Benci Tapi Rndu-nvel

  • Upload
    esyaz

  • View
    277

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    1/173

    "Kak Farah!!!!!!!!""Makkkkkk!!!!""Hehehe... apa daaa Kak Farah ni. Suka beno jerit mak. Sapa mak tuh aaa. Apsal takjerit ibu?"Farah memanggil emaknya dengan panggilan ibu."Bakal mak mertua laaa, hehehe.""Ooo... Kak Farah nak kawin... Kak Farah nak kawin.""Apsal panggil Kak Farah?"

    "Alamak. Lupa lak. Ada call untuk Kak Farah.""Sape?""Tah. Tak tanya. Tapi dia speaking.""Ok."

    "Hello.""Hello. Miss Farah Aliya Hamzah?""Yes."

    Rupa-rupanya call dari company yang dia pergi interview minggu lepas, dipanggiluntuk secondinterview. Minggu lepas dia ke company tersebut untuk interview, alih-alih kenabuat test. Dah la

    dia tak prepare apa-apa pun. Mula-mula kena buat IQ test dan kemudian kena karangesei dalam bahasaInggeris, dari tajuk yang diberikan, semuanya yang berkaitan dengan teknologi.Diorang cakap yangberdasarkan test tersebut, diorang akan dipanggil untuk second interview. Tapiselepas Farah hantaresei bertajuk 'Technology in the future', diorang panggil dia kejap. Nak katainterview, tak formalpun, sekadar berborak-borak, tanya pasal latar belakang dia, minat dia, apa diapunya future plan.Farah pun tak pasti apa jawatan dua lelaki yang berborak dengan dia tu. Sorang tuhdah beruban putihrambut, sorang lagi boleh dikatakan masih muda, mungkin dalam awal 30-an kot.

    Dah 2 bulan Farah menganggur. Sebelum ni dia dah bekerja selama 6 bulan katKuantan, tapi disebabkankesihatan dia yang kurang baik, dia dinasihatkan supaya melepaskan jawatannya.Lagi baik daridiberhentikan. Lagipun, family Farah pun minta dia berhenti, sebab bimbang pulaFarahsorang-sorang kat Kuantan tu, saudara takde. Tensen juga pada mulanya, dah la kenaberenti keja,duit pulak banyak habis bayar kos perubatan. Nak buat camne, kena buat follow uptiap-tiap minggukat hospital pakat. At last selepas berbulan dia berulang-alik, beribu dah habis,dia pun pulih,

    walaupun bukan 100%. Tapi, at least doktor menyatakan yang penyakitnya takmerbahaya. Lega... takutjuga masa nak menunggu keputusan tu.

    Sekarang ni Farah sibuk nak cari kerja. Kalau tak dapat, macammana nak bayar ketabulan depan. Malula nak pinjam duit dengan ibu. Dua simpanan pun dah hampir habis, bayarinstallment kereta danbelanja perubatan. Dah berpuluh-puluh resume Farah hantar, tapi yang panggilinterview setakat nibaru je 4 tempat. Selepas interview, senyap je, tak dapatlah tu. Jadi, bila dia

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    2/173

    dipanggil untuksecond interview ni, Farah tak adalah berharap sangat. Dah lali dah. Tapi pergi jelah, mana tautuahnya kat situ.

    "Hello.""Hello.""Mak Lang, Farah ada interview Jumaat nih."

    "Kat mana?""Kat Taman Tun.. Alaaa.. yang company Farah gi interview last week.""Ooo... Diorang panggil lagi yek?""Ha'ah. Budak-budak camne nih?" tanya Farah. Sebenarnya Farah menumpang di rumahmakciknya di KL,senang nak pergi interview kerja. Kebetulan pula, pembantu rumah makciknya balikke Indonesia2 minggu lepas, mak dia sakit. Jadi Farahlah yang kena jady babysitter dua oranganak makciknya buatsementara ni. Dua-dua dah sekolah, jadi tak adalah susah kerja dia. Yang sulung,Mira, form 1, danadiknya, Kimi, darjah 2."Ermmm.. Interview kul baper?"

    "Kul 3 petang.""Farah drive ke pegi sana?""Tak kot, naik Putra, pas tuh ambik cab. Tak tau sangat jalan nak gi sana.""Ermmm.. Tengoklah camne. Mak Lang amik half day kot. Tak pun Farah hantar bebudaktuh kat umahMakcik Hana," kata Mak Lang. Makcik Hana merupakan sepupu Mak Lang, merangkap maksepupu Farah lah."Ok."

    Selepas Farah meletakkan telefon, dia terus melepak di atas sofa di depan tv.Remote Astro di tanganditekan-tekan, mencari rancangan yang best. Akhirnya Channel 61 juga menjadipilihannya, Disney

    Channel. Dia memanggil sepupunya.

    "Kimi!!!!! Citer Art Attack!" laung Farah, tau saja cerita favourite sepupunya.Tak lama kemudian Kimi turun ke bawah."Yang mana arrr Kak Farah? Yang baru ke?" tanya Kimi, duduk meniarap di atascarpet menghadap tv."Tak tau arr. Kak Farah lom tengok lagi yang ni.""Kimi pun lom tengok la yang ni," kata Kimi, selepas beberapa saat.

    Tengah syok Farah tengok tv, telefon berbunyi.

    "Hello.""Hello. Farah, ibu ni."

    "Ye ibu cayang, hehehe.""Farah kena panggil interview yek?""Uih! Cepatnya berita sampai.""Biasa la, network ibu kan power.""Hehehe. Mak Lang cakap la nih.""Apsal tak kasik tau ibu?""Alaaa.. dapat interbiu je bu, bukan dapat keja.""Awat cam tak confident je nih?""Hmmm.. takde arrr. Tak mau berharap sangat. Kang frust lak.""Company mana?""Company yang Farah gi last week tuh. Yang kena wat test tuh."

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    3/173

    "Oooo.. Diorang panggil lagi sekali yek?""Ha'ah! Ari tuh kan wat test jer. Diorang cakap nak panggil based on test result.""Bukan ke ari tuh diorang dah interbiu?""Ermm.. Ari tuh diorang saja panggil nak berborak je. Farah ngan mamat lagi sorangdiorang panggilajak borak ari tuh. Tak formal pun. Borak kat lounge jer.""Ramai ke yang gi test tuh baru nih?""Ada la dalam 10 orang kot. Tak tau la kalau ari lain ada lagi. Yang skali ngan

    Farah 10 orang arr.""Position apa?""Software Engineer."

    Farah berborak sekejap dengan ibunya sebelum meletakkan telefon. Dia memangsengaja tak bagitau ibusebab takut nanti tak dapat, frust la pulak. Mak Lang pun dia terpaksa cakap,sebab budak-budaktakde orang jaga nanti. Tapi biasalah, kalau cakap kat salah-sorang je, habis satufamily taulah.Nanti adalah pakcik ngan makcik dia yang telefon tanya. Biasalah tu, Farah memangrapat denganmereka semua. Tapi pakcik makcik sebelah ayah dia tak kenal sangat, tambahan lagi

    ibu dan ayah dahbercerai, dan dia dah bertahun-tahun tak jumpa ayahnya.

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------

    Selepas menghantar Mira dan Kimi ke rumah Makcik Hana, Farah memandu keretanya keTaman Tun. Diaambil keputusan nak drive ke sana. Lagipun semalam dia dah survey jalan ke companytersebut, jadiconfident la sikit nak drive ke sana. Balik interview nanti bolehlah dia ambikterus sepupu-sepupudia.

    Sampai di company tersebut, Farah mencari ruang untuk park keretanya. Susah juganak dapat parking,setelah 2-3 kali berpusing, barulah dapat parking. Dia berjalan ke bangunan dimana letaknya companytersebut. Berdebar-debar nak pergi interview. Bukannya tak biasa interview kerja,dah banyak kali,tapi setiap kali mesti berdebar.

    PINGG!!!!!

    Bunyi hon kereta menyebabkan Farah terlompat ke tepi. Tak sedar dia berjalan ditengah jalan,

    asyik sangat berfikir pasal interview yang bakal tiba. Farah berpaling ke arahSatria GTI yangmenekan hon sebentar tadi, dengan niat untuk mengangkat tangan tanda meminta maaf.Malangnyapemandu tuh terus tekan minyak dengan kuat, marahlah tuh konon. Farah sempattengok sepintas lalusaja pemandu GTI tu.

    'Macam kenal je. Hmmm.. Silap kot. Bukan nampak sangat pun muka,' Farah berfikir-fikir sendiri.

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    4/173

    Farah berjumpa dengan receptionist untuk bertanyakan tentang appointment interviewnya. Dia sampai10 minit lebih awal, jadi sementara tu dia duduk di sofa, sambil membelek-belekmagazine yang adadi situ. Otaknya masih berfikir tentang driver GTI tadi. Betul ke budak tu? Farahtau dia kerja diKL juga, tapi tak tau dia area mana. Farah tiba-tiba teringat kawan-kawannya.Sejak habis belajar,

    Farah jarang berhubung dengan kawan-kawannya. Tambahan pula dia kerja di Kuantan,lagilah susahnak contact. Dia ada di KL ni pun dia tak bagitau kawan-kawannya yang lain. Hmmm..Nantilah diacontact, mana tau kot-kot kawan-kawan ada tau pasal peluang kerja.

    "Hi, Farah?" tiba-tiba ada suara lelaki menegur Farah, menyedarkan dia darilamunan."Hi," Farah bangun berdiri sambil tersenyum, dan menyambut huluran tangan lelakitersebut untukberjabat tangan."Have you been waiting for long?""Not really."

    "Please follow me."

    Farah mengekori lelaki tersebut ke sebuah bilik. Lelaki tersebut salah seorangyang berborakdengannya semasa dia ke hadir ke company tersebut minggu lepas untuk buat test.Bila dia masuk kedalam bilik, ada dua orang yang menunggu. Seorang tu lelaki yang dah berumur, yangFarah jumpa masadatang minggu lepas, seorang lagi perempuan yang juga dah berumur.

    "Hi, Farah, have a seat please.""Thanks.""We meet again," kata lelaki yang dah berumur.

    "Yes.""First of all, let me introduce ourselves. I'm Encik Ramli, manager of the R&Ddepartment, this isMr Corrie, and this is Puan Fatimah, our project managers," Encik Ramlimemperkenalkan diri mereka.

    Selama lebih kurang 40 minit sessi soal jawab pun bermula. Mula-mula Farah agakgugup, tapi kemudianperbualannya makin lancar. Biasalah kalau masa interview, soalan yang ditanyakansemuanya lebihkurang. Latar belakang akademik, kenapa ambil bidang ni, sebab apa berminat dengankerja yangditawarkan, sanggup ke kerja overtime jika diperlukan, bersedia tak untuk kerja

    under pressure,boleh ke nak menyesuaikan diri dengan pekerja-pekerja lain yang berbilang bangsa,apa kelebihan dankelemahan yang ada pada diri sendiri, kenapa berhenti dengan kerja yang sebelumni, bila boleh mulakerja dan macam-macam lagilah. Sambil tu mereka juga memberi peluang pada Farahuntuk bertanyakansoalan. Jadi Farah pun mengambil peluang untuk bertanya dengan lebih lanjuttentang jawatan yangditawarkan, apa sebenarnya company ni buat dan benefit yang disediakan untukpekerja.

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    5/173

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    6/173

    "Ha??!!! Kat mana? Bila? Ko memanglah, bukannya nak bagitau.""Aku start keja Isnin nih. Kat Taman Tun.""Oits! Dekatlah ngan opis aku. Eh! Bila ko berenti ke keja kat Kuantan tuh?""Lama dah berenti. Dua bulan dah. Opis ko kat Damansara kan?" tanya Farah."Dua bulan??? Apsal ko berenti? Dahlah member-member semua tak tau citer pasal ko.Senyap jeakhir-akhir nih. Ingat ke dah kawin dah.""Hehehe.. Nak kawin ngan sapa gak. Mana der boifren. Sorrylah tak contact korang.

