Upload
doanthuy
View
255
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Berita UkurSUARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
Berita Ukur BIL:36 2004 ISSN 0128-0414
YB Menteri Lawat JUPEM
MENTERI Sumber Asli dan
Alam Sekitar Y. Bhg. Dato
Sri Haji. Adenan Bin Hj.
Satem telah mengadakan lawatan
kerja ke Ibu Pejabat JUPEM, Kuala
Lumpur pada 12 April 2004. Lawatan
kerja ini adalah bertujuan untuk
berkenalan lebih dekat lagi dengan
pegawai dan kakitangan di samping
melihat dan memahami aktiviti yang
dilaksanakan di JUPEM setelah
dilantik menerajui Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Ketibaannya di Bangunan CAMS
disambut oleh pegawai Pengurusan
Tertinggi dan Pegawai Kanan
JUPEM. Lanjutan daripada lawatan
ini, beberapa aturcara khas telah
disusun yang dimulakan dengan
tayangan Video Korporat JUPEM.
Tayangan ini yang memaparkan
secara umum aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan meliputi pengukuran
hakmilik, sempadan negeri-negeri
dan antarabangsa, astronomi dan
geodesi. Ia disusuli dengan taklimat
Jabatan yang disampaikan oleh Y.
Bhg. Dato’ Hamid Ali, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia yang memberi tumpuan
kepada perancangan, program
pemodenan yang sedang dan akan
dilaksanakan dan pencapaian aktiviti
yang akan dilaksanakan. YB Menteri
dan rombongan juga dimaklumkan
tentang bidang kerja JUPEM
khususnya dalam aktiviti pengukuran
tanah dan penyediaan hakmilik
tanah dan strata, sistem yang
digunakan, peruntukan kewangan,
tenaga kerja serta perancangan
masa depan JUPEM. Selain itu,
taklimat juga menyentuh penyediaan
prasarana bagi memenuhi keperluan
pelanggan.
YB Menteri juga mengadakan sidang
media bersama pihak Pengurusan
JUPEM setelah selesai majlis
taklimat dan sesi soal jawab. Dalam
sidang media ini, YB Menteri telah
menerangkan tentang hala tuju dan
peranan utama Kementerian
Bersambung ke m/s 3
Sidang PengarangSidang Pengarang
Penaung
Dato’ Hamid Ali,
DIMP, KMN, PMC, PJC
Penasihat
Dr. Abdul Kadir Taib SDK, KMN
Pengerusi
Ahamad Zakaria
Ketua Pengarang
Tsalimy Abdullah
Pengarang
Ramli Nor
Sukeri Miskon
K. Sivaganam
Ketua Rekabentuk/Pencetak
Muhammat Puzi Ahmat, KSD
Makluman
Semua pendapat dan buah fikiran dalam
Berita Ukur ini tidak semestinya pendapat
rasmi Pentabiran Jabatan. Sidang
Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan
sumbangan dari pembaca.
Segala bahan-bahan hendaklah
dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan
dialamatkan kepada:
Pengerusi
Penerbitan Berita Ukur
Tingkat 4,
Bangunan Ukur
Jalan Semarak
50578 Kuala Lumpur
Tel: 03-26170800
Fax: 603-26170990
Seseorang yang mengejar suatu pekerjaan, kemudian ia memenuhihak kewajibannya, selama itu ia dipandang di jalan Allah, sehinggaia pulang ke rumah, nya: Riwayat At-Thabrani.
Renungan
RencanaPengarang
MENCINTAI Negara adalah kewajipan setiap manusia terhadap
tanah tempat tumpah darahnya. Kita perlu menanamkan semangat
kecintaan terhadap tanah air di mana tempat kita berpijak, berteduh
dan mencari rezeki. Udara dan tanahnya yang membantu kesihatan tubuh
kita. Undang-undang dan peraturannya menjadi adat istiadat kita. Sistem
dan cara penduduknya menjadi sistem dan cara hidup kita. Pakaian dan
cara pemakaian, makanan dan cara memakannya, pembicaraan dan cara
menyampaikan tutur kata, segalanya sebagai acuan yang membentuk
peribadi kita. Kecintaan kepada tanah air juga perlu disertai dengan menjaga
kebersihan dan keindahan struktur alam semula jadi ciptaan Tuhan.
Menyedari hakikat ini, sebagai warga jabatan yang prihatin seharusnya kita
mempunyai semangat patriotik ini di samping menyedarkan rakan-rakan
kita yang lain untuk sama-sama menyayangi jabatan sendiri daripada
menyanjungi perkara lain yang kurang menguntungkan. Kita mencintai
jabatan kerana mempunyai hubungan yang sangat erat antara kita
dengannya. Melalui kecintaan terhadap jabatan, akan lahir satu kecintaan
terhadap sesama warga yang berkongsi menduduki bangunan yang sama
dijadikan tempat berteduh dan banyak perkara yang boleh menguntungkan
kehidupan seharian.
Kini kita berkhidmat, terdidik dan hidup dalam lingkungan jabatan sendiri
dan berkecimpung di tengah-tengah keramaian kakitangan dengan
dilambakan kerja dan tugas yang berbagai. Dalam keadaan begini, kita harus
bijaksana mengurus masa serta menyesuaikan diri seperti anak-anak sungai
yang mengalir tenang dalam kawasan lembah hijau yang penuh kedamaian
atau kita seolah-olah anak-anak yang berada di pangkuan ibunya. Kita akan
merasa puas sekiranya dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan
dengan jayanya.
Tergoncang ingatan kita apabila mengimbau kenangan suka duka dan
kejayaan apabila kita berada di luar jabatan. Kita akan merasa rindu dengan
kejayaan ketika melaksanakan tugas di jabatan. Hanya akan terasa lega
kerinduan ini apabila kita berpeluang melihat hasilnya. Justeru, kita terasa
mulia dengan kemuliaannya dan di sebaliknya terasa terhiris dan terluka
apabila ianya dihina. Jadikan cinta pada jabatan ini menjadi naluri semula
jadi kita warga JUPEM.
Sambungan dari m/s 1
Sumber Asli dan Alam Sekitar yang merupakan sebuah
kementerian baru dan besar diujudkan susulan
daripada proses penyusunan semula kementerian-
kementerian oleh kerajaan.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
mengandungi 10 buah jabatan yang mempunyai lebih
13,000 kakitangan di mana JUPEM adalah jabatan
yang terbesar dengan bilangan kakitangan yang lebih
4,500 orang. Berikut adalah jabatan-jabatan yang
terletak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar :-
i. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM)
ii. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
iii. Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
iv. Jabatan Alam Sekitar (JAS)
v. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman-
Taman Negara (Perhilitan)
vi. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
vii. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
viii.Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
ix. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
x. Bahagian Taman Laut & Perikanan Rekreasi
Berdasarkan jumlah jabatan/agensi yang terletak di
bawahnya, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
adalah di antara kementerian yang terbesar dan
terpenting. Peranannya adalah tertumpu kepada aktiviti
mengurus dan memulihara khazanah alam iaitu sumber
asli seperti tanah, marin, sungai, alam sekitar, perhilitan,
galian dan hutan untuk dimanfaatkan kepada negara.
YB Menteri dan rombongan juga dibawa melawat ke
ruang pameran yang disediakan. Beliau diberi
penerangan berkenaan aktiviti-aktiviti utama JUPEM
meliputi pengukuran hakmilik dan pemetaan secara
lebih terperinci melalui poster-poster, tayangan video
dan sebahagian peralatan yang digunakan. Di samping
itu, YB dan rombongan berkesempatan melawat
Seksyen Percetakan Peta bagi melihat dengan lebih
dekat operasi percetakan peta yang turut menghasilkan
produk lain seperti buku-buku dan watikah pengurniaan
pingat kebesaran, watikah perlantikan dan sebagainya.
Turut mengiringi YB Menteri dalam lawatan ini adalah
Timbalan Menteri YB Dato’ Sothinathan A/L Sinna
Gaundar, Setiausaha Parlimen, YB Encik Sazmi Miah,
Ketua Setiausaha Kementerian Y. Bhg. Dato’ Dr. Isahak
Yeop Mohd. Shar, Timbalan. Ketua Setiausaha I,
Y. Bhg Dato’ Subuh Mohd. Yasin, Timbalan.Ketua
Setiausaha II, Y. Bhg. Dato’ Othman Baba dan pegawai
kanan kementerian.
32
Majlis Amanat &Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil 1/2004
PIHAK pengurusan adalah
berperanan dalam
menyampaikan matlamat
dan dasar bagi melicinkan urusan
pelaksanaan program tahunan yang
dirancang bagi mencapai matlamat
yang disasarkan dan kejayaan
sesebuah organisasi.
Dalam hubungan ini, JUPEM telah
mengadakan Majlis Amanat Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia pada 20 Januari 2004
bertempat di The City Bay View,
Langkawi. Majlis amanat ini telah
dihadiri oleh Pegawai Pengurusan
Tertinggi, semua Pengarah Ukur
Negeri, Ketua-ketua Seksyen.
Dalam majlis ini, Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan Malaysia,
Y. Bhg. Dato’ Hamid Ali telah
menyampaikan ucapan dasar yang
bertemakan ‘MENGURUS
KEJAYAAN MENJANA
KECEMERLANGAN’ selaras
dengan saranan kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang yang sering
disuarakan oleh YAB Perdana
Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad
Badawi.
Pelbagai perkara telah disentuh
yang melibatkan dasar, cabaran,
program pembangunan di samping
menganalisis kejayaan di tahun 2003
di antaranya:
-Memenangi Anugerah Geo-spatial
for National Government Solutions
daripada Intergraph Corporation,
USA bagi pelaksanaan projek
DTMS
-Anugerah Pengurusan Kaunter
Terbaik Peringkat Negeri Kelantan
-Sumbangan tenaga serta
kepakaran JUPEM dalam isu
Pulau Sipadan dan Ligitan.
-Menerajui aktiviti Working Group I
bidang Geodesi dan sebagai Naib
Pengerusi Working Group III
bidang Kadaster iaitu kumpulan
kerja yang ditubuhkan dibawah
Jawatankuasa PCGIAP.
-Penganjuran Mesyuarat United
Nations Group of Experts for
Geographical Names (UNGEGN)
Bahagian Asia South-East &
Pacific South West.
Beliau juga menyatakan bahawa
kejayaan dan pengiktirafan yang
diperolehi di tahun-tahun yang lalu
harus dijadikan panduan dan
motivasi dalam merancang bagi
mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang untuk tahun-tahun akan
datang. Seterusnya beliau
menjangkakan pada masa hadapan
JUPEM akan menempuh suasana
yang baru di mana beban kerjanya
akan lebih tertumpu di lapangan dan
memproses kerja di peringkat
Pejabat Ukur Daerah/Wilayah
berbanding di Ibu Pejabat Negeri
apabila sistem di lapangan dan
pejabat diintegrasikan dengan
pelaksanaan konsep field-to-finish
dengan sepenuhnya.
Selesai sahaja majlis amanat, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Hamid Ali
mempengerusikan Mesyuarat
Pengurusan Bil. 1/2004. Mesyuarat
ini membincang dan merangka
perancangan bagi melicinkan
perjalanan pengurusan aktiviti
JUPEM secara keseluruhan selain
meneliti perkara-perkara berbangkit
di mesyuarat yang lalu.
