Upload
tranduong
View
255
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)
BULETIN KPKK
YANG SALAH
YANG BETUL
CATATAN
Y.B.
YB
Tidak perlu tanda noktah. Contoh lain: YAM, YAA, DYMM, YBhg.
Di antaranya, Pengurus…
Antaranya, Pengurus…
Frasa sendi di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya:
Anak itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya.
Lif itu terhenti di
antara tingkat tiga dengan tingkat empat.
Tambak Johor
terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura
NOTA: Padanan di antara/ antara ialah dengan bukan dan.
Di antara buku yang telah …
Antara buku yang telah …
Rujuk penjelasan di atas.
2
Urusetia
Urus setia
Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.
di atas pelantikan…
atas pelantikan…
Kata sendi di atas digunakan untuk perkara yang boleh dipegang atau nampak fizikalnya. Contohnya:
di atas meja di atas pokok di atas bumbung di atas jalan di atas bahu
bekerja sama
bekerjasama
Kerjasama, antara beberapa kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan.
Selain daripada penganjuran…
Selain penganjuran…
Tidak perlu ada kata sendi, dari atau daripada selepas selain.
ke-Sepuluh
kesepuluh, ke-10
Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang. Contoh lain:
Keempat, ke-4 Kelapan, ke-8 Keseratus, ke-100
mensasarkan
menyasarkan
S-a-s-a-r bermula dengan konsonan s, dengan demikian menerima awalan ‘meny’ dan konsonan s gugur.
3
Contoh lain: Suka jadi menyukai Salah jadi
menyalahi/kan Suci jadi menyuci Satu jadi
menyatukan Pra Sekolah
prasekolah
Awalan asing anti, bio, dwi, eka, eko, juru, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio,sub, swa, tata, tri dan tuna - apabila bertemu dengan kata nama umum, dieja sebagai satu perkataan, tanpa tanda sempang. Contohnya:
antidadah antikomunis biologi bioteknologi dwibahasa dwicabang ekafungsi ekawarna ekosistem ekopelancongan juruaudit juruukur kokurikulum mahaguru maharani multimedia multinasional pascaijazah pascapenerbitan prasejarah pramoden proaktif prokemerdekaan sosiobudaya
4
sosioekonomi subkontraktor substandard swakarya swalayan tatanama tatarias trifungsi trilogi tunasusila tunakarya
Namun apabila awalan ini bertemu dengan kata nama khas, kita tulis dengan tanda sempang. Contohnya:
Anti-Rusia Pro-Barisan Nasional
Terdiri di kalangan
Terdiri daripada kalangan
Daripada, kata sendi yang lebih tepat.
Intan
INTAN
Akronim kepada Institut Tadbiran Awam Negara, dieja dengan huruf besar.
Yang Dipertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong
Ejaan yang digazetkan.
di wakili
diwakili
Imbuhan awalan di dan ke hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Awalan di membentuk kata kerja. Contohnya:
dipenjarakan dipecat dimarahi diisi dilaporkan
5
Awalan ke bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Contohnya:
kehendak keluar pintu kerangka kesemua ketua
Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya:
di angkasa di antara di atas di Johor di udara
digunapakai
diguna pakai
Kata majmuk dieja terpisah, kecuali beberapa perkataan yang ditetapkan oleh Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, seperti tanggungjawab, pesuruhjaya, olahraga, tandatangan, warganegara, antarabangsa, jawatankuasa, matahari, kerjasama dan beritahu. Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan
6
apabila menerima imbuhan awalan dan akhiran. Contohnya: Kuat kuasa Penguat kuasa Menguatkuasakan Penguatkuasaan Ambil alih Mengambil alih Pengambilan Latar belakang Berlatar belakang Berlatarbelakangkan Naik taraf Menaik taraf Menaiktarafkan
Ke 20
Ke-20
Rujuk penjelasan di muka surat 2.
mengenengahkan
mengetengahkan
Kata akarnya, ketengah – menerima awalan meng, hanya konsonan k yang gugur. Konsonan t, kekal.
beserta
berserta
Awalan ber bukan be.
ialah untuk
adalah untuk
Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja. Contohnya:
7
Kursus ini adalah untuk …
Tarikh tutup kursus
adalah pada 31 Ogos 2009.
Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Contohnya:
Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas.
Sepak takraw ialah
sukan yang elok dipertandingkan.
