25
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya, SYED SYAMSUL FAIZAL BIN SYED ZAKARIYA (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap No 15 Lorong 72, En. Muhamad Hafiz Bin Ismail Taman LKNP Bukit Setongkol, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008 KAJIAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN ATLET SKUASY SUKMA JOHOR 2008. (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

  • Upload
    others

  • View
    24

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya, SYED SYAMSUL FAIZAL BIN SYED ZAKARIYA (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT TERHAD TIDAK TERHAD

TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap No 15 Lorong 72, En. Muhamad Hafiz Bin Ismail

Taman LKNP Bukit Setongkol,

25200 Kuantan,

Pahang Darul Makmur. Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008

KAJIAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN

KESIHATAN ATLET SKUASY SUKMA JOHOR 2008.

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.

Tandatangan : ……………………………………………

Nama Penyelia : En. Muhamad Hafiz Bin Ismail

Tarikh : 29 April 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

KAJIAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN ATLET

SKUASY SUKMA JOHOR 2008

SYED SYAMSUL FAIZAL BIN SYED ZAKARIYA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI , 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penulis : SYED SYAMSUL FAIZAL BIN SYED ZAKARIYA

Tarikh : 2 MEI , 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

DEDIKASI

Untuk Keluarga Tersayang

Untuk insan tersayang Abah En Syed Zakariya B. Syed Harron Untuk insan tersayang Umi Zulhiah Bt. Ahmad

Ahli Keluarga tercinta

Syed Syamsul Rizal Syed Syamsul Hafiz Syed Mohd Amir

Syed Muhammad Syafiq

Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)

yang banyak Membantu Terutamanya En. Muhamad Hafiz Bin Ismail

Rakan-rakan seperjuangan seperjuangan

Pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)

Serta Insan Teristimewa

Nurul Najiah Bt. Abu Safian

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

PENGHARGAAN

Alhamdulillah…………………….

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah

penyelidik menyiapkan projek sarjana muda ini mengikut masa yang telah ditetapkan

sebagai syarat akhir kursus ini sebelum menerima segulung ijazah.

Saya ingin mengucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada pensyarah Sains Sukan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

terutamanya pensyarah pembimbing En. Muhamad Hafiz Bin Ismail di atas bantuan,

bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang penyelidik menyiapkan dan menjayakan

penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar Sains Sukan, UTM

yang memberikan kerjasama dan komitmen kepada penyelidik terutamanya kepada

rakan-rakan seperjuangan kemasukan 2003/2004.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu bapa dak keluarga yang sentiasa

memberikan sokonngan kepada penyelidik. Tidak lupa pada insan teristimewa, Cik

Nurul Najiah yang sentiasa memberi semangat dan perangsang.

Sekian terima kasih

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan ujian

pre dan ujian post untuk mengukur dan mengumpul data berkaitan dengan Kecergasan

Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet skuasy SUKMA Negeri Johor 2008 yang

mengandungi lima komponen asas iaitu Daya Tahan Kardiovaskular, Daya Tahan Otot,

Kekuatan Otot, Komposisi Badan dan Kelembutan. Ianya bertujuan sebagai persediaan

untuk menghadapi kejohanan SUKMA 2008 di Terengganu. Untuk menjayakan kajian

ini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai

subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan merangkumi Ujian Multi-Staget, Ujian Push-

Upt, Ujian Sit & Reach, Ujian Endurance Crunch dan Ujian Skinfoldt. Data-data yang

telah dikumpulkan daripada ujian pre dan ujian post akan dianalisis dengan

menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) 11.5 dan

Microsoft Excel 2003 untuk mendapatkan keputusan ujian secara signifikan. ujian-t

Sampel Berpasangan juga digunakan untuk membuat perbezaan data yang diperolehi

daripada ujian pre dan ujian post dengan aras signifikan yang ditetapkan ialah p < 0.05.

