Penggubalan Soalan Objektif Esei), Taks. Bloom

Embed Size (px)

Citation preview

PENGGUBALAN SOALAN UJIANZAUDI LEBAI MAT PPPD VOK&TEK PERAK TENGAH

Copyright, 1996 Dale Carnegie & Associates, Inc.

Ujian Aneka Pilihan

Merupakan format yang sangat popular dalam penilaian pendidikan Mempunyai satu stem (pokok) soalan yang menerangkan masalah / tugasan diikuti dengan satu siri opsyen / pilihan, setiap satunya boleh jadi jawapan. Bagaimanapun, hanya satu opsyen sahaja adalah betul (kunci), yang lain disebut distraktor Kadangkala disebut aneka tekaan (multipleguess)

Contoh Item Aneka PilihanApakah bilangan opsyen yang minimum untuk satu item objektif? A satu B dua C tiga D empat E lima

JENIS GABUNGANJenis Aneka GabunganSoalan ini memerlukan calon memilih jawapan yang betul. Jawapan itu terdiri daripada gabungan pernyataan. Contoh : Kejatuhan Kesultanan Melaka adalah akibat kelemahan dan kemerosotan I II III IV pentadbiran perdagangan ketenteraan keagamaan

A II dan IV sahaja B I, II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

Contoh Aneka GabunganAntara berikut siapakah yang memberi sumbangan dalam teknologi pengangkutan? I. II. III. IV. A B C D Karl Benz Wilbur dan Orville Wright Guglielmo Marconi Alexander Graham Bell

I dan II I dan III II dan IV III dan IV

Item Pilihan Binari (Binary-Choice Item)

Memberi hanya dua pilihan sahajaBetul / salah Ya / tidak Fakta / pendapat

Item Pilihan Aneka-Binari (Multiple Binary-Choice Item)

Mempunyai satu kluster item yang kesemuanya memerlukan respon binari

Contoh Item Pilihan Aneka-BinariDua belas orang pelajar menjawab satu ujian aneka pilihan yang mengandungi 10 item. Skor mereka adalah seperti berikut: 5, 6, 7, 7, 7, 7, 8, 8, 8, 8, 9, 101)

2)3)

Median skor pelajar-pelajar ini ialah 7.5 (B/S) Mod bagi set skor ini ialah 7 (B/S) Median skor tidak sama dengan min skor (B/S)

Panduan Menggubal Soalan Aneka Pilihan

(a) Pokok soalan mesti jelas, mempunyai tugas yang tidak bergantung kepada opsyen-opsyen.Contoh:Suis dalam satu litar elektrik lengkap A membekalkan arus elektrik B memutuskan dan menyambungkan arus elektrik C mengawal kuantiti elektrik yang mengalir dalam litar D mengubahkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya

Cadangan:

Apakah fungsi suis dalam satu litar elektrik ?

b. Seberapa yang boleh tulis pokok soalan dalam bentuk soalan.Contoh:

Sendi jenis ini hanya membenarkan pergerakan ekstensi dan fleksi sahaja.A B C D Sendi Sendi Sendi Sendi berfiber engsel kondiloid gelongsor

Cadangan

Apakah jenis sendi yang membenarkan pergerakan ekstensi dan fleksi sahaja? A berfiber B engsel C kondiloid D gelongsor

(c)

Pastikan ada satu jawapan yang betul sahaja.

Contoh : Antara alat-alat elektrik berikut yang manakah mengaplikasikan kesan pemanasan?

I II III IVA B C D

pengering rambut pembakar roti penyaman udara ketuhar

III I dan II I, II dan III I, II dan IV

Cadangan:

Opsyen B serta D boleh jadi kunci. Gunakan perkataan sahaja di akhir opsyen B untuk mengelakkan keadaan ini.

d) Ungkapan yang berulang dalam opsyen harus ditempatkan pada pokok soalan.ContohSyampuP

Jus Oren

Rajah 1 Berdasarkan Rajah 1, apakah yang diwakili oleh P? A bahan asid B bahan alkali C bahan cecair D bahan neutral

Cadangan: Berdasarkan Rajah 1, apakah yang diwakili oleh bahan P?

(e)Contoh

Elakkan penggunaan ungkapan negatif dalam kedua-dua opsyen dan pokok soalan.

