BAJAU - FIQH BUDAYA

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    1/26

    1

    ISI KANDUNGAN

    PENGENALAN..................................................................2

    STRUKTUR MASYARAKAT...........................................4

    BAHASA & PERTUTURAN............................................5

    ADAT RESAM ETNIK BAJAU..........................................7

    PERALATAN TRADISIONAL..........................................19

    MAKANAN TRADISIONAL............................................21

    KESENIAN & KEBUDAYAAN ETNIK BAJAU........................23

    KESIMPULAN..............................................................25

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    2/26

    2

    PENGENALAN

    Lazimnya, apabila disebut Bajau, kita segera terbayang bahawa ia adalah suku

    bangsa yang mendiami kepulauan Filipina Selatan serta penduduk pribumi Sabah.

    Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa

    Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara dari kepulauan Belau (PALAU) di

    sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan

    Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara. Ada

    pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan

    Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang

    mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku.

    Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku,

    kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh

    Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa

    bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan

    menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi

    iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan

    Melayu dan Lautan Pasifik

    1

    . Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu

    Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.

    Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu

    Palau (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Palau

    tinggal di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; mereka hanya

    mendarat di tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar,

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    3/26

    3

    untuk mendapatkan keperluan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa

    mereka. Mereka juga bukan penganut agama Islam. Justeru itu, terdapat di kalangan

    orang-orang Samah yang tidak mengakui Palau sebagai Bajau oleh kerana

    kesuluruhan Samah adalah beragama Islam. Daripada segi bahasa dan pertuturan,

    bahasa Bajau mempunyai lebih daripada 20 subdialek. Kajian awal oleh Badan

    Galak Pusaka menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 26 subdialek bahasa

    Bajau. Kini masyrakat Bajau berselerak di pelbagai negara seperti Indonesia,

    Filipina, Malaysia, Brunei, Myanmar, Maldives dan Afrika Selatan. Malah ada

    pendapat mengatakan bahawa masyarakat Melayu di Madagascar (Pulau Malagasi)

    sebenarnya adalah dari etnik Bajau.

    Mayarakat Bajau dikenali sebagai sea nomad atau sea gypsies oleh penjajah atau

    penulis-penulis Barat dan nama itu kekal menjadi rujukan pihak-pihak tertentu hingga

    ke hari ini. Bagi masyarakat Bajau itu sendiri mereka menamakan bangsa mereka

    sebagai bangsa Samah dan daripada perkataan Samah itulah terbit nama bahasa

    mereka iaitu Sinamah. Bagaimana bangsa ini mendapat namanya sebagai Bajau, ia

    masih kabur. Kekaburan ini menyebabkan perbahasan di kalangan segelintir individu

    sehingga ada antara mereka yang membuat pengklasifikasian mengikut logik masing

    - masing kononnya Bajau adalah yang menjadi peribumi Sabah, Badjao adalah yang

    mendiami gugusan kepulauan Mindanao, dan Badjoe adalah yang mendiami

    wilayah Indonesia. Hakikatnya, Bajau hanyalah satu. Lalu kenapa timbul pelbagai

    nama seperti Bajau, Badjao dan Badjoe? Jawapannya mudah. Ia adalah disebabkan

    faktor penggunaan tulisan rumi dalam Tamadun Melayu baik di Malaysia mahupun di

    Indonesia dan Filipina. Ketiga-tiga wilayah ini pernah dijajah oleh tiga bangsa

    penjajah dari Barat. Ketiga-tiga bangsa penjajah ini menggunakan huruf Rumi dalam

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    4/26

    4

    sistem tulisan mereka. Kedatangan mereka turut memperkenalkan sistem tulisan

    Rumi kepada Tamadun Melayu tetapi dalam bentuk dan sistem ejaan yang berbeza-

    beza. Bahkan, sistem tulisan Rumi Bahasa Malaysia dan Sistem Tulisan Rumi

    Bahasa Indonesia hanya dapat dimantapkan pada 1970-an, walaupun Sistem

    Tulisan Bahasa Malaysia masih mengalami proses penambahmantapan akibat

    peminjaman perkataan asing khususnya dari Bahasia Inggeris.