GEMA MERDEKA
YANG SALAH
YANG BETUL
CATATAN
perlantikan
pelantikan
Pelantikan daripada proses melantik bukan berlantik. Contohnya:
Pelepasan daripada perbuatan melepaskan
Perlepasan daripada perbuatan berlepas
8
Perdana Menteri Malaysia ke-VI
Perdana Menteri Malaysia VI atau Perdana Menteri Malaysia Keenam atau Perdana Menteri Malaysia Ke-6
Tidak perlu tanda sempang. Keenam, dieja sebagai satu perkataan. Dieja dengan tanda sempang
Y.B.
YB
Tidak perlu tanda noktah.
tauladan
teladan
Ejaan yang tepat ialah teladan.
dayafikir
daya fikir
Daya fikir, kata majmuk yang dieja terpisah.
jayadiri
jaya diri
Jaya diri, kata majmuk yang dieja terpisah.
teguhdiri
teguh diri
Teguh diri, kata majmuk yang dieja terpisah.
ulangtahun
ulang tahun
Ulang tahun, kata majmuk yang dieja terpisah.
jesteru
justeru
Ejaan yang tepat justeru.
mengenepikan
mengetepikan
Kata akar ketepi, jadi menerima awalan meng. Yang gugur hanya konsonan k. konsonan t kekal.
sosio ekonomi
sosioekonomi
Rujuk penjelasan di muka surat 3.
9
mengisahkan tentang kehidupan….
mengisahkan kehidupan…
Mengisahkan, kata kerja transitif mesti terus menerima objek, kehidupan (kata nama atau frasa nama) dan tidak boleh disisipkan dengan kata sendi tentang.
terlibat di dalam pelbagai program
terlibat dalam pelbagai program
Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya:
di atas di Perlis di sana
Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Contohnya:
dalam hal ini… dalam bidang
penyiaran … dalam konteks
ini,… Kata sendi nama di dalam digunakan untuk
10
yang ada ruang. Contohnya:
di dalam bilik di dalam hutan di dalam kotak di dalam dewan
Benson Adversiting
Benson Advertising
Kesilapan menaip.
Lintas Adversiting
Lintas Advertising
Kesilapan menaip.
Ramai aktivitis-aktivitis
Ramai aktivis
Ramai, kata jamak – tidak perlu digandakan Contoh kata-kata lain yang membawa pengertian jamak: Orang, rakyat, mereka, maklumat, banyak, semua, senarai, pertubuhan, persatuan, kumpulan, gabungan
Dato’ Rahim Razali adalah seorang insan…
Dato’ Rahim Razali, insan… atau Dato’ Rahim Razali ialah insan… atau Dato’ Rahim Razali ialah seorang insan…
Tidak perlu ada kata pemeri adalah.
Di dalam dunia seni…
Dalam dunia seni…
Rujuk penjelasan di muka surat 8.
11
Tub Abdul Razak (2 kali)
Tun Abdul Razak
Kesilapan menaip.
Membincangkan mengenai isu
Membincangkan isu
Membincangkan, kata kerja transitif terus menerima objek,( isu), dan tidak boleh disisip dengan kata-kata lain (mengenai).
pilihanraya
pilihan raya
Pilihan raya, kata majmuk yang dieja terpisah.
disamping
di samping
Rujuk penjelasan di muka surat 8.
Sumbangan di dalam pembangunan…
Sumbangan dalam pembangunan…
Rujuk penjelasan di muka surat 8.
…di mana tarikh tutup…
…yang tarikh tutup…
di mana ialah kata tanya, dan tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.
Selain daripada memperkasakan…
Selain memperkasakan…
Tidak perlu kata sendi dari atau daripada selepas selain.
di atur
diatur
Diatur, kata kerja. Dengan demikian dieja sebagai satu perkataan.
Bandar DiRaja
Bandar Diraja
Ejaan yang tepat Diraja.
12
koreograger
koreografer
Kesilapan menaip.
Muzik Tun Razak
Muzikal Tun Razak
Kesilapan menaip.
DOKUMEN MESYUARAT JKPA PADA 3 OGOS
YANG SALAH
YANG BETUL
CATATAN
Y.Bhg.
YBhg.
Tidak perlu tanda noktah selepas Y.
Y.M.
