108
PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o JUDUL: MENINJAU TAHAP KESEDARAN NASIONALISME DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA SEKITAR JOHOR BAHRU SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya _ _UMI SOLEHA BINTI RADZALI_________ mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PN. SANITAH MOHD YUSOF Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, 31110 Sg. Siput (U), Perak. Tarikh: _____________ Tarikh: _________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o

JUDUL: MENINJAU TAHAP KESEDARAN NASIONALISME DALAM

KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN

PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA SEKITAR JOHOR

BAHRU

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya _ _UMI SOLEHA BINTI RADZALI_________

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: PN. SANITAH MOHD YUSOF

Nama Penyelia

No. 46 Perlop 3 Lasah,

31110 Sg. Siput (U),

Perak.

Tarikh: _____________ Tarikh: _________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”.

Tandatangan :

Nama penyelia : Pn. Sanitah Mohd Yusof

Tarikh :

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

ii

MENINJAU TAHAP KESEDARAN NASIONALISME DALAM KALANGAN

PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN PELAJAR INSTITUT

PENGAJIAN TINGGI SWASTA SEKITAR JOHOR BAHRU

UMI SOLEHA BINTI RADZALI

“Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)”

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

iii

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Nama : Umi Soleha Binti Radzali

Tandatangan :

Nama Penulis : Umi Soleha Binti Radzali

Tarikh : 9 Mei 2011

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

iv

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia dan pembimbing projek

sarjana muda iaitu Pn Sanitah Binti Mohd Yusof yang telah banyak memberi tunjuk

ajar, bimbingan, nasihat dan pendapat yang terlalu banyak membina hingga

membolehkan saya untuk menyempurnakan projek sarjana saya.

Seterusnya terima kasih juga kepada kalangan pengsyarah, staf-staf sokongan

dan rakan-rakan seperjuangan terutama kepada mahasiswa dan mahasiswi Fakulti

Pendidikan. Tidak dilupakan juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam membantu saya menyiapkan projek ini.

Akhir sekali dedikasi khas untuk tulang belakang saya iaitu Radzali Bin Marjuni

dan Saniah Binti Mohamed Shahid , ayahanda dan bonda yang tercinta serta semua

insan yang disayangi kerana memberikan sokongan dan dorongan yang tidak putus-

putus kepada saya. Segala pengorbanan semua pihak amat saya hargai.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau kesedaran nasionalisme dalam

kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS) sekitar Johor Bahru. Kajian ini berdasarkan tiga persoalan kajian iaitu

mengenalpasti tahap pengetahuan politik, tahap patriotisme terhadap negara dan

mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan politik dan tahap patriotisme dalam

kalangan pelajar di IPTA dan IPTS. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul

data. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

Bahagian A tentang latar belakang responden, Bahagian B pula tentang pengetahuan

sistem politik di Malaysia manakala Bahagian C tentang patriotisme terhadap negara.

Responden kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar dari IPTA dan IPTS sekitar Johor

Bahru. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisisan Stastical Package for Social

Science (SPSS) versi 15.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan politik

pelajar IPTA dan IPTS adalah pada tahap sederhana, manakala tahap patriotisme pelajar

IPTS lebih tinggi berbanding pelajar IPTA. Hasil kajian juga menunjukkan tidak

terdapat perbezaan yang signifikan tentang tahap pengetahuan politik dalam kalangan

penuntut IPTA dan IPTS di sekitar Johor Bahru. Begitu juga, tidak terdapat perbezaan

yang signifikan tentang tahap patriotisme terhadap negara dalam kalangan penuntut IPTA

dan IPTS di sekitar Johor Bahru. Akhir sekali kajian lanjutan perlu dijalankan bagi

mengenalpasti tahap kesedaran nasionalisme di kalangan pelajar IPTA yang mengambil

jurusan pendidikan serta teknologi bahagian teknik dan vokasioanal dan kalangan rakyat

Malaysia.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to review the awareness of nationalism among

undergraduate students from Public Higher Education Institution and Private Higher

Education Institution at Johor Bahru. There are three main objectives, the recognit ion of

political knowledge, the patriotism level toward the nation and to identify the differences

of political knowledge and the patriotism among students from Public Higher Education

Institution and Private Higher Education Institution. Questionnaire was used to collect the

data for studies. There have three sections, Section A about the students personal

information, Section B about the knowledge of political situation and the Section C their

patriotism toward the nation. Data was collected from 100 students from both Public

Higher Education Institution and Private Higher Education Institution. The result was

analyzed used Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0. From the

analysis, the result show that the level of political knowledge among both institution are

average meanwhile the level of patriotism of students from Private Higher Education

Institution are higher than Public Higher Education Institution. There are no significant

differences on level of political knowledge but there are significant differences on level

of patriotism toward nation between both institution. Finally, it suggested that more

studies regarding the level of nationalism awareness toward different races in our country

and toward to student from technical and vocational course will be conduct.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Soalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Rasional Kajian 10

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

viii

1.8 Kepentingan Kajian 11

1.9 Skop Kajian

1.10 Definisi

1.10.1 Nasionalisme

1.10.2 Institut Pengajian Tinggi Awam

1.10.3. Institut Pengajian Tinggi Swasta

1.10.4 Pengetahuan Politik

1.10.5 Patriotisme Terhadap Negara

13

1.11 Penutup

16

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Ringkasan Sejarah Awal dan Proses

Pembinaan Negara

17

2.2 Gagasan Persekutuan Malaysian

20

2.3 Kesepakatan Menjamin Keutuhan

Perjuangan

2.3.1 Kemunculan Pertubuhan Melayu

2.3.2 Kesatuan Melayu Muda

21

2.4 Nasionalisme Malaysia

2.4.1 Nasionalisme Awal

2.4.2 Nasionalisme Kepartian

2.4.3 Nasionalisme Kompromi

2.4.4 Nasionalisme Malaysia Masa Kini

25

2.5 Konsep Asabiah Dan Nasionalisme 31

2.6 Patriotisme 33

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

ix

2.7 Remaja dan Nasionalisme 34

2.8 Kajian Lepas

37

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Tatacara Kajian 40

3.4 Kesahan Kajian 41

3.5 Populasi dan Sampel Kajian 42

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Soal Selidik Bahagian A

3.6.2 Soal Selidik Bahagian B

3.6.3 Soal Selidik Bahagian C

43

3.7 Kajian Rintis 45

3.8 Analisis Data

3.8.1 Analisis Data Bahagian A : Latar

Belakang Responden

3.8.2 Analisis Data Bahagian B : Tahap

Pengetahuan Politik Malaysia

3.8.3 Analisis Data Bahagian C : Tahap

Patriotisme Terhadap Negara

45

3.9 Kesimpulan

47

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 48

4.2 Analisis Data

4.2.1. Bahagian A : Latar Belakang

Responden.

49

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

x

4.2.2. Bahagian B : Tahap Pengetahuan

Politik Di Malaysia.

4.2.3. Bahagian C : Tahap Patriotism

Terhadap Negara

4.3 Analisis Mann-Whitney U-Test Bagi

Perbezaan Tahap Pengetahuan Politik

Malaysia Dan Tahap Patriotisme Terhadap

Negara Dalam Kalangan Pelajar Institut

Pengajian Tinggi Awam dan Pelajar

Institut Pengajian Tinggi Swasta Sekitar

Johor Bahru.

60

4.4 Kesimpulan 62

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Ringkasan Kajian

5.2.1. Latar Belakang Pelajar Institut

Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

dan Institut Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

5.2.2 Tahap Pengetahuan Politik Dalam

Kalangan Pelajar Institut Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) dan Institut

Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Sekitar Johor Bahru.

5.2.3 Tahap Patriotisme Dalam Kalangan

Pelajar Institut Pengajian Tinggi

64

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

xi

Awam (IPTA) dan Institut

Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Sekitar Johor Bahru.

5.2.4 Perbezaan Tahap Pengetahuan

Politik Dalam Kalangan Pelajar

Institut Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) dan Institut Pengajian

Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor

Bahru.

5.2.5 Perbezaan Tahap Patriotisme Dalam

Kalangan Pelajar Institut Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) dan Institut

Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Sekitar Johor Bahru.

5.3 Rumusan 68

5.4 Perbincangan

5.4.1 Pengetahuan Politik Di Malaysia

Dalam Kalangan Pelajar Institut

Tinggi Awam (IPTA) Dan Institut

Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor

Bahru.

5.4.2 Patriotisme Terhadap Negara

Dalam Kalangan Pelajar Institut

Tinggi Awam (IPTA) Dan Institut

Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor

Bahru.

68

5.5 Cadangan 73

5.6 Kajian Lanjutan 75

5.7 Penutup 75

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

xii

BIBIOGRAFI

xvi

LAMPIRAN

Lampiran A: Borang Soal Selidik

Lampiran B : Surat Memohon Kebenaran

Mendapatkan Maklumat

Lampiran C: Surat Pengesahan Soal Selidik

xviii

xix

xx

xxi

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

xiii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk

Muka Surat

3.1 Menujukkan item yang dibuang dan item yang diperbaiki

42

3.2 Taburan soalan mengikut konstruk soalan bahagian B

44

3.3 Taburan soalan mengikut konstruk soalan bahagian C

44

3.4 Ringkasan statistik kaedah analisis

47

4.1 Latar belakang responden : perbandingan pelajar Institut

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS) sekitar Johor Bharu

50

4.2 Tahap pengetahuan Politik di Malaysia : perbandingan pelajar

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian

Tinggi Swasta (IPTS) sekitar Johor Bharu

53

4.3 Tahap patriotisme terhadap negara : perbandingan pelajar Institut

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi

57

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

xiv

Swasta (IPTS) sekitar Johor Bharu

4.4 Jadual statistik bagi tahap pengetahuan politik dalam kalangan

pelajar IPTA dan IPTS

60

4.5 Jadual statistik bagi tahap patriotisme terhadap negara dalam

kalangan pelajar IPTA dan IPTS

61

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

xv

SENARAI SIMBOL

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

DYMM - Duli Yang Maha Mulia

Dr - Doktor

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

xiii

SENARAI LAMPIRAN

No.

Lampiran

Tajuk

Muka Surat

A Soal selidik

80

B Surat kebenaran untuk membuat kajian bagi projek sarjana

muda di Institut Teknologi Perindustrian YPJ

81

C Surat pengesahan untuk soal selidik 82

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Tiga ideologi yang memberi kesan pada masyarakat dan muncul sejak

separuh pertama abad ke 19 ialah liberalisme, nasionalisme dan sosialisme. Ia

memusnahkan rejim Order lama di Eropah Barat dan menjadi begitu signifikan

di seluruh dunia pada dekad yang berikutnya. Beberapa perubahan politik telah

memberi kesan langsung pada perkembangan intelektual di Eropah Barat pada

masa itu terutamanya Revolusi Perancis. Ia merupakan penyumbang utama

dalam perkembangan idea nasionalisme. Menurut Marshall (1998) nasionalisme

boleh ditakrifkan sebagai,

“Sentiment aspiration, and consciousness are all terms

applied to what constitutes nationalism, or valuation of the

nation-state above all else. However, it also entails

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

2

certains assumptions about the will to self-determination,

the existence and indeed desirability of diversity, the

superiority of the sovereign state over other forms of rules,

and the centrality of national loyalty to political power as

basic form of legitimation.”

Terdapat berbagai pandangan para pengkaji mengenai pengertian sebenar

nasionalisme. Emile Durkheim dan Lenin (1974) masing-masing menyatakan

nasionalisme ialah solidariti antarabangsa berbentuk nasionalisme yang matang

manakala penulis lain-lain mendakwa nasionalisme ialah suatu keadaan yang

mencetuskan pergerakan politik sama ada politik yang berhaluan kanan mahupun

bersifat kiri.

Semangat nasionalisme adalah perlakuan yang dizahirkan bagi

menunjukkan rasa kasih sayang dan cinta kepada tanah air. Ia adalah

manisfestasi daripada penyuburan semangat patriotik yang wujud dalam diri

seseorang warganegara. Dengan kata lain, nasionalisme ialah perasaan yang

ditunjukkan oleh seseorang rakyat kerana cinta pada negaranya manakala

patriotism juga adalah perkara yang sama tetapi ia lebih berbentuk psikologi

dalam setiap inividu. Contoh patriotism seperti menghormati bendera negara,

mentaati pemimpin, menyanjung lagu kebangsaan dan lain-lain lagi.

Nasionalisme pula sering kali ditonjolkan dalam bentuk yang tersusun dan

berorganisasi seperti kewujudan persatuan dan parti-parti politik mahupun

perjungan bersenjata menentang sebarang ancaman ke atas kedaulatan bangsa

dan negara.

Walau bagaimanapun patriotisme dan nasionalisme saling berkait antara

satu sama lain. Ia membawa maksud umum yang sama iaitu perasaan hormat,

sayang dan cintakan negara dan hanya berbeza istilahnya sahaja. Perbezaan

antara kedua istilah ini diterangkan oleh Abdul Latif Bakar (1998),

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

3

“Nasionalisme adalah sentimen di kalangan penghuni

sesuatu wilayah itu menggunakan lambang-lambang

tertentu sempadan dan ibu kota bagi menentu taraf negara

bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan,

bahasa kebangsaan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian,

bendera, lagu kebangsaan dan lain-lain. Patriotisme pula

meluapkan perasaan kesetiaan kepada negara dan ia

menjadi unsur-unsur penting nasionalisme.”

Dalam sejarah negara kita semangat nasionalisme mempunyai tiga

bentuk utama iaitu nasionalisme awal yang berbentuk penentangan ke atas kuasa

penjajah, nasionalisme yang berbentuk kompromi dan nasionalisme Malaysia.

Nationalisme dan patriotism berperanan dalam keadaan yang khusus dan

dikaitkan dengan perjuangan sesebuah bangsa bagi mendapatkan kemerdekaan

daripada penjajah. Namun begitu, daripada segi pengertian yang terkandung

dalam kedua-dua konsep tersebut ia adalah keperluan yang vital bagi setiap

bangsa dan negara dalam menentukan mereka terus hidup dan berdaulat di dunia

ini. Secara umumnya perkembangan nasionalisme dalam konteks negara kita

menunjukkan bahawa ia dipelopori oleh orang-orang Melayu. Dengan kata lain,

mereka adalah pencetus nasionalisme iaitu rasa cinta pada tanah air dan bangsa

sendiri. Manakala pengisian nasionalisme adalah kesinambungannya kepada

semangat dan inspirasi yang sedia ada. Semangat ini diperkaya dengan elemen-

elemen kompromi, kesediaan bertolak ansur, rasa kesyukuran dan terima kasih di

kalangan seluruh rakyat Malaysia dan bersedia menjalankan tanggungjawab

mereka sebagai warganegara serta berada dalam satu ikatan dan rupa bangsa

iaitu bangsa Malaysia.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Jika di lihat dewasa ini, tahap nasionalisme dalam kalangan rakyat-rakyat

Malaysia khususnya kepada golongan muda berada pada keadaan yang tidak

selesa. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang mendorong masalah ini terjadi.

Oleh sebab itu penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk melihat tahap

nasionalisme dikalangan mahasiswa-mahasiswa pengajian tinggi. Faktor pertama

pendorong masalah ini adalah semangat nasionalisme yang ditonjolkan oleh

generasi kini berbeza jika dibandingkan dengan semangat nasionalisme pada era

pra kemerdekaan. Jika dahulu mereka bersemangat untuk memperjuangkan

kemerdekaan untuk tanah air tercinta daripada dijajah oleh penjajah dengan ini

semangat yang dibawa secara tidak langsung dapat membangkitkan kesedaran

dan memberi rangsangan kepada masyarakat yang lain supaya bangun membela

nasib negara sendiri. Apa yang dapat kita lihat kini, generasi sekarang seolah-

olah sudah tiada semangat nasionlisme yang ditanamkan dalam diri mereka. Ini

kerana mereka membutakan mata dan menghindari semangat nasionalisme yang

sepatutnya dirasai oleh setiap individu. Hal ini terjadi kerana generasi kini tidak

merasai bagaimana jerih perit yang dilalui oleh pejuang-pejuang kemerdekaan

untuk mengecapi kemerdekaan. Jadi kemerdekaan yang disambut setiap tahun

semakin lama ia menjadi semakin tidak bererti kerana erti kemerdekaan telah

pudar dek semangat cintakan negara yang semakin hilang.

Seperti yang termaklum, negara kita telah mencapai kemerdekaan dengan

cara yang penuh diplomatik tanpa melibatkan senjata dan pertumpahan darah.

Kita telah memperolehi kemerdekaan melalui perundingan. Kita mendapat

kuasa politik menerusi pilihanraya umum. Lazimnya sesuatu yang didapati

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

5

dengan mudah ini kurang dihargai dan cepat dilupai. Persolan ini timbul kerana

bimbang kesenangan dan kemewahan yang kita warisi akan melekakan, melalai

atau mengkhayalkan kita. Mungkin kemewahan juga akan membuat kita

mengabaikan tugas dan tanggungjawab memelihara kemerdekaan negara.

Manalah tahu oleh kerana gelojoh mengejar kebendaan, kedudukan, pangkat dan

kuasa maka ada di antara kita yang tidak berteraskan semangat patriotisme dan

nasionalisme. Sejarah telah membuktikan bagaimana Empayar Melayu Melaka

yang terkenal kegemilanganya hancur lebur disebabkan oleh unsur-unsur negatif

seperti yang dibincangkan di atas. Kita seharusnya menjaga dan

mempertahankan kemerdekaan kita dengan penuh sikap bertanggungjawab.