    STRUKTUR MASYARAKAT

    Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu

    Palau (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Palau

    tinggal di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; merekahanya

    mendarat di tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar,

    untuk mendapatkan keperluan makanan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki

    lepa mereka ataupun untuk mengkebumikan ahli keluarga mereka yang meninggal

    dunia.Namun cara hidup kumpulan bajau Pala'u semakin pupus ditelan masa kerana

    ramai di kalangan mereka telah bermukim di daratan. Mereka berbuat

    demikiankerana kegiatan ekonomi yang lain secara perlahan - lahan menggantikan

    aktiviti menangkap ikan.Perubahan masa dan teknologi turut menyumbang

    berkurangnya penggunaan lepa apabila ramai yang bertukar kepada penggunaan

    enjin sangkut. Kini terdapat segelintir sahaja penduduk Semporna yang mendiami

    kawasan Bangau-bangau yang masih menggunakan lepa sebagai tempat

    bergantung kehidupan seperti pada zaman nenek moyang mereka. Mereka juga

    bukan penganut agama Islam. Justeru itu, terdapat di kalangan orang-orang Samah

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    5/26

    5

    yang tidak mengakui Palau sebagai Bajau oleh kerana kesuluruhan Samah adalah

    beragama Islam.

    BAHASA & PERTUTURAN

    Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata

    terbitandaripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk

    sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau

    sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsayang

    lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya

    terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum

    Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa

    Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan

    Brunei Darussalam.Berikut adalah kosa kata bajau:

    Aku sayang pada mu - Lasah akuh ma ka'ah / Akuh lasah ma ka'ah/ akusayang tah

    kau

    Aku suka padamu - Bilahi akuh ma ka'ah / Akuh bilahi ma ka'ah / akugorot ta' kau

    Siapa namamu? - Sai onnu? / sien oron nu?Nama saya Dayang - On ku dayang/

    oron ku dayang

    Sayang, aku cinta padamu / Sayang, aku sayang padamu - Dayang, akuhlasah

    maka'ah / Sayang, aku sinta ta' kau

    aku = aku, saya

    ko = engkau, kau

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    6/26

    6

    ka'ah = kau, engkau, awak , anda

    dayang = sayang

    ( Kata Nama - digunakan untuk memanggil atau menamakan seseorang yang

    disayangi )

    Ada beberapa perkataan suku kaum bajau yang hampir sama sebutannya dengan

    bahasa melayu dan membawa maksud yang sama dalam bahasa bajau

    Contoh:-

    Tompah - Terompah (kasut),

    Baju - Baju,

    Sin - Sen (Duit),

    Aku - Aku,

    Kitab - Kitab,

    Tangan - Tangan,

    lengon/langan lengan

    Bahasa bajau di selatan Filipina juga menuturkan bahasa yang sama, tanpa

    perubahan sebutan atau makna. walaubagaimanapun, terdapat perbezaan sedikit

    diantara bahasa kaum bajau sebelah pantai barat dan pantai timur Sabah, dari segi

    sebutan tetapi masih mengekalkan makna yang sama. 40% bahasa Bajau adalah

    bahasa Melayu. Apa yang pasti, kebanyakan orang tua - tua suku kaum Bajau

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    7/26

    7

    dahulu amat sukar apabila menyebut perkataan yang ada huruf 'R' dan

    'C'.Contohnya 'NUR' menjadi 'NUL', 'SABAR menjadi 'SABAL', 'SYUKUR' menjadi

    'SYUKUL', 'CUKUP' menjadi 'SUKUP', 'CAWAN' menjadi 'SAWAN' dan banyak lagi.

    ADAT RESAM ETNIK BAJAU

    Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak

    beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli negeri ini. Mereka bekerja

    sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda.

    Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut yang mahir. Mereka

    menggunakan cara penangkapan tradisional. Di pantai timur, mereka adalah nelayan

    yang tinggal di Kota Belud, Papar,Semporna dan Tuaran. Bajau juga mendapat

    gelaran Cowboy Sabah kerana Bajau lama terkenal dengan penunggang kuda.

    Bajau Pantai Barat ( Putatan, Tuaran , Kota Belud ) dan Bajau Pantai Semporna(

    Pantai Timur ). Bajau Pantai adalah berbeza dengan Bajau Semporna. Dari segi

    pertuturan, pakaian tradisi, adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza.

    Bajau Pantai Darat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala

    Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut. Seperti

    masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat

    resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam

    berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan.

    Adat Kelahiran

    Dalam masyarakat Bajau, kehamilan dan kelahiran dilihat sebagi krisis hidup yang

    paling penting dalam edaran hidup seseorang dan dengan itu harus diberi perhatian

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    8/26

    8

    yang sepenuhnya. Terdapat persamaan ketara dalam adat resam kelahiran antara

    masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung. Ini kerana rata-rata

    masyarakat Bajau di Sabah beragama Islam.