Mesyuarat juga dimaklumkan
dengan pembentangan Laporan
Pencapaian Prestasi 2003 dan
Perancangan Strategi ke arah
pencapaian Sasaran Kerja Tahunan
(SKT) 2004 bagi aktiviti pemetaan
dan kadaster. Laporan bagi aktiviti
pemetaan dibentangkan oleh
Pengarah Ukur Bahagian
(Pemetaan), Dr. Abdul Kadir Taib
manakala aktiviti kadaster pula oleh
Pengarah Ukur Bahagian
(Kadaster), Encik Ahmad Fauzi
Tahun 1912, Kerja Ukuraras Jitu telah dimulakan dengan
mengambil purata aras laut di Port Swettenham(Sekarang
Pelabuhan Kelang) sebagai datum.
Fakta Sejarah
Nordin. Mesyuarat juga
membincangkan masalah kewangan
di samping kelancaran program
pembangunan yang dilaksanakan.
Ketika mengulas pembentangan
mengenai Laporan Pencapaian
Prestasi 2003 dan Perancangan
Strategi ke Arah Pencapaian
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2004,
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia telah menyarankan agar
semua warga JUPEM bersama-
sama mengembleng tenaga dan
menggiatkan usaha untuk
menangani sebarang cabaran dan
halangan dengan penuh
tanggungjawab dan bijaksana. Ini
kerana JUPEM sentiasa berhadapan
dengan pelbagai cabaran akibat dari
perkembangan teknologi maklumat
yang pantas di samping ekspektasi
pelanggan yang memerlukan
sesuatu produk dan perkhidmatan
yang cekap dan berkualiti.
54
International WorkshopAdministering the marineEnvironment - The Spatial Dimension
USAHA membangunkan
infrastruktur informasi
serantau dan global adalah
usaha yang amat penting untuk
dimanfaatkan dalam menyumbang
kerjasama menjalankan aktiviti lain
berkaitan dengan pendidikan,
latihan, pemindahan teknologi dan
sebagainya.
Dalam hubungan ini Jabatan Ukur
dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
telah dipilih dalam menganjurkan
‘Permanent Committee on GIS
Infrastructure for Asia and the Pacific
(PCGIAP) Working Group III
International Workshop On
Administering the Marine
Environment -The Spatial
Dimensions’. Majlis perasmian
bengkel yang disertai oleh 130
peserta dari dalam negeri dan 50
peserta dari luar negara ini
disempurnakan oleh YB Dato’
Sothinathan A/L Sinna Gaundar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan
Alam Sekitar pada 4 Mei 2004
bertempat di Hotel Renaissance,
Kuala Lumpur.
PCGIAP adalah pertubuhan bukan
kerajaan bagi meningkatkan taraf
ekonomi, sosial dan alam sekitar
dengan menggunakan GIS
(Geographic Information System)
menurut Agenda 21 Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu.
Penganjuran bengkel ini adalah
untuk memberi peluang kepada
ahlinya berbincang dan
mengemukakan pandangan ke atas
kerja dan kajian mereka ke arah
membangun dan melaksanakan
infrastruktur informasi serantau dan
global. Di samping peserta-peserta
dapat bertukar pendapat dan
pengalaman dalam perkara yang
melibatkan pembangunan,
perkembangan bidang kadaster
marin serta isu-isu berkaitan
dengannya.
Di dalam bengkel ini pakar-pakar dari
dalam dan luar negeri dijemput untuk
menyampaikan kajian dan kertas
kerja mereka mengenai isu-isu yang
berkaitan. Mereka yang hadir terdiri
daripada pakar yang bertugas di
jabatan-jabatan kerajaan, institusi
pengajian tinggi dan mereka-mereka
yang berminat dalam pengurusan
dan perkembangan dalam bidang
pentadbiran kawasan marin.
Marine Cadastre merupakan
sesuatu yang baru dalam disiplin
ukur dan pemetaan di mana ianya
mempunyai konsep yang berbeza
dengan kadaster biasa yang hanya
berasaskan pada tanah sahaja.
Justeru penganjuran bengkel ini
adalah bertepatan dengan keadaan
semasa dan membuka dimensi baru
dalam mengawal pembangunan di
kawasan persisir pantai.
Pembangunan di kawasan pantai
memerlukan perancangan yang teliti
di samping mengikut garis panduan
yang ditetapkan.
Working Group III ini akan
menyediakan laporan meliputi
tindakan-tindakan yang telah diambil
dalam menyelesaikan perkara-
perkara yang dibangkitkan,
kemajuan telah dicapai dan kajian
semula ke atas pelan tindakan.
Seterusnya laporan ini diedarkan
kepada negara-negara yang terlibat
untuk tindakan dan pelaksanaan.
Hasil dan rumusan dari bengkel ini
akan membantu PCGIAP membuat
kajian serta membangun dan
mengendalikan dasar yang
bermanfaat kepada negara-negara
anggota. Dengan adanya dasar atau
garis panduan yang jelas bagi
Marine Cadastre ini, negara-negara
anggota akan lebih mudah
menguruskan aset yang terdiri dari
sumber asli dan alam sekitar secara
terancang untuk pembangunan
keperluan ekonomi dan sosial
semasa dan akan datang.
Bagi merealisasikan hasrat ini,
JUPEM telah berusaha untuk
mempertingkat dan
memperkemaskan urusan
pentadbiran data kadasternya
menerusi program pemodenan
seperti Sistem Pengurusan Data
Kadaster – SPDK, mewujudkan
Pangkalan Data Topografi dan
Kartografi, Sistem Kadaster
Berkoordinat dan lain-lain lagi.
Sepanjang bengkel ini, penganjur
juga menyediakan ruang pameran
yang disertai oleh beberapa buah
syarikat terkemuka yang
mempamerkan peralatan dan
perisian ukur dan pemetaan yang
terkini. Para peserta bengkel juga
diraikan dalam majlis jamuan makan
malam di samping dihiburkan
dengan persembahan kebudayaan
masyarakat Malaysia.
76
JUPEM & IOC GLOSS anjurWorkshop On Sea Level ObservationAnd Analysis
PENYELIDIKAN dalam membangunkan
infrastruktur informasi serantau dan global
adalah usaha yang amat penting untuk
dimanfaatkan ke arah menyumbang kerjasama
menjalankan aktiviti lain berkaitan dengan pendidikan,
latihan, pemindahan teknologi dan sebagainya. Dalam
hubungan ini Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
dengan kerjasama Intergovernmentel OceanographicCommission (IOC) and Global Sea Level ObservingSystem (GLOSS) telah menganjurkan ë Workshop On
Sea Level Observation And Analysisí pada 8 - 21 Februari
2004.
Majlis perasmian bengkel yang disertai oleh 12 buah
negara termasuk Malaysia disempurnakan oleh Y. Bhg.
Dato’ Hamid Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia pada 8 Februari 2004 bertempat di Hotel De
Palma, Ampang, Selangor Darul Ehsan. IOC GLOSS
merupakan pertubuhan bukan kerajaan di bawah
UNESCO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - PBB
yang berperanan menjalankan penyelidikan dan kajian
teknikal perkara-perkara yang berhubungkait dengan
oceanographic yang boleh dimanfaatkan bagi
meningkatkan taraf ekonomi, sosial dan alam sekitar
negara anggota.
Sebagaimana maklum, Malaysia adalah sebuah negara
maritim yang mana kedudukannya dikelilingi oleh laut.
Justeru itu, negara memerlukan maklumat berkaitan
dengan fenomena air pasang surut. Maklumat ini
digunakan sebagai asas rujukan untuk perancangan,
pembangunan, ekonomi, pelancongan dan lain-lain
khususnya yang berkait rapat dengan maritim.
Dalam bengkel ini, pihak penganjur telah menjemput 5
orang pakar dari dalam dan luar negara untuk
membentangkan kertas kerja dengan tajuk-tajuk yang
berhubungkait dengan fenomena
air pasang surut. Di samping itu,
pakar-pakar dan peserta-peserta
dapat bertukar fikiran dan
pengalaman dalam
menyelesaikan masalah yang
berhubung kait dengan
pembangunan datum serantau
dan isu-isu berkaitan air pasang
surut.
Selain perbincangan dan
pembentangan kertas kerja,
peserta bengkel juga telah
menjalankan kajian cerapan air
pasangn surut di lapangan iaitu
di tempat di mana cerapan
dilakukan. Di samping itu pihak
penganjur juga menyediakan
ruang pameran yang disertai oleh
beberapa syarikat swasta dan
agensi kerajaan yang
CeramahMenyelamat & Bantuan Pernafasan
TINDAKAN pantas dan cepat di tempat kejadian
dalam kerja-kerja menyelamat adalah di antara
elemen yang diperlukan sebelum ketibaan
anggota perubatan yang bertauliah. Dalam hubungan
ini, Jawatankuasa Keselamatan JUPEM dengan
kerjasama JICA telah menganjurkan ceramah untuk
Jawatankuasa Keselamatan JUPEM. Program ini telah
diadakan pada 14 Februari 2004 bertempat di Dewan
Ukur, Ibu Pejabat JUPEM. Ceramah kali ini
dikendalikan oleh pegawai daripada JICA.
Ceramah ini mendedahkan tatacara bagaimana
tindakan awal dalam aktiviti menyelamat khususnya
mempamerkan pelbagai peralatan dan perisian yang
digunakan dalam analisis data cerapan air pasang
surut.
JUPEM adalah jabatan kerajaan yang menjalankan
cerapan serta mengumpul data dalam menerbitkan
Buku Ramalan dan Rekod Cerapan Air Pasang Surut
menerusi 20 stesen di seluruh negara. Buku-buku ini
diedarkan kepada jabatan/agensi kerajaan yang
menggunakan maklumat cerapan air pasang surut dalam
aktivitinya. Buku-buku ini juga dihantar ke sebuah
Universiti di Hawaii yang menempatkan semua maklumat
cerapan air pasang surut bagi seluruh dunia sebagai
rujukkan, analisis dan penyelidikan.
98
bantuan pernafasan boleh dilakukan kepada
mangsa yang terlibat dalam kebakaran, bencana
alam dan lainnya. Di samping itu, peserta juga
diperjelaskan dengan pelbagai jenis alat yang
sering digunakan untuk bantuan kecemasan dalam
aktiviti menyelamat. Program ini dihadiri oleh lebih
50 orang yang terdiri daripada pegawai dan
kakitangan JUPEM yang telah dilantik sebagai
anggota penyelamat JUPEM di mana mereka telah
mengikuti beberapa siri ceramah yang melibatkan
keselamatan dan menyelamat. Turut hadir adalah
Penge rus i Jawa tankuasa Kese lama tan
JUPEM, Dr. Abdul Kadir Taib.
AnugerahPerkhidmatan Cemerlang 2003
KECEMERLANGAN warga
JUPEM dalam menghadapi
tugas harian mereka
sepanjang tahun 2003 diberi
pengiktirafan melalui Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC)
yang diadakan pada 15 April 2004
bertempat di Dewan Perdana Felda,
Kuala Lumpur. Dalam hubungan ini,
seramai 365 orang kakitangan
daripada Kumpulan Sokongan I dan
Sokongan II telah dipilih untuk
menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang dan 6 orang kakitangan
pula dipilih untuk menerima
Anugerah Khas Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan.
Majlis perasmian telah
disempurnakan oleh Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Hamid Ali.
Dalam ucapan aluannya beliau
mengucapkan taniah dan syabas
kepada semua penerima anugerah
dan bagi kakitangan lain beliau
berharap agar berusaha lebih gigih
lagi agar dapat menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang di tahun-
tahun yang akan datang. Mereka
yang terpilih menerima anugerah
perkhidmatan cemerlang ini adalah
berdasarkan kriateria-kriateria yang
telah ditetapkan oleh panel penilaian
yang dilantik. Manakala bagi
penerima Anugerah Khas Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia pula menerima sijil
penghargaan sahaja. Mereka ini
adalah di antara kakitangan yang
cemerlang tetapi tidak termasuk
dalam senarai penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang.