Kuasa politik yang kita ada ditangan kita sekarang hendaklah digunakan

sepenuhnya bagi mempertingkatkan kualiti hidup kita sebagai satu bangsa yang

merdeka. Matlamat ini akan hanya tercapai sekiranya kita bersatu padu dan jika

kita bertindak sebagai satu pasukan. Itulah sebabnya mengapa pada hari ini

pucuk pimpinan kita sering menekankan tentang semangat nasionalisme.

Pemimpin-pemimpin kita sering melaungkan supaya dihidupkan semula

semangat kebangsaan ini. Tujuan adalah supaya rakyat jelata menyedari akan

hikmat di sebalik semangat tersebut. Kerana pada hemat kita, hanya semangat

nasionalisme sahajalah yang dapat menyatupadukan kita semua sepertimana

yang terbukti di zaman nenek moyang kita.

Bagi menyuburkan perasaan cinta kepada tanah air yang mengikut

pepatah Melayu berbunyi „di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung‟ usaha-

usaha yang bersepadu perlu dilaksanakan oleh semua pihak di negara ini.

Banyak hujah menyatakan generasi masa kini tidak mempunyai semangat

nasionalisme dan kurang patriotik. Menurut Abd. Karim (1998), faktor-faktor

yang menyebabkan wujud perkara di atas adalah :

i. asas pengetahuan sejarah bangsa, agama dan negara yang

kurang.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

6

ii. sikap yang negatif

iii. mudah terpengaruh dan terpedaya

iv. pengawasan ibu bapa yang semakin berkurangan

v. masyarakat yang bertambah individualistik

vi. tumpuan pendidikan agama dan moral yang merosot.

Faktor yang seterusnya adalah generasi kini tidak mengerti apa yang

dikatakan dengan nasionalisme dan apakah perbuatan yang boleh mencerminkan

semangat kecintaan kepada negara. Konsep nasionalisme Melayu adalah berbeza

dari tafsiran nasionalisme yang digunakan di Barat. Nasionalisme Melayu

adalah khusus untuk orang-orang Melayu. Nasionalisme Melayu lahir sebagai

manisfestasi cetusan rasa dan keinsafan bangsa Melayu. Nasionalisme Melayu

wujud kerana bangsa Melayu telah ditindas. Nasionalisme Melayu lahir kerana

bangsa Melayu diperas oleh penjajah pada suatu ketika dahulu. Nasionalisme

Melayu lahir sebagai pendorong kepada orang Melayu menyatukan rancangan

mereka, untuk membulatkan keputusan mereka serta untuk menjitukan tindakan

mereka di dalam menuntut kemerdekaan dari penjajah. Dalam kes ini kita tidak

boleh menunding jari untuk menunjukkan siapa yang salah tetapi kita perlu

cermin diri sendiri untuk melihat apa yang kita sendiri fahami tentang

nasionalisme itu.

Kesan kepada fenomena ini, terdapat kecenderungan dalam kalangan

sesetengah pihak yang seolah-olah melupakan asas sebenar kejayaan dan

pencapaian negara kita hari ini yang berdasarkan persefahaman dan tolak ansur

antara semua pihak. Ini kerana terdapat setengah pihak dalam masyarakat kita

hari ini mengemukakan tuntutan yang berbentuk sepihak dan mengenepikan

kepentingan pihak-pihak lain. Ia juga menunjukkan seolah-olah nasionalisme

kompromi itu kian hilang semangatnya. Apakah ia tidak releven selepas

mencapai kemerdekaan?

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

7

Dalam cita-cita mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju,

mantap dan berdaya saing dan memberikan erti sebenar kepada nilai

kemerdekaan, kerajaan mewujudkan beberapa rancangan jangka panjang.

Antaranya ialah Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Bekas Perdana Menteri

Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1991 yang disifatkan sebagai “…as the

leading for Malaysia in the 21st century.” (Ho Khai Leong dan James Chin,

2001) Ia disifatkan sebagai blue-print kepada masyarakat Malaysia yang bakal

terbentuk menjelang tahun 2020 nanti. Berdasarkan wawasan ini, masyakat

Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat yang mempunyai pakej lengkap iaitu

mempunyai kekuatan dari segi moral, rupa bangsa, ekonomi dan sosial. Apakah

dengan tercapainya segala cita-cita yang direncanakan dan dijalankan pada masa

kini, kita akan berjaya membentuk sebuah negara bangsa yang ideal dan

melengkapi setiap rakyat Malaysia dengan nasionalisme dan patriotisme.

1.3 Pernyataan Masalah

Hasil daripada ulasan yang ditulis pada bahagian latar belakang masalah,

didapati terdapat banyak faktor yang mendorong kepada kemerosotan semangat

nasionalisme pada generasi kini antaranya adalah kelunturan semangat

nasionalisme, bersikap individualistik dan sebagainya. Oleh itu, hasil daripada

masalah ini kita dapat membuat satu penyelidikan untuk melihat tahap

nasionalisme generasi kini berdasarkan faktor-faktor yang tertentu. Justeru itu,

bersesuaian dengan penyataan masalah bagi penyelidikan ini iaitu meninjau

tahap kesedaran nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi

Awam dan pelejar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

8

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

i. mengenal pasti tahap pengetahuan politik dalam kalangan pelajar

Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian

Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.

ii. mengenal pasti tahap patriotisme terhadap negara dalam

kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar

Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.

iii. mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan politik dan tahap

patriotisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi

Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar

Johor Bahru.

1.5 Soalan Kajian

i. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik dalam

kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar

Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru?

ii. Adakah terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara

dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan

pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru?

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

9

1.6 Hipotesis Kajian

Hо 1: Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik yang

signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan

pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.

Hо 2: Tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang

signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan

pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar Johor Bahru.

1.7 Rasional Kajian

Rasional kajian ini dilakukan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Antara faktor yang utama adalah isu kedaulatan dan kesucian tanah air yang

tercinta. Seperti yang ketahui negara Malaysia ini mempunyai sultan yang

berperanan sebagai ketua negara dan menjadi lambang bagi sesebuah negara.

Menurut Ibrahim (2009) mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-

Raja Melayu dan titah beberapa orang daripada baginda Raja-Raja Melayu

berhubung dengan kedudukan Islam, kontrak sosial serta kedudukan Raja-Raja

berperlembagaan, yang keseluruhannya bertujuan mengingatkan rakyat tentang

keluhuran Perlembagaan negara yang seharusnya dipertahankan demi menjaga

keharmonian dan perpaduan. Ini kerana rakyat umumnya memahami bahawa Raja-

Raja Melayu merupakan tunjang pemerintahan negara yang seharusnya dihormati

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

10

oleh semua lapisan rakyat, terutamanya ketika kuasa politik negara dihujani

dengan kepelbagaian cabaran dalaman dan luaran yang menggugat kestabilan

negara. Maka kenyataan Majlis Raja-Raja dan titah para Raja sendiri adalah

merupakan sesuatu yang seharusnya diberikan perhatian serius oleh rakyat dan

kerajaan.

Selain itu adalah mengenai isu keharmonian yang perlu dijaga oleh rakyat

Malaysia. Malaysia terdiri daripada 80 kaum yang mempunyai pegangan, dialek

dan budaya masing-masing di bawah satu rumpun yang sama. Bagaimana untuk

kita iaitu rakyat yang berbilang kaum untuk mengekalkan keharmonian ini untuk

mengelakkan berlakunya perpecahan. Salah satu kesefahaman yang perlu

diwujudkan adalah mengenai isu keagamaan. Seperti yang diketahui Islam

merupakan agama rasmi negara kita. Menurut Ibrahim (2009) kesediaan dan

komitmen tiga kaum terbesar Malaya ketika menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

daripada Kerajaan British, iaitu tentang kedudukan agama Islam dan kebebasan

bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka dalam aman dan harmoni,

merupakan satu persefahaman asas yang menjadi prinsip pemerintahan negara ini.

Hal inilah juga yang merupakan satu pendirian bersama yang dapat ditafsirkan

sebagai kontrak sosial dalam beragama di negara ini, di samping kontrak sosial di

dalam aspek-aspek yang lain lagi.

Seterusnya rasional kajian ini kepada golongan generasi muda yang akan

membentuk negara pada masa akan datang. Mereka ini adalah merupakan

golongan yang akan menggerakkan negara sama ada menjadi negara yang baik

atau tidak. Sehubungan dengan itu, semangat nasionalisme perlu ditanamkan

kedalam diri mereka sejak dari awal lagi. Menurut Ibrahim (2009) proses dan

usaha mempertingkatkan pentadbiran undang-undang di Malaysia, dan usaha

mengemaskinikan latihan dan pengeluaran tenaga manusia yang berkemampuan di

dalam pentadbiran dapat dilipatgandakan lagi untuk melahirkan institusi

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

11

pentadbiran, kehakiman, pendidikan dan semua institusi yang lebih berwibawa dan

cekap, sesuai dengan perkembangan negara yang pesat membangun. Untuk

menjadi negara yang maju, generasi-genarasi ini perlu menitik beratkan

nasionalisme dan patriotism dalam diri mereka agar negara kita bergerak seiringan

dengan arus permodenan tanpa melupakan sejarah-sejarah penting negara.

1.8 Kepentingan Kajian

Untuk menjadi negara maju dan seimbang dari segenap sudut ia perlulah

mempunyai bekalan dalaman yang kuat dan tidak mudah lentur. Apa yang

dimaksudkan dengan bekalan dalaman adalah semangat nasionalisme dan

patriotisme yang kuat. Ini kerana setiap individu harus dan wajib ada semangat

ini di dalam diri mereka ke mana sahaja individu itu berada. Ia menjadikan jati

diri seseorang individu itu sendiri. Seperti contohnya negara-negara maju seperti

Jepun, Korea, China dan sebagainya walaupun ia berada di tangga teratas dalam

semua perkara iaitu dari segi perniagaan, pembangunan, reka cipta ia masih

membawa jati diri negara masing-masing supaya negara lain tahu bahawa ia

dapat menggambarkan negara mereka sendiri. Itulah yang perlu ada di dalam

rakyat Malaysia sekalian, jangan kita terlalu bermegahkan dengan menyaingi

negara lain semata-mata mengejar kemajuan tetapi tidak mempunyai jati negara

sendiri, ia menunjukkan betapa naifnya kita.

Selain daripada itu, pendidikan dan pembelajaran memainkan peranan

yang penting untuk membentuk sesuatu generasi yang gemilang dan cemerlang

serta terbilang. Bak kata pepatah Melayu „melentur buluh biarlah dari

rebungnya‟ supaya anak-anak ini menjadi seperti acuan yang telah ditetapkan.

Generasi ini perlu dipupuk supaya belajar untuk mencintai negara, agama dan

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

12

bangsa seperti yang dituntut di dalam rukun negara. Ia akan menjadi bekalan di

hari kelak supaya apabila ia dewasa mereka tahu betapa pentingnya sesuatu

negara itu dibentuk dan pengisian di dalamnya. Kita tidak mahu melahirkan

generasi yang buta kepada semangat mempertahankan maruah negara dan tidak

mempunyai semangat kebangsaan.

Jika kita lihat dewasa ini generas-generasi muda hanya tahu bilakah

tarikh hari kemerdekaan ini kerana semua pihak-pihak pentadbiran mengambil

cuti. Mereka akan menyambut secara besar-besaran di dataran merdeka atau di

mana sahaja yang membuat sambutan hari kemerdekaan. Apa yang

menyedihkan jika di tanya apa yang dimaksudkan dengan kemerdekaan

mengikut pengertian masing-masing ia tidak menggambarkan semangat cintakan

kepada negara. Di sinilah kita dapat lihat betapa teruknya wabak ini berleluasa

di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Adakah kita sudah tidak memerlukan

kemerdekaan atau kita ingin mengadaikan maruah negara sendiri. Di sinilah

kepentingan kajian ini dijalankan untuk menjawab segala persoalan yang

melibatkan maruah negara, pendidikan serta individu sendiri.

1.9 Skop kajian

Skop kajian yang dijalankan dalam kajian ini adalah di Institut Pengajian

Tinggi Awam iaitu di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan di Institut

Pengajian Tinggi Swasta iaitu di Institut Teknologi Perindustrian YPJ.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

13

1.10 Definisi

Berikut adalah definisi-definisi yang di gunakan dalam kajian ini

1.10.1 Nasionalisme

Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan

kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan

mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Para

nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik"

(political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya",

hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari

kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.

Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik

dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan,

seperti yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan

penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional

sosialisme, pengasingan dan sebagainya. Terdapat beberapa bentuk

nasionalisme .Nasionalisme boleh menonjolkan dirinya sebagai sebahagian

ideologi negara atau gerakan (bukan negara) yang popular berdasarkan pendapat

sivik, etnik, budaya, keagamaan dan ideologi. Kategori tersebut lazimnya saling

kait-mengait dan kebanyakan teori nasionalisme mencampuradukkan sebahagian

atau kesemua elemen tersebut.

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

14

1.10.2 Institut Pengajian Tinggi Awam

Institut Pengajian Tinggi Awam (juga Universiti Awam) ialah universiti

yang banyak dibiayai secara awam melalui kerajaan negara atau setempat.

Antara senarai universiti awam di Malaysia ini adalah Universiti Kebangsaan

Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi

Malaysia dan banayak lagi.

1.10.3. Institut Pengajian Tinggi Swasta

Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang begitu pesat mencetuskan

keperluan terhadap sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan

berkemahiran tinggi. Antara langkah yang diambil oleh negara ialah

menyediakan dasar pendidikannya yang liberal. Y.A.B. Perdana Menteri sendiri

sering menyatakan bahawa Malaysia telah bersedia menjadi tempat tumpuan

negara lain mendapatkan pendidikan tinggi.

Pendidikan tinggi di Malaysia telah mencapai taraf komoditi eksport

yang begitu strategik. Dasar ini telah disambut baik oleh badan-badan swasta

dengan menubuhkan pelbagai bentuk institusi pendidikan tinggi sama ada secara

bersendirian atau bekerjasama dengan institusi pendidikan tinggi awam tempatan

dan institusi pendidikan tinggi luar negara. Bagi menjamin pertumbuhan

pendidikan tinggi swasta ini dilaksanakan secara sihat, Parlimen telah

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

15

meluluskan dua akta yang berkaitan pada tahun 1996, iaitu Akta Pendidikan

Tinggi Swasta (Akta 555) dan Akta Lembaga Akreditasi Negara (Akta 556).

Akta Pendidikan Tinggi Swasta bertindak mengaturkan penubuhan dan

pengurusan institusi pendidikan swasta agar dapat menyediakan suasana

pendidikan tinggi yang berkualiti untuk pelajarnya. Antara institusi pendidikan

tinggi swasta Malaysia adalah Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia,

Universiti Industri Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan

banyak lagi.

1.10.4 Pengetahuan Politik

Menurut Ramanathan (1997), politik dianggap sebagai pengkajian

tentang pemerintahan ataupun tinjauan tentang kegiatan yang melibatkan semua

perkara yang berhubung kait dengan pemerintahan iaitu bentuk, struktur, fungsi

dan dasar-dasar kerajaan. Dalam kontek ini pengetahuan politik bermakna

segala ilmu pengetahuan yang diketahui atau dipelajari berkenaan politik.

1.10.5. Patriotisme Terhadap Negara

Menurut Ramanathan (1997), negara sebagai sekumpulan manusia yang

menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan

kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar. Justeru itu, sebuah negara

menuruti undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-elemen

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

16

penduduk (rakyat atau populasi), wilayah (sempadan), kerajaan dan

kedaulatan.dalam konteks ini sikap terhadap negara bermakna perbuatan atau

pandangan yang berdasarkan pada pendapat atau fikiran seseorang individu

terhadap negara (iaitu Negara Malaysia).

1.11 Penutup

Apa yang dibincangkan di dalam Bab 1 ini adalah pengenalan awal bagi tajuk

pengkaji iaitu melihat perbezaan tahap nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut

Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor

Bahru. Jika dilihat terdapat pelbagai pendorong bagi faktor kemerosotan semangat

nasionalisme dalam kalangan muda kini antaranya adalah pengetahuan asas sejarah

bangsa, agama dan negara yang kurang, sikap masyarakat yang bertambah

individualistik dan sebagainya. Ini merupakan antara latar belakang masalah yang

dikupas oleh pengkaji yang dianggap masalah semangat nasionalisme kini semakin

membimbangkan kepada semua pihak. Pengkaji menjalankan kajian ini berlandaskan

kepada tiga objektif utama iaitu tahap pengetahuan politik, tahap sikap terhadap negara

dan perbezaan tahap pengetahuan politik, tahap sikap terhadap negara. Kesimpulannya

hasil daripada Bab 1 ini adalah pengkaji ingin mendekatkan pengetahuan nasionalisme

serta isu-isu semasa bagi melihat bahawa isu yang cuba dikaji oleh pengakji adalah

sangat penting dan boleh memberikan manfaat kepada semua.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Ringkasan Sejarah Awal dan Proses Pembinaan Negara

Tanggal pada 31 Ogos 1957 menjadi satu tarikh keramat apabila negara ini

diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka yang dinamakan Persekutuan Tanah

Melayu. Proses yang dikenali sebagai bina negara ini dalam proses keseluruhan bagi

pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia mengambil masa yang panjang. Proses

memerdekakan negara bererti membebaskan diri daripada cengkaman penjajah serta

mendapatkan kembali hak mereka yang dirampas tetapi apa yang terjadi di Malaysia

berbeza kerana Malaysia harus membina dan menyusun semula hak yang ditinggalkan

penjajah dan diagihkan secara adil antara kumpulan kaum yang terbina akibat dasar

British yang lepas.

