Upload
hafiz-nurahim
View
437
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
1/26
9
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Malaysia kini sedang mengalami pembangunan yang melibatkan
peningkatan populasi penduduk, pembandaran, pertambahan industri-industri seperti
kilang dan juga sistem saliran untuk pertanian.Fenomena ini menyebabkan permintaan
air semakin meningkat dan menjadi penekanan terhadap sumber-sumber air yang ada.
Keadaan yang berlarutan boleh memberi impak yang besar kepada sosioekonomi
penduduk, malah apabila ianya sudah mencapai pada satu tahap, ia boleh melumpuhkan
ekonomi negara yang sekarang ini kian pesat membangun.
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
2/26
10
Permintaan sumber air bersih adalah selari dengan pertumbuhan ekonomi
di negara ini.Namun begitu, sumber air dari permukaan tanah sudah mencapai
hadnya.Jika permintaannya semakin bertambah maka majoriti kawasan-kawasan bandar
akan mengalami krisis air. Satu pendekatan berkaitan pengurusan air di kawasan bandar
telah dibuat di mana sumber baru akan diperluaskan bagi menangani masalah
kekurangan air.Sebahagian daripada keluasan tanah di kawasan bandar dilitupi oleh atap
bumbung yang mana keadaan ini memberi potensi besar untuk menjalankan aktiviti
penuaian air hujan.
Kini pemerhatian terhadap sistem penuaian air hujan menjadi semakin
meningkat dalam kalangan ramai pihak sebagai satu altenatif lain untuk dijadikan
sumber air minum dan bukan air minum. Kebiasaannya air hujan dianggap sebagai air
yang selamat dan sesuai untuk diminum.Konsep ini telah dipraktikkan di kawasan-
kawasan pedalaman dan mula diperkembangkan di kawasan-kawasan bandar.Pada
hakikatnya,menakung atau menuai air hujan ini telah diamalkan di Malaysia sejak
zaman berzaman menggunakan tempayan.Namun, kehidupan yang moden dan
kemudahan air paip meluputkan amalan mengumpul air hujan ini.
Penuaian air hujan merupakan satu teknologi yang melibatkan proses
pengumpulan dan penyimpanan air hujan yang datang dari atap bumbung, permukaan
tanah, permukaan jalan dan juga tanah yang curam. Pengumpulan dan penyimpanannya
menggunakan teknik-teknik yang mudah antaranya seperti tempayan dan tangki. Seperti
di Zambia, Kementerian Pertanian dan Perhutanan menyokong pembinaan dan
pemuliharaan empangan kecil bagi tujuan pengairan dan kegunaan air domestik.Kualiti
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
3/26
11
air hujan bergantung kepada dimana aktiviti penuaian ini dilakukan.Ia mungkin telah
terdedah pada pencemaran udara dan juga asap-asap kenderaan. Keamatan hujan dan
tempoh kering yang lama juga mempengaruhi kualiti air hujan yang turun.
Rajah 2.1:Pengumpulan Air Hujan Menggunakan Atap Bangunan
Kaedah penuaian air hujan mengambil konsep yang sama dengan sedia
ada iaitu konsep tangki simpanan tetapi ia melibatkan satu kawasan tadahan yang kecil
seperti tangki simpanan dan dikendalikan oleh satu kawasan yang lebih kecil.
Pengumpulan air hujan ini dilakukan dengan cara seperti menyalurkan air hujan dari
cucur atap melalui saluran cucur atap ke dalam satu tangki simpanan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.1 di atas.
Menurut En Mohd Zaki Mat Amin yang juga merupakan Pegawai
Penyelidik Pusat Kajian Sumber Air NAHRIM menjelaskan bahawa banjir kilat yang
sering berlaku di Malaysia akan dapat dikurangkan sekiranya semua tempat diwajibkan
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
4/26
12
membina tangki khas untuk menyimpan air walaupun ianya memerlukan kos yang
tinggi. (NAHRIM)
Rajah 2.2: Pengumpulan air hujan yang diamalkan pada zaman dahulu
(sumber: internet)
Jika dilihat kepada sejarah Malaysia, sistem penuaian air hujan ini
sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi
dimana air hujan dikumpulkan di dalam tempayanbertujuan digunakan untuk mencuci
kaki dan menyiram pokok.Rajah 2.2 di atas menunjukkan tempayan yang diletakkan di
tangga untuk kegunaan mencuci kaki sebelum masuk ke dalam rumah.
