34
Sejarah Dunia BAB BAB 1 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara TEMA 10 ( HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH SMA BARU Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di ASIA TENGGARA Imperialisme Barat di Asia Tenggara Imperialisme Barat Perubahan Sistem Politik Nasionalisme Di Asia Tenggara Faktor-Faktor Imperialisme Pengenalan Sistem Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme Perkembangan Nasionalisme Di Filipina Di Burma Di Indonesia Di Indochina Di Tanah Melayu Di Thailand http://www.library.cornell.edu/colldev/midea st/suez.html . http://www.bergen.org/technology/indust.html . http://www tqjunior.thinkquast.org/4132/info .html http://www.library.cornell.edu/colldev/midea st/suez.html

bab 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: bab 1

Sejarah Dunia Tingkatan 5

BABBAB

1

1

Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

TEMA 10( HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH SMA BARU

Kemunculan dan Perkembangan

Nasionalisme di ASIA TENGGARA

Imperialisme Barat di Asia Tenggara

Imperialisme Barat

Perubahan Sistem Politik

Nasionalisme Di Asia Tenggara

Faktor-Faktor Imperialisme Barat

Pengenalan Sistem Birokrasi Barat

Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme

Perkembangan Nasionalisme

Di Filipina

Di Burma

Di Indonesia

Di IndochinaDi Tanah Melayu

Di Thailand

http://www.library.cornell.edu/colldev/mideast/suez.html.http://www.bergen.org/technology/indust.html.http://www tqjunior.thinkquast.org/4132/info.htmlhttp://www.library.cornell.edu/colldev/mideast/suez.html

Page 2: bab 1

6283230

1. Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 yang didorong oleh hasrat mereka untuk menguasai ekonomi kawasan tersebut.

2. Bagi mencapai hasrat tersebut mereka telah mengubah sistem politik di tanah jajahan untuk memudahkan eksploitasi terhadap ekonominya.

3. Perubahan tersebut telah mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan kuasa-kuasa Barat, yang dikenali sebagai Gerakan nasionalisme.

1. Kegiatan imperialisme telah berlaku sejak zaman Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi.

2. Imperialisme zaman moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat mula menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.

3. Imperialisme ini boleh ditakrifkan sebagai dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruhnya dan wilayahnya dengan menjajah Negara lain untuk kepentingan tertentu seperti ekonomi, politik dan keagamaan.

2

Tema 9.1 dalam Huraian sukatan pelajaran sejarah SMA Baru 2003

Menyatakan takrif dan faktor imperialisme serta menyenaraikan kuasa-kuasa imperialisme Barat di Asia TenggaraMenghuraikan faktor-faktor yang mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara.Membandingkan bentuk perjuangan pemimpin setempat menentang penjajahan BritishMenyenaraikan akhbar dan majalah yang berperanan dalam gerakan nasionalisme.

Pengenalan

1.1 Imperialisme Barat di Asia Tenggara

Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme di Asia

TenggaraBab 1

Fokus SPMObjektif

Soalan : Kuasa-kuasa Barat mula menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara sejak abad ke 16 lagi. Manakah antara kuasa-kuasa Barat Berikut merupakan perintis kepada kegiatan imperialisme Barat?

A. BelandaB. PortugisC. Amerika SyarikatD. Sepanyol

Jawapan : B- PortugisFakta ; Portugal mendahului kuasa Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.Bukti : Rujuk tajuk Imperialisme Barat pada halaman 3 Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.

Sudut Uji Minda

Mengapakah perubahan sistem politik oleh kuasa

Imperialisme telah menimbulkan gerakan untuk

membebaskan tanahair?

Page 3: bab 1

1. Portugal merupakan perintis utama kepada imperialisme Barat .

2. Ini kerana kejayaannya menawan Melaka pada tahun 1511.3. Imperialisme Barat ini berlaku secara tidak langsung dan Bertujuan untuk menguasai kepentingan Perdagangan rempah sahaja.4. Namun, selepas tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah,

persaingan antara kuasa barat menjadi semakin sengit.5. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand

telah dikuasai sepenuhnya oleh kuasa Imperialisme Barat.

1.1.1 Faktor-Faktor Imperialisme Barat

1. Kedudukan Asia Tenggara yang strategik antara China dan India telah menarik minat imperialisme Barat untuk menguasainya.

2. Ini akan menjamin pasaran yang luas.3. Asia Tenggara juga mempunyai banyak bahan mentah dan tanah

yang subur.4. Sejak abad ke-17 berlaku kepesatan sektor perindustrian di

Eropah yang membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai barangan perkilangan secara besar-besaran.

5. Ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan keperluan bekalan bahan mentah

6. Keperluan untuk mencari pasaran baru bagi memasarkan barangan perkilangan yang dikeluarkan oleh kilang-kilang mereka.

7. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perluasan imperialisme Barat yang lebih pesat di Timur terutamanya di China, India dan Asia Tenggara.

8. Ini kerana China dan India mempunyai pasaran barangan yang luas bagi barangan keluaran Barat.

9. Perkembangan di dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah mendorong berlakunya imperialisme Barat di Asia Tenggara.

10. Kapal berkuasa wap telah digunakan yang membolehkan muatan yang lebih banyak dan mempercepatkan perjalanan antara barat dan Timur.

11. Pada tahun 1869 terusan Suez telah dibuka dan telah memendekkan jalan perdagangan antara Barat dan Timur.

12. Perjalanan antara Barat dan Timur menjadi lebih selamat dan menjimatkan kos

13. Penciptaan alat telegraf telah membawa perubahan kepada perhubungan antara Barat dan Timur.

14. Perhubungan antara Majikan dan pegawai di Tanah jajahan menjadi semakin cepat dan berkesan, urusan perdagangan dan perniagaan menjadi semakin pesat

15. Imperialisme Barat juga telah didorong oleh persaingan antara kuasa barat yang telah menjadikan Negara Asia Tenggara sebagai mangsa penjajahan mereka.

3

1.1.1 Imperialisme Barat

Fokus SPM Esei

Soalan : Bincangkan apakah faktor-faktor yang mendorong kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara?

Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting :

Kedudukan strategic Tanah Subur Bahan Mentah Revolusi perindustrian Pasaran Barangan Perhubungan dan

pengangkutan Persaingan kuasa Barat Slogan beban orang

putih

Esei : Pelajar harus menghuraikan isi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk Faktor-Faktor Imperialisme pada halaman 5 buku teks Sejarah Ting. 5.

Koridor Sejarah

Antara Negara-negara Barat yang terlibat dalam kegiatan imperialisme ini ialah Portugis, Sepanyol, Inggeris, Belanda, Itali, Jerman dan Amerika

Syarikat

Terusan seuz telah mempercepatkan perjalanan kuasa imperialism eke Asia

Page 4: bab 1

16. Negara yang mempunyai tanah jajahan yang banyak melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa barat tersebut.