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

18

Jika dilihat sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana

pembentukan atau penggabungan wilayah di negeri-negeri Malaysia bermula atas

desakan kuasa luar dan bagi memenuhi kepentingan mereka. Sebagai contoh yang

berlaku selepas Perang Dunia II, Pihak Inggeris mula menilai kepentingan tanah-tanah

jajahan bagi ibu negara mereka. Kesan daripada peperangan yang berlaku terlalu

banyak kerosakan serta kemusnahan hampir semua tempat tanah jajahan. Ini

menyebabkan kos pembaikpulih yang sangat tinggi. Selain itu, impak yang amat ketara

adalah kegagalan Pihak Inggeris mempertahankan tanah jajahan dan penduduk setempat

daripada diancam pihak musuh telah melahirkan satu sikap dan pandangan yang serong

kepada Pihak Inggeris yang mementingkan diri sendiri. Ini telah membangkitkan

kembali semangat perjuangan dan kewibawaan yang tinggi dikalangan penduduk

setempat untuk membebaskan diri daripada penjajah. Hasil daripada perubahan yang

berlaku ini, timbul kebangkitan dalam kalangan penduduk untuk menentang

pentadbiran British seterusnya menggalakkan perkembangan gerakan semangat

kebangsaan dan nasionalisme di negara ini. (Mohd Idris,1994)

Apa yang dapat dilihat, gerakan nasionalisme terbahagi kepada dua iaitu

gerakan nasionalisme bersenjata dan tidak bersenjata. Gerakan nasionalisme bersenjata

ini juga dikenali sebagai gerakan penentangan awal yang berhubung dengan

kebangkitan awal masyarakat Melayu menentang penjajah. Antara tokoh awal yang

terlibat Datuk Dol‟ Said di Naning, Datuk Maharajalela di Pasir Salak, Datuk Kelana di

Sungai Ujong, dan ramai lagi. Gerakan ini gagal disebabkan beberapa faktor seperti

kekurangan senjata, tiada kesatuan antara orang-orang Melayu, masalah perhubungan

komunikasi, masalah semangat kenegerian yang kuat dan tiada tokoh yang dapat

menyatukan semua pihak. Biarpun gagal tetapi gerakan ini penting dalam merangsang

gerakan-gerakan penentangan yang lain pada masa hadapan. (Mohd Idris, 1999)

Manakala bagi gerakan nasionalisme tidak bersenjata adalah gerakan yang

menjadi tumpuan persatuan-persatuan dan organisasi-organisasi yang berhubung kait

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

19

dengan masyarakat Melayu. Penetangan yang mereka lakukan adalah berdasarkan

dengan keintelektualan yang mereka ada dan biasanya menerusi aktiviti penulisan atau

perjuangan dengan mata pena. Landasan mereka adalah sama iaitu membebaskan

daripada penentangan penjajah serta memperbaiki kehidupan masyarakat. Antara

institusi yang bertanggungjawab untuk melahirkan golongan nasionalisme daripada

kalangan intelektual adalah Universiti Al-Azhar di Mesir, Maktab Melayu Kuala

Kangsar (MCKK) dan Maktab Perguruan Sultan Idris (NSPI).

Ulasan kepada perjalanan perjuangan ini adalah seperti yang diperkatakan oleh

Asnarulkhadi dan Jayun (1997),

“Pendek kata, era perjuangan membebaskan diri dari penjajah bukan

hanya bermula sekitar tahun 1940-an tetapi boleh disusur galur

sehingga pertengahan tahun 1870-an lagi. Dengan semangat ingin

memerintah negeri sendiri dan digalakkan lagi oleh semangat tolak

ansur dan bekerjasama di antara rakyat pelbagai etnik, Tanah

Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 1957”

Setelah jalan yang sukar dilalui oleh para pejuang kemerdekaan untuk Tanah

Melayu akhirnya berbaloi apabila Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi telah

diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 tepat jam 12.00 tengah malam apabila

bendera Union Jack diturunkan secara rasmi. Kini bermulalah satu sejarah baru untuk

warga Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara mengikut acuan sendiri.

Oleh kerana ketika itu, negara-negara jiran Tanah Melayu seperti Indonesia, Singapura

dan sebagainya tidak merdeka lagi pelbagai cara untuk menggabungkan negara seperti

yang dilakukan oleh Melayu Raya tetapi tidak berjaya oleh sebab-sebab yang tertentu.

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

20

2.2 Gagasan Persekutuan Malaysian

Terdapat pelbagai cadangan-cadangan awal untuk penubuhan gagasan Malaysia

antaranya cadangan daripada Malcolm MacDonald, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di

Asia Tenggara (1949-1952) diikuti dengan idea daripada David Marshall Ketua Menteri

Singapura dan akhir sekali Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku

Abdul Rahman menyuarakan konsep atau Gagasan Persekutuan Malaysia.

Terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan penting bagi Tunku

membuat cadangan gagasan tersebut. Yang pertama adalah Aspek keselamatan adalah

merupakan aspek terpenting di dalam sesebuah negara.tuanku ingin mengelakkan

daripada Negara kita berulang sejarah iaitu apabila Tanah Melayu pernah diishtiharkan

darurat sejak 1948 hingga 1960 dibawah pemerintahan Parti Komunis Malaya. Kedua

adalah Aspek imbang kaum, keseimbangan kaum dapat dilakukan walaupun terdapat

perbezaan yang besar antara penduduk Tanah Melayu dan penduduk Cina Borneo.

Negara Borneo ini adalah Sabah, Sarawak dan Brunei. Permasalahan imbangan kaum

ini terpaksan diambil serius bagi mengelakkan kekacauan yang mungkin berlaku.

Seterusnya adalah Jalan pintas untuk kemerdekaan dimana Tunku fikirkan untuk

membantu negara-negara jiran untuk mengecapi kemerdekaan. Apa yang Tunku

inginkan adalah suasana yang aman dan harmoni serta bebas di wilayah Asia Tenggara

ini. Akhir sekali ialah Aspek ekonomi adalah faktor lain yang memainkan peranan

pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Tunku yang melihat pencantuman dengan

Singapura sebagai keperluan „ekonomi bersama‟. Pencantuman ini memberi ruang

kepada Singapura bagi menyelesaikan masalah-masalah ekonomi disebabkan

peningkatan populasi dan perdagangan entrepot yang memerlukan pulau ini

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

21

melancarkan pogram berskala maksimum ke arah industrialisasi. Oleh itu, pencantuman

ini menjadikan asas ekonomi dan politik yang sangat kuat

2.3 Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan

2.3.1 Kemunculan Pertubuhan Melayu

Menurut kamus pelajar edisi kedua, kesepakatan itu membawa maksud kepada

keadaan atau hal sepakat ; kerukunan. Manakala daripada kamus dewan edisi keempat,

perjuangan pula adalah perihal berjuang untuk merebut (mencapai, mempertahankan)

sesuatu diambil. Hasil daripada definisi-definisi ini jelaslah menunjukkan hasil daripada

persepakatan oleh sesuatu pertubuhan atau persatuan dapat mencetuskan satu bentuk

perjuangan bagi menuntut bela atau bagi mempertahankan hak masing-masing. Begitu

juga yang berlaku pada era sebelum dan selepas kemerdekaan banyak pertubuhan di

wujudkan bertujuan untuk memainkan peranan sebagai kesedaran kebangsaan. Senario

pada ketika itu adalah bersifat kenegarian serta memperjuangkan kepentingan ekonomi

dan sosial. Namun begitu, pertubuhan tersebut menjadi pendorong kepada kemunculan

pertubuhan yang bersifat kebangsaan. Hasil daripada kesepakatan ini dapat

mengukuhkan lagi semangat nasionalisme dikalangan rakyat ketika itu.

Terdapat pelbagai pertubuhan yang diwujudkan tetapi pengkaji hanya

membincangkan mengenai Kesatuan Melayu Singapura serta Parti Komunis Malaya.

Bagi pertubuhan ini telah menjadi perangsang kepada pemimpin-pemimpin di negeri-

negeri Melayu untuk menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan kepentingan orang

Melayu di negeri masing-masing. KMS ini telah diasaskan oleh Mohammad Eunos

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

22

Abdullah pada tahun 1926. Kesatuan ini dianggotai oleh golongan bangsawan,

kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga. Antara tujuan penubuhan ini adalah:

1. Mengalakkan ahlinya memainkan peranan yang lebih besar dalam politik

dan pentadbiran.

2. Memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang pendidikan

3. Menjadi wakil orang Melayu untuk berurusan dengan kerajaan British

bagi hal yang berkaitan dengan hak dan kepentingan orang Melayu.

Justeru itu menjelang akhir tahun 1930-an, banyak persatuan Melayu yang

bersifat kenegarian telah ditubuhkan. Persatuan-persatuan ini hanya berlandaskan

dengan objektif untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.

Perjuangan mereka ini bersifat sederhana seperti menunjukkan kesetiaan yang kuat

kepada Raja-Raja Melayu dan bekerjasama dengan Britishserta mereka mendesak

supaya lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran

kerajaan.

Berikutnya pada tahun 1939, KMS bersama-sama Persatuan Melayu Selangor

telah menganjurkan Kongres Melayu Se- Tanah Melayu yang pertama di Kuala

Lumpur. Kongres ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan

Orang Melayu. Seterusnya kongres kedua telah dijalankan pada 1940-an bertujuan

untuk menyarankan agar semua persatuan Melayu bekerja keras untuk memajukan

orang Melayu di negeri masing-masing.

Bagi Mahmud Embong (1990), tahun 1945 sehingga 1949 adalah tahap yang

paling menarik dan signifikan bagi penyertaan orang Melayu dalam gerakan komunis.

Tahun-tahun tersebut adalah klimaks bagi sejarah penyertaan orang-orang Melayu

dalam pergerakan komunis di Tanah Melayu. Hal ini disebabkan pendekatan yang

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

23

digunakan oleh PKM lebih tersusun dan terancang. Kader-kader komunis Melayu yang

dipilih disusupkan ke dalam parti politik, seterusnya mendalangi badan-badan barisan

hadapan. Kemudian mereka mengadakan kelas-kelas politik kiri dan akhirnya

mengheret orang-orang Melayu memasuki gerakan bawah tanah serta berjuang secara

gerila.

Di sini dapat dilihat cara Pihak Komunis menubuhkan sesuatu pertubuhan lebih

bersifat intelektual dan matang jika dibandingkan dengan pertubuhan yang ditubuhkan

dikalangan orang Melayu. Pertubuhan ini ditubuhkan untuk menetang penjajahan

Inggeris ke atas Tanah Melayu ketika itu, walaupun persatuan ini dianggap pengganas

sedikit sebanyak golongan ini memberi faktor untuk mempercepatkan panamatan

penjajah.

2.3.2 Kesatuan Melayu Muda

Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur. KMM

merupakan sebuah pertubuhan Melayu yang bersifat politik yang pertama ditubuhkan di

Tanah Melayu yang bersifat radikal dalam gerakan nasionalisme Melayu. Ia telah

dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob. Walaupun perjuangan KMM belum sampai ke

peringkat bagi mencapai kemerdekaan, tetapi di kalangan sesetengah pemimpinnya

memang terdapat sikap antipenjajah dan anti golongan bangsawan yang mereka anggap

sebagai tali barut penjajah. Mungkin adanya sikap antipenjajah dan anti golongan

bangsawan di kalangan sesetengah pemimpin KMM, gerakan itu juga dikatakan oleh

Roff (1967) dan Fuston (1980) mempunyai ciri-ciri sosialis.

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

24

Sememangnya KMM adalah sebuah pertubuhan nasional, tetapi pandangan yang

mengatakan KMM bukan lagi sampai ke peringkat bagi mencapai kemerdekaan tidak

dipersetujui. Menurut Mustapha Hussain (salah seorang pemimpin KMM), KMM ini

ditubuhkan oleh „pemuda-pemuda sedar‟ atau pemuda-pemuda progresif‟ yang dalam

lingkungan lewat 20-an. „Pemuda-pemuda sedar‟ ini sebenarnya ingin membela nusa

dan bangsa sebelum ekonominya dieksplotasi sepenuhnya oleh bangsa lain dan sebelum

kemewahannya dikecapi oleh orang yang tidak berhak. Mereka kesal kerana nusa yang

bernama Tanah Melayu sudah pun diputar belit namanya sehingga menjadi Malaya.

Mereka juga kesal dengan sikap British yang membenarkan kemasukan bangsa asing

tanpa sebarang kawalan. Justeru itu, perkataan lumrah dalam perbualan mereka ialah

kemerdekaan, kebebasan dan ketuanan Melayu.

Sesungguhnya kehebatan penglibatan orang-orang Melayu dalam gerakan

komunis cukup dirasakan apabila PKM berjaya mendalangi badan-badan barisan

hadapan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Se-Malaya) iaitu Angkatan Pemuda Insaf

(API), Ikatan Pemuda Tanah Air (PETA), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan

Barisan Tanah Malaya (BTM) atau Barisan Tani SeMalaya (BATAS). Badan-badan ini

menurut Mahmud Embong diperalatkan oleh kader-kader komunis terutama sekali

AWAS dan BATAS dalam perjuangan membebaskan negeri ini daripada cengkaman

Inggeris dan kemudiannya mengikut telunjuk komunis (Mahmud Embong,1999).

Apa yang dapat disimpulkan disini adalah menunjukkan betapa semangat

nasionalisme yang dibawa oleh mereka semata-mata untuk melihat Tanah Melayu bebas

daripada sebarang penajajahan. Setiap pertubuhan yang diwujudkan terdapat kelemahan

sendiri tetapi apa yang dibawa oleh mereka adalah api perjuangan yang tinggi . Jika kita

bandingkan semangat pertubuhan ini dahulu dan sekarang sangat jauh berbezanya, jika

dahulu matlamat utama adalah negara tercinta tetapi kini terdapat segelintir pertubuhan

yang hanya untuk kepentingan individu. Kita sepatutnya berasa malu kepada pejuang-

pejuang lepas kerana susah payah mereka seolah-olah sudah sampai ke penghujungnya.

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

25

Generasi kini seharusnya meneruskan perjuangan yang ada kerana segala yang kita

kecapi kini iaitu kemakmuran, kedamaian dan perpaduan adalah sangat bernilai lebih

daripada harga segunung emas.

2.4 Nasionalisme Malaysia

Terdapat pelbagai jenis nasionalisme tetapi disini pengkaji hanya

membincangkan empat jenis nasionalisme iaitu yang relevan dengan tajuk penyelidikan

pengkaji. Jenis-jenis nasionlisme yang akan dibincangkan di dalam bab ini adalah

nasionalisme awal, nasionalisme kepartian, nasionalisme kompromi dan nasionalisme

Malaysia masa kini.

2.4.1 Nasionalisme Awal

Tanah Melayu ini mula dijajah oleh pihak British yang mana ia mempunyai

agenda tersendiri. Terdapat pelbagai kesan hasil daripada pemerintahannya sehinggalah

terdapat banyak peristiwa pertumpahan darah yang mana korbannya adalah rakyat di

negara sendiri iaitu Tanah Melayu. Antara kisah yang sering manjadi sebutan sehingga

kini apabila pihak British menjadi penasihat kepada Sultan ketika itu. Secara tidak

langsung Sultan menjadi seperti boneka yang dikawal oleh pihak British. Selain itu

pihak Britsh juga mengishtiharkan bagi menubuhkan pusat pemungutan cukai yang di

letak dibawah kawalan Eropah. Impaknya pembesar-pembesar Tanah Melayu ketika itu

hilang pendapatan. Terdapat banyak lagi provokasi yang dilakukan oleh pihak British

untuk memanipulasikan seluruh rakyat di Tanah Melayu untuk tunduk dan hanya

mengikut arahannya

Page 43: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

26

Ketika ini, terdapat beberapa golongan rakyat jelata cuba bangkit untuk

menentang dengan apa yang dilakukan oleh pihak Britsh. Seperti contoh Haji Abdul

Rahman Limbong yang merupakan ulama dari Terengganu yang menggunakan

sentimen agama. Beliau menegaskan bahawa peraturan-peraturan baru yang

diperkenalkan oleh British adalah peraturan kafir dan tidak wajar dipatuhi. Beliau juga

mendakwa pihak British tidak boleh menggenakan cukai kerana ini adalah tanah hak

milik Allah. Pandangan ini diterima oleh sebahagian besar rakyat Terengganu dan pihak

British terpaksa memadamkan penentangan ini dengan menggunakan senjata.

Terdapat ramai lagi pejuang-pejuang yang menetang apa yang dilakukan oleh

pihak British ini tetapi disebabkan beberapa faktor perjuangan mereka ini tidak

mendatangkan hasil kepada pihak British. Antara faktornya adalah kelemahan strategi,

senjata, sokongan masa dan tempoh yang terlalu singkat. Ketiadaan sokongan daripada

pihak pemerintahan tempatan sendiri merupakan faktor yang melemahkan gerakan

penentangan bersenjata. Selain itu, kegagalan gerakan kebagsaan yang disebabkan

masih kurang kesedaran mengenai kepentingan kemerdekaan negara di kalangan

masyarakat Melayu. Kekalahan perjuangan kelompok Melayu pada masa itu

menyebabkan masyarakat tempatan kehilangan beberapa orang tokoh pemimpin yang

berwibawa.