Tanpa disedari sebenarnya sesetengah daripada masyarakat sudah
mengaplikasikan konsep mengumpul air hujan ini seperti mengumpul air hujan di dalam
baldi atau tong air untuk mencuci simen di halaman rumah dan sebagainya. Namun
begitu, ianya memberi kesan buruk apabila bekas tersebut tidak ditutup atau disimpan
dalam tempoh yang lama.Hal ini seterusnya mengundang kepada pembiakan nyamuk di
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
5/26
13
dalam air tersebut dan seterusnya mengakibatkan pelbagai penyakit selain daripada
dikenakan kompaun daripada pihak berkaitan.
2.2 SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN
Penuaian air hujan merupakan satu teknologi yang digunakan dengan
mengumpul air hujan dari permukaan bumbung dan telah diamalkan sejak dahulu
lagi.Penyediaan sistem penuaian air hujan ini bertujuan untuk kegunaan domestik,
industri, pertanian dan alam sekitar.
Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) adalah salah satu daripada " Best
Management Practice (BMP) " yang diamalkan di Malaysia dimana BMP ini merupakan
kaedah atau teknik yang didapati sebagai cara yang paling berkesan dan praktikal dalam
mencapai objektif seperti mencegah atau meminimumkan pencemaran semasa
membuat penggunaan optimum sumber-sumber firma. Sistem ini juga diadakan
bertujuan untuk melambatkan aliran air larian.Kawasan tadahan bagi sistem ini
bergantung kepada keluasan bumbung bangunan.Sistem ini mempunyai dua fungsi
utama iaitu sebagai " On Site Detention stogare " dan penuaian air hujan.
On Site Detention Stogare " merupakancara untuk memastikan bahawa
perubahan guna tanah tidak menyebabkan banjir di kawasan hilir dan menghadkan kadar
air hujan supaya tidak menyebabkan banjir di mana mana kawasan. Cara ini juga
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
6/26
14
berfungsi untuk melambatkan atau memperlahankan aliran air larian permukaaan yang
mana dengan menahan seketika air hujan. Penuaian air hujan pula lebih tertuju kepada
fungsi tangki sebagai bekalan air hujan untuk kegunaan di tandas, menyiram
kebun,membasuh kereta dan lain-lain kegunaan lagi. Namun begitu, air hujan ini masih
belum dapat untuk digunakan untuk kegunaan harian kita seperti air mandian dan air
minuman.Hal ini demikian di dalam air hujan terkandung beberapa jenis bahan kimia
yang boleh membahayakan kesihatan kita. (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia)
Penuaian air hujan dilakukan dengan menggunakan paip dan tangki yang
dipasang secara berturutan bagi membenarkan air hujan pada curahan pertama yang
masih tercemar mengalir di dalam kawasan tadahan, seterusnya ke tempat simpanan air
untuk penggunaan akan datang. Pemasangan sistem bekalan air kepada pengguna
terbahagi kepada dua iaitu secara graviti ataupun pam bergantung kepada kaedah
susunan yang digunakan.Sistem penuaian air hujan terbahagi kepada beberapa
komponen. Antara kompenan utamanya termasuklah;
i. Kawasan tadahan
ii. Sistem pengaliran air
iii. Tempat takungan.
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
7/26
15
2.2.1 KAWASAN TADAHAN
Kawasan tadahan merupakan satu permukaan di mana air hujan
yang jatuh ke atasnya dapat dikumpulkan. Kebiasaannya kawasan yang
dimaksudkan ini adalah atap bumbung rumah, bangsal, bumbung kilang dan
bangunan lain yang terletak di atas paras bumi. Jenis bumbung yang tidak telap
air, licin dan bersih membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti penuaian air
hujan kerana air dapat mengalir dengan lancar. Walaupun bumbung dijadikan
kawasan tadahan dimana tahap kandungan bahan kimia adalah rendah, namun air
yang dikumpul mesti melalui proses rawatan terlebih dahulu sebelum diguna.
