Upload
phungtuyen
View
224
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : PROFIL PERBEZAAN PRESTASI FIZIKAL ATLIT TAEKWON-
DO (ITF) ANTARA SENIOR DAN JUNIOR NEGERI JOHOR 2003
SESI PENGAJIAN : 2003/2004 Saya : SUZANA BT MD ARIF mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 1801 TAMAN BAKTI,, DR.MOHAD. ANIZU MOHD NOR 16100 KOTA BHARU, Nama Penyelia KELANTAN Tarikh : MAC 2004 Tarikh: MAC 2004
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TDAK TERHAD, sila lampirkan surat dari pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelididkan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penyelia : Dr. Mohad. Anizu Mohd Nor
Tarikh : MAC 2004
PROFIL PERBEZAAN PRESTASI FIZIKAL ATLIT TAEKWON-DO (ITF)
ANTARA SENIOR DAN JUNIOR NEGERI JOHOR
SUZANA BT MD ARIF
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
August 2003
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
………..… ……………………
Nama Penulis : Suzana bt Md Arif
Tarikh : MAC 2004
SUZANA BT MD ARIF
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
August 2003
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
………..… ……………………
Nama Penulis : Suzana bt Md Arif
Tarikh : MAC 2004
iii
DEDIKASI
TO FAMILIES
Abah,mummy,ayah,mak, ayong, kakak,kechik, mimie, kamal,
angah,ayet,diana, adik,.
LECTURES
FRIENDS
THANK YOU SOO MUCH!!! YOU ARE THE COLOUR OF MY LIFE
………….AT LAST…….I’VE FINISHED IT!!!
ME, MYSELF & I
SUZANA MD ARIF
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan
Projek Sarjana Muda ini, sama ada secara lansung atau tidak lansung. Tanpa kalian
semua tidak mungkin projek ini terlaksana.
Galakan, dorongan, sumbangan, serta sokongan yang telah diberikan telah
menguatkan semangat untuk saya menghadapi hakikat dan kenyataan kehidupan
sebenarnya.
Banyak pengajaran yang telah diperolehi dalam dan luar bidang projek ini.
Hidup tidak semudah yang disangkakan. Pelbagai rintangan dan cabaran yang harus
dihadapi walau apa juga keadaan sekalipun.
Sukar untuk dinyatakan satu persatu mereka yang amat dihargai, hanya doa
kerahmatan kalian yang mampu dilakukan bagi membalas jasa dan budi kalian
semua.
Akhir kata dengan adanya projek ini semoga dapat dimanfaatkan pada masa
akan datang. Sekian..
v
ABSTRAK
Seni mempertahankan diri Taekwon-Do yang berasal dari Negara Korea
adalah contoh yang sesuai bg menglobalisasikan sosio-budaya masyarakat dunia. Di
Malaysia taekwon-do mula diperkenalkan pada tahun 1962 oleh pengasasnya sendiri
General Choi Hong Hi. Prestasi sukan ini semakin menarik perhatian masyarakat
pada hari ini. Pencapaian tali calit tali pinggang turut menjadi satu perlumbaan dalam
bidang ini. Persoalannya sejauh mana prestasi sukan dari sudut sains sukan yang
mementingkan kajian saintifik terhadap pencapaian prestasi fizikal? Oleh itu kajian
ini merupakan jawapan sebenar dengan terbentuknya profil perbezaan prestasi fizikal
atlit senior dan junior bagi sukan taekwon-do (ITF) Negeri Johor 2003. Kajian
berbentuk eksperimental ini telah dilaksanakan terhadap 20 atlit Negeri Johor yang
bertanding di peringkat kebangsaan, pada tahun 2003. Subjek adalah teridiri dari 2
kategori senior dan junior yang mempunyai lingkungan umur 13 hingga 18 tahun
bagi junior, 19 hingga 25 tahun untuk kategori senior.Kesemua subjek adalah lelaki.
