Upload
others
View
18
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Persatuan Insaf Murni Malaysia
Ke Arah Masyarakat Bebas Dadah Persatuan Insaf Murni Malaysia (PIMM) ditubuhkan pada tahun 2006 dengan objektif untuk
membantu membasmi penyalahgunaan dadah hingga ke akar umbi, membawa bekas
pengguna dadah ke arah kehidupan yang lebih baik dan berkualiti serta menerapkan nilai-nilai
agama dan kerohanian dalam jiwa mereka. Antara program yang dijalankan oleh PIMM ialah
Program Penggantian Metadon (MMT) dan Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan
(NSEP).
Pengurusan Persatuan ini diketuai oleh golongan profesional dan pakar perubatan serta dibantu oleh
ahli-ahli yang terdiri daripada bekas pengguna dadah yang telah stabil dalam rawatan untuk
menjayakan program-program Persatuan. Selain dua program utama iaitu MMT dan NSEP, PIMM
juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti rawatan perubatan, pemulihan psikososial,
kaunseling, rumah perlindungan serta kerjasama dengan pihak berkuasa seperti AADK, PDRM dan
KKM dalam membasmi penyalahgunaan dadah.
Pada tahun 2009, PIMM telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti, antaranya Program Taklimat
Kaedah Rawatan Metadon AADK di Stadium Kajang, Program Majlis Berbuka Puasa NSEP di
Masjid Jamek Kajang, Sambutan Hari AIDS Sedunia 2009 yang diadakan di Universiti Kebangsaan
Malaysia serta beberapa siri lawatan daripada pihak luar ke Persatuan Insaf Murni seperti Delegasi
Ahli Parlimen Kementerian Kesihatan Thailand dan Wakil PBB/UNESCO dari Republik Islam Iran.
Perancangan masa hadapan PIMM termasuklah pembukaan Pusat Singgah Masuk untuk pengguna
dadah, pembukaan rumah perlindungan bagi Mereka Yang Hidup dengan HIV, dan pembukaan pusat
rawatan untuk pemulihan ketagihan dadah. Di samping itu, latihan untuk kakitangan PIMM akan dilipatgandakan untuk meningkatkan
kualiti kerja serta menambahbaikkan kemahiran individu.
Ringkasan Februari
CALENDAR -------------------------------------------
i’m positive | 24 – 28 March
http://www.youtube.com/watch?v=J
O0Uiky80yU
Marathon Des Sables | April
-------------------------------------------
ADVOCACY MEETING Site visit to Sekolah Tunas Bakti
(P) in Melaka and ILZ Johor
Exhibition and HIV 101 Talk at
SMK Danau Kota
For more information contact Guna
@ +603 40451033
-------------------------------------------
MAF FUNDRAISING
-------------------------------------------
Melinda Looi vibrant “Circle of
Lives” design umbrellla for sale
For more information contact
Shanthini @+ 603 40451033
Umbrella RM25.00
Malaysian AIDS Council and
Malaysian AIDS Foundation
can now be followed on
http://twitter.com/mac_maf
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Dalam usaha memperkasakan advokasi terhadap isu-isu HIV,
Majlis AIDS Malaysia (MAM) telah mengadakan mesyuarat
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kanak-
Kanak untuk mengintegrasikan sukatan pelajaran pencegahan HIV
dalam program-program sekolah JKM (Tunas Bakti/Asrama
Akhlak/Taman Seri Putri). Biarpun inisiatif ini disambut baik oleh
JKM, modul sukatan pelajaran itu wajar diteliti semula sebelum
proses integrasi dapat dilaksanakan.
“ADAM – The Musical”
Syarikat KL StarRail Sdn Bhd yang menguruskan Monorail akan
melancarkan kempen publisiti untuk pementasan “ADAM – The
Musical” pada bulan April ini sebagai tanda sokongan mereka
terhadap usaha-usaha Yayasan AIDS Malaysia (MAF). Syarikat
KL StarRail juga telah bersetuju untuk menyediakan ruang publisiti
di empat stesen utama seminggu sebelum pelancaran muzikal
tersebut. Dalam perkembangan yang lain, pihak MAF juga telah
mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Perbadanan
Pelancongan Malaysia bagi mendapatkan sokongan dan bantuan
dana. Namun begitu, keputusan tertakluk kepada perbincangan
susulan.
“Marathon Des Sables”
Pusat Belia Antarabangsa telah menunjukkan tanda sokongan
mereka kepada acara “Marathon Des Sables” dengan menyumbang
dana berjumlah RM 20,000.
Pameran Kesedaran HIV/AIDS di Parlimen
Perancangan untuk menganjurkan pameran di Pameran Malaysia
bersempena dengan Persidangan Parlimen pada bulan Mac ini
sedang giat di atur. Perbincangan peringkat awal telah
menunjukkan petanda yang positif dan pihak MAM kini sedang
menantikan penetapan tarikh akhir untuk melaksanakan program
tersebut.
Hari Memperingati AIDS Sedunia di Kuala
Terengganu
Dua program sedang dijalankan menerusi pelan tugasan
JAKIM dan MAM tahun 2010; pertama, projek di negeri
Johor dengan gabungan Pertubuhan Kebajikan Zon
Kehidupan Intan; dan kedua, acara Hari Memperingati AIDS
Sedunia di Kuala Terengganu.
Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan
dengan kerjasama Jabatan Perikanan
Perbincangan dengan Ketua Pengarah Perikanan tentang
pelaksanaan Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan
(NSEP) di kalangan komuniti nelayan dengan kerjasama
Jabatan Perikanan telah mendapat sambutan yang positif.
Pihak Jabatan Perikanan telah bersetuju untuk membuka
ruang dan akses terhadap komuniti nelayan ini kepada pihak
MAM. Sementara itu, perbincangan dengan organisasi-
organisasi berasaskan agama Hindu untuk mengkaji potensi
pelaksanaan program usaha sama masih di peringkat
perancangan.
Charity Bazaar dan Pameran
Baru-baru ini, acara Charity Bazaar di Bandar Warisan, Jalan
Conlay dan pameran anjuran NCWO di Petaling Jaya telah
berjaya dilangsungkan. Kedua-dua acara tersebut merupakan
sebahagian daripada usaha-usaha pemantapan advokasi
terhadap isu-isu HIV di negara ini
2