Hasil dapatan kajian didapati Ujian Multi-Stage p = 0.012, Ujian Push-Up p = 0.011

dan Ujian Skinfold p = 0.002 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan iaitu

lebih kecil daripda aras signifikan yang ditetapkan p < 0.05, manakala Ujian Endurance

Crunch p = 0.517 dan Ujian Sit & Reach p = 0.093 menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan iaitu lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu

p < 0.05. Daripada dapatan kajian didapati hipotesis satu, dua, tiga dan lima adalah

ditolak manakala hanya hipotesis keempat sahaja yang diterima.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

ABSTRACT

This experimental research used pre-test and post-test in order to gather the data

on the Physical Fitness Level Based on The Health. There were five basic components

which are Cardiovascular Endurance, Muscle Endurance, Body Composition and

Flexibility. The purpose of this research is for preparation to joining the SUKMA

tournament 2008 in Terengganu. The respondents are 6 squash women athletes from

Johor SUKMA team. The tests used to measure the five basic components were Multi-

Stage Test, Push Up Test, Sit And Reach Test, Endurance Crunch Test and Skinfold

Test. The collected data from the pre-test and post-test were analyzed by using

Statistical Package For Social Science (SPSS) 11.5 and Microsoft Excel 2003. Paired

Samples t-Test was used as well in order to get differences of the data from the pre and

post test. The significance level is p < 0.05. From the research, the result of Multi-Stage

Test p = 0.012, Push-Up Test p = 0.011 and Skinfold Test p = 0.002 shows that there

was a significantly difference slightly less than the significance level which is p < 0.05.

However, the Endurance Crunch Test p = 0.517 and Sit & Reach Test p = 0.093, there

was no significantly difference which was larger than the significance level p < 0.05. As

a result, the first, second, third and five hypotheses were rejected while only the

hypotheses was accepted.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN PENULIS iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Kepentingan Kajian 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Hipotesis Kajian 8

1.6 Persoalan Kajian 10

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 11

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

1.9 Definisi Operasional 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kajian Berkaitan Sukan Raket 15

2.3 Kajian Berkaitan Komponen Kecergasan 16

2.4 Kesimpulan 25

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 27

3.3 Tempat Kajian 28

3.4 Subjek Kajian 28

3.5 Instrumen Kajian 29

3.6 Prosedur Kajian 30

3.7 Pentadbiran Kajian 40

3.8 Pengumpulan Data 40

3.9 Analisis Data Kajian 41

4.0 Kesimpulan 41

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Secara Deskriptif 43

4.2.1 Analisis Data Daya Tahan Kardiovaskular 44

4.2.2 Analisis Data Kekuatan Otot 46

4.2.3 Analisis Data Daya Tahan Otot 48

4.2.4 Analisis Data Kelembutan 50

4.2.5 Analisis Data Komposisi Badan 52

4.3 Analisis Secara Statistik Inferential 55

4.3.1 Analisis Ujian-t Sampel Berpasangan

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

Bagi Setiap Komponen Kecergasan Fizikal

4.4 Penutup 65

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Ringkasan Kajian 67

5.3 Perbincangan Kajian 68

5.4 Kesimpulan 74

5.5 Masalah Yang Dihadapi 75

5.6 Cadangan 75

5.7 Penutup 77

RUJUKAN 78

LAMPIRAN 82

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.2.1 Taburan Umur Subjek 43

4.2.2 Norma ( Multi-Stage Test ) Wanita 44

4.2.3 Data Ujian Pre dan Post ( Multi-Stage Test ) 44

4.2.4 Norma ( Push-Up Test ) Wanita 46

4.2.5 Data Ujian Pre dan Post ( Push-Up Test ) 46

4.2.6 Norma ( Endurance Crunch Test ) Wanita 48

4.2.7 Data Ujian Pre dan Post ( Endurance Crunch Test ) 48

4.2.8 Norma ( Sit & Reach Test ) Wanita 50

4.2.9 Data Ujian Pre dan Post ( Sit & Reach Test ) 50

4.2.10 Data Ujian Pre ( Skinfold Test ) 52

4.2.11 Data Ujian Post ( Skinfold Test ) 52

4.2.12 Norma ( SkinFold Test ) Wanita 53

4.2.13 Data Ujian Pre dan Post Peratusan Lemak 53

( Skinfold Test )

4.3.1 Perbandingan Ujian Pre dan Post 55

( Multi-Stage Test )

4.3.1.1 Lengkungan Normal Ujian-t Sampel Berpasangan 56

( Multi-Satage Test )

