9
Pengenalan Bank Dunia (World Bank) merupakan salah sebuah agensi khas dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bank Dunia juga dikenali sebagai Bank Antarabangsa untuk Pembinaan dan Pembangunan semula (International Bank for Reconstruction and Development, IBRD). Umumnya, Bank Dunia adalah sebuah agensi kewangan antarabangsa yang berperanan dalam memantau perkembangan ekonomi anatarabangsa dan mengurangkan kemiskinan melalui pinjaman jangka panjang. Selepas Perang Dunia Kedua, berlakunya kemelesetan ekonomi yang telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia. Ini telah memberi kesedaran kepada pelbagai negara bahawa perlunya wujud sebuah mekanisma untuk memulihkan ekonomi sesebuah negara selepas berlakunya Perang Dunia Kedua. Kesedaran yang telah timbul oleh beberapa pemimpin daripada pelbagai negara telah membawa kepada “Breeton Woods Conference” pada Julai, 1944.Hasil daripada pertemuan antara pemimpin negara tersebut, telah membawa kepada penubuhan Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Foundation) dan Bank Antarabangsa untuk Pembinaan dan Pembangunan semula (International Bank for Reconstruction and Development). Bank Antarabangsa untuk Pembinaan dan Pembangunan semula juga dikenali sebagai Bank Dunia. Bank Dunia terletak di Washington D.C , Amerika Syarikat. Bank Dunia jiga boleh dibahagikann kepada 5 bahagian iaitu International Bank for Reconstruction and Development (IBRD), International Finance Corporation (IFC), International Development Association (IDA), International Centre for settlement of Investment Dispute (ICSID), dan The Multilateral Investment Guarantee Agency (MIGA). Bank Dunia mempunyai fungsi dan peranan utama dalam membantu negara-negara kurang maju. Antaranya termasuklah sebagai peminjam

Bank Dunia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bank Dunia

Citation preview

PengenalanBank Dunia (World Bank) merupakan salah sebuah agensi khas dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bank Dunia juga dikenali sebagai Bank Antarabangsa untuk Pembinaan dan Pembangunan semula (International Bank for Reconstruction and Development, IBRD). Umumnya, Bank Dunia adalah sebuah agensi kewangan antarabangsa yang berperanan dalam memantau perkembangan ekonomi anatarabangsa dan mengurangkan kemiskinan melalui pinjaman jangka panjang. Selepas Perang Dunia Kedua, berlakunya kemelesetan ekonomi yang telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia. Ini telah memberi kesedaran kepada pelbagai negara bahawa perlunya wujud sebuah mekanisma untuk memulihkan ekonomi sesebuah negara selepas berlakunya Perang Dunia Kedua. Kesedaran yang telah timbul oleh beberapa pemimpin daripada pelbagai negara telah membawa kepada Breeton Woods Conference pada Julai, 1944.Hasil daripada pertemuan antara pemimpin negara tersebut, telah membawa kepada penubuhan Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Foundation) dan Bank Antarabangsa untuk Pembinaan dan Pembangunan semula (International Bank for Reconstruction and Development). Bank Antarabangsa untuk Pembinaan dan Pembangunan semula juga dikenali sebagai Bank Dunia. Bank Dunia terletak di Washington D.C , Amerika Syarikat. Bank Dunia jiga boleh dibahagikann kepada 5 bahagian iaitu International Bank for Reconstruction and Development (IBRD), International Finance Corporation (IFC), International Development Association (IDA), International Centre for settlement of Investment Dispute (ICSID), dan The Multilateral Investment Guarantee Agency (MIGA). Bank Dunia mempunyai fungsi dan peranan utama dalam membantu negara-negara kurang maju. Antaranya termasuklah sebagai peminjam kewangan bukan persendirian utama, unit penghasilan kajian dan idea serta menawarkan nasihat kepada negara-negara kurang maju. Kami menganalisis sama ada Bank Dunia bersifat berat sebelah kepada negara-negara Barat melalui agensi-agensi di bawah kumpulan Bank Dunia dari aspek polisi, peranan dan aktiviti serta perlaksanaannya bersertakan contoh-contoh negara yang kurang membangun.

