Bab_7_edit

Embed Size (px)

DESCRIPTION

budaya melayu

Citation preview

  • 165

    Unsur Perlambangan dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

    Unsur Perlambangan dalamPeribahasa Melayu:

    Satu Analisis Teori Relevans

    Rozaimah Rashidin & Noriza Daud

    ABSTRAK

    Kajian ini melihat dan membezakan bentuk-bentuk perlambangan yangdigunakan untuk melambangkan imej lelaki dan wanita dalam peribahasaMelayu serta meninjau dan membuktikan secara tepat sama ada wujud unsurseksisme yang ketara antara imej lelaki dengan wanita dalam peribahasaMelayu. Data-data dalam kajian ini diambil daripada CD-ROM TikamanBahasa (Siri Koleksi Warisan) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa danPustaka pada tahun 2002. Teori yang digunakan dalam kajian ialah TeoriRelevans yang menggandingkan ilmu semantik dan pragmatik yangdipelopori oleh Sperber dan Wilson (1986). Berdasarkan contoh-contohperlambangan yang terdapat dalam peribahasa yang telah dianalisis,didapati bahawa terdapat dua jenis perlambangan, iaitu perlambangan yangberkonotasi positif dan perlambangan yang berkonotasi negatif. Selain itu,perlambangan-perlambangan tersebut telah dikategorikan kepada alatan,haiwan, tumbuhan dan orang atau gelaran. Unsur seksisme wujud dalammaksud peribahasa Melayu. Namun begitu, bagi perlambangan yangdigunakan dalam sesuatu peribahasa, unsur seksisme tidak begitu ketaradan didapati agak seimbang dalam menggambarkan imej lelaki dan wanita.Masyarakat Melayu ternyata mampu menggunakan alam persekitaran danpengalaman hidup mereka dalam membina dan memilih perlambangan yangsesuai dalam sesuatu peribahasa. Hal ini membuktikan bahawa, masyarakatMelayu merupakan sebuah masyarakat yang kreatif kerana dapatmenyesuaikan perlambangan yang dikaitkan dengan persekitaran kognitifmereka.

    Kata kunci: Bentuk perlambangan, unsur seksisme, teori relevans, peribahasa,masyarakat Melayu.

    Pengenalan

    Linguistik ialah disiplin yang meneliti bahasa secara saintifik dansosiolinguistik dianggap sebagai satu bidang disiplin linguistik. Bidang ini

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM165

  • 166

    Jurnal ASWARA

    meneliti segala aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Kajianmenitikberatkan hubungan antara struktur bahasa dengan strukturmasyarakat, iaitu linguistik dari sudut kebudayaan, pengguna, danpenggunaan bahasa serta latar belakang masyarakat (Mohd Afif: 1998).

    Holmes (2001) mengatakan bahawa:sosiolinguistic study the relationship between language andsociety. They are interested in explaining why we speak differentlyin different social contexts, and they are concerned with identifyingthe social functions of language and the way it is used to conveysocial meaning.

    Secara umumnya, sosiolinguistik ditakrifkan sebagai satu bidangdalam disiplin linguistik yang meneliti segala aspek yang berkenaanhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Salah satu subbidang yangterdapat dalam sosiolinguistik ialah persoalan bahasa dan jantina.Persoalan bahasa dan jantina telah menjadi satu isu yang cukup menarikperhatian dan minat para ahli sosiolinguistik. Fasold (1984) mengatakanbahawa salah satu isu yang hangat dibincangkan oleh ahli sosiolinguistikialah persoalan bahasa dan jantina.

    Variasi jantina yang wujud dalam bahasa disebabkan oleh perbezaansosial. Menurut Trudgill (1978):

    Variasi bahasa berdasarkan jantina timbul kerana bahasa sebagaisatu gejala sosial amat rapat hubungannya dengan sikap sosial.Lelaki dan wanita berbeza dari segi peranan sosial yang telahditetapkan oleh masyarakat, dengan itu masyarakat jugamengharapkan perlakuan yang berbeza daripada mereka. Perbezaanini digambarkan oleh bahasa.

    Pada suatu ketika dahulu, ahli linguistik menyumbangkan huraiantentang perbezaan kod dalam pertuturan lelaki dan wanita, tetapi sejakbeberapa tahun kebelakangan ini, seksisme dalam bahasa menarik minatahli bahasa untuk mengkajinya. Seksisme didefinisikan sebagai sikapdiskriminasi yang berdasarkan jantina, terutamanya sikap memandangrendah terhadap kaum wanita (oleh kaum lelaki) (Kamus Dewan EdisiKeempat, 2005: 1416). Bahasa seksis tidak sahaja sebagai gambaranseksisme dalam masyarakat tetapi juga sebagai satu bentuk tingkah lakusosial.

    Menurut Roksana (1998), bahasa seksis ialah bahasa yangmembayangkan bias atau sikap berat sebelah terhadap sesuatu genus.Pada kebiasaannya, sikap ini lebih cenderung kepada sikap tidak adilterhadap kaum wanita dan lebih mengutamakan kaum lelaki. Bahasa

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM166

  • 167

    Unsur Perlambangan dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

    seksis juga mempunyai beberapa ciri, iaitu bahasa yang memperlakukanatau menganggap kaum wanita dan kaum lelaki tidak semetri atau samataraf, bahasa yang mengabaikan kaum wanita, bahasa yang mengutukatau mengecam kaum wanita dan bahasa yang menstereotaipkan golonganwanita (sebagai golongan yang lemah, golongan yang harus berada didapur atau sebagai suri rumah dan sebagainya). Roksana jugamengatakan, contoh unsur seksis dalam bahasa Melayu adalah sepertidi dalam peribahasa. Roksana berpendapat bahawa setiap kali wanitaatau perkara-perkara yang berhubung kait dengan wanita digunakan untukmembentuk peribahasa, makna sebenar yang terkandung dalamperibahasa itu kebanyakannya mempunyai komponen makna yang negatifatau yang merendah-rendahkan martabat wanita.

