24
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: C-05-239-08/2014 ANTARA RABIDIN BIN SATIR PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Temerloh, Pahang Perbicaraan Jenayah No. 45B-03-03/2013 Antara Pendakwa Raya Dan Rabidin bin Satir) KORUM: AZIAH ALI, HMR ROHANA YUSUF, HMR DR. PRASAD SANDOSHAM ABRAHAM, HMR

C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

  • Upload
    dodat

  • View
    361

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

(BIDANGKUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO: C-05-239-08/2014

ANTARA

RABIDIN BIN SATIR … PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA … RESPONDEN

(Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Temerloh, Pahang Perbicaraan Jenayah No. 45B-03-03/2013

Antara

Pendakwa Raya

Dan

Rabidin bin Satir)

KORUM:

AZIAH ALI, HMR ROHANA YUSUF, HMR

DR. PRASAD SANDOSHAM ABRAHAM, HMR

Page 2: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

2

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

[1] Perayu telah dibicarakan dan didapati bersalah terhadap dua

pertuduhan di Mahkamah Tinggi di Temerloh Pahang. Kedua-dua

pertuduhan adalah di bawah seksyen 302 dan seksyen 376(4) Kanun

Keseksaan dan adalah seperti berikut:

Pertuduhan Pertama:

“Bahawa kamu, pada tarikh 7hb Mac 2009, antara jam 11.30 malam hingga

jam 1.50 tengah hari 8hb Mac 2009 bertempat di alamat Lot 4168

Kampung Ketari Bentong, di dalam Daerah Bentong, di dalam Negeri

Pahang Darul Makmur, telah membunuh seorang perempuan bernama

Annie Kok Yin Cheng KPT No: 920606-06-5098, dan dengan itu kamu

telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen

302 Kanun Keseksaan.”

Pertuduhan Kedua:

“Bahawa kamu, pada tarikh 7hb Mac 2009, antara jam 11.30 malam

hingga jam 1.50 tengah hari 8hb Mac 2009 bertempat di alamat Lot 4168

Kampung Ketari Bentong, di dalam Daerah Bentong, di dalam Negeri

Pahang Darul Makmur, semasa melakukan rogol ke atas Annie Kok Yin

Page 3: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

3

Cheng KPT No: 920606-06-5098 telah menyebabkan kematiannya, dan

dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di

bawah seksyen 376(4) Kanun Keseksaan.”

Kes Pendakwaan

[2] Kes Pendakwaan bermula pada 08.03.2009 jam lebih kurang 1.50

petang apabila Helen Kor Ser Yin (SP5) kakak si mati balik ke rumah bapa

tiri mereka, Sew Kok Wee (SP6) di No. 4168, Kg. Ketari, Bentong Pahang.

Apabila sampai di rumah SP5 telah pergi ke bilik adiknya Annie Kok Yin

Cheng (si mati) yang berada di sebelah bawah rumah tersebut. SP5

mendapati bilik si mati tidak berkunci. Beliau nampak banyak darah di atas

katil dan tilam dan si mati berada di atas lantai. SP5 keluar dari bilik

tersebut. Beliau menyangka si mati datang haid dan menunggu si mati

bangun dari tidur.

[3] SP5 kemudian pergi semula dan mengetuk pintu bilik si mati. Apabila

tidak ada jawapan, SP5 masuk ke dalam bilik dan mendapati badan si mati

terasa keras dan sejuk. Pada masa itu, SP5 nampak kesan darah di

bahagian atas badan si mati manakala bahagian pusat ke bawah ditutupi

dengan selimut. Muka si mati pula ditutup dengan tisu putih. Keadaan baju

Page 4: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

4

si mati terangkat sehingga ke bawah bahagian buah dada. Darah juga

terdapat di bahagian leher dan dada si mati yang terbaring dalam keadaan

terlentang. SP5 kemudian menjerit dan bapa tiri mereka (SP6) turun dari

tingkat atas rumah dan masuk ke bilik si mati. SP5 juga mendapati si mati

tidak bernafas lagi.