17. Negara tersebut juga akan disanjung oleh kuasa-kuasa barat yang lain

18. Kuasa Imperialisme Barat seperti Belanda dan Inggeris juga menggunakan alas an beban orang putih untuk menjalankan dasar perluasan kuasa mereka.

19. Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun, dan menjadi tanghgunjawab mereka untuk memimpin orang timur kea rah kehidupan yang lebih sejahtera

20. Kuasa Perancis pula berpegang kepada slogan tugas menyebarkan tamadun iaitu bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.

21. Para mubaligh Kristian pula berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.

22. Perkembangan yang berlaku di Barat telah membawa kepada imperialisme di Asia Tenggara.

23. Kuasa imperialisme sejak zaman revolusi perindustrian mendahului Negara-negara di sebelah timur dan ini telah meningkatkan keyakinan orang Barat untuk melakukan apa sahaja demi kebaikan mereka.

4

Faktor-Faktor Imperialisme Barat

di Asia Tenggara

Kedudukan Yang Strategik

Revolusi Perindistrian

Bahan Mentah

Pasaran Barangan

Sistem pengangkutan

Persaingan kuasa Barat

Slogan beban Orang Putih

Sebarkan Kristian

Fokus SPM Objektif

Soalan : Orang Barat sering menyebut “Tanggungjawab menyebarkan Tamadun ” semasa mereka menjajah negara di Asia. Apakah konsep tersebut mengikut pandangan masyarakat Barat?

A. Banyak beban yang tertanggung oleh orang Putih

B. Tugas untuk memberikan kemajuan di negara mundur terletak ditangan mereka.

C. Mereka pergi membawa kemajuan

D. Terdapat kemajuan dinegara yang mereka jajah.

Jawapan : B : Tugas untuk memberikan kemajuan di negara mundur terletak ditangan mereka.Fakta :. Mereka juga menggangap tugas untuk menyebarkan tamadun mereka di luar Eropah adalah tanggungjawab mereka.Bukti : Rujuk Tajuk Faktor-Faktor Imperialisme Barat di halaman 7. Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Unsur Patriotisme

Pencapaian dalam bidang sains dan teknologi membolehkana kita meningkatkan keyakinan untuk mencapai taraf sebagai Negara Maju.

Page 5: bab 1

1. Matlamat utama kuasa imperialisme Barat adalah untuk menguasai sistem politik setempat yang mengamalkan pemerintahan beraja.

2. Ini adalah untuk memudahkan usaha-usaha menguasai ekonomi Negara-negara jajahan

1. Sistem politik tempatan yang dikuasai oleh raja telah digantikan dengan birokrasi Barat setelah Barat menguasai Asia Tenggara.

2. Antara cirri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara ialah :

a. Penubuhan Kerajaan Pusat b. Penyatuan wilayah-wilayah di Tanah Jajahanc. Perlantikan gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di

Tanah Jajahand. Pelaksanaan pentadbbiran melalui biro ( Jabatan )e. Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua Birof. Pengenalan undang-undang Barat.

5

1.2 PERUBAHAN SISTEM POLITIK

1.2 .1 Pengenalan Sistem Birokrasi Barat

Fokus SPM Esei

Soalan : Kuasa-kuasa Barat telah memperkenalkan sistem birokrasi mereka di Asia Tenggara. Terangkan ciri-ciri tersebut?

Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting :

Kerajaan Pusat Penyatuan wilayah Gabenor Biro Ketua Biro Undang-undang Barat

Esei : Pelajar harus menghuraikan isi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk Pengenalan sistem Birokrasi Barat pada halaman 5 buku teks Sejarah Ting. 5.

Sudut Uji Minda

Mengapakah Kuasa Barat memperkenalkan sistem pentadbiran mereka di Negara-negara tanah

jajahan?

Page 6: bab 1

Birokrasi Barat di Filipina

1. Pada peringkat awalnya Filipina adalah terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dikenali sebagai baranngay yang diperintah oleh golongan datu.

2. Kerajaan-kerajaan Islam juga telah wujud di bahagian Selatan Kepulauan Filipina.

3. Kedatangan kuasa Sepanyol telah mengubah sistem politik tempatan dengan mengantikan dengan sistem pentadbiran berpusat.

4. Sistem pentadbiran ini diketuai oleh Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi .

5. Pentadbiran peringkat tempatan pula adalah dilaksanakan di bawah sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendera.

6. Encomeiendra ini bertanggungjawab menjaga keselamatan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangay.

7. Sistem ini amat dibenci oleh rakyat Filipina kerana cukai yang tinggi dan kerahan tenaga yang menyusahkan rakyat Filipina.

8. Penyatuan barangay ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan terhadap sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh Datu.

6

Gabenor Jeneral( Pemerintah tertinggi

Peringkat Pusat

Ketua Datu Bandar( Pentadbir Wilayah )

Ketua Datu Bandar( Pentadbir Wilayah )

Sistem Encomiendera.

Barangay-barangay yang digabungkan

Encomiendra

Jaga Keamanan Kutip cukaiKrsitiankan barangay

Fokus SPM Objektif

Soalan : Sepanyol telah memperkenalkan sistem pentadbirannya di Filipina. Siapakah ketua sistem pentadbiran yang diperkenalkan di Sepanyol?

A. DatuB. Gabenor JeneralC. EncomindraD. Barangay

Jawapan : C : EncomindraFakta :. Pentadbiran peringkat tempatan pula adalah dilaksanakan di bawah sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendera.Bukti : Rujuk Tajuk Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di halaman 8. Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Fokus SPM Objektif

Soalan : Sistem Encomiendra yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina diketuai oleh seorang Encomiendra. Manakah antara berikut merupakan tugas-tugas Encomiendra?

i. Menjaga keamananii. Krsitian barangayiii. Kutip Cukaiiv. Kerahan tenaga

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

Jawapan : A: I, II dan IIIFakta :. Encomeiendra ini bertanggungjawab menjaga keselamatan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangayBukti : Rujuk Tajuk Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di halaman 8. Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Page 7: bab 1

Birokrasi Barat di Indonesia

1. Di Indonesia terdapat beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di jawa.

2. Sistem pentadbiran kerajaan-kerajaan tersebut adalah berasaskan pemerintahan beraja yang dibantu oleh golongan pembesar.

3. Pentadbiran daerah diketuai oleh pembesar atau bupati ( di Jawa )4. Kedatangan kuasa Belanda telah mengubah sistem pemerintahan

tempatan dengan membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.