    Peribahasa timbul bersama-sama masyarakat daerah atau kampung.Menurut kebiasaan lama masyarakat Melayu, berbicara secara terus-terang dalam sesuatu perkara dianggap kurang sopan, perbuatan yangkurang manis dan melanggar adat (Darus: 1974). Maka mereka berbicarasecara berkias dan beribarat menggunakan peribahasa. Abdullah (1975)telah menyenaraikan tiga sumber asal usul peribahasa dalam masyarakatMelayu, iaitu:

    1. Rakyat jelata yang mencipta peribahasa melalui pengalaman hidup2. Orang-orang arif bijaksana, yang mengeluarkan ungkapan kata-

    kata hasil daripada renungannya3. Kitab suci

    Dalam peribahasa Melayu, terkumpul banyak aspek hidup. Banyakperibahasa Melayu yang mengambil lambang alam sekeliling untukmemberi makna yang padat dan tepat, yang terbit daripada pengalaman,pemerhatian dan pandangan tajam. Selain itu, peribahasa juga dibentukdengan menggunakan lambang daripada keadaan yang terdapat dalamsesebuah masyarakat (Ishak 1990).

    Kajian ini bertujuan untuk melihat dan membezakan bentuk-bentukperlambangan yang digunakan untuk melambangkan imej lelaki danwanita dalam peribahasa Melayu serta meninjau dan membuktikan secaratepat sama ada terdapat unsur seksisme yang ketara antara imej lelakidengan wanita dalam peribahasa Melayu. Data-data dalam kajian inidiambil daripada CD-ROM Tikaman Bahasa (Siri Koleksi Warisan)yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002.CD-ROM ini mengandungi 2,249 buah peribahasa dalam bentukmultimedia yang merupakan salah satu warisan persuratan Melayu hasilkarya pujangga lama yang bernilai. Banyak pedoman dan kata nasihat

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM167

  • 168

    Jurnal ASWARA

    yang terkandung di dalamnya. Teguran dan kata nasihat yang disampaikansecara tersirat itu boleh dijadikan renungan serta iktibar.

    Tikaman Bahasa mempunyai 11 bab tentang peribahasa yangberkaitan dengan pelbagai budaya masyarakat Melayu. Untuk kajian ini,hanya dua bab sahaja yang dipilih, iaitu Bab 2 dan Bab 8 yang jelasmempunyai unsur-unsur gender. Setiap data yang dijadikan bahan kajianditandakan mengikut bilangan seperti yang tersenarai dalam CD-ROM.Bab 2 mengandungi beberapa fasal, iaitu fasal laki isteri, fasal berkasih-kasihan dan nikah kahwin, fasal pencabulan dan penceraian, fasal ibubapa dan anak-anaknya dan fasal bersaudara dan kaum keluarga.Seterusnya Bab 8 pula berkenaan fasal kelakuan dan perangai dan gerak-geri, fasal sifat-sifat rupa dan keadaan, fasal pertuturan bahasa dan bunyisuara dan fasal perkara yang padan, sesuai dan serupa akas-akasnya.

    Dalam kajian ini, pendekatan yang diusahakan oleh Dell Hymes(1974) akan digunakan. Mengikut Hymes, skop sosiolinguistikdihubungkan dengan bahasa sebagai komunikasi atau alat komunikasi.Dengan ini, Hymes melihat bahasa sebagai tidak terpisah daripada sistem-sistem sosial dan budaya lain yang beroperasi dalam sesebuahmasyarakat. Beliau menggunakan perkaedahan yang diberi namaetnografi komunikasi. Etnografi komunikasi ialah penghuraian saintifikterhadap cara atau amalan berbahasa sesebuah masyarakat yang memberiperhatian kepada pelbagai faktor bukan bahasa, yakni sosial yang didapatimempengaruhi sesebuah komunikasi itu (Teo: 1998).

    Kajian ini diperkukuh dan diperkuatkan lagi dengan satu teori yangdapat menghurai dan menganalisis dengan tuntas tentang imej wanitadan lelaki dalam peribahasa Melayu. Teori yang dimaksudkan ialah TeoriRelevans yang menggandingkan ilmu semantik dan pragmatik yangdipelopori oleh Sperber dan Wilson (1986). Melalui Teori Relevans ini,apa yang bakal dicungkil ialah bagaimana pemilihan perkataan padaperibahasa itu dapat membantu kita yakin dengan makna yang diberikan.Dengan kata yang mudah, bagaimanakah masyarakat Melayu bolehmengaitkan pemilihan perkataan pada peribahasa dengan maksudperibahasa itu sendiri.

    Teori Relevans menekankan tiga gagasan utama, iaitu konteks,kesan konteks dan usaha memproses maklumat. Tiga gagasan inikadangkala dibantu oleh subgagasan seperti pengayaan, pemilihan rujukandan penyahtaksaan maklumat bagi melicinkan penginterpretasian makna.

    Jelas bahawa, Teori Relevans dapat diterapkan dalam menganalisisperibahasa Melayu. Apa yang diharapkan ialah, analisis saintifiknya akandapat menyingkap apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat dalam

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM168

  • 169

    Unsur Perlambangan dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

    peribahasa Melayu. Penyingkapan ini secara tidak langsung mampumenyerlahkan lagi cara pemikiran masyarakat Melayu yang selama inikurang dibincangkan secara saintifik.

    Analisis Data

    Data yang digunakan dalam kajian ini ialah sebanyak 63 buah peribahasa(Lihat Lampiran 1) yang dikelompokkan mengikut perlambangan sepertidalam Jadual 2.1.

