10
SEJARAH PERBURUHAN (AH10203) NAMA PENSYARAH : KEE Y. SABARIAH BINTI KEE MOHD YUSUF SOALAN 13 : APAKAH PUNCA PEKERJA-PEKERJA DALAM INDUSTRI ELEKTRONIK TIDAK BOLEH MENUBUHKAN KESATUAN SEKERJA. PERBINCANGAN BOLEH MENYENTUH ASPEK SOSIAL EKONOMI DAN POLITIK MALAYSIA PADA HARI INI NAMA PENUH NO MATRIK NUR ASYIRA BINTI MAALI BA14161161 AZLIZA NUR ASHIQIN BINTI ROSLANG BA14161317 RIKA BINTI NORDIN BA14161193

Ayam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ayam bekokok waktu pagi tandanya mau makan ayam. Lepas tu disembelih oleh orang untuk dimasak ayam masak kicap. heheheheheh ba ya lah suda lah. mari makan kita. hasdasdasd

Citation preview

Page 1: Ayam

SEJARAH PERBURUHAN (AH10203)

NAMA PENSYARAH : KEE Y. SABARIAH BINTI KEE MOHD YUSUF

SOALAN 13 : APAKAH PUNCA PEKERJA-PEKERJA DALAM INDUSTRI ELEKTRONIK TIDAK BOLEH MENUBUHKAN KESATUAN SEKERJA. PERBINCANGAN BOLEH MENYENTUH ASPEK SOSIAL

EKONOMI DAN POLITIK MALAYSIA PADA HARI INI

NAMA PENUH NO MATRIKNUR ASYIRA BINTI MAALI BA14161161

AZLIZA NUR ASHIQIN BINTI ROSLANG BA14161317RIKA BINTI NORDIN BA14161193

PENGENALAN

Page 2: Ayam

Menurut Akta Kesatuan Sekerja 1959, kesatuan sekerja adalah salah satu persatuan atau gabungan antara pekerja dengan majikan dan mereka hendaklah tergolong dalam pekerjan dan industri yang sama.

Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) merupakan penyumbang utama kepada pembangunan Industri di Malaysia. Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM ) merupakan sebuah badan perwakilan Industri di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1952.

Fakto r -faktor pekerja Industri Elektronik tidak boleh Menubuhkan Kesatuan Sekerja.

1.Kawalan kerajaan Mengurangkan Pergerakan Kesatuan Sekerja. Peranan kesatuan sekerja dari sudut negatif telah dilihat sering

mengadakan mogok dan piket serta pemberontakan terhadap keputusan majikan.

Menurut Kamarudin, (1980), hubungan antara modal dengan negara saling bergantung.. Pihak kerajaan telah mengawal penubuhan kesatuan sekerja dalam industri Elektronik.

Contohnya, pihak kerajaan telah menubuhkan Pusat Bimbingan Pembaikan Teknik. Ini mewujudkan tenaga buruh mahir dalam industri elektronik. Kebergantunagn pelabur asing dapat di kurangkan.

Bagi mengelakkan konflik dalam sesebuah organisasi di Sektor eloktronik yang melibatkan firma asing.

2.Penubuhan Kesatuan Dalaman Pihak kerajaan telah membenarkan pekerja industri Elektronik

menubuhkan kesatuan dalaman (in- house union) sahaja pada 19 oktober 1998.

Penubuhan Kesatuaan sekerja atau kesatuan dalaman mempunyai

Page 3: Ayam

fungsi yang sama. Sektor Elektronik lebih kepada kesatuan dalaman iaitu hanya tertumpu dalam organisasi diantara tenaga pekerja elektronik dan majikan.

Industri Elektronik merupkan firma yang besar dan melibatkan tenaga buruh asing, apabila pekerja menubuhkan kesatuan sekerja kebangsaan menyebabkan sebarang konflik atau pertikaain sukar di kawal dan telah melanggar undang-undang penubuhan kesatuan sekerja.

Terdapat majikan yang menggunakan taktik tidak beretika untuk melemahkan kesatuan sekerja denagn menubuhkan kesatuan dalaman ini. Contohnya, kesatuan kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), pegawai-pegawai Nube telah di halang untuk menubuhkan kestuan sekerja.

3.Penubuhan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Nilai dan norma bagi kuasa kepada keupayaan penubuhan Pengurusan

Sumber Manusia dipercayaai mampu mengatasi keperluan hak-hak dan kondisi pekerja.

Menurut Zainal Ariffin, (1999), Kejayaan seseorang pengurus sumber manusia adalah lebih banyak bergatung kepada kebolehan pengurus dalam melaksanakan kerja secara perkongsian tenaga atau secara berpasukan tetapi tanpa kesatuan sekerja.