5. Perubahan pentadbiran Belanda di Indonesia dapat dilihat menerusi rajah di bawah

Gambar : Perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah

7

PENTADBIRAN

BELANDA

Pentadbiran Pusat

Pentadbiran Tempatan

Penubuhan Jabatan

Kerajaan

Penubuhan Dewan

Tempatan

Penubuhan Volksraad

Di ketuai oleh Gabenor Jeneral

Dikendalikan oleh pembesar tempatan dgn pengawasan pegawai Belanda

Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian

Sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa

perundangan

Merupakan Majlis Rakyat

Koridor Sejarah

Penubuhan Valksraad iaitu satu badan Majlis Rakyat

yang dianggap sebagai satu langkah kea rah kemerdekaan. Ia

ditubuhkan hasil desakan Sarekat Islam

Fokus SPM Objektif

Soalan : Beberapa jabatan telah ditubuhkan di dalam pentadbiran pihak Belanda di Indonesia. Manakah antara berikut merupakan antara jabatan yang ditubuhkan oleh Belanda di Indonesia?

I. Jabatan PercukaianII. Jabatan PertanianIII. Jabatan PerniagaanIV. Jabatan Pelajaran

A. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IIID. II dan IV

Jawapan : D – II dan IVFakta :. Antara jabatan yang ditubuhkan ialah Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.Bukti : Rujuk Tajuk Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di halaman 9. Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Sudut Uji Minda

Mengapakah penubuhan Volksraad di anggap sebagai satu langkah

kemerdekaan di Indonesia ?

Page 8: bab 1

Birokrasi Barat di Burma

1. Di Burma pemerintahan Beraja berada di bawah dinasti Konbaung

2. Raja dibantu oleh Hluttaw ( Majlis diraja ) dan Wun ( Pegawai tinggi kerajaan.

3. Terdapat jawatan Myothugyi ( Ketua Bandar ), Ahmudan ( Pegawai diraja ) dan Athi ( Pembesar tradisional )

4. Struktur pentadbiran Beraja Burma dapat dilihat seperti rajah di bawah

5. Raja juga merupakan penaung kepada golongan agama di Burma iaitu sami Buddha.

6. Penguasaan British ke atas Burma adalah menerusi siri peperangan Inggeris-Burma I, II dan III.

7. Peperangan tersebut telah menyebabkan tamatnya pemerintahan beraja di Burma dan digantikan dengan pemerintahan British.

8. Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.9. Langkah British memperkenalkan Akta kampong Ulu Burma dan

Akta Perkampungan 1889 telah menghapuskan sistem pemerintahan tradisional di Burma.

10. Begitu juga dengan pengaruh golongan agama yang semakin merosot kerana fungi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat.

11. Jawatan pentadbiran daerah telah diambil alih oleh Myo-ok ( pegawai bandaran )

12. Sistem undang-undang Barat telah diperkenalkan dengan menubuhkan Majlis Perundangan.

13. Beberapa buah jabatan seperti Jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan pelajaran telah ditubuhkan. Birokrasi Barat di

IndoChina

8

Sistem Beraja

Hluttaw ( Majlis Di raja

Wun ( Pegawai Tinggi Kerajaan

Myothugyi( Ketua Bandar )

Ahmudan ( Pegawai diraja )

Athi( Pembesar

Tradisional )

Koridor Sejarah

Peperangan British-Burma III berlaku kerana

keenggangan pegawai British membuka kasut semasa mengadap raja

Burma.

Fokus SPM Objekti

Soalan : British telah memperkenalkan sistem pentadbirannya di Burma. Manakah antara berikut merupakan pentadbiran yang terdapat di Burma?

I. MyothugyiII. EncomienderaIII. AhmudanIV. Athi

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan Iv

Jawapan : C – I, III dan IVFakta :.Antara jawatan pentadbiran Inggeris di Burma ialah Myothugyi, Ahmudan dan AthiBukti : Rujuk Tajuk Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di halaman 10 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Sudut Uji Minda

Bagaimanakah pengaruh golongan

agama di Burma menjadi semakin

merosot?

Page 9: bab 1

1. Kuasa Perancis juga tidak ketinggalan untuk campurtangan di IndoChina.

2. Negara-negara di IndoChina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat yang berkuasa mutlak dan memberikan kuasa penuh kepada pembesar tempatan.

3. Pentadbiran di IndoChina diketuai oleh golongan Mandarin yang dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar china.

4. Mereka dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan china.

5. Penguasaan Perancis di IndoChina telah menyebabkan pentadbiran di IndoChina telah diambil alih oleh Seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan Perancis.

6. Struktur pentadbiran Perancis di Indochina dapat dilihat seperti rajah di bawah :

7. Pada tahun 1887 Perancis telah membentuk sebuah kerajaan pusat iaitu dengan menubuhkan Union Indochinoise.

8. Ia merupakan persekutuan Indochina yang terdiri daripada Vietnam kemboja dan Laos.

9. Parlimen Perancis berhak ke atas semua undang-undang di IndiChina.

10. Kerajaan pusat di bawah kuasa Perancis tidak campurtangan ke atas pentadbiran kerajaan tempatan tetapi mereka dikenakan cukai dan sediakan kerahan tenaga.

9

Struktur Pentadbiran Perancis di Indochina

Gabenor Jeneral

Leftenan Gabenor ( Pemerintahan wilayah jajahan

/naungan

Residen Jeneral Residen Wilayah

Fokus SPM Esei

Soalan : Kuasa Perancis juga tidak ketinggalan untuk campurtangan di Negara-negara Asia Tenggara dengan meluaskanpengaruhnya di IndoChina. Terangkan sistem birokrasi Perancis di Indochina?

Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting :

Gabenor Jeneral Leftenan Gabenor Residen Jeneral Residen wilayah Union Indochinoise Parlimen Perancis Tidak campurtangan

Esei : Pelajar harus menghuraikan isi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk Pengenalan sistem Birokrasi Barat pada halaman 11 buku teks Sejarah Ting. 5.

Fokus SPM Objekt

Soalan : Sebelum kedatangan Perancis, Indochina ditedbir oleh kerajaan Pusat yang berkuasa mutlak. Golongan manakah yang yang mengetuai pentadbiran di Indochina?

A. MandarinB. DinastiC. WunD. Golongan sami

Jawapan : A- MandarinFakta : Pentadbiran di IndoChina diketuai oleh golongan Mandarin yang dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar chinaBukti : Rujuk Tajuk Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di halaman 11 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Page 10: bab 1

Birokrasi Barat di Tanah Melayu

1. Penaklukan Melaka oleh kuasa barat yang dimulai oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.

2. Penaklukan kuasa-kuasa Barat tersebut telah menghapuskan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi ikutan negeri-negeri lain yang mengamalkan pemerintahan Sistem Pembesar Empat Lipatan.

3. Semasa penjajahan kuasa British di Tanah Melayu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan menjadi negeri-negeri Selat.

