Berita Berita Ukur SUARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA BIL:36 2004 ISSN 0128-0414 YB Menteri Lawat

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Berita Berita Ukur SUARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA BIL:36 2004 ISSN 0128-0414 YB Menteri...

  • Berita Ukur SUARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

    Berita Ukur BIL:36 2004 ISSN 0128-0414

    YB Menteri Lawat JUPEM

    M ENTERI Sumber Asli dan

    Alam Sekitar Y. Bhg. Dato

    Sri Haji. Adenan Bin Hj.

    Satem telah mengadakan lawatan

    kerja ke Ibu Pejabat JUPEM, Kuala

    Lumpur pada 12 April 2004. Lawatan

    kerja ini adalah bertujuan untuk

    berkenalan lebih dekat lagi dengan

    pegawai dan kakitangan di samping

    melihat dan memahami aktiviti yang

    dilaksanakan di JUPEM setelah

    dilantik menerajui Kementerian

    Sumber Asli dan Alam Sekitar.

    Ketibaannya di Bangunan CAMS

    disambut oleh pegawai Pengurusan

    Tertinggi dan Pegawai Kanan

    JUPEM. Lanjutan daripada lawatan

    ini, beberapa aturcara khas telah

    disusun yang dimulakan dengan

    tayangan Video Korporat JUPEM.

    Tayangan ini yang memaparkan

    secara umum aktiviti-aktiviti yang

    dilaksanakan meliputi pengukuran

    hakmilik, sempadan negeri-negeri

    dan antarabangsa, astronomi dan

    geodesi. Ia disusuli dengan taklimat

    Jabatan yang disampaikan oleh Y.

    Bhg. Dato’ Hamid Ali, Ketua

    Pengarah Ukur dan Pemetaan

    Malaysia yang memberi tumpuan

    kepada perancangan, program

    pemodenan yang sedang dan akan

    dilaksanakan dan pencapaian aktiviti

    yang akan dilaksanakan. YB Menteri

    dan rombongan juga dimaklumkan

    tentang bidang kerja JUPEM

    khususnya dalam aktiviti pengukuran

    tanah dan penyediaan hakmilik

    tanah dan strata, sistem yang

    digunakan, peruntukan kewangan,

    tenaga kerja serta perancangan

    masa depan JUPEM. Selain itu,

    taklimat juga menyentuh penyediaan

    prasarana bagi memenuhi keperluan

    pelanggan.

    YB Menteri juga mengadakan sidang

    media bersama pihak Pengurusan

    JUPEM setelah selesai majlis

    taklimat dan sesi soal jawab. Dalam

    sidang media ini, YB Menteri telah

    menerangkan tentang hala tuju dan peranan utama Kementerian

    Bersambung ke m/s 3

  • Sidang PengarangSidang Pengarang

    Penaung

    Dato’ Hamid Ali,

    DIMP, KMN, PMC, PJC

    Penasihat

    Dr. Abdul Kadir Taib SDK, KMN

    Pengerusi

    Ahamad Zakaria

    Ketua Pengarang

    Tsalimy Abdullah

    Pengarang

    Ramli Nor

    Sukeri Miskon

    K. Sivaganam

    Ketua Rekabentuk/Pencetak

    Muhammat Puzi Ahmat, KSD

    Makluman

    Semua pendapat dan buah fikiran dalam

    Berita Ukur ini tidak semestinya pendapat

    rasmi Pentabiran Jabatan. Sidang

    Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan

    sumbangan dari pembaca.

    Segala bahan-bahan hendaklah

    dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan

    dialamatkan kepada:

    Pengerusi

    Penerbitan Berita Ukur

    Tingkat 4,

    Bangunan Ukur

    Jalan Semarak

    50578 Kuala Lumpur

    Tel: 03-26170800

    Fax: 603-26170990

    Seseorang yang mengejar suatu pekerjaan, kemudian ia memenuhi hak kewajibannya, selama itu ia dipandang di jalan Allah, sehingga ia pulang ke rumah, nya: Riwayat At-Thabrani.

    Renungan

    Rencana Pengarang

    M ENCINTAI Negara adalah kewajipan setiap manusia terhadap

    tanah tempat tumpah darahnya. Kita perlu menanamkan semangat

    kecintaan terhadap tanah air di mana tempat kita berpijak, berteduh

    dan mencari rezeki. Udara dan tanahnya yang membantu kesihatan tubuh

    kita. Undang-undang dan peraturannya menjadi adat istiadat kita. Sistem

    dan cara penduduknya menjadi sistem dan cara hidup kita. Pakaian dan

    cara pemakaian, makanan dan cara memakannya, pembicaraan dan cara

    menyampaikan tutur kata, segalanya sebagai acuan yang membentuk

    peribadi kita. Kecintaan kepada tanah air juga perlu disertai dengan menjaga

    kebersihan dan keindahan struktur alam semula jadi ciptaan Tuhan.

    Menyedari hakikat ini, sebagai warga jabatan yang prihatin seharusnya kita

    mempunyai semangat patriotik ini di samping menyedarkan rakan-rakan

    kita yang lain untuk sama-sama menyayangi jabatan sendiri daripada

    menyanjungi perkara lain yang kurang menguntungkan. Kita mencintai

    jabatan kerana mempunyai hubungan yang sangat erat antara kita

    dengannya. Melalui kecintaan terhadap jabatan, akan lahir satu kecintaan

    terhadap sesama warga yang berkongsi menduduki bangunan yang sama

    dijadikan tempat berteduh dan banyak perkara yang boleh menguntungkan

    kehidupan seharian.