International Bank for Reconstruction and Development (IBRD)IBRD dirancang penubuhannya pada Julai 1944 dalam Breeton Wood Conference (BWC). IBRD telah diurustadbirkan seperti koperasi yang memberi manfaat kepada 187 negara yang menganggotainya. Anggota IBRD terdiri daripada negara berpendapatan sederhana dan negara berpendapatan rendah. Negara yang layak menerima pinjaman daripada IBRD adalah negara yang berpendapatan antaraUS$1,000 dan US$10,000 per kapita manakala negara berpendapatan rendah daripada US$1,000 tidak layak menerima pinjaman kecuali negara mereka mempunyai potensi untuk maju. Negara yang mendapat pinjaman akan disertakan dengan bantuan pakar ekonomi untuk memberi khidmat nasihat. Matlamat penubuhan IBRD adalah untuk membantu negara-negara berpendapatan sederhana dan rendah dengan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan, mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak, mengurangkan kemiskinan dan menangani isu serantau dan global.Pada mulanya, IBRD ditubuhkan untuk membantu negara-negara Eropah yang terjejas akibat Perang Dunia Kedua.Negara-negara membangun telah meminta IBRD untuk memberi keutamaan kepada Kesatuan Eropah untuk pembinaan semula daripada negara-negara berpendapatan sederhana dan rendah untuk dimajukan. Pinjaman pertama yang dikeluarkan oleh IBRD pada 1947 telah diterima oleh Perancis, Belanda dan Denmark untuk pembinaan semula negara mereka.Setelah mendapat tentangan daripada negara-negara kurang membangun dan penubuhan Marshall Plan oleh Amerika Syarikat, akhirnya IBRD telah memfokuskan pembangunan sebagai teras utama. Justeru, pada 1948, Chile sebagai negara yang kurang membangun telah menerima pinjaman daripada IBRD dan diikuti oleh Brazil dan Mexico pada tahun seterusnya. Banyak lagi negara telah mendapat pinjaman selepas itu termasuk negara yang berada di benua Afrika dan Asia. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada tahun 2006, IBRD telah memberi pinjaman sebanyak US$420.2 billion untuk 112 operasi dalam 33 negara. Kesimpulannya, IBRD bukan sahaja memberi keuntungan kepada negara maju tetapi telah membangunkan negara-negara yang berpendapatan sederhana dan rendah.Multilateral Investment Guarantee Agency (MIGA)Agensi ini telah ditubuhkan pada tahun 1988. Antara objektif utama penubuhan agensi ini ialah untuk menawarkan jaminan kepada pelabur luar terhadap kerugian yang diakibatkan daripada risiko yang bersifat bukan komersial seperti pertukaran matawang yang tidak stabil, perang dan gangguan sivil. Selain itu, untuk menggalakan pelaburan asing ke negara membangun untuk membantu pertumbuhan ekonomi, mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. MIGA berperanan dalam menawarkan jaminan risiko keatas pelabur sektor persendirian dan peminjam. Jaminan ini meliputi perlindungan keatas pelaburan yang tidak mempunyai risiko bukan komersial dan membantu pelabur mendapatkan kemudahan pelaburan berdasarkan dengan terma dan syarat. Sehingga kini, MIGA telah berjaya menawarkan jaminan pelaburan sebanyak 24 bilion dolar U.S kepada projek-projek pembangunan dalam pelbagai sektor di seluruh dunia yang berkaya melindungi kepentingan pelabur-pelabur. Secara dasarnya, MIGA merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Dunia yang bukan hanya memberi manfaat kepada negara maju sahaja tetapi juga kepada negara membangun dan negara kurang