[4] Si mati kemudian dibawa ke Hospital Bentong menaiki kereta SP6.

SP5 memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya Tan Siew Lin (SP4)

yang ketika itu berada di Kuala Lumpur. SP4 balik dan terus ke bilik mayat

Hospital Bentong dan telah mengecam mayat si mati.

[5] Mengikut SP6 sehari sebelum kejadian iaitu pada 07.03.2009 beliau

berada di rumah bersama anak-anaknya Sew Li Teng, Sew Li Weng, Sew

Wei Keat dan juga si mati. Pada malam tersebut SP6 nampak si mati

bermain komputer seorang diri di luar biliknya. SP6 menonton TV di tingkat

atas. Kali terakhir SP6 nampak si mati ialah pada 11.30 malam semasa si

mati sedang bermain komputer. Kira-kira jam 12.30 pagi SP6 terdengar

satu bunyi macam ada barang terjatuh di dapur. SP6 turun dari tingkat atas

untuk melihat apa terjadi. Pada masa itu beliau mendapati si mati tidak lagi

berada di meja komputer, walaupun lampu masih terpasang. Seterusnya

Page 5: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

5

pada lebih kurang 7.30 pagi esoknya SP6 membuka pintu bilik si mati

dengan menghulur tangannya dari luar bilik untuk menutup suis lampu,

yang terletak berhampiran dengan pintu tersebut. SP6 tidak masuk ke

dalam bilik tersebut. Selepas itu SP6 keluar minum bersama anak-anaknya

Sew Li Teng, Sew Li Weng dan Sew Wei Keat. Mereka balik semula ke

rumah jam 9.30 pagi. Pada jam 11.30 pagi SP6 keluar lagi bersama

kawannya dan pulang ke rumah pada jam 12.30 tengahari.

[6] Apabila SP6 terdengar SP5 menjerit, beliau pergi ke bilik si mati dan

mendapati si mati dalam keadaan terlentang di atas lantai dengan

badannya ditutupi dengan selimut sehingga ke leher. Beliau kemudian

menghantar si mati ke Hospital Bentong.

[7] Kpl Rohani bt Muhamad (SP1) memberi keterangan yang beliau

menerima panggilan telefon daripada Medical Officer Hospital Bentong

pukul 2.02 petang pada hari yang sama. SP1 dimaklumkan bahawa

seorang perempuan Cina telah meninggal dunia akibat dibunuh.

Berdasarkan maklumat tersebut SP1 membuat laporan polis, Bentong Rpt

1168/09 (P5).

Page 6: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

6

[8] DSP Azhar bin Musa (SP9) pada hari yang sama telah dimaklumkan

tentang laporan polis P5. SP9 bersama-sama dengan jurugambar

pasukannya pergi ke tempat kejadian. Beliau menghubungi pihak Forensik

PDRM dan Doktor Pakar Forensik Hospital Kuantan untuk hadir ke tempat

kejadian dan membantu siasatan. Cif Inspektor Nizam bin Hussain (SP13)

daripada pasukan Forensik PDRM datang menjalankan pemeriksaan di

tempat kejadian dengan mengambil sebanyak 37 barang kes yang

diserahkan kepada SP9. Senarai barang adalah saperti di dalam Borang

Serah Menyerah (P34). Di antara barang kes termasuklah satu swab cecair

disyaki air kencing di dalam tandas yang ditandakan “15” dan di‘seal’

Forensik (P55). SP9 juga telah menerima daripada ibu si mati beberapa

barang milik si mati, pakaian yang digunakan oleh ahli keluarga si mati

termasuk satu T-Shirt kekuningan jenama “Jikani” yang ditandakan “A48”

(eksibit P68(a)). SP9 turut menerima daripada Dr. Zahari bin Noor (SP8)

barang-barang kes dan beberapa spesimen pada si mati seperti tersenarai

dalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk

dianalisa. SP9 telah menyerahkan semua barang kes yang diterima

kepada Inspektor Ismantie bin Ismail (SP14).