4. Pemerintah tertinggi bagi negeri-negeri Selat ialah Gabenor neger-negeri Selat.

5. Ia dibantu oleh residen kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut.

6. Jawatan penghulu diperingkat kampong masih dikekalkan.7. Bagi negeri-negeri Perak, Selangor, Pahang dan negeri

Sembilan, British telah memperkenalkan sistem Residen.8. Negeri-negeri tersebut dikenali dengan nama Negeri-negeri

Melayu Bersekutu.9. Manakala bagi negeri-negeri Kelantan, Kedah Terengganu,

Perlis dan Johor dikenali dengan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu.

10

Pentadbiran British di Tanah Melayu

Gabenor Negeri-negeri Selat

Residen Kaunselor

Residen Penasihat British

Negeri-Negeri Selat

Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu

Negeri-Negeri Melayu Tidak

Bersekutu

Melaka

Pulau Pinang

Singapura

Perak

Selangor

Pahang

N. Sembilan

Kedah

Kelantan

Terengganu

Johor

Perlis

Fokus SPM Objektif

Soalan : Sebelum kedatangan Barat, Tanah Melayu mengamalkan pemerintahan sendiri. Apakah bentuk pemerintahan tersebut?

A. Pembesar LipatanB. Pembesar Empat C. Negeri Melayu tidak

BersekutuD. Pembesar Empat Lipatan

Jawapan : D- Pembesar Empat LipatanFakta : Penaklukan kuasa-kuasa Barat tersebut telah menghapuskan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi ikutan negeri-negeri lain yang mengamalkan pemerintahan Sistem Pembesar Empat LipatanBukti : Rujuk Tajuk Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di halaman 12 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Unsur PatriotismePenentangan oleh masyarakat setempat terhadap kedatangan bangsa penjajah membuktikan sikap bangsa kita yang sedia berkorban mempertahankan

bangsa dan negara

Koridor Sejarah

.Sistem pembesar empat lipatan ialah sistem pemerintahan yang

diamalkan di Melaka dan negeri-negeri lain yang menjadi pewaris

kepada Kesultanan Melayu Melaka. Sistem ini dimulai

dengan 4 orang pembesar utama iaitu Bendahara, Penghulu

Bendahari, Temenggung dan Laksamana, diikuti oleh 8, 16 dan

32 orang pembesar

Page 11: bab 1

10. Negeri-negeri tersebut telah diletakkan seorang penasihat kepada sultan.

11. Residen dan penasihat British tersebut diletakkan dibawah Gabenor Negeri-negeri Selat.

12. Tugas mereka adalah untuk memberi nasihat kepada sultan dalam semua pekara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat melayu.

13. Terdapat beberapa perubahan lain yang diperkenalkan oleh British seperti Sistem kehakiman Barat, Cukai, Pembahagian negeri dan daerah dan penubuhan balai polis.

Birokrasi Barat di Thailand

1. Sebelum tahun 1855 Thailand mengamalkan dasar tutup pintu tetapi dasar tersebut telah dimansuhkan oleh Raja Mongkut pada tahun 1852.

2. Raja Monkut dan raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Birokrasi Barat di Thailand dalam usaha untuk memodenkan Thailand.

3. Raja Monkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan.

11

Peta : Negeri-negeri Selat, Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu

Fokus SPM Esei

Soalan : Pihak British telah membuat perubahan di dalam struktur pentadbiran di Tanah Melayu. Huraikan perubahan tersebut di Tanah Melayu?

Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting :

Negeri-negeri Selat Gabenor Negeri Selat Residen kaunselor Negeri Melayu Bersekutu Residen Negeri Melayu tidak

bersekutu Penasihat British Kehakiman

Esei : Pelajar harus menghuraikan isi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk Pengenalan sistem Birokrasi Barat pada halaman 12 buku teks Sejarah Ting. 5.

Fokus SPM Objektif

Soalan : Thailand adalah satu-satunya Negara di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh Kuasa Barat. Bagaimanakah Thailand berjaya mempertahankan kedaulatan negaranya?

A. Mempunyai angkatan tentera yang kuat

B. Kebijaksanaan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn

C. Dasar berbaik-baik dengan semua kuasa Barat

D. Mengamalkan dasar tutup Pintu

Jawapan : B- Kebijaksanaan Raja Mongkut dan Raja ChulalongkornFakta : Raja Monkut dan raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Birokrasi Barat di Thailand dalam usaha untuk memodenkan Thailand.Bukti : Rujuk Tajuk Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di halaman 12 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Page 12: bab 1

4. Raja Monkut juga telah melantik penasihat kewangan, pegawai pelabuhan dan polis dari Britain.

5. Sementara itu penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika Syarikat dan perancis.

6. Raja Chulalongkorn juga telah meneruskan dasar-dasar yang dibuat oleh Raja Mongkut dengan memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri yang terdiri daripada golongan bangsawan yang berpendidikan Barat dan mengetuai kementerian.

7. Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran Negara.

8. Juruaudit dari Britain juga telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan Negara.

9. Keadaan ini telah menyebabkan telah muncul golongan baru yang terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berasaskan tahappendidikan mereka.

10. Sistem raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan sistem raja berperlembagaan pada tahun 1932.

12

Gambar : Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn

Unsur Patriotisme

Perubahan yang dilaksanakan oleh pihak Barat telah menjadi pendorong

utama kepada kejayaan mereka menguasai ekonomi Negara tanah

jajahan

Fokus SPM Objektif

Soalan :

Majlis di atas telah ditubuhkan oleh Raja Chulalongkorn untuk memperkemaskan pentadbirannya. Apakah fungsi Majlis di atas?

A. Penasihat RajaB. Penasihat MenteriC. Penasihat pegawai rendahD. Penasihat tertinggi

Jawapan : A- Penasihat RajaFakta : Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran NegaraBukti : Rujuk Tajuk Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di halaman 13 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat

Tertinggi

Koridor Sejarah

Semua amalan yang dianggap menggugat kedaulatan siam cuba

dihapuskan berperingkat-peringkat seperti amalan mengadap raja dan juga sistem hamba dan buruh

paksa

Page 13: bab 1

1. Di rantau Asia Tenggara perkembangan nasionalisme ini dapat dikesan pada kurun ke-20.

2. Nasionalisme ialah perasaan cinta kepada bangsa dan Negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.

3. Ia juga bermaksud membebaskan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing.

1. Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara berlaku secara berasingan di Negara Asia Tenggara.

2. Terdapat perbezaan dari segi masa dan corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

3. Namun begitu, fakitor pencetus kepada nasionalisme di Asia tenggara mempunyai persamaan di Negara-negara Asia Tenggara.

Dasar Kuasa Barat

1. Dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kuasa penjajah barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kalangan rakyat tempatan di Asia Tenggara.

