8
EDISI 13 : 1 - 15 OGOS 2016 Majlis Simpulan Kasih Tautan Memori ms3 Majlis Semurni Hati Seindah Budi Hari Terbuka National Blue Ocean Strategy (NBOS) 2016 Program Bual Bicara Khas KPPA Sempena Minggu Antarabangsa NBOS dan CAPAM 2016 ms4 ms6 ms7 CAPAM : MENINGKATKAN JARINGAN HUBUNGAN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

CAPAM : MENINGKATKAN JARINGAN HUBUNGAN NEGARA … · pentadbiran di peringkat Daerah, Kerajaan Negeri, ... persidangan anjuran bersama di antara CAPAM dan Perkhidmatan Awam Malaysia

  • Upload
    others

  • View
    19

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CAPAM : MENINGKATKAN JARINGAN HUBUNGAN NEGARA … · pentadbiran di peringkat Daerah, Kerajaan Negeri, ... persidangan anjuran bersama di antara CAPAM dan Perkhidmatan Awam Malaysia

EDISI 13 : 1 - 15 OGOS 2016

Majlis Simpulan Kasih Tautan Memori

ms3

Majlis Semurni Hati Seindah Budi Hari Terbuka National Blue Ocean Strategy (NBOS) 2016

Program Bual Bicara Khas KPPA Sempena Minggu Antarabangsa NBOS dan CAPAM 2016

ms4

ms6 ms7

CAPAM : MENINGKATKAN JARINGAN

HUBUNGAN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Page 2: CAPAM : MENINGKATKAN JARINGAN HUBUNGAN NEGARA … · pentadbiran di peringkat Daerah, Kerajaan Negeri, ... persidangan anjuran bersama di antara CAPAM dan Perkhidmatan Awam Malaysia

2

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KOMPLEKS C TAHUN 2016

PUTRAJAYA, 2 OGOS 2016 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama semua Jabatan dan Agensi sekitar Kompleks C, Putrajaya telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kompleks C Bagi Tahun 2016 dengan kehadiran lebih 3,000 orang tetamu. Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara semua warga Kompleks C ini telah diadakan dari jam 12 tengahari sehingga 2 petang. Majlis bertemakan ‘#ceriaAidilfitri@KompleksC’ ini telah disempurnakan lagi dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta isteri, YBhg. Puan Sri

Asmahan Ismail dan tetamu-tetamu kehormat yang lain termasuk Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah dari pelbagai Kementerian. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan dari artis jemputan iaitu Shiha Mentor dan Aris Ariwatan. Pelbagai hidangan disediakan pada majlis ini selain turut diagihkan sumbangan duit raya kepada anak-anak penjawat awam yang berkhidmat di sekitar Kompleks C.

Page 3: CAPAM : MENINGKATKAN JARINGAN HUBUNGAN NEGARA … · pentadbiran di peringkat Daerah, Kerajaan Negeri, ... persidangan anjuran bersama di antara CAPAM dan Perkhidmatan Awam Malaysia

3

MAJLIS SIMPULAN KASIH TAUTAN MEMORI

SEPANG, 4 OGOS 2016 - Satu majlis penghargaan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah diadakan di Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Majlis berkenaan merupakan majlis bagi meraikan dan menghargai segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan YBhg. Tan Sri KPPA di dalam Perkhidmatan Awam selama 37 tahun. Beliau telah memulakan kerjaya di dalam Perkhidmatan Awam pada tahun 1979 sebagai Pegawai Tadbir di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Pada tahun 1981, YBhg. Tan Sri KPPA telah menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan telah ditempatkan sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Penerangan. YBhg. Tan Sri KPPA telah berkhidmat di dalam pelbagai bidang sepanjang bergelar PTD termasuk pentadbiran di peringkat Daerah, Kerajaan Negeri, Pejabat latihan dan pendidikan Luar Negeri, Kementerian dan Agensi Persekutuan yang memberikan paradigma lebih menyeluruh kepada beliau untuk memimpin Perkhidmatan Awam. Pada tahun 2008, YBhg. Tan Sri KPPA telah dilantik

sebagai YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis sebelum dinaikkan pangkat pada tahun 2010 sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. Di bawah kepimpinan beliau, MAMPU telah memperkenalkan pelbagai inovasi di dalam Perkhidmatan Awam selain meraih pelbagai anugerah dan kejayaan. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 15 Mac 2013 dimana bermulanya agenda transformasi Perkhidmatan Awam. Beliau pada 29 Julai 2016 sehingga kini telah dilantik untuk menerajui kepimpinan tertinggi Agro Bank sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Lantikan ini merupakan lantikan kali pertama dalam sejarah seorang KPPA menerajui Agensi Kerajaan dan Korporat pada masa yang sama. Tahniah dan terima kasih YBhg. Tan Sri! Semoga Allah S.W.T memberkati hidup dan memelihara kesejahteraan Tan Sri sekeluarga.

