23
PERAYAAN KAUM BAJAU · Perayaan Regatta Lepa Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan. Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau sebagai rumah mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar hidup di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air, kayu api dan upacara pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan

Perayaan Kaum Bajau

Embed Size (px)

DESCRIPTION

km;

Citation preview

PERAYAAN KAUM BAJAU Perayaan Regatta Lepa

Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan.Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau sebagai rumah mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar hidup di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air, kayu api dan upacara pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan lepa.Biasanya sebuah lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai lima hingga enam orang. Setiap lepa yang didiami sesebuah keluarga Bajau menampilkan seni ukiran dan saiz yang berbeza di mana ia menggambarkan status keluarga tersebut. Lepa dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot. Biasanya Lepa diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah. Lazimnya, lepa berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai jenis ukiran dan warna.Lepa merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Sejak kurun ke-14, ia merupakan pengangkutan utama untuk membawa muatan pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu, Borneo, Kalimantan. Catatan sejarah juga menunjukkan lepa telah digunakan oleh para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di rantau Asia Tenggara pada awal kurun ke-15.

Oleh itu, lepa dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati dengan adat dan tradisi Bajau Laut. Ia juga amat berpengaruh dalam perkembangan seni budaya tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Ia merupakan satu lambang keagungan dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari ini.Kini, kebanyakan masyarakat Bajau di kawasan berkenaan telah tinggal di darat. Walau bagaimanapun, budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman ini dipersembahkan dengan meriah dan gemilang dalam Perayaan Regatta Lepa untuk dihayati oleh masyarakat terutamanya generasi hari ini.Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna dan boleh dianggap sebagai hari raya mereka. Pada tahun 1994, perayaan Regatta Lepa mula diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya pada tahun 2003, Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia.Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik.Lepa-lepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut.Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu akan menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan perahu tercantik. Usaha menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan masa sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Lepa yang paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang Lepa Tercantik yang merupakan hadiah utama dalam perayaan ini.Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu, tarik perahu secara berpasangan, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Selain itu, pada perayaan ini turut dipamerkan pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti aksesori wanita, pakaian tradisional, alat-alat tradisioanl dan lain-lain lagi.

REGATTA LEPA SEMPORNA, SABAH25 - 27 April 2014 - Semporna, SabahKepada kaum Bajau Semporna, 'Lepa' (sejenis bot) banyak kegunaannya dalam kehidupan harian. Bot ini digunakan untuk menangkap ikan dan kenderaan harian. Ia juga digunakan sewaktu upacara perkahwinan dan persembahan kebudayaan. Kehidupan unik berteraskan lepa ini dipusakai turun-temurun hingga kini.Daerah Semporna, Sabah menyambut Perayaan Regatta Lepa setiap tahun pada bulan April. Lepa merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan kaum Bajau sejak zaman dahulu. Perayaan Regatta Lepa merupakan tapak untuk memperkenalkan dan mempromosi seni, budaya dan adat kaum Bajau yang berwarna-warni. Setiap tahun pengunjung akan berpeluang melihat sendiri keunikan pembuatan bot Lepa yang cantik disulami dengan tarian dan muzik yang dimainkan di atas bot lepa.Regatta Lepa merupakan acara tahunan untuk semua peminat, pengusaha dan penggiat seni-budaya Bajau dan Lepa berkumpul. Melalui perayaan ini, kaum Bajau yang berada di merata tempat termasuk di pulau-pulau akan bertemu, bersosial dan bertanding. Pertandingan utama adalah merebut gelaran 'Lepa Tercantik'.Perayaan ini memakan masa 2 hingga 3 hari. Bayangkan di tepi pantai terdapat ratusan Lepa yang dihias cantik dengan segala macam renda, payung, sambulayang berwarna-warni, pakaian tradisi, persembahan kebudayaan dan pertandingan acara laut. Semua lepa-lepa ini akan beratur sambil bergerak perlahan dihadapan pentas yang disediakan untuk para hakim dan orang kenamaan untuk menilai dan memilih pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecantikan Lepa dan tarian yang dipersembahkan.Aktiviti sambutan Regatta Lepa dibahagikan kepada 2 kawasan utama iaitu 'Acara Laut' di tepi pantai dan 'Pentas Budaya' dan pameran di Padang Pekan Semporna. Pada sebelah malamnya pula, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan tempatan sambil diselang-selikan dengan nyanyian artis tempatan dan nasional. Pertunjukan bunga-api turut mewarnai langit Semporna pada malam tersebut.LEPA: Dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud 'bot'. Ia dipercayai berasal dari kamuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum-Bum Semporna pada satu ketika dahulu.Regatta Lepa: Merupakan perayaan tahunan Daerah Semporna sejak tahun 1994. Regatta Lepa mula diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan peringkat negeri Sabah. Pada tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini Regatta Lepa merupakan salah-satu acara tahunan Malaysia.Daerah sunyi Semporna akan bergemerlapan dan berpesta apabila menyambut Regatta Lepa. Di sepanjang jalan 'Sambulayang' akan menghiasi pandangan disamping pemidang dan iklan yang berwarna-warni. Bot-bot Lepa akan berlabuh disepanjang pantai Semporna dan menghiburkan pengunjung dengan pelbagai tarian, nyanyian dan muzik. Setiap bot lepa akan dihiasi dengan 'sambulayang'. 'panji-panji', tipas-tipas' dan renda. Perayaan ini mengundang ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri saban tahun.Acara-acara lain disepanjang perayaan ini termasuklah acara 'lumba kelle-kelle', tarik-tali lepa, lumba renang dan menangkap itik. Pada sebelah malamnya pula, pertunjukan 'pentas budaya' akan diadakan di Padang Pekan Semporna. Datanglah dan saksikan sendiri perayaan hebat ini!

KESENIANBudaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai, Dalling Dalling, Igal - Igal dan Runsai Tarian Dalling-Dalling ajau dan gal gal ajau

Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan gal gal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan emporna.Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.

Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud)

Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Kpta Belud. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.Selain tarian Limbai Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum bajau di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.

Kalang Mpat

Kalang mpat merupakan salah satu nyanyian rakyat yang dimiliki suku kaum Bajau. Di Borneo, orang-orang Bajau boleh ditemui di Sabah terutama di sepanjang pantai barat Sabah, bermula dari daerah Kudat sehingga ke Sipitang. Namun, tumpuan penelitian ialah di daerah Kota Belud yang didominasi oleh suku kaum Bajau. Suku kaum Bajau di daerah ini masih lagi mengekalkan budaya tradisi ekspresif yang hanya digemari oleh kalangan generasi tua sahaja. Memandangkan kalang mpat semakin tidak menarik perhatian generasi muda dan generasi tua yang mengetahuikalang mpat semakin berkurangan, maka kalang mpat menjadi salah satu tarikan budaya yang menarik. Kalang mpatdicipta dalam susunan kata-kata yang padat mengikut peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan. Peraturan yang disusun misalnya, dari segi suku kata dan rima pada penghujung yang sesuai adalah berasaskan kepada keperluan pernyataan yang disampaikan secara lisan. Menerusi kalang, pemantunnya dapat menyampaikan pengajaran, sindiran, rasa hati, perasaan dan hiburan dengan cara yang berkesan. Penyampaiannya, dengan memilih kata-kata yang bersesuaian dan rima menarik boleh membawa pengertian mendalam kepada pendengar. Keseimbangan rima dan rangkap selalu ditekankan dalam pembinaan kalang. Dalam keadaan ini, pendengar dan pemantun dapat menilai dan membezakan antara kalang baik dan sebaliknya. Pemilihan dan susunan kata-kata yang memperlihatkan keseimbangan amat ditekankan kerana penciptaan sedemikian akan melambangkan keharmonian pemikiran ahli-ahli masyarakat tersebut. Berdasarkan contoh-contoh kalang yang diberikan, dapat diteliti rima akhir yang berbeza antara satu kalang dengan kalang yang lain, iaitu a-a-a-a; a-b-a-b.

Kalang dihasilkan secara spontan. Penciptaan sebegini lazimnya membawa pengertian mendalam yang disesuaikan dengan suasana tempat kalang dinyanyikan. Kebolehan menghasilkan kalang secara spontan serta dinyanyikan dengan iringan muzik merupakan satu kebolehan yang istimewa dan sangat dihargai pendengarnya. Susunan struktur pantun itu sebagaimana puisi-puisi tradisional lain menekankan keindahan susunan bunyi yang disampaikan secara lisan. Dalam proses kreativiti (mencipta dan menghasilkan) kalang, penciptanya sering melihat kepada latar belakang mereka sebagai petani. Pekerjaan ini telah mengundang mereka untuk menyatukan unsur-unsur pengetahuan, pengalaman mereka mengharungi hidup, suasana alam sekitar sebagai latar belakang kalang. Jika diperhatikan dengan teliti, terpancar kandungan pemikiran yang tersirat di sebalik bait-bait puisi tradisi ini. Kalang yang disertakan berhasil memperlihatkan nilai-nilai muafakat, kesabaran, rendah diri, persaudaraan, keprihatinan, kerjasama dan sikap tolong-menolong di kalangan ahli-ahli masyarakat ini. Sesungguhnya, kalang-kalang tersebut memperlihatkan watak manusia penciptanya. Di dalamnya, terkandung bentuk kegembiraan, kesedihan dan nilai-nilai murni dalam diri manusia penciptanya. Selain itu, penciptanya juga turut menyerlahkan keindahan jagat raya ke dalam kalang-kalang ini. Keindahan tersebut waima berunsurkan flora atau fauna jelas tergambar dalam setiap bait kalang itu. Keadaan ini membuktikan bahawa latar diri penciptanya begitu akrab dengan alam sehingga tidak dapat memisahkan setiap inci alam daripada kalang.

Pencipta kalang lazimnya amat peka dengan susunan atau peredaran yang dapat diteliti dari keharmonian dan keseimbangan alam sekitar. Melaluinya mereka dapat menghayati kehalusan dan keindahan alam ciptaan Tuhan. Suasana kehalusan dan keindahan alam sekitar ini dapat memberikan inspirasi yang mempengaruhi rasa hati dan perasaan anggota-anggota masyarakat untuk dinyatakan pula dalam kehidupan harian mereka. Keindahan dan kehalusan budi yang dicipta dan dihasilkan dalam kalang itu disampaikan pula dalam bentuk tradisi budaya ekspresif. Dengan menyampaikan kalang dalam konteks budaya ekspresif itu bermakna keindahan dan kehalusan kalang itu dapat dihayati bersama secara lebih mendalam dan bermakna. Melalui budaya ekpresif itu, anggota-anggota masyarakat dapat merasai keindahan, di samping memberikan mereka hiburan.Melalui kalang mpat, kita mampu mengesan beberapa unsur yang terselindung di sebalik nyanyian ini. Unsur-unsur tersebut merupakan antara teknik penciptaan dan penyampaian yang dilakukan oleh penyanyinya agar setiap baitkalang itu dapat dinikmati keaslian dan keindahannya oleh pendengar. Secara tidak langsung, tradisi berkalang dalam masyarakat Bajau adalah gabungan antara teknik penyampaian dan proses interaksi penyanyi-pendengar yang telah berlaku sejak sekian lama.