    Kini kita berkhidmat, terdidik dan hidup dalam lingkungan jabatan sendiri

    dan berkecimpung di tengah-tengah keramaian kakitangan dengan

    dilambakan kerja dan tugas yang berbagai. Dalam keadaan begini, kita harus

    bijaksana mengurus masa serta menyesuaikan diri seperti anak-anak sungai

    yang mengalir tenang dalam kawasan lembah hijau yang penuh kedamaian

    atau kita seolah-olah anak-anak yang berada di pangkuan ibunya. Kita akan

    merasa puas sekiranya dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan

    dengan jayanya.

    Tergoncang ingatan kita apabila mengimbau kenangan suka duka dan

    kejayaan apabila kita berada di luar jabatan. Kita akan merasa rindu dengan

    kejayaan ketika melaksanakan tugas di jabatan. Hanya akan terasa lega

    kerinduan ini apabila kita berpeluang melihat hasilnya. Justeru, kita terasa

    mulia dengan kemuliaannya dan di sebaliknya terasa terhiris dan terluka

    apabila ianya dihina. Jadikan cinta pada jabatan ini menjadi naluri semula

    jadi kita warga JUPEM.

  • Sambungan dari m/s 1

    Sumber Asli dan Alam Sekitar yang merupakan sebuah

    kementerian baru dan besar diujudkan susulan

    daripada proses penyusunan semula kementerian-

    kementerian oleh kerajaan.

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

    mengandungi 10 buah jabatan yang mempunyai lebih

    13,000 kakitangan di mana JUPEM adalah jabatan

    yang terbesar dengan bilangan kakitangan yang lebih

    4,500 orang. Berikut adalah jabatan-jabatan yang

    terletak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam

    Sekitar :-

    i. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

    (JUPEM)

    ii. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

    iii. Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

    iv. Jabatan Alam Sekitar (JAS)

    v. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman-

    Taman Negara (Perhilitan)

    vi. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    vii. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

    viii.Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

    ix. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

    x. Bahagian Taman Laut & Perikanan Rekreasi

    Berdasarkan jumlah jabatan/agensi yang terletak di

    bawahnya, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

    adalah di antara kementerian yang terbesar dan

    terpenting. Peranannya adalah tertumpu kepada aktiviti

    mengurus dan memulihara khazanah alam iaitu sumber

    asli seperti tanah, marin, sungai, alam sekitar, perhilitan,

    galian dan hutan untuk dimanfaatkan kepada negara.

    YB Menteri dan rombongan juga dibawa melawat ke

    ruang pameran yang disediakan. Beliau diberi

    penerangan berkenaan aktiviti-aktiviti utama JUPEM

    meliputi pengukuran hakmilik dan pemetaan secara

    lebih terperinci melalui poster-poster, tayangan video

    dan sebahagian peralatan yang digunakan. Di samping

    itu, YB dan rombongan berkesempatan melawat

    Seksyen Percetakan Peta bagi melihat dengan lebih

    dekat operasi percetakan peta yang turut menghasilkan

    produk lain seperti buku-buku dan watikah pengurniaan

    pingat kebesaran, watikah perlantikan dan sebagainya.

    Turut mengiringi YB Menteri dalam lawatan ini adalah

    Timbalan Menteri YB Dato’ Sothinathan A/L Sinna

    Gaundar, Setiausaha Parlimen, YB Encik Sazmi Miah,

    Ketua Setiausaha Kementerian Y. Bhg. Dato’ Dr. Isahak

    Yeop Mohd. Shar, Timbalan. Ketua Setiausaha I,

    Y. Bhg Dato’ Subuh Mohd. Yasin, Timbalan.Ketua

    Setiausaha II, Y. Bhg. Dato’ Othman Baba dan pegawai

    kanan kementerian.

    32

  • Majlis Amanat & Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil 1/2004

    P IHAK pengurusan adalah

    berperanan dalam

    menyampaikan matlamat

    dan dasar bagi melicinkan urusan

    pelaksanaan program tahunan yang

    dirancang bagi mencapai matlamat

    yang disasarkan dan kejayaan

    sesebuah organisasi.

    Dalam hubungan ini, JUPEM telah

    mengadakan Majlis Amanat Ketua

    Pengarah Ukur dan Pemetaan

    Malaysia pada 20 Januari 2004

    bertempat di The City Bay View,

    Langkawi. Majlis amanat ini telah

    dihadiri oleh Pegawai Pengurusan

    Tertinggi, semua Pengarah Ukur

    Negeri, Ketua-ketua Seksyen.

    Dalam majlis ini, Ketua Pengarah

    Ukur dan Pemetaan Malaysia,

    Y. Bhg. Dato’ Hamid Ali telah

    menyampaikan ucapan dasar yang

    bertemakan ‘MENGURUS

    KEJAYAAN MENJANA

    KECEMERLANGAN’ selaras

    dengan saranan kerajaan untuk

    menjadikan Malaysia sebagai

    sebuah negara yang cemerlang,

    gemilang dan terbilang yang sering

    disuarakan oleh YAB Perdana

    Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad

    Badawi.

    Pelbagai perkara telah disentuh

    yang melibatkan dasar, cabaran,

    program pembangunan di samping

    menganalisis kejayaan di tahun 2003

    di antar