Secara kasarnya penuaian air hujan boleh diklasifikasikan kepada
dua kategori iaitu kawasan tadahan atas tanah dan kawasan tadahan di atas
bumbung.Bagi penuaian yang menggunakan kaedah kawasan tadahan atas tanah,
kebiasaannya berlaku apabila air larian di atas tanah dikumpul dalam
kolam.Manakala penuaian yang menggunakan kaedah kawasan tadahan atas
bumbung pula adalah kaedah yang mengumpul air hujan yang turun atas
bumbung sebelum air turun ke tanah.
Kawasan tadahan mestilah diperbuat dari bahan yang tidak
bertoksik.Jenis bumbung ini mempunyai daya ketahanan yang tinggi, harga yang
rendah dan dapat memberi kualiti yang baik pada air.Kebanyakan bumbung-
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
8/26
16
bumbung rumah di Malaysia menggunakan jenis bumbung jubin tanah liat.Jenis
bumbung ini tidak bertoksik dan ia sesuai dijadikan kawasan tadahan air hujan.
Satu pengiraan yang mudah digunakan untuk mengukur saiz
kawasan tadahan iaitu dengan mendarabkan nilai panjang dan lebar pancur
bumbung yang menjadi pemisah antara dua permukaan tadahan.Biasanya
bumbung dibahagikan kepada beberapa bahagian dan hasil tambah keseluruhan
kawasan bumbung menghasilkan jumlah kawasan tadahan yang digunakan untuk
penuaian air hujan.
2.2.2 SISTEM PENGALIRAN AIR
Pancur atap dan paip adalah dua komponen yang mengangkut air
tadahan dari permukaan atap ke dalam tangki.Pancur atap berbentuk separa bulat
seperti V atau U.Bahan yang biasa digunakan bagi pembuatan pancur adalah besi
bergalvani atau Polyvinyl chloride (PVC).Paip penyalur pula diletakkan secara
menegak ataupun sedikit condong.Ianya direkabentuk bagi menampung air hujan
yang turun sebanyak 40 mm kecondongan nya dan diperbuat dari bahan yang
sama dengan pancur atap.
Saiz, kecondongan dan pemasangan pancur dan paip perlulah
sesuai bagi menampung aliran air hujan yang turun ketika keadaan hujan
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
9/26
17
lebat.Pancur dan paip penyalur perlu ada penapis dan pembersih atap.Penapis
yang dimaksudkan adalah seperti penahan bagi menahan daun-daun kering dan
ranting masuk ke dalam sistem.Rajah 2.3 menunjukkan sistem yang biasa
digunakan untuk pengaliran air hujan dari kawasan tadahan iaitu bumbung
bangunan ke tangki simpanan.
Rajah 2.3 :Sistem saliran air ke tangki (sumber: internet)
2.2.3 TANGKI TAKUNGAN
Tangki takungan merupakan komponen yang menelan
perbelanjaan tertinggi dalam sistem penuaian air hujan bagi sesebuah
bangunan.Muatan bagi sesuatu tangki takungan perlulah memadai bagi
menampung kapasiti air hujan yang di tadah.Ianya penting sewaktu kerja-kerja
pemasangan dijalankan kerana saiz yang tidak bersesuaian akan membawa
kepada pembaziran baik darisegi kewangan mahupun ruang. Penggunaan tangki
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
10/26
18
yang kecil amat sesuai digunakan pada bangunan yang mempunyai kawasan
sempit dengan melekatkan tangki pada permukaan dinding, dan tangki itu dapat
diangkat untuk mendapatkan tekanan yang sesuai. Antara tangki-tangki yang
biasa digunakan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4, 2.5 dan 2.6
iaitu dari jenis plastik, pvc, polyethylene (HDPE) dan juga konkrit.
