5
PRA SEKOLAH ‘ PUTERA ’ SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR, O5460 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN. ‘ KEDAH GEMILANG’ 3 November 2011 Kepada , Semua waris/penjaga, Murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Iskandar. Tuan / Puan, BULETIN PRA SEKOLAH. Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. HARI KOKURIKULUM Sekolah Kebangsaan Iskandar akan mengadakan satu program keusahawanan yang disebut HARI KOKURIKULUM’. Pelbagai gerai jualan akan dibuka dan penjualan adalah secara tunai.Para waris diminta membekalkan sejumlah wang RM5.00 setiap murid. Program ini dijalankan secara tertutup dan mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 9 November 2011 Hari : Rabu Masa : Waktu persekolahan Tempat: Persekitaran Cafeteria SK Iskandar. 3. LAWATAN DALAM DAERAH Pihak pengurusan prasekolah ‘PUTERA’ SK Iskandar akan mengadakan satu lawatan sambil belajar di dalam daerah Kota Setar mengikut ketetapan berikut; Tarikh: 10 November 2011 Hari : Khamis

Buletin Pra Sekolah 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

buletin

Citation preview

PRA SEKOLAH PUTERA

PRA SEKOLAH PUTERA

SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR,

O5460 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

KEDAH GEMILANG

3 November 2011

Kepada ,

Semua waris/penjaga,

Murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Iskandar.

Tuan / Puan,

BULETIN PRA SEKOLAH.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.2.HARI KOKURIKULUM

Sekolah Kebangsaan Iskandar akan mengadakan satu program keusahawanan yang disebut

HARI KOKURIKULUM. Pelbagai gerai jualan akan dibuka dan penjualan adalah secara tunai.Para waris diminta membekalkan sejumlah wang RM5.00 setiap murid. Program ini dijalankan secara tertutup dan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh:9 November 2011

Hari:Rabu

Masa:Waktu persekolahan

Tempat:Persekitaran Cafeteria SK Iskandar.3.LAWATAN DALAM DAERAH

Pihak pengurusan prasekolah PUTERA SK Iskandar akan mengadakan satu lawatan sambil belajar di dalam daerah Kota Setar mengikut ketetapan berikut;

Tarikh:10 November 2011

Hari:Khamis

Masa:9.00 pagi

Tempat:Istana Anak Bukit dan Kentucky Fried Chicken (KFC) Murid-murid mestilah memakai pakaian uniform prasekolah lengkap berkasut dan berstokin putih. Pengangkutan dan makanan disediakan oleh pihak pengurusan prasekolah. Para waris diminta mengisi surat kebenaran waris yang dilampirkan dan serahkan kepada pihak pengurusan.4.PENUTUPAN TABUNG DAN SUMBANGAN WARISProgram MENABUNG yang dijalankan di kalangan murid-murid prasekolah semenjak bulan Februari 2011 telah tamat pada 31 Oktober 2011. Tabung tersebut akan diserahkan kepada para waris pada majlis penyerahan murid-murid prasekolah ke Tahun 1 (2012) kelak.Bagi sumbangan waris, diminta semua waris mesti menjelaskannya sebelum dan pada 3.11.2011 (khamis) untuk memudahkan pengurusan penutupan akaun.5.INTERAKSI WARISDimaklumkan Prasekolah Putera Sk Iskandar akan mengadakan Hari Interaksi Waris mengikut ketetapan berikut:

Tarikh:8 November 2011

Hari :Selasa

Masa:10.00 pagi

Tempat:Prasekolah PUTERA SK Iskandar

6.MAJLIS PENYERAHAN MURID PRASEKOLAH KE TAHUN SATU (2012)

Majlis tersebut adalah kemuncak persekolahan prasekolah sepanjang tahun dan pada tahun ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh:13 November 2011

Hari:Ahad

Masa:9.00 pagi

Tempat:Bilik Mesyuarat SK Iskandar

Kehadiran para waris adalah diwajibkan selain murid-murid prasekolah. Para waris diminta mengisi surat kehadiran. Berikut dilampirkan tentatif perjalanan majlis:

TENTATIF (ATURCARA)

9.00 pagi-Pendaftaran waris

9.30 pagi-Majlis bermula

-Bacaan doa.

-Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

-Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pemuafakatan Waris 2011

-Ucaptama Penasihat Jawatankuasa Pemuafakatan Waris 2011

-Penyerahan Murid Prasekolah 2011 ke Tahun Satu 2012(Simbolik)

-Penyampaian Sijil & Tabung Simpanan 2011

-Jamuan ringan

-Majlis bersurai.

6.Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amatlah dihargai dan dialu-alukan.

Sekian,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG

Saya yang menurut perintah,

..

()

Guru Prasekolah,

Sekolah Kebangsaan Iskandar,

05460 Alor Setar

sk: 1. Pengerusi Jawatankuasa Pemuafakatan Waris.

2. Fail Jawatankuasa Pemuafakatan Waris 2011.

TENTATIF (ATURCARA)

9.00 pagi-Pendaftaran waris

9.30 pagi-Majlis bermula

-Bacaan doa.

-Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

-Ucapan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pemuafakatan Waris 2011

-Ucaptama Penasihat Jawatankuasa Pemuafakatan Waris 2011

-Penyerahan Murid Prasekolah 2011 ke Tahun Satu 2012(Simbolik)

-Penyampaian Tabung Simpanan 2011

-Majlis bersurai.