2. Rakyat tempatan tidak diberikan peluang yang sewajarnya di dalam sistem birokrasi Barat.

3. Mereka terus kekal dalam sistem ekonomi tradisional yang serba kemiskinan.

4. Ini dapat dilihat di Indonesia dan Filipina, rakyat kedua Negara tersebut ditindas dengan pengenalan sistem Tanaman paksa dan Sistem polo.

5. Bangsa penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas tersendiri dan hanya bergaul sesama mereka sendiri sahaja.

6. Mereka hanya bergaul dengan rakyat tempatan yang terdiri daripada golongan elit dan golongan bangsawan serta golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan barat.

7. Dasar penjajah yang membawa masuk ramai buruh asing telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan kerana penguasaan ekonomi oleh golongan imigran terbabit.

Pengaruh Agama

1. Pengaruh agama juga telah memainkan peranan penting di dalam mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Rakyat tempatan telah dapat disatukan di bawah lambang agama dalam menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan barat serta agama Kristian.

13

1.3 Nasionalisme Di Asia Tenggara

1.3.1 Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme

Sudut Uji Minda

Bagaimanakah agama memainkan peranan

penting dalammembangkitkan

semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

Fokus SPM ObjektifSoalan :

Rajah diatas menunjukkan penindasan penjajah barat ke atas Negara Asia Tenggara. Apakah dasar yang dilaksanakan oleh Kuasa Barat di Negara Asia Tenggara di atas?

I. Sistem Tanaman PaksaII. Sistem Buruh PaksaIII. Sistem PoloIV. Sistem Tanaman wajib

A. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IIID. II dan IV

Jawapan : B- I dan IIIFakta : Ini dapat dilihat di Indonesia dan Filipina, rakyat kedua Negara tersebut ditindas dengan pengenalan sistem Tanaman paksa dan Sistem poloBukti : Rujuk Tajuk Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme di halaman 13 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Indonesia Filipina

Penindasan

Page 14: bab 1

3. Ini dapat dilihat pada Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia Buddha di Burma pada tahun 1906.

4. Agama telah dijadikan sebagai alat perpaduan dan golongan agama pula sebagai pencetus semangat nasionalisme di Asia Tenggara pada peringkat awal gerakan nasionalisme.

5. Gerakan Islah di Tanah Melayu dan Indonesia telah memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam bagi menentang penjajah Barat.

6. Agama Kristian juga telah menyatupadukan penduduk peribumi di Filipina untuk menentang kuasa Sepanyol.

7. Ini adalah disebabkan penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.

Karya Kesusasteraan

1. Karya-karya kesusasteraan yang terdapat di Asia Tenggara turut memainkan peranan dalam membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Ia merupakan media bagi menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah.

3. Di Filipina, karya yang ditulis oleh Jose Rizal melalui novelnya Noli Me Tangere telah mencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina dan inspirasi terhadap gerakan di nasionalisme di Asia Tenggara.

4. Di Indonesia pula terdapat karya-karya seperti cerpen Kerikil-kerikil tajam dan Ke Makam Bonda karya Chiril Anuar juga berpengaruh dalam membangkitkan semangat nasionalisme.

5. Di Tanah Melayu terdapat karya Putera Gunung Tahan karya Pak Sako.

14

Karya Kesusaste

raan yang

membangkitkan

Semangat Nasionali

sme di Asia

TenggaraNoli Me Tangere karya Jose Rizal

Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil

Anuar

Putera Gunung Tahan karya Pak

Sako

Fokus SPM ObjektifSoalan : Gerakan Islah adalah satu perjuangan menentang penjajah dan bersifat keagamaan.Apakah yang diperjuangkan oleh gerakan Islah di Asia Tenggara?

A. Penyebaran agama IslamB. Berjihad menentang

KristianC. Pan-IslamismeD. Penyatuan bangsa

Jawapan : C- Pan –IslamismeFakta : Gerakan Islah di Tanah Melayu dan Indonesia telah memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam bagi menentang penjajah Barat.Bukti : Rujuk Tajuk Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme di halaman 15 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Fokus SPM Objektif

Soalan : Semangat Nasionalisme di Asia Tenggara juga dicetuskan oleh karya-karya sastera. Manakah antara berikut merupakan karya kesusasteraan yang mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

I. Noli Me TangereII. Ke Makam BondaIII. Kerikil BesiIV. Putera Gunung Tahan

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

Jawapan : B-I, II dan IVFakta : Karya-karya kesusasteraan yang membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara ialah Noli Me Tangere, Kerikil-kerikil tajam, Ke Makam Bonda dan Putera Gunung Tahan.Bukti : Rujuk Tajuk Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme di halaman 16 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Page 15: bab 1

Sistem Pendidikan

1. Peranan yang dimainkan oleh sistem pendidikan juga tidak dapat disangkal dalam melahirkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Sikap penjajah yang mengamalkan dasar pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan telah melahirkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat tempatan.

3. Penjajah mengamalkan dasar memberikan keutamaan kepada sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.

4. Pendidikan hanya diberikan setakat peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk Bandar.

5. Ini dapat dilihat di Indonesia, anak-anak golongan berkedudukan di Jawa ( Priyayi ) diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan.

6. Di Negara Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah mendaji ancaman kepada sekolah Buddha.

7. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah inggeris.

8. Sikap pilih kasih penjajah ini adalah bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.

Kemunculan Golongan Intelektual

1. Golongan intelektual juga merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme.

2. Mereka berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat dan terdedah kepada idea Barat dan Islam.

3. Golongan ini kemudiannya telah bertindak sebagai pemimpin kepada pergerakkan nasionalisme dengan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap penjajah yang mengamalkan dasar diskriminasi.

4. Pada peringkat awalnya mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela tetapi akhirnya meminta penjajah membebaskan negara mereka.

Pengaruh Media Massa

1. Kewujudan Media massa seperti akhbar dan majalah telah meningkatkan lagi kesedaran semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Idea-idea nasionalisme dan perasaan anti penjajah dapat disebarkan kepada rakyat jelata walau dimana mereka berada.

15

Koridor Sejarah

Orarrrra

Orang Belanda

Orang Indo Belanda

Orang Indonesia

Susun lapis masyarakat Indonesia di bawah pemerintahan Belanda

Fokus SPM Objektif

Soalan : Kuasa Penjajah mengamalkan dasar pilih kasih di dalam memberikan pendidikan kepada penduduk di Asia Tenggara. Mengapakah mereka berbuat demekian?