“The ones who are crazy enough to think that they can change the world, are the ones who do.”—Steve Jobs

Page 4: CAPAM : MENINGKATKAN JARINGAN HUBUNGAN NEGARA … · pentadbiran di peringkat Daerah, Kerajaan Negeri, ... persidangan anjuran bersama di antara CAPAM dan Perkhidmatan Awam Malaysia

4

PROGRAM BUAL BICARA KHAS KPPA SEMPENA MINGGU ANTARABANGSA NBOS DAN CAPAM 2016

KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2016 - Bersempena

dengan Minggu Antarabangsa ‘National Blue Ocean

Strategy’ (NBOS) yang akan diadakan dari 14 hingga

20 Ogos 2016, Kerajaan Malaysia akan menganjurkan

dua persidangan antarabangsa iaitu ‘International

Conference on Blue Ocean Strategy’ (ICBOS) dan

Persidangan ‘Comonwealth Association for Public

Administration and Management’ (CAPAM).

YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam telah dijemput bagi

menghadiri Program Bual Bicara Khas bersama stesen

televisyen RTM dan TV3 untuk mewar-warkan

tentang acara tersebut yang akan berlangsung di Pusat

Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Kedua-dua

persidangan tersebut akan dirasmikan oleh YAB Dato’

Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana

Menteri Malaysia

Antara aktiviti yang akan diadakan sempena Minggu

Antarabangsa NBOS ialah NBOS Open Day, NBOS

Run & Ride, ICBOS, 6th Commonwealth Public Service

Ministers Meeting on Governance for Sustainable

Development, dan CAPAM.

Hari Terbuka NBOS akan melibatkan pameran

inisiatif yang dilaksanakan dengan pendekatan NBOS.

Pengunjung akan berpeluang untuk meneroka

pelbagai inisiatif yang kreatif dan inovatif yang

dilaksanakan oleh Malaysia dan melihat bagaimana ia

dilaksanakan dengan menggunapakai pendekatan

NBOS iaitu berimpak tinggi sambil mengekalkan kos

yang rendah.

YBhg. Tan Sri KPPA juga melalui program tersebut

memaklumkan persidangan CAPAM merupakan

persidangan anjuran bersama di antara CAPAM dan

Perkhidmatan Awam Malaysia melalui agensi Unit

Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia (MAMPU). Ianya merupakan persidangan

ketiga anjuran Malaysia yang pernah menjadi hos

kepada persidangan berprestij ini pada tahun 1998

dan 2014. Persidangan tiga hari ini akan bertemakan

“Innovation: Public Service Imperative”.

Seramai 800 orang peserta dari negara–negara

Komanwel termasuk Malaysia dijangka akan

menyertai persidangan tersebut. Turut hadir pada

kedua-dua program bual bicara tersebut adalah YBhg.

Dato’ Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah

MAMPU.

Page 5: CAPAM : MENINGKATKAN JARINGAN HUBUNGAN NEGARA … · pentadbiran di peringkat Daerah, Kerajaan Negeri, ... persidangan anjuran bersama di antara CAPAM dan Perkhidmatan Awam Malaysia

5

MAJLIS PERPISAHAN DAN SESI MENANDATANGANI NOTA SERAH TUGAS TKPPA (P)

PUTRAJAYA, 12 OGOS 2016 - Majlis Perpisahan dan sesi menandatangani Nota Serah Tugas TKPPA (P) YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki telah diadakan di Aras 13, Blok C1. YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) berkuatkuasa 13 Ogos 2016 dan tempat beliau digantikan oleh YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman.

JPA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti yang telah disumbangkan oleh YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki selama berkhidmat walaupun seketika di JPA. Selamat Maju Jaya di tempat baharu YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki!