Manakah antara peryataan-peryataan berikut tidak benar mengenai geseran ? A B C D menghasilkan haba menghauskan permukaan yang saling bersentuhan membolehkan kita memegang suatu objek tidak wujud di lantai yang basah

Cadangan:

D

wujud di lantai yang kesat

f)

Elakkan kosmetik atau huraian yang tidak berkaitan dengan tugas dalam soalan.X Y6 cm

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan sebuah segiempat tepat. Segiempat tepat satu bentuk yang terdiri daripada 4 garis lurus sebagai sisinya dan sisi-sisi bertentangan berukuran sama. Berapakah panjang X jika luas segiempat tepat ialah 72 cm persegi.Cadangan: Rajah menunjukkan sebuah segiempat tepat. Berapakah panjang X jika luas segiempat ialah 72 cm persegi?

(g)

Elakkan pemetikan ayat secara bulat-bulat daripada buku teks. Opsyen-opsyen haruslah menarik pelajar yang kurang bersedia. Pastikan opsyen-opsyen adalah seragam dari segi panjang dan struktur bahasa.

(h)

(i)

(j)

Opsyen-opsyen hendaklah selaras dengan pokok soalan dari segi tatabahasa

Contoh : Perkataan terhalang dalam petikan di atas bermakna A berhenti B terganggu C menahan D disekat

Cadangan :A B C D terhenti terganggu tertahan tersekat

(k) Elakkan jawapan betul lebih panjang daripada distraktorContoh: Apakah tujuan utama Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu? A. Untuk mengekalkan keamanan antara penduduk dunia * B. Untuk menubuhkan perundangan antara bangsa C. Menyediakan kawalan ketenteraan D. Untuk membentuk kerajaan baru.

CadanganApakah tujuan utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? A Mengekalkan keamanan antara penduduk-penduduk dunia Menubuhkan satu sistem baru perundangan antara bangsa Menyediakan kawalan ketenteraan bagi negara yang baru mencapai kemerdekaan Menubuhkan dan mengekalkan kerajaan berbentuk demokratik antara negara-negara yang baru mencapai kemerdekaan

BC C

(l) Opsyen-opsyen mestilah homogenContoh WBateriX

YSel Suria

Rajah 3 Dalam Rajah 3, W dan Y adalah sumber tenaga elektrik. Apakah alat yang sesuai bagi menggantikan X ?A kalkulator B kereta C kapal terbang D kapal laut

(m) Opsyen-opsyen harus disusun mengikut urutan menaik atau menurun.

Contoh: 1005 846 + 6 = A B C D 165 1851 954 1857

Cadangan: A B C D 165 954 1851 1857

(n)

Elakkan penggunaan perkataan seperti: semua, setiap, selalu, tidak pernah, hanya, tidak langsung yang biasanya berkait dengan pernyataan yang SALAH. Elakkan juga perkataan seperti: biasanya, secara umum, kadangkadang yang berkait dengan pernyataan yang BENAR

(o) Pastikan kedudukan kunci lebih rawak dari segi taburannya dalam kertas ujian

(p)

Pastikan setiap opsyen adalah plausible

(q)

Elakkan terdapat pembayang kepada jawapan dalam soalan.Contoh:

Dalam keadaan bagaimanakah resusitasi kardiopulmonari (CPR) diperlukan?A Mengalami aritmia dan sianosis

B Benda asing tersekat di trakeaC Tidak sedar diri D Tiada pernafasan dan denyutan jantung

Kajian Semula Soalan Objektif

telah dilaksanakan oleh Institut Aminuddin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia

Tumpuan Kajian

Soalan keseluruhan Pokok Soalan Opsyen Distraktor Kunci

Soalan Keseluruhan

Idea: Penting ? Signifikan ? Kemahiran: Berguna? Sesuai ? Ditetapkan dalam JPU? Format: Terdapat cara lain lebih sesuai? Kesukaran: Sesuai?

Pokok Soalan

Tugas/masalah: Jelas? Ringkas? Susunan perkatan baik? Idea-idea ikut urutan? Maklumat: Tepat? Mencukupi? Lebih daripada yang diperlukan? Penyusunan Perkataan: Pernyataan jelas/ringkas? Perkataan penting tertinggal?

