11
1.0 PENGENALAN Artikel yang dipilih untuk tugasan ini bertajuk ‘Hak untuk Mengetahui Undang-Undang dan Mendapat Maklumat Perundangan’. Artikel yang dipilih untuk analisis tugasan ini akan dianalisis dari aspek kebahasaan. Kesalahan-kesalahan bahasa yang dapat dikenalpasti dalam artikel ini akan dikumpulkan dan akan dikategorikan mengikut kategori-kategori kebahasaan seperti kesalahan pembentukan kata, penggabungan kata, dan kesalahan-kesalahan tatabahasa yang lain. Selain itu, cadangan ayat yang betul akan turut dimuatkan di dalam tugasan ini. 2.0 ANALISIS KESALAHAN BAHASA Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan-kesalahan tatabahasa yang acap kali dilakukan apabila menulis sesuatu ayat dalam bahasa Melayu. Kesalahan- kesalahan yang dilakukan mungkin berpunca dari kecuaian penulis atau berpunca dari kurangnya pemahaman yang mendalam dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu. Dalam tugasan ini, kesalahan- kesalahan bahasa yang dapat dikenalpasti akan dianalisis dan diklasifikasikan mengikut kategori- kategori kebahasaan yang ada. Subtopik-subtopik di bawah akan menerangkan tentang kesalahan-kesalahan 1

Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Untuk Mengetahui Undang-Undang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Untuk Mengetahui Undang-Undang

1.0 PENGENALAN

Artikel yang dipilih untuk tugasan ini bertajuk ‘Hak untuk Mengetahui

Undang-Undang dan Mendapat Maklumat Perundangan’. Artikel yang dipilih

untuk analisis tugasan ini akan dianalisis dari aspek kebahasaan. Kesalahan-

kesalahan bahasa yang dapat dikenalpasti dalam artikel ini akan dikumpulkan

dan akan dikategorikan mengikut kategori-kategori kebahasaan seperti

kesalahan pembentukan kata, penggabungan kata, dan kesalahan-kesalahan

tatabahasa yang lain. Selain itu, cadangan ayat yang betul akan turut

dimuatkan di dalam tugasan ini.

2.0 ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan-kesalahan tatabahasa yang acap kali

dilakukan apabila menulis sesuatu ayat dalam bahasa Melayu. Kesalahan-

kesalahan yang dilakukan mungkin berpunca dari kecuaian penulis atau

berpunca dari kurangnya pemahaman yang mendalam dalam aspek tatabahasa

bahasa Melayu. Dalam tugasan ini, kesalahan-kesalahan bahasa yang dapat

dikenalpasti akan dianalisis dan diklasifikasikan mengikut kategori-kategori

kebahasaan yang ada. Subtopik-subtopik di bawah akan menerangkan tentang

kesalahan-kesalahan bahasa yang dikenalpasti dalam artikel yang telah dipilih.

2.1 PENGGUNAAN EJAAN

Ejaan adalah perkara pokok dalam sesuatu bahasa. Hal ini adalah

kerana, sistem bahasa sangat bergantung kepada ejaan untuk

menjadikan sesuatu bahasa itu berkembang. Sebagai bahasa yang

dinamik, bahasa Melayu banyak meminjam istilah dari bahasa-bahasa

asing. Kadangkala, peminjaman isitilah ini menyebabkan timbulnya

kekeliruan dalam aspek ejaan. Selain itu, kecuaian penulis juga boleh

menyebabkan berlakunya kesilapan ejaan sehingga mengakibatkan

sesuatu ayat itu mengalami unsur ketaksaan.

1

Page 2: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Untuk Mengetahui Undang-Undang

2.1.1 CONTOH KESALAHAN

i) Hanya dengan komitmen dari banyak pihak,

merangkumi ahli akademik, agensi kerajaan, badan

perundangan, badan-badan korprat… (Perenggan

pertama, muka surat kelima).

2.1.2 AYAT BETUL

i) Hanya dengan komitmen dari banyak pihak,

merangkumi ahli akademik, agensi kerajaan, badan

perundangan, badan-badan korporat…

2.1.3 PENJELASAN

Perkataan ‘korporat’ ialah kata pinjaman yang diambil dari

perkataan bahasa Inggeris ‘corporate’. Namun demikian,

menurut Kamus Dewan dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa

Malaysia, ejaan yang sebetulnya ialah ‘korporat’ dan bukan

‘korprat’.