SEKITAR MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN TALENT CORPORATION MALAYSIA BERHAD -8 OGOS 2016

Page 6: CAPAM : MENINGKATKAN JARINGAN HUBUNGAN NEGARA … · pentadbiran di peringkat Daerah, Kerajaan Negeri, ... persidangan anjuran bersama di antara CAPAM dan Perkhidmatan Awam Malaysia

6

HARI TERBUKA NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS) 2016

PUTRAJAYA, 14 OGOS 2016 - Hari Terbuka NBOS 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dari 14 h i n g g a 2 0 O g o s 2 0 1 6 merupakan salah satu program yang dijalankan sempena Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2016. Program ini merupakan program kerjasama di antara Jabatan Perdana Menteri bersama Jabatan Perkhidmatan A w a m d a n p e l b a g a i Kementerian dan Agensi Kerajaan yang lain. S t r a t e g i L a u t a n B i r u Kebangsaan (NBOS) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri telah dilaksanakan sejak 2009 dengan menekankan kepada pelaksanaan program transformasi sosial di mana sehingga kini sebanyak 93 i n i s i a t i f t e l a h b e r j a y a dilaksanakan. Antaranya ialah p e r k h i d m a t a n k a u n t e r 1Malaysia Customer Service of Civil Servants (1Serve), 1Malaysia Civil Service Retirement Support (1Pesara), Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Program Rehabilitasi Komuniti (CRP), rondaan bersama Polis Diraja

M a l a y s i a ( P D R M ) d a n Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) serta 1Malaysia For Youth (1M4U) Hari Terbuka NBOS diadakan bagi tujuan memberi peluang k e p a d a r a k y a t u n t u k mendapatkan maklumat lebih meluas serta berkongs i informasi mengenai pelbagai inisiatif di bawah NBOS yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Selain pameran ‘booth’ dari Agensi Peneraju Inisiatif-Inisiaitf NBOS, pengisian lain pada minggu tersebut termasuk Pertandingan National Code Challenge 2016 (NCC) yang melibatkan pelajar Sekolah Rendah & Menengah serta p r o g r a m k e u s a h a w a n a n 1Malaysia Entrepreneurs (1MET). T u r u t d i a d a k a n j u g a pertandingan fesyen, lelongan amal oleh selebriti terkenal, jualan dari vendor terkenal di Malaysia, perkongsian ilmu bersama artis popular, ceramah dan soal jawab agama dan persembahan dari artis –artis tempatan.

Page 7: CAPAM : MENINGKATKAN JARINGAN HUBUNGAN NEGARA … · pentadbiran di peringkat Daerah, Kerajaan Negeri, ... persidangan anjuran bersama di antara CAPAM dan Perkhidmatan Awam Malaysia

7

MAJLIS SEMURNI HATI SEINDAH BUDI

PUTRAJAYA, 15 OGOS 2016 - Satu majlis bagi meraikan pegawai kanan yang telah bersara dan bertukar keluar dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis yang telah dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Z a i n a l , K e t u a P e n g a r a h Perkhidmatan Awam serta isteri, YBhg. Puan Sri Asmahan Ismail itu merupakan majlis bagi meraikan persaraan YBhg. Dato’ Raihan bin Sharif, mantan TKPPA (Operasi) yang digantikan dengan YBhg. Dato’ Sabariah binti Hassan dan pertukaran YBhg. Datuk Jalil bin M a r z u k i , m a n t a n T K P P A (Pembangunan) yang telah d i tuka rka n seba ga i Ketua

Pengarah di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) yang digantikan dengan YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman serta pegawai-pegawai kanan JPA iaitu YBhg. Dato’ Dr. Abd Halim bin Mohd Hussin yang telah ditukarkan ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan sebagai Ketua Pengarah dan YBrs. Dr. Rose Lena binti Lazemi yang ditukarkan sebagai Ketua Setiausaha di Kementer ia n Pembanguna n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Sumbangan dan khidmat bakti semua pegawai kanan yang diraikan amatlah dihargai dan pastinya telah meninggalkan impak yang mendalam kepada semua warga JPA.

Page 8: CAPAM : MENINGKATKAN JARINGAN HUBUNGAN NEGARA … · pentadbiran di peringkat Daerah, Kerajaan Negeri, ... persidangan anjuran bersama di antara CAPAM dan Perkhidmatan Awam Malaysia

8