    Aku sakitlah.""Sakit? Sakit apa? Apsal kitorang tak tau?""Nantilah aku citer lain kali.""Okay. Nanti kita kuar ramai-ramai ngan yang lain yek.""Set. Aku pun dah lama tak jumpa budak-budak tuh. Rindu gak nak berkumpul. Apaciter arr bebudak tuhsemua?""Ko tau dak Ayin dah pregnant.""Ha!!! Pregnant dah Ayin? Hak hak hak.. Fitri nak jadik bapak budak lah yek. Camtak caya je aku.Diorang duk mana aaa?"Farah tumpang seronok dengar kawannya nak menimang anak. Zarina dan Fitri kedua-duanya kawannya masa

    kat universiti dulu, tapi Fitri tu senior lah, Zarina je yang satu batch."Diorang duk USJ. Aku pun bantai gelak masa dia bagitau aku. Edlin still katMotorola lagi.""Ermm.. Budak-budak laki apa citer lak?" tanya Farah."Yang rajin contact aku si Zahid la. Dia nyer opis kat PJ. Dia duk serumah nganKaer ngan Adam. Eh!Tak silap aku Adam keja kat Taman Tun gak.""Ha? Mamat tuh keja kat Taman Tun gak? Ish! Punyalah besar Malaysia nih, kat situgak dia nak keja.Eh! Jap, dia pakai GTI yek?""Ha'ah! Mana ko tau?""Hmmm... Aku rasa dialah tadi yang nyaris nak langgar aku. Awal-awal dah carikpasal. Aku ingat

    takyah dah tengok muka dia pas abih blajar nih. Tensennya aku," geram nada suaraFarah."Wargh..Wargh..Wargh.. Memang ada jodoh la korang dua orang nih. Dari dulu sampaisekarang taklehberpisah.""Uwekkk!!! Tak ingin aku ngan mamat sewel tuh. Aku lagi rela membujang sampai tua.Lagipun, awekkesayangan dia tuh nak campak mana lak.""Ko tak tau ke? Dia dah break ngan awek dia. Balik Malaysia tak sampai sebulanterus break," Nurulbercerita."Buat apa gak aku nak amik tau pasal dia. Break dah? Padan muka. Mana ada pompuannormal yang boleh

    tahan ngan dia. Dulu boleh la jauh, terpisah ngan lautan. Bila dah dekat nih, barupompuan tuh kenalsapa sebenarnya Adam tuh.""Ko nih kan Farah, kalau Adam tuh memang semua buruk. Zahid citer kat aku, bukanpompuan tuh yangdump Adam, tapi Adam yang dump pompuan tuh.""Ah! Pedulilah pasal dia. Malas aku nak dengar citer dia. Anding keja kat ner arr?Dia ngan Edlinbila lak nak kawin?""Anding keja kat company bapak dia la. Busy je manjang dia tuh, asyik outstationoversea je. Tak tau

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    7/173

    lak bila dia ngan Edlin nak kawin. Takde dengar citer lagi.""Oooo... ko ngan Azlan lak bila lagi? Hehehe.""Tak tau la Farah. Mamat tuh tak penah citer pun pasal future. Nak kawin ngan akuke idak tah diatuh.""Carik lain jer lah, hehehe," gurau Farah, tapi serius gak sebenarnya. Dia takberkenan sangatdengan boifren si Nurul tuh. Dia tak pernah la cakap direct, terasa lak member tuh

    kang."Pandai la ko. Kata kat orang. Ko tuh, dah ada boifren lom? Sampai bila nak singlemingle ha? Oranglain dah beranak-pinak dah.""Aku? Hehehe.. Takde orang nak.""Blahlah, ko tuh yang jual mahal.""Abih, takkan nak jual murah kot," jawab Farah. Memang dia takde pengalamanlangsung babcintan-cintun nih. Tapi selalu lak jadi penasihat orang bercinta, pelik betul."Eh! Tak ke jauh ko nak ulang-alik Ampang ngan Taman Tun tuh? Jem lak tuh.""Dah nak wat camne. Terpaksa la.""Kita carik umah sewa nak," ajak Nurul. Dia pun duduk menumpang rumah makciknya diSri Damansara.

    "Menarik gak tuh. Nanti la kita jumpa. Discuss semula.""Oraits. Bila nak jumpa?""Weekend nih takleh arr. Ermm.. Opis ko dekat Damansara jer kan. Nanti la kitajumpa pas kerja.""Set."

    Selepas berborak panjang dengan Nurul, Farah ke ruang tamu, duduk bersama keluargaMak Lang yangsedang menonton tv. Mereka berbincang tentang Mira dan Kimi. Farah dah mula kerja,sape nak jagadiorang, maid Mak Lang tak tau bila balik. Kata putus diambil, atuk dengan nenekdatang KL, jagabudak-budak tuh buat sementara waktu. Farah turut bagitau yang dia nak carik rumah

    sewa dekat denganarea ofisnya, bersama Nurul. Nasib baiklah family dia kenal Nurul, jadi senanglahsikit nak mintakkebenaran ibu untuk tinggal di rumah sewa.

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------

    Hari pertama kerja di company baru.

    Pagi lagi Farah bertolak dari Ampang untuk ke Taman Tun. First day kerja, manaboleh sampai lambat,bad impression la pulak kang. Farah memandu keretanya melalui lebuhraya

    bertingkat, kemudian keluarke Jalan Tun Razak, terus hingga ke Jalan Kuching dan tembus ke Sprint, hinggalahsampai ke TamanTun. Dah park kereta, Farah melihat jam di tangannya. Laaa.. Baru kul 8.15. Awalsangat la pulaksampai. Nak buat apa nih yek. Nak tunggu sampai kul 9. Nak pergi breakfast, takbest lak makansengsorang. Lagipun dia tak lalu nak makan, sebab berdebar sangat. Untukmenghabiskan masa, Farahmembaca komik Garfield yang memang sengaja disimpan dalam kereta, in case ofemergency macam ni lah.

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    8/173

    10 minit sebelum pukul 9, Farah pun berjalan menuju ke ofis barunya. Aiseh! Takboleh masuklahpulak, pintu masih kunci. Kalau nak masuk bukan time office hour, kena pakaiaccess card dan key inpin number. Jadi Farah pun duduklah kat situ, menunggu jam 9.

    Tiba-tiba ada seorang lelaki yang agak familiar mukanya berjalan menuju ke arah

    Farah. Sampai jedi sisi Farah, lelaki tu pun menegurnya.

    "Hai.""Hai.""You datang interview sekali ari tuh kan?""Ha'ah. You pun dapat yek?""Yup. Sorry la, forgot your name.""It's okay. Farah. And you are?""Faizal, but you can call me Bob. Rasa peliklah kalau orang panggil Faizal,hehehe.""Okay. Hmm.. Bila diorang offer you keja?""Last Friday. Terkejut jugak. Ingatkan diorang panggil interview. Tapi lepas abih

    interview jer,Encik Ramli hulur tangan, cakap congrats, dapat keja.""Samalah kita. Farah pun terkejut gak masa dia cakap dapat keja tuh. Cam takpercaya je.""First job ke nih?" tanya Bob."Taklah, before this keja kat Kuantan. Lepas tuh berenti, sempat la nganggur 2bulan. Bob?""First job nih. First interview terus dapat. Berdebar nih nak start keja.""Bertuahlah tu, takyah nganggur lelama. First interview terus dapat. Alaa.. Farahyang dah penahkeja pun berdebar nih nak masuk tempat baru," kata Farah. Hmmm... Bob mesti lagiberdebar, firsttime kerja.

    "Nasib baik Farah ada, tak adalah sengsorang budak baru."

    Tak lama kemudian receptionist sampai.Dia mempelawa Farah dan Bob duduk di sofa didalam ofis,sementara menunggu Encik Ramli. Sempatlah Farah dan Bob berborak dulu, jadi sessisuai kenal pulak.Masa interview ari tuh mana ada masa nak bercakap, setakat senyum jelah. Lebihkurang pukul 9.15,Encik Ramli dan Puan Fatimah muncul.

    "Apa khabar?" tegur Encik Ramli. Barulah dengar dia cakap melayu. Masa interviewhari tuh memang100% guna english.

    "Baik," jawab Bob dan Farah serentak."Come, I'll show you your place."

    Mereka berdua mengekori Encik Ramli dan Puan Fatimah, sampai ke sebuah pintu yangtertutup. EncikRamli menggunakan access card untuk membuka pintu. Mereka masuk ke sebuah bilik.Ada lebih kurang15 biji komputer dalam bilik tersebut, dan dua buah bilik lain. Ada lagi satupintu di sudut lainbilik.

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    9/173

    "Ni tempat kamu berdua," Encik Ramli menunjukkan ke arah dua meja sebelah-menyebelah, yangmasing-masing mempunyai PC pada Farah dan Bob. Meja-meja lain masih kosong,kecuali meja yangmembelakangi meja Bob, ada seorang perempuan duduk di situ."Nih Mas, salah sorang Software Engineer kat sini. Yang lain-lain belum datanglagi."Mas berdiri dan menghulurkan tangan pada Farah dan Bob sambil tersenyum.

    "Mas.""Farah.""Faizal."Masing-masing memperkenalkan diri. Mas kemudian kembali duduk menghadapkomputernya."Form yang saya kasik hari tu ada bawak tak?" tanya Encik Ramli."Ada.""Okay, ikut saya."Encik Ramli masuk ke salah satu bilik yang ada dalam tu, diikuti oleh Farah, Bobdan Puan Fatimah.Mereka kemudian dijemput duduk kat kerusi yang ada. Encik Ramli pun kemudian bagibriefing tentangtugas mereka di situ, dan kadang-kala disampuk oleh Puan Fatimah. Dia juga

    menerangkan tentangtempoh percubaan, selama 6 bulan, office hour, access card yang akan diberikankemudian, cutitahunan, cuti sakit, claim, dan juga menjawab soalan-soalan dari Farah dan Bob.Kemudian diamemberikan surat perjanjian pada Farah dan Bob, ada dua salinan, satu untukpekerja, dan satudiberikan kembali pada Encik Ramli. Encik Ramli memberi peluang Farah dan Bobmembaca suratperjanjian tersebut, yang turut menyatakan gaji mereka semasa tempoh percubaan.Setelah berpuashati, Farah dan Bob menandatangani surat perjanjian tersebut.

    Mereka keluar dari bilik Encik Ramli. Bilik yang satu lagi yang tadinya gelap danpun terang.Di ruang utama pun dah kelihatan 2-3 orang pekerja lain, selain daripada Mas. TapiEncik Ramli takmemperkenalkan mereka, sebaliknya dia terus keluar melalui pintu yang lagi satu,bukan pintu merekamasuk mula-mula tadi. Kali ni Puan Fatimah tak ikut sekali.

    Encik Ramli kemudian membawa mereka ke sekeliling bangunan pejabat empat tingkattersebut. Merekadi bawa berkenalan dengan staff dari department-department lain. Bukan boleh ingatpun semua nama,punyalah ramai. Mr Freddy, manager company mereka bekerja, tak ada di pejabat. Dia

    memang jarang dipejabat, banyak urusan di luar. Akhir sekali mereka di bawa berjumpa denganreceptionist yang merekadah kenal tapi tak tau nama. Receptionist yang bernama Rosma menyerahkan accesscard pada Farah danBob, beserta dengan pin number untuk main door. Tiap orang ada pin number yangberlainan.

    Mereka dibawa kembali ke bilik mereka mula-mula masuk tadi, yang bakal menjadiofis baru mereka.Kali ni hampir semua meja dah berpenghuni.

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    10/173

    "Morning," kata Encik Ramli."Morning," jawab yang lain, mengangkat kepala memandang ke arah Encik Ramli, Farahdan Bob.

    Serentak dengan itu, mata Farah bertentang dengan sepasang mata yang amatdikenalinya. Senyuman yangtadinya terpamer di bibir pemilik mata tersebut sekelip mata hilang sebaik saja

    terpandang mukaFarah. Keciknya dunia ni. Macammana lah aku boleh satu ofis dengan dia nih. Satudepartment pulaktuh.

    "Saya nak introduce 2 orang staff baru kita. This is Cik Farah Aliya, and yang niAhmad Faizal.Care to introduce yourself guys?"

    Farah mengikut Bob berjalan ke arah semua staff di situ. Mereka memperkenalkannama masing-masingdan berjabat tangan. Mr Corrie pun ada sekali dengan mereka.

    "Linda.""Hanif.""Vince.""Siew Yoon.""Rajan.""Asyraf."

    Adam yang paling last sekali. Selepas Bob berjabat tangan dengan Adam, tinggalFarah bertentangdengan Adam."Hi Cik Farah," Adam menghulurkan tangannya, senyuman sinis menghiasi bibirnya.Farah denganterpaksa menyambut tangan Adam. Adam memicit kuat tangan Farah yang tenggelam

    dalam tangannyayang lebih besar. Berkerut dahi Farah menahan sakit. Dia menggigit bibir, menahandirinya dariberkata sesuatu. Sabar Farah, sabar. Takpe, mentang-mentang aku baru, tak bolehnak kata apa."Hi," akhirnya dia berkata."It's nice to meet you again Cik Farah," Adam melepaskan tangan Farah.Yeah! Right! Nice konon. Sampai nak patah jari aku. Tapi Farah control macho.Kononnya tak sakitlahtangan dia."You two knew each other?" tanya Vince."Yup," jawab Adam sepatah."Of course. You pun grad from UK kan Adam. Kat mana arr?"

    "Same university with Cik Farah. Same course. But bukan tu saja. She's also myschoolmate."Farah hanya mendiamkan diri, geram dengan nada suara Adam yang begitu menyakitkanhati. Tapi, oranglain tak perasan pun, dia jer yang perasan. Maklumlah, memang dia kenal sangatdengan mamat sewelni."Sekolah menengah ke?""Both sekolah menengah and sekolah rendah. In fact, kitorang satu kampung. Andnow, we meet again,same office pulak. Unfortunately," perkataan akhir tersebut ditujukan buat telinga

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    11/173

    Farah sorangsaja, yang lain tak dengar pun.Farah menahan geram. Macamlah aku nak sangat kerja satu ofis dengan dia. Kalau akutau lah mamat nikerja kat sini, jangan harap aku mintak dulu. Ah! Tapi, apasal lak aku naklepaskan peluang kerjasebab mamat nih. Buat rugi aku jer. Lantak dialah. Aku nak kerja gak, bukan diasorang je. Jadi

    Farah memaksa senyuman tak ikhlas di bibirnya."So you guys nih kawan lama la. Long history you got there," sampuk Puan Fatimah."Wah! Seronoklah yek, satu opis ngan kawan lama. Very lucky," kata Linda."Ha'ah, very lucky," Adam memandang Farah, bibirnya tersenyum, tapi matanyamemandang tajam ke arahFarah, menyampaikan mesej yang berlawanan. Aiseh! Nyampah betullah, kalau gaduhngan Adam, memangtak boleh pandang mata, nanti mesti kalah. Mamat nih pun tau jer kelebihan dia,selalu gunakan matadia nak kalahkan aku.