Terdapat lima ujian kecergasan yang dijalankan oleh setiap subjek bagi tujuan
mengukur komponen kecergasan fizikal tertentu iaitu jangkauan melunjur untuk
ujian bagi fleksibiliti, ujian bangun tubi bagi ketahanan otot bahagian atas badan,
bagi ujian kekuatan kaki, ujian vertical jump, untuk mengetahui tahap keseimbangan
badan digunakan ujian berdiri satu kaki. Manakala ujian 6 second dash adalah untuk
menguji kelajuan subjek. Data mentah yang diperolehi dianalisis dengan
menggunakan SPSS 11.5. Ujian-t digunakan untuk mendapatkan perbandingan
antara prestasi fizikal senior dan junior. Dapatan kajian yang didapati adalah terdapat
perbezaan yang tidak ketara antara prestasi senior dan junior melalui bacaan data
secara deskriptif manakala terdapat perbezaan yang signifikan terhadap semua ujian
yang dijalankan. Rumusannya,kajian ini mendapati bahawa atlit senior menunjukkan
prestasi kecergasan fizikal yang lebih baik berbanding junior bagi atlit taekwon-do
(ITF) Negeri Johor 2003.
vi
ABSTRACT
Martial art of taekwon-do which came from Korea is the example of
globalization part of human social. In Malaysia, taekwon-do was introduced by the
founder itself General Choi Hong Hi.in 1962.The performance of this sport
nowadays had made attraction from the society. The athlete’s achievement of their
belts grade also had been measured. But is there any scientific measurement of this
sport performance in Malaysia? With this issue, a profile of comparatives physical
performance between senior and junior taekwon-do (ITF) athletes of Johore state
2003 have been made. There are 20 of male subjects. The age of junior is between 13
to 18 years old and 19 to 25 for senior category. They have been tested with 5
components of physical fitness; sit and reach for the flexibility, sit-up to measure the
upper limb muscle endurance, vertical jump test to know the explosive power of the
leg, static balance test for balancing and the 6 second dash test for the speed. The raw
data had been analyzed by using the SPSS version 11.5 and the t-test had been done.
The finding of this experimental study shown that there are significant difference in
their physical performance with the entire tests. The senior group is better than the
junior.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI NOMBOR / SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Hipotesis kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Limitasi kajian 7
1.7 Delimitasi kajian 8
1.8 Definisi Operasional 8
viii
II SOROTAN PENULISAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kajian profil fisiologi atlit elit taekwon-do 13
2.3 Profil kajian terhadap kesan dan keperluan fisiologi latihan. 14
III METODOLOGI KAJIAN 15
3.1 Pengenalan 15
3.2 Reka Bentu Kajian 16
3.3 Tempat Kajian 16
3.4 Persampelan 16
3.5 Instrumen Kajian 17
3.6 Prosedur Kajian 18
3.6.1 Pemilihan subjek 18
3.6.2 Taklimat kajian 18
3.6.3 Pembahagian kumpulan 18
3.6.4 Arahan ujian jangkauan melunjur 19
3.6.5 Arahan ujian berdiri satu kaki 20
3.6.6 Arahan ujian bangun tubi 21
3.6.7 Arahan ujian Vertical Jump 22
3.6.8 Arahan ujian 6 second dash 23
3.7 Pembolehubah kajian 24
3.8 Penganalisaan data 25
ix
IV KEPUTUSAN KAJIAN 26
4.1 Pengenalan 26
4.2 Penganalisaan deskriptif 29
4.3 Penganalisaan infrensi 70
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 53
5.1 Pengenalan 53
5.2 Perbincangan 53
5.3 Rumusan 55
5.4 Masalah yang dihadapi 56
5.5 Cadangan 56
BIBLIOGRAFI 57
LAMPIRAN 59
x
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Prosedur ujian jangkauan melunjur 19
3.2 Nilai norma ujian jangkauan.(lelaki) 19
3.3 Prosedur ujian berdiri satu kaki 20
3.4 Nilai norma ujian berdiri satu kaki.(lelaki) 20
3.5 Prosedur ujian bangun tubi 21
3.6 Nilai norma ujian bangun tubi (lelaki) 22
3.7 Prosedur Ujian Vertikal Jump. 22
3.8 Nilai norma ujian Vertical Jump (lelaki) 23
3.9 Prosedur Ujian 6 Second Dash. 23
3.10 Nilai norma bagi ujian 6 second dash (lelaki) 24
4.1 Data mentah subjek kategori senior keseluruhan 27
4.2 Data mentah subjek kategori junior keseluruhan. 28
4.3 Bilangan ,Peratusan Subjek Mengikut Umur 30
4.4 Analisis Ujian –T Prestasi Subjek Senior dan Junior
Dari Segi Ujian Jangkauan Melunjur. 45
4.5. Analisis Ujian –T Prestasi Subjek Senior dan Junior
Dari Segi Ujian Bangkit Tubi. 46
4.6 Analisis Ujian –T Prestasi Subjek Senior dan Junior
Dari Segi Ujian Berdiri Satu Kaki. 48
xi
4.7 Analisis Ujian –T Prestasi Subjek Senior dan Junior
Dari Segi Ujian Vertical Jump. 49
4.8 Analisis Ujian –T Prestasi Subjek Senior dan Junior
Dari Segi Ujian 6 Second Dash. 51
.