YM
Tidak perlu tanda noktah.
urusetia
urus setia
Kesalahan lazim, terutama sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.
minima
minimum
Ejaan yang tepat minimum.
disemua peringkat
di semua peringkat
Rujuk penjelasan di muka surat 8.
efisen
efisien
Ejaan yang tepat efisien.
ePerolehan
e-Perolehan
Dieja dengan tanda sempang.
ianya
ia
Tidak ada kata ganti
13
nama ianya dalam bahasa Melayu. Sekiranya ianya dianggap betul, maka kita juga harus menerima kata ganti nama akuku, kamumu sebagai betul.
adalah seperti berikut…
adalah seperti yang berikut…
Lebih tepat jika ada yang.
cop rasmi
cap rasmi
Ejaan yang tepat cap.
sepertimana
seperti mana
Lebih tepat sebagaimana atau seperti.
maklumbalas
maklum balas
Maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah.
dari jumlah tersebut…
daripada jumlah tersebut…
Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa. Contoh yang menyatakan tempat atau arah:
Awak datang dari mana?
Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi.
14
Lori itu datang dari arah kiri.
Mereka baru sampai dari Kuching.
Contoh yang menyatakan waktu atau masa:
Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari.
Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18.
Perkara itu diketahui dari waktu subuh lagi.
Persatuan itu sering mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa.
Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut:
Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur mujarad (abstrak);
Sumber atau asal kejadian sesuatu benda;
Perbezaan atau perbandingan; dan
15
Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan.
Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan benda dan unsur mujarad
Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya.
Cadangan daripada persatuan telah kami terima.
Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah.
Encik Karim baru sahaja menerima arahan daripada ketuanya.
Mereka sudah pun menerima sumbangan daripada pihak kerajaan.
Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda
Ahli persatuan terdiri daripada pelajar sekolah.
Air terdiri daripada gabungan hidrogen dan nitrogen.
16
Benang berasal daripada kapas.
Kasut itu diperbuat daripada kulit buaya.
Saya sedia untuk meminta maaf sekiranya kesilapan itu berpunca daripada saya.
Menyatakan sebahagian daripada semua
Enam orang daripada mereka mati disambar petir.
Kebanyakan
daripada rumah di kampung itu musnah dipukul ribut.
Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing.
Seorang daripadanya bertubuh tinggi dan tegap.
Menyatakan perubahan, perbezaan atau perbandingan
Ali lebih tinggi daripada Ahmad.
Kami tiba lewat
17
daripada mereka. Membaca buku
ilmiah lebih baik daripada membaca majalah hiburan.
Perangainya lain daripada yang lain.
rendah dari 24.4%
rendah daripada 24.4%
Kata sendi dari untuk masa dan tempat. Kata sendi daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian atau sumber.
berpuashati
berpuas hati
Puas hati, kata majmuk yang dieja terpisah.
dibawah
di bawah
Kata sendi di, dieja terpisah.
…mengambil maklum perkara-perkara berikut:
…mengambil maklum akan perkara-perkara yang berikut:
Perlu ada kata sendi akan.
diatas kerjasama
atas kerjasama
Rujuk penjelasan di muka surat 2.
maklumbalas
maklum balas
Maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah.
minima
minimum
Ejaan yang tepat minimum.
18
Y. Bhg
YBhg.
Tidak perlu ada tanda noktah selepas Y.
tengahari
tengah hari
Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah.
ePerolehan
e-Perolehan
Perlu ada tanda sempang.
ianya
ia
Ianya tidak boleh dianggap sebagai kata ganti diri.
di antara terma rujukan
antara terma rujukan
Rujuk penjelasan di muka surat 1.
mempastikan
memastikan
Pasti, menerima awalan mem dan konsonan p digugurkan.
perolehi
peroleh
Perkataan yang tepat ialah peroleh
tv1
TV1
TV1, dieja dengan huruf besar.
tv2
TV2
TV2, dieja dengan huruf besar.
sebutharga
sebut harga
Sebut harga, kata majmuk yang dieja terpisah.
19
professional
profesional
Profesional, dieja dengan satu s. Jarang sekali terdapat gugusan konsonan dalam perkataan BM. Contoh lain:
Misi bukan missi Majalah bukan
majallah Muhibah bukan
muhibbah Sesi bukan sessi Hajah bukan
hajjah Gosip bukan
gossip Kecuali media massa untuk membezakannya daripada masa.
dari masa ke semasa
dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa
Gunakan perkataan yang sama, jangan disilangkan.
Laporan Tindakan ke atas kesalahan
Laporan Tindakan tentang /akan kesalahan
Kata sendi yang tepat ialah akan atau tentang.
hukuman ke atas kakitangan
hukuman kepada /terhadap kakitangan
Kata sendi yang tepat ialah kepada atau terhadap.
dikemaskini
dikemas kini
Kemas kini, kata majmuk yang dieja terpisah.
mengambil tindakan di atas perkara ini…
mengambil tindakan atas perkara ini…
Rujuk penjelasan di muka surat 2.