Walaupun pejuangan-pejuangan orang Melayu sebelum ini mengalami

kegagalan, namun ia tidak masih wujud kekosongan dalam nasionlisme tempatan pada

masa ini. Ini kerana menjelang abad ke 20 terdapat kemunculan gerakan kebangsaan di

negara ini diterjemahkan dalam bentuk intelektual di kalangan masyarakat Melayu. Ia

menampakkan bentuk gerakan kebangsaan yang menggambarkan cita-cita masyarakat

iaitu masyarakat yang inginkan bebas dan merdeka. Kecenderungan mereka ketika ini

dikaitkan dengan peranan agama Islam. Ia memberi cetusan idea dan pemikiran kepada

kesedaran kemasyarakatan, ekonomi dan politik di kalangan masyarakat di Tanah

Page 44: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

27

Melayu ketika itu. Sejarah pendidikan di negara ini dimulakan oleh sistem pendidikan

pondok. Antara negeri yang awal menerima pendidikan adalah Kedah, Kelantan dan

Terengganu iaitu pada awal abad ke 19.

Hasil daripada pembacaan pengkaji didapati bahawa ketika pemerintahan pihak

British banyak faktor kemunduran masyarakat Melayu bukan disebakan oleh

ketidakupayaan yang terdapat pada diri mereka. Sebaliknya berpunca daripada peluang-

peluang yang diperuntukan untuk mereka yang sangat terhad. Peminggiran masyarakat

Malayu dalam hal-ehwal kemajuan dan pembangunan adalah bertitik-tolak daripada

dasar penjajah yang merencanakan supaya penduduk peribumi di negara ini ketinggalan

bagi membolehkan mereka menjajahnya dalam tempoh yang lebih panjang.

Kekuatan perjuangan masyarakat Melayu pada masa itu disebabkan kesedaran

sosial yang wujud di kalangan golongan cerdik pandai yang bertujuan memecahkan

kebekuan pemikiran dan mengubah persepsi masyarakat Melayu. Pada umunya, bentuk

semangat kebangsaan pada masa itu adalah semangat patriotism dan belum mencapai

tahap nasionalisme. Ini kerana semangat kebangsaan di kalangan orang-orang Melayu

belum diorganisasikan dalam bentuk yang lebih jelas dan komprehensif. Dengan kata

lain ia lebih berbentuk cetusan kesedaran dalaman yang dilahirkan melalui tingkah laku

individu dan kelompok tetapi masih belum wujud sebagai suatu bentuk organisasi

khusus yang mampu menggembleng semangat kebangsaan Melayu pada masa ini dalam

bentuk yang lebih ekslusif.

2.4.2 Nasionalisme Kepartian

Page 45: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

28

Semangat kebangsaan yang diterjemahkan melalui kesedaran sosial yang

disuarakan mereka juga lebih banyak mengajak masyarakat pada masa itu bersatu padu.

Pada ketika ini, segelintir masyarakat Tanah Melayu yang bijak telah bangkit dan

menubuhkan beberapa persatuan dengan matlamat tersendiri. Ulasan mengenai parti-

parti yang berada di awal bab ini telah dibincangkan. Di sini pengkaji mengambil

contoh terdapat persatuan yang terdapat di setiap negeri mempunyai persatuan dan

objektif mereka adalah untuk pendidikan dan masa depan anak Melayu. Selain itu

Persatuan Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah ditubuhkan pada tahun 1936 dengan

objektif menjadikan soal kemerdekaan sebagai pokok perbincangan dan dasar

perjuangan mereka.

Terdapat banyak lagi kesatuan-kesatuan yang ada dan ini diperkukuhkan lagi

dengan peranan media massa terutamanya melalui WartaMalaya yang menjadi lidah

perjuangan KMM sendiri. Hasil daripada tulisan-tulisan ini dapat menyedarkan rakyat

lain tentang kepentingan persatuan untuk membela nasib negara sendiri.

2.4.3 Nasionalisme Kompromi

British berpandangan Melayu tidak akan muncul sebagai sebuah negara yang

merdeka dan kuat tanpa perpaduan daripada kaum-kaum yang menetap di negara ini.

Sehubungan dengan itu, masyarakat Cina dan India masing-masing telah menubuhkan

persatuan iaitu Parti MCA (Malayan Chinese Association) pada 27 Februari 1949

diketuai oleh Tan Cheng Lock manakala MIC (Malayan Indian Association) pada 1946.

Mereka menggembleng tenaga bersama-sama dengan masyarakat Melayu sesuai dengan

arus perdana pada masa itu iaitu cita-cita bagai mencapai kemerdekaan untuk Tanah

Melayu.

Page 46: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

29

Persetujuan pemimpin-pemimpin politik pelbagai kaum iaitu daripda UMNO,

MIC dan MCA bergabung membentuk parti perikatan pada 1951 memulakan tradisi

kompromi dalam perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. Mereka telah berjaya

memenangi pertandingan pilihan raya pada 1955.

Kesanggupan orang Melayu untuk mengundi orang bukan Melayu adalah satu

pengorbanan yang sangat tinggi kerana bercita-cita untuk capai kemerdekaan dalam

masa yang lebih cepat iaitu dalam masa empat tahun sebagaimana yang terkandungan

dalam manisfesto parti parikan dalam pilihan raya tersebut. Pengorbanan tersebut

dilakukan atas dasar nasionalisme yang unggul tanpa terlalu mengambil kira soal

kepentingan bangsa Melayu walaupun mereka dapat berbuat demikian.

Semangat kerjasama, persefahaman dan tolak ansur ini kemudiannya

diterjemahkan secara sah dalam Perlembagaaan Malaysia 1957. Dalam perlembagaan

ini orang-orang Melayu bersetuju menerima penduduk bukan Melayu melalui

kerakyatan secara bebas iaitu melalui prinsip Jus Soli. Mereka bagi penduduk bukan

Melayu bersetuju memberi hak istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera

sebagaimana yang terkandung dalam Perkara 153 dan Perkara 161(A). Berdasarkan

persetujuan bersama, perlembagaan menetapkan Bahasa Melayu dijadikan sebagai

Bahasa Kebangsaan mengikut Perkara 152 Perlembagaan Malaysia dan agama Islam

sebagai agama rasmi mengikut Perkara 3. Selain daripada itu perlembagaan juga

menetapkan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintahan negara. (Salleh Abbas,

1997)

Nasionalisme yang berteraskan kompromi di kalangan rakyat berbilang kaum di

Malaysia ternyata sangat rapuh apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun

keputusan pilihan raya 1969 adalah penyebab peristiwa ini, namun masalah-masalah

Page 47: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

30

ketidakseimbangan ekonomi dan sosial yang wujud antara penduduk Melayu dan Cina

adalah „api dalam sekam‟ dalam konteks hubungan kaum antara keduanya. Ia

menunjukkan berkenaan bahaya kebebasan yang keterlaluan yang digunakan oleh parti-

parti politik dalam kempen-kempen sepanjang pilihan raya tersebut.

2.4.4 Nasionalisme Malaysia Masa Kini

Selepas kita mencapai kemerdekaan ramai yang berpendapat nasionalisme tidak

lagi menjadi unsur yang penting. Apa yang lebih penting ialah usaha-usaha pengisian

kemerdekaan yang menitik beratkan soal-soal pembangunan dan kestabilan politik.

Nasionalisme hanya penting apabila sesebuah bangsa ataupun negara menghadapi

ancaman daripada dalam ataupun pihak luar.

Agak sukar menentukan apakah bentuk nasionalisme dan patriotism Malaysia

masa kini. Apakah pengukuran yang dapat digunakan dalam menentukan tahap

patriotism dan nasionalisme di kalangan rakyat di negara kita hari ini. Nasionalisme

Malaysia berjaya dicapai apabila wujud rasa sepunya atau esprit de corps yang kuat di

kalangan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan kepada Malaysia.

Bak kata pepatah melayu yang berbunyi „di mana bumi dipijak, di situ langit

dijunjung‟ dapat menyuburkan perasaan cinta kepada tanah air beserta dengan usaha-

usaha yang bersepadu perlu dilaksanakan oleh semua pihak di negara ini.

Page 48: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

31

2.5 Konsep Asabiah Dan Nasionalisme

Perkataan asbiyah berasal dari perkataan Arab yang kata dasarnya daripada

perkataan asab yang bererti mengikat, contohnya mengikat individu-individu ke dalam

masyarakat (asbtun, usbatun atau isabatun). Asabiyah juga berasal dari perkataan

asaba. Konsep asabiah ini ada dibincangkan oleh Ibn Khaldun iaitu ilmuan Islam yang

pernah bekerja sebagai hakim, kadi dan banyak mengeluarkan kitab-kitab mengenai

hal-hal kemasyarakatan, sejarah, epistemology dan cabang-cabang ilmu agama yang

lain seperti tasawuf. Menurut Muhammad Lufti Ishak (2010), konsep asabiah ini adalah

menghampiri makna nasionalisme yang berkembang kemudian dalam duni moden. Ibn

Khaldun melihat asabiah ialah komponen terpenting dalam menentukan jatuh

bangunnya sesuatu bangsa. Apabila rasa asabiah atau perkauman berkurangan maka

perlahan-lahan tamadun sesuatu bangsa itu menuju kehancuran. Sampai masanya,

tampuk ketamadunan akan berubah teraju kepada kaum yang memiliki dan menghayati

perasaan asabiah dengan lebih mendalam.

Muhsin Mahdi (2006), yang mengkaji falsafah sejarah Ibn Khaldun turut

mengulas pendapat tersebut:

“ in order to be able to found a great civilization, or ti conquer

or build great empire, they may need an additional force to

eliminate their shortcomings…This force is religion. Religion,

like any other social cause, needs solidarity to establish

it…Once a religion is adopted and supported by such a group, it

becomes a highly effective force. It create new loyalty: absolute

belief in, obedience to, the demands of the law and the religious

leader.”

Page 49: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

32

Oleh itu, konsep asabiah Ibn Khaldun tidak harus dilihat dalam

kerangka yang sempit, apalagi cuba mentafsirkannya berdasarkan paradigma

yang berkembang kemudian, khususnya di Eropah. Nasionalisme dikatakan

lahir di Eropah, khususnya di Perancis dan Inggeris pada awal abad ke-13.

Konsep nasionalisme mengambil masa hampir lima abad untuk muncul dan

difahami pengertian moden. Jadi, pelbagai peristiwa yang berlaku dalam

rentang masa itu, merupakan sebab kepada pemupukan makna nasionalisme.

Pelbagai peristiwa yang berlangsung seperti penjajahan dan kolonisme,

ialah faktor penting yang menyebarkan fahaman nasionalisme keluar dari

Eropah ke kawasan tanah jajahan termasuk ke dunia Islam. Menurut Esposito

(1995), terdapat dua isu besar yang mewarnai dunia Islam pada abad ke-19,

iaitu bengkitnya gerakan kemerdekaan dan isu nasionalisme. Maka, pada abad

ke-19, konsep nasionalisme dunia Islam dibentuk oleh tokoh-tokoh intelektual

antaranya seperti Jamaluddin al-Agghani, Muhammad Abduh dan Hassan al-

Banna. Oleh itu, tidak hairanlah nasionalisme yang subur dalam kalangan umat

Islam kemudiannya dibentuk oleh kerangka Islam yang menekankan kecintaan

kepada negara yang dilihat sebagai sebahagian daripada keimanan (hub al-

watan min al-iman).

Nasioalisme jenis ini juga dikembangkan oleh Burhanuddin Helmy di

negara kita. Manifestasi nasionalisme yang dibawa oleh Burhanuddin Helmy

didorong oleh nilai Islam. Hal ini diakui oleh Kamaluddin Jaafar (2000) yang

melihat pemikiran Burhanuddin Helmy sentiasa berpasak pada tiga aspek

penting, yakni kemerdekaan, kebangsaan Melayu dan Islam.

Yang terbaru Mufti Negeri Perak turut menjelaskan hal ini dalam satu

artikelnya yang berjudul “Luaskan Makna Politik” dalam akhbar Mingguan

Page 50: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

33

Malaysia. Dalam hal ini, Tan Sri Harussani memegang konsep asabiah seperti

yang didefinasikan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu suatu hari, seorang lelaki

bertanyakan kepada Rasulullah makna sebenar asabiah. Lelaki itu bertanya,

adakah dianggap asabiah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya.

Nabi menidakkannya dan menyatakan bahawa asabiah itu adalah seseorang itu

menolong bangsanya daripada kezaliman.

2.6 Patriotisme

Patriotism terbentuk daripada kata Yunani, iaitu Peter yang bermaksud

father dan patris yang bermaksud land. Apabila kedua-dua perkataan tersebut

digabungkan maka muncullah maksud kecintaan kepada tanah air. Pengertian

yang sama juga diberikan oleh kamus Webster. Menurut kamus Webster,

patriotism ialah “the devoted love, support and defence of one’s countray”.

Hasan al-Banna merupakan pengasas kepada gerakan Ikhwanul

Muslimim di Mesir turut mengupaskan mengenai konsep patriotisme. Menurut

Hassan al-Banna, Islam menerima baik empat konsep patriotism iaitu semangat

cinta akan tanah air yang wujud secara fitrah dan rasa tanggungjawab untuk

membebaskan tanah air dari kuasa asing serta meletakkan asas-asas

kemerdekaan serta kemuliaan rakyat. Selain itu, usaha menyatupadukan rakyat

dalam sesebuah negara demi kepentingan bersama serta Wataniyyatul-Fath,

iaitu perjuangan menguasai wilayah dunia dengan perutusan illahi.

Muhammad lufti Ishak (2010), tokoh-tokoh intelektual Muslim seperti

Iqbal juga mempunyai pandangan yang murni terhadap patriotisme. Dalam

Page 51: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

34

satu perhimpunan di India (IKIM 2008): “Patriotisme merupakan satu

kebajikan yang benar-benar selaras dengan fitrah manusia, dan mempunyai

tempat dalam kehidupan moral manusia. Namun yang merupakan kepentingan

sebenarnya adalah keyakinan manusia, kebudayaan dan tradisinya. Hal-hal ini

yang merupakan erti yang seharusnya dibawa hidup dan dibawa mati, bukan

sejengkal tanah di mana jiwa manusia dihubungkan untuk sementara waktu.

2.7 Remaja dan Nasionalisme

Remaja adalah golongan manusia yang berumur dalam lingkungan 13

hingga 17 tahun. Golongan ini merupakan golongan yang dipandang serius

sama ada dalam instusi kekeluargaan, pendidikan dan negara. Ketika berada

dalam golongan umur ini, mereka lebih mudah terpengaruh kepada benda-

benda yang ada disekeliling mereka. Remaja sering menjadi bahan utama

dituduh tidak mempunyai semangat nasionalisme disebabkan pelbagai faktor.

Menurut Dewan Siswi (1991), remaja tidak boleh disalahkan

sepenuhnya. Memang diakui mereka tidak berminat bercakap tentang

nasionalisme. Walau bagaimanapun jika dilihat sekarang, bukan sahaja

golongan remaja malah dolongan yang lebih senior juga tidak menghiraukan

semangat ini. Mereka gagal menunjukkan contoh yang baik kepada remaja

tentang betapa perlunya nasionalisme. Selain itu, golongan ibu bapa juga gagal

mendedahkan betapa pentingnya nasionalisme kepada anak-anak mereka.

Mungkin mereka berasa janggal untuk menceritakan perkara ini kepada anak-

anak. Mereka hanya mendapat pendedahan tentang nasionalisme di sekolah

dalam mata pelajaran sejarah.

Page 52: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

35

Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri memandang serius tentang

penghayatan semangat patriotism dalam kalangan remaja. Antara saranan dan

harapan beliau yang petik daripada buku yang berjudul Mahathir dan Belia

ialah:

“Generasi muda hari ini hendaklah sentiasa memupuk semangat

setia dan patriotisme dan tidak melakukan sesuatu yang boleh

merugikan bangsa dan negara. Sikap puak-puak dan bermusuhan

sesama sendiri akan menghancurkan semangat patriotisme. Oleh

itu, mereka perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak

mengutamakan kepentingan diri semata-mata. Kepentingan

negara hendaklah diambil kira bersama kerana kepentingan

negara akan membawa kebaikkan yang lebih baik kepada diri

sendiri.”

Menurut Dewan Siswa (1994), nilai-nilai patriotisme sememangnya

perlu ditanam dalam jiwa remaja. Hal ini kerana pada peringkat remaja masih

dalam menuju keperingkat dewasa. Patriotisme dapat mengajar remaja

mendisiplinkan diri mereka. Disiplin yang utuh akan membantu mereka

mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi sama ada alam persekolahan

atau pekerjaan. Sementelah itu negara memerlukan generasi muda yang

berdisiplin dan mampu membuahkan produktiviti yang cemerlang. Generasi

muda hari ini akan menjadi kemudi pembangunan dan kepimpinan negara pada

masa akan datang.

Di samping itu media elektronik juga memainkan peranan yang sangat

penting dalam membantu menerapkan semangat nasionalisme dalam kalangan

remaja dengan menyiarkan lagu, pendeklamasian sajak, drama dan forum yang

Page 53: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

36

berunsurkan patriotik. Berbanding dengan media cetak, media elektronik dapat

menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.