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Peratus Subjek Mengikut Umur. 29
4.2 Peratus Subjek Mengikut Berat Badan 31
4.3 Peratus Subjek Mengikut Ketinggian 32
4.4 Perbandingan Mengikut Berat-Subjek
Senior dan Junior 33
4.5 Perbandingan Peratus Subjek Mengikut Ketinggian-Senior dan Junior 34
4.6 Ukuran Pencapain Peratusan Subjek Bagi
Ujian Jangkauan. Melunjur 35
4.7 Perbandingan Tahap FLeksibiliti Subjek Bagi
Ujian Jangkauan Melunjur Antara Peratus. 36
4.8 Peratus Subjek Terhadap Ujian Berdiri Satu Kaki 37
4.9 Perbandingan Ujian Berdiri Satu Kaki dengan
Peratusan Subjek Junior Senior 38 4.10 Keputusan Ujian Bangun Tubi Dengan Peratus 39
Keseluruhan Subjek
xiii
4.11 Perbandingan keputusan ujian -bangun tubi dengan peratusanSenior dan Junior. 40
4.12 Keputusan Peratusan Subjek Terhadap
Ujian Vertikal Jump 41 4.13 Keptusan Ujian -Vertical Jump Antara Peratusan
Subjek Senior Dan Junior. 42
4.14 Keputusan Peratusan Subjek Terhadap Ujian 6 Seccnd Dash 43
4.15 Perbandingan Pencapaian Ujian
6 Second Dash AntaraPeratusan Senior Dan Junior. 44
4.16 Analisis Ujian –T Prestasi Subjek Senior dan Junior
dari Segi Ujian Bangkit Tubi 46
4.16 Analisis Ujian –T Prestasi Subjek Senior dan Junior
Dari Segi Ujian Bangkit Tubi 47
4.18 Analisis Ujian –T Prestasi Subjek Senior dan Junior
Dari Segi Ujian Beri Satu Kaki 49
4.19 Analisis Ujian –TPrestasi Ssubjek Senior danJunior
Dari Segi Ujian Vertical Jump 50
4.20 Analisis Ujian –T Prestasi Subjek Senior dan Junior
Dari Segi Ujian Bangkit Tubi 51
xiv
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
n - Bilangan Markah
∑ - Jumlah
1x - Markat Subjek Pertama
x - Min
ix - Setiap Markah
+ - Positif
- Negatif
= - Bersamaan
ITF International Taekwon-Do Federation,
WTF World Taekwon-Do Federation.
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Analisis data menggunakan SPSS 11.5 59
B Surat pelantikan subjek 67
C Borang rekod kesihatan dan kecergasan diri subjek
bersama borang skor 68
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Terdapat pelbagai jenis seni mempertahankan diri didapati telah wujud di dunia.
Pada mulanya seni pertahankan diri merupakan asas kepada corak kehidupan manusia.
Peradaban manusia terdahulu telah mengamalkan konsep “siapa kuat, maka dialah yang
lebih berkuasa.” Namun konsep tersebut telah berubah pada hari ini kepada sesuatu yang
dianggap amalan pergerakan seni dalam kehidupan seharian dan dijadikan sebagai
medium untuk mengeratkan pelbagai bangsa di dunia serta mampu menyatu-padukan
masyarakat melalui aktivitinya.
Seni mempertahankan diri Taekwon-Do yang berasal dari Negara Korea, adalah
contoh sesuai yang telah menglobalisasikan sosio budaya masyarakat dunia. Semenjak
kewujudan taekwon-do di dunia pada tahun 1955 hingga hari ini sebanyak lebih 200
buah negara telah mengiktiraf sukan taekwon-do. Di Malaysia taekwon-do mula
diperkenalkan pada tahun 1962 oleh pengasaanya sendiri General Choi Hong Hi.