Rajah 2.4: Tangki takungan jenis konkrit(sumber:internet)
Rajah 2.5 : Tangki takungan jenis besi bergalvani (sumber:internet)
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
11/26
19
Rajah 2.6 : Tangki takungan jenis polyethylene (HDPE)
2.3 JENIS SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sistem penuaian air
hujan terdiri daripada beberapa jenis bergantung kepada topografi tanah, pasir
cerun, jenis batu dan sebagainya. Antara sistem yang popular dan diamalkan
secara meluas pada masa kini adalah seperti beirkut;
i. Sistem Penuaian Permukaan (Surface Harvesting System)
ii. Sistem Penuaian Atas Bumbung (Rooftop Harvesting System)
iii. Tadahan Batu (Rock Catchment)
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
12/26
20
2.3.1 SISTEM PENUAIAN PERMUKAAN (SURFACE HARVESTING
SYSTEM)
Sistem ini menangkap pesat larian daripada permukaan
semulajadi atau buatan manusia dari masa ke semasa, dan disimpan.Air yang
dikumpul ini sepatutnya boleh pergi ke sungai sebagai larian, atau sejat
semula.Air yang dikumpul melalui kaedah ini boleh digunakan untuk pelbagai
tujuan seperti membersihkan halaman rumah, membasuh, menyiram tanaman,
dan sebagainya.
2.3.2 SISTEM PENUAIAN ATAS BUMBUNG (ROOFTOP
HARVESTING SYSTEM)
Sistem penuaian atas bumbung diamalkan di kebanyakan kawasan
bandar dan luar bandar di mana terdapat kekurangan bekalan perbandaran. Idea
itu adalah untuk menarik hujan jatuh di atas bumbung dan menyimpannya untuk
kegunaan kemudian. Kualiti air yang dikumpulkan bergantung pada permukaan
dimana ia dikumpulkan.
Air dari bumbung simen lebih bersih daripada yang dikumpul dari
jenis sistem penuaian aair hujan yang lain. Walaubagaimanapun, permukaan
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
13/26
21
bumbung hendaklah dibersihkan dan diselenggara secara berkala mengikut
jadual yang ditetapkan keranaakan ada banyak zarah debu, makanan dan
serangga yang dibawa oleh burung.
Dalam sistem penuaian air hujan yang biasa, talang, paip dan
tangki diperlukan dalam menghasilkan satu sistem yang lengkap.Orang
menggunakan pelbagai jenis tangki simpanan untuk menyimpan air
hujan. Tangki ini sering ditutup untuk melarang kemasukan pencemar yang
boleh menyebabkan kemerosotan kualiti air hujan dalam tangki tersebut. Air
hujan dari bumbung dialihkan melalui talang dan paip untuk membawa masuk ke
dalam tangki.Walaubagaimanapun, reka bentuk dan bahan yang digunakan
berbeza dengan pembinaan rumah. Jumlah air yang dikumpulkan bergantung
kepada kawasan bumbung, saiz tangki dan jumlah hujan.
2.3.3 TADAHAN BATU (ROCK CATCH M ENT)
Tadahan batu merupakan kawasan tadahan air hujan yang
dibangunkan dari sengkapan batu untuk menangkap dan tumpuan air larian ke
dalam struktur simpanan untuk kegunaan kemudian.Alur batu dibuat untuk
mengumpul air larian dari kawasan tadahan batu dan air hujan langsung kedalam
struktur simpanan.Struktur penyimpanan boleh menjadi tangki atau
takungan di atas empangan.
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
14/26
22
2.4 JENIS TANGKI SIMPANAN
Terdapat dua jenis tangki simpanan yang digunakan dalam sistem
penuaian air hujan ini iaitu:
i. Simpanan Bawah Tanah
ii. Simpanan Atas Tanah
2.4.1 TANGKI SIMPANAN BAWAH TANAH
Simpanan bawah tanah adalah dimana tangki untuk penyimpanan
air hujan diletakkan dibawah tanah. Air hujan yang turun melalui gutter akan
disalurkan kepada paip untuk disimpan di tangki yang berada di bawah tanah.