Terdapat pelbagai cara untuk kita membuktikan semangat

nasionalisme, menurut Menurut Dewan Siswa (1994), untuk membuktikan kita

menyayangi Malaysia, kita haruslah bersatu padu tanpa menimbulkan perasaan

perkauman. Perasaan kedaerahan atau perkauman akan menyemarakkan api

permusuhan seperti yang dilakukan oleh kaum Serbi. Selain itu, penggunaan

simbol sebagai contoh apabila seseorang mencintai negaranya, dia akan

menunjukkan penghormatan dan cintanya melalui tingkah laku seperti

menghormati bendera negara, lagu kebangsaan, bahasa kebangsaan dan

simbol-simbol keagamaan. Tanpa perasaan sedemikian, masyarakat dapat

menumpukan terhadap pembangunan dan dengan demikian negara kita lebih

maju.

Hakikat sejarah tidak boleh di pandang ringan. Mahu tidak mahu kita

harus menerima fakta sejarah. Kita harus mengakui bahawa dalam kebenaran

sejarah bukan UMNO sahaja yang memegakkan kemerdekaan. Peranan puak

nasionalis dalam parti-parti lain turut harus diakui. Menurut Menurut Dewan

Siswa (1990), dalam suasana dan kehendak zaman moden nasionalisme masih

penting. Bagaimanapun nasionalisme pada peringkat ini harus sesuai dengan

kehendak masa dan perubahan dunia. Nasionalisme hari ini perlu wujud dalam

kontek yang lebih luas. Semangat menyayangi negara, mencintai bangsa

Malaysia harus sebati walau di mana pun kita berada. Jangalah kita bersikap

seperti sesetengah pelajar yang lupa diri iaitu apabila berada di negara asing

mengutuk dan mencerca negara sendiri walaupun mereka mengakui di dalam

hati tidak ada negara lain di dunia yang lebih baik daripada Malaysia.

Page 54: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

37

2.8 Kajian Lepas

Kajian lepas yang bertajuk mengenalpasti tahap nasionalisme Malaysia

di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan dan pelajar sekolah

menengah swasta. Ditulis oleh Wong Shui Wah dan Mohammed Najib B.

Abdul Ghafar, Pm. Dr. pada 2005. Terdapat empat objektif dalam kajian ini,

iaitu mengenalpasti tahap identiti kebangsaan, tahap pengetahuan politik, tahap

sikap terhadap negara dan tahap nasionalisme dikalangan pelajar tingkatan

empat dari sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah swasta.

Pengkaji lepas menggunakan soal selidik untuk mengumpul data bagi kajian

ini adalah termasuk empat bahagian iaitu biodata pelajar, persoalan identiti

kebangsaan pelajar, persoalan tentang pengetahuan politik pelajar dan

persoalan tentang sikap pelajar terhadap negara (Malaysia). Responden kajian

terdiri daripada 276 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah

menengah kebangsaan dan dua buah sekolah menengah swasta di Negeri

Johor. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap nasionalisme

diantara pelajar dari sekolah menengah kebangsaan dan pelajar dari sekolah

menengah swasta. Tahap nasionalisme pelajar dari sekolah menengah

kebangsaan adalah lebih tinggi daripada pelajar dari sekolah menengah swasta.

Hasil kajian mengikut item dalam ketiga-tiga bahagian soal selidik

menunjukkan perbezaan yang ketara dalam persoalan tentang sikap pelajar

terhadap negara Malaysia.

Page 55: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang metodologi kajian yang merangkumi aspek

populasi, sampel, reka bentuk kajian dan lain-lain. Merujuk di dalam Kamus Dewan

edisi keempat, nasionalisme membawa makna satu ideologi yang mencipta dan

mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation")

dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.

Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan

ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan. Para

saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme

yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.

Kajian ini mengandungi tiga objektif iaitu mengenalpasti tahap pengetahuan

politik, tahap patriotisme terhadap negara dan perbezaan tahap pengetahuan politik

dan tahap patriotisme dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS.

Page 56: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

39

Pengkaji berminat membuat kajian ini kerana pelajar dari IPTA dan IPTS

merupakan perintis yang akan mencorakkan dunia serta menjadi pemimpin pada

masa akan datang. Mereka adalah permulaan untuk kita melihat bekalan yang bakal

mereka bawa untuk mempertahankan tanah air mereka yang tercinta. Institut

pengajian tinggi merupakan institut yang akan membekalkan mereka dengan ilmu

pengetahuan yang akan digunakan pada masa akan datang. Ilmu berkaitan dengan

kenegaraan juga turut dipelajari oleh mereka tetapi sejauhmanakah ilmu itu dapat

menjadikan mereka seorang yang mempunyai nasionalisme yang tinggi dan

mempunyai tahap kecintaan yang tinggi terhadap negara mereka sendiri. Pengkaji

mengutip data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik

dimana ia dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah tentang latar

belakang responden. Manakala pada bahagian kedua pula tentang tahap pengetahuan

pelajar dan akhir sekali adalah bahagian ketiga mengenai sikap terhadap negara

Malaysia.

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai rekabentuk kajian,

populasi dan sampel kajian, instrument kajian, kajian rintis dan akhir sekali adalah

mengenai cara menganalisis data. Setiap satunya akan dibincangkan dengan lebih

teliti dan teratur.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan menggunakan soal selidik

berbentuk ujian. Kaedah soal selidik merupakan satu kaedah kajian yang mudah,

iaitu sampel diberikan alat untuk dipenuhkan maklumat dan kemudian maklumat

diproses mengikut kaedah analisis yang dirancang oleh penyelidik. Pengisian

maklumat melalui borang soal selidik mempunyai kekangan tersendiri, terutamanya

jawapan responden adalah bergantung pada soalan (item) dan tafsiran responden

Page 57: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

40

tentang apa yang dikehendaki oleh item. Kejelasan item adalah penting. Dengan itu,

kaedah tinjauan selalunya didahului dengan kajian rintis tentang instrumen supaya

pengkaji boleh membetulkan maklumat yang diperlukan. (Mohd Najib, 2003)

Untuk menjalankan kajian ini, terdapat banyak langkah dan prosedur yang

perlu dijalankan sebelum ianya menjadi satu penyelidikan yang lengkap. Langkah

pertama adalah dengan mencari masalah utama. Kajian melalui pelbagai sumber

rujukan seperti jurnal, majalah, surat khabar, internet dan buku-buku yang telah

dijalankan. Pengkaji tertarik untuk membuat kajian mengenai semangat cintakan

negara kerana banyak kes dilaporkan di akhbar yang melibatkan maruah negara

dicemari bukan sahaja oleh orang luar malah dalam kalangan rakyatnya sendiri.

Kajian ini pernah dilakukan oleh pengkaji yang lepas dimana beliau menggunakan

responden dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah kerajaan dan

swasta sekitar Johor Bahru. Oleh itu, saya berminat untuk menyambung kajian

tersebut dengan meninjau kesedaran nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Jangka masa untuk mendapatkan data mengenai kajian ini dianggarkan

mengambil masa sebulan. Ini kerana kajian ini adalah kajian berbentuk perbandingan

yang melihat dua buah IPT iaitu IPTA dan IPTS jadi ia mengambil masa sedikit

untuk mengumpulkan data. Kajian ini mengambil masa selama sebulan untuk

mengutip data. Pengkaji mengambil masa yang lama kerana perlu mengutip data di

dua buah IPT iaitu IPTA dan IPTS.

Untuk mendapatkan maklumat-maklumat objektif yang hendak diukur,

pengkaji telah membina soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian

latar belakang responden, bahagian tahap pengetahuan politik di Malaysia dan akhir

sekali bahagian patriotisme terhadap negara Malaysia.

Page 58: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

41

Sebelum menjalankan kajian rintis, pengkaji telah menghantar borang soal

selidik kepada empat orang pengsyarah yang mempunyai latar belakang akademik

mengenai sejarah dan asas pendidikan. Ini bertujuan untuk mengesan kesahan soal

selidik yang digunakan seperti adakah soalan yang digunakan dapat menggambarkan

apa yang pengkaji maksudkan serta soalan yang releven untuk masa sekarang.

Kajian rintis dijalankan dalam kalangan pelajar salah sebuah IPTA dengan

menggunakan seramai sepuluh orang responden untuk melihat alat yang digunakan

adalah seperti yang hendak diukur serta dapat memperbetulkan kesilapan jika ada.

Jika terdapat kesilapan, pengkaji dapat membuat pembetulan sebelum soal selidik

sebenar dijalankan.

Setelah borang soal selidik diperbaiki, kajian sebenar telah dijalankan keatas

responden yang ditetapkan. Kemudian kesemua data yang diperolehi akan

ditukarkan dalam bentuk perisian iaitu ‘SPSS version 15.0’ for windows (Statistical

Package For Social Science). Perisian ini digunakan adalah untuk memudahkan

pengkaji melihat hasil daripada data yang telah diperolehi. Analisis data akan

dibentangkan dalam bab 4.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Menurut Najib (1999), menjelaskan populasi adalah sumber bagi

penyelidikan untuk mendapatkan data-data atau maklumat berkenaan penyelidikan

yang dijalankan. Manakala responden yang terlibat dalam sesebuah kejian hendaklah

mewakili keadaan sebenar kesemua populasi. Azizi, et al (2007) pula menyatakan

populasi adalah keseluruhan kumpulan manusia, objek mahupun peristiwa yang

mempunyai sedikit persamaan secara spesifik. Populasi dalam kajian ini merupakan

pelajar IPTA dan IPTS iaitu seramai 140 orang.

Page 59: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

42

Sampel adalah satu kumpulan subjek untuk mendapatkan data. Penggunaan sampel

dapat menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Dalam kajian ini, teknik

pensampelan yang digunakan adalah berdasarkan Jadual Krejcie, R.V and Morgan

D.W. Berdasarkan jadual tersebut, jumlah sampel yang digunakan dalam kajian ini

adalah sebanyak 100 orang berdasarkan kedua-dua IPT.

3.4 Instrumen Kajian

Untuk kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen jenis soal selidik yang

terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A adalah bahagian mengenai latar

belakang responden manakala Seterusnya bahagian B mempunyai 20 item berbentuk

ujian tentang pengetahuan politik responden (political interaction). Bahagian C juga

berbentuk ujian mengenai sikap pelajar terhadap negara Malaysia dimana

mempunyai 12 item (attitudes towards nation).

3.4.1 Soal Selidik Bahagian A

Seperti yang sedia maklum, bahagian A mempunyai empat item berkaitan

responden seperti jantina, bangsa, agama, pekerjaan ibubapa atau penjaga, tahun

pengajian dan pogram pengajian.

3.4.2 Soal Selidik Bahagian B

Dalam bahagian ini terdapat 20 item tentang pengetahuan politik pelajar-

pelajar IPTA dan IPTS berbentuk soalan aneka pilihan. Item-item ini adalah

mengenai simbol negara, nama pemimpin negara, ideologi negara, perkara-perkara

atau ciri-ciri yang berkaitan dengan negara Malaysia.

Page 60: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

43

Jadual 3.1 : Komponen Yang Terdapat Pada Bahagian B

Bil Item-Item Bilangan Item

1. Simbol negara 7,11,16,18

2. Nama pemimpin negara 5,10,13,19

3. Ideologi negara 6 dan 20

4. Perkara atau ciri-ciri yang berkaitan negara 1,2,3,4,8,9,12,14,15,17

3.4.3 Soal Selidik Bahagian C

Untuk bahagian ini terdapat 12 item mengenai sikap nasionalisme terhadap

negara Malaysia. 12 item itu dibahagikan kepada empat komponen iaitu kesedaran

melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, kerelaan

melindungi negara, keinginan untuk emigerasi dan perasaan bangga seseorang rakyat

ketika menyambut hari kebangsaan. Item-item ini adalah berbentuk penyataan

positif. Para responden perlu menandakan salah satu pilihan sama ada ya atau tidak.

Jadual 3.2 : Empat Komponen Yang Terdapat Pada Bahagian C

Komponen Penyataan Soalan No. Penyataan Soalan

Kesedaran melakukan tanggungjawab

sebagai seorang warganegara Malaysia

1 hingga 3

Kerelaan melindungi Negara 4 hingga 6

Keinginan untuk emigerasi 7 hingga 9

Perasaan bangga seseorang rakyat ketika

menyambut hari kebangsaan

10 hingga 12

Page 61: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

44

3.5 Kajian Rintis

Item-item soal selidik dipetik daripada instrumen kajian Ibrahim Saad (1987)

dalam kajiannya ‘Competing Identities In A Plural Society The Case of Peninsular

Malaysia’ dan diubah suai dalam kajian pengkaji. Pengkaji telah menjalankan satu

kajian rintis (pilot test) bagi memperbaiki item-item soal selidik. Bagi tujuan ini

seramai sepuluh orang mahasiswa di salah sebuah IPTA di sekitar Johor Bahru telah

dipilih untuk mengisi borang soal selidik ini dan mereka tidak terlibat dalam kajian

sebenar.

Nilai Alfa Cronbach bagi soal selidik kajian ini ialah sebanyak 0.7 . Nilai ini

mempunyai kebolehpercayaan yang bersesuaian dengan kenyataan Mohd

Majid(1994), meskipun tidak khusus boleh digunakan bagi menentukan pekali

kebolehpercayaan yang sesuai. Alat ukur pekali kebolehpercayaan yang lebih

daripada 0.60 sesuai digunakan dan menjadi rujukan paling minimum untuk

diterima. Nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai antara 0.6 sehingga 1.0.

3.6 Analisis Data

Setelah data diperolehi, data telah dianalisis dengan menggunakan perisian

‘SPSS version 15.0’ for windows (Statistical Package For Social Science) untuk

menjawab persoalan kajian ini. bagi jawapan soalan kajian. Penyelidik menggunakan

kaedah pengujian statistik, peratus, frekuansi dan ujian mann whitney untuk menguji

hipotesis.

Page 62: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

45

3.6.1 Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang Responden

Pada Bahagian A ini terdapat enam item yang berkaitan dengan latar

belakang responden iaitu jantina, bangsa, agama, pekerjaan ibubapa atau penjaga,

tahun pengajian dan pogram pengajian. Oleh itu, untuk menganalisis data ini

pengkaji menggunakan perisian ‘SPSS version 15.0’ for windows (Statistical

package for social science) untuk mendapatkan frekuansi dan peratusan.

3.6.2 Analisis Data Bahagian B : Tahap Pengetahuan Politik Malaysia

Pada bahagin ini, terdapat soalan berbentuk objektif aneka pilihan adalah

untuk menguji tahap pengetahuan maklumat politik bagi responden pelajar IPTA dan

IPTS di sekitar Johor Bahru. Bagi responden yang menjawab jawapan yang betul

akan mendapat skor 1 dan salah adalah 0. Untuk setiap item hanya mempunyai satu

sahaja jawapan yang betul. Pengkaji juga akan membincangkan hasil dapatan dalam

bentuk peratusan.

Page 63: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

46

3.6.3 Analisis Data Bahagian C : Tahap Patriotisme Terhadap Negara

Di dalam bahagian ini, terdapat 12 item untuk melihat tahap patriotisme

terhadap negara bagi IPTA dan IPTS. Hasil dapatan akan dibincangkan dalam

bentuk peratusan.

3.6.4 Analisis Pada Bahagian Hipotesis

Dalam kajian ini terdapat dua hipotesis iaitu tidak terdapat perbezaan tahap

pengetahuan politik yang signifikan dalam kalangan pelajar IPTA dan pelajar IPTS

serta tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang signifikan

dalam kalangan pelajar IPTA dan pelajar IPTS. Menurut Ronald, et (2006),

penggunaan Mann-Whitney U-test ialah kumpulan yang bebas yang menguji antara

kumpulan tidak parametrik bagi membezakan dua kumpulan. Oleh itu, pengkaji

menggunakan ujian ini untuk melihat hipotesis hasil daripada analisis.

Jadual 3.3 : Ringkasan Statistik Kaedah Analisis

Bil. Objektif Kajian Jenis Statistik

1. Latar belakang responden Peratusan

2 Tahap pengetahuan politik malaysia Peratusan

3. Tahap patriotisme terhadap negara Peratusan

4. Perbezaan tahap pengetahuan politik Malaysia

dan tahap patriotisme terhadap negara

Mann-Whitney U-test

Page 64: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

47

3.7 Kesimpulan

Metodologi kajian seperti yang telah dibincangkan didalam bab ini

merupakan proses yang dilakukan untuk mencapai matlamat kajian. Ia juga

menunjukkan kaedah yang telah digunakan dalam proses penganalisis data yang

dilakukan dalam bab 4. Data-data yang akan diperolehi akan digunakan untuk

dianalisis bagi mendapatkan dapatan kajian. Seterusnya data ini akan ditunjukkan

dalam bentuk jadual serta keterangan yang mudah difahami.

Page 65: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang analisis data yang diperolehi

daripada soal selidik. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap nasionalisme

dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut

Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 100

borang soal selidik kepada responden di IPTA dan IPTS sekitar Johor Bahru.

Soal selidik yang telah digunakan mengandungi tiga bahagian iaitu

Bahagian A latar belakang responden, Bahagian B tahap pengetahuan politik di

Malaysia yang mengandungi 20 item soalan berbentuk aneka pilihan (A, B, C

dan D) berkisar mengenai simbol negara, nama pemimpin negara, ideologi

negara, perkara-perkara atau ciri-ciri yang berkaitan dengan negara Malaysia.

