4
CARTA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Tarikh Peristiwa Catatan 1 April 1946 Mengisytiharkan pentadbiran Malayan Union di Malaya. -Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu manakala orang Bukan Melayu pula ada yang menyokongnya. 11 Mei 1946 Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan. -Penentangan orang Melayu telah melahirkan Parti UMNO yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar. 1 Februari 1948 Kerajaan British menubuhkan Persekutuan TanahMelayu. -Pentadbiran pelbagai kaum diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat dan menentang ancaman pengganas komunis. -Parti-parti politik berasaskan kaum muncul untuk menuntut kemerdekaan. -Parti-parti politik berasaskankaum membentuk Parti Perikatan atas dasar tolak ansur dan

Carta Sejarah Penggubalan Perlembagaan Sehingga Penubuhan Persekutuan Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Carta Sejarah Penggubalan Perlembagaan Sehingga Penubuhan Persekutuan Malaysia

Citation preview

Page 1: Carta Sejarah Penggubalan Perlembagaan Sehingga Penubuhan Persekutuan Malaysia

CARTA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA

PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Tarikh Peristiwa Catatan

1 April 1946 Mengisytiharkan

pentadbiran Malayan Union

di Malaya.

-Malayan Union telah ditentang

oleh orang Melayu manakala

orang Bukan Melayu pula ada

yang menyokongnya.

11 Mei 1946 Parti Kebangsaan Melayu

Bersatu (UMNO)

ditubuhkan.

-Penentangan orang Melayu telah

melahirkan Parti UMNO yang

diketuai oleh Dato Onn Jaafar.

1 Februari 1948 Kerajaan British

menubuhkan Persekutuan

TanahMelayu.

-Pentadbiran pelbagai kaum

diperkenalkan untuk

menyatupadukan rakyat dan

menentang ancaman pengganas

komunis.

-Parti-parti politik berasaskan

kaum muncul untuk menuntut

kemerdekaan.

-Parti-parti politik berasaskankaum

membentuk Parti Perikatan atas

dasar tolak ansur dan rundingan.

27 Julai 1955 Pilihanraya Majlis

Perundangan Persekutuan

yang pertama diadakan.

-Parti Perikatan menang 51 kerusi

dan Parti Islam Semalaya (PAS)

menang 1 kerusi.

-Parti Perikatan diberi mandat

untuk merundingkan

kemerdekaan daripada British.

-Kerajaan British berjanji untuk

memberi kemerdekaan dengan

syarat satu perlembagaan mesti

Page 2: Carta Sejarah Penggubalan Perlembagaan Sehingga Penubuhan Persekutuan Malaysia

digubal.

1956 Suruhanjaya Reid

ditubuhkan.

-Suruhanjaya Reid bermesyuarat

beberapa kali dan menerima

cadangan daripada pertubuhan

dan orang perseorangan.

- Sebanyak 131 memorandum

bertulis telah diterima.

-Beberapa draf telah dikaji dan

dipertimbangkan dengan asas

tolak ansur tentang hal-hal yang

berkaitan dengan kepentingan

kaum.

15 Ogos1957 Perlembagaan Persekutuan

diterima oleh Majlis

Mesyuarat Persekutuan.

-Perlembagaan Persekutuan

menetapkan pemerintahan yang

berasaskan demokrasi

berparlimen dan konsep raja

berperlembagaan.

31 Ogos1957 Persekutuan Tanah Melayu

mencapai Kemerdekaan.

-Persekutuan Tanah Melayu terdiri

daripada negeri-negeri Perlis,

Kedah, Perak, Selangor,Negeri

Sembilan, Johor, Pahang,

Terengganu,Kelantan, Pulau

Pinang dan Melaka.

27 Mei 1961 Tunku Abdul

Rahman,Perdana Menteri

Pertama mengumumkan

gagasan untuk

menubuhkan Malaysia.

-PersekutuanTanah Melayu yang

sudah merdeka akan bergabung

dengan Tanah Jajahan

British,iaitu Singapura, Brunei,

Sabah dan Sarawak.

Page 3: Carta Sejarah Penggubalan Perlembagaan Sehingga Penubuhan Persekutuan Malaysia

-Gagasan ini diterima dengan

pelbagai reaksi dari dalam negara

dan antarabangsa.

April 1962 Suruhanjaya Cobbold

ditubuhkan.

-Suruhanjaya Cobbold meninjau

pendapat penduduk Sabah dan

Sarawak serta merangka

perlembagaan yang sesuai.

-Parlimen Persekutuan Tanah

Melayu telah meluluskan Akta

Malaysia untuk meminda Perkara1

(1) dan (2) Perlembagaan

PersekutuanTanah Melayu.

16 September

1963

Negara Malaysia terbentuk

(PertsekutuanTanahMelayu

, Singapura, Sabah dan

Sarawak).

-Brunei tidak menyertai Malaysia.

-Singapura keluar

daripadaMalaysia pada 9 Ogos

1965 dan sejak itu Malaysia terdiri

daripada negeri-negeri

diSemenanjung, Sabah dan

Sarawak.

-Sejak 16 September 1963,

Malaysia menggunakan

Perlembagaan Persekutuan

Malaysia.