    Seterusnya jenis-jenis peribahasa ini dikelaskan kepada dua kategori,iaitu yang membawa maksud positif dan negatif seperti dalam jadualyang berikut:

    Berdasarkan jadual di atas, peribahasa perlambangan imej wanitalebih banyak mengandungi maksud negatif, manakala peribahasaperlambangan imej lelaki lebih menonjol dengan maksud positif. Bagijenis peribahasa gabungan perlambangan imej wanita dan lelaki, maksudpositif dan maksud negatif bagi peribahasa tersebut agak seimbang dan

    Jadual 2.1: Bilangan Jenis Peribahasa Berdasarkan Perlambangan Imej

    Bil. Jenis Peribahasa Jumlah

    1. Gabungan Perlambangan Imej Wanita dan Lelaki 162. Perlambangan Imej Wanita 363. Perlambangan Imej Lelaki 11

    Jumlah Peribahasa 63

    Jadual 2.2: Bilangan Jenis Peribahasa Berdasarkan Perlambangan ImejMengikut Maksud Positif dan Negatif

    Bil. Jenis Peribahasa Maksud Maksud JumlahNegatif Positif

    1. Gabungan Perlambangan Imej 9 7 16Wanita dan Lelaki

    2. Perlambangan Imej Wanita 9 27 363. Perlambangan Imej Lelaki 9 2 11

    Jumlah Peribahasa 63

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM169

  • 170

    Jurnal ASWARA

    tidak begitu ketara perbezaannya. Jelas bahawa unsur seksisme wujuddalam maksud peribahasa Melayu.

    Dalam peribahasa perlambangan imej wanita yang bermaksudnegatif, kebanyakannya membawa maksud dan menggambarkanperempuan atau wanita sering berbuat jahat, mengingkari perintah suami,curang, perempuan selalu mencari atau menggoda lelaki, berkelakuantidak senonoh seperti bercakap dengan suara yang kuat, ketawa dengankuat, tidak pandai menjaga maruah diri, pemalas dan pengotor. Peribahasayang bermaksud positif pula, perempuan itu digambarkan sebagai lemahlembut, cantik paras rupa dan pemalu. Bagi maksud peribahasaperlambangan imej lelaki yang bermaksud positif pula, merekadigambarkan sebagai golongan yang mulia, tangkas dan berani. Bagimaksud negatif, lelaki digambarkan sebagai pemarah, jahat, miskin danhina.

    Daripada 63 buah peribahasa yang telah dianalisis, terdapat 98 jenisperlambangan (Lihat Lampiran 2) yang digunakan bagi menggambarkanimej wanita dan lelaki dalam peribahasa Melayu seperti dalam Jadual2.3 yang berikut:

    Huraian Analisis Data

    Bahagian ini akan memperlihatkan bagaimana penerapan Teori Relevansdapat menjelaskan imej wanita dan lelaki dalam peribahasa Melayu.Hanya enam peribahasa sahaja yang akan dihuraikan dalam bahagianini. Apa yang bakal dicungkil ialah bagaimana masyarakat Melayu bolehmengaitkan pemilihan perlambangan pada peribahasa dengan maksud

    Jadual 2.3: Bilangan Jenis Perlambangan yang Menggambarkan ImejWanita dan Lelaki dalam Peribahasa Melayu

    Jenis Perlambangan Wanita LelakiBil (%) Bil (%)

    1. Benda / Alatan 23 41.07 13 30.232. Haiwan 14 25.45 25 58.143. Tumbuhan 14 25.45 2 4.654. Orang / Gelaran 4 7.27 3 6.98Jumlah 55 100 43 100Jumlah Keseluruhan 98

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM170

  • 171

    Unsur Perlambangan dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

    peribahasa itu sendiri. Huraian melibatkan tiga jenis peribahasa yangdikelompokkan mengikut perlambangan, iaitu gabungan perlambanganimej wanita dan lelaki, perlambangan imej wanita dan perlambanganimej lelaki.

    Peribahasa Gabungan Perlambangan Imej Wanita danLelaki

    Berikut merupakan contoh-contoh peribahasa yang menggunakanperlambangan haiwan dan tumbuhan bagi menggambarkan imej wanitadan lelaki. Perlambangan haiwan merujuk kepada kumbang, manakalaperlambangan tumbuhan pula merujuk kepada bunga.

    a. Hendak bersunting bunga yang belum diseri kumbang. (454)Maksud: Hendak beristerikan anak muda atau perawan muda.

    b. Bunga yang layu tidak diseri oleh kumbang. (444)Maksud: Anak perempuan yang sudah tua tidak hendak dipinangorang.

    Berdasarkan contoh-contoh peribahasa yang dipaparkan, didapatibahawa wanita digambarkan atau dilambangkan sebagai bunga dan lelakipula sebagai kumbang. Persoalannya, mengapakah masyarakat Melayumemilih perlambangan bunga dan kumbang bagi menggambarkan imejwanita dan lelaki dalam sesebuah peribahasa?

    Bunga dianggap sesuatu yang cantik dan indah terutamanyasewaktu sedang berkembang mekar. Dari segi konteks masyarakatMelayu, bunga sangat berkait rapat dalam kehidupan mereka. Misalnya,bunga dijadikan perhiasan di dalam rumah untuk menceriakan suasanadan keadaan. Pokok-pokok bunga seperti melur, kesidang, mawar danpelbagai lagi ditanam di luar rumah atau di sekeliling rumah bertujuanuntuk mewujudkan suasana yang indah dan mendamaikan.

    Sifat fizikal bunga yang cantik, berbau harum dan berkembangmekar dikaitkan dengan keadaan fizikal wanita yang cantik, bersopansantun dan lemah lembut kelakuannya. Pembentukan kesan konteksterbina di sini dengan cara penguatan maklumat. Sifat fizikal bungayang disamakan dengan keadaan fizikal seorang wanita telahmenyebabkan berlakunya penguatan maklumat dan seterusnyamembentuk kesan konteks. Penguatan maklumat berlaku apabilamaklumat awal pada penutur dapat disahkan dengan apa yang berlakupada persekitaran kognitif mereka.

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM171

  • 172

    Jurnal ASWARA

    Selain daripada kesan konteks yang diperhatikan, usaha memprosesmaklumat juga mempunyai peranan yang penting. Perkataan bungaadalah mudah diproses yakni mudah difahami, dapat dikaitkan denganpersekitaran masyarakat Melayu serta bersifat manifestasi. MasyarakatMelayu tidak mempunyai masalah dengan perkataan bunga itu sendiri.Memandangkan kesan konteks tinggi dan usaha memproses maklumatnyarendah, maka masyarakat Melayu dapat menerima peribahasa ini. Jelasdi sini bahawa sifat fizikal bunga itu telah disamakan dengan keadaanfizikal seorang wanita.