    Encik Ramli mengambil-alih semula perbualan kemudiannya. Seperti dah dimaklumkanhari Jumaat lepas,

    Puan Fatimah dan Mr Corrie merupakan project managers, mereka berdua duduk dibilik yang lagi satutadi, sebelah bilik Encik Ramli. Vince dan Asyraf senior engineer di situ, Rajanmerupakantechnician, dan yang lain-lain engineer seperti Farah dan Bob.

    "Okay, back to work guys. Kita sambung sessi suai kenal lunchtime nanti. Kita kuarmakan sekali tauari nih. Farah, Faizal, nanti Rajan setup korang punya PC. Jumpa jap lagi ok."

    Farah mengambil tempatnya, sementara menunggu Rajan set up PC Bob. Lepas tu baruset up PC Farahpulak. Fuh! Nasib baik dia duduk membelakangi mamat sewel tuh. Tak payahlah

    menghadap muka dia nakbuat kerja, kalau tak mesti hilang mood nak buat kerja. Selepas PC dah di set upoleh Rajan, Farahdan Bob menghabiskan masa surf internet. First day biasalah, mana ada keja.

    Sementara itu, Adam yang duduk selang dua meja dari Farah, memandang belakangFarah. Dalam hatinyamenyumpah-nyumpah. Minah kerek nih, takde tempat lain ke nak mintak keja. Punyalahbanyak kerja katMalaysia nih, kat sini gak dia nak keja. Encik Ramli pun satu, apsal la amiksangat minah kerek tuhkeja kat sini. Buat ilang mood aku je nak keja.

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------

    Flashback...

    Sebenarnya Farah dengan Adam dah kenal lama. Dari kecik lagi. Duduk pun satukampung. Walaupun takadalah berjiran, tapi setakat nak jalan kaki dari rumah Adam ke rumah Farah tu taksempat berpeluhlah. Mereka selalu juga bermain sama-sama masa kecik. Pergi sekolah pun naik satuvan. Masa di

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    12/173

    akhir-akhir sekolah rendah, mereka mula renggang. Maklumlah, masa tuh ada gengsendiri la katsekolah, tengah meningkat remaja.

    Masa nih mereka takdelah bergaduh lagi. Tapi Farah yang agak sihat badannya masatuh, selalulah jadimangsa kutukan kawan-kawan Adam. Adam pun turut mengutuk sama, nanti kalau dia takkutuk,

    kawan-kawan dia mesti kutuk dia pulak. Biasalah budak-budak masa tuh, mana retinak jaga perasaanorang. Depan kawan-kawan aje dia kutuk Farah, nak jaga imejlah konon. Maklumlah,masa tuh dia gengglamer. Pengawas sekolah, wakil sekolah bola sepak, dah la cute, mestilah semuaorang kenal. Jadimalulah nak kawan dengan Farah. Farah pun glamer gak sebenarnya, sebab dia budakpandai, kiranyabest student kat sekolah dioranglah. Tapi dia glamer sebab akademik, jadi taklehmasuk geng denganAdam dan kawan-kawannya.

    Farah tak pernah menangis bila diorang panggil dia badak, gajah, beruang. Dia buat

    tak tau jer.Tapi balik rumah, dia menangis sorang-sorang dalam bilik. Dia tak kisah sangatkalau orang lain yangmengata kat dia, walaupun terasa gak, tapi tak sakit hati sangat. Tapi dia sedihsangat bila Adampun turut sama mengata dia, padahal diorang memang kenal dari kecik lagi.

    Masuk sekolah menengah, mereka masih di sekolah yang sama, tapi kelas berlainan.Farah berusahamenguruskan badannya. Kalau dia tekad nak buat sesuatu, dia akan berusaha hinggaberjaya, kuatsemangat dia nih. Hari-hari dia jogging, ditemani kawan baiknya Anis. Makan pundia jaga. Bila

    sessi persekolahan bermula, dan Farah menjejakkan kaki ke sekolah baru, dia dahberjaya menguruskanbadan. Tapi personaliti dia pun berubah. Dari seorang yang manja, dia dah bertukarjadi brutal.Rambutnya yang lebat dan panjang, dipotong pendek seperti lelaki. Lepas tu diamula aktif dalamsukan, tak macam sekolah rendah dulu.

    Walaupun tak bergaduh, Farah dan Adam dah tak bertegur sapa. Adam bila masuksekolah menengah, masihmengekalkan glamour dia. Maklumlah, budak cute. Ramai la yang nak berkenalanlah,nak jadikan adikangkatlah, baru form 1, jadi adik angkatlah, takleh jadi abang angkat lagi. Farah

    makinlah meluatdengan Adam, walhal bukan salah Adam pun. Tapi dia masih sakit hati dengan Adamyang menyisihkan diadulu, dan mengata dia, pastuh, bukan nak mintak maaf pun.

    Salah seorang dari kawan baik Farah, Lina, minat gila kat Adam. Farah yang sakithati kat Adam, takadalah nak halang. Jadi dia terpaksa la sedekahkan telinga dia, dengar ceritapasal Adam. Hari-haridia tau perkembangan pasal Adam. Apa Adam buat, apa Adam makan. Kalau Adam tegurdia, tersengih satu

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    13/173

    hari la minah tuh. Makin lama makin baiklah pulak Lina dengan Adam. Lina punyalahhappy dapatrespond baik dari Adam, padahal satu sekolah tau Adam nih tak layan sangat budakpompuan nih, tapidengan Lina Adam layan.

    Sebenarnya, Adam berbaik dengan Lina, sebab dia nak berbaik dengan Farah. Dia naksambung balik

    persahabatan mereka dari kecik dulu. Dia rasa menyesal pulak mengata Farah masasekolah rendah dulu,tapi dia tak terfikir pulak nak mintak maaf. Kalau mintak maaf kan senang, settleterus. Tapibiasalah, kecik-kecik dah pandai ego. Lagipun, bagi Adam, setakat mengata tuh,perkara kecik je, diatak tau yang Farah makan hati pasal tuh. Biasalah, belum matang lagi masa tuh.Adam pun tak terfikiryang cara dia nak berbaik dengan Farah, menyebabkan Lina terperasan yang Adamsukakannya.

    Satu hari, Lina menelefon Farah, sambil menangis.

    "Apsal ni Lina?""Adam... Adam... isk... isk..""Apsal lak ngan Adam?" tanya Farah, dia ingatkan ada sesuatu yang buruk menimpaAdam, bimbang jugadia. Walaupun dia terasa hati dengan Adam, tak adalah dia nak benda buruk terjadikat Adam."Smalam kan besday dia. Aku kasik la kad. Dalam kad tuh aku cakap kat dia aku sukakat dia. Pas tuhtadi dia jumpa aku. Dia marah-marah aku. Dia cakap dia tak suka pun kat aku.Dahlah masa tuh akusorang. Dia ramai-ramai ngan kawan-kawan dia. Kawan dia gelak je kat aku. Adamjahatttt... uhuk..uhuk..." cerita Lina, tersekat-sekat.

    "Dia buat camtuh kat ko? Siaplah dia aku kerjakan nanti.""Kau nak buat apa Farah?""Ko takyah taulah. Dia takleh lepas camtuh je buat kat kawan aku," kata Farah.Farah punya semangatsetiakawan nih memang tinggi. Pantang dia kalau ada orang kacau atau sakitkan hatikawan dia. Dahlahdia memang sakit hati kat Adam lama. Simpan jer selama nih, nak carik alasan jeuntuk meletup.

    Selepas memujuk Lina, Farah menelefon rumah Adam."Hello.""Hello. Abang Adi yek? Farah ni. Adam ada tak?" Farah memang kenal dengan keluargaAdam. Adi

    merupakan abang kepada Adam."Ooo.. Farah. Kejap yek.""ADAMMMMM!! TEPON!!!!" laung Adi."Hello.""Adam, aku nak jumpa ko kat air terjun.""Ha? Apsal nih?" tanya Adam, pelik tiba-tiba Farah telefon dia, padahal dah lamamereka takbercakap."Adalah. Nanti aku cakap. Sekarang tau," Farah terus meletakkan telefon, kemudianmenelefon Anis,nak ajak Anis teman dia jumpa Adam kat air terjun. Sebenarnya air terjun yang

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    14/173

    dimaksudkan oleh Farahbukannya besar sangat pun. Tak adalah orang berkelah. Kalau hujan baru ada air,tempat budak-budakselalu bermain, terletak di bukit berhampiran sekolah mereka.

    Adam berfikir sendiri. Nak pergi ke tidak, nak pergi ke tidak. Nih mesti pasalbudak Lina tuh. Huh!Lina tuh yang perasan. Bila masa tah aku cakap aku suka kat dia. Tiba-tiba cakap

    dia suka kat aku.Tah apa-apa tah. Hmmm..Kalau aku tak pergi, nanti Farah kata aku pengecut lak.Baik aku pegi, bukansalah aku pun, si Lina tuh yang perasan lebih.

    Adam menunggang basikalnya, menuju ke tempat yang dijanjikan. Sebelum tu diasinggah dulu di rumahkawannya,Shahril, ajak Shahril pergi bersama. Sampai di kawasan air terjun yangtakde air tuh, sebabhujan lama dah tak turun, tengok Farah dan Anis dah menunggu.

    "Apahal?" tanya Adam sebaik saja dia berdiri di hadapan Farah.

    BUK!!

    "Aduh!!" Adam jatuh terduduk bila penumbuk Farah tiba-tiba hinggap di perutnya.Tak sempat nak elak,sebab dia tak sangka langsung."Farah, apa nih," Anis menarik Farah."Ko nih apahal?" marah Adam, bila dia boleh bersuara semula. Boleh tahan penumbukbudak nih. Senakperut dia."Ko tanya apahal? Ko tuh suka-suka jer mainkan perasaan kawan aku. Memang tak gunala ko nih," marahFarah."Nih mesti pasal budak Lina tuh kan. Apsal ko nak marah aku lak. Aku tak penah pun

    cakap kat dia akusuka kat dia. Dia jer yang perasan. Sapa gak nak," balas Adam."Tak guna ko."

    Farah menerkam ke arah Adam, penumbuknya dah sedia untuk menuju ke arah mangsanya.Tapi kali iniAdam sempat mengelak. Mereka mula bertumbuk. Adam lagi teruk kena, sebab dia lagikecik dari Farah.Masa nih memanglah pompuan lagi besar dari laki. Tenaga pun sama saja. Farahdahlah ahli kelabTae Kwon Do, kira ada kelebihan lah kat situ. Shahril dan Anis tak tau nak buatapa bila tiba-tibaje Farah dan Adam bertumbuk. Shahril menggaru-garu kepalanya, Anis pula hanya

    mampu menjeritmemanggil nama Farah. Dia tak sangka yang Farah nak bertumbuk dengan Adam.Sangkanya tadi Farah nakmarah je kat Adam.

    Bila dilihat Adam dan Farah masih tak ada tanda-tanda nak berhenti bergaduh,Shahril dan Anis cubameleraikan mereka. Lagipun mereka berdua dah nampak kepenatan, senang sikit nakleraikan. Tadi takutjugak, tak pasal-pasal diorang lak dapat penumbuk percuma kang. Akhirnya Adam danFarah dapat

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    15/173

    dipisahkan. Shahril memegang Adam, sementara Anis memeluk Farah dari belakang,menghalang Farah darimenyerang Adam semula.

    "Kalau ko kacau lagi membe-membe aku, siaplah ko," Farah memberikan amaran padaAdam."Blahlah. Ingat aku nak kawan sangat ngan membe-membe ko. Aku pun tak ingin,"balas Adam.

    "Farah, dahlah tuh," pujuk Anis, takut diorang gaduh semula.

    Selepas peristiwa tersebut, Adam menjauhkan diri dari Farah dan kawan-kawannya.Pasal pergaduhanhari tu, hanya mereka berdua, Anis dan Shahril saja yang tau. Adam pun tak bagitaupada family diadengan siapa dia bergaduh. Balik rumah dengan bibir berdarah, mata lebam, lepastuh luka lagi sebabterkena batu masa berguling gaduh tadi. Tak pasal-pasal balik kena rotan denganayah dia pula, sebabbergaduh. Tapi dia tetap tak bagitau yang Farah pukul dia, malulah orang tau kenapukul denganpompuan, kalah pulak tuh. Dalam diam dia menyimpan dendam pada Farah.

    Farah lebih bernasib baik dari Adam. Muka dia tak cedera dalam pergaduhan, jadifamily dia takperasanlah. Badan dia jer ada lebam dan sakit akibat pergaduhan tadi. Puas hatidia lepas geram padaAdam. Bukan setakat apa yang Adam buat pada Lina sebenarnya, tapi apa yang Adambuat pada diasebelum nih.

    Adam kembali mengutuk Farah selepas kejadian tersebut. Ada saja yang nakdikutuknya. Mereka berduamacam anjing dengan kucing, pantang jumpa mesti nak bergaduh. Tapi tak adalahbertumbuk macam hari

    tu. Setakat gaduh mulut jelah. Bila masuk form 2, Farah dilantik menjadi pengawassekolah. Diasengaja mencari salah Adam dan juga kawan-kawan Adam, menyebabkan mereka selaludidenda. Tapi yangpaling Adam bengang, bila dia digantung sekolah seminggu sebab cikgu jumpa kotakrokok dalam begnya.Sangkanya Farah yang sengaja meletakkan kotak rokok tersebut, dan kemudianmelaporkan pada cikgu.Padahal dia bukannya merokok. Dahlah kena gantung sekolah, kena rotan lagi, katsekolah dan juga katrumah.