Penganugerahan sijil bagi Kumpulan
Sokongan I disempurnakan oleh
Ketua P e n g a r a h U k u r d a n
Pemetaan Malaysia, Y. Bhg. Dato’
Hamid Ali, manakala bagi Kumpulan
Sokongan II pula oleh Y.Bhg. Dr.
Abdul Kadir Taib, Timbalan Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia. Menerusi anugerah ini,
setiap penerima akan menerima sijil
dan wang tunai RM 1000.00. Majlis
KeputusanPenilaian Tahap Kecekapan (PTK)2003
1110
gilang-gemilang bagi meraikan penerima APC
daripada seluruh JUPEM termasuk JUPEM Sabah,
Sarawak dan Labuan dimeriahkan dengan
persembahan nyanyian oleh Kumpulan Koir
JUPEM.Turut hadir di majlis ini adalah semua
Pengarah Ukur Negeri, Ketua Seksyen, Pegawai
Kanan Kementerian dan sebahagian kakitangan
peringkat Ibu Pejabat dan JUPEM W.P Kuala Lumpur.
JAWATAN / GRED TAHAP LULUS PERATUS JUMLAH KECEKAPAN CALON
Juruukur J54 6 4 21.1 19
Juruukur J48 4 32 61.5 52
Juruukur J41 1 3 4.6 652 0 0 3
Pem. Teknik J36 3 6 4.4 135
Pem. Teknik J29 1 1 1.5 652 2 9.1 22
Juruteknik J22 3 14 6.9 202
Juruteknik J17 1 8 1.5 5502 7 2.7 256
Pem. Penerbitan N17 1 0 0 6
Juruteknik Percetakan 1 0 0 2
Rendah N11 2 1 100 1
Pem. Makmal Filem C17 1 0 0 1
Operator Mesin N1 1 0 0 2
Tukang K3 (Batu) R9 1 0 0 6
Pengawit N11 1 0 0 12 0 0 1
MesyuaratJawantankuasa nama-nama tempat
USAHA membangunkan
infrastruktur informasi
serantau adalah penting
untuk dimanfaatkan ke arah
kerjasama dalam pembangunan
sosio ekomomi, pengekalan
prasarana di samping
menjalankan aktiviti lain berkaitan
dengan pendidikan, latihan,
pemindahan teknologi dan
sebagainya.
Dalam hubungan ini JUPEM telah
dipilih bagi menganjurkan
Mesyuarat Kedua Jawatankuasa
Teknikal Nama-nama Geografi
Kebangsaan (JTNGK) pada 9
Mac 2004. Mesyuarat bertempat
di Bangunan CAMS, Ibu Pejabat
Kuala Lumpur ini dipengerusikan
oleh Dr. Abdul Kadir Taib,
Pengarah Ukur Bahagian
(Pemetaan) mewakili Y. Bhg.
Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia dihadiri oleh
wakil daripada semua pejabat
setiausaha kerajaan negeri,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Markas Tentera Laut, MAMPU dan
beberapa agensi lain yang berkaitan.
Mesyuarat ini bertujuan untuk
memaklum dan melaporkan
kemajuan Kumpulan Kerja Garis
Panduan Penentuan Nama-
nama Geografi yang
dilaksanakan sepanjang tempoh
12 September 2003 hingga 8 Mac
2004. Kumpulan kerja ini
ditubuhkan untuk mengkaji dan
menetapkan prinsip yang
digunakan bagi penentuan nama
geografi untuk kepentingan
Negara selain menggariskan
prinsip dan prosedur penentuan
geografi supaya memenuhi dua
keperluan asas iaitu memastikan
bahawa proses penamaan
mengambarkan budaya dan
warisan masyarakat Malaysia di
samping memastikan penerbitan
rasmi dan peta menggunakan
nama dan ejaan secara kekal.
Sepanjang tempoh 12 September
2003 hingga 8 Mac 2004,
Kumpulan Kerja ini hanya dapat
bermesyuarat pada 18 Februari
2004 di Ibu Pejabat JUPEM
manakala pihak urus setia pula
telah mengadakan perbincangan
sebanyak tiga kali dengan pihak
DBP bagi memutahirkan Draf
Garis Panduan Penentuan
Nama-nama Geografi yang
disediakan.
Puspanita JUPEManjur ceramah kekeluargaan
MEMBAHAGIKAN masa sebagai suri
rumah, tugas di pejabat dan kerja-kerja
amal adalah satu kejayaan yang harus
dihargai dan diberikan pengiktirafan. Dalam
hubungan ini, PUSPANITA JUPEM telah
menganjurkan ceramah pendidikan kekeluargaan
pada 20 April 2004 bertempat di Dewan Ukur
JUPEM.
Majlis ceramah kali ini, PUSPANITA telah
menjemput penceramah terkenal iaitu Ustazah Siti
Norbahyah bt. Mahmood. Dalam ceramahnya,
Ustazah Siti Norbahyah telah menyelitkan elemen
motivasi terutamanya untuk kaum wanita bagi
mengekalkan keharmonian rumahtangga. Sambil
berjenaka dan teguran sinis, ceramah Ustazah Siti
Norbahyah telah memukau hadirin sehingga tidak
merasa jemu lebih-lebih lagi apabila beliau
menghuraikan petua yang diperkenalkan termasuk
cakaran harimau atau urutan labah-labah yang
merupakan bonus.
Selain itu, beliau juga memberi beberapa tip
berbentuk seloka pantun yang boleh membantu
mengeratkan hubungan suami isteri dan kerukunan
rumah tangga. Di samping itu, Ustazah Siti
Norbahyah juga menghuraikan tentang perjalanan
dan kisah hidup Nabi Muhammad s.a.w bersama
isteri, anak dan cucunya untuk dijadikan contoh dan
teladan dalam kehidupan seharian dalam sebuah
rumahtangga yang ceria dan bahagia.
Majlis ceramah anjuran PUSPANITA ini mendapat
sambutan yang menggalakkan dan telah dihadiri lebih
100 orang terdiri daripada kakitangan wanita di
peringkat Ibu Pejabat JUPEM dan kementerian. Turut
hadir di majlis ini adalah Y. Bhg. Datin Asiah Yusoff,
isteri kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia selaku Pengerusi PUSPANITA JUPEM,
Puan Hajah Normah Mohammad dan isteri Timbalan
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Penglibatan dan daya usaha kakitangan wanita
JUPEM dalam menganjurkan majlis sebegini adalah
satu kejayaan yang besar dan harus diberi sokongan
dan galakan. Usaha-usaha murni ini harus diterus dan
dikekalkan kerana ianya dapat menjalin hubungan
yang erat di kalangan kakitangan wanita JUPEM dan
masyarakat setempat di samping menaikkan imej
JUPEM.
1312
4 Pegawai Kanan JUPEM Bersara
UNGKAPAN “Setitis Budi Selaut Bakti, Tinggal
Kenangan Ke Akhir Zaman” dijadikan pembuka
kata Majlis Makan Malam sempena persaraan
4 pegawai kanan JUPEM bertempat di Hotel Prince,
Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 19 Mac 2004.
Penganjuran majlis ini adalah sebagai meraikan
persaraan dan penghargaan di atas jasa yang telah
dicurahkan sepanjang perkhidmatan mereka di
JUPEM. Mereka yang dimaksudkan adalah:
i. Encik Chia Wee Tong, JSM, KMN.
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia
ii. Y. Bhg. Dato’ K.Govindan, DPMP, KMN, BSK.
Pengarah Ukur Perak
iii. Tuan Haji Che Abdullah bin Mohd. Rejab, KMN.
Pengarah Ukur Selangor
iv. Encik Marzuki bin Mohd. Kassim, AMN.
Pengarah Ukur Pulau Pinang
Dalam persaraan ini, Encik Chia Wee Tong dan Y. Bhg
Dato’ K.Govindan bersara wajib setelah genap usia 56
tahun, manakala Tuan Haji Che Abdullah bin Mohd
Rejab dan Encik Marzuki bin Mohd Kassim bersara
secara pilihan iaitu masing-masing berusia 53 tahun
dan 48 tahun. Dalam ucapan aluan, Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Hamid Ali
mengucapkan selamat bersara kepada mereka yang
diraikan dan berdoa agar berjaya dalam apajua bidang
yang diceburi selepas persaraan. Menurutnya lagi,
JUPEM merasa kehilangan atas persaraan mereka dan
seterusnya beliau berharap akan ada penganti mereka
selepas ini demi untuk kepentingan perkhidmatan yang
cemerlang.
Menurutnya lagi, selaku Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia beliau tidak boleh berbuat apa-
apa sekiranya ada dikalangan kakitangan yang akan
bersara wajib walaupun menyedari jabatan akan
kehilangan aset yang bernilai kerana ianya adalah
suatu yang pasti dilalui oleh semua penjawat awam.
Menyentuh berkaitan pesaraan secara pilihan pula,
beliau tidak mengalakan kerana jabatan masih
memerlukan khidmat pegawai-pegawai yang terlatih
kerana untuk melahirkan kakitangan terlatih perlu
mengambil masa yang lama. Oleh itu beliau
menyarankan kepada kakitangan lain agar berfikir
secara rasional jika ingin bersara secara pilihan tetapi
sekiranya ada alasan yang kukuh maka beliau tidak
keberatan menyokong permohonan seperti yang
berlaku kepada Tuan Haji Che Abdullah bin Mohd.
Mesyuarat Agung Tahunan Ke 38Jemaah Kebajikan Islam JUPEM
Rejab dan Encik Marzuki bin Mohd Kassim.
Sementara itu, semua pegawai yang diraikan Y. Bhg.
Dato’ K. Govindan, Tuan Haji Che Abdullah bin Mohd
Rejab dan Encik Marzuki bin Mohd. Kassim turut
menyampaikan ucapan balas perpisahan masing-
masing. Di antara intipati ucapan mereka adalah
mengucapkan selamat tinggal kepada hadirin yang
hadir bagi mewakili warga JUPEM dan berharap agar
perpisahan ini adalah perpisahan yang mesra dan
mengharapkan kemesraan yang terjalin selama ini
dapat dikekalkan. Seterusnya mereka mengharapkan
agar Encik Chia Wee Tong yang tidak dapat hadir
bersama di majlis ini atas sebab kesihatan agar cepat
sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti
sediakala.
JEMAAH Kebajikan Islam Jabatan Kerajaan Jalan
Semarak Kuala Lumpur telah mengadakan
Mesyuarat Agung kali ke 38 pada 27 Mac 2004
bersamaan 6 Safar 1425 Hijrah, bertempat di Dewan
Ukur JUPEM. Majlis perasmian mesyuarat ini
disempurnakan oleh Tuan Hj. Kamel Pengarah Ukur
JUPEM W.P. Kuala Lumpur / W.P. Putrajaya mewakili
Y. Bhg. Dato’ Hamid bin Ali selaku penaung Jemaah,
merangkap Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah
menyarankan ahi-ahli jemaah tidak terpengaruh
dengan unsur-unsur negatif yang terdapat di luar
JUPEM. Program-program kebajikan perlu ditingkatkan
dan menarik minat warga JUPEM. Di samping itu, exco-
exco jemaah perlu mengambil pendekatan yang
berkesan dalam perancangan program-program agar
ia dapat menarik minat warga JUPEM di antaranya
dengan menjemput penceramah terkemuka bagi
menyampaikan ceramah bercorak motivasi dan
keagamaan bagi menarik minat warga JUPEM untuk
mengikuti program-program jemaah ke arah
melahirkan kakitangan yang berkualiti dalam
perkhidmatan awam.
