7
BAHASA MELAYU MERENTAS KURIKULUM (BMMK) Pengenalan Penggunaan bahasa dalam penguasaan dan penyampaian ilmu oleh murid- murid dalam bidang sains, matematik, geografi, sejarah dan sebagianya adalah satu kemestian. Tanpa bahasa,apa sahaja aktiviti yang melibatkan proses-proses penguasaan dan penyebaran ilmu tidak mungkin dilaksanakan dengan berkesan dan bermakna. Bahasa bukanlah media yang pasif untuk menerima pelajaran, sebaliknya bahasa adalah alat penting untuk membentuk dan menyampaikan konsep-konsep utama sesuatu pelajaran . Oleh tu, pemerolehan ilmu bukanlah melalui bahasa, tetapi berlaku dengan bahasa. Oleh itu, Bahasa Melayu Merentas Kurikulum perlu diberi perhatian yang serius dan dijadikan dasar dalam sistem pendidikan. Konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulm (BMMK) adalah disesuaikan daripada idea “Language Across the Curriculum” yang lahir daripada kajian jawatankuasa Bullock (1975). Perakuan 138 dan 139 dalam laporan jawatankuasa tersebut menekankan kepentingan bahasa dalam pembelajaran dan kurikulm sekolah. Menurut perakuan 138, ada ditegaskan bahawa semua guru mata pelajaran perlu sedar akan keupayaan murid-murid memperoleh maklumat dan pemahaman tentang sesuatu ilmu melalui proses linguistik dan implikasinya adalah bahasa yang digunakan oleh guru itu sendiri sebagai teladan. Selain itu, permintaan untuk pembacaan bahan ilmiah perlu dipenuhi dan disediakan untuk murid-murid. Perakuan 139 pula mengesyorkan supaya setiap sekolah perlu mempunyai dasar bahasa merentas kurikulum bagi memastiakn keberkesanan ilmu 1

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

BAHASA MELAYU MERENTAS KURIKULUM (BMMK)

Pengenalan

Penggunaan bahasa dalam penguasaan dan penyampaian ilmu oleh murid-murid dalam bidang

sains, matematik, geografi, sejarah dan sebagianya adalah satu kemestian. Tanpa bahasa,apa

sahaja aktiviti yang melibatkan proses-proses penguasaan dan penyebaran ilmu tidak mungkin

dilaksanakan dengan berkesan dan bermakna. Bahasa bukanlah media yang pasif untuk

menerima pelajaran, sebaliknya bahasa adalah alat penting untuk membentuk dan

menyampaikan konsep-konsep utama sesuatu pelajaran . Oleh tu, pemerolehan ilmu bukanlah

melalui bahasa, tetapi berlaku dengan bahasa.

Oleh itu, Bahasa Melayu Merentas Kurikulum perlu diberi perhatian yang serius dan dijadikan

dasar dalam sistem pendidikan. Konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulm (BMMK) adalah

disesuaikan daripada idea “Language Across the Curriculum” yang lahir daripada kajian

jawatankuasa Bullock (1975). Perakuan 138 dan 139 dalam laporan jawatankuasa tersebut

menekankan kepentingan bahasa dalam pembelajaran dan kurikulm sekolah.

Menurut perakuan 138, ada ditegaskan bahawa semua guru mata pelajaran perlu sedar akan

keupayaan murid-murid memperoleh maklumat dan pemahaman tentang sesuatu ilmu melalui

proses linguistik dan implikasinya adalah bahasa yang digunakan oleh guru itu sendiri sebagai

teladan. Selain itu, permintaan untuk pembacaan bahan ilmiah perlu dipenuhi dan disediakan

untuk murid-murid.

Perakuan 139 pula mengesyorkan supaya setiap sekolah perlu mempunyai dasar bahasa

merentas kurikulum bagi memastiakn keberkesanan ilmu pengetahuan dalam bahasa yang

sistematik. Tanggungjawab terhadap dasar ini perlu disepadukan ke dalam struktur organisasi

sesebuah sekolah.