    Farah puas hati bila Adam kena gantung sekolah, padan muka dia. Tapi sebenarnya

    Farah tak terlibatpun dengan perkara tuh. Dia tahu Adam ditangkap sebab cikgu jumpa rokok dalambegnya. Pelik juga,rasanya Adam tak merokok. Bukan Farah yang letakkan rokok atau report pada cikgu.Walaupun diaselalu mencari kesalahan Adam, tapi untuk memfitnah tidak sama sekali. SebenarnyaLina yang buatsemua tu, tanpa pengetahuan kawan-kawannya. Lagipun dia tau, mesti Adam salahkanFarah.

    Selepas PMR, Farah dan Adam terpisah. Mereka berdua ditawarkan masuk ke MRSM, tapi

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    16/173

    di negeri yangberlainan. Lega kedua-duanya, tak payah tengok muka masing-masing. Jumpa pun masacuti aje. Takdedah la bergaduh, setakat jeling-menjeling aje, kemudian masing-masing memalingkanmuka. Lepas SPMpula, Farah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Adam pula belajar diMalaysia.

    Nak dijadikan cerita, Adam pun dapat melanjutkan degree kat oversea jugak. Tengok-tengok, satuuniversiti dengan Farah. Bukan setakat tu aje, satu course pulak tuh. Apa lagi,sambung balik lapersengketaan antara mereka. Masa nih Farah dah berubah sikit. Perangai masihbrutal, tapipenampilan tak adalah tomboy macam dulu. Rambut pun dah disimpan panjang. Dengankata lain, memangcun lah Farah bila dah besar.

    Yang jadi kelakarnya, kawan Farah, Edlin, bercinta la pulak dengan kawan Adam,Anding. Farah punbaik dengan housemate Adam yang lain, Zahid, Kaer dan Anding. Dan budak-budak

    semua pulak tu pulakmemang baik dengan housemate Farah, Zarina, Nurul dan Edlin. Jadi selalulah merekabersama.Kawan-kawan dah tak boleh nak kata apa dah dengan Farah dan Adam. Dua-dua samadegil, tak nakmengalah. Perangai macam budak-budak, padahal dua-dua dah besar panjang. Biladitanya punca merekabergaduh, keduanya tak dapat bagi jawapan. Sebab dah lama sangat bergaduh, puncasebenar pergaduhanmereka dah tak dapat nak kenalpasti. Nak cerita kisah masa kecik dulu, malulahpulak. Bila difikirbalik, perkara kecik je. Tapi masalahnya, kedua-duanya ego.

    Pernah mereka yang lain mengusik, kalau gaduh-gaduh ni, nanti ada jodoh. TapiFarah dengan Adamtak setuju langsung dengan usikan yang lain. Ada jodoh? Jangan mimpilah. Tambahanpula Adam dah punada awek, yang belajar di Malaysia. Kenal masa Adam pergi jumpa Shahril, kawanbaiknya masa katkampung, yang belajar kat salah satu universiti tempatan di Malaysia.

    "LUNCH!!!!"

    Adam terkejut dari lamunannya. Ceh! Lamanya dia ingat flashback kisah lama. Farahpunya pasallah ni,sampai satu keja pun tak buat dari tadi. Sedar-sedar dah tiba lunchtime.

    Mereka berkumpul di depan pintu ofis. Berbincang nak pergi makan kat mana. Kiranyanak sambutkehadiran staff baru lah ni, keluar makan beramai-ramai. Tapi petang ni, EncikRamli ada meetingpula, jadi mereka buat keputusan untuk makan di fast food jer.

    "Sapa nak drive nih?""Adam, sebab Farah nih kawan ko, jadi ko kena drive satu keta," kata Linda.'Ek eleh, tak ngaku kawan pun,' bisik Adam sendiri."Oit! Boleh dak?" tanya Linda bila Adam tak bagi jawapan.

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    17/173

    "Boleh je, no hal punya," jawab Adam.'Nampak sangat tak ikhlas. Macam la aku nak naik sangat keta dia,' Farah pulakkutuk Adam dalamhati. Awal-awal nih, takleh la tunjuk belang lagi, kalau tak, memang dia kutuk ajedepan-depandiorang semua nih.

    Mereka semua pun bergerak ke McDonald Bandar Utama. Situ senang nak park keta,

    lepas tu tak crowdedtempat tu. 3 buah kereta yang pergi, kereta Adam, kereta Vince dengan keretaHanif. Farah naikkereta Adam bersama-sama Linda dan Rajan. Dia duduk di belakang Adam. Dalamperjalanan, merekaberborak-borak. Farah perasan kadang-kadang Adam memandangnya melalui cermin.Farah mencebikkanbibirnya bila Adam memandang, dan memalingkan mukanya.

    'Ceh! Kerek minah ni. Macam la aku nak sangat tengok dia. Aku kasik tumpang ketaaku dah nasib baikdah.''Apa da mamat biul nih. Pandang aku cam nak telan. Aku korek bijik mata tuh kang

    baru tau. Ingat akunak naik sangat keta dia. Ceh! Keta aku lagi best.''Balik kang kena cuci la keta aku luar dalam. Biar ilang semua kesan-kesan minahkerek tu.''Pas nih jangan harap la aku nak naik keta mamat sewel nih lagi. Mati idup balikpun aku takkannaik.'

    Macam tulah keadaan Adam dan Farah tiap kali bertemu. Kalau tak bergaduh mulut,dalam kepala otakboleh bergaduh lagi. Yang peliknya, kengkadang diorang boleh baca apa yang soranglagi fikirkan.Walaupun diorang ni bermusuh, tapi sebab dah lama sangat kenal, jadi boleh tau dah

    apa yang soranglagi fikirkan.

    Sampai di McDonald, Farah pun order favourite meal dia, Fillet O fish value meal.Bila makanan dahsiap dia naik ke tingkat atas, menyertai officematenya yang lain. Tengok-tengok,diorang saja jesave tempatuntuk dia di sebelah Adam. Yelah, niat diorang baik, nak kasik Farahselesa, jadi bagidia duduk sebelah orang yang dia dah kenal. Manalah diorang nak tau Adam dan Farahni musuh ketat.Sapa suruh diorang tak cakap, manalah yang lain nak tau.

    Farah duduk di sebelah Adam. Okay jugak duduk sebelah, at least taklah nampakmuka, fikir Farah.Tapi, tempat la pulak sempit, asyik berlaga siku dengan Adam.Ish! Minah ni, sibuk je siku dia nih, aku nak makan pun susah, Adam menyumpah-nyumpah dalam hati.

    "Ops! Sorry, tak sengaja," padahal sebenarnya sengaja. Adam sengaja menyiku lenganFarah semasaFarah tengah nak minum air. Tertumpah sedikit air, mengenai baju Farah.

    'Siyut mamat nih, nasib baik ku pakai baju colour gelap,' Farah mengelap air yang

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    18/173

    tertumpah dibajunya. Dalam diam, dia memijak kaki Adam di bawah meja. Ces! Mamat nih takmengaduh pulak. Taksakit ke? Tebal sangat kasut dia. Kalaulah aku pakai kasut high heels, baru best,tapi aku tak retilak nak pakai kasut camtuh, pakai kang ada yang jatuh terpeleot, buat malu lak.

    'Minah nih, nak pijak kaki aku konon. Tak sakit sikit pun. Dia ingat dia kuat

    sangat ke? Masa kecikdulu bolehlah, sekarang sorry, aku setakat jentik je, meraung satu KL nanti.'

    Farah tak puas hati sebab tak dapat balas perbuatan Adam. api dia tak sempat fikirstrategiseterusnya, sebab yang lain-lain asik bertanyakan soalan pada dia dan Bob. Dan diapun nak tau gakpasal officemate dia yang lain, daripada duk layan mamat psycho sebelah dia nih,baik berkenalandengan yang lain. Bob dah bagitau kat officemate yang lain supaya panggil nicknamedia jer, takpayah panggil Faizal. Lagi pun, memang nama Faizal tak sesuai langsung dengan dia,nama Bob lagi

    sesuai.

    Kemudian perbualan berkisar tentang family pula. Bila saja soalan berkenaan ayahditujukan padaFarah, automatik mukanya berubah, tapi sepantas kilat dia control, dan denganselamba menjawabibubapanya dah bercerai, dan dia duduk dengan ibu. Bila yang lain mula tunjuk mukakesian, Farahcakap yang perkara tuh dah lama, dan terus dia tukar topik, bertanyakan soalanlain pada Linda didepannya.

    Adam tau yang isu ayah agak sensitif pada Farah. Mungkin orang lain tak perasan,

    tapi dia dah kenallama Farah. Jadi dia sempat tangkap muka Farah yang berubah, dan badannya yangkelihatan stresssebentar, tapi dengan sekelip mata muka dan badannya kembali relaks macam biasa.Adam pun tak taukisah sebenar yang berlaku antara ibu dan ayah Farah. Dia pun terkejut mendengarberita tersebutmasa dia balik cuti semester. Farah masa tuh ada kat oversea dah, dan dia masihbelajar di Malaysia.Dia pelik, sebab nampak macam keluarga bahagia je. Namun dia tak pernah bertanyapada Farah tentangperkara tersebut. Dah nama pun musuh, takkan tiba-tiba nak tanya, tak ke pelik.Tapi Farah memang

    tak pernah bercerita tentang hal tersebut, walaupun pada housematenya di overseadulu. Dia taulah,sebab Zahid pernah tanya pada Nurul, Edlin dan Zarina, tapi kata mereka, Farah takpernah sebutlangsung tentang ayahnya. Bila ditanya, dia hanya jawab tak tau, kemudian terustukar topik.

    Walaupun Adam menyampah sangat kat Farah, tapi dia tak pernah guna isu perceraiantu sebagai senjatauntuk menyakitkan hati Farah. Sejahat-jahat dia pun, masih ada batasan lagi. Padapandangan orang

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    19/173

    lain, Farah nampak macam ambil remeh saja tentang perceraian tu, tapi Adam tau,ada sesuatu yangdisimpan oleh gadis tersebut. Dia kenal Farah sejak kecil, dan dia tau betaparapatnya Farah denganayahnya, malah, lebih rapat dari ibunya. Dahlah Farah anak tunggal, memang apayang dia mintak dariayahnya selalu ditunaikan.

    "Ops! Sorry," lamunan Adam terhenti bila terasa pehanya tiba-tiba sejuk. Rupa-rupanya Farah yangkononnya bangun nak pergi basuh tangan, sengaja menolak cawan kertas yang memangsengaja dialetakkan di hujung meja. Habis air tumpah terkena seluar Adam. Sanggup Farahkorbankan air coke yangmasih tinggal separuh lagi dalam cawan, semata-mata nak kenakan Adam.

    'Cinabeng minah nih,' Adam bangun dari kerusi, dan mengambil tisu, cuba mengesatkesan air padaseluarnya. Nampak macam dia kencing dalam seluarlah pulak. Apsallah aku pakaiseluar coklat ari nih.Kalau aku tau minah nih nak masuk opis aku ari nih, memang aku pakai serba hitam,

    boleh berkabungterus.

    "Sorry, sorry," Farah membuat muka innocent, dan buat-buat panik. Tapi Adam taktertipu denganlakonan Farah tu, memang dia tau minah tu sengaja."Rasakan. Padan muka ko," sempat Farah berbisik ke telinga Adam, sebelum berlaludari meja, untukmengambil tisu. Puas hati Farah boleh balas balik. Ingat aku nak buat donno je kebila Adam kenakandia tadi. Mana boleh. Nih Farahlah, mana boleh kalah ngan mamat sewel tuh.Zaaaaassssss! Menyirap darah Adam naik ke muka. Rasa nak cekik-cekik je minah tuh.Tapi nanti kang

    apa kata yang lain, tambahan lak Encik Ramli pun ada. Ish! Macammana nih, takkannak masuk balikofis camnih, malulah. Jagalah minah tuh nanti, takpe, ada banyak masa lagi akuboleh balas.

    Adam berlalu ke bilik air. Dalam hatinya tak henti-henti mengutuk Farah. Diamengambil tisu toiletdan mengelap seluarnya, cuba menghilangkan kesan basah dari seluarnya. Takkeringnya buat macam tu.Akhirnya Adam give up ,dan keluar dari bilik air, kembali kepada officematenyayang lain. Nampaknyasemua dah selesai makan, mereka pun berjalan menuju ke kereta.

    "Mama, abang tuh kencing dalam seluarlah," adalah sorang budak kecik dalamlingkungan umur 5-6 tahunmenunjukkan jarinya ke arah Adam kepada emaknya."Syyyyy!!!" pantas mak budak tuh menyuruh anaknya diam, dan tersenyum pada Adamtanda minta maaf.Farah yang berjalan di belakang Adam, tak dapat menahan ketawanya. Padan muka.'Ces! Malu aku siyut,' Adam berjalan lebih pantas menuju ke kereta. Tiba-tiba jeidea nakal timbuldi kepalanya. Dia berpaling ke belakang, dilihatnya Farah sedang asyik berborakdengan Linda. Asyikdengar Linda bercakap sebenarnya. Farah tukang dengar aje. Bolehlah ambil peluang

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    20/173

    ni nak malukanFarah pula.

    BUKKK!!!!

    Macam nangka busuk Farah jatuh berguling, betul-betul depan kaunter order makananpulak tu. Semuamata memandang ke arah Farah. Nasib baiklah dia pakai seluar, buatnya dia pakai

    kain, habisterselaklah, tak pasal-pasal free show.

