21
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBIS2203 AKIDAH Nama: CHE SAADAH BT SAAD @ MOHD SAAD Email: [email protected] Nama Tutor: PN SAADIAH BT HJ. HARON Pusat Pembelajaran: KEDAH Semester: SEPTEMBER 2013

Assignment Aqidah

  • Upload
    yus

  • View
    66

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS2203AKIDAH

Nama:CHE SAADAH BT SAAD @ MOHD SAADEmail: [email protected]

Nama Tutor:PN SAADIAH BT HJ. HARONPusat Pembelajaran:KEDAH

Semester: SEPTEMBER 2013

ISI KANDUNGAN

BilIsi Kandungan

Muka Surat

1

Pengenalan2

2

Isi Penerangan Tentang :2.1 Syirik2.2 Kufur2.3 Riddah2.4 Khurafat2.5 Nifaq45678

3

Latar belakang Syiah9

4

Kesimpulan / Penutup12

5

Rujukan14

1.0 Pengenalan Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana atas limpah kurniaNya. Tugasan pada kali ini amat besar erti dan hikmahnya kepada saya sebagai seorang individu muslim yang berpegang teguh kepada agama Islam kerana tanggungjawab ini memerlukan usaha dan kesungguhan yang lebih teliti untuk mengupas perkara-perkara yang menjadi asas kepada pegangan akidah yang sebenar.Perbincangan tentang aqidah juga secara tidak langsung dapat mendekatkan lagi kita dengan pencipta yang sebenarnya iaitu Allah Subhanahu Wataala Robbul Jalil. Di antara kehendak tugasan yang diamanahkan ini juga menuntut saya mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan perbezaan di antara syirik, riddah, kufur, khurafat dan nifaq yang pembuktian daripada al-Quran dan Hadis . Alhamdulillah, hasil daripada kajian dan pembacaan dari kitab suci al-Quran dan buku-buku ilmiah yang menjadi bahan rujukan sudah pasti dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang akidah Islam dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.1.1Maksud Aqidah Islam Menurut Ustaz Abdullah dalam Noor Lizza (2007) , Akidah dari sudut bahasa diambil dari kata ertinya menyimpul . Manakala di dalam bahasa Arab pula bermaksud bersungguh-sungguh berpegang pada janji atau kontrak.Noor Lizza (2007) menyatakan akidah menurut istilah agama ialah satu hukum yang pasti yang mana manusia menyimpulkan hatinya kepada hukum tersebut tanpa ragu-ragu atau syak wasangka.Oleh itu dapatlah dihuraikan bahawa Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap Allah sebagai pencipta alam. Pembuktian kepada keyakinan dan keteguhan pegangan ini ialah dengan meyakini tentang kewujudan Allah Subhanahuwataala yang bersifat tunggal, esa yang berdiri dengan zatnya sendiri . Pegangan aqidah yang berteraskan bukti bukti yang nyata hasil daripada pemerhatian kepada alam syahadah serta kajian daripada ayat-ayat al-Quranul karim sebagai mukjizat maknawi yang menjadi saksi yang kekal sehingga hari ini. Firman Allah s.w.t : Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci Engkau. (Ali Imran: 190-191) Hasil daripada anugerah akal fikiran yang meletakkan kita sebagai makhluk istimewa di alam ini juga telah menjadikan kita makhluk yang bersyukur kepadanya dengan meyakini dan mengamalkan semua rukun iman dalam kehidupan kita. Manusia yang menggunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya akan sentiasa berusaha mencari kebenaran bagi mengukuhkan pegangan agar segala amalan yang dilakukan di dunia ini berguna untuk dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t : Maksudnya: Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari ( akhirat ) tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta . Bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit. Bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang. Bagaimana ia ditegakkan ? Dan keadaan bumi. Bagaimana ia dihamparkan? Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya Engkau hanya seorang Rasul pemberi ingatan. (Al-Ghasyiah : 17-21).Hasil daripada penelitian yang didapati dari dalil naqli dan aqli ini sudah tentu dapat memantapkan keyakinan kita terhadap aqidah yang kita pegang iaitu aqidah islam. Sumber aqidah Islam ialah Al-Quran dan As-Sunah.2.0 Perkara-perkara yang merosakkan Akidah umat Islam2.1 Syirik.Syirik ialah perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu. Sama ada pada zat, sifat atau perbuatannya. Kata Syirik berasal dari kata syaraka yang bererti mencampur dua atau lebih benda atau hal yang tidak sama menjadi seolah-olah sama, Orang yang mencampurkannya disebut musyrik. Lawan syaraka ialah khalasya yang bermaksud ikhlas (Drs. Enang Sudrajat , 2007).Oleh itu orang orang yang bertuhankan Allah ialah orang-orang yang benar-benar bertauhid. Mentauhidkan Allah dengan ikhlas perlukan suatu perjuangan yang sangat berat dan merupakan satu jihad yang sangat besar daam hidup ini. Al-Quran mengingatkan setiap muslim bahawa dosa terbesar yang tidak terampunkan oleh Allah adalah dosa syirik. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak memberi keampunan terhadap orang yang mempersekutukan-Nya (syirik) dan akan mengampunkan dosa yang selain daripada dosa (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. (Surah an-Nisa 116)Menurut Sulaiman ( 2007 ), syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk atau mempercayai bahawa adanya kuasa lain yang lebih berkuasa dari Allah. Orang yang melakukan syirik itu disebut musyrik. Syirik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Syirik Akbar dan Syirik Asghar. Syirik Akbar ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk sama ada menyekutukan Allah dengan kuasa lain atau menyembah selain daripada Allah Yang Maha Esa atau memperlakukan sesuatu benda yang bukan manusia seperti kubur, tempat yang dianggap keramat, pokok kayu, patung , keris, pedang dan sebagainya diperlakukan seperti Tuhan atau setengah Tuhan.. Syirik Akbar adalah suatu dosa yang amat besar yang menyebabkan seseorang masuk ke neraka buat selama-lamanya dan tidak akan diampun dosa melainkan dengan bertaubat. Syirik Akbar yang dikenali juga Syirik Itiqadi .

