4
Soalan 1: Merumuskan idea menggunakan peta pemikiran i-Think dalam menunjukkan perkembangan tamadun dunia mengikut kronologi masa. Sistem pemerintahan berbentuk Teokrasi Raja Naramsin digelar sebagai Raja Empat Penjuru Alam dan disembah sebagai Tuhan Terdapat zigurat iaitu tempat ibadat,pusat perdagangan dan pusat menyimpan khazanah Negara Tulisan berbentuk cuneiform (pepaku) Karya terkenal ialah Epik Gilgamesh Kod undang-undang Hammurabi Perkembangan bidang astronomi Raja digelar Firaun/Pharaoh Zaman lama- Firaun sebagai jelmaan Tuhan Horus Zaman baru- Firaun sebagai Raja Matahari kerana berasal daripada Anak Tuhan Matahari Mengiktiraf kaum Wanita- mengangkat Firaun Hapshepsut sebagai pemerintah empayar Berpegang kepada konsep politisme Mengkebumikan mayat dengan mengawet mayat tersebut Sistem tulisan hieroglif Perkembangan ilmu matematik Penciptaan kertas melalui

belum siap

Embed Size (px)

DESCRIPTION

x siap ag

Citation preview

Soalan 1: Merumuskan idea menggunakan peta pemikiran i-Think dalam menunjukkan perkembangan tamadun dunia mengikut kronologi masa.

Raja digelar Firaun/Pharaoh Zaman lama- Firaun sebagai jelmaan Tuhan Horus Zaman baru- Firaun sebagai Raja Matahari kerana berasal daripada Anak Tuhan Matahari Mengiktiraf kaum Wanita- mengangkat Firaun Hapshepsut sebagai pemerintah empayar Berpegang kepada konsep politisme Mengkebumikan mayat dengan mengawet mayat tersebut Sistem tulisan hieroglif Perkembangan ilmu matematik Penciptaan kertas melalui pokok papyrus Seni bina piramid Sistem pemerintahan berbentuk Teokrasi Raja Naramsin digelar sebagai Raja Empat Penjuru Alam dan disembah sebagai Tuhan Terdapat zigurat iaitu tempat ibadat,pusat perdagangan dan pusat menyimpan khazanah Negara Tulisan berbentuk cuneiform (pepaku) Karya terkenal ialah Epik Gilgamesh Kod undang-undang Hammurabi Perkembangan bidang astronomi Perkembangan bidang perubatan Penciptaan roda Pembuatan batu-bata daripada tanah liat Seni bina Taman Tergantung Babylon Pembinaan empayar pertama di dunia

Huraian peta i-Think Segala aspek kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan bermula daripada pencapaian cemerlang hasil daripada kewujudan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesopotami, Tamadun Mesir Purba, Tamadun-----------------. Tamadun bersifat universal, maka itu terdapat pelbagai istilah dan pengertian tamadun mengikut perspektif yang berbeza. Menurut perspektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satu sistemmasyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atauproduktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, system politik, pengetahuan dan seni. Arnold Toynbee di dalarn bukunya A Study of History menjelaskan bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Beliau menambah lagi tamadun ialah "satu kumpulan pemikiran dari berbagai bagai manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.[footnoteRef:1] Menurut perspektif Islam pula, Teuku Iskandar di dalam Kamus Dewan mencatatkan pengertian tamadun sebagai kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun dan sebagainya.[footnoteRef:2] Secara amnya, tamadun diertikan sebagai pencapaian manusia dalam pelbagai aspek yang merangkumi lahiriah mahupun rohaniah. [1: M.A.J. Beg, Ibid. h.2. *(M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, Kuala Lumpur; The University of Malaya Press, 1980)] [2: Teuku Iskandar, Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (1970). h.1169 ]