    "Eh! Farah, tak apa-apa ke?" Linda cuba membantu Linda bangun."Kau ok ke Farah?" Adam pun turut pura-pura membantu. Dia menghulurkan tangan padaFarah, kononnyanak tolong Farah bangun, tapi ditepis Farah. Farah menghadiahkan satu jelingantajam pada Adam.Tak guna punya budak. Adam sebenarnya yang sengaja menghalang kaki Farah tadi,menyebabkan Farahterjatuh."It's okay. Takde apa-apa pun," Farah bangun dari lantai, dan terus berjalan.Malunya masa tu hanya

    Tuhan yang tau. Farah dah bengang tahap cipan kat Adam, first day dah carik pasal.Aku takkanbiarkan aje, kita tengok siapa yang lagi terror nanti. Mulai sekarang, aku declarewar.

    Perjalanan balik ke ofis aman je. Adam dan Farah tak bercakap sangat dalam kereta.Adam memecut GTInya laju, melepaskan geram dengan menekan pedal minyak hingga hampir mencecahlantai, nak cepatsampai ofis, tak nak Farah duduk dalam keta dia lama-lama, nanti kena tulah takpepasal.

    Farah berjaya menghabiskan hari pertamanya tanpa apa-apa lagi kejadian yang tak

    diingini. Mungkinjuga kerana Adam tak ada, keluar bersama Puan Fatimah, Mr Corrie dan Vince untukberjumpa client.Farah dan Bob tak buat apa pun hari ni, main internet je. Training akan bermulaesok. Pukul 5.30petang, mereka dibenarkan balik. Officemate mereka yang lain masih lagi di ofis,memang begituselalunya. Walaupun waktu kerja 9 pagi hingga 5.30 petang, tapi disebabkan diorangselalunya masuklambat, jadi balik lambatlah juga. Bos tak kisah sangat, asal cukup 7.5 jam sehariwaktu kerja.

    Farah tidak terus balik ke rumah. Masuk saja ke dalam kereta kesayangannya, dia

    terus menelefonNurul.

    "Hello, Farah. So, how's your first day?" tanya Nurul, sebaik saja menjawabtelefon."It was a nightmare," keluh Farah."That bad? Apsal?""Nanti aku citer kat ko. Kredit tak banyak nih. Ko balik keja kul baper? Kata nakjumpa.""Nak balik la nih, tunggu ko tepon je.""So, nak jumpa kat ner?"

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    21/173

    "Ermm... jumpa kat OU la, bole semayang Maghrib kat situ terus.""Oraits. Aku gerak sekarang dari opis nih. Sampai OU kang call la.""Wokeh."

    Farah meletakkan telefon, dan memandu ke One Utama. Sedang elok dia sampai, Nurulpun telefon, dahsampai pun. Diorang janji untuk berjumpa di Starbuck.

    "Nurulllll," Farah menjerit memanggil Nurul, bila dilihat kawannya itu sedangtercari-carinya."Farahhhhh!!!!" Nurul menerpa ke arah Farah, macam dah bertahun-tahun tak jumpa.Padahal tak sampaisetahun. Mereka tak ambil pusing mata-mata yang memandang. Peduli apa, bukanganggu orang lain pun.

    Selepas order minuman, mereka pun cari tempat nak duduk.

    "So, apsal ngan keja ko? Tak best ke?" tanya Nurul, menghirup airnya."Guess who satu tempat keja ngan aku," kata Farah."Hmmm... sapa? Manalah aku reti nak teka-teka. Kasik lah klu skit. Tak pun kasiktau je la terus.

    Senang cite.""Aku dah kasik klu kat ko. My worst nightmare, sapa lagi.""Adam?" tanya Nurul."Ha'ah, tensennya aku," kata Farah, muka pun bengang, menunjukkan rasa tak puashatinya."Harkk... Harkk... Harkkk...." Nurul ketawa terbahak-bahak, siap ketuk meja lagi."Oittt!!! Apa ko nih. Gelak pulak," marah Farah, bertambah bengang bila Nurulgelakkan dia."Dahlah tuh wei, buruk la ko gelak. Malulah semua orang tengok," sambung Farah,bila Nurul takberhenti lagi gelak, kuat lak tuh."Keh keh keh... Lawak, lawak. Nih member-member lain tau nih mesti bantai gelakgak," akhirnya Nurul

    bersuara bila dah reda sikit gelaknya."Ko nih, aku tengah tensen giler nih, ko boleh gelakkan aku lak," marah Farah,merajuklah pulak."Mana tak lawaknya. Dalam ramai-ramai manusia kat Malaysia nih, ngan dia gak konak keja.Tuhan naktunjuk la tuh. Kena berbaik dah ngan dia.""Apalak aku nak keja ngan dia. Aku memula nampak muka dia kat opis tadi, rasa camnak kena heartattack dah. Huh! Nak berbaik? Sorrylah, awal-awal dah pedajal aku ko tau," Farahbercerita."Apa pulak dia buat kat ko?"Farah pun berceritalah apa yang terjadi tadi. Kononnya nak minta simpati denganNurul. Tapi bukan

    kawannya nak kesiankan dia, sambung gelak balik adalah. Dah memang lawak, nak buatcamne."Alalalala... merajuklah tuh. Jangan lah marah. Dah memang lawak, terpaksa la akugelak. Korang nih,sedar tak dah besar panjang? Nak gaduh cam bebudak lagi. Malu la sket. Member-member lain dah jadikmak budak, bapak budak, korang still jadi budak-budak," Nurul cuba menasihatiFarah, walaupun diatau takkan jalan nasihat dia. 3 tahun di UK, diorang dah buat macam-macam nakkasik mereka berduaberbaik, tapi tak jadi gak. Degil betul kedua-duanya.

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    22/173

    "Dahlah, malas la aku nak ingat pasal mamat tuh. Takde faedah gak. Citer pasallainlah. Camne umahsewa nih? Jadi dak?""Aku okay jer. Tak best gak lelama duk umah makcik aku. Walaupun family, tapi,lagi best kalau duksendiri kan.""So, kita nak duk berdua je ke? Or nak carik orang lain lagi? Nak carik kat areamana? Budget ko

    berapa?" sekaligus semua soalan Farah tanya."Sabar, sabar, satu-satulah. Apa da ko nih. Hmmm... aku dah tanya Edlin, dia katadia minat gak nakduk sekali. Opis dia kat Tropicana.""Ok gak tuh, tak best la kalau duduk ngan orang tak kenal. So, area mana nakcarik. Kita carikapartment lah yek.""Ermmm... kat Sri Damansara, ada banyak apartment, pas tuh sewa pun not bad. Kitatry carik situnak?""Lerrr... dekatnya ngan umah makcik ko, baik takyah pindah.""Alaaa... senang sket nak cilok barang, hehehe.. Kita tengoklah dulu area situ.Lagipun situ tak

    sibuk sangat. Takdelah berserabut.""Bila kita nak carik?""Kita tengok dulu iklan dalam paper or internet. Then weekend nih kita gi carinak?""Boleh je. Ajaklah si Edlin skali.""Nantilah aku ajak dia."

    Farah dan Nurul berborak lagi, berbincang tentang rumah sewa, dan kemudian topikbertukar, berceritaperihal life mereka sekarang, kawan-kawan mereka, pasal rancangan tv pun masukgak. Maklumlah, lamatak jumpa. Kat telefon tak sama dengan jumpa real life.

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------

    Adam sampai ke rumahnya bila hari dah pun gelap. Habis jumpa client tadi, diabalik semula ke ofis,menyiapkan kerja yang tergendala pagi tadi akibat duk teringat kisah lama. Minahkerek tu punyapasallah, sempat lagi Adam nak salahkan Farah. Nasib baiklah masuk ofis tadi,Farah dah takde, amansikit dia nak buat kerja.

    Perut Adam dah berkeroncong macam-macam lagu dah. Dia menaiki tangga, menuju kearah rumahnya di

    tingkat 3. Ish! Bestnya bau, sapa yang masak ni, rasa macam nak ketuk je pintu,mintak sikit. Lapargila nih. Ah! Ajak budak-budak nih kuar makanlah. Tak pun tapau kat luar. Takkisahlah, yang pentingperut dia perlu diisi.

    Masuk saja ke rumah, dilihatnya Zahid sedang terbongkang depan tv dengan T-Shirtdan kain pelekat.Kat sebelahnya ada mangkuk kosong, bau macam Maggi je. Kaer tak nampak batanghidung, dalam bilikkot.

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    23/173

    "Weh! Apsal muka ko cam putus cinta jer nih. Aku rasa ko takde awek pun, camne nakputus cinta,"tanya Zahid, sebaik saja nampak muka Adam yang monyok je."Putus cinta apanya. Ko tau dak, sepanjang aku kerja kat company aku skang, arinihlah ari palingmalang sekali.""Apahal lak? Ko kena marah ngan bos? Kena potong gaji? Kena buang keja?" sampai ke

    situ pulak siZahid."Tak.""Dah tu? Apasal?" tanya Zahid, menggaru-garu kepalanya, takde idea dah nak teka."Ari nih ada budak baru kat opis aku.""Apsal, ex-girlfriend ko keja situ ke?" tanya Zahid, tapi tak mungkinlah. Ex-girlfriend Adam cikgu,takkan tukar profession lak."Tak, lagi dasat dari tuh.""Apa dia. Cakap jelah, nak main teka-teka lak ngan aku," Zahid dah malas nakmeneka. Otak dia dahpenat kerja satu hari, malam nak relaks lah, takde masa nak main teka-teki denganAdam.

    "Banyak-banyak company kat Malaysia nih, minah kerek tuh mintak keja kat tempataku. Siyut betullah,pastuh first day dah nak berlagak," Adam meluahkan rasa tak puas hatinya."Farah?" tanya Zahid, macam tak percaya. Setau dia, Farah keja kat Kuantan. Tapi,setau Zahid, Farahsorang je yang Adam panggil minah kerek. Sepanjang dia kenal Adam dan Farah, nakdengar Adam sebutnama Farah pun susah, asyik-asyik panggil minah kerek."Ha'ah. Kalau ikut hati, on the spot tadi aku resign. Tapi aku lak rugi kang.""Warghhh... warghhhh... warghhh...," Zahid bantai gelak sampai terguling-gulingatas carpet. Tangandia siap tekan perut lagi, kuat sangat gelak."Oittt!!! Kurang asam ko. Apsal ko gelak lak," bengang Adam melihat reaksi Zahid.

    "Memang tak boleh berpisah la korang. Warghhh... Warghh... Warghhh....""Tak gunalah ko nih," marah Adam, berlalu masuk ke dalam bilik, meninggalkan Zahidyang masihterguling gelak. Baik aku mandi, kasik sejuk sikit badan.

    "Tit tot tit tot tit tot..."

    Telefon Zahid berbunyi, dia menjawab panggilan, dengan sisa-sisa ketawa yang masihtinggal.

    "Weh! Zahid. Nak mintak tolonglah.""Apa dia?""Aku nak carik umah sewalah. Ko tolong tengok kat area umah ko ada kosong ke idak.

    Kat situ murahje kan sewa?""Ko nak pindah ke? Nak duk ngan sape?" tanya Zahid."Aku nak sewa ngan Farah ngan Edlin. Eh! Lupa nak cakap kat ko. Farah dah pindahkeja KL," Nurulmemberitahu Zahid. Tak semena-mena Zahid ketawa."Warghh,,, Warghh,,, Warghhh.""Laaa.. apahal ko nih. Apa yang lawaknya?""Aku tau Farah keja KL. Adam baru kasik tau. Ko tau dia keja satu opis ngan Adam?""Tau, dia baru citer kat aku. Tadi aku jumpa dia. Aku gelak bila dia cakap diakeja ngan Adam.

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    24/173

    Merajuk dia.""Aku tadi gelak sampai guling-guling. Adam for sure bengang gila. Biar diorangrasa keja satutempat. Aku nak tengok sampai bila diorang bergaduh.""Hmmm... musykil aku camnelah diorang boleh keja sekali.""Ada jodoh la tuh, heheheh," kata Zahid."Ko giler ke? Kalau diorang kawin, agaknya hari-hari pinggan mangkuk melayang katumah."

    "Mana kita tau kan. Orang cakap, kalau slalu gaduh, nanti ada jodoh. Lagipundiorang berdua tuhmelampaulah, dah bertahun-tahun gaduh. Padahal sekampung.""Susahlah, dua-dua keras kepala. Eh! Abih lak kredit aku citer pasal diorang. Biarjelah diorangdua tuh gaduh, last-last nanti tersungkur gak.""Eh! Farah nak ke duk kat area umah aku. Takkan dia nak duduk dekat Adam. Tapi,atas umah akukosong, baru je pindah keluar minggu lepas. Ko nak aku tanyakan ke?""Menarik gak tuh. Ko tolong mintak number tepon tuan umah. Lagipun area umah kodekat ngan opiskitorang semua. Takpelah, aku tak kasik tau kat Farah yang ko duk situ gak, diabukan tau ko duk

    mana. Dah settle semua baru aku cakap.""Mengamuk dia kang nanti.""Alaaa... taulah aku ngan Edlin nak buat.""Hehehe... kalau ko jadi duk kat sini, jadi belangkas la budak berdua tuh. Ofisdahlah sama.""Hhehehe... takpe, kita tengok Perang Dunia ke 3 meletus nanti."

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------

    Hari kedua kerja, Farah dan Bob mulalah training, di bawah Mr Corrie. TerpaksalahMr Corrie masukawal hari tu, selalunya selagi tak tengahari, jangan harap nak nampak muka dia kat

    ofis. Pagi tuMr Corrie ajarlah apa-apa yang patut. Kemudian dah penat Mr Corrie bercakap, diapun bagilah sikitlatihan untuk budak berdua tu buat, sekali dengan 4-5 document yang perlu dibacauntuk membantu.Kalau tak paham diorang boleh tanya Mr Corrie atau rakan sekerja yang lain.