Syirik Asghar.Termasuk juga Asghar apabila seseorang itu mengerjakan sesuatu amal ibadah kerana riak atau menunjuk-nunjuk seperti sembahyang kerana malukan isterinya atau mahu dipuji. Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan , kata-kata dan iktiqad agar tidak mudah terjerumus kepada dosa mensyirikkan Allah SWT.2.2 KufurMaksud kufur ialah tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Menurut Noor Liza et al.(2007) : Kufur bermaksud tidak percaya kepada Allah S.W.T serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W .Orang yang melakukan perbuatan ini digelar kafir. Mereka dilaknat dan mendapat kemurkaan Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.

Firman Allah S.W.T ; Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad SAW) , dan juga kepada Kitab-Kitab Suci yang telah diturunkan terdahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur dan ingkar kepada Allah, dan Malaikat- malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya, dan juga Hari AkhiratNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. Ayat di atas jelas menunjukkan ketegasan Allah SWT agar umat Islam berpegang teguh dengan ajaran Islam.Kufur terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kufur Hakikat dan Kufur Nikmat. Kufur Hakikat ialah ingkar atau menafikan rukun iman dan menafikan syariat yang telah dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Orang yang kufur Hakikat ini akan menolak hukum-hukum Allah dalam Al-Quran, menafikan balasan akhirat serta meringankan perintah solat dan sebagainya.