Kos bagi pembinaan tangki jenis ini agak mahal kerana tanah perlu dikorek
sebelum tangki diletakkan. Kos bagi penggunaan jentera untuk mengorek tanah
menyebabkan kos bagi pemasangan tangki ini lebih mahal berbanding tangki
atas tanah.
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
15/26
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
16/26
24
2.5.1 PROSES MENDATAR
a. Larian air permukaan
Baki air hujan yang mengalir di atas permukaan tanah setelah ditolak
dengan air yang mengalami sejatan, pintasan, susupan, dan juga yang
digunakan oleh tumbuhan dan setelah semua liang pori tanah tepu dengan
air dan hujan tidak lagi boleh meresap sebaliknya menuju ke sungai,
tasik,kolam dan laut.
b. Aliran air bawah tanah
Air bawah tanah mengalir perlahan melalui liang dalam batuan di bawah
permukaan. Air mengalir kerana terdapat perbezaan tekanan dan
kecerunan. Air dari Zon tepi mengalir menuruni cerun aras mata air
hingga sampai ke sungai, tasik atau paya.
c. Air Lintang atmosfera
Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air
yang akan berkumpul menjadi awan. Wap-wap air (awan) ini pula akan
dialirkan secara melintang oleh angin ke bahagian daratan atau
sebaliknya dari daratan ke lautan. Bila sampai ke tahap tepu akan turun
sebagai kerpasan.
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
17/26
25
2.5.2 PROSES MENEGAK
a. Sejatan
Proses penukaran bentuk air daripada cecair kepada wap air.Berlaku
apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan
udara di atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu. Memerlukan
bekalan tekanan haba dari matahari yang mencukupi untuk
memanaskan permukaan air sama ada daripada lautan, sungai,
tasik, kolam dan lain-lain.
b. Sejatpeluhan
Pemindahan wap air ke atmosfera melalui proses transiprasi dari
tumbuhan dan sejatan daripada tanah dan tumbuhan. Terjadi kerana
tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan
tekanan udara dalam atmosfera terutama pada waktu siang yang
panas.
c. Kerpasan
Kerpasan adalah lembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan
bumi dalam pelbagai bentuk iaitu cecair dan pepejal serta dalam intensiti
yang berbeza.
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
18/26
26
d. Aliran batang
Air hujan yang turun meleleh mengikut dahan dan batang pokok sebelum
sampai ke perrmukaan tanah.
e. Resapan
Proses pergerakan air masuk ke dalam tanih secara menegak melalui
liang-liang pori tanih. Proses ini dipengaruhi kandungan air dalam tanah
dan keporosan tanah.
2.5.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PROSES
SEJATPELUHAN
i. Suhu permukaan tersejat : Semakin tinggi suhu air permukaan
tersejat semakin tinggi kadar
sejatpeluhan kerana partikel air akan
mempunyai tenaga untuk bertukar ke
wap air di atmosfera.
ii. Pengaruh angin : Jika terdapat pengaliran udara yang
baik, kadar sejatpeluhan akan tinggi
kerana udara yang bergerak akan
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
19/26
27
membawa udara yang tepu keluar
dengan ini memberi ruang untuk proses
sejatpeluhan yang seterusnya.
iii. Kandungan air : Air bersih akan mudah tersejat
berbanding air masin. Jika kandungan
air tanih banyak mineral ia akan
melemahkan proses sejatpeluhan.
iv. Litupan tumbuhan : Semakin banyak litupan tumbuhan di
sesuatu kawasan ia akan menggalakkan
proses transpirasi dan seterusnya
sejatpeluhan.
v. Lembapan tanih : Semakin tanah lembap semakin tinggi
kadar sejatpeluhan kerana ketersediaan
air untuk disejat
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
20/26
28
2.5.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PROSES
INFILTRASI TANAH.
i. Intensiti hujan : Jika hujan amat lebat, proses infiltrasi
akan menjadi perlahan kerana titisan
hujan yang besar dan cepat berupaya
menutup liang ruangan tanah.