20
urusetia
urus setia
Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.
menaiktaraf
menaik taraf
Naik taraf, kata majmuk yang dieja terpisah.
kesemua 51 lokasi
ke semua 51 lokasi
Kata sendi ke, dieja terpisah.
pemerksaan
pemeriksaan
Kesilapan menaip.
utnuk
untuk
Kesilapan menaip.
sepertimana
Seperti mana
Lebih tepat sebagaimana atau seperti.
kraftangan
Kraf tangan
Kraf tangan, kata majmuk yang dieja terpisah. (kecuali kata nama khas yang digazetkan)
berpuashati
berpuas hati
Puas hati, kata majmuk yang dieja terpisah.
pernelanjaan
perbelanjaan
Kesilapan menaip
adalah sebanyak
ialah sebanyak
Rujuk penjelasan tentang kata pemeri ialah dan adalah
21
dari jumlah peruntukan yang diterima…
daripada jumlah peruntukan yang diterima…
Rujuk penjelasan di muka surat 10 – 13.
Y.B.
YB
Tidak perlu tanda noktah.
di atas nama…
atas nama…
Rujuk penjelasan di muka surat 2.
telepon
telefon
Ejaan yang tepat ialah telefon.
sepertimana
Seperti mana
Lebih tepat seperti atau sebagaimana
e-mel
Ejaan yang tepat ialah e-mel.
fax
faks
Ejaan penuh ialah faksimile dan singkatannya ialah faks.
Dewan Cendiakawan
Dewan Cendekiawan
Ejaan yang tepat ialah cendekiawan.
merekabentuk
mereka bentuk
Reka bentuk, kata majmuk yang dieja terpisah.
siaraya
siar raya
Siar raya, kata majmuk yang dieja terpisah.
22
Institut Penyiaran & penerangan
Institut Penyiaran dan Penerangan
Ejaan yang tepat ialah perkataan dan dieja, dan konsonan p dieja dengan huruf besar.
menaiktaraf
menaik taraf
Naik taraf, kata majmuk yang dieja terpisah.
Komputer HP Laser Jet Dan samsung
Computer HP Laser Jet dan Samsung
Nama khas
perlanjutan
pelanjutan
Pelanjutan, daripada proses melanjutkan.
halatuju
hala tuju
Hala tuju, kata majmuk yang dieja terpisah.
Juru Perunding
Juruperunding
Juruperunding, dieja satu perkataan.
perlantikan
pelantikan
Pelantikan, daripada proses melantik.
BAKI BAWA KEHADAPAN
BAKI BAWA KE HADAPAN
Kata sendi ke, dieja terpisah.
HAPUSKIRA
HAPUS KIRA
Hapus kira, kata majmuk yang dieja terpisah.
DIKEMASKINI
DIKEMAS KINI
Kemas kini, kata majmuk yang dieja terpisah.
PANTRY
PANTRI
Ejaan dalam BM, dieja dengan vokal i.
23
diperolehi
diperoleh
Kata yang tepat ialah diperoleh.
senireka
seni reka
Seni reka, kata majmuk yang dieja terpisah.
BUKU KECIL 1MALAYSIA
YANG SALAH
YANG BETUL
CATATAN
…berdasarkan atas prinsip-prinsip…
…berdasarkan prinsip-prinsip…
Kata kerja transitif terus menerima objek, tidak boleh disisip dengan kata sendi atas.
e-mel
Ejaan yang tepat ialah e-mel.
SURAT RASMI
YANG SALAH
YANG BETUL
CATATAN
Institut Penyiaran Tun Razak
Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak
IPPTAR – Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak
Faks No.
No. Faks
Hukum D – M Yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Contoh lain:
24
Pisang goreng Studio mini Hal-hal lain Kedai pajak gadai Kompleks sukan
Y.Bhg.
YBhg.
Tidak perlu tanda noktah selepas Y.
tengahari
tengah hari
(5 kali) Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah.
Dewan Banquet
Dewan Bankuet
(2 kali) Bankuet, dieja dengan konsonan k.
maklumbalas
maklum balas
(2 kali) maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah.
urusetia
urus setia
Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.
faksemili
faksimile
Ejaan yang tepat ialah faksimile.
Sesungguhnya dengan kehadiran Tuan akan menyerikan majlis ini…
Sesungguhnya kehadiran Tuan akan menyerikan majlis ini…
Ayat asal tidak gramatis.
ATURCARA
ATUR CARA
Atur cara, kata majmuk yang dieja terpisah.
diatas
di atas
Rujuk penjelasan di muka surat 2.