Terdahulu daripada itu, Yang Dipertua Jemaah, Tuan
Hj Jailani Hj. Bahari telah menyampaikan ucapan
beliau yang menyarankan agar generasi muda di
JUPEM harus bersedia untuk memikul tanggungjawab
bagi menerajui pertubuhan ini di masa-masa akan
datang dengan lebih baik kerana golongan muda masa
kini mempunyai ideal-ideal baru yang boleh
dimanfaatkan dalam pergerakan ini khususnya dan
kebajikan ahli pada amnya.
1514
PerhimpunanBersama Y.Bhg. Ketua Setiausaha Kementerian
MAJLIS Perhimpunan Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Y. Bhg. Dato’ Dr. Isahak bin Yeop Mohd Shar
bersama pegawai dan kakitangan JUPEM telah
diadakan pada 14 Jun 2004 bertempat di Dewan Ukur
Ibu Pejabat, Kuala Lumpur.
Dalam ucapan aluan, Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Hamid Ali telah
memaklumkan bahawa JUPEM telah dapat
melaksanakan program pembangunan dan aktivitinya
dengan berkesan serta mencapai matlamat yang
disasarkan. Selain itu, JUPEM juga memperoleh
pengiktirafan di peringkat antarabangsa iaitu
‘Geospatial Achievement Award 2003’ oleh ESRI,
USA.
Semasa perhimpunan tersebut, Y. Bhg. Ketua
Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar telah menyatakan bahawa dalam
melaksanakan misi dan visi, tindakan bersepadu yang
melibatkan gabungan antara pihak pengurusan dan
tenaga kerja adalah diperlukan. Menurutnya, sumber
asli dan alam sekitar adalah khazanah alam kurniaan
Allah yang tinggi nilainya dan harus diurus dan dijaga
di samping memulihara bagi dimanfaatkan untuk
manusia. Gaya pengurusannya adalah amat berbeza
dengan pengurusan IT iaitu boleh ditukar ganti dalam
masa yang singkat sahaja.
Y. Bhg. Ketua Setiausaha juga menyentuh tentang
kejayaan JUPEM yang berjaya mencatat pelbagai
kejayaan dan pemodenan serta penguasaan dalam
bidang IT. Menurutnya lagi, kejayaan ini seharusnya
dijadikan pemangkin oleh seluruh warga JUPEM
untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi sebagai
persediaan menghadapi cabaran semasa dan bergabung
tenaga dengan lain-lain jabatan dalam mengurangkan
tunggakan kerja.
Y. Bhg. Dato’ Dr. Isahak telah memulakan tugasnya di
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mulai 1 April
2004 di mana sebelum ini beliau adalah Setiausaha
Kerajaan Negeri Perak. Majlis perhimpunan ini telah
diserikan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu
patriotik oleh Kumpulan Kior JUPEM.
Kempen Derma DarahKerjasama JUPEM, ISM dan Pusat Darah Negara
MENDERMA darah
adalah satu amalan
mulia dan terpuji.
Setiap titik darah yang
didermakan oleh seseorang amat
bernilai dan dapat membantu
menyelamatkan nyawa pesakit
dan kepada mereka-mereka yang
memerlukan.
Menyedari hakikat dan keperluan
ini, JUPEM dan Pertubuhan
Juruukur Malaysia dengan
kerjasama Pusat Darah Negara,
Malaysia telah menganjurkan
program Kempen Derma Darah
pada 13 Mac 2004 bertempat di
Dewan Ukur, Ibu Pejabat mulai
jam 8.00 pagi dan berakhir jam
2.30 petang. Turut hadir dalam
program ini adalah Y. Bhg. Dato’
Hamid Ali, Ketua Pengarah Ukur
dan Pemetaan Malaysia yang
secara tidak langsung telah
menyuntik semangat warga
JUPEM menjayakan kempen ini.
Dianggarkan 80 orang warga
JUPEM telah hadir dalam
kempen ini. Sebahagian yang
hadir tidak dapat menderma
darah setelah menjalani
pemeriksaan oleh pegawai
perubatan. Pihak Pusat Darah
Negara juga telah menyediakan
garis panduan atau syarat
kelayakan kepada penderma
darah di antaranya adalah had
umur hendaklah 17 tahun hingga
60 tahun. Bagi penderma yang
melebihi 60 tahun, ianya perlu
mendapatkan kebenaran
pegawai perubatan.
Oleh itu setiap penderma yang
ingin menderma darah adalah
dikehendaki mengisi Borang
Maklumat Peribadi dan
Pengistiharan Diri dan menjalani
sesi kaunseling. Dalam kempen
ini, Pusat Darah Negara yang
diketuai oleh Dr. Thayani
Sivasambu bersama 9 orang
kakitangan beliau telah berjaya
mengumpul sebanyak 41 pek
darah daripada warga JUPEM.
1716
SeminarGangguan Seksual Di Tempat Kerja
GANGGUAN seksual khususnya di tempat
kerja adalah di antara masalah sosial
yang berlaku tanpa disedari
kewujudannya dan boleh menimbulkan kesan
negatif pada pekerja selain mempengaruhi
prestasi dan imej sesebuah organisasi. Perkara
ini tidak harus dipandang ringan dan perlu
dibendung daripada berlaku secara berterusan.
Pendedahan berhubung tanggungjawab majikan
dan pekerja harus diberikan yang menjurus
kepada kesedaran berkaitan gangguan seksual di
tempat kerja dengan memberi penekanan isu-isu
yang dikategorikan sebagai gangguan seksual di
tempat kerja.
Dalam hubungan ini, Seksyen Perancangan
Gunatenaga JUPEM dengan kerjasama G-MID
Consultancy & Trainning Sdn. Bhd. telah
menganjurkan Kursus Peningkatan Pemahaman
dan Kesedaran Dalam Aspek Gangguan Seksual
Di Tempat Kerja pada 13 April 2004 bertempat di
Hotel Crown Pincess, Kuala Lumpur. Seminar ini
dihadiri oleh lebih 50 orang peserta yang
melibatkan semua Pengarah Ukur Negeri, Ketua
Seksyen dan pegawai kanan JUPEM. Melalui
kursus kesedaran ini, peserta telah diperincikan
dengan definasi, skop dan kesan, Meningkatkan
kesedaran di kalangan pekerja wanita dan cara
mengatasi masalah gangguan seksual di tempat
kerja.
Seminar ini menampilkan penceramah dari luar
jabatan iaitu Dato’ Muhammad Saufee Abd. Muain.
Beliau merupakan bekas Ketua Pengarah Buruh
Semenanjung Malaysia dan berpengalaman lebih
30 tahun dalam pengurusan sumber manusia.
Beliau juga telah berkhidmat sebagai khidmat
Attace Buruh di Geneva dan berpengalaman luas
dalam International Labour Organisation. Selain
itu beliau juga terlibat dalam penggubalan dan
pelaksanaan Kod Amalan Mencegah Gangguan
Seksual di Tempat Kerja.
Peserta juga didedahkan dengan Peruntukan
Undang-undang Jenayah dan Peranan Polis dalam
gangguan seksual di tempat kerja yang mendapat
kerjasama dari Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman. Dalam
sesi perbincangan panel, banyak perkara telah
diperbahaskan yang mencakupi pelbagai aspek dan
sudut kerjaya dan sosial. Beberapa pendekatan telah
dicapai dalam mengurangkan dan membenteras
masalah gangguan seksual ini daripada terus
berkembang di antaranya adalah kembali ke pangkal
jalan dengan mengutamakan gaya hidup yang
mengikut landasan yang digariskan oleh Islam.
JUPEM Perliswujudkan Mini-Galeri
MAKLUMAT dan sejarah sesebuah organisasi
yang dipaparkan kepada masyarakat
merupakan elemen penting dalam
memperkenalkan aktiviti selain daripada sumbangan
atau khidmat yang diberikan. Dalam hubungan ini,
JUPEM Perlis telah berjaya dalam usaha mewujudkan
Mini-Galeri yang dimanfaatkan secara bersama.
Pewujudannya adalah sebagai sebahagian usaha
menyediakan ruang maklumat, pameran dan rujukan
untuk kakitangan dan orang awam yang berkunjung
ke JUPEM Perlis.
Perasmian Mini-Galeri ini disempurnakan oleh Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Y. Bhg. Dato’
Hamid Ali pada 3 Jun 2004 bersempena lawatan
rasmi beliau ke JUPEM Perlis. Mini-Galeri ini terletak
di ruang lobi JUPEM Perlis iaitu di Tingkat 6, Bangunan
Persekutuan Kangar. Ia merupakan komponen utama
dalam ‘Program Keanggunan dan Keceriaan JUPEM
Perlis’ di samping menyediakan sudut yang mempunyai
unsur penghayatan terhadap tugas dan peranan jabatan
serta memotivasikan kakitangan kepada jati diri ke arah
peningkatan kualiti perkhidmatan.
Di antara yang dimuatkan dalam Mini-Galeri ini adalah:
- Pelbagai jenis tanda sempadan;
- Peralatan-peralatan lama khususnya tiodolit dan
mesin-kira;
- Cenderamata diterima oleh JUPEM Perlis;
- Cenderamata keluaran JUPEM Perlis;
- Buku-buku terbitan JUPEM;
- Dokumen-dokumen lama JUPEM;
- Maklumat terkini aktiviti JUPEM Perlis dan
- Bahan-bahan jualan JUPEM.
1918
TaklimatPenentuan Arah Kiblat JUPEM Perlis
PENDEDAHAN dan penerangan yang tepat
berkaitan dengan sesuatu proses kerja terkini
adalah usaha yang perlu dan harus diteruskan
dalam memberikan kefahaman kepada kakitangan
dengan perkembangan atau peraturan semasa. Di atas
kesedaran dan keperluan ini, JUPEM Perlis bersama
Jabatan Mufti Perlis dan Jabatan Agama Islam Perlis
menganjurkan Taklimat Falak Syarie 2004 (Penentuan
Arah Qiblat) pada 27 Mei 2004 bertempat di Auditorium
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Ianya
diadakan bersempena dengan kedudukan matahari
istiwa (rembang) di atas Kaabah pada tarikh tersebut.
Taklimat ini dihadiri oleh semua imam yang mewakili
99 buah masjid di Negeri Perlis, Pegawai-Pegawai
JUPEM Perlis, Jabatan Mufti Perlis dan Jabatan Agama
Islam Perlis. Turut serta di majlis taklimat ini ialah
Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis dan Pengarah
Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.
Para penceramahnya ialah:-
- Dr. Azhari bin Mohamed
Seksyen Geodesi, Bahagian Pemetaan,
Ibu Pejabat, JUPEM.
- Ustaz Ya Ali bin Dahaman
Pesara UiTM, Guru Ta’mir dan Imam Masjid
Al-Syakirin, Oran, Perlis.
Di samping itu, taklimat ini juga mendedahkan peranan
dan tanggungjawab JUPEM Perlis kepada orang awam
khususnya di Negeri Perlis dalam membantu
menyediakan kemudahan menjalankan ibadah. Secara
langsung taklimat ini memberi peluang kepada imam-
imam menyemak arah qiblat masjid masing-masing
pada tarikh-tarikh tersebut berpandukan pada tatacara
yang telah dimaklumkan. Satu cara untuk menyemak arah
kiblat adalah dengan mendirikan tiang tegak di suatu
kawasan lapang, hujung bayang yang terbentuk menghala
ke pangkalnya pada kedua-dua waktu itu adalah arah
kiblat
Majlis perasmian dan penutup taklimat ini disempurnakan
oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Abu Bakar bin Haji Ismail,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Hal Ehwal
Agama Islam dan Penerangan).