A. Memberikan pendidikan berbeza mengikut tahap bangsawan

B. Melatih golongan elit sebagai pentadbir

C. Memecahkan perpaduan rakyat tempatan

D. Memberikan pendidikan vernacular kepada penduduk tempatan.

Jawapan : C- Memecahkan perpaduan rakyat tempatanFakta : Sikap pilih kasih penjajah ini adalah bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.Bukti : Rujuk Tajuk Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme di halaman 17 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Page 16: bab 1

3. Peranan akhbar dan majalah dalam menyebarkan idea-idea nasionalisme dapat di lihat dalam jadual di bawah:

Negara Asia Tenggara

Akhbar dan Majalah

VietnamTribune Indigene dan

Cloche Felee

Tanah Melayu Al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan

Majlis

Filipina La Solidaridad

Indonesia Medan Priyayi, Kaum Sunda, Utusan Hindia

4. Perkembangan ini telah menjadi ancaman kepada pihak penjajah terutama berkaitan dengan kepentingan politik mereka di Tanah jajahan.

16

Fokus SPM Esei

Soalan : Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara yang banyak melakukan penindasan telah mewujudkan semangat Nasionalisme di Asia Tenggara. Terangkan apakah faktor-faktor yang mencetuskan semangat Nasionalisme di Asia Tenggara?

Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting :

Dasar Penjajah Pengaruh Agama Karya sastera Pendidikan Golongan Intelektual Pengaruh Media Massa Pengangkutan Pengaruh Luar

Esei : Pelajar harus menghuraikan isi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme pada halaman 14 buku teks Sejarah Ting. 5.

Unsur Patriotisme

Gerakan Nasionalisme di Asia Tenggara adalah satu tindakbalas

pemimpin dan rakyat tempatan terhadap perubahan yang

mengancam kedudukan mereka di tanah air sendiri

Faktor Kemunculan Nasionalisme Di Asia

Tenggara

Pengaruh agama

Dasar Penjajah Barat

Karya kesusasteraan

Pengaruh Luar

Sistem Pendidikan

Sistem Pengangkutan

dan Perhubungan

Pengaruh Media Massa

Golongan Intelektual

Page 17: bab 1

Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

1. Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah memainkan peranan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Kemunculan alat sebaran am seperti telegraf dan telefon telah memudahkan hubungan dikalangan nasionalis.

3. Kewujudan jalanraya dan jalan keretapi telah dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh di pendalaman.

4. Para pemimpin dapat menyampaikan idea-idea nasionalisme kepada rakyat.

Pengaruh Luar

1. Satu lagi faktor yang membantu dalam perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara ialah pengaruh luar.

2. Kemenangan Jepun dalam Perang Russia-Jepun ( 1905 ) dan Perang China 1895 telah memberi ilham kepada pemimpin nasionalis di Asia Tenggara tentang keupayaan sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar.

3. Perjuangan tokoh luar seperti Mahatma Gandhi di India menentang British telah memberikan inspirasi kepada nasionalis di Negara-negara Asia Tenggara.

4. Mahatma Gandhi adalah seorang Nasionalis yang bersikap sederhana dalam memperjuangkan hak rakyat dan kemerdekaan.

5. Beliau enggan berkerjasama dengan penjajah dan mengadakan mogok lapar.

1. Terdapat dua tahap perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara iaitu :

a. Tahap penentangan masyarakat secara terbuka, setempat dan tidak berorganisasi.

b. Tahap Radikal dan Berorganisasi

2. Tahap pertama adalah berkaitan dengan isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi.

3. Tahap ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat.

4. Para pemimpin telah memberikan kesedaran politik kepada masyarakat tempatan.

5. Mereka menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup mereka dibaiki.

6. Pada tahap kedua pula gerakan nasionalisme adalah bercorak lebih radikal dan berorganisasi.

7. Ini kerana kegagalan nasionalisme pada tahap pertama.

Gambar : Mahathma Gandhi

17

1.3.2 Perkembangan Nasionalisme

Fokus SPM Objektif

Soalan : Nasionalisme di Asia Tenggara juga adalah dipengaruhi oleh perkembangan di luar Asia Tenggara. Manakah antara peristiwa berikut yang mempengaruhi perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara?

I. Perang Russia JepunII. Perjuangan Mahatma

GandhiIII. Perang Dunia KeduaIV. Pemisahan Pakistan

dan India

A. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IIID. II dan IV

Jawapan : A-Idan IIFakta : Kemenangan Jepun dalam Perang Russia-Jepun ( 1905 ) dan Perang China 1895 telah memberi ilham kepada pemimpin nasionalis di Asia Tenggara tentang keupayaan sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar. Perjuangan tokoh luar seperti Mahatma Gandhi di India menentang British telah memberikan inspirasi kepada nasionalis di Negara-negara Asia Tenggara.Bukti : Rujuk Tajuk Perkembangan Nasionalisme di halaman 18 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Sudut Uji Minda

Mengapakah Nasionalisme tahap

pertama di Asia Tenggara kurang

berjaya?

Page 18: bab 1

8. Gerakan tahap kedua ini dipimpin oleh golongan yang berpendidikan dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat.

9. Golongan ini menyedari bagaimana penjajah Barat telah melakukan perubahan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat tempatan.

10. Mereka juga mempunyai matlamat yang jelas iaitu menuntut kemerdekaan seterusnya membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

Perkembangan Nasionalisme di Filipina

1. Gerakan Dakyah merupakan gerakan nasionalisme terawal di Filipina dan dikalangan Negara-negara lain di Asia Tenggara.

2. Tahap awal gerakan Nasionalisme Gerakan ini dipimpin oleh Jose Rizal seorang nasionalis sederhana yang mempunyai pengaruh yang kuat dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.

3. Antara tuntutan yang dituntut oleh gerakan ini ialah :

a. Kebebasan berhimpun, bersuara, berbincang dan kebebasan akhbar

b. Filipina dijadikan sebagai wilayah Sepanyol.c. Menuntut hak yang sama seperti yang diperolehi oleh

bangsa Sepanyol

4. Tuntutan tersebut tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari Sepanyol.

5. Ini menyebabkan Jose Rizal menbuhkan Liga Filipina pada 3 Julai 1892 yang mendesak supaya Kerajaan Sepanyol mengadakan pembaharuan untuk kepentingan rakyat dari segi politik, ekonomi dan sosial.

6. Penubuhan tersebut telah menjadi ancaman kepada Sepanyol dan menyebabkan kerajaan Sepanyol menangkap Jose Rizal dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao.

7. Jose Rizal akhirnya telah dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.

8. Kematian Jose Rizal menyebabkan berakhirnya gerakan dakyah tetapi telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua.

9. Penubuhan Katipunan oleh Andres Bonifacio menandakan bermulanya gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina.

10. Gerakan di tahap kedua ini bersifat radikal terhadap penjajahan Sepanyol.

11. Perjuangan gerakan ini adalah untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.

12. Fahaman revolusi tersebut telah disebarkan melalui media massa iaitu Kalayan yang menjadi akhbar rasmi pertubuhan tersebut.

