkan kemahiran berfikir mereka secara kritis dan kreatif.

Manusia dikatakan makhluk yang ‘visually oriented’ dan mereka banyak belajar melalui

penglihatan.  Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca

biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang

lebih jelas.  Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang

pujangga dan ahli falsafah cina;

‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya

tahu…’

Kajian ini juga telah menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam memastikan

keberkesanan media dalam pengajaran.  Misalnya jika guru menayangkan filem serta mengaitkan

dengan objektif-objektif pembelajaran, maka maklumat yang terima oleh pelajar akan

bertambah.  Misalnya, Ausuble (1968) mengemukakan konsep maklumat awal sebagai bantuan

untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. 

Contoh maklumat awal ini ialah satu tinjauan, pengenalan kepada ringkasan penting kepada isi

pelajaran, satu pernyataan tentang prinsip-prinsip yang terkandung dalam maklumat yang akan

disampaikannya. 

Kepelbagaian laman web yang ada di internet pada masa ini sebenarnya membantu guru dalam

memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran, selain daripada menjadikan sesi tersebut lebih

menarik serta mampu menarik minat murid untuk lebih tumpuan terhadap sesi pengajaran dan

pembelajaran. Namun, tidak semua laman web yang tersedia itu mengandungi bahan yang

mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid. Oleh itu, sudah menjadi kelaziman di

dalam tugas guru untuk memastikan, bahan yang dipilih melalui internet itu mempunyai

kandungan yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid serta bijak menggunakan bahan

tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar kemahiran berfikir murid benar-benar

dapat dirangsang sebaik mungkin.

Page 16: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Ciri yang keempat ialah, laman web ini turut menyertakan banyak latihan-latihan berkaitan

topik yang diajar. Tidak kira samada latihan latih tubi mahupun latihan pengukuhan yang dapat

membantu merangsang kemahiran berfikir murid-murid. Melalui latihan-latihan yang disediakan

di dalam laman web ini juga, murid akan dapat menggabungkan kemahiran berfikir mereka, iaitu

gabungan aras rendah dan tinggi. Sebagai contoh, dalam soalan yang melibatkan formula dan

kaedah hafalan untuk mendapatkan jawapan, kedua-dua kemahiran tersebut digunakan oleh

murid untuk menjawab soalan-soalan di dalam latihan tersebut. Dalam kemahiran berfikir aras

rendah, kaedah hafalan dan mengingat formula merupakan merupakan salah satu daripada

contohnya manakala penggunaan pemikiran yang luas dan mendalam pula, terutamanya soalan

aras tinggi, murid akan terangsang untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.

Kecerdasan murid dalam bidang logik seperti mata pelajaran matematik juga dapat

dikembangkan.

Ciri yang kelima ialah, laman web http://www.bbc.co.uk/ ini juga mempunyai beberapa

topik yang berkaitan dengan sukatan pelajaran seperti yang terdapat dalam sistem pendidikan

negara kita. Sebagai contoh, topik-topik dalam mata pelajaran sains. Dengan adanya topik-

topik yang berkaitan, maka mudahlah bagi seseorang guru itu untuk mengadakan sesi soal

jawab, perbincangan, komunikasi ataupun menjana idea bersama murid tentang perkara-

perkara yang tidak difahami. Secara tidak langsung, sesi tersebut melibatkan pembelajaran

koperatif iaitu dari sudut interpersonal murid. Sesi ini mampu merangsang kemahiran

berfikir murid dengan mengajukan beberapa soalan yang tidak difahami. Oleh itu, murid

dapat memperkembangkan kecerdasan logik sains mereka dengan membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah berkaitan sains. Sekiranya aktiviti dilakukan secara berkumpulan,

maka lebih banyak lagi idea yang dapat dikumpulkan oleh murid. Malah, melalui

perkongsian idea secara berkumpulan ini, maka murid-murid akan dirangsang dengan

menggunakan kemahiran aras tinggi, iaitu merancang dan menjana idea..  Sebagai media

pengajaran yang menghampiri konkrit video yang digunakan secara sistematik dapat

merangsang daya imaginasi dan perbincangan.  Ia dapat menjamin proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan lancar di samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah

tanggapan dan pentafsiran 

Page 17: Assgn Dh Siap Cuma Edit Ja Sblm 151113

Ciri yang keenam pula ialah, adanya soalan penyelesaian masalah. Soalan jenis penyelesaian

masalah adakalanya terlalu sukar bagi murid untuk dijawab. Namun, melalui laman web

http://www.bbc.co.uk/ ini, penggunaan grafiknya yang menepati prinsip reka bentuk

visual seperti dari segi simplisiti dan variasi, soalan-soalannya menjadi lebih mudah untuk

dijawab malah, menarik minat murid. Secara tidak langsung, dengan adanya soalan jenis

penyelesaian masalah ini, maka murid-murid dapat menggunakan serta meningkatkan kemahiran

berfikir mereka. Murid akan membuat analisis seperti membanding, membeza, mengelas,

menilai, menyusun atur dan mentafsir. Melalui analisis yang dibuat untuk menjawab soalan

tersebut, murid dapat menjana idea mereka untuk mendapatkan jawapan.

(2954 patah perkataan)