MALAYSIA merupakan
sebuah di antara
beberapa negara
membangun yang berjaya di dunia.
Dengan demikian banyak perkara
yang melibatkan pengurusan dan
dasar yang dilaksanakan oleh
negara boleh dijadikan contoh atau
model dalam membantu
pembangunan sesebuah negara.
Dalam hubungan ini, pada 20 Mei
2004 seramai 9 orang pegawai
kanan kerajaan Arab Saudi telah
mengadakan lawatan kerja ke
JUPEM bertujuan untuk berkongsi
dan bertukar pengalaman dalam
pengurusan maklumat.
Deligasi ini terdiri daripada anggota
tentera pentadbir, pakar IT,
perundangan dan sebagainya dari
dari pelbagai jabatan dan
kementerian Arab Saudi untuk
bertukar pendapat dan pengalaman
dalam bidang Digital Mapping, GIS,
GPS yang boleh dijadikan input
kepada pembangunan di Arab Saudi
Lanjutan daripada itu, satu taklimat
tentang peranan JUPEM dalam
pembangunan dan penggunaan
teknologi serta perkembangan
Sistem Maklumat Geografi (GIS) di
Malaysia telah diadakan bertempat
di Bilik Persidangan CAMS yang
dipengerusikan oleh Timbalan Ketua
Pengarah Ukur Pemetaan Malaysia,
Dr. Abdul Kadir Taib. Taklimat
berkaitan dengan organisasi,
Pemetaan Malaysia Berdigit, Sistem
Pemetaan Laju disampaikan oleh
Encik Wan Zainuddin Yusoff,
Pengarah Ukur Seksyen
Penawanan Data.
Di samping itu diadakan juga sesi
perbincangan dua hala berkaitan
disiplin ukur dan pemetaan serta
perkara-perkara yang berkaitan
dengan taklimat. Seterusnya
Lawatan Kerjaoleh pelbagai agensi dari Arab Saudi
deligasi dibawa melawat ke Seksyen
Penawanan Data dan Seksyen
Kartografi untuk melihat dengan
lebih dekat lagi kerja-kerja
penyediaan peta topografi dan
tematik serta penyenggaraan
Pangkalan Data Topografi dan
Kartografi Kebangsaan.
Selain bertukar dan berkongsi
pengalaman, lawatan kerja ini juga
memberi ruang kepada deligasi
untuk menjalin hubungan lebih akrab
dengan individu di JUPEM yang
terlibat secara langsung dalam
pengurusan maklumat geospatial
dan Sistem Maklumat Geografi.
2120
KESEDARAN ketika berada di jalan raya adalah
tanggungjawab semua pengguna. Menyedari
keperluan ini JUPEM Perlis dengan kerjasama
Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Perlis,
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis dan
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Perlis
menganjurkan Kempen Keselamatan Jalanraya
Penunggang Motosikal Peringkat JUPEM Perlis. Majlis
telah diadakan pada hari Sabtu, 28 Februari 2004
bertempat di Bangunan Persekutuan Kangar, Perlis.
Kempen ini bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan
khususnya Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Abdullah
Ahmad Badawi mengenai keselamatan jalanraya
khusus untuk penunggang motosikal. Juga untuk
meningkatkan kesedaran keselamatan semasa di
jalanraya, aspek undang-undang di tahap maksimum
dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan
paling baik. Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada
80 orang kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan
Perlis yang menunggang motosikal ke pejabat setiap
hari.
Kempen bermula di Denai Larian Pengkalan Asam,
Kangar dengan pelepasan konvoi oleh Pengarah
Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) Perlis dan diiringi
oleh Pasukan Polis Trafik Kangar sehingga ke
Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas,
Kangar. Semua motosikal kemudiannya diperiksa oleh
pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis
DiRaja Malaysia untuk khidmat nasihat dan kaunseling.
Seterusnya majlis disusuli dengan ceramah
keselamatan jalanraya yang disampaikan oleh
pegawai-pegawai JPJ dan PDRM.
JUPEM PerlisAnjur kempen keselamatan jalanraya
Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh
Yang Berhormat Dato’ Yazid Mat, Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Kerja Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Perlis
JUPEM Sertai PameranSempena Majlis Maulidul Rasul PeringkatNegeri di Miri Sarawak
MENYAMPAI dan
memperkenalkan sesuatu
yang mempunyai unsur
pengetahuan dan keperluan kepada
masyarakat adalah usaha yang
murni. Menyedari hakikat ini,
JUPEM telah menyertai pameran
dan ekspo yang diadakan
bersempena Majlis Sambutan
Maulidur Rasul 2004 masihi
bersamaan 1425 hijrah peringkat
Negeri Sarawak telah diadakan di
Miri. Majlis sambutan ini diadakan
pada 1 - 2 Mei 2004 bertempat di
Stadium Tertutup Miri. Perasmian
disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Sri
Hj. Mohamad Asfia Bin Awang
Nassar, Speaker Dewan Undangan
Negeri Sarawak.
Pameran selama dua hari ini
melibatkan 43 buah gerai daripada
agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Bagi pengunjung yang melawat ke
ruang pameran JUPEM, mereka
diberi penerangan berkaitan aktiviti-
aktiviti JUPEM secara keseluruhan
di samping berpeluang melihat
kedudukan bulan dan penentuan
tarikh lahir dalam kalendar Islam
melalui perisian khas dan paparan
di skrin komputer.
Turut melawat ruang pameran
JUPEM adalah Tuan Yang Terutama
Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun
Datuk Pattinggi Abang Haji
Muhammad Salahuddin yang diiringi
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
pegawai-pegawai kerajaan. TYT
telah meluangkan masa dengan
mencuba menggunakan teleskop
astronomi yang digunakan bagi
cerapan hilah anak bagi penentuan
awal hujrah khususnya Ramadhan,
Syawal dan Zulhijah.
Selain pameran, JUPEM turut
membuka kaunter jualan peta yang
mendapat sambutan yang
menggalakan melalui jualan
perkhidmatan produk-produk
pemetaan dan kadaster seperti CD-
E-map, peta rampaian atau peta
topografi tidak terhad. Ruang
pameran JUPEM ini dikendalikan
oleh kakitangan-kakitangan
daripada Ibu Pejabat JUPEM Kuala
Lumpur, JUPEM Kucing Sarawak
dan JUPEM cawangan Miri Sarawak
membantu sebagai petugas
pameran JUPEM, dalam kerja-kerja
penerangan poster-poster yang
berkaitan aktiviti-aktiviti JUPEM,
demontrasi CD Emap, kiraan tarikh
lahir dengan menggunakan perisian
khas dan borang-borang maklumat
pengunjung yang dibawa daripada
Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur
dan penggunaan peralatan dalam
kerja-kerja pengukuran seperti
teleskop dan alat ukur Total Station.
2322
JUPEM anjurCeramah Maulidul Rasul
RIWAYAT hidup Junjungan Besar Nabi
Muhammad S.A.W seharusnya dijadikan
ikutan dan teladan ke arah meningkatkan
pembangunan diri serta menguatkan lagi pegangan
iman seseorang. Menyedari hakikat, JUPEM telah
menganjurkan Ceramah Sambutan Maulidul Rasul
peringkat Ibu Pejabat JUPEM pada 6 Mei 2004
bertempat di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM, Kuala
Lumpur.
Di majlis ini, satu ceramah berkaitan dengan Maulidul
Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Wan Sohor Bani
Leman dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Majlis ceramah ini diadakan bersama dengan program
ceramah bulanan JUPEM telah mendapat sambutan
yang menggalakan dan dihadiri oleh lebih 200 orang
yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JUPEM.
Dalam ceramahnya, Ustaz Wan Sohor Bani Leman
telah mengulas riwayat hidup dan rahsia kejayaan
kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga
menyarankan beberapa perkara khususnya berkaitan
perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w. dijadikan
sebagai landasan dan panduan dalam kerja-kerja
seharian bagi memperoleh keredhaan dan keberkatan
dari Allah s.w.t. Di samping itu, ceramah ini juga turut
menghuraikan secara terperinci konsep ` Ibadah `
sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran
Islam.
Menurutnya lagi, kerja-kerja seharian yang dilakukan
juga merupakan satu ‘Ibadah’ sekiranya dilaksanakan
dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas akan
mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t. selain
imbuhan daripada majikan sebagaimana yang biasa
diterima. Majlis Sambutan Maulidul Rasul ini juga
dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan
Jemaah Kebajikan Islam JUPEM pimpinan Tuan Haji
Jailani Bahari.
HASIL daripada kerja-kerja penyelidikan
merupakan satu penemuan yang harus
dimanfaatkan untuk pembaharuan ke arah
meningkatkan pembangunan diri dalam menguasai
sesuatu bidang ilmu. Atas kesedaran ini, JUPEM
bersama Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) telah
menganjurkan Seminar dan Penyelidikan pada 10 Jun
2004 bertempat di Bangunan CAMS, Ibu Pejabat
JUPEM Kuala Lumpur.
Seminar kali ini menampilkan penceramah dari luar
negara iaitu Profesor John Trinder, President ISPRS,
School of Surveying & SIS, University of New South
Wales, Australia. Seminar ini telah dipengerusikan
oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia merangkap Pengerusi Bahagian Ukur Tanah
JUPEM-ISM Anjur Seminar‘Pengambaran Udara Untuk Pemetaan’
Pertubuhan Juruukur Malaysia, Dr. Abdul Kadir Taib dan
telah dihadiri oleh lebih 60 orang peserta yang terdiri
daripada ahli Pertubuhan Juruukur Malaysia dan Pegawai-
pegawai Kanan JUPEM.
Seminar ini memperincikan kaedah terkini, alat di samping
sistem perisian yang digunakan dalam kerja-kerja
penggambaran udara. Penggambaran udara merupakan
aktiviti penting dalam pengumpulan data awalan untuk
kerja-kerja pemetaan yang mana ianya terdedah kepada
pelbagai masalah dan gangguan ketika seperti
pergerakan awan, kedudukan titik kawal bumi dan
sebagainya.
Dalam sesi soal jawab, banyak persoalan telah diajukan
kepada penceramah khususnya yang berkaitan dengan
perkembangan terkini kerja-kerja penggambaran udara
untuk pemetaan yang dilaksanakan di negara maju.
2524
KESATUAN sekerja adalah satu pertubuhan
yang ditubuhkan oleh kumpulan pekerja di
dalam sesebuah industri, jabatan, kementerian
atau atas jawatan yang sama ataupun bagi tujuan
kebajikan di samping aktiviti sosial. Pertubuhan majlis
ini didaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Dalam hubungan Kesatuan Perkhidmatan Teknik
Semenanjung Malaysia-MTSU telah
mengadakan sesi dialog antara exco-exco MTSU
dengan ahli-ahli MTSU daripada Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia pada 23 Mac 2004 bertempat di
Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur.
Perasmian majlis dialog ini disempurnakan oleh Y. Bhg.
Datoí Hamid Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia. Dalam ucapan aluan perasmian, Y.Bhg.
Dialog MTSU 2004Antara Exco dan ahli-ahli di JUPEM
Dato` Hamid Ali menyarankan agar warga JUPEM lebih
berdisiplin dalam menjalani tugas-tugas yang
diamanahkan bagi penghasilan kerja yang berkualiti. Di
samping itu, kakitangan juga disarankan agar mematuhi
waktu rehat yang telah ditetapkan dan tidak melebihi waktu
yang sepatutnya demi menjaga mutu perkhidmatan awam.