Kufur Nikmat pula ialah tidak menggunakan semua nikmat pemberian Allah mengikut jalan yang Allah redha, seperti mengelakkan membayar zakat dengan membelanjakan harta mengikut kepentingan sendiri, menggunakan nikmat pemberian Allah ke jalan maksiat dan sebagainya. 2.3Riddah Asal perkataan riddah adalah daripada radd yang bererti berbalik kembali. Istilah riddah (irtidad) secara umumnya bererti kembali dari suatu agama atau aqidah.Maksud Riddhah ialah berpaling atau keluar daripada agama Islam. Di antara faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi Riddah ialah lemah dalam pegangan agama, kurangnya ilmu pengetahuan tentang aqidah dan hukum-hukum Islam serta mudah terpengaruh dengan tawaran kebendaan atau bersifat melebihkan duniawi daripada ukhrawi.Seseorang-orang yang murtad ialah orang yang berbalik menjadi kafir. Menurut Sulaiman (2007) orang-orang yang murtad tidak boleh dibiarkan dalam keadaan riddahnya kerana bagi orang-orang ini terdapat hukum-hukum yang tersendiri bagi mereka.iaitu di antaranya ialah : Pihak berkuasa memerintahkan bertaubat. Jika enggan boleh dihukum bunuh. Haram memakan daging sembelihannya. Tidak boleh menerima pesaka dan tidak boleh dipusakai bahkan hartanya dimasukkan ke dalam Baitulmal. Orang-orang yang murtad atau riddah ini adalah kafir dan akan kekal di dalam neraka selama-lamanya . Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad ( berpaling tadah ) dan agamanya (agama Islam ) , lalu ia mati sedangkan ia tetap kafir maka orang-orang yang demikian , rosak binasalah usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat; dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). Seseorang yang riddah atau murtad sama ada disebabkan iktiqad, perbuatan atau tuturkatanya samalah seperti telah melakukan jenayah bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada keluarganya dan masyarakat Islam seluruhnya.Di antara jenayah tersebut ialah : Menganggap dirinya betul dan orang-orang lain adalah salah dan bodoh. Ini bermakna telah mengaib , menghina dan memusuhi umat Islam. Menyalahkan ajaran Isla kerena didorong oleh hawa nafsu. Menjadi contoh buruk kepada orang lain dan akan merosakkan ajaran Islam Bahayanya Riddah atau murtad ini juga boleh memberi kesan buruk kepada umat Islam, contohnya seperti, merosakkan hubungan suami isteri, larangan dikebumikan di perkuburan Islam.2.4 Khurafat.Maksud khurafat ialah kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam, sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat. Ia juga boleh diertikan dengan perkara tahyul, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan dan sebagainya yang menyimpang dari agama Islam yang tidak boleh diterima akal sama sekali. Di antara perbuatan-perbuatan yang dianggap khurafat ialah : Mempercayai tangkal atau azimat yang diyakini dapat menghindarkan diri daripada sesuatu bahaya. Mempercayai bahawa burung atau binatang-binatang tertentu boleh membawa tuah atau mendatangkan sial. Mempercayai pokok-pokok besar yang dianggap keramat. Memuliakan kubur seseorang individu yang dikatakan membawa tuah atau memakbulkan sesuatu permintaan. Mempercayai amalan bertilik nasib atau jampi serapah bomoh. Kepercayaan kepada perkara sial majal seperti adat mandi safar dan adat mandi membuang sial.Kesan buruk mengamalkan amalan khurafat ialah akan menyebabkan seseorang itu syirik dan terbatal imannya. Membazir masa harta dan tenaga kerana memikirkan perkara yang sia-sia. Amalan khurafat juga boleh menjadikan seseorang itu lemah akal dan imannya kerana kepercayaan tersebut telah menafikan kepercayaan kepada qadha dan qadar. Rasulullah saw juga melarang amalan-amalan yang khurafat ini seperti mana terdapat dalam hadisnya :

, : , . .

Dari Shafiyah binti Ubaid dari salah seorang isteri Nabi s.a.w r.a dari nabi s.a.w sabdanya : Siapa datang kepada tukang tebak dan menanyakan sesuatu lalu dipercayainya , maka tidak diterima sembahyangnya empat puluh hari . Kepercayaan kepada tebakan itu seolah-olah mendahului takdir atau membuka tirai ghaib, yang mana sudah tentu akan merosakkan iman terhadap takdir dan ghaib yang menjadi hak Allah semata-mata. Amalan amalan khurafat jika diteruskan dalam kehidupan seseorang muslim sudah tentu akan menjarakkan hidupnya dengan kebenaran yang hakiki dan boleh merosakkan pegangan aqidah seterusnya mendatangkan kemurkaan Allah SWT.2.5 Nifaq.

Orang yang munafik itu mengikut istilah syarak ialah seseorang yang melindungi kekufuran yang bersemi di dalam jiwanya dengan berpura-pura menunjukkan keislamannya dengan lisan dan perbuatannya. Dia mengaku dan berikrar sebagai seorang islam, tetapi di dalam hatinya dia menolak sama sekali kebenaran ajaran-ajaran yang terkandung di dalam syariat Islam. Allah SWT telah meletakkan hukuman keras terhadap golongan munafik . Orang orang munafik akan mendapat azab seksaan yang pedih di akhirat. Firman AllahSWT : .. Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali dalam neraka. (Surah an- Nisa : 145)

Sifat-sifat atau tanda tanda orang yang munafikitu antaranya ialah : Mempunyai sikap dan pendirian yang sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan suasana. Tutur kata yang sentiasa berubah-ubah. Jika bersama orang mukmin ia menunjukkan kebaikannya tetapi apabila di belakang mereka pelbagai umpatan dan caci nista dilemparkannya. Orang-orang munafik akan sentiasa mengharapkan amalannya dipuji. Orang munafik hanya mementingkan keduniaan semata-mata. Orang munafik tidak pernah berasa tenang dan tenteram jika bersama orang-orang yang beriman.Menurut Imam Nawawi, nifaq ialah orang beriman yang mempunyai atau menyerupai sifat orang munafik atau melakukan sesuatu bercanggah dengan kehendak hatinya secara umum. Golongan munafik ini secara luarannya seperti orang beragama, namun hatinya penuh kebencian dan permusuhan terhadap Allah swt, Rasulullah saw serta umat Islam.