Kejohanan peringkat dunia yang telah dianjurkan oleh negara-negara tertentu dari saban
tahun ke tahun telah membuktikan pertambaahan penyertaan negara-negara di dunia.
Pengaruh budaya seni mempertahankan diri ini telah disebar ke seluruh tanah air dengan
kemasukan ramai jurulatih dari Negara Korea sendiri bermula pada tahun 1963 hingga
ke tahun 1970.
2
General Choi berada di Malaysia selama setahun semenjak bermulanya taekwon-
do bertapak di Malaysia untuk memastikan kedudukan yang kukuh di negara ini.
Kepulangan pengasas ke Korea pada 1964 bermakna kestabilan taekwon-do telah mula
diyakini. Dunia telah menyaksikan pengiktirafan taekwon-do pada 1966 sebagai satu
badan pertubuhan yang diberi nama International Taekwon-Do Federation (ITF).
Murid pertama General Choi. Master Lou Koon Lin adalah ketua jurulatih
pertama di Malaysia pada 1970. Tahun 1972, ITF telah bertukar pusat di Toronto ,
Canada. Setahun selepas itu, disebabkan oleh masalah politik, perpecahan badan ITF
kepada satu lagi badan taekwon-do iaitu World Taekwon-do Federation (WTF).
ITF sekali lagi bertukar pusat pentadbiranya pada tahun 1984 di Vienna, Austria.
ITF mempunyai pelbagai amalan seni disiplin pergerakan dan juga falsafahnya
yang tersendiri. Disiplin-disiplin ini mengaplikasikan kaki dan tangan sebagai asas dan
telah diperkembangkan serta mula dikaji pergerakanya sejak dulu lagi.
Menurut General Choi Hong Hi (1990), Taekwon-Do adalah seni pergerakan kaki dan
tangan yang memerlukan kajian saintifik untuk menciptanya.
1.2 Latar belakang masalah
Di Malaysia perkembangan ITF bermula sejak awal tahun 60-an. Dan dari situ
ITF mula menjadi salah satu dari aktiviti sosial masyarakat di negara ini. Kini ITF maju
setapak lagi dengan pengkomersialan budayanya yang telah menjadi kayu pengukur
terhadap pencapaian individu. Pengukuran tersebut dinilai melalui tahap pencapaian tali
pinggang dan juga jumlah pungutan pingat dalam sesuatu kejohanan ITF.
3
Pada Disember 2003 telah diadakan kejohanan ITF peringkat kebangsaan yang
melibatkan seramai 203 orang peserta dari seluruh negara. Kejohanan tersebut terbahagi
kepada 2 kategori iaitu kategori senior dan juga junior.
Persoalan yang ingin dikaji oleh penyelidik ialah tahap prestasi fizikal yang
sebenar terhadap atlit ITF Negeri Johor walaupun sejarah atlit Negeri Johor yang
sebelum ini telah membuktikan prestasi tinggi selaku barisan yang digeruni di peringkat
kebangsaan. Penyelidik juga ingin mengetahui pasukan atlit ITF Johor dari kategori
mana yang lebih mempunyai tahap prestasi fizikal yang lebih tinggi, sama ada pasukan
senior atau junior.
Sukan taekwon-do memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi untuk
penampilan prestasi yang benar-benar mencapai tahap permintaan sukan itu sendiri.
Latihan sukan seperti taekwon-do pada amnya memerlukan kemahiran-kemahiran
spesifik, namun aspek kesediaan fizikal perlu dititik beratkan kerana tahap kecergasan
fizikal adalah saling berkait rapat dengan komponen-komponen pergerakan motor.
Dengan timbulnya kesedaran pentingnya kecergasan fizikal terhadap prestasi
sukan, maka wujudlah ujian-ujian dan juga proses pengukuran untuk mengetahui kualiti
prestasi kecergasan fizikal yang sebenarnya terhadap seseorang atlit. Definisi kecergasan
fizikal yang dicadangkan oleh Akademi Pendidikan Jasmani Amerika Syarikat (Clarke,
1979) ialah keupayaan melakukan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa rasa
penat yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah
dan sanggup menghadapi cabaran kecemasan yang mungkin timbul.