Opsyen

Struktur: Selari dengan pokok? Janggal? Seragam? Nahu: Selaras dengan pokok? Memberi petanda kepada jawapan betul? Penyusunan Perkataan: Jelas? Ringkas?

Kunci Soalan

Bilangan: Satu jawapan betul sahaja? Persetujuan dengan Kunci: Setuju dengan kunci? Menjawab soalan? Kesesuaian: Benar-benar menjawab soalan? Terlalu panjang? Terlalu pendek? Lengkap? Terlalu ketara?

SOALAN ESEI

Memberi peluang kapada calon untuk menjawab soalan dengan gaya penulisan dan penggunaan perkataan sendiri. Calon bebas memilih, menerang, menyususn dan membentang ideaidea dengan perkataan sendiri.

Jenis Soalan Esei1.

Soalan Terhad - Menghadkan bentuk dan skop jawapan Sesuai untuk menguji kemahiran pada tahap kefahaman, aplikasi dan analisis.

JENIS-JENIS ITEM SUBJEKTIF1. Item Esei (a) Item Respons Terbuka Bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada pelajar secara bertulis.

KEKUATAN ITEM RESPONS TERBUKATerletak kepada kemampuannya menguji kebolehan pelajar: 1. Mengenal pasti, memilih, mengorganisasi dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk suatu komunikasi.

KEKUATAN ITEM RESPONS TERBUKATerletak kepada kemampuannya menguji kebolehan pelajar:

2. Menyatu dan menggabungjalinkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran.

KEKUATAN ITEM RESPONS TERBUKATerletak kepada kemampuannya menguji kebolehan pelajar:

3. Menghasilkan sesuatu idea yang asli.

KEKUATAN ITEM RESPONS TERBUKATerletak kepada kemampuannya menguji kebolehan pelajar:

4. Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat.

KEKUATAN ITEM RESPONS TERBUKATerletak kepada kemampuannya menguji kebolehan pelajar:

5. Menerokai pelbagai pilihan, cara atau pendekatan bagi menyelesaikan masalah.

KELEMAHAN ITEM RESPONS TERBUKA1. Penskoran respons pelajar dilakukan secara subjektif dan boleh memberikan kesan halo.

KELEMAHAN ITEM RESPONS TERBUKA2. Memerlukan masa yang panjang untuk menskor berbanding dengan soalan objektif.

KELEMAHAN ITEM RESPONS TERBUKA3. Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk menskor.

KELEMAHAN ITEM RESPONS TERBUKA4. Perlu menyediakan satu set peraturan pemarkahan yang jelas dan komprehensif untuk tujuan menskor.

KELEMAHAN ITEM RESPONS TERBUKA5. Memerlukan pelajar menulis dengan bentuk tulisan yang jelas dan boleh dibaca

CONTOH ITEM RESPONS TERBUKA1. Huraikan kejadian air pasang surut. 2. Terangkan kemajuan yang dicapai oleh Kerajaan Islam di Acheh pada abad ke16. 3. Bincangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar.

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA1. Pastikan perkara yang hendak ditaksir dan di mana perkara itu akan ditaksir dan aras kesukaran yang ditetapkan dan ciri item

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA2. Soalan yang bina hendaklah berdasarkan aspek penting dalam kurikulum.

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA3. Untuk menjaga kesahan soalan yang dikemukakan hendaklah meliputi tajuk yang luas dan pelbagai aras kemahiran.

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA4. Kata tugas yang digunakan untuk mentaksir perkara tertentu dengan menggunakan item respons terbuka seperti Huraikan, Terangkan, Bincangkan, Bezakan, Bandingkan, Nilaikan, Rancangkan, Tunjukkan dan sebagainya.

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA5. Untuk menjaga ciri keobjektifan dan kebolehpercayaan, peraturan markah hendaklah disediakan bersama-sama dengan item yang dibina.

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA6. Rangkaikan soalan supaya tugas yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah jelas.

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA7. Tetapkan masa dan markah bagi setiap soalan

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA8. Untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan, istilah dan bahasa yang digunakan dalam soalan hendaklah spesifik.

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA9. Periksa dan uji kualiti soalan dengan mencuba dahulu menulis jawapan. Ini menolong mengenal pasti kerumitan yang dihadapi oleh pelajar.