    Namun begitu, dalam contoh peribahasa (b), bunga yang layudikaitkan dengan anak perempuan atau anak dara yang telah tua ataulanjut usia. Keadaan bunga yang layu tidak menarik minat sesiapa yangmemandangnya. Bunga yang layu tidak lagi berkembang mekar dantidak berbau harum, seolah-olah telah hilang serinya.

    Hal ini dapat dikaitkan dengan keadaan anak dara tua yang jarangdipinang orang. Apabila seseorang anak dara itu telah lewat umur, iaituberumur melebihi 35 tahun, tetapi masih lagi tidak mendirikan rumahtangga, dia akan dianggap sebagai anak dara tua. Anak dara tua dapatdisamakan dengan bunga yang layu kerana mereka jarang sekali dapatmenarik minat lelaki untuk dijadikan isteri. Fizikal anak dara tua jugasudah tidak menarik kerana wajah mereka semakin dimamah usia.

    Oleh yang demikian, terbukti bahawa keadaan fizikal bunga itutelah dikaitkan dengan imej wanita sama ada bersifat positif ataupunnegatif. Bunga yang cantik, menarik, mekar dan mewangi disamakandengan wanita yang anggun dan mempesonakan. Sebaliknya, bungayang layu diibaratkan seperti seorang anak dara tua yang semakinmeningkat usianya dan masih belum lagi mendirikan rumah tangga.

    Seterusnya, kaum lelaki pula digambarkan atau dilambangkansebagai kumbang. Kumbang merupakan sejenis serangga yangberkepak, berkulit keras dan merupakan serangga yang aktif dan sangattangkas serta berkebolehan untuk terbang. Keaktifan, ketangkasan dankebolehan kumbang untuk terbang ke merata-rata tempat dalam jarakjauh atau dekat dapat disamakan dengan sifat seorang lelaki yang kuat,gagah dan berani.

    Kumbang dianggap sebagai serangga perosak kerana bolehmemusnahkan tumbuhan dengan memakan daun dan mengorek kayudan batang pokok. Kebolehan kumbang ini dapat disamakan dengankekuatan, kegagahan dan keberanian lelaki. Ada juga kumbang sepertilebah yang boleh menghisap madu bunga. Dalam konteks masyarakatMelayu, tabiat semulajadi kumbang itu telah dikaitkan dengan sifat

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM172

  • 173

    Unsur Perlambangan dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

    seseorang lelaki. Pemilihan perkataan kumbang berjaya membantupendengar untuk memproses makna peribahasa ini dengan mudah.

    Berdasarkan contoh-contoh peribahasa yang diberikan, wujudpertalian antara bunga dengan kumbang sebagaimana wujudnyapertalian antara wanita dengan lelaki. Pertalian antara wanita denganlelaki ialah hubungan yang saling lengkap-melengkapi, begitu juga dengankumbang dan bunga. Kumbang seperti lebah bergantung hidup denganmenghisap madu yang terdapat pada bunga. Ini merupakan hukum alamyang telah ditentukan.

    Peribahasa Perlambangan Imej Wanita

    Bagi contoh peribahasa ini, dua jenis perlambangan telah digunakan bagimenerangkan atau menggambarkan imej wanita, iaitu perlambangan jenisbenda atau alatan dan perlambangan jenis haiwan. Perlambangan alatanmerujuk kepada sutera dan mastuli manakala perlambangan haiwanpula merujuk kepada kucing biang seperti yang dapat dilihat dalamperibahasa berikut:

    a. Jual sutera beli mastuli. (463)Maksud: Hal keuntungan seorang lelaki yang telah berceraidaripada isterinya yang baik kemudian beristeri pula seorangperempuan yang lebih baik.

    b. Terjerit-jerit bagai kucing biang. (1662)Maksud: Perempuan yang tiada menyimpan diri dan suaranya.

    Sutera merupakan sejenis kain yang diperbuat daripada benangsutera. Benang sutera ini lembut dan halus yang dihasilkan daripada ulatrama-rama. Dalam konteks masyarakat Melayu, kain sutera merupakansejenis tekstil yang bermutu dan berkualiti tinggi jika dibandingkan denganbeberapa jenis kain yang lain seperti kain batik dan kain kasa. Kebiasaannya,kain sutera sangat mahal harganya dan sering dipakai oleh kaum wanita.Mastuli pula ialah sejenis kain sutera yang kasar dan kuat, yakni sejeniskain sutera yang lebih baik kualitinya dan bermutu tinggi.

    Kain sutera dan mastuli ini digunakan sebagai perlambangan imejwanita kerana kedua-dua entiti ini merupakan sesuatu yang indah danmenarik. Biasanya, warna kain sutera sangat menarik dan tidak pudar.Kain ini juga sangat lembut apabila disentuh dan amat selesa apabiladipakai. Keindahan dan kelembutan kain ini dapat disamakan dengankeindahan fizikal dan kelembutan keperibadian wanita. Keindahan dankualiti yang baik menyebabkan kain ini menjadi pilihan untuk dijadikan

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM173

  • 174

    Jurnal ASWARA

    pakaian dan sebagainya. Jelas bahawa, ciri-ciri fizikal kain sutera yangindah, lembut dan menarik ini telah disamakan dengan ciri fizikal wanitayang cantik, bersopan santun dan lemah lembut kelakuannya.

    Seterusnya, dalam masyarakat Melayu, kucing biang dianggapsebagai kucing yang gatal. Gatal dalam konteks ini merujuk kepadakelakuan dan pergerakan kucing yang bertujuan untuk menarik perhatianpasangannya, bukannya gatal pada bahagian kulit. Salah satu cara kucingbiang menarik perhatian pasangannya adalah dengan mengeluarkan bunyisuara yang kuat dan nyaring serta dilakukan secara berulang-ulang kali.Ini menimbulkan suasana yang bising dan kurang menyenangkan.