Perakuan daripada Laporan Bullock ini menunjukkan betapa pentingnya proses linguistik untuk

penguasaan maklumat di kalangan murid. Seterusnya Laporan Bullock memperakukan

keperluan satu dasar bahasa merentas kurikulum yang dipertanggungjawabkan dalam satu

prsarana yang kukuh pada peringkat sekolah.

Ekoran daripada Laporan Bullock (1975) itu, banyak lah kajian dan penyelidikan yang dibuat

tentang bahasa merentas kurikulm. Di anataranya termasuklah penyelidikan yang dilakukan

oleh :

1

Page 2: Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

1. Michael Marland (1977) yang mengatakan bahawa pembelajaran mata pelajaarn akan

lebih berkesan jika pihak sekola mancari idea, pemikiran dan waktu untuk membantu

perkembangan bahasa murid-murid.

2. Halliday , M.A.K (1985) pula merujuk kepada varisi dalam bahasa sebagai laras (register

variataion) yang mana, cirinya menumpu kepada struktur bahasa termasuklah gaya

yang sesuai bagi mata pelajaran tertentu. Conyohnya, guru sains mencadnagkan

laporan sains yang dimulakan dengan eksperimen , diikuti alatan yang digunakan,

aplikasi kaedah, keputusan daripada pemerhatian, dan diakhiri dengan perolehan

prinsip-prinsip.

3. Makhan L. Tickoo (1986) yang menyatakan bahawa bahasa merentas kurikulum adalah

untuk meningkatkan mutu penggunaan bahasa di sekolah.

Rasioanal Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang

dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Konsep BMMK lebih

tertumpu kepada aspek penggunaan bahasa Melayu yang bermutu sebagai bahasa penagantar

yang unggul dan dinamis untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dalam kurikulum sekolah. Untuk mengetahui bahasa sahaja belum mencukupi, tetapi

penguasaan bahasa mestilah mencapai peringkat penghayatan. Ada beberapa faktor mengapa

usaha perlu digemblengkan kearah meningkatkan mutu penguasaan bahasa Melayu di

sekolah-sekolah. Antaranya :

1. Proses pembakuan bahasa Melayu membawa perubahan yang amat pesat dalam

ssistem ejaan, perkamusan, tatabahasa, dan pengistilahan ilmu pengetahuan supaya

pengunaan bahasa Melayu tidak ketinggalan di belakang.

2. Pembentukan sistem ejaan baru pada awak tahun 1970-an tidak dapat dimasyarakatkan

sepenuhnya sepenuhnya kerana sehingga kini masih terdapat kesalahan ejaan di

papan-papan kenyataan dan dalam penulisan akademik.

3. Penciptaan istilah bahasa Melayu berlaku dengan pesat sekali untuk mengungkapkan

segala bidang ilmu diajarkan.

4. Sikap suka tidak merujuk kamus juga menyebabkan penuturan bahasa Melayu masih

tidak lagi menggunakan khazanah perbendaharaan kata dan kosa kata yang sudah ada

dalam kamus sejak awal tahun 1970-an.

2

Page 3: Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

5. Wujudnya bahan-bahan bahasa Melayu yang kurang bermutu dari segi ejaan,

tatabahasa serta tidak selaras dalam penggunaan istilah. Penggunaan bahasa Melayu

yang kurang bermutu member impak terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam

system pendidikan kita.

Perlaksanaan konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Konsep bahasa Melayu merentas kurikulum dalam sistem pendidikan merangkumi aspek

penggunaan bahasa Malayu sebagai bahasa pengantar yang unggul dan dinamis untuk

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi setiap mata pelajaran. Keselarasan dan

keseragaman dalam penggunaan bahasa Malaysia diharap akan dapat memperkukuh dna

memantapkan identiti bangsa dan negaramelalui saluran pendidikan.

Perlaksanaan Bahasa Melayu Merentas Kurikulum dalam KBSM sudahpun bermula pada tahun

1988. Melalui orientasi bahasa Melayu dan semua mata pelajaran KBSM, pada peringkat pusat,

para kakitangan sumber didedahkan dengan konsep dan strategi BMMK yang melibatkan tiga

aspek penting iaitu guru, murid dan bahan.