Page 7: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

7

[9] SP8 telah menjalankan bedah siasat atas mayat si mati. Pemeriksaan

luar mayat si mati dijalankan oleh SP8 dan laporannya dikemukakan di

Eksibit P16. SP8 berpendapat bahawa punca kematian adalah kecederaan

pada leher akibat daripada senjata tajam. SP8 mendapati bahawa

kematian si mati adalah kematian homisid dan dilakukan oleh orang lain

berdasarkan jenis, bilangan dan keparahan kecederaan dan terdapat

kecederaan lain yang menunjukkan “defence wounds”.

[10] SP8 juga telah membuat satu prosedur pemeriksaan kemaluan si

mati dengan menggunakan “Foleycartheter” yang boleh mengumpulkan

cecair terdapat dalam vagina perempuan. SP8 mendapati banyak cecair

yang terkumpul pada hujung “catheter” dan telah diserahkan kepada pihak

polis untuk diuji oleh ahli kimia (eksibit P29).

[11] Dua tahun selepas kejadian ini iaitu pada 14.11.2012 kira-kira jam

6.00 petang Inspektor Mohd bin Mustafa (SP11) telah menerima panggilan

daripada L/Kpl. Fadzly Sham bin Aziz memaklumkan tentang satu peristiwa

seorang lelaki bergelut dengan anggota polis di atas bukit Taman

Sahbandar, Kuantan. SP11 pergi ke tempat kejadian dan mendapati

seorang lelaki (Lelaki Tersebut) yang memakai baju celoreng dalam

Page 8: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

8

keadaan meniarap di atas tanah dengan muka berlumuran darah.

Sementara L/Kpl. Fadzly Sham, Kpl. Suhaimi, Konst. Izwan bin Nordin

berada di atas badan Lelaki Tersebut. Lelaki Tersebut ditangkap. SP11

mengambil barang-barang kes daripada Lelaki Tersebut yang

mengandungi 3 beg silang mengandungi beberapa barang kes. Turut

dijumpai berhampiran lelaki tersebut adalah sepucuk senapang buatan

sendiri, sebatang kuku kambing serta sebilah pisau bersarung. Lelaki

Tersebut dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan. SP11

kemudian membuat Report Bentong 5343/12 (P83) tentang penangkapan

dan rampasan barang-barang kes dan diserahkan kepada SP14.

[12] Semasa dalam tangkapan 18.11.2012, SP14 telah mendapatkan

Lelaki Tersebut untuk menandatangani Borang Kebenaran Pemeriksaan

Untuk Mengambil Spesimen Darah Tertuduh seperti di eksibit P88. SP14

telah membawa Lelaki Tersebut ke Hospital Bentong bagi mengambil

spesimen darahnya. Selepas itu SP14 telah menerima satu sampul surat

mengandungi 2 botol spesimen darah milik Lelaki Tersebut yang ber ‘seal’

Unit Perubatan Forensik Hospital Bentong seperti pada Borang Serahan

Spesimen (eksibit P89). SP14 telah menandakan sampul surat

Page 9: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

9

mengandungi 2 botol spesimen darah sebagai ‘Y65’ (berlabel “Rabidin

Satir”) berkaitan kes Bentong Report P83.

[13] Pada 19.11.2012, SP14 telah menghantar barang kes hasil

rampasan SP11 dan spesimen darah Tertuduh ‘Y65’ kepada ahli kimia Dr.

Yunaneswari C. Swaran. Resit rasmi penerimaan barang kes telah

dikeluarkan kepada SP14 sebagai P10. Dr. Yunaneswari C. Swaran

mengesahkan kesemua barang kes termasuk sampul bertanda ‘Y65’ yang

diterima dalam keadaan baik.

[14] Dr. Yunaneswari C. Swaran (SP7) telah juga menerima surat

daripada SP14 bertarikh 19.11.2012 (P12) meminta untuk membuat

perbandingan keputusan DNA profil spesimen darah ‘Y65’ dengan

keputusan DNA dalam 7 laporan kimia yang lain termasuklah (PJ)FOR

2565/09-0 (Eksibit P7). Eksibit P7 adalah laporan kimia oleh Pegawai

Kimia, Puan Nor Aidora (SP10) yang dibuat berkait dengan kematian si

mati (Laporan Polis P5).