13. Pada tahun 1896, Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal.

18

Koridor Sejarah

Jose Rizal telah dihukum bunuh dengan ditembak

mati dengan alas an terlibat dalam pemberontakan pada 30 Disember 1896 walaupun

Jose Rizal tidak terlibat dalam pemberontakan

tersebut

Fokus SPM Objektif

Soalan : Tahap awal gerakan nasionalisme di Filipina adalah bercorak sederhana. Manakah antara berikut merupakan tuntutan yang dibuat oleh gerakan Dakyah?

I. Kebebasan BersuaraII. Filipina dijadikan

wilayah SepanyolIII. Hak yang sama seperti

bangsa SepanyolIV. Penubuhan parti

politik di Filipina

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

Jawapan : A-I, II dan IIIFakta : Kebebasan berhimpun, bersuara, berbincang dan kebebasan akhbar, Filipina dijadikan sebagai wilayah Sepanyol dan Menuntut hak yang sama seperti yang diperolehi oleh bangsa SepanyolBukti : Rujuk Tajuk Perkembangan Nasionalisme di halaman 18 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Page 19: bab 1

14. Selepas Kematian Bonifacio yang telah dihukum bunuh oleh pesaingnya iaitu Emilio Aguinaldo pada tahun 1897, Katipunan menjadi semakin lemah.

15. Pada tahun 1898, Kuasa Sepanyol telah disingkirkan dari Filipina dengan kerjasama yang diadakan di antara Aguinaldo dengan Amerika Syarikat.

16. Kerjasama antara Aguinaldo dan Amerika Syarikat telah menyebabkan bermulanya campurtangan Amerika ke atas Filipina.

17. Ini dapat dilihat dengan tindakan Amerika tidak mengesahkan pengisytiharaan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada tahun 1899.

18. Aguinaldo telah meneruskan revolusi sehingga beliau ditangkap pada tahun 1901.

19. Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana.

20. Pada tahun 1907, Parti Nasional pimpinan Sergio Osmena telah memenangi pilihanraya yang diadakan di Filipina.

21. Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.22. Selepas pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang

lebih liberal barulah nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan.

Perkembangan Nasionalisme di Indonesia

1. Perkembangan nasionalisme di Indoinesia telah bermula pada awal kurun ke-20.

2. Pada tahap pertama ini, tumpuan diberikan terhadap isu-isu pendidikan.

3. Mereka berpendapat pendidikan adalah lebih penting untuk kemajuan penduduk tempatan.

4. Sebuah sekolah untuk kanak-kanak perempuan telah ditubuhkan pada tahun 1902 oleh Raden Adjeng Kartini.

5. Beliau juga telah menghasilkan dua bueh novel iaitu Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa yang mendedahkan mengenai penderitaan dan penindasan yang dialami oleh masyarakat Indonesia.

6. Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun.

7. Antara pertubuhan yang terpenting pada peringkat ini ialah Muhammadiyah.

8. Pertubuhan ini bermatlamat untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian.

9. Banyak sekolah, klinik dan masjid telah ditubuhkan oleh Muhammadiyah.

Gambar : Emilio Aguinaldo

19

Fokus SPM Esei

Soalan : Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, Galurkan perkembangan Nasionalisme di Negara Filipina?

Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting :

Dakyah Tuntutan Jose Rizal Lebih radikal Katipunan Satukan bangsa Gunakan Media Revolusi Gagal Bonifacio Kerjasama Penguasaan Amerika Aguinaldo di tangkap Sergio Osmena Tuntut Kemerdekaan

Esei : Pelajar harus menghuraikan isi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk Perkembangan Nasionalisme pada halaman 18 buku teks Sejarah Ting. 5.

Page 20: bab 1

10. Pada tahap kedua gerakan nasionalisme di Indonesia lebih bersifat perjuangan parti-parti politik radikal seperti :

a. Sarekat Islam ( SI )b. Parti Komunis Indonesia ( PKI )c. Parti Nasional Indonesia ( PNI )

11. Parti-parti politik di Indonesia pada tahap ini amat lantang menuntut kemerdekaan Indonesia tidak kira secara rundingan ataupun kekerasan.

12. PNI telah ditubuhkan oleh Soekarno pada tahun 1927 dan perjuangan amat popular dikalangan rakyat Indonesia.

13. Soekarno telah dianggap ancaman kepada pihak Belanda, dan telah ditangkap dan dibuang daerah ke Flores ( Indonesia ) pada tahun 1934.

Perkembangan Nasionalisme di IndoChina

1. Di Vietnam, Gerakan nasionalisme pada tahap awalnya dipelopori oleh golongan Mandarin dan golongan bangsawan.

2. Tujuan pergerakan golongan ini ialah untuk memulihkan kembali sistem kerajaan Tradisional di Vietnam.

3. Manakala bagi golongan menengah yang berpendidikan Barat pula memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat tempatan.

4. Pada tahun1913, Phan Boi Chau telah menubuhkan Persatuan Pemulihan Vietnam ( Viet Nam Quoc Phuc Hoi ) yang melancarkan satu gerakan revolusi di Tonkin dan Vietnam.

5. Pihak Perancis berjaya mematahkan gerakan tersebut, Pha Boi Chau telah ditangkap dan dipenjarakan.

6. Kegagalan gerakan tahap awal ini telah menyebabkan lahirnya gerakan yang lebih radikal.

7. Gerakan nasionalisme pada tahap ini dapat dilihat pada perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang ( VNQDD ) dan Parti Komunis Vietnam ( PKV )

8. Perancis telah menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD dan telah menghukum Bunuh Nquyen Thai Hoc.

9. Ho Chi Minh pemimpin PKV telah melarikan diri ke Hong Kong.

20

Gambar : Soekarno ialah seorang tokoh Nasionalisme Indonesia yang radikal. Belaiu telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 dan telah dilantik sebagai Presiden Indonesia yang pertama.

Fokus SPM Objektif\

Soalan : Soekarno adalah seorang Tokoh Nasionalis Indonesia yang popular. Manakah antara berikut benar mengenai tokoh di atas?

I. Menubuhkan PNIII. Presieden pertama

IndonesiaIII. Pengasas Parti

Komunis IndonesiaIV. Seorang pejuang yang

radikal

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

Jawapan : B-I, II dan IVFakta : Soekarno ialah seorang tokoh Nasionalisme Indonesia yang radikal. Belaiu telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 dan telah dilantik sebagai Presiden Indonesia yang pertama.Bukti : Rujuk Tajuk Perkembangan Nasionalisme di halaman 20 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Koridor Sejarah

Nquyen Thai Hoc telah melancarkan pemberontakan Yen Bay tetapi

berjaya dipatahkan oleh Perancis yang menyebBKn Nquyen Thai Hoc

dan 12 lagi pemimpinnya telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman

pancung pada tahun 1930.