    Sewaktu Mengandung

    Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang

    wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan,

    menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.

    Berpantang

    Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani

    beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya

    serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang

    larang tersebut termasuklah;

    Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh

    makhluk halus.

    Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan

    menyukarkan proses kelahiran kelak

    Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh

    dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi

    mereka yang mengandung sulung.

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    9/26

    9

    Wanita hamil tidak boleh memarut kelapa dan menyentuh santan kerana

    dikhuatiri akan menghadapi kesulitan semasa bersalin.

    Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian

    kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit

    yang dikenali sebagai ketimbaluan.

    Di samping pantang-larang di atas, terdapat pantang-larang lain yang diamalkan.

    Menempah Bidan

    Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh

    bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat

    akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu

    dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran

    bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil tersebut.

    Tanda Kelahiran

    Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan

    disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain

    putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga

    beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang

    padi. Kadang kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan

    menjadi milik anak yang akan diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian

    kepala tempat tidur orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir.

    Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si

    ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    10/26

    10

    dimasak untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua

    bertunas tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan

    ibunya, sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya

    yang dapat menyuburkan tunas kelapa tersebut. Lazimnya tanda kelahiran ini

    diadakan untuk menyambut anak pertama walaupun masih boleh diadakan untuk

    anak-anak berikutnya.

    Melenggang Perut

    Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu

    melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggangdi kalangan

    masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak

    pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Cara adat ini

    dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang dijalankan

    oleh masyarakat Melayu Semenanjung.

    Semasa Bersalin

    Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan

    tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda

    tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan

    gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa

    adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat

    potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    11/26

    11

    Potong Tali Pusat

    Sewaktu hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara

    bidan pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses

    kelahiran itu tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi sudah dilahirkan,

    bidan akan memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan

    benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri

    daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-bahan

    tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi

    kepada bidan.

    Qamat/Azan

    Bagi masyarakat Islam, mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah

    disunatkan. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat Bajau rata-ratanya beragama

    Islam, justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Ia bukanlah suatu adat,

    tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat pusatnya, bayi akan

    dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak lelaki) dan

    diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan diserukan, bayi

    itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah dia boleh menyusu.

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    12/26

    12

    Menanam Tembuni

    Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan

    diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama

    kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu

    untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh

    bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk

    sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu,

    tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi.

    Selepas Kelahiran

    Selepas bersalin, si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan

    adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan

    dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.

    Rawatan Bidan

    Selepas kelahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga

    keadaan mereka berdua beranak sehingga hari ke 44. Untuk memulihkan kesihatan

    si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    13/26

    13

    dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke 44. Selepas tamat

    tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada suami

    dan keluarga wanita tersebut.

    Berpantang

    Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita

    yang baru lepas bersalin. Antaranya ialah:

    Si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk,

    si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan

    perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini.Selama tujuh

    hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat yang dibuat

    daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu untuk

    memulihkan kesihatan selepas bersalin. Si ibu harus memakai sarung yang bewarna

    gelap, biasanya hitam, kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata

    bayinya. Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak

    diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak

    bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya

    untuk mengelakkan kesejukan.

    Naik Buai

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    14/26

    14

    Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu

    bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan

    oleh bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji

    kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara

    naik buai atau dipanggil pesakat nirundangandi kalangan masyarakat Bajau, di

    mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali.

    Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara

    melenggang perut. Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji

    diadakan selama satu setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang

    menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan

    rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini

    biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan jiran

    tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah yang lazimnya

    berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu yang hadir di

    majlis tersebut.

    Menimbang Bayi Bulan Safar

    Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang

    dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar

    dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari

    menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa ke masjid

    untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat

    bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    15/26

    15

    Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut. Terdapat barangan tertentu yang

    digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah;

    Sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu

    akan dibalut dengan tujuh hasta kain putih. Batu - batu timbang yang terdiri daripada

    benda-benda berikut; sebekas air, seikat kayu yang sederhana besarnya, seperiuk

    nasi dan tujuh biji kelapa muda. Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan

    dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang

    berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan

    dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung

    yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri

    daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa

    muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat

    bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi,

    batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian

    dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu tamatlah upacara

    penimbangan dan bayi itu akan digunting rambutnya.

    Berkhatan

    Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila

    sudah cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur

    lima tahun sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun.

    Selepas berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang Islam yang sebenarnya.

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    16/26

    16

    Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan bagi

    kanak-kanak perempuan. Upacara berkhatan biasanya diakhiri dengan satu jamuan

    di masjid atau di rumah kanak-kanak tersebut.