[15] Setelah menjalankan analisis perbandingannya SP7 mendapati

bahawa profil DNA yang diperoleh daripada spesimen darah ‘Y65’ (berlabel

Page 10: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

10

“Rabidin Satir”) adalah berpandangan dengan profil DNA yang diwakil oleh

‘Male 1’ dalam laporan DNA dalam eksibit P7 yang berkaitan dengan

Laporan Polis di P5 mengenai kejadian kematian si mati. Laporan

perbandingan DNA oleh SP7 adalah di eksibit P11. Lanjutan daripada

laporan perbandingan ini pihak pendakwa menghujahkan bahawa Lelaki

Tersebut adalah orang yang sama yang didapati terlibat dalam kes

kematian si mati iaitu perayu. Di atas keterangan DNA itu YA Hakim bicara

menerima hujahan pendakwa raya bahawa perayu adalah orang yang

terlibat dalam kes pembunuhan si mati.

Kes prima facie

[16] Di akhir kes pendakwaan bagi pertuduhan bawah seksyen 302

Kanun Keseksaan YA Hakim bicara mendapati pihak pendakwaan telah

berjaya menimbulkan satu kes prima facie terhadap perayu. YA Hakim

bicara mendapati segala intipati kesalahan di bawah seksyen 302 telah

terbukti setelah menilai keterangan pihak pendakwa secara maksima,

seperti kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah dan prinsip-prinsip

yang mantap yang diputuskan di dalam kes Looi Kow Chan v PP [2003] 1

MLJ 734; Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 83 serta PP v Sidek bin

Abdullah [2006] 1 CLJ 314.

Page 11: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

11

[17] Intipati pertama bahawa si mati Annie Kok Yin Cheng telah mati, jelas

dibuktikan daripada pengecaman oleh ibunya SP4, dan juga pengesahan

SP8 yang menjalankan bedah siasat ke atas si mati. Pihak pendakwa juga

telah membuktikan kematian si mati adalah akibat bencana tubuh atau

kecederaan tubuh yang dialaminya. Keterangan SP8 menjelaskan bahawa

si mati mengalami kecederaan yang teruk di leher iaitu tetakan atau hirisan

dengan senjata tajam pada leher. Akibatnya salur darah “carotid” dan

“jugular” terpotong yang mengakibatkan kehilangan darah dan

menyebabkan kematian. Adalah jelas mengikut SP8, punca kematian

adalah kecederaan pada leher si mati akibat daripada senjata tajam.

[18] Identiti perayu pula ditentukan melalui perbandingan DNA profil yang

dibuat daripada spesimen darah ‘Y65’ dalam kes Laporan Polis P83

dengan Laporan DNA dalam kes si mati P5.

[19] YA Hakim bicara mendapati profil DNA “Male 1” adalah berpadanan

dengan profil DNA daripada spesimen darah yang diambil daripada Lelaki

Tersebut “Y65” (berlabel “Rabidin Satir”) seperti analisa dan perbandingan

yang telah dijalankan oleh SP7 dan dilaporkan di Laporan Perbandingan

P11. Dengan itu, profil DNA yang terdapat pada barang-barang kes yang

Page 12: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

12

dijumpai pada pakaian dan kemaluan serta di paha kiri dan kanan si mati

serta di dalam bilik air tempat kejadian adalah milik (“Male 1” dalam kes

P5) ialah perayu. Melalui keputusan DNA ini adalah jelas terbukti yang

perayu adalah orang yang bersama-sama si mati semasa kejadian.

[20] Mengenai pertuduhan di bawah seksyen 376 pula, SP8 disoal balas

tentang berkemungkinan si mati telah dihiris dahulu atau dicederakan

dahulu sebelum dirogol. SP8 dalam keterangannya semasa disoal balas

mendapati bahawa terdapat kemerahan di bahagian “labia minora” si mati

yang menunjukkan berlaku penetrasi. Ini menunjukkan kejadian rogol baru

berlaku. Keterangan-keterangan tersebut menjurus kepada satu

kesimpulan bahawa kejadian rogol dan membunuh berlaku dalam masa

yang sama.