Sabda Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud :Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a baginda bersabda : Ada empat sifat , siapa yang lengkap ada pada dirinya maka ia munafik betul-betul. Dan siapa yang mempunyai salah satu daripadanya maka bererti mempunyai salah satu sifat munafik hingga ditinggalkannya. Jika dipercayai khianat. Bila bicara dusta. Jika berjanji ia menyalahi dan bila berdebat (bertengkar) melampaui batas . (Bukhari , Muslim)3. Syiah.Syiah dari segi bahasa bermakna pengikut atau pengiring. Kalimah ini kemudiannya digunakan oleh para penyokong Sayidina Ali bin Abi Talib. Mereka berkata : Kami Syiah Ali (penyokong Ali) Asalnya sebuah gerakan politik, kemudian berubah menjadi aliran akidah yang memiliki ajaran-ajaran menyalahi Islam yang sebenar.Menurut Wan Alias (1982) benih Syiah yang pertama tersemai sebenarnya bermula pada detik peristiwa kewafatan Rasulullah saw . Sekumpulan sahabat baginda berpendapat bahawa orang yang paling layak menggantikan baginda ialah keluarga yang terdekat. Semasa baginda wafat terdapat dua orang keluarga terdekat baginda iaitu Al-Abbas bin Abdul Mutalib dan Ali bin Abu Talib . Kedua mereka dianggap paling layak. Oleh sebab Al- Abas sendiri tidak pernah menuntut hak ini , maka Ali adalah calon yang lebih layak menjadi khalifah .Namun begitu dalam hal ini tidak terdapat Hadis Sahih yang menyatakan Rasulullah saw telah melantik Sayidina Ali sebagai penggantinya. Golongan syiah terbahagi kepada beberapa puak dan kumpulan iaitu al-Kaisaniah, Al-Imamiyah, Al-Ghaliah , Al-Zaidiah dan Al-Ismailiyah.Penyimpangan dan kesesatan Syiah sangat banyak dan justeru ajaran Ahli Sunah telah menyangkal setiap dakwaan dan kesesatan dengan dalil-dalil yang kukuh bersandarkan pada keterangan ayat-ayat al-Quranul Karim.

Di antaranya ialah : Meyakini selepas Rasulullah saw wafat , semua sahabat murtad kecuali ahlul bait dan beberapa orang sahabat. Sedangkan dalam ayat Quran ada menyatakan keadilan dan sanjungan untuk para sahabat. Surah al-Taubah ayat 100. Dan orang-orang yang mendahului orang-orang lainnya dan yang pertama- tama beriman kepada Allah dan RasulNya dari orang Muhajirin dan Ansar dan yang menolong Rasulullah dari musuh-musuhnya (kafir), merekalah orang-orang yang mendapat keredaan Allah dan bagi mereka syurga yng mengalir di bawahnya sungai-sungai dan akan kekallah mereka di dalam nya. (syurga).Ayat ini menjelaskan pujian Allah terhadap para sahabat r.a , sesungguhnya kehormatan mereka berasal dari keimanan mereka.

Meyakini para imam mereka sama kedudukan dengan Nabi dan wajib ditaati. Ahli Sunah Waljamaah berpegang pada ajaran al-Quran dan Hadis yang maksum hanya para Nabi dan Rasul. Firman Allah SWT : Sesiapa yang mengatakan seseorang maksum selepas Rasulullah maka ia kafir. Ia menyalahi keterangan Allah bahawa Islam itu telah sempurna sebagaimana dalam surah al-Maidah Allah berfirman:

Maksudnya : Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah aku cukupkan nikmat-ku bagimu dan telah aku redha Islam itu agamamu..Maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Mendakwa ayat al-Quran mengandungi 17 ribu ayat dan tiga kali ganda daripada Mashaf Uthmani. Sedangkan al-Quran adalah mukjizat , tidak ada sebarang perubahan , pengurangan dan penambahan ayat sejak dibaca oleh Rasulullah saw.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad saw, dan Kamilah juga yang menjamin penjagaannya dari penambahannya, pengurangannya atau hilangnya satu bahagian dari al-Quran. Surah Al-Hijr ayat 9. Menuduh Siti Aisyah bersalah dalam kes tuduhan zina yang direka oleh kaum munafik. Sesiapa yang menuduh Isteri Nabi iaitu Saidatina Aisyah telah berzina maka ia kafir.

