3
USUL PENUBUHAN UNIT KESATUAN PENDUDUK TAMAN SUBANG MUKADDIMAH Setiap individu muslim adalah ibarat batu – bata bagi sesebuah bangunan. Kekurangan satu bata akan mengakibatkan kecacatan bagi bangunan tersebut kerana setiap bata menguatkan antara satu dengan yang lain, lantas menjadi suatu bangunan yang utuh dan menjadi tempat berteduh bagi setiap yang berada di dalamnya. Perumpamaan yang indah ini telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-ash’ari di dalam hadith sohih bukhari, sebagai petunjuk agar umat islam bersatu padu. PENGENALAN “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara-saudaramu.” Ayat daripada surah Al-Hujurat ini jelas menunjukkan kepentingan umat islam untuk bersatu padu. Kesatuan dalam kejiranan sangat dituntut di dalam islam. Ia bagi menjamin keutuhan hubungan, keselamatan dan keharmonian sesebuah masyarakat setempat. Atas kefahaman inilah, kertas cadangan ini ditulis. JUSTIFIKASI PENUBUHAN * Pemerhatian umum terhadap kekerapan jemaah ke masjid adalah statik dari segi umur dan jumlah Sebahagian penduduk taman subang tidak mengenali antara satu dengan yang lain Banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan hasil saling kurang mengenali antara sat sama lain OBJEKTIF 1) Membina sebuah kejiranan muslim yang selamat, harmoni dan bekerjasama 2) Memperkukuh hubungan antara jiran – jiran muslim.

Cadangan Usul

Embed Size (px)

DESCRIPTION

usul yang di cadangkan di masjid di kelana jaya dengan tujuan agar penduduk di qaryah hidup dalam keadaan harmoni.

Citation preview

Page 1: Cadangan Usul

USUL PENUBUHAN UNIT KESATUAN PENDUDUK TAMAN SUBANG

MUKADDIMAH

Setiap individu muslim adalah ibarat batu – bata bagi sesebuah bangunan. Kekurangan satu bata akan mengakibatkan kecacatan bagi bangunan tersebut kerana setiap bata menguatkan antara satu dengan yang lain, lantas menjadi suatu bangunan yang utuh dan menjadi tempat berteduh bagi setiap yang berada di dalamnya. Perumpamaan yang indah ini telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-ash’ari di dalam hadith sohih bukhari, sebagai petunjuk agar umat islam bersatu padu.

PENGENALAN

“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara-saudaramu.” Ayat daripada surah Al-Hujurat ini jelas menunjukkan kepentingan umat islam untuk bersatu padu. Kesatuan dalam kejiranan sangat dituntut di dalam islam. Ia bagi menjamin keutuhan hubungan, keselamatan dan keharmonian sesebuah masyarakat setempat. Atas kefahaman inilah, kertas cadangan ini ditulis.

JUSTIFIKASI PENUBUHAN

* Pemerhatian umum terhadap kekerapan jemaah ke masjid adalah statik dari segi umur dan jumlah

Sebahagian penduduk taman subang tidak mengenali antara satu dengan yang lain Banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan hasil saling kurang mengenali antara sat

sama lain

OBJEKTIF

1) Membina sebuah kejiranan muslim yang selamat, harmoni dan bekerjasama2) Memperkukuh hubungan antara jiran – jiran muslim.3) Menambah bilangan Jemaah masjid Al-Ikhlas di kalangan penduduk Taman Subang.

STRUKTUR ORGANISASI

- Unit kesatuan penduduk islam Taman Subang diletakkan di bawah Biro Dakwah- Dianggotai oleh seorang ketua unit dan 2 orang ahli unit

BIDANG TUGAS

Merancang dan mengurus aktiviti berkaitan hubungan penduduk islam Taman subang

Page 2: Cadangan Usul

Memastikan hubungan silaturrahim antara penduduk Islam Taman Subang erat dan juga mengenali antara yang lama dan baru, yang muda dan warga emas.

Mewujudkan komuniti yang mesra dan tolong menolong antara satu sama lain.

CADANGAN AKTIVITI

- Menganjurkan aktiviti ziarah – menziarahi di antara ahli qaryah (lelaki) secara tersusun. Kekerapan sebulan 2 kali

- Menganjurkan aktiviti ziarah menziarahi di kalangan penduduk (wanita)- Menganjurkan aktiviti bersama di antara ahli qaryah. - Meneruskan aktiviti takbir rumah ke rumah- Menganjurkan masakan bubur lambuk mengikut rumah, lorong dll- Mengadakan mesyuarat untuk menganjurkan aktiviti yang boleh melibatkan golongan muda

dan tua sekaligus- Menganjurkan malam akademik di masjid untuk anak – anak qaryah yang masih belajar di

sekolah menengah, bagi membantu mereka di dalam pelajaran.

PENUTUP

Usul cadangan ini dibuat semata- mata ingin melihat keharmonian hidup dan kerukunan tetangga di kalangan ahli qaryah taman subang. Moga-moga usaha kecil dan tidak seberapa ini diterima oleh Allah swt sebagai penimbang amal kebajikan, juga moga usul ini dapat diluluskan oleh pihak – pihak di dalam mesyuarat agong kelak.