ITEM RESPONS TERHADItem jenis ini berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal. Manakala panjangnya respons dari segi ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya item ini memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu frasa, atau beberapa ayat atau satu perenggan. Item jenis ini tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja.

KELEMAHAN ITEM RESPONS TERHAD1. Tidak sesuai untuk menguji kemahiran intelek yang lebih tinggi.

KELEMAHAN ITEM RESPONS TERHAD2. Item jenis ini tidak dapat mengumpulkan evidens yang mencukupi tentang kemahiran berfikir pelajar.

KELEMAHAN ITEM RESPONS TERHAD

3.

Kemungkinan banyak respons meneka.

KELEMAHAN ITEM RESPONS TERHAD4. Perlu menyediakan satu set peraturan pemarkahan yang jelas dan komprehensif untuk tujuan menskor

CONTOH ITEM RESPONS TERHAD1. Terangkan maksud gizi seimbang. 2. Bezakan antara kolonisasi dengan sesaran. 3. Perihalkan dengan menggunakan tidak lebih daripada 100 perkataan,empat sebab utama mengapa Melaka menjadi pelabuhan terpenting pada awal kurun ke 16.

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERHADItem jenis respons terhad boleh dibina dengan dua bentuk, iaitu soalan atau lengkapan. Gubalkan dengan bentuk soalan kerana maksudnya lebih jelas.

Contoh : Senaraikan keburukan dan kebaikan membeli barang secara ansuran.

PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERHADSoalan bentuk lengkapan haruslah ada tempat kosong di bahagian akhir pernyataannya. Contoh : Sebuah gabus yang diletakkan dalam air akan terapung. Ini kerana ............................................................................ ........................................................................ ............................................................................ ............................................................................ ............................

RESPONS CONSTRUCTED

RESPONSE

Item ini memerlukan pelajar menghasilkan jawapan kepada soalan dan bukan membuat pilihan dari beberapa kemungkinan jawapan yang dipersembahkan. Item jenis ini mungkin mempunyai hanya satu jawapan atau terbuka yang menerima pelbagai jawapan. Item jenis ini mungkin dalam bentuk mengisi tempat kosong, menyelesaikan masalah matematik, menulis jawapan pendek, melengkapkan rajah, menyenaraikan langkah dan lain-lain.

BERPANDUItem ini memerlukan pelajar mengemukakan respons berdasarkan rangsangan. Lazimnya menggunakan stimulus seperti gambar rajah, gambar foto, peta, carta dan lainlainnya untuk memandu pelajar memberikan respons. Dalam ujian bahasa selalu digunakan catatan harian atau pun rangka esei. Kata tugas yang digunakan seperti Apakah, Siapakah, Bilakah, Manakah selalu digunakan untuk mendapatkan evidens tentang pengetahuan manakala Bandingkan, Bezakan, Terangkan, Huraikan, Bincangkan, Rumuskan dan Simpulkan digunakan untuk mendapatkan evidens bagi konstruk yang kompleks.

BERSTRUKTURItem jenis berstruktur ialah satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu proses yang dikemukakan satu persatu. Jawapan yang diberikan merupakan keseluruhan proses yang berkenaan. Soalan berstruktur adalah jenis item respons terhad.

CONTOHSebatang lilin yang menyala ditutup dengan sebiji gelas. (a) Apakah yang anda dapat perhatikan selepas satu minit?...............................................................................

(b)

Mengapakah kejadian di (a) boleh berlaku?................................................................................................

(c)

Apakah kesimpulan yang dapat anda pemerhatian dalam eksperimen di atas?

buat

berdasarkan

................................................................................................

CARA PEMARKAHAN UJIAN ESEI

Cara Analitik - Mengikut susunan pemarkahan

Cara Holistik - Secara impression

Perkara untuk dipertimbangkan semasa membina soalan esei

Guna soalan esei untuk mengukur kemahiran yang kompleks. Sebelum soalan digubal tentukan apakah perlakuan yang dikehendaki ditunjukkan oleh calon. Sebaiknya soalan harus dikaitkan terus kepada kemahiran yang hendak diuji.

Perkara untuk dipertimbangkan semasa membina soalan esei

Bina soalan yang dapat menyatakan dengan jelas kemahiran yang hendak diuji.Sebaik-baiknya semua soalan wajib dijawab.