[21] Berdasarkan keterangan-keterangan DNA yang menemui profil DNA

perayu di pakaian dan dalam kemaluan serta di badan si mati serta

keterangan SP8 menunjukkan bahawa orang yang melakukan rogol adalah

orang yang sama yang melakukan kecederaan menyebabkan kematian si

mati; atas penilaian maksima keterangan-keterangan saksi pendakwaan,

Mahkamah mendapati pihak pendakwa telah berjaya membuktikan satu

Page 13: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

13

kes prima facie bagi kedua-kedua pertuduhan terhadap perayu dan

memanggil perayu membela diri. Perayu telah memberikan keterangan

secara bersumpah tanpa mengemukakan saksi-saksi lain.

Kes Pembelaan

[22] Mengikut perayu dia dilahirkan di Limbang Tambunan Indonesia,

datang ke Malaysia melalui ejen pekerja. Beliau kata beliau ditipu oleh ejen

pekerja tersebut. Beliau telah bekerja di berbagai tempat dan seterusnya

perayu pergi ke Bentong dari Kuala Lumpur. Perayu bekerja di

supermarket di Bentong dan kemudian diberhentikan. Perayu selepas itu

memungut tin kosong untuk dijual.

[23] Pada hari sebelum kejadian iaitu 7.3.2009 kira-kira jam 6.00 pagi

perayu berkata beliau telah pergi ke suatu tempat untuk memancing ikan

dan kemudian menjual ikan di bandar. Hasil daripada jualan ikan, perayu

membeli arak dan mabuk dan seterusnya tertidur di kaki lima. Pada waktu

subuh 8.3.2009, perayu dikejutkan oleh seorang penjual sayur berbangsa

Cina berambut hitam dan memakai topi. Menurut perayu tempat yang

beliau tertidur ialah pasar sayur Bentong. Namun perayu tidak mengingati

siapa perempuan Cina tersebut.

Page 14: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

14

[24] Perayu seterusnya menceritakan bahawa pada bulan Mac 2009

sewaktu ingin mengambil buah jering, seorang yang tidak dikenali telah

datang membawa kayu dan memukul beliau di bahagian tengkok dan

berlaku pergelutan. Orang tersebut telah duduk di atas badan perayu.

Perayu kata beliau tidak tahu sama ada orang tersebut cedera atau tidak

tetapi perayu selepas itu telah dipukul di kepala sewaktu beliau ditangkap.

[25] Semasa di lock-up, perayu kata beliau telah dipukul, dipijak di

pinggangnya oleh 4 orang polis. Beliau kemudian dibawa ke hospital untuk

rawatan. Menurut perayu juga ingatan beliau mula kurang sejak dipukul di

bahagian kepala.

[26] Perayu berkata tidak mengenali si mati apabila ditunjuk gambar di

eksibit P6(1) dan (2). Katanya beliau tidak pernah nampak dan tidak

pernah pergi ke tempat kejadian seperti dalam gambar di eksibit P8(1), (2)

dan (3). Perayu menafikan merogol si mati, menafikan pernah pecah

masuk ke rumah tersebut pada 7.3.2009 ataupun pada 8.3.2009.

Page 15: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

15

Dapatan Hakim Mahkamah Tinggi

[27] Di akhir kes pembelaan YA Hakim bicara mendapati pembelaan

perayu adalah hanya penafian semata-mata. Keterangan perayu tidak

mempunyai apa-apa penjelasan yang munasabah. Perayu hanya

menafikan pernah masuk ke rumah si mati pada 7 dan 8 Mac 2009 dan

seterusnya menafikan merogol si mati serta tidak pernah mengenali si

mati. Dengan itu YA Hakim bicara berpendapat keterangan perayu hanya

satu penafian kosong sahaja. Berdasarkan kes PP v Ling Tee Huat [1982]

2 MLJ 326; PP v Tan Hon Tong [1993] 3 CLJ 232) penafian semata-mata

bukan suatu pembelaan.

