13
KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN Tarian Balai Tarian Balai merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal dari daerah-daerah di negeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna- warni yang diletakan di bawah gelanggang. Payung ini mungkin merupakan simbol pemujaan semangat padi. Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Persembahan Makyong Kelantan dan Wayang Kulit Kelantan yang disampaikan dalam Bahasa Melayu loghat Kelantan juga boleh ditemui di Terengganu. Tarian Gamelan

Budaya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah

Citation preview

Page 1: Budaya

KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN NEGERI

TERENGGANU DARUL IMAN

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Tarian Balai

Tarian Balai merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal dari daerah-daerah di negeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan di bawah gelanggang. Payung ini mungkin merupakan simbol pemujaan semangat padi. Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Persembahan Makyong Kelantan dan Wayang Kulit Kelantan yang disampaikan dalam Bahasa Melayu loghat Kelantan juga boleh ditemui di Terengganu.

Tarian Gamelan

Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikui oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Meriam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman dan telah membawa gamelan ke Terengganu. Muzik ini dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak,

Page 2: Budaya

Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.

Tarian Rodat

Hingga ke hari ini belum dapat dipastikan dengan tepat bilakah Permainan Rodat ini bermula di Terengganu. Mengikut para-para guru rodat di Terengganu, asal Rodat yang sebenarnya ialah dari Timur Tengah. Ini berdasarkan lagu-lagu yang dinyanyikan adalah disalin daripada Kitab Hadrah, begitu juga dengan Rebana Tar yang digunakan hampir sama dengan rebana Hadrah.

Tarian Anak Burung Baniong

Tarian Anak Burung Baniong berasal dari Kampung Kuala Jingai, Hulu Dungun, Terengganu. Tarian etnik ini juga dikenali sebagai Tarian Saba. Para penari melakukan tarian di sekitar pohon Saba diiringi muzik tradisional dan bunyian yang dihasilkan dari buluh disebut 'Kumbang'. Tarian ini pada asalnya ialah tarian ritual, tetapi sekarang ini ia ditarikan hanya demi seni dan hiburan. Tarian itu adalah gabungan dari tiga bentuk seni, iaitu lagu, muzik dan tari. Alat muzik tradisional  seperti Anak Ambang (Buluh), Anak cerating, rebana (drum besar) dan Seruling (flute) menjadikan orkestrasi muzik, sedangkan lagu yang dinyanyikan dalam ayat kontemporari.

Page 3: Budaya

Tarian Ulek Mayang

Tarian Ulek Mayang adalah tarian pra-Islam yang disertai dengan nyanyian dan muzik. Ia berasal dari sebuah pulau terdekat yang tidak diketahui di mana. Ia seperti orkestra Melayu yang terdiri daripada drum, gong, biola dan accordian digunakan (Shafiee Ahmad 1992). Tarian Ulek Mayang adalah tarian menyembah dalam tarian Malayu. Tarian dimulakan dengan orang yang mendapat sakit sama ada ketika dia menangkap ikan, bekerja di sawah atau kegiatan sehari-hari lain dalam masyarakat. Pesakit kemudian akan disembuhkan oleh bomoh dengan cara tradisional. Tujuh pelakon berpakaian cantik mewakili 7 putri yang datang untuk melawat pesakit ketika bomoh itu mengubatnya. Kemenyan akan dibakar disertai dengan pantun dan tarian sepanjang ritual tersebut. Kadang-kadang rebab dan seruling juga digunakan untuk mengiringi nyanyian yang dalam bentuk sajak dan puisi. Meskipun suatu ketika dahulu Tarian Ulek Mayang pernah dilakukan untuk upacara ritual masyarakat Melayu dengan tarikan gerakan yang lembut dan anggun, ia kini telah menjadi salah satu tarian tradisional yang indah dalam budaya Terengganu. (Alih bahasa)

Page 4: Budaya

MAKANAN TRADISIONAL

Mas sejemput adalah salah satu kuih tradisonal Terengganu. Kuih ini diperbuat daripada putih telur

itik.Biasanya kuih ini akan menjadi kuih hantaran perkahwinan atau untuk majlis 

akad nikah.

Kebanyakkan kuih-muih Terengganu di perbuat daripada ikan umpamanya kuih sata

ini. Isinya di perbuat daripada isi ikan dan di campur dengan sedikit tepung.

Dibungkus dalam daun pisang, dicucuk lau di bakar.Kalau nak lebih sedap isinya

biarlah dari ikan tenggiri.

Kenapa di panggil dengan kuih Lompat Tikam, saya pun tak tahu. Tapi rasanya yang

lemak di campur dengan kuah manisan menambahkan rasanya yang lazat.