Turut hadir dalam majlis ini ialah bekas Presiden MTSU
iaitu Tuan Haji Mohd. Yusop Harmain Shah, Pegawai
Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kanan JUPEM di
peringkat Ibu Pejabat. Tuan Haji Mohd. Yusop Harmain
Shah telah meletakkan jawatan presiden MTSU pada 14
Mac 2004 dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang
diadakan di Seremban apabila beliau dilantik sebagai Ahli
Dewan Undangan Negeri Kawasan Sikamat, Negeri
Sembilan
Beberapa rumusan telah dicapai pada perkara atau isu
yang dibincang dan telah diputuskan untuk dibawa ke
perhatian dan tindakan pihak pengurusan tertinggi
jabatan. Antara perkara yang dibincang ialah skim gaji
untuk Juruteknik yang tidak mempunyai skim gaji khas
dan hanya menumpang dalam skim gaji Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Pada keseluruhannya dialog antara ahli-
ahli MTSU JUPEM dengan pihak exco MTSU berjalan
lancar dan dalam suasana harmoni yang melibatkan
beberapa isu penting bagi kepentingan dan kebajikan ahli-
ahli kesatuan teknik Semenanjung Malaysia.
HARIMAU Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati
Meninggalkan Nama. Begitulah ungkapan yang
sering diucap mengiringi kematian seseorang.
Lanjutan daripada ungkapan ini, seluruh warga JUPEM
merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang
Encik Chia Wee Tong @ Sia Wee Kuan, JSM,KMN bekas
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia
yang telah meninggal dunia pada 29 Jun 2004 jam 5:30
pagi dikediamannya di Taman Midah Cheras Kuala Lumpur
setelah sakit sejak setahun yang lalu. Mendiang
meninggalkan seorang balu Puan Wuu Na Ngook dan dua
orang cahaya mata seorang lelaki dan seorang perempuan.
Ucapan Takziah
2726
Mendiang Encik Chia Wee Tong, telah bersara wajib daripada
perkhidmatan awam pada 19 Mac 2004 setelah berkhidmat
selama 33 tahun di JUPEM. Sepanjang tempoh perkhidmatan
yang lebih separuh daripada hayatnya, beliau telah banyak
mencurahkan bakti dalam bersama-sama membangunkan
infrastruktur dan pemodenan di JUPEM. Segala jasa dan bakti
beliau kini menjadi kenangan dalam lipatan sejarah Jabatan
Ukur dan Pemetaan Malaysia.
SUDAN adalah salah satu
negara di Afrika yang
mempunyai hubungan rapat
dari segi diplomatik dan ekonomi
dengan Malaysia. Justeru dalam
menjalin hubungan khususnya
bidang teknikal dengan lebih erat
lagi, seramai 20 orang pegawai dari
pelbagai dan kementerian Sudan
yang telah mengadakan lawatan
teknikal ke JUPEM pada 2 April
2004. Lawatan ini adalah di antara
beberapa siri dalam rangka lawatan
ke pelbagai jabatan/agensi kerajaan
di Malaysia dengan kerjasama Geo
Info Services Sdn. Bhd. iaitu sebuah
LawatanDeligasi pelbagai disiplin dari Sudan
syarikat swasta yang aktif dalam
aktiviti GIS di Malaysia.
Deligasi ini terdiri daripada pentadbir,
ahli akademik, pakar IT,
perundangan dan sebagainya dari
dari pelbagai jabatan dan
kementerian Sudan adalah untuk
bertukar pendapat dan pengalaman
dalam bidang Digital Mapping, GIS,
GPS yang boleh dijadikan panduan
dan contoh kepada pembangunan
Sudan. Di samping itu, deligasi ini
juga dapat menjalin hubungan lebih
akrab dengan individu di JUPEM
yang secara langsung terlibat
pengurusan maklumat geospatial
dan Sistem Maklumat Geografi.
Lanjutan daripada itu, satu taklimat
tentang peranan JUPEM dalam
pembangunan, penggunaan
teknologi dan perkembangan Sistem
Maklumat Geografi (GIS) di Malaysia
telah diadakan bertempat di Bilik
Persidangan Bangunan CAMS, Ibu
Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur. Sesi
taklimat ini dipengerusikan oleh
Pengarah Ukur Seksyen
Penawanan Data, Encik Wan
Zainuddin Wan Yusoff. Taklimat
berkaitan dengan GPS disampaikan
oleh Dr. Azhari Mohamed, manakala
taklimat berkaitan dengan Digital
Maping dan GIS disampaikan oleh
Encik Mohd. Zaki Ghazali.
Di samping itu, deligasi juga
mengadakan perbincangan dua hala
tentang disiplin ukur dan pemetaan
serta perkara-perkara yang
berhubungkait dengan taklimat .
Seterusnya deligasi dibawa melawat
ke Seksyen Penawanan Data untuk
melihat dengan lebih dekat lagi kerja-
kerja penyediaan peta dan
pengurusan Pangkalan Data
Topografi dan Kartografi
Kebangsaan.
1. Pendahuluan
Masa kini sistem ukur kadaster Malaysia adalahberdasarkan kepada pengukuran dimensi setiap lot dandiselaraskan lokasinya dengan lot bersebelahannya.Justeru itu, konsep sistem ini amat mementingkangarisan sempadan (bearing dan jarak) setiap lotkadaster ditentukan melalui proses pengukuran yangdipiawaikan. Selaras dengan era perkembanganteknologi ukur termaju seperti GPS dan Total Station,teknologi maklumat (IT) seperti GIS, maka telah sampaimasanya sistem kadaster negara masa kini dibuatpembaharuan bagi menyokong dan memanfaatkansepenuhnya perkembangan tersebut. Pengurusankadaster yang berkesan dan efisien dalam era modenini menuntut sesuatu sistem digital yang mesrapengguna dengan penggunaan perkakasanberteknologi tinggi. Menyedari kelebihan yang adapada teknologi GIS dan GPS ini, maka negara sepertiAustralia, New Zealand dan Singapura telah mengoraklangkah menukarkan sistem dimensi (penggunaanbearing dan jarak) kepada sistem ukur kadasterberdasarkan koordinat (Wong, K.S.,1999).
JUPEM sebagai Jabatan kerajaan yang tertua danpeneraju utama bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti ukurtanah dan pemetaan, serta pengurusan maklumatberkaitannya sedang mengalami suatu reformasikadaster. Semuanya ini dibuat semata-mata untukmeningkatkan kemampuan (JUPEM) memberiperkhidmatan ukur tanah yang efisien, berkualiti dandapat menyebarkan maklumat geografikal yang sesuaikeseluruhan Semenanjung Malaysia. Seterusnyadengan kemunculan sistem kadaster berkoordinat(CCS) adalah tepat pada masanya (Wong, K.S., 1999).
2. Tafsiran Sistem Kadaster Berkoordinat
Secara umumnya terdapat banyak versi tafsirankadaster berkoordinat dan rumusan ke atasnya bolehdijeniskan seperti berikut (Ahmad Fauzi, 2001) :
Versi 1
Lapisan kadaster yang lengkap dipaparkan secaragrafik pada peta kadaster. Namun begitu, koordinatsetiap pepenjuru lot (utara, timur) yang membentuklapisan kadaster adalah anggaran kepada koordinatsebenar atau koordinat diukur.
Konsep Sistem Kadaster Berkoordinat
Versi 2
Versi ini sama seperti versi 1 kecuali ketepatan koordinatbagi kawasan bandar ditetapkan sehingga 30 sm ataulebih baik (kurang 30 sm), untuk system ditafsirkan sebagaimencapai tahap kadaster berkoordinat.
Versi 3
Peta kadaster berdigit atau DCDB adalah berdasarkankepada koordinat yang diperolehi melalui ukuran dilapangan. Ukuran yang dimaksudkan adalah bagi menentudan menentu semula sempadan lot kadaster denganmenggunakan sistem rujukan koordinat yang seragam(homogen) dan disokong dengan taburan kawalan ukuryang mencukupi. Justeru itu, koordinat pada DCDB yangdijana dari keseluruhan sistem ukuran tersebut adalahkoordinat “ survey accurate” dan ketepatan koordinatnyadi dalam lingkungan 3 sm. Versi ini mengambil kirapelbagai aspek keperluan dan terbaik bagi koordinatkadaster.
Versi 4
Versi ini sama seperti versi 3 tetapi koordinatnya diberikantaraf sah di sisi perundangan dan sebagai nilai (betul) bagitanda sempadan tersebut ketika proses penentuansempadan-sempadannya.
Versi 5
Ia merujuk kepada penyelarasan semua proses-prosesberkaitan kadaster. Dalam kes tertentu, proses pindah-milik tanah, pecah bahagian dan lain-lain urusniagadiselaraskan dalam satu sistem kadaster. Ia merupakansuatu bentuk kadaster yang lengkap, di mana semua lotdan kepentingan berkaitan ke atas tanah dimasukkandalam sistem.
Versi 6
Versi ini merujuk situasi di mana kadaster berkoordinatadalah sebagai sistem yang berdasarkan koordinatkadaster yang diberi nilai sah di sisi perundangan.Penonjolan pengukuran bering dan jarak akandikurangkan setelah koordinat mutakhir terlarasdidapatkan. Penekanan pada konsep ini adalahmenggunakan datum geodetik pusat bumi (geosentrik),menggunakan sistem unjuran tunggal bagi keseluruhannegara dan kaedah pelarasan kuasa dua terkecil (KDT) bagiagihan ralat cerapan.
oleh
Azmi Abu Bakar
Seksyen Perundangan Kadaster
2928
Versi 7
Versi ini merujuk kepada penyelarasan pelbagai agensi yangterlibat di dalam keseluruhan proses sistem kadaster. Dalamkes ini, penekanan diberikan kepada pewujudan petakadaster yang lengkap dan koordinatnya pula dianggap tidakmempunyai peranan menonjol.
Versi 6 dan 7 adalah sesuai bagi pelaksanaan CCS mengikutpersekitaran dan keperluan amalan kadaster negara ini.Versi-versi ini menekankan aspek-aspek berikut:
- Penggunaaan datum geosentrik (WGS84)
- Sistem unjuran koordinat tunggal bagi keseluruhanSemenanjung Malaysia (RSO geosentrik)
- Penggunaan kaedah pengukuran dan pelarasanyang dipiawaikan.
- Diwujudkan koordinasi semua agensi yang terlibatdengan sistem kadaster (JUPEM, Pejabat Tanah,Juruukur Tanah Berlesen dsb).
- Menyediakan peta kadaster berdigit denganmaklumat tanah yang lengkap (DCDB).
- Nilai pasangan koordinat pepenjuru (utara, timor)yang diperakukan sah di sisi undang-undang.
3. Keperluan CCS kepada Sistem KadasterSemenanjung Malaysia
Sistem kadaster negara masa kini lebih menekankanmekanisme pengukuran dan perekodan maklumat luas,lokasi dan garis sempadan sesuatu lot tanah. Kini sistemtersebut tidak begitu sesuai dan agak ketinggalan berbandingdengan kemampuan dan aplikasi teknologi masa kini danantara kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti.
ii. Teknik pengukuran dan pengagihan ralat tidakmengikut kaedah from whole to the partsebenarnya tetapi yang berlaku adalah rambatanralat dibawa dari satu pengukuran lot kepengukuran lot lain. Manakala teknik pelarasanBowditch yang diamalkan tidak mampu mengatasimasalah ini dan tidak berupaya mengurus cerapandata berlebihan.
iii. Integrasi data-data kadaster di antara negeri-negeritidak dapat dibuat kerana wujud perbezaan dalamrujukan origin sistem koordinat Cassini. Senariosekarang adalah setiap negeri mempunyai titikrujukan origin tersendiri.
iiii. Sistem yang menggunakan kaedah bearing danjarak serta sistem unjuran Cassini, tidak mampumenyokong sepenuhnya keperluan teknologi GISdan GPS.
iv. Perbezaan sistem koordinat dalam ukur kadaster(Cassini) dan pemetaan (RSO) telah menimbulkanmasalah ketidaksesuaian apabila melibatkanpangkalan data digital.