    Hari-hari berikutnya, Farah meneruskan training dengan Mr Corrie. Lain kerja diasekarang denganyang dulu. Masa kat Kuantan dulu, dia terlibat dengan hardware. Tapi, company diakerja sekarang,buat business application software. Jadi banyaklah benda baru Farah kena belajar.Dia pun rajin

    bertanya pada Encik Corrie dan officemate yang lain, kecuali Adam.

    Seminggu dia kerja di situ, ada aje benda jadi antara dia dengan Adam. Kalaukeluar makan sekali,diorang tak lagi duduk dekat-dekat, kalau boleh, kalau sorang duduk hujung sana,yang sorang lagiduduk hujung sini. Jadi tak ada lagi kejadian tak diingini berlaku masa makan.Farah pun sanggupvolunteer drive bila diorang pergi makan kat kedai yang jauh sikit dari ofis,semata-mata nakmengelakkan diri dari menaiki kereta Adam lagi.

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    25/173

    Setakat ni mereka berdua takde lagi gaduh terang-terang, tapi ada je cara diorangduk pekena sesamasendiri senyap-senyap. Ada sekali tuh, Farah baru je lepas buat air, nak masukbalik ke ofis. Satutangan pegang mug, satu lagi pegang access card, kena slide baru boleh bukakpintu. Adam kebetulanbaru sampai ofis, nampaklah Farah nak masuk ofis juga. Dia pun slide dia punya

    card, lepas tu bukapintu untuk masuk ofis, kemudian dengan selambanya dia tutup semula pintu, betul-betul depan mukaFarah. Terpaksalah Farah guna access card dia untuk slide dan buka pintu.

    Lagi satu kes, berebut parking. Adam kebetulan datang awal ari tuh, sebab adameeting sebelah pagi.Farah memanglah datang awal, maklumlah, budak baru katakan. Tunjuk baiklah kan.Farah yang dah siapkasik signal, nak masuk parking tuh, Adam yang datang dari arah bertentangan,terus je parking kattempat Farah nak park tuh. Dahlah signal pun tak bagi, saja je dia. Padahal banyaklagi tempat lain

    kosong, saja je nak carik pasal. Farah rasa macam nak calar-calar je GTI Adam,tapi dia takdelahsejahat tu, jadi tak buatlah, setakat sumpah seranah je Adam.

    Ada lagi satu kejadian, Adam baru keluar dari ofis mereka, nak pergi ke departmentlain, Farah pulabaru keluar dari toilet, nak masuk semula kat ofis. Kebetulan tak ada orang masatu kat luar. Kattangan Adam penuh dengan file dan kertas. Farah sengaja langgar Adam, habisberterabur file dengankertas jatuh ke lantai. Farah cepat-cepat masuk ke ofis, meninggalkan Adammengutip sendiri filedan kertas yang berterabur. Bengangnya Adam, satu kerja pula dia nak susun semula

    file dan kertastu, dahlah banyak, cerewet pula tu nak susun balik.

    Nak masuk toilet pun berebut diorang berdua nih. Toilet ada banyak kat ofismereka, semua unisexpunya toilet, so laki pompuan guna toilet sama jelah. Kengkadang tu saja jer,toilet lain kosong,diorang nak berebut toilet yang sama gak, siap tolak-tolak lagi. Macam budak kecikje gelagatmereka berdua nih.

    Sekali tuh, balik kerja sekali, sempat lagi diorang race, sebelum Adam membelok kearah lain. Tak

    masuk lagi diorang duk pijak kaki sesama sendiri kalau berselisih jalan. Memangtakde kejasangatlah diorang berdua nih, kalahbudak kecik gaduh.

    Hari ketiga kerja, Farah dan Bob dapat mereka punya company email. Yang Farahbengangnya, orangpertama email dia adalah Adam. Setakat nih mereka tak berpeluang lagi berdebatdepan-depan, jadiAdam pun lepaskan rasa tak puas hati dia pada Farah melalui email.

    From : Adam

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    26/173

    To : FarahSubject : Oit Minah

    Weh! Ko takde tempat lain dah ke nak mintak keja. Nak ikut aku gak. Menyibuk je kokeja sini.Tak aman dah ofis nih.

    From : Farah

    To : AdamSubject : Re: Oit Minah

    Oit mamat berlagak. Ko ingat aku nak keja sangat ngan ko. Kalau aku tau awal2 kokeja sini, takhingin aku mintak sini.

    From : AdamTo : FarahSubject : Re: Oit Minah

    Dah tuh, tau aku ada sini. Apsal ko tak berenti je. Senang citer. Takyah akutengok muka ko lagi.

    Tenteram idup aku, takdelah mimpi ngeri lagi memalam.

    From : FarahTo : AdamSubject : Re: Oit Minah

    Apa lak aku kena berenti. Ko tak nak keja ngan aku, ko lah yang berenti. Abih, koingat muka ko tuensem sangat ke aku nak tengok. Lagi baik aku tengok muka orang gila dari tengokmuka ko.

    From : AdamTo : Farah

    Subject : Re: Oit Minah

    Aku keja sini dulu, jadi ko lah yang kene berenti. Ada beribu lagi company katM'sia nih. Katcompany aku gak ko terhegeh-hegeh.

    From : FarahTo : AdamSubject : Re: Oit Minah

    Oit mamat biul, ko ingat aku terhegeh-hegeh sangat ke nak keja ngan ko. Berlagaknak mampus, macamlah company ko. Blahlah, dulu ko ikut aku sampai kat UK tuh hape? Aku tak suruh ko

    tukar pun.Blahlah ko, ingat bagus sangat ke.

    Sejak Farah dapat email company, itulah kerja mereka. Tak boleh gaduh depan-depan,melalui email punjadilah. Penuh mailbox Farah dengan nama Adam, begitu juga Adam, nama Farahberatur dalam inbox dia,kalah orang bercinta.

    Hari Jumaat, Farah keluar lunch bersama Linda, Mas, Vince dan Rajan. Siew Yoonkeluar bersama

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    27/173

    boyfriend, dan pekerja lelaki lain keluar untuk sembahyang Jumaat. Lega rasanyaFarah, tak payahtengok muka Adam masa makan, barulah selera sikit dia nak makan.

    "Weh! Ingat sket nak tapau untuk Adam," kata Rajan."Aik! Dia tak gi makan terus ke pas semayang?" tanya Mas."We are going to Shah Alam petang ni. Maybe dia takut tak sempat," Vince yangmenjawab soalan Mas.

    "Oooo... Okeh. Dia kem apa?" tanya Linda pula. Mereka semua makan nasi camputengahari tu."Tah, dia kata bungkus je la lauk apa-apa," jawab Rajan."Aku cukup nyampah tul lah kalau orang cakap beli apa-apalah, pastuh nanti komplinlak.""Biarlah dia komplin, sapa suh tak cakap nak lauk apa.""Alaaa.. beli jer lauk apa-apa, tapi yang penting ada sambal belacan je. Gerentidia tak komplin."Semua mata memandang ke arah Farah. Erk! Macammana spontan je mulut dia bolehbagitau favouriteAdam. Dia pun tak perasan yang dia tau kesukaan Adam."Lupa lak Farah kenal Adam lama kan. Mesti tau dia suka apa," kata Rajan. Farahtak tau nak jawab

    apa, jadi dia sekadar tersenyum, tuh pun dipaksa. Tak puas hati sebab dia tau apamusuh ketat diasuka. Bukan sengaja dia nak ambik tau, tapi 'ter'tau."Farah, nak tanya sket boleh?" Linda bertanya."Tanya je lah," jawab Farah. Pelik tul lah, nak tanya pun kena mintak kebenaranke."Adam tuh ur ex-boyfriend ke?""Uhuk! Uhuk! Uhuk," tersedak Farah yang sedang minum air masa tuh. Nasib baik taktersembur ke mukaVince yang duduk di depannya. Terkejut gila dia dengan soalan cepu mas tuh. Gilaapa. Aku denganAdam? Camne lah Linda boleh terpikir macam tu."Well?" tanya Linda, setelah keadaan kembali reda, dan Farah pun dah lega selepas

    tersedak tadi.Kali nih Linda pastikan yang Farah tak minum atau makan, kang tersedak lagi budaktuh."No way. Me and him? Absolutely impossible," Farah menggelengkan kepalanya,bersungguh-sungguhmenidakkan pertanyaan Linda."Betul ke?""Yup. Apsal tetiba Linda tanya camtuh?" tanya Farah, pelik dengan soalan Linda."Well, ada something tak kena between you two. The air around you two sizzleeverytime you two met.That's why I wonder.""Hmmm.. tu lah, bukan ke Farah dengan Adam dah kenal lama? Tapi sebab apa jarangbercakap?" Mas pula

    bertanya. Sebenarnya satu ofis mula tertanya-tanya tentang mereka berdua."Ermm... Actually. Kitorang berdua memang tak baik pun.""May I ask why?""Errr... cerita lama. Kitorang ada selisih faham sikit," jawab Farah."Korang tak pernah couple ke?""Nope. Definitely not," tegas Farah. Cerita tentang mereka berdua terhenti disitu. Officematenyayang lain masih tertanya-tanya sejarah Farah dan Adam. Namun mereka segan untukbertanya lebihlanjut. Baru saja kenal, takkan nak tanya pasal hal peribadi kot.

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    28/173

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------

    Selesai sembahyang Jumaat, Adam terus balik ke ofis, sementara Hanif, Asyraf danBob ke kedai makan.Dia nak buat persiapan sikit sebelum keluar jumpa client petang ni dengan Vince.Sampai saja di ofis,dilihatnya dah ada bungkusan makanan di atas mejanya yang dia pesan pada Rajan

    tadi. Oleh sebab diamalas makan di lounge, dia mengambil sudu dan garfu, dan kemudian makan di mejanyasahaja.

    "Okey ke lauk tuh?" tanya Rajan, melihatkan Adam membuka bungkusan nasibungkusnya."Wokeh je. Uih! Ada belacan, ini sudah bagus. Terror ko, tau selera aku," balasAdam."Farah yang cakap ko tuh favourite ko," sampuk Linda yang duduk di sebelah mejaAdam.

    Adam yang baru nak menyuap nasi ke mulutnya terhenti. Dia memandang ke arah Farahyang Farah buat

    tak tau aje, langsung tak menghiraukan perbualan yang lain, walaupun dia dengarnamanya disebut.Kalau tak dengar tu memang pekaklah. Adam tak dapat tengok riak muka Farah, sebabtempat duduk Farahmembelakangi Adam. Terkejut dia dengan kata-kata Linda tadi. Hmmm... Minah kerektuh tau aku sukaapa.

    Bila difikirkan balik, logik jugak Farah tau favourite dia. Walaupun merekabermusuh, tapi merekasentiasa bersama. Lebih-lebih lagi masa belajar di luar negara dulu. Nak carisambal belacan manalahada kat sana. Jadi kenalah buat sendiri. Tapi Farah punya sambal belacan lah yang

    paling power.Setakat nih dia belum jumpa lagi yang boleh lawan Farah punya sambal belacan,walaupun mak diasendiri. Farah punya sambal memang ada 'kick' lah, tapi dia tak pernah puji lahdepan Farah, ataupundepan kawan-kawan dia yang lain. Nak mampus kena kutuk. Biarpun dia menyampah katminah tuh, tapikalau minah tu buat sambal belacan, memang dia tak tolak, tak ada malu-malu nakmakan. Apa rahsiatah minah tuh guna. Tiba-tiba rindu pula nak makan sambal belacan Farah. Tapitakkan nak suruh diabuat untuk aku kot. Malam sikit.

    "Farah, Bob, masuk bilik saya," Mr Corrie tiba-tiba menjeguk muka dari pintubiliknya. Ada trainingbarulah tu nak diberikan pada Farah dan Bob.

    Adam terus menyambung menghadap rezeki di depan mata. Berselera dia makan,tambahan ada sambalbelacan. Tapi takleh tandinglah minah kerek tuh punya sambal. Kalau dia bukakkedai makan, hari-hariaku pergi makan kedai dia, biarlah musuh aku pun. Sambal belacan Farah punyapasal, dia tak kisahpunya masuk ke kedai musuh.

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    29/173

    "Weh! Adam, aku nak tanya sket," kata Linda, sebaik saja Adam dan Bob masuk kebilik Mr Corrie danPuan Fatimah, dan pintu ditutup."Pedia? Tanya jelah. Sejak bila ko pandai mintak kebenaran nih," kata Adam,meneruskan suapannya."Ko ngan Farah penah bercinta ke?" Linda cuba mengorek rahsia dengan Adam pula.Bila dengan Farah

    tadi dia seganlah nak tanya lebih-lebih, tapi dengan Adam bolehlah dia nak korek,dah lama jugalahkenal, dekat setahun dah."Uhuk!!!" tersembur nasi dalam mulut Adam. Ish! Abih rezeki berterabur."Apa ko kata tadi?" tanya Adam, meminta kepastian. Dia silap dengar ke soalanLinda tadi hah.Officemate yang lain memberhentikan kerja mereka, memandang ke arah Linda danAdam. Semuanyaberminat nak tau."Ko ngan Farah pernah bercinta ke?" ulang Linda, pekak ke apa mamat nih. Aku duduksebelah dia jetakkan tak dengar."Ko nih sawan ke apa?" tanya Adam kembali pada Linda.