ii. Struktur geologi : Semakin banyak rekahan dan rongga
dalam tanah kadar infiltrasi akan
meningkat.
iii. Litupan tumbuhan : Semakin banyak litupan tumbuhan di
sesuatu kawasan , kadar infiltrasi akan
meningkat. Tumbuhan berupaya
melambatkan proses air larian
permukaan.
iv. Ketelapan tanah : Jika ruang rongga banyak tetapi kecil
dan halus (misalnya tanah liat) akan
mengurangkan proses infiltrasi kerana
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
21/26
29
menyukarkan aliran air ke bawah.
v. Kandungan air : Semakin kontang sesuatu kawasan
semakin tinggi kadar infiltrasi kerana
tanah dalam keadaan kekosongan maka
air mudah meresap ke dalam.
vi. Kecerunan : Semakin rata sesuatu permukaan
semakin tinggi kadar infiltrasi. Air
larian permukaan akan bertambah di
kawasan yang bercerun curam maka
infiltrasi akan berkurang
2.6 KEGUNAAN BUKAN KONSUMTIF
Kegunaan konsumtif adalah merujuk kepada penggunaan air secara skala
besar tetapi ianya tidak mengurangkan sumber air yang ada samada di sungai atau
laut.Pelayaran dan dan pengangkutan air adalah contoh penggunaan air secara bukan
konsumtif.Walaupun pada masa kini semakin banyak jalan raya dibina, tetapi
pengangkutan air masih popular terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Di semenanjung, hanya beberapa buah sungai sahaja yang masih
menggunakan pengangkutan air seperti Sg. Perak dan Sg. Kelantan. Di negeri Sabah dan
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
22/26
30
Sarawak penggunaan pengangkutan air masih menjadi keperluan oleh penduduk
tempatan kerana struktur muka bumi kawasan tersebut yang bergunung-ganang
menghalang pembinaan jalan raya kerana memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan
pengangkutan air kebanyakannya adalah untuk mengangkut penumpang, mengangkut
hasil pertanian dan bahan mentah lain seperti kayu balak, hasil petroleum dan minyak
sawit. Selain itu ia juga digunakan untuk kegiatan ekonomi seperti menangkap ikan.
Penjanaan tenaga hidro elektrik juga adalah satu penggunaan air yang
tidak membazirkan sumber air malah dapat menjimatkan banyak sumber bahan mentah
lain seperti petroleum dan arang batu yang digunakan untuk penghasilan tenaga
elektrik.Pembinaan empangan untuk menjana kuasa hidro elektrik adalah langkah yang
baik dalam mengurangkan pengaliran air sungai secara terus.Ini adalah kerana
pengaliran terus air sungai menyebabkan kekurangan aliran air sungai, terutamanya pada
musim kemarau. Sarawak adalah negeri yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam
menghasilkan tenaga hidro iaitu 69.6 % diikuti dengan Sabah yang mencatat 17.2 % dan
Semenanjung Malaysia 13.8 %. Penggunaan air adalah banyak dalam menghasilkan
tenaga hidro elektrik, tetapi jumlah air tidak akan mengalami kekurangan.
Permintaan air untuk tujuan rekreasi juga adalah tinggi, kawasan tepi
pantai dan juga kawasan hutan lipur adalah kawasan yang memerlukan jumlah air yang
banyak untuk tujuan rekreasi. Kawasan perkelahan popular seperti Pulau Kapas,
Terengganu adalah contoh kawasan yang menjadi tarikan kerana air lautnya yang jernih
dan mempunyai pelbagai hidupan laut yang menarik seperti terumbu karang dan
pelbagai jenis hidupan laut yang lain.Selain itu, kawasan seperti Sg.Padas juga terkenal
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
23/26
31
kerana mempunyai arus sungai yang deras dan aktiviti sukan lasak seperti berakit dapat
dijalankan.
2.7 PENGUMPULAN AIR HUJAN BOLEH CEGAH KRISIS AIR
Negara kita berpotensi mengalami kekurangan air.Hal ini demikian
negara kita sememangnya menerima air hujan yang amat lebat. Sementara itu, air
rawatan dapat pula dibekalkan ke rumah, kedai dan pejabat dengan kadar yang cukup
murah.