Page 66: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

49

Bahagian C pula meninjau tahap patriotisme terhadap negara yang mengandungi

12 item yang memerlukan jawapan ya atau tidak. Bahagian ini dibahagikan

kepada 4 bahagian iaitu kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai seorang

warganegara Malaysia, kerelaan melindungi negara, keinginan untuk emigerasi

dan perasaan bangga seseorang rakyat ketika menyambut hari kebangsaan.

4.2 Analisis Data

Untuk menganalisis data kajian menggunakan ‘SPSS version 15.0’ for

windows (Statistical Package For Social Science).

4.2.1. Bahagian A : Latar Belakang Responden.

Bahagian ini mengemukakan soalan tentang latar belakang responden

yang mempunyai enam item iaitu agama, jantina, bangsa, pekerjaan bapa atau

penjaga, tahun pengajian dan pogram pengajian.

Page 67: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

50

Jadual 4.1 : Latar Belakang Responden: Perbandingan Pelajar Institut Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor

Bahru.

Bil. Latar Belakang Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Awam (IPTA)

(%)

Swasta (IPTS)

(%)

1. Jantina Lelaki 22 34

Perempuan 78 66

2. Bangsa Melayu 96 90

Cina - 4

India - 6

Lain-lain 4 -

3. Agama Islam 96 90

Buddha - 2

Hindu - 6

Kristian 4 2

4. Pekerjaan

Bapa/Penjaga

Kerajaan 34 36

Swasta 12 34

Sendiri 54 30

5. Tahun Pengajian Tahun 1 22 26

Tahun 2 20 24

Tahun 3 - 50

Tahun 4 58 -

6. Pogram Pengajian SPE – 12 DTS – 32

SPH – 52 DST – 22

SPJ – 8 DSK – 22

SPR – 22 DTM – 24

SPC – 2

SPM – 4

Page 68: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

51

Berdasarkan jadual 4.1, responden perempuan bagi kedua-dua IPT adalah

paling tinggi iaitu 78% bagi IPTA dan 66% bagi IPTS. Manakala bagi responden

lelaki untuk kedua- dua IPT masing-masing 22% untuk IPTA manakala 34%

untuk IPTS. Peratusan bangsa Melayu bagi kedua-dua institut pengajian adalah

tinggi masing-masing 96% dan 90%. Bagi bangsa Cina dan India hanya terdapat

pada IPTS dengan peratusan yang rendah iaitu Cina sebanyak 4% dan India

adalah 6%. Begitu juga dengan bangsa lain-lain hanya 4% di IPTA. Berdasarkan

jadual juga didapati pelajar beragama Islam mempunyai peratusan yang tertinggi

masing-masing mempunyai peratusan 96% dan 90%. Agama Hindu mempunyai

6% daripada pelajar di IPTS dan 4% bagi pelajar beragama Kristian di IPTA.

Manakala peratusan yang rendah bagi pelajar beragama Buddha dan Kristian di

IPTS iaitu sebanyak 2%.

Selain itu, didapati pekerjaan penjaga yang bekerja sendiri bagi pelajar di

IPTA paling tinggi iaitu 54% diikuti 36% adalah pekerjaan penjaga yang bekerja

di sektor swasta di IPTS. Manakala sebanyak 34% adalah bekerja di sektor

kerajaan bagi pelajar di IPTA dan sektor swasta bagi IPTS. Hanya 30% bapa

atau penjaga yang bekerja sendiri bagi IPTS manakala 12% bagi IPTA.

Manakala bagi hasil analisis tahun pengajian didapati peratusan tertinggi

ialah pelajar tahun 4 dengan 58% di IPTA dilihat 50% pelajar tahun 3 di IPTS.

Seterusnya dengan 26% adalah daripada tahun 1 dan 24% daripada tahun 2

masing-masing dari IPTS. Manakala di IPTA 22% adalah daripada tahun 1 dan

peratusan terendah sebanyak 20% daripada tahun 2. Bagi IPTA tiada responden

daripada tahun 3 kerana mereka mengikuti latihan mengajar dan bagi IPTS tiada

tahun 4 kerana pengajian mereka hanya 3 tahun.

Page 69: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

52

Bagi pogram pengajian di IPTA, program pengajian SPH (Sarjana

Pendidikan Kemahiran Hidup) adalah paling tinggi iaitu 52%, diikuti dengan

22% adalah pogram SPR (Sarjana Pendidikan Elektrik dan Elektronik) sebanyak

12% daripada pogram SPE (Sarjana Pendidikan Elektrik) dan 8% di pogram SPJ

(Sarjana Pendidikan Jentera) manakala 4% adalah dari pogram SPM (Sarjana

Pendidikan Matematik) dan peratusan terendah adalah 2% dari pogram SPC

(Sarjana Pendidikan Kimia).

Akhir sekali bagi pogram pengajian di IPTS, pogram DTS (Diploma

Teknologi Seni Bina) adalah paling tinggi iaitu 32% dan bagi pogram pengajian

DTM (Diploma Teknologi Mekanikal) adalah 24%. Peratusan terendah adalah

22% iaitu pogram pengajian DPS (Diploma Pengurusan Sains) dan DSK

(Diploma Sains Komputer).

4.2.2. Bahagian B : Tahap Pengetahuan Politik Di Malaysia.

Bahagian B adalah mengenai pengetahuan sistem politik Malaysia yang

mempunyai 20 soalan. Analisis menunjukkan peratusan dan frekuansi bagi

jawapan yang betul dan salah sahaja.

Page 70: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

53

Jadual 4.2. : Tahap Pengetahuan Politik Di Malaysia : Perbandingan Pelajar

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta

(IPTS) Sekitar Johor Bahru.

No. Soalan Jawapan Betul Peratusan

Betul (%)

Peratusan

Salah (%)

IPTA IPTS IPTA IPTS

1 Persekutuan Tanah

Melayu mencapai

kemerdekaan pada

B. 31 Ogos

1957

96 98 4 2

2 Malaysia dibentuk

pada

A. 16 Sept.

1963

80 84 20 16

3 Sultan yang dipilih

menjadi Yang di-

Pertuan Agong akan

memerintah negara

selama

A.5 thn 92 80 8 20

4 Berapakah jalur pada

jalur gemilang

B.14 94 98 6 2

5 Siapakah nama Yang

di-Pertuan Agong

Malaysia sekarang

A. DYMM

Tuanku

Zainal

Abidin

94 98 6 2

6 Manakah kumpulan

mengandungi 5

prinsip Rukunnegara

B.kepercayaan

kepada Tuhan,

Kesetiaan

pada Raja dan

Negara,

Keluhuran

Perlembagaan,

Kedaulatan

100 98 - 2

Page 71: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

54

Undang-

undang,

kesopanan dan

kesusilaan

7 Agama rasmi negara

Malaysia

A.Islam 100 100 - -

8 Terdapat 3 komponen

dalam parlimen iaitu

B.Yang Di-

Pertuan

Agong,

Dewan

Negara dan

Dewan Rakyat

36 22 64 78

9 Berapakah ahli dalam

Dewan Rakyat

A.219 42 38 58 62

10 Siapakah nama

Sultan Johor

sekarang

A.DYMM

Sultan

Ibrahim Ibni

Almarhum

Sultan

Iskandar

82 94 18 6

11 Bunga kebangsaan

Malaysia

A.Bunga Raya 100 100 - -

12 Warna apakah pada

bendera Malaysia

melambangkan

warna Diraja

A.Kuning 98 98 2 2

13 Siapakah Perdan

Menteri Malaysia

dari tahun 2003

hingga 2009

B.Tun Sri

Abdullah

Ahmad

BAdawi

90% 74 10 26

Page 72: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

55

14 Ibu negara Malaysia B.Kuala

Lumpur

80 88 20 12

15 Malaysia terdiri

daripada 3 bangsa

yang besar iaitu

A.Melayu,

Cina dan India

100 100 - -

16 Binatang apakah

yang menjadi

lambing Negara

malaysia

A.Harimau 96 98 4 2

17 Lagu kebangsaan

Negara Malaysia

ialah

B.Negaraku 100 100 - -

18 Bahasa kebangsaan

Malaysia ialah

B.Bahasa

Melayu

98 100 2 -

19 Siapakah yang

digelar ‘bapa

kemerdekaan

malaysia’

A.Tunku

Abdul

Rahman

90 100 10 -

20 Wawasan 2020 ialah C.satu

‘crusade

slogan’ atau

‘motto’

Malaysia

42 36 58 64

Hasil daripada analisis didapati bahawa hampir keseluruhan pelajar di

kedua-dua institut dapat menjawab dengan betul. Hanya terdapat empat soalan

sahaja yang dapat dijawab oleh kesemua responden dengan tepat iaitu agama

rasmi negara Malaysia, bunga kebangsaan Malaysia, bangsa yang terdapat di

Malaysia dan lagu kebangsaan negara Malaysia.

Page 73: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

56

Secara keseluruhannya, bagi pelajar di IPTA hanya dapat menjawab satu

sahaja soalan dengan tepat iaitu soalan mengenai rukun negara. Bagi pelajar di

IPTS pula secara keseluruhannya dapat menjawab dua sahaja soalan dengan

betul iaitu mengenai bunga kebangsaan dan siapakah yang digelar ‘Bapa

Kemerdekaan Malaysia’.

Jadual 4.2 menunjukkan hanya dua sahaja soalan iaitu mengenai

wawasan 2020 dan mengenai ahli Dewan Rakyat yang mendapat skor yang

rendah iaitu bawah 50%. Di dapati para pelajar IPTA dan IPTS lemah pada

soalan 20 iaitu mengenai pemahaman wawasan 2020. Kedua-dua pelajar institut

pengajian tinggi ini mendapat skor markah yang rendah iaitu 42% bagi IPTA dan

36% bagi IPTS. Selain itu, pelajar di IPTA menunjukkan bahawa mereka tidak

tahu mengenai ahli dalam Dewan Rakyat. Peratusan dengan skor yang

ditunjukkan adalah sebanyak 21%.

4.2.3. Bahagian C : Tahap Patriotisme Terhadap Negara

Pada bahagian C merupakan bahagian yang meninjau tahap patriotisme

terhadap negara. Ia mengandungi 12 item yang berbentuk penyataan positif. 12

item tersebut telah dipecahkan kepada empat komponen penyataan soalan utama

iaitu kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganegara

Malaysia, kerelaan melindungi negara, keinginan untuk emigerasi dan perasaan

bangga seseorang rakyat ketika menyambut hari kebangsaan. Jadual 4.3 dibawah

menunjukkan tahap patriotisme terhadap negara antara IPTA dan IPTS

Page 74: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

57

Jadual 4.3 : Tahap Patriotisme Terhadap Negara: Perbandingan Pelajar Institut

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Sekitar Johor Bahru.

Bil Item / Penyataan IPTA IPTS

Ya

(%)

Tidak

(%)

Ya

(%)

Tidak

(%)

1. Kesedaran melakukan

tanggungjawab sebagai seorang

warganegara Malaysia

1. Saya lebih mementingkan

tugas berkaitan dengan diri

saya berbanding tugas

terhadap negara

2. Saya berasa gembira, jika

dipilih untuk menyertai

PLKN

3. Jika diberi peluang, saya

mahu bekerja dengan

agensi kerajaan

12

72

98

88

28

2

14

76

100

86

24

-

2. Kerelaan melindungi negara

1. Jika Malaysia diserang

oleh musuh, saya rela mati

untuk mempertahankan

negara.

2. Jika Malaysia menyerah

kalah kepada negara lain,

saya akan menentang

sepenuhnya.

3. Saya sangat menghormati

pahlawan yang telah

berkorban untuk

mempertahankan negara

Malaysia.

86

98

100

14

2

-

92

92

100

8

8

-

3. Keinginan untuk imegerasi

1. Saya adalah warganegara

Malaysia, saya tidak akan

berpindah ke negara lain.

2. Saya merasai Malaysia

adalah tempat yang terbaik

untuk saya tinggal.

96

100

4

-

96

98

4

2

Page 75: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

58

3. Malaysia ialah sebuah

negara yang aman,damai

dan selamat

96

4

100

-

4. Perasaan bangga seseorang rakyat

ketika menyambut hari

kebangsaan

1. Saya berasa sangat bangga

semasa menyambut Hari

Kebangsaan.

2. Saya berasa penuh

bersemangat semasa

menyanyikan Lagu

Kebangsaan

3. Saya menggantungkan

bendera Malaysia di

hadapan rumah saya

semasa Hari Kebangsaan

pada setiap tahun

92

96

54

8

4

46

98

98

86

2

2

14

Jadual 4.3 menunjukkan nilai peratusan bagi setiap jawapan yang

responden telah pilih. Bagi item yang pertama iaitu berkaitan dengan kesedaran

melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, terdapat tiga

penyataan untuk menilai item tersebut. Didapati bagi pernyataan yang pertama

majoriti pelajar di IPTA dan IPTS tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.

Sebanyak 88% IPTA dan 86% IPTS menyatakan tidak bagi item saya lebih

mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap

negara. Ini menunjukkan mereka lebih mementingkan tugas negara berbanding

dengan tugasan individu. Bagi penyataan kedua iaitu perasaan gembira untuk

menyertai PLKN, pelajar di IPTA sebanyak 72% manakala 76% bagi pelajar

IPTS. Penyataan yang ketiga iaitu mahu bekerja dengan agensi kerajaan.

Kesemua pelajar di IPTS setuju untuk bekerja di agensi kerajaan manakala hanya

98% pelajar di IPTA mahu bekerja di agensi kerajaan.

Bagi item kedua iaitu kerelaan melindungi negara juga terdapat tiga

penyataan untuk menjelaskan item ini. Penyataan pertama iaitu kerelaan

Page 76: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

59

mempertahankan negara daripada serangan musuh. Peratusan IPTA

menunjukkan sebanyak 86% manakala di IPTS sebanyak 92% pelajar

menyatakan ya bagi penyataan ini. Penyataan kedua ialah penentangan terhadap

negara jika Malaysia menyerah kalah kepada negara lain, pelajar di IPTA

menunjukkan peratusan sebanyak 98% berbanding pelajar di IPTS 92%.

Manakala bagi penyataan ketiga ialah menghormati pahlawan yang telah

berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia. Kedua-dua IPT

menunjukkan 100% menyatakan ya bagi penyataan ini.

Untuk item yang ketiga pula adalah mengenai keinginan untuk imigerasi.

Penyataan yang pertama tentang berpindah ke negara lain. Dapatan kajian

menunjukkan 96% pelajar di IPTA dan IPTS tidak berpindah ke negara lain.

Bagi penyataan kedua pula tentang negara Malaysia merupakan tempat terbaik

untuk didiami. Pelajar di IPTA menyokong sepenuhnya penyataan ini manakala

hanya 98% pelajar di IPTS yang menyatakan ‘ya’ bagi penyataan ini. Penyataan

ketiga tentang Malaysia ialah sebuah negara yang aman, damai dan selamat.

Seratus peratus pelajar di IPTS menyatakan ya bagi penyataan ini manakala 96%

sahaja pelajar IPTA yang menyatakan ya.

Akhir sekali adalah mengenai item keempat iaitu perasaan bangga

seseorang rakyat ketika menyambut hari kebangsaan. Penyataan yang pertama

iaitu perasaan bangga semasa menyambut Hari Kebangsaan, didapati 98%

pelajar di IPTS dan 92% pelajar IPTA menyatakan ya pada penyataan ini.

Seterusnya bagi penyataan kedua ialah perasaan penuh bersemangat semasa

menyanyikan Lagu Kebangsaan. Bagi pelajar IPTS 98% manakala 96% pelajar

IPTA menyatakan ya pada penyataan ini. Akhir sekali adalah penyataan ketiga

ialah menggantungkan bendera Malaysia di hadapan rumah semasa Hari

Kebangsaan pada setiap tahun. Pelajar IPTS mendapat 86% dan 54% di IPTA

menyatakan ya bagi penyataan ini.

Page 77: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

60

4.3 Analisis Mann-Whitney U-Test Bagi Perbezaan Tahap Pengetahuan

Politik Malaysia Dan Tahap Patriotisme Terhadap Negara Dalam

Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Pelajar

Institut Pengajian Tinggi Swasta Sekitar Johor Bahru.

Untuk menganalisis hipotesis ini, pengkaji menggunakan Mann-

Whitney U-Test untuk mendapatkan hasil analisis. Hasil daripada analisis

bagi hipotesis 1 iaitu :

Hо 1: Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik yang

signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan

pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.

dapat dilihat dalam jadual dibawah .

Jadual 4.4 : Jadual Statistik Bagi Tahap Pengetahuan Politik Dalam

Kalangan Pelajar IPTA dan IPTS.

Keputusan

Mann-Whitney U 1243

Wilcoxon W 2518

Z -0.05

Asymp. Sig. (2-tailed) 0.960

Hasil daripada dapatan analisis ini menunjukkan nilai ujian-U

adalah 1243 dan perbezaan kumpulan antara IPTA dan IPTS 0.960. Nilai

signifikan yang digunakan dalam ujian ini adalah 0.01dan dapatan kajian

Page 78: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

61

mendapati nilai perbezaan antara kumpulan = 0.960 > 0.01. Ini

menunjukkan hipotesis nol diterima dan menunjukkan tidak terdapat

perbezaan tahap pengetahuan politik yang signifikan dalam kalangan

pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar Institut Pengajian

Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.