2.2 PENANDA WACANA

Penanda wacana merujuk kepada unsur-unsur bahasa yang

mewujudkan kesinambungan dari satu teks ke satu teks yang lain

sehingga membentuk kesatuan. Sekiranya seseorang itu gagal

menggunakan penanda wacana yang betul, seluruh wacana tidak akan

mempunyai tautan yang lengkap sehingga mengakibatkan ayat yang

dibuat lari dari maksud asalnya. Selain itu, penggunaan penanda

wacana yang tidak wujud dalam bahasa Melayu juga merupakan salah

satu dari kesalahan yang seringkali dilakukan oleh orang ramai.

2

Page 3: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Untuk Mengetahui Undang-Undang

2.2.1 CONTOH KESALAHAN

i) Bagaimana pun , Malaysia masih belum mepunyai

badan seumpama itu untuk membantu masyarakat

awam di negara ini mendapat maklumat perundangan

secara sistematik dan percuma. (Perenggan pertama,

muka surat keempat).

2.2.2 AYAT BETUL

i) Walaubagaimana pun , Malaysia masih belum mepunyai

badan seumpama itu untuk membantu masyarakat

awam di negara ini mendapat maklumat perundangan

secara sistematik dan percuma.

2.2.3 PENJELASAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan, penanda wacana bertujuan

untuk merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat.

Sebagai contoh, ayat yang diberi di atas adalah merujuk kepada

perbandingan yang dibuat dengan ayat yang sebelumnya.

Penanda wacana ini dikenali sebagai penanda wacana

perbandingan dan penanda wacana yang betul untuk digunakan

ialah ‘walau bagaimanapun’ dan bukannya ‘bagaimanapun’.

2.3 TANDA BACA

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, tanda baca merujuk kepada

lambang atau simbol yang digunakan dalam tulisan yang mempunyai

erti tertentu. Antara contoh tanda baca ialah tanda koma, tanda Tanya,

noktah, tanda seru, dan sebagainya. Ketiadaan tanda baca dalam

sesuatu ayat boleh menyebabkan sesuatu ayat mengalami keadaan

3

Page 4: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Untuk Mengetahui Undang-Undang

taksa sehingga menyebabkan kekaburan pada maksud ayat tersebut.

Tanda baca juga digunakan untuk membantu pembaca memahami

sebarang bentuk penulisan.

2.3.1 CONTOH KESALAHAN

i) Sebelum Internet dicipta, undang-undang hanya

diperolehi melalui bahan cetak, hari ini undang-undang

boleh disebarkan dengan lebih pantas dan meluas

melalui Internet. (Perenggan ketiga, muka surat kedua).

ii) Oleh sebab itu tidak semua laman web kerajaan ini

mengandungi maklumat undang-undang… (Perenggan

kelima, muka surat kedua).

iii) Bagaimana pun Malaysia masih belum mempunyai

badan seumpama itu untuk membantu masyarakat

awam di negara ini mendapat maklumat perundangan

secara sistematik dan percuma. (Perenggan pertama,

muka surat keempat).

2.3.2 AYAT BETUL

i) Sebelum Internet dicipta, undang-undang hanya

diperolehi melalui bahan cetak. Hari ini undang-undang

boleh disebarkan dengan lebih pantas dan meluas

melalui Internet.

ii) Oleh sebab itu, tidak semua laman web kerajaan ini

mengandungi maklumat undang-undang…

iii) Bagaimana pun, Malaysia masih belum mempunyai

badan seumpama itu untuk membantu masyarakat

awam di negara ini mendapat maklumat perundangan

secara sistematik dan percuma.

4

Page 5: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Untuk Mengetahui Undang-Undang

2.3.3 PENJELASAN

Tanda baca seperti tanda noktah yang diletakkan dalam

pembentukan ayat mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya ialah

untuk menujukkan pengakhiran sebaris ayat lengkap. Dalam

contoh kesalahan yang pertama, dapat diperhatikan bahawa

ayat ‘Sebelum Internet dicipta’ sehingga ‘malalui bahan cetak’

adalah merupakan sebuah ayat yang lengkap. Oleh itu, tanda

koma yang diletakkan adalah salah kerana tanda koma

merupakan tanda yang diletakkan bagi menentukan jeda. Jika

diletakkan koma, maksud ayat yang terdapat dalam artikel

tersebut menjadi taksa.