4.3.2 Perbandingan Ujian Pre dan Post ( Push-Up Test ) 57

4.3.2.1 Lenkungan Normal Ujian-t Sampel Berpasangan 58

( Push-Up Test )

4.3.3 Perbandingan Ujian Pre dan Post 59

( Enduran Crunch Test )

4.3.3.1 Lenkungan Normal Ujian-t Sampel Berpasangan 60

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

( Enduran Crunch Test )

4.3.4 Perbandingan Ujian Pre dan Post 61

( Sit & Reach Test )

4.3.3.1 Lenkungan Normal Ujian-t Sampel Berpasangan 62

( Sit & Reach Test )

4.3.5 Perbandingan Ujian Pre dan Post ( Skinfold Test ) 63

( Sit & Reach Test )

4.3.5.1 Lenkungan Normal Ujian-t Sampel Berpasangan 64

( Skinfold Test )

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Data Ujian Pre dan Post 45

( Multi-Stage Test )

2 Data Ujian Pre dan Post ( Push-Up Test ) 47

3 Data Ujian Pre dan Post 49

( Endurance Crunch Test )

4 Data Ujian Pre dan Post ( Sit & Reach Test ) 51

5 Data Ujian Pre dan Post ( Skinfold Test ) 54

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Menggunakan Atlet 82

Sebagai Sampel Kajian

B Surat Perlantikan Sebagai Sampel Kajian 83

C Surat Perjanjian 84

D Surat Kontrak Persetujuan Subjek Ujian 85

E Borang Skor Ujian Komponen Kecergasan 86

Fizikal Berasaskan Kesihatan

F Keputusan Ujian Pre dan Post Komponen 87

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan

Atlet Skuasy SUKMA Negeri Johor 2008.

G Skala Nilai Genting 88

H “ Body Fat Caliper Measurement Sites ” 89

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Skuasy ialah satu sukan beraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai

"Squash Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa

Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy. Permainan ini dimainkan

oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket

'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan

berongga.

Sejarah awal skuasy menyatakan bahawa permainan ini berasal dari Harrow

School pada kurun ke-19, hanya di luar London, England, sebagai satu penambahan

raket. Pembinaan gelanggang yang pertama direkodkan seperti di Harrow dalam tahun

1860-an. Kemungkinan bahawa gelanggang skuasy awal telah dibina di Harrow oleh

satu gelanggang dengan membahagikan dewan gelanggang raket, yang mana merupakan

lebih tepat lagi sama seperti tiga saiz gelanggang skuasy Sepanyol (untuk membenarkan

lebih banyak pemain bermain di dalam gelanggang pada masa yang sama).

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

Permainan umumnya kekal sebagai pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan

universiti-universiti sehinggalah awal abad ke-20, yang mana masa itu sukan ini menjadi

popular dalam kelab-kelab persendirian (seperti RAC di London) dan dengan pegawai-

pegawai dalam angkatan tentera British

Di dalam permainan skuasy ini kecergasan fizikal adalah sangat penting kerana

ianya memerlukan seseorang pemain itu sentiasa bergerak hampir ke semua sudut

gelangang. Dengan memiliki tahap kecergasan fizikal yang baik seseorang pemain

squasy itu tidak akan mengalami masalah ketika bermain skuasy dan mampu

menunjukkan mutu permainan yang berkualiti tinggi.

Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan? Menurut ahli-ahli fisiologi

mengatakan bahawa kecergasan merupakan satu keadaan di mana seseorang itu

mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan

penggunaan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di

masa kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan. Pelbagai definisi dapat kita

perolehi daripada pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai takrifan kecergasan fizikal

diantaranya.

Mengikut Corbin dan Linsay (1994) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai

kecergasan keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisien dan berkesan.