Firman Allah : .

Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik lagi beriman (berbuat zina ) mereka akan dilaknat di dunia dan akhirat dan mereka akan menerima azab yang amat besar.Ayat 26 Surah al-Nur juga telah menyatakan kesucian Aisyah . Dan Rasulullah adalah manusia yang paling baik maka pastilah wanita yang paling baik menjadi isteri baginda saw.

Meratapi Sayidina Husain pada hari Asyura dengan pelbagai amalan seperti memukul dan menyakiti tubuh badan . Ajaran Ahli Sunah telah mengharamkan sesiapa pun meratapi si mati , apatah lagi dengan memukul dan menyakiti diri sendiri.

Mendakwa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah Imam Mahdi yang akan muncul untuk memerintah dan menghukum umat Islam yang zalim. Ajaran dari ahlul Sunah Waljamaah menyatakan Imam Mahdi adalah keturunan Rsulullah saw dan akan muncul untuk memerintah bumi dengan adil bukan untuk membalas dendam.

Mendakwa Allah akan menghidupkan semula ahlul Bait dan imam mereka termasuk imam Mahdi untuk menghukum orang-orag zalim termasuk Abu Bakar, Umar , Uthman dan Aisyah. Sedangkan hanya akan berlaku kebangkitan di padang Mahsyar di mana semua orang akan diadili dan diberi hukuman.

Mewajibkan berdusta untuk melindungi diri walaupun perkara yang disembunyi itu benar. Sedangkan dalam hadis sahih Nabi menyatakan berdusta adalah ciri-ciri munafik.

Membenarkan nikah mutah yang tidak memerlukan saksi, wali dan pengisytiharan syarat, akad , tempoh dan mahar. Sedangkan nikah mutah telah diharamkan oleh Nabi sebelum baginda wafat dan salah seorang perawinya adalah Sayidina Ali.

Allah hanya mengetahui sesuatu perkara setelah berlalu sesuatu peristiwa. Sesungguhnya Allah bersifat maha mengetahui sama ada perkara sebelum, selepas ,sedang berlaku atau akan berlaku. Jelaslah kepada kita sekarang semua kesesatan yang dibawa oleh puak syiah telah menyimpang jauh dari ajaran Islam sebenar. Oleh itu sebagai umat Islam kita wajib mempertahankan kesucian agama Islam daripada penyelewengn yang diadakan oleh golongan-golongan syiah ini.

4. Kesimpulan.Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Timbul keinsafan pada diri yang lemah lagi kerdil ini betapa perlunya kita memantapkan diri dengan Ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan Aqidah Syariah dan sebagainya supaya keimanan kita pada yang Satu tidak akan menyimpang jauh daripada kebenaran yang hakiki. Amalan-amalan seperti kufur, nifaq, syirik, riddah, dan khurafat adalah satu virus yang boleh meracuni kehidupan umat Islam masa kini yang mana ia boleh menyebabkan tercemarnya kesucian agama Islam.

(3066 patah perkataan)

5. RUJUKAN

Abu Ezzat Al-Mubarak., H. Salim Bahreisy, (2012) Riyadhus Shalihin (m.s. 552- 1154) Selangor : Pustaka Jiwa Sdn Bhd

Drs. Enang Sudrajat, (2007) Syamiil Al-Quran The Miracle, ( m.s. 238- 547 ): PT Sygma Examedia ArkanleemaKhairunnisa Razak . (2012). Golongan Munafik Lebih Bahaya daripada Kafir. Retrieved November 2, 2012, fromhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Munafiqlebihbahayadaripadakafir/Article Sulaiman Endut (2012) Asas Fardhu Ain, Selangor : Pustaka Haji Abdul Majid

Ustaz Umar Muhammad Noor. (2013). Syiah; Apa yang Mesti Diketahui. Majalah Al-Ustaz. Jil.17.

1