Page 21: bab 1

10. Keadaan ini telah menyebabkan gerakan nasionalisme kembali menjadi sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai.

11. Maharaja Bao Dai cuba untuk membuat pembaharuan tetapi telah disekat oleh Perancis dan baginda juga telah dilarang melibatkan diri dalam gerakan Nasionalisme.

Perkembangan Nasionalisme di Burma

1. Gerakan Nasionalisme Burma pada tahap awal ini lebih bersifat keagamaan dan kebudayaan yang memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat.

2. Golongan Sami Buddha telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 yang bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma.

3. Isu Kasut telah digunakan untuk mebangkitkan semangat nasionalisme rakyat.

4. Persatuan Belia-Buddha telah dipimpin oleh Nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba Pe menjelang tahun 1916.

5. Pada tahun 1920 Pemimpin-pemimpin tersebut telah menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma yang lebih bersifat radikal.

6. Menjelang tahun 1920 tercetus revolusi pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka.

7. Gerakan Nasionalisme tahap kedua ini muncul kerana ada laporan Montagu-Chelsford yang menyatakan Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri.

8. Gerakan golongan sami Buddha menerusi Majlis Am Sangha Sametggi telah melancarkan pemberontakan Saya San yang diketuai oleh Saya san sendiri.

9. Beliau merupakan bekas Pongyi dan pemimpin di Tharawaddy.10. Selepas itu muncul pula Liga Antipemisahan yang menentang

pemisahan Burma dengan India yang akan melewatkan kemerdekaan Burma..

21

Gambar : Ho Chi Minh tokoh nasionalis yang menubuhkan Parti Komunis Indo-China yang telah mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam pada 2 September 1945 dan menjadi presiden Vietnam Utara

Fokus SPM Objektif\

Soalan : Nasionalisme di Vietnam pada peringkat awal adalah dipelopori oleh golongan Mandarin. Apakah matlamat nasionalisme golongan Mandarin?

A. Perjuangkan pendidikan Barat

B. Memulihkan kembali sistem beraja di Vietnam

C. Menuntut pdmbaharuan ekonomi, sosial dan politik.

D. Menyatupadukan rakyat Indo-China.

Jawapan : B-Memulihkan kembali sistem Beraja di Indochina.Fakta :. Di Vietnam, Gerakan nasionalisme pada tahap awalnya dipelopori oleh golongan Mandarin dan golongan bangsawan.Tujuan pergerakan golongan ini ialah untuk memulihkan kembali sistem kerajaan Tradisional di VietnamBukti : Rujuk Tajuk Perkembangan Nasionalisme di halaman 22 Buku Teks Sejarah Ting. Lima.

Koridor Sejarah

Pemberontakan Saya San telah meletus di daerah Tharawaddy,

Burma Hilir dan dipimpin oleh Saya San bekas Pongyi dari Shwebo, bomoh dan ahli jawatan kuasa Eksekutif Cabang Penubuhan

Buddhis yang meminta kemerdekaan penuh untuk Burma..

Page 22: bab 1

11. Pada tahun 1935, Perlembagaan Burma telah diperkenalkan yang memberikan peluang kepada Burma kea rah berkerajaan sendiri.

12. Pada tahun tersebut juga Golongan Thakin ( Siswazah universiti ) telah menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan bagi Burma.

13. Para pemimpinya adalah terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu yang mengelarkan diri mereka sebagai Tuan

14. Pada tahun 1937, Dr. Ba Maw yang memenangi pilihanraya telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama.

Perkembangan Nasionalisme di Thailand

1. Thailand adalah merupakan satu-satunya Negara di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasa Barat.

2. Oleh itu gerakan nasionalisme di Thailand adalah berbeza dengan Negara-negara lain di Asia Tenggara.

3. Tahap pertama Nasionalisme di Thailand adalah perjuangan rakyat untuk mendapatkan kuasa memerintah dan menghapuskan kuasa mutlak raja.

4. Kemunculan ramai para intelek Thai yang berpendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan.

5. Rakyat tidak puas hati dengan kelemahan pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh.

6. Pada tahun 1932, Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram telah menubuhkan Parti Rakyat.

7. Pada tahun tersebut juga, Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

8. Manakala gerakan nasionalisme tahap kedua pula adalah disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

9. Phibul Songram telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.

10. Sekolah dan akhbar Cina juga telah dibubarkan.11. Rakyat tempatan telah digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti

ekonomi.12. Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut

agama Buddha sahaja.

22

Gambar : Aung San seorang tokoh yang aktif dalam gerakan Blok Pembebasan yang menuntut kemerdekaan Burma

Fokus SPM Esei

Soalan : Nasionalisme di Thai adalah berbeza dengan Negara-negara lain di Asia Tenggara.Berdasarkan pengetahuan sejarah anda terangkan perkembangan nasionalisme di Thailand yang membawa kepada berlakunya Revolusi Thai 1932?

Jawapan Berdasarkan Isi-isi penting :

Berbeza Anti Raja berkuasa

mutlak Intelek Berpendidikan

Barat Kelemahan Raja Kemelesetan ekonomi Cengkaman ekonomi

asing

Esei : Pelajar harus menghuraikan isi-isi berkenaan satu persatu. Lihat tajuk Perkembangan Nasionalisme pada halaman 22 buku teks Sejarah Ting. 5.

Sudut Uji Minda

Mengapakah Nasionalisme di

Thailand berbeza dengan Negara-negara lain di Asia Tenggara?

Page 23: bab 1

13. Nama Negara Siam juga telah ditukar kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.

14. Thailand juga telah berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu hasil kerjasama dengan Jepun semasa perang dunia Kedua.

Kesimpulan

1. Kedatangan kuasa imperialisme ke Asia Tenggara adalah untuk menguasai ekonomi Negara jajahan bagi memenuhi kepentingan Negara mereka.

2. Pelbagai alas an dan cara telah digunakan oelah kuasa Barat bagi memenuhi hasrat mereka tersebut.

3. Mereka telah mengamalkan dasar diskriminasi dan penindasan terhadap penduduk tempatan.

4. Sikap ini telah melahirakan semangat nasionalisme di kalangan rakyat tempatan yang anti penjajah yang akhirnya menuntut kemerdekaan kepada tanah air mereka.

5. Para pejuang nasionalisme telah menunjukkan satu semangat juang yang kental, berani dan pengorbanan yang tinggi.

23

Unsur Patriotisme

Kita harus menghargai perjuangan nasionalis silam yang berusaha untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan Negara serta mengisi

kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.