Dalam contoh kedua dan ketiga, dapat diperhatikan bahawa

ketiadaan tanda koma telah menyebabkan wujudnya unsur

ketaksaan dalam ayat. Hal ini adalah kerana, tanpa tanda koma,

pembaca mungkin akan mengalami kesukaran untuk

memahami maksud ayat yang dinyatakan.

2.4 KATA SENDI NAMA

Kata sendi merujuk kepada kata yang digunakan bersama-sama dengan

frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan kata-kata lain

dalam ayat. Dalam erti kata lain, kata sendi nama ialah perkataan yang

letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama yang sering

digunakan ialah di, bagi, ke dari, daripada, dan sebagainya. Kata sendi

bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-

kata atau frasa-frasa lain.

2.4.1 CONTOH KESALAHAN

i) ...namun masih banyak maklumat perundangan yang

tidak sampai kepengetahuan awam… (Perenggan

kedua, muka surat pertama).

5

Page 6: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Untuk Mengetahui Undang-Undang

ii) Dalam masa yang sama, penerbit perundangan sama ada

yang mewakili kerajaan atau dari pihak swasta akan

mengenakan caj untuk pengaksesan maklumat

perundangan… (Perenggan ketiga, muka surat

pertama).

iii) Memang tidak dinafikan terdapat berbagai-bagai jenis

undang-undang didalam laman-laman web tersebut…

(Perenggan keempat, muka surat kedua).

2.4.2 AYAT BETUL

i) ...namun masih banyak maklumat perundangan yang

tidak sampai kepada pengetahuan awam…

ii) Pada masa yang sama, penerbit perundangan sama ada

yang mewakili kerajaan atau dari pihak swasta akan

mengenakan caj untuk pengaksesan maklumat

perundangan…

iii) Memang tidak dinafikan terdapat berbagai-bagai jenis

undang-undang di dalam laman-laman web tersebut…

2.4.3 PENJELASAN

Untuk contoh kesalahan yang pertama, kata sendi nama ‘ke’

perlu ditukarkan ke ‘kepada’ kerana kata sendi nama 'ke'

digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang

menunjukkan tempat atau arah manakala kata sendi nama

'kepada' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk

menyatakan sasaran yang merujuk manusia, unsur mujarad,

menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Oleh itu,

penggunaan ‘kepada’ adalah lebih tepat dalam konteks ayat ini.

Seterusnya, untuk contoh kesalahan yang kedua, oleh kerana

‘masa’ ialah frasa nama yang menunjukkan keterangan waktu,

6

Page 7: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Untuk Mengetahui Undang-Undang

penggunaan kata sendi nama ‘pada’ lebih tepat berbanding

‘dalam’.

Akhir sekali, oleh kerana frasa nama ‘dalam’ menujukkan arah

atau tempat, sebagaimana yang telah dinyatakan dalam

Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata sendi nama ‘di’ dan

frasa nama ‘dalam’ mestilah dijarakkan.

3.0 KESIMPULAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perkara

152 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, bahasa Melayu mestilah diperkukuh

dan digunakan bukan sahaja dalam bidang penulisan dan kesusasteraan

sebaliknya turut digunakan sebagai bahasa utama dalam bidang perundangan.

Tugasan ini telah membuktikan bahawa walaupun bahasa Melayu merupakan

bahasa kebangsaan, tetapi kesalahan-kesalahan kebahasaan tetap terjadi tidak

kira bila dan siapa pelakunya. Analisis kesalahan bahasa ini turut

menunjukkan bahawa bahasa Melayu mestilah dititikberatkan dalam aspek

perundangan agar bahasa Melayu yang digunakan bebas dari sebarang

kesalahan. Selain itu, analisis ini dapat membantu bahasa Melayu untuk

menjadi bahasa perundangan yang terunggul dan bermutu apabila digunakan

di mahkamah-mahkamah dan dalam sebarang proses perundangan.

7