    Adat Perkahwinan Etnik Bajau

    Adat Merisik

    Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum

    perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis

    yang menjadi calon. Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku

    kaum yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi menemui keluarga gadis. Setelah

    mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada ikatan apa-apa dan secocok

    dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat

    keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali

    pertunangan.

    Meminang

    Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam

    majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang

    tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan

    biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    17/26

    17

    persediaan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semua

    barang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Dalam

    majlis penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak

    keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis

    perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang

    sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti

    sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya

    akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti.

    Majlis Perkahwinan Pengantin Bajau

    Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari pernikahan . Keluarga yang berada

    mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan

    sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis

    titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong,

    bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak. Kumpulan muzik

    ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang

    memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan

    seorang pemain bebandil. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam,

    kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai runsai. Tarian ini

    memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita.

    Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun

    dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    18/26

    18

    Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan

    didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak

    dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah

    malam. Pada hari perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian yang baru,

    selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. Rambut

    pengantin perempuan dihiasi dengan 'serempak' iaitu sejenis mahkota.

    Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan

    bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli

    keluarganya, atau menunggang kuda ketika menuju ke ke diaman pengantin

    perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui jalan

    yang dihias dengan bendera yang berwarna-warni.

    Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan akan

    ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan.

    http://2.bp.blogspot.com/_97MN2b8FW9s/S8wqBp3t_NI/AAAAAAAADdk/QyRT7pZiXPU/s1600/mempelai3+malaysiana.pnm.my.jpg
  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    19/26

    19

    Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu anggota

    rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin perempuan. Dia kemudiannya

    dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya dan bunyi gong pun

    diberhentikan. Di situ, pengantin lelaki menunggu majlis akad nikah.

    Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah

    dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan

    untuk upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya

    harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik

    pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar

    RM1O hingga RM2O ataupun membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat

    kerat yang dilagukan. Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan

    menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian kedua-

    dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu.

    PERALATAN TRADISIONAL

    Lepa, yang dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud

    perahuadalah peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman - berzaman oleh suku

    kaum Bajau Semporna. Lepa mempunyai pelbagai kegunaan kepada penduduk

    tempatan seperti sebagai kenderaan untuk menangkap ikan, pengangkutan awam

    dan barangan, tempat tinggal, tempat mengadakan majlis perkahwinan dan

    persembahan kebudayaan. Kebiasaannya ia diperbuat daripada kayu jenis Ubar

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    20/26

    20

    Sluk ataupun Seraya Merah. Kewujudan lepa adalah dipercayai bermula dari kaum

    nelayan yang tinggal di kepulauan sekitar pesisiran pantai daerah Semporna. Hingga

    hari ini lepa masih digunakan oleh masyarakat Bajau Pala'u sebagai tempat

    tinggal.Dalam erti kata yang lain, lepa ialah rumah mereka, "alat-alatkeperluan asas

    seperti periuk dan pinggan mangkuk disimpan dalam lepa tersebut". Sebuah lepa

    yang berukuran 5 meter panjang dan 1.5 meter lebar boleh disiapkan dalam masa 6

    bulan. Lepa boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian depan yang

    tajam dipanggil tujjsh, badan perahu dikenali sebagai lepa, yang mengandungi

    struktur sebuah rumah berdinding yang dipanggil tepi dan beratapkan daun nipah

    yang dikenali sebagai kajang. Seluruh bahagian tengah dipanggil pakajjangan.

    Tempat menyangkut pengayuh pula dikenali sebagai sanga, sementara bahagian

    belakang dipanggil pemalung. Lepa dilengkapi dengan layar kain. Terdapat dua jenis

    layar iaitu lemak bua'andan lemak kapis. Kain layar kebiasaannya diperbuat daripada

    kain kapas sederhana tebal. Jika menggunakan kain tebal, ia boleh menyebabkan

    tali layar putus atau tiang layar patah dalam keadaan angin yang kencang. Layar-

    layar yang berfungsi sebagai perhiasan dipanggil tipas-tipas ( berbentuk bendera

    segitiga ), sambulayang dan panji - panji ( berbentuk bendera segiempat )