Bagi analisis hipotesis kedua:

Hо 2: Tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang

signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan

pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar Johor Bahru.

Jadual 4.5 : Jadual Statistik bagi Tahap Patriotisme Terhadap Negara

dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS.

Keputusan

Mann-Whitney U 936

Wilcoxon W 2211

Z -2.289

Asymp. Sig. (2-tailed) 0.022

Dapatan kajian mendapati nilai perbezaan antara kumpulan

= 0.022 > 0.01. Hipotesis nol ini diterima dan menunjukkan tidak

terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang signifikan

dalam kalangan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut

Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar Johor Bahru.

Page 79: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

62

4.4 Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat di dalam bab 4 ini adalah segala data

mentah pengkaji telah menggunakan ‘SPSS version 15.0’ for windows

(Statistical Package For Social Science) untuk melakukan penganalisisan.

Dengan menggunakan seramai 100 orang responden daripada IPTA dan IPTS

sekitar Johor Bahru dapat melihat pelbagai hasil yang diperolehi berdasarkan

objektif yang dibuat. Walaupun terdapat perbandingan yang ketara atau sama

antara IPTA dan IPTS ini menunjukkan variasi dalam melakukan kajian.

Seterusnya bagi perbincangan hasil daripada data yang diperolehi akan

dibincangkan dalam bab 5.

Page 80: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Hasil daripada analisis yang diperolehi dalam bab 4, bab ini akan

membincangkan dapatan kajian dan merumuskan hasil daripada dapatan analisis.

Selain itu dalam bab ini juga pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan

yang sesuai dengan kesedaran nasionalisme dalam kalangan pelajar Institut

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

sekitar Johor Bahru. Aspek-aspek yang turut terkandung dalam bab ini adalah

ringkasan kajian, perbincangan, rumusan hasil kajian, cadangan dan kajian

lanjutan.

Page 81: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

64

5.2 Ringkasan Kajian

Kajian menggunakan soal selidik yang mengandungi Bahagian A ialah

latar belakang responden, Bahagian B iaitu pengetahuan politik di Malaysia dan

Bahagian C mengenai patriotisme terhadap negara. Kesemua bahagian ini akan

dibincangkan secara terperinci.

5.2.1. Latar Belakang Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan

Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan responden dalam kalangan

pelajar IPTA dan IPTS sekitar Johor Bahru. Responden dipilih secara rawak

sebanyak 100 responden bagi kesemua institut pengajian tinggi. Dalam bahagian

A ini, pengkaji cuba melihat latar belakang responden berdasarkan jantina,

bangsa, agama, pekerjaan bapa atau penjaga, tahun pengajian dan pogram

pengajian.

Berdasarkan jadual 4.1, pelajar perempuan bagi kedua-dua institut adalah

tinggi berbanding pelajar lelaki. Begitu juga bangsa Melayu paling ramai

berbanding bangsa yang lain. Di IPTA tidak terdapat pelajar berbangsa Cina dan

India yang menjawab soal selidik ini dan di IPTS pula tiada pelajar dari bangsa

Page 82: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

65

lain-lain yang menjawab soal selidik ini. Agama Islam bagi kedua-dua institute

IPT adalah tinggi manakala tidak terdapat agama Buddha dan Hindu di IPTA.

Di IPTA mempunyai peratusan yang tinggi bagi bapa atau penjaga yang

bekerja sendiri manakala di IPTS peratusan yang tinggi adalah bekerja di sektor

swasta. Untuk pengetahuan, pelajar yang belajar di IPTA ini mengambil pogram

sarjana muda dan di IPTS pula adalah pogram diploma. Bagi tahun pengajian di

IPTA, tahun 4 mendapat peratusan yang tinggi manakala di IPTS pula adalah

tahun 3 yang mendapat peratusan tinggi.

Akhir sekali adalah mengenai pogram pengajian. Jika dilihat di IPTA

terdapat 6 pogram pengajian dan di IPTS pula hanya 4 pogram. Bagi pogram

SPH(Sarjana Pendidikan Kemahiran Hidup) di IPTA adalah mendapat peratusan

yang tinggi. Untuk IPTS pula peratusan tinggi adalah bagi pogram DTS

(Diploma Teknologi Seni Bina).

5.2.2 Tahap Pengetahuan Politik Dalam Kalangan Pelajar Institut

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

Dalam soal selidik pada Bahagian B adalah tentang pengetahuan politik

di Malaysia. Terdapat 20 soalan yang dikemukakan untuk menguji tahap

pengetahuan politik para responden. Soalan-soalan yang disoal adalah berkaitan

dengan simbol negara, nama pemimpin negara, ideologi negara dan perkara-

perkara yang berkaitan dengan negara Malaysia.

Page 83: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

66

Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa kesemua responden dapat

menjawab enam soalan sahaja iaitu soalan asas mengenai pengetahuan politik di

Malaysia dengan betul seperti agama rasmi negara Malaysia, bunga kebangsaan

Malaysia, bangsa terbesar di Malaysia dan sebagainya. Walau bagaimanapun,

terdapat peratusan yang rendah iaitu soalan yang berkaitan dengan wawasan

2020 dan soalan ahli Dewan Rakyat. Kedua-dua IPT mendapat peratusan yang

rendah untuk kedua-dua soalan ini.

Apa yang dapat dilihat disini, kesemua pelajar mengetahui pengetahuan

asas di Malaysia dan mereka tidak berapa peka terhadap perkara yang baru

digubal oleh parlimen. Ini menunjukkan pengetahuan mereka terhadap poltik di

Malaysia tidak cukup tinggi.

5.2.3 Tahap Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Sekitar Johor Bahru.

Untuk mengukur tahap patriotisme ini pengkaji telah membahagikan

bahagian ini kepada empat bahagian iaitu kesedaran untuk melakukan

tanggunjawab sebagai seorang warganegara Malaysia, kerelaan melindungi

negara, keinginan untuk imegerasi dan perasaan bangga menyambut hari

kebangsaan.

Page 84: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

67

Bagi item pertama iaitu mengenai kesedaran melakukan tanggungjawab

sebagai seorang warganergara dalam kalangan pelajar di IPTA dan IPTS didapati

mempunyai peratusan yang tinggi. Ini menunjukkan mereka sedar akan

tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang rakyat Malaysia. Manakala

bagi item kedua iaitu kerelaan melindungi negara, pelajar di IPTA dan IPTS

bersetuju untuk menghormati pahlawan-pahlawan terdahulu yang berkorban

untuk negara begitu juga kerelaan mereka untuk mempertahankan kedaulatan

dan keamanan negara tercinta.

Untuk item ketiga iaitu keinginan untuk imegerasi pula, pelajar di kedua-

dua institut ini bersetuju menyatakan bahawa Malaysia adalah negara yang aman

dan sesuai untuk didiami serta mereka menunjukkan tidak mahu berpindah ke

negara lain. Akhir sekali iaitu mengenai perasaan bangga ketika menyambut hari

kebangsaan. Analisis menunjukkan pelajar di IPTA dan IPTS bersemangat

ketika menyambut hari bersejarah ini dan ketika menyanyikan lagu Negaraku.

Manakala bagi pelajar di IPTA hanya separuh daripada keseluruhan pelajar

sahaja yang menggantungkan bendera Malaysia ketika musim kemerdekaan, ini

berbeza dengan pelajar di IPTS yang mejoritinya mengantungkan bendera.

5.2.4 Perbezaan Tahap Pengetahuan Politik Dalam Kalangan Pelajar

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian

Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

Hasil jumlah peratusan bagi IPTA dan IPTS pada bahagian ini

didapati jumlah yang diperolehi adalah hampir sama tetapi berada pada

tahap sederhana iaitu tidak mendapat seratus peratus. Ini menunjukkan

tiada perbezaan tahap pengetahuan politik bagi pelajar IPTA dan IPTS.

Page 85: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

68

5.2.5 Perbezaan Tahap Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Institut

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS) Sekitar Johor Bahru.

Pada bahagian ini pula, jumlah peratusan yang diperolehi bagi

IPTS adalah lebih tinggi berbanding IPTA. Ini menunjukkan terdapat

perbezaan antara IPTA dan IPTS.

5.3 Rumusan

Rumusan yang dapat dibuat adalah berdasarkan hipotesis yang telah

dibincangkan dalam bab sebelum ini. Untuk mengukur hipotesis, pengkaji telah

menggunakan Mann Whitney U-Test. Perkaitan akan dibuat berdasarkan analisis

dalam bab 4. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa :

1. Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan politik yang signifikan

dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan pelajar

Institut Pengajian Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru.

2. Tidak terdapat perbezaan tahap patriotisme terhadap negara yang

signifikan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan

pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar Johor Bahru.

Page 86: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

69

5.4 Perbincangan

Perbincangan ini hanya akan menyentuh bahagian pengetahuan politik di

Malaysia serta bahagian patriotisme terhadap negara. Selain itu pengkaji juga

akan menyatakan perbandingan yang dibuat pada kajian lepas iaitu mengenai

nasionalisme dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan

Sekolah Menengah Swasta sekitar Johor Bahru.

5.4.1 Pengetahuan Politik Di Malaysia Dalam Kalangan Pelajar Institut

Tinggi Awam (IPTA) Dan Institut Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar

Johor Bahru.

Jika diteliti dalam ringkasan kajian menunjukkan bahawa tahap

pengetahuan politik di Malaysia dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS adalah

pada tahap sederhana. Ini terbukti bahawa mereka hanya mampu menjawab

enam sahaja yang betul secara seratus peratus manakala 14 soalan lagi pada

peratusan yang tinggi. Walaupun mereka mendapat peratusan yang tinggi bagi

jawapan yang lain, ini terbukti mereka tidak begitu menguasai pengetahuan yang

sepatutnya seorang rakyat perlu tahu.

Bagi kajian lepas yang dilakukan pada 2005, menunjukkkan pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan mampu menjawab tujuh soalan dengan

peratusan yang tinggi tapi begitu juga pelajar Sekolah Menengah Swasta.

Page 87: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

70

Pengkaji melihat senario ini sebagai satu masalah kerana tahap

pengetahuan politik di Malaysia pada pelajar sekolah menengah adalah sama

pelajar di IPT. Sepatutnya pelajar IPT yang lebih matang perlu menunjukkan

penguasaan dari segi pengetahuan politik perlu dicontohi oleh pelajar sekolah

menengah. Bagi institut pendidikan segenap tahap pendidikan ada diterapkan

pembelajaran mengenai nasionalisme seperti di sekolah mata pelajaran Sejarah

adalah merupakan subjek ada dalam kurikulum dan pada peringkat pengajian

tinggi pelbagai mata pelajaran teras berkaitan kenegaraan diterapkan dalam

pembelajaran mereka seperti TITAS, Islam dan Isu-Isu Semasa, Hubungan Etnik

dan sebagainya. Sedikit sebanyak faktor ini sebenarnya memainkan peranan

untuk mendekatkan para pelajar supaya mempunyai nasionalisme dan

patriotisme dalam diri setiap individu.

Pengkaji merasakan penerapan pengetahuan mengenai politik dan asal

usul negara yang dijalankan oleh institut pendidikan tidak boleh disalahkan.

Mereka telah menerapakan budaya ini sejak dari tadika hingga ke peringkat

pengajian tinggi tetapi individu itu sendiri menolak untuk menerima budaya ini

sebagai sebahagian dari diri mereka. Untuk menerapkan pengetahuan mengenai

negara ini merupakan salah satu cabaran utama kepada pendidikan kini untuk

memastikan semua generasi muda dapat memahami negara sendiri dengan penuh

kecintaan. Seperti yang dijelaskan dalam Pelita Bahasa (2010) di bawah tajuk

Cabaran Pendidikan Kini iaitu:

“Hasrat dasar pendidikan kebangsaan ialah memupuk

perpaduan rakyat berbilang kaum melalui sistem

pendidikan yang mengutamakan perkongsian nilai, budaya

dan cita-cita yang sama. Cabaran yang besar adalah untuk

muncul sebagai kuasa pemersatuan yang jitu yang

mendidik murid tanpa mengira kaum, menghargai sejarah

pembinaan negara, bangsa, memahami kepelbagaian dan

Page 88: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

71

menjunjungi aspirasi perpaduan selaras dengan semangat

dan cita-cita Satu Malaysia.”

Seperti yang dibincangkan dalam bab 2 iaitu berkaitan dengan

nasionalisme Malaysia kini iaitu nasionalisme Malaysia berjaya dicapai apabila

wujud rasa sepunya atau esprit de corps yang kuat di kalangan semua rakyat

tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan kepada Malaysia.

Selain itu, pada kajian yang lepas terdapat perbezaan tahap pengetahuan

antara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Swasta.

Ini terbukti dalam ujian –t yang dilakukan iaitu nilai signifikan yang <0.05.

Manakala bagi tahap pengetahuan pelajar di IPTA dan IPTS dengan analisis

yang dibuat menunjukkan tiada perbezaan. Hasil dapatan ini dapat dijelaskan

bahawa kurikulum yang dilaksanakan di institut pengajian adalah berkesan dan

mungkin faktor media juga memainkan peranan yang penting. Seperti yang

dijelaskan dalam bab 2 tentang pengaruh media elektronik dalam membantu

menerapkan semangat nasionalisme dalam kalangan remaja dengan menyiarkan

lagu, pendeklamasian sajak, drama dan forum yang berunsurkan patriotik.

Berbanding dengan media cetak, media elektronik dapat menyampaikan mesej

dengan lebih berkesan.

Walaupun terdapat banyak lagi faktor sama ada dalaman atau luaran yang

dapat mempengaruhi para pelajar khususnya di IPTA dan IPTS, ini semua adalah

terpulang kepada kesedaran mereka untuk menyayangi negara sendiri. Sekarang

kita lihat pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh golongan cerdik pandai yang

tidak tahu menilai sejarah dan asal usul negara mereka sendiri. Para pemimpin

mengharapkan agar golongan cerdik pandai ini dapat menjaga dan memelihara

negara sendiri sebelum ia hancur ditelan oleh kemajuan. Justeru itu, pelajar di

Page 89: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

72

IPTA dan IPTS khususnya perlulah bijak dalam menimbangi pengetahuan

teknologi dan pengetahuan sejarah di Malaysia.

5.4.2 Patriotisme Terhadap Negara Dalam Kalangan Pelajar Institut

Tinggi Awam (IPTA) Dan Institut Tinggi Swasta (IPTS) Sekitar

Johor Bahru.

Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan

patriotisme dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS sekitar Johor Bahru. Hasil

dapatan ini adalah berbeza dengan dapatan kajian sebelum ini iaitu terdapat

perbezaan patriotisme dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

dan Sekolah Menengah Swasta.

Hasil dapatan bagi item kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai

seorang warganegara Malaysia, dilihat penyataan saya lebih mementingkan tugas

berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap negara tidak mencapai

seratus peratus. Walaupun peratusan yang diperolehi adalah tinggi, bagi pengkaji

nilai peratusan ini tidak cukup untuk mengambarkan kepentingan mereka

terhadap negara. Begitu juga pada item kedua tentang kerelaan melindungi

negara pada penyataan „jika Malaysia diserang oleh musuh, saya rela mati untuk

mempertahankan negara‟ dan ‟jika Malaysia menyerah kalah kepada negara lain,

saya akan menentang sepenuhnya‟. Nilai peratusan yang diperolehi tidak

mencapai seratus peratus dan ini menunjukkan mereka tidak sanggup berkorban

demi negara sama ada dari segi kewangan, masa, tenaga dan sebagainya.

Page 90: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

73

Manakala bagi item ketiga iaitu keinginan untuk imegerasi, menunjukkan

hasrat untuk berpindah ke negara lain. Ini ternyata pada penyataan „saya adalah

warganegara Malaysia, saya tidak akan berpindah ke negara lain‟ tidak mendapat

peratusan ya seratus peratus. Akhir sekali pada item keempat iaitu perasaan

bangga ketika menyambut hari kebangsaan. Hasil dapatan menunjukkan pelajar

IPTA dan IPTS tidak mengantungkan bendera Malaysia pada hari kebangsaan.

Walaupun ia merupakan perkara yang mudah tetapi sebenarnya bendera kita

adalah sebagai lambang jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia yang berjiwa

patriotisme. Selain itu, hal ini dilihat sebagai sesuatu yang meruncingkan kerana

golongan ini yang akan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang

telah lama kita capai.

Menurut bab 2 yang membincangkan mengenai remaja dan

nasionalisme, menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor lain yang menjadikan

para pelajar ini kurang semangat kenegaraan seperti kurang penerapan mengenai

pengetahuan dan patriotisme daripada ibu bapa dan golongan yang lebih tua.

Selain itu, mereka menjadikan kelakukan orang dewasa sebagi idola mereka.

Jika orang dewasa itu tidak menunjukkan nasionalisme dan patriotisme terhadap

negara bagaimana golongan pelajar ini untuk menjadi rakyat yang sayang pada

negara.

Pelbagai langkah kerajaan cuba untuk menangani masalah ini seperti

yang biasa dilakukan oleh golongan yang bekerja di agensi kerajaan. Mereka

kerap mengadakan pelbagai kempen dan acara yang melibatkan kenegeraan

secara tidak langsung ibu bapa yang bekerja di agensi kerjaan dapat membawa

bersama-sama keluarga untuk meraikan acara ini. Anak-anak dapat diterapkan

nilai-nilai kenegaraan dalam diri mereka.