25
Adalah dimaklumkan…
Dengan ini dimaklumkan…
Tidak boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah.
…disepanjang tempoh diatas…
…sepanjang tempoh di atas…
Ayat asal tidak gramatis.
staff
staf
Perkataan BM ialah staf.
Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah dihargai.
Kerjasama tuan dalam menjayakan acara ini amat dihargai.
Ayat asal tidak gramatis.
aturcara
atur cara
Atur cara, kata majmuk yang dieja terpisah.
Check in
Daftar masuk
Jika ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya.
vocal
vokal
Vokal, dieja dengan konsonan k.
tengahari
tengah hari
Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah.
Check out
Daftar keluar
Jika ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya.
perkara diatas.
perkara di atas.
Kata sendi di, dieja terpisah. Rujuk penjelasan di muka surat 2.
26
berkuatkuasa
berkuat kuasa
Kuat kuasa, kata majmuk yang dieja terpisah.
Disamping itu,
Di samping itu,
Kata sendi di, dieja terpisah.
di arahkan
diarahkan
Awalan di, dieja satu perkataan.
di sifatkan
disifatkan
Awalan di, dieja satu perkataan.
S.K
s.k.
Huruf kecil dan ada tanda noktah.
Y.Bhg.
YBhg.
Tidak perlu tanda noktah selepas Y.
Adalah saya dengan hormatnya merujuk…
Dengan hormatnya saya merujuk…
Tidak boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah.
Diangkakan seramai 250 orang
Dijangkakan seramai 250 orang
Lebih tepat dijangkakan.
Hajjah
Hajah
Ejaan yang tepat ialah hajah.
Bilik-bilik yang diacadangkan adalah Bilik Cabaran…
Bilik-bilik yang dicadangkan ialah Bilik Cabaran…
Rujuk penjelasan di muka surat 6.
Jalan Pantai Baru
Jalan Pantai Baharu
Ejaan yang tepat ialah baharu.
27
Urusetia
Urus setia
Urus setia, kata majmuk yang dijea terpisah.
BOLASEPAK
BOLA SEPAK
Bola sepak, kata majmuk yang dieja terpisah.
Di atas kerjasama tuan…
Atas kerjasama tuan…
Rujuk penjelasan di muka surat 2.
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
Ayat asal tidak gramatis.
keatas
ke atas
Kata sendi ke, dieja terpisah.
BUKU PROGRAM MALAM JASAMU DIKENANG
YANG SALAH
YANG BETUL
CATATAN
Y.B.
YB
Tidak perlu tanda noktah.
Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
Tidak perlu kata sendi atas.
Allah S.W.T.
Allah SWT
Tidak perlu tanda noktah.
limpahNya
limpah-Nya
Konsonan N dieja dengan huruf besar kerana Nya merujuk
28
kepada Allah. Perkataan dieja dengan tanda sempang.
Pada Kesempatan ini…
Pada kesempatan ini
Kesilapan menaip.
…berjaya di dalam apa jua bidang…
…berjaya dalam apa jua bidang…
Rujuk penjelasan di muka surat 8.
…di atas persaraan mereka…
…atas persaraan mereka…
Rujuk penjelasan di muka surat 2.
…di atas sumbangan…
…atas sumbangan…
Rujuk penjelasan di muka surat 2.
Jasa Mu Dikenang
Jasamu Dikenang
Mu tidak perlu dieja dengan huraf besar kerana bukan merujuk kepada Allah. Perkataan Jasamu dieja rapat.
Selain daripada menjadi medan…
Selain menjadi medan …
Tidak perlu kata sendi dari atau daripada selepas selain.
…bertukar-tukar pengalaman di antara pesara dan warga Kementerian…
…bertukar-tukar pengalaman antara pesara dengan warga Kementerian…
Rujuk penjelasan di muka surat 1.
Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Dan, d dieja dengan huruf kecil.
29
NOTA: Saya memantau tegur untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan bahasa yang masih berlaku dalam kalangan warga kerja KPKK. Bukan niat saya untuk mengaibkan pesalah bahasa. Harapan saya, teguran ini boleh dijadikan panduan dalam kita menjalankan tugas seharian di pejabat. Alhamdulillah, kesalahan bahasa dan kesilapan ejaan semakin kurang. Sama-samalah kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
Dipantau tegur oleh:
Dato’ Adilah binti Shek Omar Pengarah IPPTAR Tarikh: Dikemaskinikan pada 28 Februari 2011