    Dalam budaya Melayu, sungguh tidak sopan dan melanggar batassusila sekiranya seorang perempuan berkelakuan menggoda danmelakukan perkara yang negatif, bertujuan untuk menarik perhatiangolongan lelaki. Perbuatan seorang perempuan yang menggoda inidisamakan dengan tabiat kucing biang. Kelakuan perempuan menggodayang suka menonjolkan diri dengan pakaian yang menjolok mata, ketawayang dibuat-buat dan tingkah laku yang tidak sopan dilambangkan dengankelakuan kucing biang yang berunsur negatif. Kelakuan dan perbuatanseperti ini tidak boleh diterima dalam masyarakat Melayu keranaperempuan yang berperangai tidak sopan seperti ini dianggap tidak pandaimenjaga maruah dan keperibadian diri.

    Peribahasa Perlambangan Imej Lelaki

    Berikutnya dua lagi contoh peribahasa yang menggambarkan imej lelaki.

    a. Deras seperti anak panah. (1660)Maksud: Rupa kehebatan langkah pencak seorang hulubalangtatkala menarikan pedang di tengah gelanggang.

    b. Terlepas daripada babi gemuk terpeluk anjing kurap. (466)Maksud: Perihal kemalangan seorang perempuan, terutamanyaperempuan jalang, terlepas daripada kekasihnya yang hina tetapikaya, dapat pula seorang abdi yang terbuang serta miskin dan hina.

    Anak panah digunakan dengan panah atau busur, iaitu sejenis alatyang kedua-dua hujungnya direntangi dengan tali dan boleh dilenturkanuntuk melancarkan anak panah. Kedua-dua alat ini sering digunakansebagai senjata atau alat dalam peperangan, perburuan binatang liar,sukan, dan lain-lain lagi. Tingkah laku seorang hulubalang yang merupakanseorang lelaki disamakan dengan kelajuan arah sasaran anak panahapabila dilancarkan daripada panah.

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM174

  • 175

    Unsur Perlambangan dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

    Pancaran anak panah selalunya diarahkan tepat dengan sasarannya.Momentum dan halaju anak panah yang disasarkan itu adalah tinggi dansangat laju. Kelajuan anak panah yang menuju ke sasarannya denganhalaju yang tinggi boleh menimbulkan kecederaan atau kerosakan yangteruk kepada sasaran. Ini dapat disamakan dengan ketangkasan,keberanian dan kegagahan seseorang hulubalang itu. Apabila semakintangkas seseorang hulubalang itu, maka semakin ramailah musuh yangdapat ditewaskannya. Dapat disimpulkan bahawa, kelajuan ataukederasan anak panah yang ditujukan ke arah sasarannya itu telahdisamakan dengan ketangkasan dan kegagahan seorang hulubalangsemasa menghadapi musuh.

    Seterusnya, dalam contoh peribahasa (b), kaum lelaki digambarkandengan imej yang berkonotasi negatif, iaitu sebagai babi gemuk dananjing kurap. Dalam maksud peribahasa tersebut, babi gemukdisamakan dengan seorang lelaki yang hina tetapi kaya. Sementara itu,anjing kurap pula ialah gambaran seorang lelaki yang miskin dan hina.

    Masyarakat Melayu menganggap seekor babi sejenis haiwan yangjijik dan hina. Dalam ajaran Islam yang kuat dipegang oleh orang Melayu,babi dianggap sebagai binatang yang haram disentuh apatah lagi untukdimakan. Begitu juga dengan anjing. Anjing juga sama tarafnya denganbabi, iaitu haiwan yang sungguh hina, najis, menjijikkan dan haram disentuholeh orang Melayu.

    Seekor babi yang gemuk, memiliki daging yang banyak dan sihattubuh badan dianggap sebagai satu unsur kemewahan atau kekayaan.Logiknya, sekiranya babi gemuk ini diternak dan dijual, maka keuntunganyang diperoleh berlipat kali ganda. Tetapi binatang ini tetap dipandanghina oleh masyarakat Melayu. Oleh sebab itulah, lelaki yang kaya tetapihina digambarkan sebagai babi yang gemuk berdasarkan persekitarankognitif masyarakat Melayu. Tambahan pula, sekiranya sumber kekayaanyang dimiliki oleh seseorang lelaki itu diperoleh secara haram melaluipenipuan, rompakan, perjudian dan sebagainya maka semakin hina taraflelaki tersebut walaupun dia memiliki harta yang banyak.

    Oleh kerana anjing sama tarafnya dengan babi, maka kedua-duanyajuga dipandang hina dalam masyarakat Melayu. Kita dapatmembayangkan bagaimana keadaan anjing kurap yang terdapat di tepijalan atau di mana-mana sahaja. Anjing kurap yang terbiar tidak bertuan,keadaan fizikal yang kurus, dan berkudis di seluruh badan tidak beranidihampiri oleh sesiapa. Maka, keadaan anjing kurap ini disamakan dengannasib seorang abdi yang terbuang serta miskin dan hina seperti yangdigambarkan dalam contoh peribahasa yang diberikan.

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM175

  • 176

    Jurnal ASWARA

    Kesimpulan

    Setelah melihat unsus-unsur seksisme dalam maksud peribahasa danperlambangan yang digunakan dalam peribahasa yang menggambarkanimej wanita dan lelaki, beberapa dapatan telah diperoleh. Berdasarkancontoh-contoh perlambangan yang terdapat dalam peribahasa yang telahdianalisis, didapati bahawa terdapat dua jenis perlambangan, iaituperlambangan yang berkonotasi positif dan perlambangan yangberkonotasi negatif yang dikategorikan kepada alatan, haiwan, tumbuhandan orang atau gelaran.

    Secara keseluruhannya, peribahasa perlambangan imej wanita lebihbanyak mengandungi maksud negatif. Sebaliknya pula, peribahasaperlambangan imej lelaki lebih menonjol dengan maksud positif. Jelasbahawa unsur seksisme wujud dalam maksud peribahasa Melayu. Dalamperibahasa perlambangan imej wanita yang bermaksud negatif,kebanyakannya membawa maksud dan menggambarkan perempuan atauwanita yang jahat, curang, berkelakuan tidak senonoh, tidak pandaimenjaga maruah diri, pemalas dan pengotor.