Kecergasan fizikal sewajarnya mengandungi sebelas komponen yang dapat memberi

sumbangan kepada kualiti hidup secara total dan dikiatkan dengan kebolehan seseorang

bekerja dengan berkesan, menikmati riadah, menjadi sihat, menentang penyakit

hipokinetik dan menghadapi keadaan kecemasan. Secara amnya kecergasan fizikal

adalah bergantung kepada setiap komponen bersenaman, permakanan dan corak hidup

yang aktif. Kecergasan fizikal yang berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal

berlandaskan perlakuan motor. Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan meliputi 5

komponen iaitu Komposisi Badan, Keupayaan Kardiovaskular, Kelenturan, Daya Tahan

Otot dan Kekuatan Otot. Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor pula

merangkumi 6 komponen iaitu ketangkasan , imbangan, koordinasi, kuasa, masa tindak

balas serta kepantasan.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

Heyward (1991), mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan individu

melaksanakan pekerjaan harian dengan berkesan serta mempunyai tenaga yang

mencukupi untuk berekreasi dan dapat melakukan aktiviti harian tanpa rasa letih. Ini

secara keseluruhan melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi dan kecergasan

fisiologi. Kesemua ini ditentukan pula oleh persekitaran, keturunan (baka) dan cara

hidup seseorang itu.

Definisi kecergasan fizikal yang dicadangkan oleh Akademi Pendidikan Jasmani

Amerika Syarikat (Clarke, 1979) ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan

cekap dan cergas tanpa merasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang

mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain daripada itu seseorang yang cergas dari segi

fizikal harus sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin

timbul.

Konsep kecergasan merangkumi aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan

kerohanian. Konsep kecergasan itu adalah syumul (comprehensive) yang membolehkan

seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan sangatlah

perlu bagi seseorang oleh kerana kesihatan yang tinggi dapat menghindarkan sebarang

kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri. William E. Prentice

and Charles A.Bucher (1988) dalam bukunya “Fitness for college and life” menerangkan

bahawa kecergasab fizikal sebagai sistem organik tubuh yang sihat dan berfungsi secara

cekap supaya membolehkan seseorang melibatkan diri dalam tugas-tugas yang mencabar

dan aktiviti-aktiviti senaman.

Menurut Zainal Abidin Abu Zarin (1987) kecergasan adalah suatu keadaan dan

keupayaan bagi seseorang melakukan kerja dan tanggungjawab hariannya tanpa cepat

rasa penat atau letih dan bertenaga untuk berekreasi serta berurusan dengan keluarga dan

masih berdaya bagi menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan. Dalam kontek

MALAYSIA CERGAS ia menggalakkan seseorang individu berkeadaan sedemikian

semoga ia dapat berperanan dan berfungsi dalam pembinaan Negara. Kegiatan-kegiatan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

kecergasan adalah seperti bersenam, gymwork dan kegiatan aerobic seperti senamrobik,

berjogging, berlari, berbasikal, berenang, berjalan kaki dan sebagainya.

Ujian kecergasan fizikal adalah cara atau kaedah menguji secara sejauh mana

tubuh badan seseorang itu dapat berfungsi. Sejak zaman batu lagi manusia zaman purba

telah bergantung kepada kecergasan, ketangkasan dan kekuatan badan dalam aktiviti-

aktiviti hidup mereka seperti memburu, bermain dan juga berperang. Manusia zaman

purba ini meneruskan hidup mereka dengan sihat dan melaksanakan tugas-tugas harian

mereka. Dengan erti kata lain, walaupun masyarakat pada masa itu tidak memikirkan

aspek kecergasan fizikal secara langsung tetapi mereka menumpukan perhatian kepada

kehendak asas kehidupan seperti mencari makanan, tempat perlindungan dan pakaian.

Jadi, kita boleh membuat tanggapan bahawa mereka telahpun mengamalkan gaya hidup

yang cergas kerana keperluan kehidupan mereka harian.

Kecergasan adalah suatu aset yang sangat penting dan hak seseorang individu

yang perlu dijaga serta dipertingkatkan bagi mencapai kehidupan yang sihat dan cergas.

Menurut ahli fisiologi, kecergasan yang berlandaskan kepada kesihatan melibatkan

beberapa komponen iaitu Dayatahan Kardiovaskular, Dayatahan Otot, Kekuatan Otot,

Kelembutan dan Komposisi badan. Memandangkan kecergasan fizikal ini amat penting

bagi setiap atlet maka para jurulatih harus memberi perhatian serius terhadap kecergasan

atletnya. Berbagai usaha perlu dijalankan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal

atlet.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

1.2 Pernyataan masalah

Adakah tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlet skuasy SUKMA Johor

mencapai tahap yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri johor untuk mewakili Negeri

Johor dalam kejohanan SUKMA 2008 di Terengganu. Sejauh manakah tahap prestasi

atlet skuasy Negeri Johor yang menyertai kejohanan SUKMA 2008 untuk berhadapan

dengan atlet skuasy dari negeri-negeri lain.