JUPEM melalui program reformasi kadaster telah buat kajianpotensi-potensi penggunaan CCS kepada sistem kadasterSemenanjung Malaysia. Sistem ini dijangkakan boleh membantumewujudkan DCDB Nasional dan memudahkan perekodan,pengurusan, pengolahan, pemprosesan dan pengemaskiniandata-data kadaster yang banyak. Seterusnya sistem ini akanmampu menyokong sepenuhnya penubuhan LIS danmeningkatkan keberkesanan pengurusan sistem tersebut diSemenanjung Malaysia melalui wujudnya satu sistem perihalpersempadanan lot yang konsisten.
4. Faedah daripada CCS
Melalui kajian perintis koloboratif JUPEM/UTM/LJT, jangkaanfaedah-faedah yang dikenal pasti dari pelaksanaan CCS kepadasistem kadaster sistem.
i. Peningkatan ketepatan jaringan kadaster danmeminimumkan perambatan ralat ukur melalui teknikpelarasan kuasa dua terkecil (KDT) yang berlandaskankonsep pelarasan whole to part.
ii. Selaras dengan perkembangan sistem GIS danteknologi GPS berdasarkan konsep koordinat sebagaiunit asas.
iii. Menggunapakai hanya satu datum rujukan homogenbagi aktiviti ukur kadaster, ukur kejuruteraan danpemetaan Semenanjung Malaysia.
iv. Mampu menyokong mewujudkan LIS SemenanjungMalaysia melalui kemampuan berintegrasi di antarapangkalan data topografi (CAMS) dengan data-datakadaster (PDUK).
v. Membantu pembangunan data-data digital kadasterdan memudahkan proses perekodan, pengurusan,pengelolahan, pemprosesan, pengemaskinian danperajahan pengkomputeran.
vi. Membantu meningkatkan keberkesanan pengurusanLIS Semenanjung Malaysia dengan sistem koordinatyang memperihal persempadanan yang konsisten.
vii. Membantu menambah kecekapan teknik ukur melaluiaplikasi teknik-teknik ukur berteknologi tinggi sepertiTotal Station dan GPS.
viii. Membantu meminimumkan pertindihanpersempadanan apabila sistem perihal tandasempadan yang mempunyai nilai pasangan koordinatyang unik.
5. Model Asas Pelaksanaan CCS SemenanjungMalaysia
Encik Ahmad Fauzi (2001) telah mencadangkan model asaspelaksanaan CCS Semenanjung Malaysia seperti Rajah 1.
i. Pemantapan Jaringan GeodetikGPS Primer(PGGN)
Melalui pemilihan epok sesuai pada InternationalTerrestrial Reference Frame (ITRF) bagi SemenanjungMalaysia dihitungkan koordinat geosentrik untuk 238stesen Jaringan Geodetik Primer SemenanjungMalaysia atau Peninsular Malaysia Primary GeodeticNetwork (PMPGN) dan Malaysian Active GPS Station(MASS). Seterusnya koordinat RSO stesen tersebutboleh didapati melalui koordinat ITRF pada epok yangtelah dipilih (Cross, 2000; JUPEM, 2000) melaluiproses :
a. Dapatkan epok ITRF yang digunakan pada sistem koordinat;
b. Dapatkan koordinat bagi stesen MASS pada epok terpilih;
c. Buat ikatan kepada stesen PMPGN terpilih ke stesen International Geodynamics Service (IGS) untuk membentuk rangkaian geosentrik;
d. Hubungkan PMPGN sedia ada kepada rangkaian stesen geosentrik baru; dan
e. Buat pelarasan PMPGN dan hitungkan koordinat geosentrik kesemua 238 stesen tersebut.
ii. Mengenal Pasti Kawasan Pelaksanaan
Kawasan-kawasan yang pesat dengan pembangunanhendaklah diberi keutamaan untuk pelaksanaan CCS.Walau bagaimanapun, masih tertakluk kepada pihakberkuasa yang menentukan dasar dan polisi tertentu.
iii. Pewujudan Prasarana Kawalan Kadaster
Kerja-kerja mewujudan Prasarana Kawalan Kadaster atauCadastral Control Infrastructures (CCI) hendaklah dibuatsebelum CCS dilaksanakan pada kawasan pilihan. Tindakanbagi kerja-kerja penyediaan CCI seperti Rajah 2:
a. Merancang dan mereka bentuk rangkaian CCI padakepadatan tertentu bagi memberi koordinat pepenjurulot-lot kadaster lama (sedia ada) dengan koordinat baruuntuk operasi CCS. Pewujudan ini hendaklah pada kospaling praktikal dan mencapai piawaian ketepatan yangdiperlukan bagi ukur kadaster konsep CCS. Terabas
3130
Rajah 1: Model asas pelaksanaan CCS Semenanjung Malaysia
(Sumber : Ahmad Fauzi,2001)
Rajah 2: Pewujudan Prasarana Kawalan Kadaster (CCI) dan
Pangkalan Data CCDB (Sumber : Ahmad Fauzi,2001)
Piawai sedia ada boleh diberi koordinat baru dandijadikan sebahagian rangkaian CCI.
b. Tanda atau monumen untuk stesen Titik KawalanKadaster (TKK) hendaklah pada lokasi sesuai danstabil. Selain daripada itu, hendaklah ditandadengan rujukan tertentu dan mudah dikenal pastipengguna.
c. Cerapan GPS pada monumen berkaitan bagimenentukan kedudukannya (koordinat) hendaklahpada kos paling praktikal dengan teknik ukursesuai.
d. Pemprosesan dan pengeluaran koordinat RSOgeosentrik bagi semua titik kawalan berkaitan.
e. Semua koordinat Titik Kawalan Kadaster (TKK)hendaklah disimpan dalam Pangkalan DataKawalan Kadaster atau Cadastral Control Database(CCDB). Bentuk pangkalan data bagi koordinatyang telah dihitung hendaklah direka bentuksupaya mampu berfungsi dengan berkesan .
iv. Pemakluman Kawasan Ukur Kadaster Berkoordinat
Jika sesuatu kawasan yang telah ada CCI, bolehdiisytiharkan sebagai Kawasan Ukur KadasterBerkoordinat atau Cadastral Coordinated Survey Area(CCSA). Maka semua ukuran di dalam kawasantersebut perlu menggunakan kaedah Ukur KadasterBerkoordinat atau Coordinated Cadastral Survey(CCSu). Sebelum sesuatu kawasan dimaklumkansebagai CCSA, tindakan-tindakan yang perlu dibuat.
a. Peruntukan perundangan yang memberi kuasakepada Ketua Pengarah Ukur dan PemetaanMalaysia (KPUP) mencadangkan mana-manakawasan sebagai cadangan kawasan pelaksanaanCCSA.
b. Memaklumkan bahawa sesuatu kawasan sebagai
kawasan CCSA di mana kemudahan kawalan kadaster(CCI) telah ada dan semua ukuran baru perludikendalikan mengikut Amalan CCS.
d. Peta indek CCSA perlu dikemas kini untuk rujukanpihak awam.
e. Di dalam sesuatu daerah mana-mana zon kawasan(Mukim/Bandar/Pekan) yang telah ada CCI bolehdiisytiharkan sebagai CCSA tanpa menunggukeseluruhan daerah ada CCI (Rajah 3).
v. Meningkatkan Taburan Data di DCDB
Untuk mendapatkan CCS yang teratur dan lengkap, kerja-kerja menambah taburan maklumat koordinat pepenjurubaru (RSO geosentrik) untuk lot-lot kadaster lama di dalamcadangan CCSA hendaklah dibuat terlebih dahulu. Justeruitu, data-data pada DCDB bagi CCSA berkenaan telahlengkap dengan koordinat baru untuk diikat dengan mana-mana ukuran baru. Punca-punca untuk meningkatkantaburan tersebut adalah seperti Rajah 4.
vi. Ikatan Lot-lot Kadaster Lama Kepada CCI
Pada prinsipnya semua lot dalam DCDB telah diberikankoordinat pepenjuru baru. Walaupun begitu, dari masa kemasa kini ikatan kepada mana-mana stesen TKK terdekathendaklah dibuat bagi kerja-kerja pelarasan semulakoordinat-koordinat baru untuk dilaraskan dengan koordinatTKK berkenaan dan pelarasan koordinat bagi lot-lot inihendaklah dibuat dalam beberapa blok dan sela TKKtertentu mengikut tatacara di bawah.
a. Mengenal pasti blok lot-lot kadaster yang hendak dibuatsemakan koordinat.
b. Pilih titik-titik pada blok berkenaan untuk diikat kepadaTKK.
c. Buat ukuran ikatan daripada TKK kepada mana-mana
Rajah 3: Peristiharan Kawasan Ukur Kadaster Berkoordinat
sempadan pepenjuru lot berkaitan (jika tiada ikatan).
vii. Peningkatan dan Kemas Kini DCDB
Tujuan dibuat peningkatan DCDB adalah untuk memberikoordinat baru kepada semua tanda sempadan lot yangdahulunya dalam sistem Cassini. Selain daripada itu,kemasukan semua sempadan lot hakmilik sementaraatau qualified title (QT) yang dibuat melalui pendigitan,maka tindakan kemas kini hendaklah dibuat apabilaukuran akhir siap mengikut tatacara di bawah.
a. Membentuk blok-blok besar bagi rangkaian kadasteruntuk pelarasan semula koordinat.
b. Guna kaedah pelarasan kuasa dua terkecil (KDT)untuk proses pelarasan dan analisis ke atas rangkaianblok berkenaan.
c. Perlu sistematik ketika memilih dan membentuk blok-blok pelarasan semula koordinat.
d. Buat pelarasan untuk beri koordinat semula kepadasemua tanda sempadan lot dalam DCDB.
e. Pastikan semua koordinat tanda sempadan lot dalamDCDB adalah koordinat RSO dari datum geosentrik.
f. Menyemak integriti data.g. Susunan lapisan (layer) maklumat DCDB perlu
merangkumi lapisan maklumat peningkatan koordinatyang telah dibuat dan maklumat status ketepatan bagimembantu pengguna mengenal pasti lokasi blok-blokyang telah dijalankan proses tersebut.