[28] YA Hakim juga mendapati tiada apa-apa notis alibi diberikan oleh

perayu kepada pendakwa raya untuk menunjukkan bahawa perayu tidak

berada di tempat kejadian, dan perayu tertidur kerana mabuk dari 7.3.2009

sehingga subuh 8.3.2009. Perkara tersebut juga tidak dibangkitkan oleh

perayu semasa saksi-saksi pendakwa memberikan keterangan. Dengan itu

YA Hakim mendapati pembelaan perayu adalah satu pembelaan yang

berbentuk pemikiran terkemudian (afterthought).

Page 16: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

16

[29] Tiada penjelasan juga diberikan oleh perayu tentang bagaimana

terdapat kesan air mani perayu di bahagian kemaluan, pakaian dan paha

kiri dan kanan si mati seperti yang dinyatakan dalam keterangan saksi-

saksi pendakwaan. Kewujudan air mani perayu tersebut juga tidak pernah

dipersoalkan semasa saksi-saksi pendakwaan memberikan keterangan.

[30] Mahkamah juga memerhatikan tingkah laku perayu semasa

memberikan keterangan. YA Hakim mendapati perayu sering mengambil

masa yang lama untuk menjawab sesuatu soalan dan kebanyakan soalan

dijawab dengan “tidak ingat” dan “tidak tahu”.

[31] Dengan itu YA Hakim bicara memutuskan yang keterangan perayu

tidak berjaya menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes

pihak pendakwa sebaliknya pihak pendakwa telah berjaya membuktikan

kesnya melampaui keraguan yang munasabah bagi pertuduhan bawah

seksyen 302 Kanun Keseksaan. Perayu didapati bersalah dan disabitkan

dengan kesalahan bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Perayu juga

dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Page 17: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

17

[32] Berhubung dengan pertuduhan kedua di bawah subseksyen 376(4)

Kanun Keseksaan, pihak pembelaan membangkitkan bahawa terdapat

bukti yang menunjukkan perbuatan rogol itu berlaku semasa si mati telah

mati dan merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Rudy bin Jupri v PP

[2012] MLJU 1447.

[33] Berdasarkan hujahan yang dibangkitkan, YA Hakim bicara merujuk

semula kepada keterangan SP8 semasa disoal balas oleh peguam yang

mengatakan beliau berpendapat berkemungkinan juga si mati disembelih

atau dihiris dahulu kemudian berlaku penetrasi. Oleh itu, Mahkamah

mendapati timbul keraguan sama ada si mati dirogol ketika masih hidup

atau setelah mati. Berdasarkan nas kes Mahkamah Rayuan tersebut, YA

Hakim bicara mendapati telah timbul satu isu yang meragukan kes

Pendakwaan, terhadap pertuduhan bawah seksyen 376(4) Kanun

Keseksaan. Oleh itu, perayu dilepas dan dibebaskan bagi pertuduhan di

bawah seksyen 376(4) Kanun Keseksaan. Keputusan ini tidak dirayukan

oleh pendakwa raya.

Page 18: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

18

Rayuan

[34] Walaupun di dalam Petisyen Rayuannya beberapa alasan telah di

kemukakan, di hadapan kami peguam perayu hanya berhujah atas satu

alasan sahaja. Peguam perayu berhujah bahawa terdapatnya keraguan

berkenaan dengan integriti keterangan DNA yang dikemukakan di

Mahkamah. Peguam perayu berhujah atas 3 sebab kenapa laporan DNA

yang disandarkan untuk membuktikan identiti perayu adalah meragukan.

Pertamanya, terdapat kemungkinan yang DNA yang diperolehi pada masa

kejadian tahun 2009 sudah tercemar apabila dibandingkan dengan DNA

yang di perolehi dua tahun kemudiannya iaitu pada tahun 2012. Keduanya

YA Hakim bicara gagal mengambil kira terdapatnya percampuran DNA

yang lain dan seterusnya ada terdapat penyumbang lain yang tidak dapat

dikenal pasti.