maju. Ini boleh dilihat apabila, MIGA turut membantu negara-negara membangun dan kurang maju melalui tawaran pinjaman dan khidmat nasihat kepada negara-negara tersebut. Di sini kelihatan bahawa Bank Dunia tidak bersifat berat sebelah kepada negara-negara Barat.International Development Association (IDA)Kami berpendapat bahawa Bank Dunia tidak bersifat lebih membawa keuntungan kepada negara maju. Kita boleh lihat dari agensi kecil di bawah kumpulan Bank Dunia iaitu Persatuan Pembangunan Antarabangsa ataupun International Development Association (IDA) yang menawarkan pinjaman tanpa faedah kepada negara miskin atau kurang membangun di dunia. IDA ditubuh pada tahun 1960 untuk menyelesaikan aduan-aduan daripada negara miskin terhadap pinjaman berfaedah tinggi yang ditawarkan oleh IBRD. Pinjaman yang dilakukan oleh negara miskin tidak dikenakan faedah pinjaman dan sesebuah negara yang mengambil pinjaman IDA tidak perlu membayar hutang dalam tempoh awal 10 tahun. Pada 20 tahun yang seterusnya, negara tersebut hanya membayar 10 peratus daripada hutang yang dipinjam. Bagi 90 peratus baki hutang akan dijelaskan pada 30 tahun kemudian. Hal ini dapat menyenangkan bebanan hutang sesebuah negara yang miskin untuk membangunkan negara mereka. Salah satu syarat kepada negara untuk mengambil tawaran pinjaman IDA ialah Keluaran Negara Kasar (KNK) sesebuah negara itu mesti tidak lebih daripada 940 dolar tetapi biasanya kebanyakan peminjam IDA mempunyai KNK yang tidak melebihi 765 dolar. Sesebuah negara mempunyai KNK yang rendah biasanya keadaan ekonomi mereka meleset ataupun lemah seperti Bangladesh, Vietnam, Kenya, Ethopia dan lain-lain yang hanya boleh meminjam tawaran IDA. Bagi ekonomi sesebuah negara yang lemah tetapi merupakan golongan kedudukan tengah seperti India, Pakistan, Bolivia dan lain-lain. Mereka berlayak mengambil tawaran pinjaman daripada IBRD serta IDA. IDA telah banyak menolong negara miskin dengan menawarkan jumlah pinjaman yang besar iaitu sebanyak 2, 578 million dolar kepada negara miskin. Jumlah 79 buah negara miskin telah menerima bantuan tersebut dan 39 daripadanya ialah negara-negara Afika. Dalam keseluruhan peminjam negara, India merupakan peminjam negara yang terbesar daripada IDA. Negara tersebut telah meminjam sebanyak 2, 578 million dolar manakala negara Bangladesh merupakan peminjam kedua besar daripada IDA iaitu sebanyak 753 miliion dolar. Pinjaman tanpa faedah ini dapat membantu negara India membangunkan ekonomi negaranya dan telah menjadikannya mempunyai kuasa ekonomi yang kuat di dunia.International Center of Settlement and Investment Disputes (ICSID)Menurut Theodore H. Cohn (2012), Bank Dunia mempunyai pengaruh yang besar terhadap strategi pembangunan Less Development Countries (LDCs). Bagi membantu pembangunan ekonomi LDCs dangan lebih berkesan, Bank Dunia telah menubuhkan International Center of Settlement and Investment Disputes (ICSID) pada tahun 1966.Penubuhan ICSID adalah bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian perlaburan antara pelabur asing dengan kerajaan negara dilabur. Penubuhan ICSID sebagai pihak yang neutral dalam menyelesaikan pertikaian perlaburan adalah diperlukan kerana pelabur asing berpendapat bahawa kerajaan negara dilaburkan berat sebelah dalam menyelesaikan perkara berbangkit berkaitan pelaburan. Sebaliknya, kerajaan negara dilabur memperlihatkan mahkamah