Page 5: Budaya

Keropok Lekor memang sudah tidak asing lagi bagi penduduk Terengganu bahkan

kepada orang luar juga.Ia menjadi makanan ringan pada waktu petang. Boleh

dimakan dengan hanya merebus dan boleh juga digoreng.

Kalau berkunjung ke Terengganu dan tidak sah kalau tidak menikmati Nasi Dagang

untuk bersarapan. Pergilah mana-mana kedai makan atau gerai- gerai, anda boleh

menikmati Nasi Dagang yang berlaukkan ikan Tongkol atau orang Ganu panggil ikan

Aya.

Laksam ini diperbuat daripada terung berus , direbus dan digulung menjadi Laksam.

Kuahnya pula ialah santan yang di campur isi ikan. Di campur dengan sedikit ulam

dan cili ,rasanya umph..... sungguh enak sekali

Page 6: Budaya

Nasi Pulut Gaul Nyor atau Nyior adalah makanan sarapan pagi bagi penduduk

Terengganu. Pulut ini dimakan bersama ikan kering atau ikan panggang

Ketupat pulut atau ketupat daun palas boleh di dapati di warung-warung untuk

sarapan pagi. Boleh dimakan begitu saja atau dimakan dengan rendang

PAKAIAN TRADISIONAL

Lelaki memakai Baju Melayu berbelah depan dipadankan dengan samping songket dan tengkolok.

Wanita memakai Baju Kebaya potongan lama dari broked Cina dan sarung songket Terengganu.

Page 7: Budaya

Baju Melayu yang dipakai oleh lelaki Melayu di terengganu sejak dahulu dipadankan dengan kain

samping pelikat berdagang luar.

Baju moden berkolar tinngi dipadankan dengan seluar yang asalnya disebut sebagai seluar

pembesar. Pakaian dilengkapi dengan selempang leher yang juga digunakan sebagai ikat

pinggang.

Baju Kurung corak bunga bertabur yang dipadankan dengan kain sarung songket cerah motif teluk

berantai ikatan ombak mengalun. Pakaian ini dilengkapi dengan selendang kain renda yang

digunakan juga sebagai penutup kepala.

Page 8: Budaya

Kebaya pendek kain baldu dipadankan sarung ketat warna-warni menggunakan teknik ikat celup.

Memakai kain kelubung selendang lepas.

Baju Kurung Teluk Belanga potongan moden diperbuat dari kain sari. Kain sarung dipakai cara

tindih kasih.

Cantik-cantikkan busana Pakaian Terengganu, dengan pelbagai corak dan warna memang sesuai

kalau kita jadikan ia pakaian tatkala Hari Raya yang bakal menjelang nanti.Sebagai rakyat

terengganu khasnya, marilah kita sama-sama memelihara busana ini agar ia akan kekal sehingga

ke anak cucu kita dan tidak hanya ditelan zaman....

REKA BENTUK RUMAH

Page 9: Budaya

Rumah Limas Bungkus

Rumah Limas Bungkus ini dikatakan berasal dari Belanda dan British. Senibina jenis

ini mula diperkenalkan di kepulauan Riau sekitar abad ke-17 hingga ke-19. Pada

abad ke-19, ia mula dibina di Terengganu.

Ciri-ciri istimewa rumah jenis ini ialah penggunaan sebatang bumbung yang lurus

mendatar dan empat batang perabung menurun ke cucuran atap. Rumah jenis ini

menggunakan dinding jenis janda berhias dan pian serta dihiasi dengan ukiran. Ia

cukup popular dikalangan raja dan bangsawan. Di Terengganu, terdapat tiga buah

istana yang menggunakan rekabentuk ini iaitu Istana Tengku Anjang dan Istana

Tengku Long di Besut serta Istana Kolam di Kuala Terengganu.

Page 10: Budaya

Rumah Limas Bungkus

Rumah Limas Bungkus ini yang dibina dengan kaedah pasang siap juga turut di

hiasi dengan ukiran kayu yang menarik dan mengagumkan oleh tokoh pengukir

tempatan iaitu saudara Mohd Salizan bin Hj. Abd Rahman daripada Syarikat

Pakatan Jurukir Tradisional Sdn Bhd.

Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri dari pada

sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun

ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerrawang kayu. Rumah jenis ini

mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat.

Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.

Rumah Terengganu dibina daripada kayu cengal, meranti dan kapur. Manakala

atapnya daripada atap tanah dan atap genting senggora.

Rumah tradisi negeri Terengganu iaitu "Rumah Limas Bungkus" memang cukup

indah serta mampu membuatkan hati kita terpegun apabila melihatnya.Hasil seni

pada ukiran kayu di rumah ini sudah cukup menggambarkan betapa hebatnya daya

kreativiti dan keunikan pemikiran masyarakat terdahulu.Oleh kite sebagai orang

ganu kenalah hargai sumbangan orang dahulu nie dengan memeliharanya....