    Dapat dibuktikan juga bahawa unsur seksisme tidak begitu ketaraatau tidak begitu menonjol bagi jenis perlambangan yang digunakan dalamperibahasa Melayu. Misalnya, dalam perlambangan imej lelaki dan wanita,anjing digunakan dalam kedua-dua peribahasa yang mengaitkan kedua-dua jantina ini. Anjing dalam konteks masyarakat Melayu mempunyaiunsur yang negatif. Dalam hal ini, unsur seksisme tidak begitu ketaradan didapati agak seimbang dalam menggambarkan imej lelaki danwanita.

    Rumusannya, berdasarkan analisis yang menggunakan pendekatanHymes dan Teori Relevans, masyarakat Melayu telah berjaya melihatkepada persekitaran sekeliling mereka dan pengalaman hidup merekadalam membina dan memilih perlambangan yang sesuai dalam sesebuahperibahasa. Ini membuktikan bahawa, masyarakat Melayu merupakansebuah masyarakat yang kreatif kerana dapat menyesuaikanperlambangan yang dikaitkan dengan persekitaran kognitif mereka kedalam sesebuah peribahasa.

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM176

  • 177

    Unsur Perlambangan dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

    Rujukan

    Abdullah Hussin (1975). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ariffin Nur (1971). Sastera Melayu Klasik. Kelantan: Pustaka AmanPress.

    Asmah Omar (1992). The Linguistic Scenery in Malaysia. KualaLumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Asmah Omar (1993). Language and Society in Malaysia. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Asmah Omar (2002). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Darus Ahmad (1974). Persuratan Melayu: Lama-Baru. Pulau Pinang:Sinaran.

    Fasold, R. (1984). The Sosiolinguistics of Society. New York: BasilBlackwell.

    Holmes, J. (2001). An Introduction to Sosiolinguistics (2nd edition).London: Longman.

    Hudson, R. A. (1980). Sosiolinguistics. London: Cambridge UniversityPress.

    Ishak Ramly (1990). Perkembangan Peribahasa dalam Bahasa Melayu.Jurnal Dewan Bahasa 34(1): 54-61.

    Janet Wong May Chin (1992). Bahasa Seksis dalam Pengiklanan. JurnalDewan Bahasa 36(4): 346-353.

    Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

    Mohd Afif Abidin (1998). Aspek Sosiolinguistik dalam Konteks Malaysia.Jurnal Dewan Bahasa 42(1): 81-87.

    Nathesan, S. (1989). Keindahan Simpulan Bahasa dalam MasyarakatMelayu. Jurnal Dewan Bahasa 1(1): 64-69.

    Nathesan, S. (1994). Jantina dalam Bahasa. Pelita Bahasa 17(6): 36-37.

    Norain Nordin (2000). Bahasa Seksis dalam Peribahasa Melayu: SatuPenerapan Teori Relevans. Tesis Sarjana. Bangi: UniversitiKebangsaan Malaysia.

    Nor Hashimah Jalaluddin (1991). Keimplisitan Ujaran: Satu Analisis TeoriRelevans. Jurnal Dewan Bahasa 35(6): 474-483.

    Nor Hashimah Jalaluddin (1992). Semantik dan Pragmatik: SatuPengenalan: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM177

  • 178

    Jurnal ASWARA

    Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Bahasa, Sosialisasi dan Kognitif: SatuPendekatan Teori Relevans. Jurnal Dewan Bahasa 42(12): 1084-1093.

    Nor Hashimah Jalaluddin (2003). Bahasa dalam Perniagaan: SatuAnalisis Semantik dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

    Rajend Mesthrie, Joan, S, Andrea, D, William, L. L. (2000). IntroducingSosiolinguistic. Edinburgh: Edinburgh University Press.

    Rohana Yusof (2003). Penyelidikan Sains Sosial. Bentong: PTSPublications & Distributors Sdn Bhd.

    Roksana Bibi Abdullah (1998). Unsur-unsur Seksis dalam BahasaMelayu. Dewan Bahasa 42(10): 913-921.

    Teo Kok Seong (1995). Bahasa Perempuan dan Bahasa Lelaki. PelitaBahasa: 41-42.

    Teo Kok Seong (1996. Bahasa Seksis: Bahasa Yang Memberi SangkaanBuruk tentang Sesuatu Jantina. Pelita Bahasa 8(1): 42-43.

    Teo Kok Seong (1996). Adakah Peribahasa Melayu Bersifat Seksis?Pelita Bahasa 8(6): 25-27.

    Teo Kok Seong (1998). Teori Penelitian Linguistik: Kes Sosiolinguistik.Dewan Bahasa 42(1): 59-67.

    Troike, M. S. (1991). Etnografi Komunikasi: Suatu Pengenalan. Terj.Ajid Che Kob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Trudgill, P. (1978). Sosiolinguistik: Satu Pengenalan. Terj. Nik SafiahKarim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Zainal Abidin Ahmad (Zaba) (1965). Ilmu Mengarang Melayu. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    ROZAIMAH RASHIDIN & NORIZA DAUD, Jabatan PengajianMelayu, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, ShahAlam. Mereka boleh dihubungi melalui e-mail [email protected]

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM178

  • 179

    Unsur Perlambangan dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

    Jadual 1: Peribahasa Gabungan Perlambangan Imej Wanita dan Lelaki

    Bil Peribahasa Maksud Positif

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    Seperti cincin dengan permata.(440)Ibarat dakwat dengan kertas bilaboleh renggang terlepas. (446)

    Hendak bersunting bunga yangbelum diseri kumbang. (454)Bunga tidak seekor, bunga tidaksekaki. (459)Apa gunanya bunga di taman jikatidak diberi diseri kumbang. (443)

    Sesangkar dua burung. (477)

    Seperti pinang pulang ke tampuk.(470)Seperti sirih pulang ke gagang.(471)Bunyi semacam kumbang menyeribunga. (166)

    Ibaratnya berpatutan dua orang lakiisteri yang sama elok keduanya.Peri kedampingan dua orangberkasih-kasihan, terutamanyasuami isteri.Hendak beristerikan anak muda danperawan muda.Lelaki bukan seorang, perempuanpun bukan seorang.Apa gunanya memelihara anakperempuan jika hendak diberibersuami.Seorang beristeri dua disimpannyadalam sebuah rumah.Seorang yang telah bercerai lakiisteri kemudian berbaik pula.Seorang yang telah bercerai lakiisteri kemudian berbaik pula.Bunyi tuturan yang lemah lembut diantara laki-laki dengan perempuanpingitan antara kedengaran dengantidak.