Tamadun terawal di dunia iaitu tamadun Mesopotamia telah menunjukkan kehebatan dan kemegahan negara kotanya apabila Raja Sargon membina kerajaan Akkad yang merupakan empayar yang pertama di dunia. Dalam sistem pemerintahan tamadun Mesopotamia, sistem teokrasi digunakan yang mana pemerintahnya dianggap sebagai wakil Tuhan namun begitu rakyat tidak menyembah pemerintah sebagai Tuhan kecuali pada zaman pemerintahan Raja Naramsin yang digelar sebagai Raja Empat Penjuru Alam kerana menganggap dirinya terlalu agung. Selain itu, ziggurat iaitu tempat ibadat,pusat perdagangan dan pusat penyimpanan khazanah negara. Hal ini jelas membuktikan bahawa sejak zaman awal lagi, manusia Mesopotamia sangat menyanjungi tamadunnya sehingga mereka meletakkan khazanah negara ke dalam ziggurat sebagai gambaran kepada generasi tamadun yang seterusnya akan keagungan dan kemegahan tamadunnya suatu ketika dahulu. Sistem tulisan cuneiform iaitu yang berbentuk pepaku yang dicipta oleh manusia Mesopotamia untuk merekodkan segala urusan pentadbiran negara. Tamadun mesopotami mempunyai karya kesusasteraan yang unik dan tertua di dunia iaitu Epik Gilgamesh yang menceritakan tentang falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia seperti wira Gilgamesh yang memiliki unsur 2 per 3 tuhan, 1 per tiga manusia, berwajah tampan dan bertubuh sasa berserta kekuatan dan keberanian[footnoteRef:3]. Ia juga menceritakan tentang percintaan,kehidupan kekal abadi dan kesaktian. Pada sekitar 1772 SM, Raja Hammurabi iaitu Raja Babylon yang keenam telah memperkenalkan Kod undang-undang Hammurabi yang mengandungi 282 undang-undang, dengan hukuman berskala, menyesuaikan "mata ganti mata, gigi ganti gigi"[footnoteRef:4] namun mengikut status sosial. Di samping itu, tamadun Mesopotamia Berjaya dalam bidang astronomi iaitu sistem kalendar berasaskan sistem solar misalnya terdapat 12 bulan dalam setahun. Terdapat perkembangan dalam bidang perubatan semasa Kerajaan Assyria iaitu sebanyak 500 jenis ubat termasuk herba dan ramuan dan cara pemakaiannya telah dikatagalogkan dan disimpan sebagai panduan sehingga kini. Selain itu, manusia Mesopotamia berjaya mencipta roda yang digunakan sebagai penggerak kereta kuda dalam peperangan dan sebagai kincir air bagi mengairi kawasan pertanian yang tandus. Di samping itu, terdapat pembuatan batu-bata daripada tanah liat. Terdapat juga seni bina yang mengkagumkan seperti Taman Tergantung Babylon. [3: George, Andrew R., trans. & edit. (1999). The Epic of Gilgamesh. England: Oxford University Press] [4: Gabriele Bartz, Eberhard Knig, (Arts and Architecture), Knemann, Kln, (2005), ISBN 3-8331-1943-8. The laws were based with scaled punishments, adjusting "an eye for an eye" depending on social status *(he Code of Hammurabi, J. Dyneley Prince, The American Journal of Theology Vol. 8, No. 3 (Jul., 1904), pp. 601609 Published by: The University of Chicago Press Stable URL: http://www.jstor.org/stable/3153895)]

Seterusnya, Tamaadun Mesir purba yang diasaskan dari tahun 3200 SM hingga 332 SM. Pemerintah Mesir Purba iaitu raja digelar sebagai Firaun atau Pharaoh. Pada zaman lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus. Berikutan dinasti ketiga pula,firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan Matahari iaitu,Amon-Re. Bidang kuasa firaun tertakhluk kepada ketua hakim,ketua pahlawan, pemilik tanah dan ketua pendeta. Dalam pemerintahan Mesir Purba, martabat wanita dijulang apabila kaum wanita diiktiraf sebagai pemerintah. Sebagai contoh, Firaun Hatshepsut sebagai pemerintah empayar. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Mesir Purba berfikiran terbuka iaitu tidak stereotaip dan tidak memandang rendah kebolehan kaum wanita. Dalam era pemerintahan Firaun Hatshepsut, pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur memperlihatkan bahawa kebolehan wanita setaraf dengan pencapaian kaum lelaki. Berdasarkan konsep politisme yang dianuti oleh sebilangan besar masyarakat mesir purba, mereka telah menemui cara untuk mengebumikan mayat iaitu dengan mengawet mayat tersebut.

Sistem tulisan hieroglifPerkembangan ilmu matematikPenciptaan kertas melalui pokok papyrusSeni bina piramid