Walaupun begitu, jika penggunaan sistem koordinat RSOgeosentrik pada PA diputuskan, maka semua koordinat PAlama hendaklah diberi nilai koordinat baru dan disediakanjadual bagi nilai bearing dan jarak dalam sistem tersebut.Pada permulaan pelaksanaan dijangkakan pengguna-pengguna yang telah biasa dengan nilai sistem lama (Cassini)akan menghadapi kesulitan. Impak daripada pewujudanPangkalan Digital Ukur Kadaster Negeri (PDUKN) atau StateDigital Cadastral Database (SDCDB) dan Pangkalan DataKawalan Kadaster atau Cadastral Control Database (CCDB),Pangkalan Digital Ukur Kadaster Kebangsaan (PDUKK) atauNational Digital Cadastral Database (NDCDB) bolehdiwujudkan. Selanjutnya bersama-sama Pangkalan DataDigital Topografi Kebangsaan (PDTK) atau National DigitalTopographic Database (NDTDB) disalurkan pula kepadaPusat Prasarana Maklumat Geospatial Malaysia (MaCGDI)dan seterusnya kepada pengguna (Rajah 5).
viii. Ukuran Kadaster Baru
Ukuran kadaster baru di dalam CCSA hendaklah dibuatmengikut Amalan CCS. Bagi melaksanakan Amalan CCS,perkara-perkara yang perlu diambil perhatian.
a. Perlu membuat ikatan ke tanda titik kawalan CCI masakini kerja ukur lot kadaster di lapangan bagi membolehkanukuran baru diikat kepada sistem koordinat baru. Mana-mana TKK berdekatan dan disahkan berkedudukan baik(asal) boleh dijadikan datum kerja. Selain daripada itu,mana-mana tanda sempadan lama dalam CCSA berkaitan
3332
Rajah 4: Punca-punca data untuk peningkatan taburan data digital di dalam DCDB (Sumber : Ahmad Fauzi,2001)
dan telah diberi koordinat semula dan serta disahkanberkedudukan baik juga boleh dijadikan datum kerja.
b. Perlu ada kemudahan untuk menyemak kriteriakejituan ukuran, iaitu kejituan kedudukan sesuatutanda sempadan sekarang perlu diganti dengan teknikmod relatif. Konsep ketepatan yang diamalkansekarang tentang had-had yang dibenarkan(tolerance limit) boleh terus digunakan tetapi perludinyatakan dalam bentuk sesuai dengan persekitaranpenggunaan kaedah koordinat.
c. Hitungan koordinat pepenjuru lot perlu menggunakankaedah pelarasan KDT untuk kerja-kerja pelarasan.
d. Bentuk format maklumat asas pada cadangan PA:· Ada bearing grid RSO geosentrik· Ada jarak mendatar bumi· Ada faktor kombinasi skala· Dua koordinat ekstrem (utara/selatan atau timor/
barat) ditunjukkan· Koordinat TKK yang diikat masa kini ukuran
ditunjukkan
ix. Ukur Semula
Ukur semula lot-lot lama hendaklah dijalankan, jikakoordinat barunya tidak mencapai had kejituan yangditetapkan. Ia boleh dikesan masa kini kerja-kerjahitungan koordinat baru bagi pepenjuru lot lama untuktaburan data bagi sesuatu CCSA. Proses ini hendaklahdibuat sebelum koordinat-koordinat berkenaan diposkanke DCDB. Ukuran dari mana-mana TKK di dalam CCSAke lokasi lot berkenaan hendaklah dibuat danmenggunakan Amalan CCSu.
x. Tindakan Berkaitan Perundangan danOrganisasi
a. Bagi pelaksanaan CCS seperti yang dirancangkan,ada beberapa tindakan berkaitan perundangan danorganisasi perlu dibuat. Contohnya JUPEM sebagaipeneraju utama di dalam hal-hal pelaksanaan,pemakaian dan memperkenal konsep CCS perlumendapatkan semua sumber-sumber berkaitan danberbagai kelulusan (sama ada institusi danperundangan) yang memberi kesan kepadapelaksanaan program. Seterusnya JUPEM hendaklahmenilai, memantau dan mengawalselia pelaksanaanCCS sehingga selesai.
b. JUPEM hendaklah menjadi model contohpelaksanaan program CCS. Manual-manual yangmemberi penerangan lengkap CCS, Amalan CCSudan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakanhendaklah diterbit serta diedarkan, sebelumpelaksanaan tersebut.
c. Seterusnya pelaksanaan CCS boleh dibuat melaluiperundingan dan kerjasama dari semua pihak yangterlibat dengan industri ukur. Perbincangan terbukaantara JUPEM dengan semua profesion ukur sangatdigalak dan berterusan. Seterusnya hendaklahdisokong melalui pembelajaran dan latihan
komprehensif kepada semua golongan profesional ukur.JUPEM juga hendaklah memberi khidmat nasihat, latihandan mana-mana program pendidikan berkaitan bagimembantu pembangunan CCS.
d. Program publisiti yang secukupnya berkenaan sistem inihendaklah dibuat melalui siaran awam dan kempenkesedaran. Selain daripada itu, melalui program-programpenerangan kepada pihak-pihak terlibat dengan CCS,agar prihatin ke atas perubahan yang bakal berlaku.
e. Pelaksanaan program ini juga hendaklah disertai dengantindakan menyemak semula proses-proses kadaster danpengenalan sistem penilaian dan kawalan kualiti. PejabatTanah, JUPEM dan LJT hendaklah bekerjasama bagimengatasi masalah-masalah yang bakal terbit ke atasaktiviti kadaster dan pada masa yang samameningkatkan sistem tersebut (kadaster) selaras dengankeperluan pelaksanaan CCS. Pada konteks yang sama,LJT dan JUBL hendaklah mempertimbangkan agarmenerima pakai sistem penilaian dan kawalan mutu bagimenentukan kelayakan sesebuah firma JUBL.
f. Akhir sekali perlu ada program berterusan untukpembangunan dan penyelidikan bagi penambahbaikanCCS melalui program koloboratif dengan institusipengajian tinggi, LJT dan Persatuan Juruukur TanahBertauliah (PEJUTA).
xi. Tindakan Berkaitan Sosio-Ekonomi
Kejayaan pelaksanaan CCS tidak hanya bergantungkepada kaedah dan perundangan terkini, tetapi juga kepadaaspek sosio-ekonomi (Williamson & Grant, 2000).Contohnya dengan perubahan datum kerja dan sistemunjuran koordinat baru, bakal memberi impak kos kerjakepada JUBL, Pentadbir Tanah dan lain-lain pihak terlibat.Justeru itu, satu kajian khas sedang dibuat berkaitan impakkos dan pulangan (costs and benefits) pelaksanaan CCSke dalam Sistem Kadaster Semenanjung Malaysia. Secaraumumnya dari hasil kajian yang dibuat merumuskanbahawa pelaksanaan CCS boleh dibuat tetapi hendaklahmelalui pelaksanaan satu projek perintis bagi mengenalpasti kriteria-kriteria keperluan pelaksanaan, masalah-masalah yang bakal dihadapi dan keadah-kaedahmenyelesaikannya.
6. Kesimpulan
Pengenalan CCS kepada sistem kadaster negarasememangnya tepat pada masanya kerana sistem sedia adakurang manfaatkan sepenuhnya untuk menerima pakai teknologiukur termaju seperti sistem Total Station, GPS dan GIS. Bagimerealisasikan pelaksanaan CCS yang mantap dan efisien,maka perlu disediakan suatu model asas CCS yang sesuaidengan persekitaran dan mengikut keperluan sistem kadasternegara (Semenanjung Malaysia) dan ini boleh di laksanakanselepas penilaian ke atas projek perintis yang menunjukkanianya berfaedah untuk mewujudkan pangkalan data ukurkadaster yang berkejituan tinggi (koordinat terlaras) dan
berbentuk nasional (datum rujukan koordinat yang homogen).
Lawatan Jawatan Kuasa KecilBahagian Keselamatan Negara Ke JUPEM
ROMBONGAN Jawatankuasa
Kecil Keselamatan, Jabatan
Perdana Menteri
mengadakan lawatan ke JUPEM
pada 17 Mei 2004 bertempat di
Bangunan CAMS, Ibu Pejaba
JUPEM, Kuala Lumpur. Rombongan
terdiri wakil-wakil daripada Polis
Diraja Malaysia, Angkatan Tentera
Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur, Jabatan Perdana Menteri,
Jabatan Bomba dan Penyelamat
dan lain-lain agensi yang berkait
dengan keselamatan.
Lawatan bertujuan mengenal pasti
tahap keselamatan aset-aset atau
data-data dan kawasan JUPEM
yang diwartakan sebagai kawasan
keselamatan. JUPEM merupakan
salah satu sasaran penting dalam
program lawatan jawatankuasa kecil
keselamatan ke kawasan jabatan/
agensi kerajaan untuk mendapatkan
review terhadap jabatan kerajaan
yang penting.
Taklimat ini dipengerusikan oleh
Tuan Hj. Kamil Mat Daud, Pengarah
Ukur Bahagian (Kadaster) mewakili
Y.Bhg. Dato’ Hamid Ali, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia dan dibantu oleh
Pengarah-pengarah Seksyen yang
terdiri daripada Encik Wan Zainuddin
Wan Yusof, Pengarah Seksyen
Penawanan Data, Encik Muhamat
Puzi Ahmat, Ketua Penolong
Pengarah Seksyen Percetakan Peta
dan Dr. Azhari Mohamed, Ketua
Penolong Pengarah Seksyen
Geodesi.
Taklimat berkait dengan keselamatan
data-data berdigit pemetaan terhad,
data-data geodetik dan percetakan
dokumen keselamatan. Sementara
itu aset di bangunan CAMS dalam
bentuk sistem-sistem dan
perkakasan mencecah nilai lebih RM
100 juta. Sekiranya belaku darurat
segala bahan-bahan di luar yang
berkepentingan akan dicetak di
JUPEM, manakala stok bahan-
bahan yang sedia ada yang boleh
menampung keperluan untuk tujuan
cetakan selama lebih kurang 1 1/2
tahun. Data-data geodetik yang
digunakan untuk tujuan pemetaan
dikawalselia agar tidak dicerobohi
oleh pihak luar. Aset atau
infrastruktur yang bertaburan di
seluruh negara seperti stesen-
stesen MASS, stesen-stesen tolok
air pasang surut, tanda aras dan
akan dilindungi berdasarkan
undang-undang yang terkandung
dalam Kanun Tanah Negara.
Pihak Jawatankuasa Kecil
Keselamatan mencadangkan agar
pegawai dan kakitangan diberi
kesedaran mengenai kepentingan
tahap keselamatan data-data atau
aset-aset yang terdapat di JUPEM.
Rombongan Jawatankuasa ini juga
di bawah melawat sekitar kawasan
JUPEM yang dikategorikan sebagai
kawasan keselamatan di samping
diberi taklimat aktiviti yang berkait
dengan pemetaan dan percetakan
peta.
3534
Hari KeluargaSeksyen Kartografi di Port Dickson
BERCUTI dan beriadah bersama keluarga
merupakan satu aktiviti yang digalakkan oleh
kerajaan. Atas kesedaran ini Sekyen Kartografi
telah mengadakan Hari Keluarga di Rumah Peranginan
Persekutuan Port Dickson, Negeri Sembilan pada
17 - 18 April 2004. Aktiviti ini mendapat sambutan
yang menggalakkan dan telah disertai oleh lebih kurang
200 peserta yang terdiri dari kakitangan serta keluarga
masing-masing.
Penglibatan pegawai dan kakitangan serta keluarga
dalam aktiviti sebegini dapat penyumbang kepada
pengukuhan dan pembentukan semangat bermuafakat
dan kerjasama khususnya dalam kerja-kerja
berkumpulan. Walaupun pertemuan yang diatur ini
hanya untuk seketika, namun dari wajah-wajah
terpancar keriangan dan senyuman kepuasan kerana
dapat menjalinkan kemesraan, persaudaraan serta
semangat kerjasama di kalangan warga Kartografi.
Dengan ini matlamat yang disasar telah tercapai
dengan harapan hari-hari mendatang agar warga
Kartografi dapat melaksanakan tugas dengan penuh
yakin, ceria dan saling bermuafakat.
Pelbagai ragam dan gelagat khususnya kanak-kanak
menimbulkan suasana mesra dan ceria dan secara
tidak langsung telah dapat menghilangkan seketika
tekanan serta bebanan kerja di pejabat. Berbagai acara
yang diadakan termasuk sukaneka untuk dewasa dan
kanak-kanak. Walaupun hadiah yang diperolehi hanya
sekadar penyeri majlis, namun kemesraan ketika
bersama rakan serta keluarga merupakan elemen utama
yang harus diberi perhatian dan dikekalkan.
Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan penerbitanBerita Ukur lebih luas dan padat- Sidang Pengarang