Perkara untuk dipertimbangkan semasa membina soalan esei

Berikan masa menjawab yang mencukupi dan syorkan had masa untuk menjawab setiap soalan. Istilah dan bahasa yang digunakan dalam soalan mestilah jelas mengenai tujuannya supaya calon tidak salah faham.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Objektif Jadual Spesifikasi

Menjelaskan fungsi jadual spesifikasi

Mempertingkatkan kesahan isi kandungan ujian Membina jadual spesifikasi

Fungsi Jadual Spesifikasi

Jadual Spesifikasi berfungsi sebagai satu dokumen yang merakamkan buah fikiran dan keputusan yang dibuat oleh pembina ujian.

Perkara-perkara yang dipertimbangkan adalah seperti berikut:* Isi kandungan yang akan dikaji* Kemahiran/pelakuan/objektif pendidikan yang harus dipelajari oleh pelajar dalam sesuatu tajuk/isi kandungan.

Perkara-perkara yang pertimbangkan (samb)

* Pemberatan relatif isi kandungan dan kemahiran yang akan diuji * Format item dan ujian yang akan digunakan * Bilangan soalan yang bersesuaian dengan masa yang diperuntukan untuk ujian

Pertalian Jadual Spesifikasi dengan Kualiti Ujian

Membolehkan ujian yang dibina itu mencapai kesahan isi kandungan

Cara Menyediakan Jadual SpesifikasiI.

Bina satu jadual yang mengandungi DUA paksi: a. Paksi Tegak b. Paksi Ufuk

II.

Gunakan paksi tegak untuk merekodkan isi kandungan:Bilangan tajuk dan perincian tajuk ditentukan berasaskan skop isi kandungan Bilangan tajuk hendaklah mencukupi supaya ia dapat merangkumi perincian isi kandungan

III. Gunakan paksi ufuk untuk merakamkan kemahiran

Kemahiran boleh dikatagorikan dengan istilah yang tertentu ( seperti meramalkan kejadian daripada tindakan, membezakan huraian dengan penghakiman, dll.)

Paksi Ufuk (sambungan)

Kemahiran kognitif juga boleh dikategorikan dengan istilah am (seperti pengetahuan, pemahaman, dan aplikasi, dll) Beberapa skema yang boleh digunakan untuk mengkategorikan kemahiran pelajar adalah seperti berikut:

Skema Ebel (1965)Pemahaman istilah Pemahaman fakta/prinsip/kesimpulan Kebolehan menerang/mendemonstrasi Kebolehan mengira Kebolehan meramal di dalam keadaan tertentu Kebolehan untuk mencadangkan tindakan yang sesuai Kebolehan untuk membuat penilaian

Walbesser (1965)Mengenal pasti Membezakan Menamakan Menyusun Menghurai Menggunakan peraturan Menyatakan peraturan Mendemonstrasi Menginterpretasi

Taksonomi Bloom (1956)

Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis

SintesisPenilaian

Kategori yang digunakan hendaklah menggambarkan dengan tepat aspekaspek yang ditetapkan dalam pelajaran

IV. Menentukan pemberatan relatif untuk aspek isi kandungan dan kemahiran:

Tentukan bilangan soalan dalam ujian Tentukan jumlah bilangan soalan yang akan digubal bagi setiap tajuk isi kandungan; rekod dan pastikan bilangan ini sama dengan bilangan soalan dalam ujian

Menentukan pemberatan relatif untuk aspek isi kandungan dan kemahiran (samb)

Bagi setiap tajuk isi kandungan, tentukan bilangan soalan yang akan digubal pada setiap kategori kemahiran Jumlahkan bilangan soalan bagi setiap kategori kemahiran; pastikan bilangan ini sama dengan bilangan soalan dalam ujian

Contoh Jadual Spesifikasi

Ujian Matematik Tingkatan 4 Semester 2Kemahiran Isi Kandungan Trigonometri Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintisis Jumlah

2

3

3

2

2

12

Garis Lurus

2

2

2

1

1

8

Matriks

2

4

2

1

1

10

Ungkapan dan Persamaan Kuadratik

2

4

2

1

1

10

Jumlah

8

13

9

5

5

40

TERIMA KASIHSEMOGA BERJAYA DALAM MENGGUBAL SOALAN YANG BERKUALITI!