Contohnya, ‘isu individual rather than collective rights’ dalam industri elektronik lebih menekankan hak-hak individu daripada hak-hak secara berkumpulan (kolektif).

Dan hanya menjalankan kontrak secara individu terhadap pekerja.

4. Melibatkan firma-firma asing Ekonomi berorentasikan eksport dalam sektor perindustrian yang

berteraskan kepada pengeluaran alat-alat eletronik dan tekstil. Ini akan melibatkan pengeluaran dengan firma asing. Oleh sebab itu,

tenaga buruh industri elektronik tidak boleh menubuhkan kesatuan sekerja.

Page 4: Ayam

Walaupun industri-industri moden dikuasai oleh pemodal asing namun kesatuan sekerja yang berdaftar boleh ditubuhkan dalam firma yang samadan tidak melibatkan firma lain.

5. Dasar Pandang Ke Timur Diperkenalkan pada tahun 1983, di bawah pentadbiran Tun Dr

Mahathir Mohamad. Contoh kesatuan dalaman ala jepun telah diperkenalkan di bawah

Undang-Undang Buruh Malaysia (Wad, 1998) Menjadi sesuatu yang bermakna kepada firma-firma yang baharu

sekiranya mempunyai kesatuan dalaman yang dalam hal ini membuktikan kejayaan besar syarikat-syarikat Jepun dalam bidang perniagaan.

Dengan adanya kesatuan di sesebuah syarikat maka kesatuan sekerja dapat berunding dengan pihak majikan dengan baik dan harmoni.

6. Pemerintah Malaysia lebih berminat memajukan kesatuan dalaman Kesatuan dalaman lebih stabil dan fleksibel dalam hubungan majikan-

pekerja. Semua sektor akan mendapat faedah termasuk kerajaan melalui hasil

kutipan cukai. Dibuktikan dengan kejayaan Jepun dalam memantapkan kesatuan

dalaman di Jepun terutamanya dalam sektor swasta. Dapat mengeratkan hubungan rapat antara ahli kesatuan dengan

pihak majikan dan seterusnya akan meningkatkan produktiviti dan hubungan industri yang lebih aman di tempat kerja dan hal ini akan menarik lebih ramai pelabur di Malaysia sebagai contoh syarikat Philip menyatakan bahawa kesatuan dalaman memberikan kesan positif terhadap keputusan mereka untuk melabur di Malaysia.

7. Majikan Enggan Memberikan Pengiktirafan ( Majikan Anti-Kesatuan ) Dalam sektor elektronik, majikan enggan memberi pengiktirafan

kepada kesatuan dan menafikan hak kesatuan daripada melakukan rundingan terhadap perjanjian bersama.

Antara sebab lain ialah, majikan tidak ingin menanggung kos

Page 5: Ayam

kesatuan sekerja yang menimbulkan permasalahan. Contohnya, mogok dan piket.

Walaupun negara memiliki pelbagai akta perundangan buruh iaitu Akta Kerja sek. 8, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (sek.8) dan Akta Kesatuan Sekerja 1959, namun akta ini telah dipinda dari masa ke semasa untuk menghakiskan hak-hak pekerja dan pengaruh kesatuan sekerja.

Hal ini telah menyebabkan penafian hak terhadap ahli-ahli kesatuan.Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan:“semua warganegara adalah berhak menubuhkan kesatuan”Seksyen 8 Akta Kerja 1955 :“Tiada kontrak perkhidmatan boleh menghadkan hak pekerja untuk menganggotai kesatuan sekerja atau menyertai dalam aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja atau menubuhkan kesatuan sekerja”Seksyen 5 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967Tiada majikan boleh mengenakan syarat menyekat hak seseorang menggangotai kesatuan sekerja atau meneruskan keanggotaanya dalam kesatuan sekerja.

Keputusan kerajaan menafikan hak pekerja elektronik menubuhkan kesatuan sekerja yang bebas, menyebabkan upah dan kaedah serta syarat bekerja dalam sektor ini terus berada pada tahap yang terendah sekali.

MTUC berhujah tidak ada sebab jurang perbezaan gaji begitu ketara di antara kedua negara ini (Laporan Majlis Am 1993/1994, Kongres Kesatuan sekerja Malaysia. Tanpa Tirikh: 47).

8.Sektor elektronik & sektor elektrik adalah berbeza. Elektronik merupakan satu ilmu yang mempelajari alat elektrik.

Ianya dikatakan sebagai satu proses untuk pembuatan alat elektrik. Elektronik merupakan item yang belum siap atau sedang diproses. Contohnya, Tabung Sinar Katode ( Catode Ray Tube, CRT ), Smart card, Perakam DVD, Perakam pita dan sebagainya.