    dipasangpada lepa semasa majlis perkahwinan atau pesta keramaian.Lepa

    Semarang lebih merupakan sesuatu yang melambangkan warisan budaya suku

    kaum Bajau di Semporna. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisi

    ataupun tagunggu akan dimainkan di atas lepa, dan ini merupakan sesuatu yang

    amat menarik untuk disaksikan. Selain lepa - lepa, komuniti Bajau Laut ini juga

    sebenarnya mempunyai satu lagi seni bina perahu yang unik yang tidak terdapat

    pada lain-lain komuniti maritim di Sabah iaitu perahu bogoo, sejenis perahu bersayap

    yang digunakan untuk menangkap ikan. Walau bagaimanapun, sehingga kini

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    21/26

    21

    warisan dan budaya perahu ini nampaknya tidak pernah diketengahkan oleh mana-

    mana sarjana yang mengkaji komuniti ini. Atas kesedaran tersebut, makalah ini

    ditulis dengan tujuan untuk mendokumentasikan semula perahu ini sebagai salah

    satu warisan dan kebudayaan komuniti Bajau Laut agar tidak hilang mengikut

    peredaran zaman.

    MAKANAN TRADISIONAL

    Kima

    Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis,

    antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot ( bersaiz kecil dan menyelit dicelah -

    celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.

    Kima ini boleh dimakan mentah - mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-

    kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah - ratus yang lain

    mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur.

    Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak

    bersama sayur dipotong keci l- kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta

    rempah-ratusyang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh

    dimasakbersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari

    danbiasanya ia dimasak bersama sayur.

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    22/26

    22

    Sagol

    Sagol (Kata Kerja) bermaksud mencampur adukkan. Sagol juga mempunyai makna

    Kata Nama iaitu 'benda yang dicampur adukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada

    sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu

    dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang

    dicincang - cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari

    atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan

    kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak

    separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan

    dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol iaitu sagol

    kering (tiada kuah) dan sagol basah(berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar

    sagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati

    ikan yang disagolitu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu

    atau minyakhati ikan buntal.

    Putu

    Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak

    secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek - tehek , dan

    beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain ( Selalunya makanan laut )

    Tompe'

    Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.

    Iakemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    23/26

    23

    kuningan. Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah

    makanan lautdan makanan ubi - ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan

    tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang

    dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak

    sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan

    mentah ) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-

    tehe',tayum, kilau, bat, lato', kima dan sebagainya

    KESENIAN & KEBUDAYAAN ETNIK BAJAU

    Tarian Dalling-Dalling ajau dan gal gal ajau

    Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran

    kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan

    budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara

    (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-

    dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling

    dan gal gal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998,

    Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan

    untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi

    Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang

    oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di

    daerah Sandakan dan emporna.

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    24/26

    24

    Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa

    Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini

    adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian

    daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua

    penyanyi.Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut

    kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula

    dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain

    yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa

    yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.

    Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan

    semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara

    berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau

    berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan

    penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang

    terbaik oleh hadirin.

    Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud)

    Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau KOTA BELUD.

    Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang

    diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin

    sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di

    hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput

    pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    25/26

    25

    Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi

    enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan

    kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang

    pemain bebandil. Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki

    naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai

    lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang. Selain tarian Limbai

    Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum bajau di Kota Belud. Runsai

    selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan

    antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini

    menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat

    yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.

    KESIMPULAN

    Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segipopulasinya

    adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di

    kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan

    masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi

    sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang

    kuda yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga

    terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan

    mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititik

    beratkan. Hakikatnya, Bajau hanyalah satu. Lalu kenapa timbul pelbagai nama

    seperti Bajau, Badjao dan Badjoe? Jawapannya mudah. Ia adalah disebabkan faktor

    penggunaan tulisan rumi dalam Tamadun Melayu baik di Malaysia mahupun di

  • 8/3/2019 BAJAU - FIQH BUDAYA

    26/26

    Indonesia dan Filipina. Ketiga - tiga wilayah ini pernah dijajah oleh tiga bangsa

    penjajah dari Barat. Ketiga - tiga bangsa penjajah ini menggunakan huruf Rumi

    dalam sistem tulisan mereka. Kedatangan mereka turut memperkenalkan sistem

    tulisan Rumi kepada Tamadun Melayu tetapi dalam bentuk dan sistem ejaanyang

    berbeza - beza. Bahkan, sistem tulisan Rumi Bahasa Malaysia dan Sistem Tulisan

    Rumi Bahasa Indonesia hanya dapat dimantapkan pada 1970-an, walaupun Sistem

    Tulisan Bahasa Malaysia masih mengalami proses penambah mantapan akibat

    peminjaman perkataan asing khususnya dari Bahasia Inggeris