[35] Berikutan daripada isu mengenai DNA, peguam perayu berhujah

bahawa tiada keterangan yang benar-benar kukuh untuk mengaitkan

perayu dengan kematian si mati dan tiada bukti kukuh dikemukakan untuk

menunjukkan bahawa DNA yang ditemui semasa kejadian pada tahun

2009 telah disimpan dengan baik dan tidak tercemar. Tiada keterangan

Page 19: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

19

berhubung langkah-langkah penyimpanan yang telah diambil oleh Pegawai

Forensik untuk memastikan DNA tersebut terjamin daripada tercemar.

[36] Peguam perayu juga berhujah bahawa terdapat DNA asing yang

ditemui di tempat kejadian yang tidak dapat dikenal pasti. Lagi pun

mengikut peguam laporan P11 ialah laporan yang cacat kerana SP7 hanya

menerima satu sampel sahaja iaitu ‘Y65’ dalam membuat perbandingan

dengan laporan kimia dalam kes P5. Kewujudan banyak penyumbang lain

bagi DNA dan ketiadaan sebarang senjata dijumpai di tempat kejadian

menambahkan kecacatan pendakwaan kes ini.

[37] YA Hakim bicara di dalam Alasan Penghakimannya juga telah

meneliti isu mengenai perbandingan DNA seperti berikut:

“ [23] Lapuran perbandingan (P11) oleh SP7 adalah boleh diterima

memandangkan ia bertujuan membincangkan profil DNA darah ‘Y65’

(berlabel “Rabidin Satin”) dengan keputusan profil DNA yang

diperolehi dari barang-barang kes yang dianalisa oleh SP10

berkaitan kes ini. Menurut SP7 dan SP10 bahawa perbandingan

DNA darah ‘Y65’ dengan profil DNA “Male 1” dalam lapuran SP10

(PJ)FOR 2365/09-0(P7) adalah tepat. Ketepatan SP10 mendapatkan

Page 20: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

20

profil DNA “Male 1” dan profil DNA dari barang-barang kes ini dan

ketepatan SP7 menjalani profil DNA dari darah ‘Y65’ tidak tergugat

dan tidak pernah dicabar oleh pihak peguam. Oleh itu Mahkamah ini

menerima lapuran perbandingan (P11) yang dijalankan oleh SP7.”

Kami bersetuju dengan dapatannya dan tidak ada sebab bagi kami

mengubah satu dapatan berlandaskan alasan yang kukuh.

[38] Mengenai borang kebenaran mengambil darah P88 peguam berhujah

bahawa ia tidak boleh diterima kerana tidak dibuat melalui borang khas

tetapi menggunakan kepala surat Polis Diraja Malaysia. Kami dapati

hujahan ini tidak bermerit. Apa yang pentingnya ialah kebenaran perayu

telah diperolehi untuk mengambil sampel darahnya. Perayu tidak

mencabar yang kebenarannya telah diperolehi. Malah kalau pun

kebenarannya tidak diperolehi dan dihujahkan bahawa keterangan ini di

perolehi secara tidah sah, namun keterangan tersebut masih boleh di

terima asalkan ianya relevan sebagaimana diputuskan di dalam kes Hanafi

bin Mat Hassan v PP [2006] 4 MLJ 134. Tiada cabaran daripada pihak

peguam perayu bagi perkara tersebut di Mahkamah Tinggi.