Selama ini prestasi atlit ITF di Malaysia hanya dipandang melalaui pencapaian
peringkat tali pinggang dan juga pungutan pingat dalam kejohanan semata-mata. Namun
nilai tersebut tidak dianggap konkrit oleh penyelidik kerana tidak ada pengukuran yang
lebih spesifik dan mendalam terhadap prestasi sebenar atlit ITF di Malaysia.
4
Profile fisiologi atlit elit lelaki dan wanita ITF masih belum didokumentasikan
dengan dan tidak diambil perhatian dalam bidang fisiologi sukan dan juga perubatan
sukan (Pieter et al, 1990; Thompson and Vinuezua,1991;Pieter and Pieter,1995;
Drobonic et al).
Pemfokusan terhadap ITF amat berkurangan mengenai aspek profil fisiologi dan
juga perubatan sukan berbanding WTF yang diberi perhatian lebih terhadap kajian-
kajian saintifik prestasi atlit. ( J.Heller, T. Peric, R. Dhouha, E. Kohlikova, J. Melichna
dan H. Nokova,1997)
Terdapat penemuan kajian yang amat kecil bilanganya terhadap fungsi fisiologi
dan keperluan tenaga yang diperlukan dalam semasa atlit beraksi dalam sukan taekwon-
do semasa.(Pieter et al.1990;Thompson and Vinueza, 1991; Pieter and Pieter, 1995).
Terdapat hanya sedikit maklumat kajian mengenai respon kardiovaskular,
mungkin kerana taekwon-do merupakan suatu seni dan tidak dianggap sebagai program
kecergasan.(A F Melhim 2001)
Memandangkan masih belum ada kajian terperinci terhadap prestasi fizikal atlit
ITF di Malaysia, ia telah menimbulkan minat penyelidik untuk mengukur tahap
perbezaan prestasi fizikal atlit ITF antara kumpulan senior dan junior dari Negeri Johor
yang menyertai kejohanan peringkat kebangsaan pada Disember 2003 di Pulau
Langkawi.
Dengan permulaan kajian ini ia dapat membuka mata warga ITF di Malaysia
bahawa pengukuran tidak hanya terhad kepada pencapaian pingat dan calit pada tali
pinggang semata-mata tetapi pendekatan penilaian spesifik yang sempurna, mengikut
pengkaedahan dan tatacara yang bersistematik terhadap atlit turut perlu diambil kira.
5
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Bertujuan untuk mengukur perbezaaan tahap prestasi fizikal subjek antara subjek
ITF senior dengan junior Negeri Johor yang menyertai kejohanan peringkat
kebangsaan 2003, dengan menggunakan 5 ujian kecergasan.
1.3.2 Mengetahui tahap prestasi fizikal atlit ITF Negeri Johor yang menyertai
kejohanan peringkat kebangsaan 2003,melalui komponen kecergasan fizikal.
1.3.3 Mengenalpasti sejauh mana faktor umur dan pengalaman mempengaruhi tahap
prestasi fizikal.
1.4 Hipotesis Kajian
Ho1 = Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap prestasi fizikal antara subjek
senior dan junior
Ha1 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap prestasi fizikal subjek
senior dan junior.
6
1.5 Kepentingan Ujian
Kajian ini mampu memberi maklumat yang bernilai kepada warga ITF di
Malaysia amnya dan kepada jurulatih ITF Negeri Johor khususnya. Hasil kajian ini:
1.5.1 Dapat memberi gambaran jelas untuk menyedarkan pihak-pihak yang tertentu
terutamanya jurulatih sebagai orang yang bertanggungjawab mengetahui detail
pencapaian atlit, tahu bagaimana untuk menguji tahap pencapaian atlit,
mengadakan sistem penyimpanan rekod atlit, dalam memastikan peningkatan
mutu latihan.
1.5.2 Dapat dijadikan panduan untuk merancang corak latihan yang efisyen dan
penetapan target kualiti pencapaian yang sesuai dengan kemampuam atlit.
1.5.3 Dapat meningkatkan kesedaran mengambil berat terhadap kesihatan, kecergasan,
dan kemampuan atlit untuk bertanding.
1.5.4 Dapat menjelaskan kepada atlit terhadap tahap prestasi fizikal mereka, seterunya
sebagai motivasi untuk terus meningkatkan lagi kualiti prestasi sedia ada.
1.5.5 Dapatan kajian dapat diambil untuk kajian lain bagi perbezaan antara sukan-
sukan kombat dengan ITF.