GURU

1. Guru sebagai model kepada murid di mana guru perlu meningkatkan kecekapan

berbahasa supaya dapat menyampaikan pengajaran denagn bahasa yang bermutu,

tepat, dengan gaya yang laras serta gramatis.

2. Guru hendaklah meninggalakan amalan mengutamakan penyampaian fakta dan isi

sesuatu mata pelajaran tanpa mengambil kira mengira bahasa yang digunakan.

3. Guru perlu mengambil berat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang bermutu dan

sentiasa peka terhadap perubahan istilah.

4. Guru harus peka penggunaan bahasa yang digunakan oleh murid-murid.

5. Guru haruslah membetulkan kesalahan bahasa atau ketidaksesuaian bahasa dengan

ilmu yang hendak disampaikan.

3

Page 4: Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Murid

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sepatutnya memberikan peluang

kepada murid untuk menggunakan bahasa secara meluas supaya kecekapan berbahasa dapat

ditingkatkan dalam penguasaan ilmu, nilai dan sahsiah diri murid. Ini termasuklah:

1. Mengadakan aktiviti berasaskan kerjasama bagi menggalakkan bahasa Melayu di

kalangan murid seperti aktiviti berkumpulan, simulasi, main peranan dan sebagainya.

2. Menggalakkan murid menggunakan bahasa Melayu dengan mengamalkan kemahiran

belajar dan berfikir untuk mendapatkan maklumat.

3. Mengembangkan sesuatu daripada pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid

melalui aktiviti yang dilakukan sebelum dan selepas pelajaran sebagai aktiviti

pengukuhan dan lanjutan.

4. Mewujudkan suasana pembelajaran yan g selesa supaya murid berminat dan berani

mengemukakan soalan serta menjawab penuh yakin menggunakan bahasa Melayu.

5. Menggalakkan murid menggunakan bahan sumber seperti indeks, glosari, kamus,

akhbar, majalah dan lain-lain.

Dengan terbentuknya suasana pembelajaran yang mendorong penggunaan bahasa secara

meluas, secara tidak langsung murid-murid akan berpeluang memperbaiki dan meningkatkan

kecekapan berbahasa . Pada masa yang sama, guru perlu membuat penilain terhadap kerja

murid, meneliti aspek berbahasa murid dan memperbaikinya secara berperingkat.

Bahan

Penggunaan bahan yang sesuai ada kaitan dengan guru dan murid dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran.

1. Bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah dipastikan

mempunyai nilai bahasa yang betul, gramatis dan tepat.

2. Sumber rujukan pula daripada buku-buku ilmiah, majalah, akhbar, dan buku teks perlu

diteliti gaya bahasanya supaya selaras dan sesuai.

3. Guru perlu terlebih dahulu memperbaiki bahasa dalam bahan-bahan sumber tertentu

dan membuat perbincangan dengan murid mengenai kesusuaian bahasa yang

digunakan.

4

Page 5: Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Penutup

Setiap guru haruslah menguasai bahasa Melayu dengan baik bagi melaksanakan konsep

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum di bilik darjah dan sekolah. Guru merupakan tunjang yang

dipertanggungjawabkan menyediakan landasan bahasa yang kukuh kepada murid-murid

supaya dapat menyambung usaha perkembangan bahasa denagn lebih pesat. Ini kerana ,

“semua guru adalah guru bahasa”.

Bagi guru yang belum menguasai bahasa Melayu yang bermutu, mereka masih berpeluang

mengikuti kursus, bengkel, seminar, dan membaca buku-buku tentang tatabahasa dan jurnal

bahasa yang terkini agar dapat melaksanakan konsep BMMK secara berkesan demi

memartabatkan bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan , bahasa ilmu dan

bahasa rasmi negara.

Istitusi pengajian terutama sekolah hendaklah mengambil tempat di barisan hadapan dalam

usaha melaksanakan dasar dan konsep Bahasa Melayu Merentas Kurikulum demi

keberkesanan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pelbagai mata

pelajaran.

5