    "Lerrr.. apsal lak. Salah ke soklan aku.""Takkanlah pasal dia tau aku suka apa, korang ingat aku bercinta.""Bukan pasal tulah. Hmmm... tapi betul gak apa ko kata tuh. Dia tau apa ko suka.Ko pun mesti tauapa dia suka kan.""Jangan mengarutlah ko," jawab Adam. Sebenarnya memang dia tau pun apa Farah suka.Dia tau minahtuh suka makan makanan pedas, dan juga assam laksa. Apa tidaknya, masa di luarnegara dulu, hampirtiap minggu minah tuh masak assam laksa."Ko tak jawab lagi soklan aku. Ko pernah bercinta ke ngan dia?""Gila apa aku ngan dia bercinta. Tak pernah, dan tak akan. Never ever.""Hmmmm...." Linda seolah-olah berfikir dengan kenyataan Adam.

    "Apa halnya. Kalau ko nak tau, aku ngan dia sebenarnya gaduh. Mana der bercinta,"akhirnya mengakujuga Adam dia dan Farah sebenarnya bermusuh. Lega sikit, lepas nih tak payahlahnak sorok-sorok lagigaduh. Diorang dah tau dah ni."Aku tau korang bergaduh," kata Linda."Kitorang pun tau," Mas menyampuk sama."Ha? Korang tau? Macammana korang tau?" tanya Adam pelik. Rasanya dia dengan Farahtakde lagibertikam lidah sejak Farah masuk kerja di company nih."Please la Adam. Ingat kitorang buta ke? Obvious sangatlah. Kalau korang berduajumpa, nampaksangat tegang je dua-dua," balas Linda.

    "Dah tuh, camne ko boleh tanya aku ngan dia pernah bercinta lak? Tak logiklangsung.""Takdelah. Korang nyer gaduh cam tak normal je. Kot-kot korang pernah bercinta,pas tuh dah break,sebab tuh tegang semacam jer bila jumpa," jawab Linda."Apa yang tak normalnya. Takde, takde. Tak mungkinlah aku bercinta ngan minahtuh.""Ye ke? Jangan ko jilat balik ludah ko dah lah Dam," kata Linda, seperti memberiamaran pula. Ceh!Tak logik langsung aku nak jatuh hati kat minah kerek tu. Berlambak lagi pompuanlain kat Malaysia

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    30/173

    nih."Apa da ko nih, aku tengah makan, ko gi cakap pasal jilat ludah lak. Gelilah.""Hek eleh, lembab la ko nih. Tak reti guna perumpamaan ke. Taulah grad oversea.""Yelah, yelah. Aku taulah. Saja jer. Dahlah, aku nak makan nih. Buat keja ko lah.Takyah nak amiktau pasal aku ngan minah tuh," Adam menutup topik tersebut. Linda walaupun masihtak berpuas hati,tapi tak dapat buat apa dah. Tak apa, lain kali dia korek lagi cerita.

    Sementara itu, di ofis lain di Damansara Utama, seorang gadis sedang bergayuttelefon di ofisnya,pakai telefon ofis lak tuh. Mentang-mentanglah bos tak ada. Tapi bukan lama pundia bergayutsebenarnya. Nak minta pertolongan dari kawannya saja.

    "Zahid, mintak tolong sket.""Pedia?""Petang esok aku nak gi tengok umah yang atas umah ko tuh.""Oooo.. ko dah tepon landlord tuh yek.""Ha'ah.""So, apa ko nak mintak tolongnya?"

    "Boleh dak ko ajak Adam ngan Kaer kuar time aku tengok umah tuh. Taku bertembungnanti, gerentiFarah tak mau duk situ.""Hmmm.. oklah, nantilah aku ajak bebudak tuh kuar.""Ko kuar ngan keta Adam yek. Sebab Farah kenal keta Adam. Kang kalau dia nampakketa tuh ada katsitu, dia musykil lak kang.""Macam-macam la ko nih. Yelah, yelah, aku taulah.""Ok, thanks.""Welcome. Hehehe, aku harap ko jadi duduk situ.""Aku pun harap gitu gak, hehehe."

    ----------------------------------------------------------------------------------

    -----------------

    Lagu Where Is The Love tiba-tiba berkumandang. Farah pantas mencapai handphonenya.

    "Hello.""Hello, Farah.""Yup Cik Nurul.""Esok nak gi dak tengok umah?""Yang kat Kota Damansara tuh ke?""Ha'ah.""Aku no hal. Edlin gi skali dak?""Of course la gi skali. Dia mai amik aku. Ko mai sini gak la, tinggal keta sini,pastuh kita gi

    tengok umah. Takkan nak gi 2 keta kot.""Wokeh! Kul baper arrr?""Janji ngan landlord dalam kul 5. Tapi Edlin nak mai umah aku tengahari, dia ajakkuar gi makandulu, pastu dia nak gi shopping sket kat OU. Jom la join skali.""Okey gak tuh. Lama aku tak jumpa Edlin. Tapi aku tak ingat sangat la umah makcikko. Tunggu akukat McD Sri Damansara bole dak?""Oraits je. Jumpa ko esok ek.""Wokeh."

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    31/173

    Farah kemudian menelefon ibunya, saja nak tanya khabar. Lagipun, boleh ceritapasal rumah sewasekali."Tadi ibu jumpa dengan Pakcik Zain. Dia cakap dia jumpa ayah Farah," ibu mulamembuka cerita lain,selepas habis bercerita tentang rumah sewa."He's not my father," jawab Farah spontan.

    Bukan Farah sengaja tak mau mengaku manusia bernama Hamzah tu ayah kandungnya,darah dagingnyasendiri, tapi lelaki itu sendiri yang membuatkan Farah berkata begitu. Farah masihingat lagikata-kata lelaki tersebut, 5 tahun lalu, semasa hari jadi Farah yang ke-19. Ketikaitu Farah balikke Malaysia untuk bercuti.

    "Mulai hari ini, aku takde anak perempuan bernama Farah Aliya. Dia sudah matidalam hidup aku,"terngiang-ngiang lagi kata-kata lelaki yang dipanggilnya ayah selama 19 tahunhidupnya, menusukmasuk ke telinganya. Walau riak muka Farah tak berubah ketika itu, siap boleh

    senyum lagi, tapisebenarnya, dalam hati hanya Tuhan yang tau dengan ribut yang melanda jiwanya.Memang tak disangka,orang yang dia sayang dan sanjung selama ini sanggup mengucapkan kata-katatersebut."Thank you for the clarification. I'm sorry for everything, and good bye." Farahmengucapkankata-kata tersebut, dengan suara yang tegas, seolah-olah apa yang berlaku takmemberi kesan padanya.Dia melangkah pergi, tanpa berpaling. Itulah kali terakhir dia bertemu denganlelaki itu.

    "Farah, Farah, dengar tak apa ibu cakap?" suara ibunya membuatkan Farah kembali

    semula ke alamnyata."Sorry ibu. Line tak clear lah. Apa ibu cakap tadi?""Pakcik Zain cakap dia jumpa ayah Farah. Pas tuh Pakcik Zain berborak dengan dia.Dia cerita pasalanak dia dengan pompuan tuh. Dia ceritalah anak tu lah yang akan jaga dia nanti.Anak tu takkan jadianak derhaka dia yang tak kenang budi. Bila dah berjaya lupa kat orang tua."

    Farah membiarkan saja ibunya bercerita. Dia sudah biasa mendengar cerita-ceritayang disampaikanpada ibunya oleh orang sekeliling. Walaupun Farah tak bersua muka lagi denganayahnya, tapi dia

    sentiasa tau perihal lelaki tersebut. Rajin saja orang sekeliling bercerita.Mungkin mereka sangkayang Farah tak peduli, sebab luarannya, Farah tak ada reaksi langsung setiap kalicerita-ceritatersebut sampai ke telinganya. Mukanya selamba saja, seolah-olah tak ada perasaan.SesungguhnyaFarah tak pernah mengalirkan air matanya bila melibatkan lelaki yang orang lainkenal sebagaiayahnya. Walaupun pada hari bersejarah itu, bila lelaki itu mengatakan yang anakperempuannya dahmati, setitik pun air mata Farah tidak mengalir. Keluarga dan saudara-mara

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    32/173

    menganggap Farah seorangyang tabah.

    Hakikatnya, Farah sebenarnya berpura-pura. Kadang-kadang Farah benci dengandirinya sendiri yangdirasanya hipokrit. Segala yang berlaku, walaupun dilihat oleh mereka yang laindiambil mudah olehFarah, sebenarnya dia simpan dalam hati. Luarannya, dia tersenyum atau ketawa saja

    setiap kalitopik mengenai ayahnya timbul. Tapi siapa tahu dalam hatinya dia menangis,memendam rasa. Semuanyaditelan, disimpan, dan dia tak tau sampai bila dia mampu menelan semuanya.

    Sebaik saja selesai berbual dengan ibunya, Farah mencapai kunci kereta, kemudianmemberitahu MakLang yang dia nak keluar sebentar. Farah memandu keretanya tanpa arah tujuan.Begitulah dia setiapkali mendapat berita perihal seorang yang bergelar ayah. Walaupun sudah 4 tahunberlalu, Farahmasih tak dapat menghalang rasa sakit di hati dan sebak di dada. Dan setiap kaliitulah semuanya

    Farah telan, tanpa sekali pun diluahkan. Kadang-kadang rasa sesak nafas, bila diarasa sudah tak adaruang untum menyimpan semua itu. Bila dia rasa begitu, Farah keluar mengambilangin, cuba melupakanmasalah dengan menekan pedal minyak, dan memecut laju keretanya. Adrenalin yangmengalir keluar bilakeretanya meluncur laju di MRR2, dan kadang-kadang hingga sampai ke highway KESAS,melebihi hadlajuyang dibenarkan, bagaikan dapat mengubat luka di hatinya, yang makin lama makinteruk bernanah.

    Setelah dia dapat mengawal perasaannya, Farah kembali ke rumah makciknya. Diaberbaring sambil

    membaca buku. Masalah utamanya, sukar untuk tidur. Malam hari memang paling Farahtak suka,terutama bila bersendirian di dalam bilik. Di waktu inilah, segala yang berlakuberebut-rebut masukdalam fikirannya. Setiap malam dia berperang dengan dirinya sendiri, sebelum dapatmelelapkan mata.Kalau nasib baik, dia boleh terus tidur selepas beberapa jam berguling-guling diatas katil. Kalaunasib tak baik, dia terkebil-kebil menghadap siling hingga 4-5 jam, kadang-kadangsehinggalah azanSubuh kedengaran.

    ----------------------------------------------------------------------------------

    -----------------

    Esoknya, seperti dijanjikan, Farah berjumpa dengan Nurul di McDonald SriDamansara. Kemudian diamengikut Nurul balik ke rumah makciknya. Tak sempat duduk lama pun, Edlin sampai.Sempatlah Farahdan Edlin berpelukan dulu, maklumlah, lama tak jumpa. Kemudian barulah mereka keOne Utama. Edlinbelanja mereka makan di Pizza Hut tengahari tu. Lepas perut dah kenyang, dan dahsembahyang Zohor,mereka meronda dalam One Utama. Edlin nak carikan birthday present untuk Anding,

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    33/173

    Farah dan Nurulpula jadi penasihat.

    Sementara itu, di sebuah apartment di Kota Damansara.

    "Kaer, Adam, kuar jom," kata Zahid pada Adam dan Kaer yang sedang terbaring didepan tv."Malaslah," jawab Adam sepatah.

    "Jomlah. aku dah mati kutu nih, tak tau nak buat apa," pujuk Zahid lagi."Alaaa... malam kang la kita kuar lepak. Time camnih bosan la kuar," balas Adam."Eh! Kita gi Tesco la jom. Beli groceries. Fridge dah kosong dah, sampuk Kaer. Diasememangnyaseorang yang sangat pendiam. Nak dengar suara dia pun susah. Bukannya sombong atauapa pun, memangdah stail dia camtuh."Betul gak tuh. Stok Maggie aku pun dah abih ni. Nescafe pun dah abih nih," Zahidmengumpan Adamdengan minuman kesukaannya. Fuh! Nasib baik Kaer ada idea. Susah juga nak pujukAdam selalunya.Kalau dia kata tak nak, tak payah kata apalah. Tak makan pujuk budak tu."Ermm... pas Asar kang la kita kuar," kata Adam, yang terasa malas untuk keluar.

    "Pas Asar kang ramai oranglah. Kuar skang nih la kurang sket orang. Balik nantiboleh masak terus,"balas Zahid."Yelah, yelah. Kita gi skang," Adam bangun dengan malas, sempat menggeliatkanbadannya. Hari minggumacam ni biasanya bermalas-malasanlah. Biasalah, orang takde awek, kalau tak,boleh gak kuar datinghujung minggu. Selalunya hujung minggu camnih, dia dan Kaer melepak je di rumah.Zahid selalunyalesap, keluar dating dengan awek dia. Minggu nih tak kuar dating pula mamat tu,awek balik kampungkot."Dam, bawak keta ko lah yek," kata Zahid, sebaik saja mereka semua dah siap.

    "Lerr... aku gak kena," bebel Adam, tapi kunci GTI yang tersangkut di dindingdicapainya. Dia takkisah pun sebenarnya, saja je.Mereka turun ke bawah. Sebaik saja GTI silver tersebut meluncur keluar darikawasan apartmentmereka, Zahid terus menghantar sms pada Nurul.

    'Line clear.'