Kajian yang dijalankan ini boleh mengukur sejauh mana tahap prestasi kecergasan

fizikal berasaskan kesihatan atlet skuasy SUKMA Johor 2008 melalui ujian-ujian

kecergasan fizikal yang telah ditetapkan. Ini juga dapat memberi kesedaran kepada atlet

supaya dapat meningkatkan lagi tahap kecergasan mereka dari masa ke semasa demi

meningkatkan mutu pemainan semasa kejohanan SUKMA 2008 berlangsung.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

1.3 Kepentingan kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam

membantu pihak tertentu dalam meningkatkan prestasi atlet sukan skuasy dalam aspek

kecergasan fizikal berasaskan kesihatan.

Di antara sumbangannya ialah :

1.3.1 Dapat membantu atlet skuasy mengetahui tahap sebenar kecergasan fizikal

berasaskan kesihatan.

1.3.2 Dapat mengumpul data dan maklumat atlet skuasy Johor berkaitan dengan

kecergasan fizikal berasaskan kesihatan bagi tujuan pemantauan oleh

pihak Majlis Sukan Negeri Johor

1.3.3 Dapat membantu jurulatih dari aspek penilaian prestasi berasaskan kepada

komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan

1.3.4 Boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pengkaji akan datang

untuk membuat kajian berkaitan dengan kecergasan fizikal berasaskan

kesihatan atlet skuasy.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

1.4 Objektif kajian

Setiap kajian yang dijalankan semestinya mempunyai matlamat atau objektif yang ingin

diperolehi hasil daripada kajian tersebut. Obejektif ini adalah sangat penting untuk

dijadikan sebagai garis panduan dalam menjalankan sesuatu kajian. Begitu jugalah

dengan kajian yang dijalankan ini. Diantara objektif kajian ini ialah :

1.5.1 Mengetahui tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlet skuasy

SUKMA Negeri Johor.

1.5.2 Mengumpul data dan maklumat yang digunakan untuk pemantauan

prestasi atlet skuasy SUKMA Johor 2008 supaya mereka sentiasa

mengetahui tahap kecergasan mereka..

1.5.3 Menguji sejauhmana latihan yang diberikan dapat meningkatkan tahap

kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlet skuasy SUKMA Negeri

Johor.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

1.5 Hipotesis Kajian

Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet

skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen Daya

Tahan Kardiovaskular sebelum dan selepas ujian

kecergasan fizikal .

Ha 1 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet

skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen Daya

Tahan Kardiovaskular sebelum dan selepas ujian

kecergasan fizikal .

Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet

skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen Kekuatan

Otot sebelum dan selepas ujian kecergasan fizikal .

Ha 2 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet

skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen Kekuatan

Otot sebelum dan selepas ujian kecergasan fizikal .

Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet

kuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen

Kelembutan sebelum dan selepas ujian kecergasan fizikal .

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

Ha 3 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet

skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen

Kelembutan sebelum dan selepas ujian kecergasan fizikal .

Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet

skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen

Daya Tahan Otot sebelum dan selepas ujian kecergasan

fizikal .

Ha 4 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet

skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen

Daya Tahan Otot sebelum dan selepas ujian kecergasan

fizikal .

Ho 5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet

skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen

Komposisi Badan sebelum dan selepas ujian kecergasan

fizikal .

Ha 5 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet

skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen

Komposisi Badan sebelum dan selepas ujian kecergasan

fizikal .

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen

1.6 Persoalan kajian

Dalam melaksanakan kajian ini pengkaji telah mengenal pasti beberapa persoalan yang

perlu diberi penekanan dan diketengahkan untuk menjayakan kajian ini.

Di antara persoalan kajian kajian yang telah dikenalpasti oleh penyelidik ialah :-

1.6.1 Sejauhmanakah tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet

skuasy SUKMA Negeri Johor ?

1.6.2 Adakah atlet skuasy SUKMA Negeri Johor mengetahui tahap sebenar

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan mereka ?

1.6.3 Adakah latihan yang dilakukan oleh atlet skuasy dapat meningkatkan

tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet skuasy ?