    Bil Peribahasa Maksud Negatif

    Seperti anjing dengan kucing.(457)Anak kunci jahat, peti derhaka.(464)

    Bagaimana tidak kumbang jinakterbang beredar jika tidak keranabunga kembang di taman itu. (442)

    1.

    2.

    3.

    Selalu berbantah (kerap pada oranglaki bini yang tidak bersetuju).Kejahatan suami itu kelakmenyebabkan isterinya melawandia.Bila terdengar khabar bahawasebuah rumah itu ada menyimpananak perawan banyaklah orangmuda-muda suka lalu-lalang padarumah itu.

    Lampiran 1

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM179

  • 180

    Jurnal ASWARA

    4.

    5.

    6.

    7.

    Ikan gantung kucing tunggu. (454)

    Bagai kucing dengan panggang.(455)Pantang ayam dengan helanglambat laun disambarnya juga.(456)

    Ayam ditambat disambar helang.(479)

    Barang di mana ada perawan adalahteruna terhendap-hendap di sana.Di antara lelaki dan wanita tiadalahboleh dipercayai berhampiran.Perempuan muda dengan lelaki-lelaki teruna janganlah dicampurkanjika jaga sekalipun kerana bila orangleka adalah khabarnya kelak.Isteri seseorang atau tunangnyadilarikan orang lain.

    Bil Peribahasa Maksud Negatif

    Jadual 2: Peribahasa Perlambangan Imej Wanita

    Bil Peribahasa Maksud Positif

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    Kalau bunga bukan sekuntum.(458)Jika bunga tak hendakdipersunting, boleh dibuat paksikain. (470)

    Bunga tengah kembang di tamanbaunya merebak ke mana-mana.(441)Sayang bunga layu di pohon. (445)

    Jual sutera, beli mastuli. (463)

    Seperti janda belum berlaki. (1683)

    Seperti emas baharu disepuh.(1647)

    Perempuan bukan seorang sahaja,banyak yang lain lagi.Seseorang perempuan yang baikbudi pekertinya itu, jika tidakberkenan kita beristeri akan diasebab umurnya lebih ataupun tidakelok paras, boleh juga diperisterikanjuga.Jika ada orang beranak perempuanyang elok rupanya, pecahlah khabarke mana-mana.Kasihan melihat seorangperempuan dara itu sehingga tuatidak bersuami.Hal keuntungan seorang lelaki yangtelah bercerai daripada isterinyayang baik kemudian beristeri pulaseorang perempuan yang lebih baik.Seorang perempuan yang pesolektetapi pemalu.Peri keelokan seseorangterutamanya perempuan.

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM180

  • 181

    Unsur Perlambangan dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

    8.

    9.

    Bagai ayam mengeram telur. (1648)

    Bagai bulan penuh mengambangdi kaki awan. (1649)

    Peri keelokan merah cahaya mukaperempuan.Peri keelokan seorang perempuantatkala keluar dari rumahnya hendakberjalan.

    Bil Peribahasa Maksud Positif

    1.

    2.

    3.4.5.6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    12.

    13.

    14.

    Bunga yang layu tidak diseri olehkumbang. (444)Juadah sudah dijilat cicak. (457)

    Lesung mencari alu. (461)Telaga mendapatkan timba. (462)Ulam mencari sambal. (463)Kepala rebah mata melayang,bantal bangkit main wayang. (442)Mata tidur bantal berjaga. (443)

    Mata pejam, bantal membuatragam. (444)Enau sebatang, dua siginya. (446)

    Pelesit dua sejinjang. (447)

    Gajah seekor gembala dua. (448)

    Perahu satu dua nakhodanya. (449)

    Labu dikerbuk tikus. (447)

    Seperti anjing yang sudah biasamakan tahi bagaimana sekalipundiberi makan yang baik hendakjuga memakan tahi. (450)

    Anak perempuan yang sudah tuatak hendak dipinang orang.Perempuan yang sudah melakukankejahatan di dalam sulit.Perempuan mencari lelaki.Perempuan mencari lelaki.Perempuan mencari lelaki.Perempuan yang berbuat kejahatanpada ketika suaminya lepa.Perempuan yang berbuat kejahatanpada ketika suaminya lepa.Perempuan yang berbuat kejahatanpada ketika suaminya lepa.Seorang perempuan yangmenduakan lakinya.Seorang perempuan yangmenduakan lakinya.Seorang perempuan yangmenduakan lakinya.Seorang perempuan yangmenduakan lakinya.Kerosakan yang besar bagiperempuan pingitan yang tidakboleh diperbaiki balik.Seorang perempuan yang biasamembuat kejahatan itu payahhendak menghilangkan tabiatnya itujika bagaimana pun diajar.