    Tit..Tit....... Tit..TitNurul mengeluarkan handphone dari handbag. Dia membaca message yang tertera diskrin, kemudian

    tersenyum sendiri.Selepas sembahyang Asar di surau, mereka bertiga bertolak ke Kota Damansara. Lebihkurang 10 minitsaja perjalanan dari One Utama ke situ. Nurul yang menunjukkan jalan, lagipun diapernah ke rumahAdam beberapa kali sebelum ini, jadi dia taulah jalan. Semasa Adam, Zahid dan Kaermula-mula pindahdulu, Nurul pun turut sama membantu. Jadi nanti bolehlah mintak diorang balas budipulak bila sampaigiliran Nurul, Farah dan Edlin pindah pula. Edlin sebenarnya tau yang Adam tinggaldi situ, tapi

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    34/173

    dia turut sama merahsiakan perkara tu, bila Nurul memberitahu sebabnya. KalauNurul tak bagitau pundia faham, siapa tak tau permusuhan antara Farah dan Adam tu.

    Setelah menunggu lebih kurang 15 minit, tuan rumah pun muncul. Mereka di bawa keapartment 3 bilikyang terletak di tingkat 4 itu. Farah, Nurul dan Edlin berpuas hati dengan rumahtu. Jadi bermulalah

    sessi tawar menawar sewa dan deposit antara mereka dan tuan rumah. Bila keduapihak dah berpuashati, confirm lah mereka bertiga masuk rumah tu awal bulan depan, maknanya minggudepanlah merekaboleh pindah. Tak sabar dah rasanya nak masuk rumah baru.

    Mereka berjanji untuk berjumpa dengan tuan rumah hari Sabtu depan, untukmenyerahkan deposit rumah,dan juga mengambil kunci. Kemudian mereka berlalu dari situ. Dalam perjalananpulang, giliran Nurulpula menghantar message pada Zahid.

    'Ok, line clear. Confirm kitorang masuk umah nxt wknd. Get ur shield ready, war is

    coming, :)'

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------

    Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Adam tak tau yang Farah akan berpindah ke blokyang samadengannya, sengaja Zahid tak bagitau. Lagipun, takkanlah Farah tiba-tiba nak gicakap kat Adam.Memang takde kaitan langsung. Farah pun tak kasiktau lagi officemate yang lain.Dia nak tunggusemua dah settle, barulah dia cakap nanti. Jadi memang Adam tak dengar ceritalangsunglah. Kaer dah

    pun tau yang budak perempuan bertiga tu bakal jadi jiran mereka, Zahid dah punbagitau. Tapi Kaerpun tak bagitau Adam.

    Farah, Nurul dan Edlin berjanji untuk berjumpa dengan tuan rumah baru mereka pagiSabtu. Mereka dahrancang nak cuci rumah terus lepas ambil kunci. Peralatan nak cuci rumah punmereka dah bawaksekali. Barang-barang diorang nak angkut esok. Tak sewa lori pun, pakai keretasendiri je, sebabmasing-masing duduk menumpang umah sedara, jadi takde perabot yang nak dibawa.Pakaian danbarang-barang yang kecik je, boleh muat dalam kereta.

    Kunci rumah diserahkan oleh tuan rumah, jadi, dengan rasminya mereka dah masukrumah baru.Seronoknya duduk sendiri, jadi macam masa mereka belajar dululah, masa sama-samaduduk menyewa.Lepas je tuan rumah pergi, diorang bertiga pun dengan seronoknya bersedia nak cucirumah. Kenalahbagi-bagi tugas.

    "Ed, Anding tak nak datang tolong ke?" tanya Nurul."Dia gi Penang pagi smalam. Petang ni baru balik. Esok dia datanglah tolong angkut

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    35/173

    barang. Itu yangpenting, hehehe, cuci rumah takyah mintak tolong takpe," jawab Edlin, tersengih."Nurul, Lan tak mai tolong ke?""Errr... dia tak tau pun aku pindah umah," jawab Nurul."Haaaa? Ko tak cakap ke kat dia?" tanya Edlin, pelik."Ko gaduh ngan dia ke?" Farah meneka."Ermmm... tak gaduh. Tapi, tah, dia lama dah tak kontek aku. Aku malas la naktepon dia. Asyik aku

    aje yang tepon dia. Macam aku lak terhegeh-hegeh sangat kat dia," balas Nurulselamba. Farah danEdlin berpandangan sesama sendiri, kemudian menjungkit bahu memasing, tak pahamdengan hubunganNurul dan Azlan. Diorang tak kenal sangat pun Azlan. Bukan belajar sekali. Nurulkenal masa diabalik cuti summer, second year masa tuh. Azlan belajar kat UTM Skudai. Nurul pegijumpa kawan diakat situ, pas tuh berkenal-kenalanlah, pastuh declare.Mereka meneruskan tugas masing-masing. Edlin sedang lap tingkap. Nurul pula tengahcuci toilet.Farah pula tengah bersihkan dapur. Sambil bekerja, diorang menyanyi, adalahhiburan sikit.

    "Alamak.""Apsal lak Farah," tanya Nurul."Kita lupa bawak berus la. Malasnya nak turun beli.""Ermmm... takyah beli. Kejap, aku gi pinjam," Nurul mengelap tangannya, dankemudian berjalan keluardari rumah."Oit! Ko nak pinjam ngan sapa Nurul. Ngan jiran kita ke? Sukati ko je nak ketukpintu umah orang takkenal nak pinjam barang," Farah memanggil Nurul yang dah berada di luar pintu."Alaaa... ko takyah bimbanglah. Aku taulah. Bukan setakat berus je aku pinjam,ngan tenaga buruhsekali aku bawak nanti."Nurul turun ke bawah, dan mengetuk pintu rumah yang terletak betul-betul di bawah

    rumah mereka.Pintu dibuka, dan muka Kaer muncul. Nampak sangat muka baru bangun tidur."Eh! Nurul?" tanya Kaer, menggenyeh-genyehkan matanya, mana tau kot-kot bermimpi."Apa daa, baru bangun ker. Dah nak tengahari nih.""Ko buat apa kat sini?" tanya Kaer, yang masih mamai. Dia dah lupa yang budakperempuan bertiga tupindah hari ni."Nak pinjam berus," jawab Nurul."Ha? Apsal ko nak pinjam berus? Nak basuh baju ke? Apsal ko nak pinjam berus aku?"tanya Kaerbertalu-talu."Ish! Banyak soal la ko nih. Ada ke dak? Yang lain mana? Membuta lagi ke semua?""Sapa tuh Kaer?" Zahid tiba-tiba muncul di belakang Kaer.

    "Eh! Nurul. Ko pindah ari nih ke? Nak mintak tolong kitorang ke?" tanya Zahid,menolak Kaer ke tepi."Ari nih nak cuci rumah dulu. Esok angkut barang, pas tuh masuk teruslah. Aku nakpinjam berus la.Kitorang lupa nak bawak.""Berus apa? Berus basuh baju ke?""Basuh baju apa gak ko nih. Nak berus lantai.""Jap aku amik.""Ha'ah yek. Lupa lak aku ko nak pindah masuk," Kaer berkata, bila Zahid pergimengambil berus."Ko memang. Adam mana?"

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    36/173

    "Tido lagi kot. Tak nampak muka pun lagi. Farah ada ke?" tanya Kaer."Ada. Adam tau ke kitorang pindah atas?""Tak tau. Zahid tak cakap kat dia. Farah dah tau lom kitorang duk bawah nih?""Belum gak.""Mengamuk dia nanti kang.""Takpe, kitorang tau camne nak handle Farah.""Hmmm... Bila nak berbaik tah diorang berdua tuh.""Tah laaa.. Penat dah aku tengok."

    "Korang nak kitorang tolong ke?""Kalau nak tolong naik je la atas.""Nanti la, jap lagi aku naik. Nak breakfast dulu. Korang dah makan lom?""Dah makan dah."Zahid muncul dan menghulurkan berus berwarna hijau pada Nurul. Selepas mengucapkanterima kasih,Nurul naik semula ke atas.

    "Farah, nih ha berus," Nurul menghulurkan pada Farah berus yang dipinjam daribudak bawah tadi."Thanks. Ko pinjam ngan sapa nih?""Adalah.""Ek eleh. Camtuh pun nak berahsia ke? Ko ada kawan ke duk sini?"

    "Ada.""Oooo... patut pun. Laki pompuan? Member skolah ko dulu ke?" tanya Farah lagi."Nantilah aku kenalkan."

    Mereka meneruskan kerja, tapi mulut tak boleh diamlah. Sekejap berborak, sekejapmenyanyi, sekejapmelalak. Memang kecohlah, macam ada kenduri, padahal diorang bertiga aje.

    "Assalamualaikum. Kami datang nak tengok rumah.""Waalaikummussalam. Masuk, masuk, jangan malu-malu. Buat macam umah sendiri,"pelawa Edlin yangsedang mop lantai di ruang tamu."Oit! Korang datang nak tolong ke?" Nurul keluar dari toilet dan keluar ke ruang

    tamu bila dengarada orang datang. Zahid dan Kaer yang datang. Adam masih membuta lagi, jadi merekatinggalkan notamengatakan diorang naik ke atas, tolong orang baru pindah. Tapi dalam nota tuhdiorang tak cakaplahsapa yang pindah masuk umah ni."Ha'ah, tolong tengok," jawab Zahid."Kalau tolong tengok je baik takyah datang," kata Edlin."Uih! Bestlah korang duk sini. Bolehlah masak selalu untuk kitorang," kata Zahidlagi."Amboi, banyak cantik muka," balas Nurul."Mana housemate ko lagi sorang?" tanya Zahid. Belum sempat Edlin atau Nurulmenjawab, Farah

    tiba-tiba muncul bila mendengar bunyi bising di ruang tamu. Dia tengah cuci ruangbelakang, tempatjemur baju.

    "Apa bising-bising nih?" tanya Farah."Hai Farah, lama tak jumpa ko," tegur Zahid. Kaer sekadar tersenyum."Eh! Zahid, Kaer. Mana korang tau kitorang pindah sini?" tanya Farah."Aku duk sini gak lah," jawab Zahid."Ko duduk sini gak? Blok mana?" tanya Farah lagi."Umah aku bawah umah ko je," jawab Zahid, selamba je. Nurul dan Edlin menungguFarah menangkap

  • 8/14/2019 Benci Tapi Rndu-nvel

    37/173

    apa yang berlaku."Ooo.. kira berjiranlah kita yek. Eh! Kejap. Bukan ko duk seumah ngan mamat seweltuh ke?""Adam ker? Yer ahh. Aku duk ngan dia ngan Kaer bertiga.""Nurul... you knew about this?""Memang aku tau pun diorang duk sekali. Kan aku dah cakap kat ko," jawab Nurul,saja je buat takpaham soalan Farah.

    "Nurullllllll!!! Maksud aku, ko tau diorang duk sini ke?" tanya Farah geram."Yup, Zahid yang kasik number tepon tuan umah kat aku.""Apsal ko tak cakap kat aku? Kalau aku tau, takkan aku setuju duk sini.""Sebab kitorang tau ko takkan setuju tuh yang kitorang tak cakap kat ko," sampukEdlin."What???? Ko pun tau Edlin. Korang saja nak kenakan aku ke nih," Farah tak berpuashati dengan Nuruldan Edlin yang seolah-olah sengaja memerangkapnya."Come on la Farah. Bukan kitorang nak kenakan ko. But umah nih memang strategik.Dekat dengan opiskita bertiga. Sewa pun murah. Kat area damansara nih, ko ingat senang ke nak dapatsewa murahcamni."

    Memang betul pun kata-kata Nurul tuh, tapi Farah saja nak tegakkan lagi benangbasah."Tapi, koman-koman pun cari la blok lain. Tak pun apartment lain banyak lagi kankat area nih. Kotaulah, aku dah arr satu opis ngan mamat biul nih. Balik umah pun ngadap muka diagak.""Bukan aku tak carik umah lain. Ko tau kan aku carik. Ko pun carik kan. Tapi nihje yang dapat. Kogak kata nak masuk cepat. Susah nak ulang-alik gi keja," bidas Nurul."Hmmm... ok. Kita duk sini dulu. Kalau dapat umah lain, kita pindah ok?""Alahai Farah, penatlah nak pindah randah. Abih masa, abih tenaga, abih duit,"Edlin pula menyampuk.Kaer dan Zahid diam je dari tadik, tak mau masuk campur.

    "Ko takut ngan Adam ke Farah?" Nurul terus bagi soalan membunuh."Excuse me? Aku takut ngan mamat sewel tuh. Please laaa. Apsal lak aku nak takutkat dia," jawabFarah, bengang bila Nurul kata dia takut kat Adam."Abih, kalau ko tak takut kat dia, apsal ko tak nak duduk sini?" tanya Nurul."Aku bukan takutlah, aku nyampah kat dia," balas Farah."Ataupun, ko takut ko jatuh cinta kat dia kalau selalu jumpa dia.""Ko giler ke aku nak jatuh cinta kat dia. Aku nampak muka dia 24 jam pun akutakkan jatuh cinta katdia. Makin meluat adalah," kata Farah."So, what's the problem here? Kalau ko tak takut kat dia, or ko tak mungkinterpikat kat dia,there's no harm for us staying here. Lagipun, okay gak ada kengkawan duk dekat.

    Ada apa-apa halsenang nak mintak tolong," jawab Nurul, menghabiskan hujahnya. Edlin, Zahid danKaer menunggu jejawapan seterusnya dari Farah. Hebat Nurul, pandai dia putar belitkan situasi.Kalau Farah masihlagi tak mau tinggal di si