Kelantan adalah antara negeri yang menghadapi krisis kekurangan
bekalan air bersih kerana permintaan untuk air paip yang telah dirawat kian meningkat
manakala kos untuk merawat air pula melambung tinggi hingga tidak mungkin boleh
mempertahankan kadar bayaran air yang terdapat sekarang. (Berita Harian 2 September
2011)
Salah satu cara terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan air ialah
dengan mengaplikasikan penggunaan sumber air hujan dengan mengumpulkannya untuk
kegunaan harian. Hal ini telah dikaji oleh Dr Adi Irfan Che penyelidik dan pensyarah
kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang telah melakukan penyelidikan di
kawasan-kawasan yang menghadapi masalah menerima bekalan air paip yang cukup dan
dimana terdapat bangunan-bangunan yang telah memasang sistem penuaian air hujan.
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
24/26
32
Di Sandakan yang terletak di negeri Sabah kini terdapat tiga taman
perumahan iaitu Taman Utama, Taman Megah dan Taman Mawar di mana pemaju telah
memasang sistem ini bagi menampung keperluan air oleh penghuni. Air hujan yang
dikumpul disimpan dalam tangki sebesar 400 hingga 500 gelen dan seterusnya
digunakan untuk menyiram halaman rumah, mencuci kenderaan dan pakaian serta
kegunaan mencuci rumah dan juga untuk mengepam jamban. (Berita Harian 22 Oktober
2010)
Rajah 2.7 : Tangki air SPAH berkapasiti 400 gelen diletakkan di belakang rumah
Selain menampung kekurangan air, Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
dapat mencegah hakisan tanah, menaikkan paras air bawah tanah, meningkatkan
keluaran pertanian dan mengadakan pengurusan sungai yang lebih baik disamping dapat
mengawal perubahan iklim.
Sistem penuaian air hujan yang digunapakai di belakang rumah adalah
yang lebih popular daripada sistem depan rumah atau sistem bawah tanah rumah seperti
yang ditunjukkan dalam contoh Rajah 2.8 dan 2.9.
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
25/26
33
Rajah 2.8 : Talang yang digunakan untuk mengalirkan air hujan
Rajah 2.9 : Tangki simpanan air hujan yang ditempatkan di belakang rumah
Cara yang mudah dalam pengumpulan air hujanbiasanya melibatkan alur
mengelilingi bumbung dengan paip turun membawa air hujan ke tangki simpanan yang
dipasangkan dengan saluran mengeluarkan air berlebihan.Berbeza dengan sistem yang
lebih canggih dimana kompenan-kompenan seperti penapis, pam air dan sambungan
paip ke tangki air rawatan digunakan dalam pemasangan sistem ini bagi menampung
kekurangan air dalam tangki air hujan.
7/28/2019 Bab 2 _ Kajian Literature (2)
26/26
34
Kos pemasangan bagi Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)bisanya adalah
antara 2 hingga 5% daripada kos projek pembinaan, sedangkan pemulangan kepada
pelaburan adalah lebih daripada 5 tahun. Keadaan ini akan berubah apabila caj
penggunaan air paip dinaikkan apabila kos rawatan air melambung. (Berita Harian 22
Oktober 2010)
Pengumpulan air hujan akan mewujudkan kehidupan lestari dimana air
hujan terkumpul di dalam tangki dapat mengelakkan pembaziran dan mengurangkan
pergantungan terhadap air dirawat. Permintaan terhadap air dirawat kian menunjukkan
peningkatan ekoran dengan pertambahan populasi penduduk. Malahan kos untuk
merawat air pula melambung tinggi hingga tidak mungkin boleh mempertahankan kadar
bayaran air yang terdapat sekarang. (Berita Harian, 22 Oktober 2010) Oleh itu,
pengumpulan air hujan mampu mengatasi masalah bekalan air dan digunakan sebagai
punca air alternatif apabila berlakunya kekurangan air.