    Bil Peribahasa Maksud Negatif

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM181

  • 182

    Jurnal ASWARA

    Kain dalam acar dikutip dicuci, diahendak ke longkang juga. (451)

    Umpama buah kepayang, dimakanmabuk, dibuang sayang. (455)

    Kain lama dicampak dibuang, kainbaru pula dicari. (461)

    Buang daun keladi berselimut daunbirah. (462)

    Bagai anak dara sudah berlaki.(1681)

    Seperti gadis sudah berlaki. (1682)

    Menggeletik-geletik seperti udangdalam tangguk. (1688)

    Cik puan melangkah ular tak lepas.(1693)Menghinggut bagai itik pulangpetang. (1696)Seperti tikus masuk kapur. (1654)

    Seperti kuar memekik di puncakgunung. (1661)

    Seorang perempuan yang biasamembuat kejahatan itu walaubagaimana sekalipun diajar baik takakan hilang tabiatnya yang jahat itu.Umpama seorang perempuan yangelok rupanya tetapi jahat pekertinya,dibuang sayang keranakeelokannya, tiada dibuang sakithati kerana kejahatannya.Seorang yang bercerai denganisterinya kerana jemu lalu beristerilain pula.Hal kemalangan seorang yang telahbercerai dengan isterinya yang jahatpekerti, ternikah pula kepadaseorang perempuan yang terlebihjahat.Anak perempuan yang tidak pemaluserta pemalas dan pengotor dan lagipanjang mata.Anak perempuan yang tidak pemaluserta pemalas dan pengotor dan lagipanjang mata.Melompat-lompat kerana kesukaan(terutamanya kanak-kanak danperempuan muda yang tidakmenyimpan malunya keranakesukaan).Kelemahan perempuan dan pendekperjalanannya.Gaya perjalanan seorang yangsangat gemuk terutama perempuan.Rupa perempuan yang hitamberbedak.Perempuan yang gemar bertuturdengan suara yang kuat.

    15.

    16.

    17.

    18.

    19.

    20.

    21.

    22.

    23.

    24.

    25.

    Bil Peribahasa Maksud Negatif

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM182

  • 183

    Unsur Perlambangan dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

    Bil Peribahasa Maksud NegatifPerempuan yang tiada menyimpandiri dan suaranya.Bunyi suara perempuan dan kanak-kanak yang sangat petah dan terlalukuat.

    Terjerit-jerit bagai kucing biang.(1662)Bagai bertih dalam kuali. (1665)

    26.

    27.

    Jadual 3: Peribahasa Perlambangan Imej Lelaki

    Bil Peribahasa Maksud Positif

    Menunjukkan keuntungan seorangperempuan yang telah bercerai matiatau hidup daripada suaminya yanghina dan miskin, kemudianbersuamikan seorang yang mulia.Rupa kehebatan langkah pencakseorang hulubalang atau pendekartatkala menarikan pedang di tengahgelanggang (medan perang).Rupa kehebatan langkah pencakseorang hulubalang atau pendekartatkala menarikan pedang di tengahgelanggang (medan perang).Rupa kehebatan langkah pencakseorang hulubalang atau pendekartatkala menarikan pedang di tengahgelanggang (medan perang).Rupa kehebatan langkah pencakseorang hulubalang atau pendekartatkala menarikan pedang di tengahgelanggang (medan perang).Rupa kehebatan langkah pencakseorang hulubalang atau pendekartatkala menarikan pedang di tengahgelanggang (medan perang).Rupa kehebatan langkah pencakseorang hulubalang atau pendekartatkala menarikan pedang di tengahgelanggang (medan perang).

    Hilang pelanduk, berganti kijangemas. (465)

    Bagai gelombang dua belas. (1654)

    Seperti helang menyongsongangin. (1655)

    Bagai kucing main daun. (1656)

    Bagai tupai bergelut. (1657)

    Deras seperti anak panah. (1660)

    Bagai belut digetir ekor. (1662)

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM183

  • 184

    Jurnal ASWARA

    Bil Peribahasa Maksud PositifSeperti pelanduk terlepas jerat.(1663)

    Rupa kehebatan langkah pencakseorang hulubalang atau pendekartatkala menarikan pedang di tengahgelanggang (medan perang).

    8.

    Bil Peribahasa Maksud NegatifMenunjukkan keuntungan seorangperempuan yang telah berceraidaripada suaminya yang pemarahdan jahat lakunya kemudian kahwinkepada seorang lain yang bertabiatsemacam itu juga.Perihal kemalangan seorangperempuan, terutamanya perempuanjalang, terlepas daripada kekasihnyayang hina tetapi kaya, dapat pulaseorang abdi yang terbuang sertamiskin dan hina.

    Terlepas daripada rahang harimau,termasuk dalam rahang buaya.(464)

    Terlepas daripada babi gemukterpeluk anjing kurap. (466)

    1.

    2.

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM184

  • 185

    Unsur Perlambangan dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Teori Relevans

    Lampiran 2

    Jadual 4: Jenis-Jenis Perlambangan yang Menggambarkan Imej Wanitadan Lelaki dalam Peribahasa Melayu

    Jenis Perlambangan Wanita LelakiJenis Bil. Jenis Bil.1. Benda/Alatan Bantal 4 Mata 2

    Kain 3 Cincin 1Sutera 1 Dakwat 1

    Mastuli 1 Anak Kunci 1Emas 1 Alu 1Bertih 1 Timba 1Peti 1 Sambal 1

    Panggang 1 Kepala 1Juadah 1 Gelang 1Lesung 1 Gelombang 1Telaga 1 Sangkar 1Ulam 1 Anak Panah 1

    Perahu 1Tampuk 1Gagang 1Permata 1Kertas 1Bulan 1

    Jumlah 23 Jumlah 132. Haiwan Ayam 3 Kumbang 8

    Burung 2 Helang 3Kucing 2 Anjing 2Pelesit 1 Kucing 2Gajah 1 Pelanduk 2

    Anjing 1 Tikus 2Udang 1 Harimau 1

    Itik 1 Buaya 1Tikus 1 Kijang Emas 1Ikan 1 Babi Gemuk 1

    Tupai 1Belut 1

    Jumlah 14 Jumlah 25

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM185

  • 186

    Jurnal ASWARA

    Jenis PerlambanganWanita Lelaki

    Jenis Bil. Jenis Bil.3. Tumbuhan Bunga 9 Pinang 1

    Buah 1 Sirih 1Kepayang

    Daun Keladi 1Daun Birah 1

    Labu 1Enau 1

    Jumlah 14 Jumlah 24. Orang/Gelaran Anak Dara 1 Jinjang 1

    Gadis 1 (Ketua)Janda 1 Gembala 1

    Cik Puan 1 Nakhoda 1Jumlah 4 Jumlah 3

    Jumlah Keseluruhan 55 43

    Bab 7.pmd 10/6/2009, 3:16 PM186