Elektrik pula merupakan sumber tenaga yang boleh ditukarkan dengan pelbagai tenaga. Elektrik merupakan barangan yang sudah

Page 6: Ayam

siap sepenuhya. Contohnya, kipas, lampu, radio, seterika dan sebagainya.

Antara kes yang pernah ada yang melibatkan isu sektor elektronik dan sektor elektrik berbeza ialah pada tahun 1974 Kesatuan Pekerja-pekerja Elektrikal (ErwD) telah cuba untuk bersatu dengan pekerja-pekerja di dalam industri elektronik, akan tetapi pihak pendaftar menolak untuk memberi kebenaran kepada pekerja tersebut untuk memasuki kesatuan, dengan alasan bahawa industri elektronik tidak serupa dengan industri elektrikal. (Laporan Jawatankuasa Majlis Am 1988/1990) 8-9 Disember 1990.

Ekoran penolakan penubuhan Kesatuan Pekerja Elektronik Kebangsaan itu, EIWU membuat rayuan kepada Menteri Buruh menentang keputusan Pendaftar, namun rayuan tersebut ditolak. Pada 19 oktober 1998, pihak kerajaan membenarkan pekerja industry elektronik menubuhkan kesatuan dalaman (in-house union) sahaja.

Pada masa yang sama, pekerja elektronik berkumpul dan menegaskan mahu menubuhkan sebuah kesatuan kebangsaan dan bukan kesatuan dalaman. Dalam hal ini, MTUC menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh pekerja elektronik berkenaan kerana adalah hak mereka bagi menubuhkan kesatuan kebangsaan.

Pemimpin MTUC menentang penubuhan 'kesatuan dalaman' kerana ia merugikan pekerja-pekerja. Kesatuan sekerja yang kecil dalam satu indusri akan menjejaskan kemampuan kesatuan berunding dengan majikan bagi kepentingan ahli-ahlinya. Pekerja elektronik lebih berminat menubuhkan kesatuan kebangsaan berbanding kesatuan dalaman kerana kebanyakan majikan syarikat elektronik adalah syarikat multinasional yang mempunyai sumber amat luas.

KESIMPULAN.Sektor elektronik yang dikatakan sebagai antara sektor pembangun ekonomi negara juga memberikan banyak kesan yang baik mahupun buruk dengan adanya kesatuan sekerja. Antara kesan baik dengan adanya

Page 7: Ayam

kesatuan sekerja dalam sektor ini ialah, rundingan kolektif yang ada dalam kesatuan tersebut menjadi lebih kuat berbanding dengan penubuhan kesatuan sekerja dalaman. Seterusnya, kesatuan sekerja dapat menjaga hak asasi bagi ahli-ahli dalam kesatuannya. Namun, kesatuan sekerja juga membawa kesan buruk kepada sektor elektronik. Sektor elektonik yang merupakan satu sektor multinasional mempunyai ramai pekerja dibawahnya, dan jika kegawatan ekonomi itu berlaku, dengan adanya kesatuan sekerja yang aktif maka aktiviti mogok akibat pembuangan pekerja akan bertambah dan menyebabkan keamanan industri terganggu. Oleh itu, perjuangan untuk menubuhkan serta mendaftar sebuah kesatuan pekerja peringkat nasional bagi pekerja-pekerja elektronik masih belum berjaya sampai sekarang.

RUJUKAN

Ahmad Shabery Cheek, (1989), Cabaran Malaysia Tahun Lapan Puluhan ; Kemelesetan

Ekonomi, kesannya ke Atas Pencapaian Dasar Ekonomi Baru ; Persatuan Sains Sosial Malaysia. Universiti Malayu, Kuala Lumpur.

Ismail Mohd Salleh, (1989), Industri-Industri Kecil Sederhana ; Sun U Book Co

SDN.Berhad. Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Kuala Lumpur.

Kamaruddin M.Said, (1980), Strategi Pembangunan dan Hubungan Perusahaan ;

suatu pendahuluan, Jurnal Antropologi dan Sosiologi, Jilid 8: Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Rohaiza Md Yasin, (2011), Impak Globalisasi Terhadap Penawaran Buruh Di

Page 8: Ayam

Malaysia ; Pusat Pengajian Ekonomi dan Pengurusan. Universiti Kebangsaan Malaysia ; Prosiding PerkemVI, Jilid 2: 65ms-75ms.

Balakrishnan Parasuraman. (2006) . Hubungan Industri di Malaysia ; Pendekatan dan

Amalan. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur : Prentice Hall.

Michael Salamon. 2000. Industrial Relation : Theory and Practice. Pearson Education

Limited. England.