Page 21: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

21

[39] Mengenai hujahan peguam perayu yang kemungkinan spesimen

DNA perayu adalah bercampur, kami dapati isu ini telah juga diberi

penelitian yang terperinci oleh YA Hakim bicara di perenggan 22 Alasan

Penghakiman seperti berikut:

“ [22] Walaupun terdapat satu profil DNA bercampur yang terdiri

daripada profil DNA mangsa dan profil DNA seorang individu yang

tidak dikenali yang bukan dari profil DNA ‘Male 1’ pada baju T-Shirt

bertanda ‘A48’ (eksibit Mahkamah P68(a)) sepertimana yang

dinyatakan dalam analisa SP10, namun berdasarkan keterangan

SP9 yang menyatakan ibu si mati pada 9/3/2009 jam 5.00 petang,

selepas kejadian, telah menyerahkan barang-barang milik si mati dan

pakaian yang digunakan oleh ahli keluarga si mati iaitu termasuk T-

Shirt bertanda ‘A48’, menunjukkan bahawa T-Shirt itu bukan T-Shirt

yang dipakai oleh si mati semasa kejadian. Menurut SP8 baju kemeja

yang dipakai oleh si mati telah diambil semasa bedah siasat

dijalankan dan diserah kepada polis yang kemudian ditandakan

sebagai ‘A23’ (eksibit Mahkamah P18(b)). Menurut SP10 pula barang

kes ‘A23’ ini mempunyai kesan darah si mati. Berdasarkan

keterangan-keterangan saksi SP8 menunjukkan T-Shirt ‘A48’ bukan

pakaian yang dipakai oleh si mati semasa kejadian. Di samping itu

Page 22: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

22

dari analisa SP10 terhadap seluar pendek ‘A25’ mendapati terdapat

kesan darah dan kesan air mani yang mana kesan darah itu dari milik

si mati dan kesan air mani milik “Male 1” iaitu Tertuduh. Sementara

itu terdapat kesan air mani milik “Male 1” iaitu Tertuduh pada seluar

dalam ‘A26’ yang dipakai oleh si mati. Dengan kesan air mani

Tertuduh ditemui di seluar dalam dan seluar pendek si mati di

samping kesan air mani Tertuduh ditemui di kemaluan dan paha kiri

dan kanan si mati serta kesan kemerahan dan geselan baru di

kemaluan mangsa dan juga kejadian bunuh serta rogol dilakukan

dalam masa yang sama seperti dijelaskan oleh SP8, menunjukkan

bahawa tiada orang lain selain Tertuduh adalah orang yang terakhir

bersama si mati. Dengan itu keujudan profil DNA orang lain pada T-

Shirt ‘A48’ yang tidak dipakai oleh si mati, tidak menjejaskan kes

pihak pendakwaan…”

[40] Manakala peguam perayu tidak pernah mempersoalkan keujudan

profil asing ini dan tidak pula membangkitkan keujudan orang lain selain

daripada perayu semasa kejadian. Kami setuju dengan dapatan YA Hakim

bicara bahawa keujudan orang lain selain perayu tidak berbangkit sama

sekali. Dengan itu, kami mendapati hujahan perayu terdapatnya DNA

Page 23: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

23

bercampur dengan DNA perayu telah dijelaskan dengan teliti oleh YA

Hakim bicara. Kami tidak ada sebab untuk memutuskan sebaliknya

sepertimana yang dikatakan oleh YA Hakim bicara.

[41] Setelah kami meneliti rekod rayuan kami tidak mendapati apa-apa

kekhilafan daripda segi fakta atau undang-undang untuk kami mengubah

keputusan YA Hakim bicara. Di atas keterangan di dalam rekod rayuan

kami dapati sabitan terhadap perayu adalah wajar dan selamat. Kami

dengan itu menolak rayuan perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman

oleh Mahkamah Tinggi.

t.t. ROHANA YUSUF Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh: 11 Februari 2016 Peguam Perayu: Puan Suzanawati binti Ismail Tetuan Suzana Ismail & Partners Peguambela dan Peguamcara No.26 Jalan Galena 7/24, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Peguam Responden: Puan Tetralina binti Ahmed Fauzi Timbalan Pendakwa Raya

Bahagian Perbicaraan & Rayuan Aras 5, No. 45, Lot 4G7 Presint 4, Persiaran Perdana 62100 PUTRAJAYA.

Page 24: C-05-239-08-2014- Rabidin bin Satir vs Pendakwa Raya · PDF filedalam laporan bedah siasat (P16) selepas bedah siasat dilakukan untuk dianalisa. ... SP8 telah menjalankan bedah siasat

24