negara akan mengugat kedaulatan negara dalam menyelesaikan pertikaian tersebut. Maka, penubuhan ICSID secara langsung telah meningkatkan keyakinan kedua-dua pihak terutamanya pelabur asing. Ia telah membantu pelabur asing melabur di LDCs tanpa kerisauan. Pelaburan asing dalam bentuk modal kewangan ataupun teknologi telah memajukan ekonomi LDCs dalam jangka masa yang pendek. Keadaan ini dapat dilihat pada keadaan ekonomi negara-negara Asia Tenggara pada tahun 1990-an. Sungguhpundemikian, pada pendapat kami, tidak kurangnya penubuhan ICSID juga adalah bertujuan untuk memanfaatkan negara maju. Saya berpendapat sedemikian kerana wujudnya beberapa persoalanan. Mengapakah Bank Dunia yang didominasi oleh negara maju menubuhkan ICSID? Bukankah ia bertujuan untuk melindungi kepentingan pelabur negara maju dalam perlaburan di LDCs? Sekiranya Bank Dunia berhasrat memajukan ekonomi LDCs, mengapakah jurang ekonomi antara negara maju dengan LDCs masih besar dan kurang maju? Sebaliknya, kekayaan yang dimiliki oleh negara maju semakin bertambah dan makmur ekonominya.KesimpulanSecara kesimpulannya, kami tidak bersetuju jika dikatakan bahawa peranan dan aktiviti bank dunia adalah bersifat berat sebelah iaitu hanya membawa keuntungan kepada negara-negara maju sahaja. Negara maju mungkin kelihatan menikmati manfaat yang lumayan akibat perlaksaanan bank dunia. Namun demikian, negara kurang maju turut mendapat kebaikan dari aspek ekonomi, bantuan kewangan, teknikal, teknologi dan sebagainya. Kami berpendapat bahawa impak atau pembangunan negara kurang maju hanya dapat dinilai pada masa yang akan datang kerana pembangunan dan kemajuan secara keseluruhan memerlukan jangka masa yang panjang.

RujukanA Guide to the World Bank (2nd Edition). (2007). Washington D.C: World Bank Group.Bangladesh Second Largest Borrower from IDA. Diakses pada Mei 20, 2012 dari http://www.thefinancialexpress-bd.com/more.php?news_id=45865Bennett A. L., (1995). International Organizations: Principles and Issues, (6th edition), United States: Prentice-Hall, Inc.Charles, W.K & Shannon, L.B. ( 2010 ). World Politics, Trend and Transformation (12th Editiion). U.S : Wadsworth, Cengage Learning.Cohn T. H., (2012). Global Political Economy, (6th edition), United States: Pearson Education Inc. Eugene, R.W. (2001). World Politics. (8th Edition). U.S : Wadsworth, Cengage Learning.International Bank for Reconstruction and Development (IBRD). (2011). Diakses pada Mei 23, 2012 dari http://go.worldbank.org/D6IEM83I10Narasimhan T. E., India Largest Borrower of IDA, Which Helps Poorest Coutries. Diakses pada Mei 20, 2012 dari http://www.business-standard.com/india/news/india-largest-borrowerida-which-helps-poorest-countries/419690/The Marshall Plan. (2009). Diakses pada Mei 23, 2012 dari http://www.marshallfoundation.org/TheMarshallPlan.htm

ToneExcelSalam sejahtera rakan2 semua,Saya dapat complain no pendaftaran 01115461301 kadang tidak berfungsi, bila dihantar, tiada reply langsung.Disini saya berikan cara penyelesaiannya, jika anda hantar pendaftaran ke no 0111-546-1301 dalam 15 minit tidak dapat reply, hantar semula pendaftaran yang sama ke no 010-809 7810.Kalau hantar yang kedua juga tidak dapat reply dalam masa 15 minit, sila hantar lagi sekali pendaftaran yang sama ke no 014-705 7769Saya masih lagi mencari punca kenapa terjadi sedemikian, pendaftaran tak sampai.Mazelan Abas .