Page 91: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

74

5.5 Cadangan

Berdasarkan hasil kajian didapati tahap pengetahuan pelajar di IPTA dan

IPTS adalah berada pada tahap sederhana. Di institut pengajian tinggi telah

memperkenalkan subjek kenegaraan di dalam kurikulum mereka dan pelbagai

aktiviti dan kempen dijalankan berunsurkan nasionalisme turut diadakan.

Hasilnya tahap pengetahuan politik mereka masih tidak memberangsangkan.

Justeru itu, pengkaji mencadangkan di peringkat institut pengajian tinggi untuk

menambahkan lagi subjek kenegaraan yang lebih interaktif dan dapat menarik

minat pelajar untuk belajar seperti pembelajaran sambil beraktiviti.

Selain peringkat institut pengajian tinggi, pihak media juga berperanan

untuk membentuk semangat nasionalisme dan patriotisme dalam kalangan

pelajar IPTA dan IPTS. Seperti yang sedia maklum pelajar lebih suka menonton

atau mendengar hiburan berbanding belajar jadi penerapan unsur-unsur

kenegaraan ini dapat dilakukan dalam bentuk cerita atau lagu. Dengan ini secara

tidak langsung pelajar akan lebih mudah untuk memahami mesej yang perlu

disampaikan.

Tambahan pula pada Kementerian Pembelajaran untuk menjadikan para

pendidik yang mempunyai kekuatan minda, ketangkasan daya fikir dan daya

cipta, kemantapan idealisme dan kekuatan jati diri. Kualiti dan profesionalisme

pendidikan perlu dibangunkan dalam persekitaran budaya cemerlang yang

berpaksikan etos masyarakat berpengetahuan. Justeru itu, pendidik yang

cemerlang mampu melahirkan pelajar yang gemilang.

Page 92: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

75

Selain daripada dapatan kajian terdapat juga cadangan pada kajian ini.

Hasil daripada kajian menunjukkan terdapat kelemahan dari segi soalan dalam

soal selidik. Ini kerana soalan yang diberi adalah sedikit iaitu bahagian B

mempunyai 20 soalan dan bahagian C 12 soalan. Pada kajian yang akan datang

diminta agar menambahkan soalan-soalan yang lebih terkini sesuai dengan

responden yang digunakan.

5.6 Kajian Lanjutan

Kepada pengkaji yang ingin menyambung kajian ini diharap agar

melakukan kajian yang sama terhadap pelbagai etnik di seluruh negeri Malaysia

iaitu meninjau kesedaran nasionalisme dalam kalangan etnik seluruh negeri di

Malaysia. Tujuan kajian ini dijalankan agar pengkaji dapat melihat tahap

nasionalisme berdasarkan etnik di Malaysia yang paling tinggi dan rendah.

Selain itu kajian ini juga boleh dilakukan kepada pelajar yang mengambil

jurusan pendidikan teknik dan vokasional.

Page 93: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

xvi

BIBIOGRAFI

Anthony D.S. Smith and Martin Robertson (1979). Nationalism In The Twentieth

Century. Oxford

Gerard Delanty and Krishan Kumar (2007). The Sage Handbook of Nation and

Nationalism. Ltd. London: SAGE Publication

Musa Hitam (1986). Nationalism Krisis Dan Kematangan. Selangor: Pelanduk

Publication (M) Sdn Bhd.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti

Teknologi Malaysia.

Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pendidikan

Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Bailey, K.D (1992). Kaedah Penyelidikan Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka

Borg, W.R & Gall, M.D (1979). Education Research and Introduction. New York: 3rd

ed.

Logman

Wong Shui Wah (2005). Nasionalisme Malaysia Di Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Dan Pelajar Sekolah Menengah Swasta Sekitar Johor

Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Jeniri Amir (2010). Satu Bahasa Satu Malaysia. Dlm. Padilah Haji Ali . Pelita Bahasa.

Selangor: Dawama Sdn Bhd. 8-11

Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin (2010). Cabaran Pendidikan Kini. Dlm. Padilah Haji Ali

. Pelita Bahasa. Selangor: Dawama Sdn Bhd. 28-29.

Muhammad Lutfi Ishak (2010). Memaknakan Kemerdekaan Melalui Nasionalisme Dan

Patriotisme. Dlm. Padilah Haji Ali . Tunas Cipta. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

4-7

Page 94: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

xvii

Noha Abdullah (1990). Remaja Dan Nasionalisme. Dlm. Dewan Siswa

Roslee Muhamad Robat (1991). Nasionalisme Remaja. Dlm. Dewan Siswa

Razali Che Mat (1994). Melahirkan Patriotisme Dalam Jiwa. Dlm. Dewan Siswa

Zulhilmi Paidi dan Rohani Ab. Ghani (2003). Kenegaraan Malaysia Isu-Isu Dalam

Pembinaan Negara. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Mohd Idris Salleh, Fauziah Shafie & Che Su Mustafa (1994). Sejarah Bangsa Dan

Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.

Abdullah Bin Haji Jaafar (1984). Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur:

Persatuan Sejarah Malaysia

Ramlah Adam (1994). Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ma’rof Redzuan dan Nazaruddin Hj. Mohd Jail (1997). Kenegaraan Malaysia. Universiti

Putra Malaysia: Aslita Sdn Bhd

Masariah Binti Mispai, Johana, Ridzuan Bin Hasan (2004). Kurikulum Bersepadau

Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ronald A. McQueen and Christina Knussen (2006). Introduction To Research Methods

And Statistics In Psychology. England: Pearson Education Limited.

Abdullah Zakaria, Abdul Rahman, Haji (1976). Malaysia in History. Kuala Lumpur:

Persatuan Sejarah Malaysia.

Page 95: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

xviii

LAMPIRAN

Page 96: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

xix

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

Page 97: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOAL SELIDIK

TAJUK :

MENINJAU KESEDARAN NASIONALISME DI KALANGAN PENUNTUT INSTITUT

PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI

SEKITAR JOHOR BAHRU.

Borang soal selidik ini mengandungi Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian A

mengandungi soalan yang berkaitan dengan latar belakang saudara/saudari. Bahagian B dan

Bahagian C adalah berkaitan dengan objektif kajian yang dijalankan.

Segala maklumat yang saudara/saudari berikan adalah SULIT. Diharapkan saudara/saudari dapat

menjawab soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas bagi mencapai objektif kajian ini dijalankan.

Di atas kerjasama yang diberikan oleh saudara/saudari didahului dengan berbanyak terima kasih.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kajian ini.

Sekian, terima kasih.

Page 98: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

2

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

ARAHAN :

i) Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan bagi kenyataan yang berkaitan dengan diri

anda.

1. Bangsa

a. Melayu ( )

b. Cina ( )

c. India ( )

d. Lain-lain ( )

2. Jantina

a. Lelaki ( )

b. Perempuan ( )

3. Agama.

a. Islam ( )

b. Buddha ( )

c. Hindu ( )

d. Kristian ( )

e. Lain-lain ( )

sila nyatakan ________

4. Pekerjaan bapa/penjaga

a. Kerajaan ( )

b. Swasta ( )

c. Bekerja Sendiri ( )

5. Tahun Pengajian ( )

6. Pogram Pengajian _______________________________________________

Page 99: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

3

BAHAGIAN B: PENGETAHUAN SISTEM POLITIK MALAYSIA

Sila jawab semua soalan yang disediakan. Bulatkan jawapan yang sesuai.

1. Persekutuan Tanah Melayu mencapai

kemerdekaan pada

A. 31 Ogos 1967

B. 31 Ogos 1957

C. 13 Ogos 1957

D. 31 September 1957

2. Malaysia dibentuk pada

A. 31 Ogos 1957

B. 16 September 1957

C. 16 September 1963

D. 31 September 1963

3. Sultan yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan

Agong akan memerintah negara selama

A. 5 tahun

B. 3 tahun

C. 1 tahun

D. 7 tahun

4. Berapakah jalur yang terdapat dibendera

Malaysia

A. 15

B. 14

C. 13

D. 12

5. Siapakah nama Yang di-Pertuan Agong

Malaysia sekarang

A. DYMM Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan

Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan

Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

B. DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra

Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed

Putra Jamalullail

C. DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin

Alam Shah Al-Haj

D. DYMM Sultan Azlan Muhibbudin Shah

Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah

Ghafarullahu-lahu

6. Manakah kumpulan di bawah mengandungi 5

prinsip RUKUNEGARA

A. i.Kepercayaan Kepada Tuhan

ii.Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

I iii.Kesucian Perlembagaan

iv.Keluhuran Perlembagaan

v.Kesopanan

B. i.Kepercayaan Kepada Tuhan

ii.Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

iii.Keluhuran Perlembagaan

iv. Kedaulatan Undang-Undang

v. Kesopanan dan Kesusilaan

C. i.Keluhuran Perlembagaan

ii.Kepercayaan Kepada Tuhan

iii.Keluhuran Undang-Undang

iv.Kesetiaan Kepada Raja

v. Kesopanan dan Kemoralan

D. i.Kedaulatan Undang-Undang

ii. Kepercayaan Kepada Raja

Page 100: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

4

iii.Kekuasaan Perlembagaan

iv.Kesopanan dan Kesusilaan

V.Kepercayaan Kepada Tuhan

7. Agama rasmi Negara Malaysia ialah

A. Islam

B. Tiada agama rasmi

C. Kristian

D. Taotism

8. Terdapat 3 komponen dalam Parlimen iaitu

A. Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negeri dan

Dewan Rakyat

B. Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan

Dewan Rakyat

C. Dewan Negara, Dewan Negeri dan Dewan

Rakyat

D. Dewan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan

Bandaran

9. Berapakah bilangan ahli dalam Dewan Rakyat

A. 219

B. 209

C. 129

D. 192

10. Siapakah nama Sultan Johor sekarang

A. D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum

Sultan Iskandar

B. Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-

Haj Ibni Alhmarhum Sultan Ismail

C. Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah

D. Tan Sri Yaacob B. Abd Latiff

11. Bunga kebangsaan Malaysia ialah

A. Bunga Raya

B. Bunga Ros

C. Bunga Orkid

D. Bunga teratai

12. Warna apakah pada bendera Malaysia

melambangkan warna Diraja

A. Kuning

B. Putih

C. Biru

D. Merah

13. Siapakah Perdana Menteri Malaysia dari tahun

2003 sehingga 2009

A. Tun Dr. Mahathir Mohamad

B. Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi

C. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak

D. Tun Hussein Onn

14. Ibu Negara Malaysia ialah

A. Wilayah Persekutuan

B. Kuala Lumpur

C. Shah Alam

D. Johor bahru

15. Malaysia terdiri daripada 3 bangsa yang besar

iaitu

A. Melayu, Cina, India

B. Melayu, Cina , Iban

C. India, Iban, Malanau

D. Malanau, Melayu, Cina

16. Binatang apakah yang menjadi lambang Negara

Malaysia

A. Harimau

B. Beruang

C. Gajah

D. Singa

Page 101: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

5

17. Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah

A. Negara saya

B. Negaraku

C. Terang bulan

D. Bangsaku

18. Bahasa kebangsaan Malaysia ialah

A. Bahasa Inggeris

B. Bahasa Melayu

C. Bahasa Cina

D. Bahasa Tamil

19. Siapakah yang digelar ‘Bapa Kemerdekaan

Malaysia’

A. Tunku Abdul Rahman

B. Tun Abdul Razak

C. Tun Hussein Onn

D. Tun Dr. Mahathir Mohamad

20. Wawasan 2020 ialah

A. Satu dasar yang konkrit

B. Perlembagaan Malaysia

C. Satu ‘crusade slogan’ atau ‘motto’ Malaysia

D. Satu rang undang-undang

BAHAGIAN C: PATRIOTISME TERHADAP NEGARA

Jawab semua soalan yang disediakan. Sila tandakan ( / ) bagi kenyataan yang betul.

Bil Kenyataan Ya Tidak

1 Saya tidak bertanggungjawab keatas tugasan yang

berkaitan dengan negara

2 Saya berasa gembira, jika dipilih untuk menyertai

PLKN

3 Jika diberi peluang, saya mahu bekerja dengan

agensi kerajaan

4 Jika Malaysia diserang oleh musuh, saya rela mati

untuk mempertahankan negara.

5 Jika Malaysia menyerah kalah kepada negara lain,

saya akan menentang sepenuhnya.

6 Saya sangat menghormati pahlawan yang telah

berkorban untuk mempertahankan negara Malaysia.

7 Saya adalah warganegara Malaysia, saya tidak akan

berpindah ke negara lain.

Page 102: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

6

Bil Kenyataan Ya Tidak

8 Saya merasai Malaysia adalah tempat yang terbaik

untuk saya tinggal.

9 Malaysia ialah sebuah negara yang aman,damai dan

selamat

10 Saya berasa sangat bangga semasa menyambut Hari

Kebangsaan.

11 Saya berasa penuh bersemangat semasa

menyanyikan Lagu Kebangsaan

12 Saya menggantungkan bendera Malaysia di hadapan

rumah saya semasa Hari Kebangsaan pada setiap

tahun

-TAMAT-

MENINJAU KESEDARAN NASIONALISME DI KALANGAN PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

AWAM DAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI SEKITAR JOHOR BAHRU.

Page 103: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

xx

LAMPIRAN B

SURAT MEMOHON KEBENARAN MENDAPATKAN MAKLUMAT

Page 104: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

UMI SOLEHA BINTI RADZALI

No. 46, Perlop 3 Lasah

31100 Sg. Siput (U) ,

Perak Darul Ridzuan.

PENGARAH

Universiti Tun Abdul Razak,

Aras 4, Bangunan Perisind,

No.8, Jalan Bukit Timbalan,

8000 Johor Bahru,

Johor Darul Takzim. 2 DISEMBER 2010

TUAN/PUAN,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMBUAT KAJIAN BAGI PROJEK SARJANA

MUDA DI UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

Seperti yang dimaklumkan di atas, saya merupakan mahasiswa dari Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai mengambil Jurusan Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi Kejuruteraan

Elektrik ingin memohon kebenaran daripada pihak Tuan/Puan untuk melakukan kajian di tempat

Tuan/Puan.

2. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, kajian yang saya jalankan ini bertajuk “ Mengenal

Pasti Perbezaan Tahap Nasionalisme Dalam Kalangan Penuntut Institut Pengajian Tinggi

Awam Dan Penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta”. Kajian saya ini adalah menggunakan

kaedah tinjauan. Saya memerlukan responden daripada mahasiswa yang belajar di Universiti Tun

Abdul Razak untuk membantu saya mendapatkan maklumat bagi kajian saya.

3. Di sini saya juga ada melampirkan kertas kerja kajian saya sebagai rujukan pihak Tuan/Puan.

Jika pihak Tuan/Puan membenarkan saya untuk melakukan kajian ini, saya akan mula mengutip

data bermula Januari 2011. Saya berharap agar pihak Tuan/Puan dapat membenarkan saya untuk

melakukan kajian di sini. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amat saya hargai.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

……………………………………..

(UMI SOLEHA RADZALI)

No. Tel : 012-4816710

Page 105: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

xxi

LAMPIRAN C

SURAT PENGESAHAN SOAL SELIDIK

Page 106: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN

81310 SKUDAI, JOHOR

PENGESAHAN DAN PENILAIAN TERHADAP BORANG SOAL SELIDIK BAGI PROJEK

SARJANA MUDA (PSM)

TAJUK :

MENINJAU KESEDARAN NASIONALISME DALAM KALANGAN

PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT

PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI SEKITAR JOHOR BAHRU.

Saya UMI SOLEHA BINTI RADZALI bernombor Matrik AP073046 dari Jurusan Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) –Spe sedang menjalankan projek sarjana

muda bagi memenuhi penganugerahan ijazah sarjana muda bagi semester 2/20102011. Untuk

pengetahuan pihak Tuan/Puan saya berada dibawah penyeliaan PN SANITAH MOHD YUSOF

daripada Jabatan Asas Pendidikan.

Untuk itu saya dikehendaki mendapatkan kesahan untuk setiap item di dalam borang soal selidik

ini. Disini saya turut melampirkan objektif dan persoalan kajian serta borang soal selidik bagi

rujukan Tuan/Puan. Harap pihak Tuan/Puan dapat memberikan kerjasama dengan menilai

borang soal selidik ini.

Page 107: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

PENGAKUAN

Saya dengan ini mengaku bahawa telah menyemak dan menilai item-item yang terdapat di dalam

soal selidik pelajar ini.

Nama Pengsyarah :……………………………………………………………….

Tandatangan :………………………………………………………………

Cop :

Tarikh :………………………………..

Ulasan:

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Page 108: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2010/2011 ... Nama Penyelia No. 46 Perlop 3 Lasah, ... SENARAI KANDUNGAN v ii SENARAI JADUAL x iii SENARAI SIMBOL

1.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

i. Mengenal pasti sistem politik Malaysia dalam kalangan penuntut Institut

Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta di

sekitar Johor Bahru.

ii. Mengenal pasti patriotisme terhadap negara dalam kalangan penuntut

Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian Tinggi

Swasta di sekitar Johor Bahru.

1.2 Soalan Kajian

i. Adakah terdapat perbezaan sistem politik Malaysia dalam kalangan

penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian

Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru?

ii. Adakah terdapat perbezaan patriotisme terhadap negara dalam kalangan

penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dan penuntut Institut Pengajian

Tinggi Swasta di sekitar Johor Bahru?